Thursday, 8 June 2017

GENERASI BARU FELDA "TERBUNUH" TIAP HARI DI SEBALIK UNTUNG FGV BERBILLION

Apabila Timbalan Perdana Menteri  sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul Razak melancarkan  rancangan pembangunan tanah yang pertama lebih 60  tahun lalu ,tentulah tidak termasuk  dalam visinya untuk membolehkan peneroka yang miskin mempunyai  empat isteri dan anak-anak mereka menjadi penagih dadah.

Tun juga tentulah tidak merancang ke peringkat  melibatkan peneroka meminjam untuk membeli saham  FELDA  yang menyebabkan mereka berada dalam keadaan berhutang dan bertambah hutang bila saham jatuh.

Mereka telah pun berhutang ketika menjalankan penerokaan dan membayarnya semula bila hasil titik peluh mereka mengeluarkan hasel yang lumayan.

Visi Tun Razak hanyalah sekadarkan untuk membolehkan orang Melayu miskin di kampung-kampung  yang tidak bertanah atau bidang tanah yang tidak ekonomik untk  memiliki tanah,rumah,kebun dan ladang getah sendiri dalam keadan tersusun.

Perancangan dan pengurusan  yang bijak  telah menjadikan FELDA jambatan kejayaan penebusan rakyat  miskin yang paling berjaya di dunia.

Bagaimanapun peneroka  yang berjaya  tidaklah pandai menguruskan kehidupan lumayan  dengan sewajarnya. Ramai yang lebih bijak  menguruskan penambahan isteri ,berseronok suka di bandar  dan tidak  mendisplinkan   anak mereka yang berada dalam keadaan mewah.

Tidak juga dapat dinapikan ibubapa  yang terbentuk dengan displin diri telah menjayakan kehidupan anak mereka sehingga mendapat pelajaran tinggi dan menjadi orang profesional yang hebat.

Diantara mereka ialah  Datuk Zakaria Arshad  CEO FGV  yang berasal dari anak peneroka yang sekarang berada di tengah-tengah  kemlut pergeseran dengan Tan Sri Mohd Isa Samad seorang veteran UMNO berhubung dengan pengurusan saham FGV.

FELDA adalah pemegang saham terbesar FGV(Felda Global Ventures Holding Berhad)  tetapi tidak dibenarkan untuk diwakili dalam FGV walaupun Penegerusinya Tan Sri Sharir Samad menuntutnya dengan sokongan dari Datuk Zakaria. Ini adalah rahsia politik.

FGV adalah visi Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang mahu  menyalurkan kehidupan ekonomi  moden kepada peneroka dengan melibatkan mereka dengan permainan saham supaya menjadi lebih kaya.

Sebenarnya peneroka-peneroka   sudah pun cukup selesa dengan keadaan hidup sederhana  walaupun tidak menjadi jutawan,berkereta mewah,berbarang berjenama besar, berbeg tangan  berharga RM10,000 atau RM30,000 dan berjet melancong keluar negara.

Disebalik visi hebat ini, peneroka-peneroka FELDA kembali  terhutang, meminjam membeli saham FGV dan bertambah hutang setiap kali saham jatuh.Masa depan mereka mereka tidak lagi stabil sedangkan FGV sudah pasti menjutawankan beberapa orang politik dan profesional .

Kebanyakan orang Melayu pada hakikatnya  selesa dengan kehidupan sederhana,Islamic dalam penilaian  tanpa didoktrinasikan tetapi kesesatan politik dan penanaman nilai baru  berasaskan peniruan hidup metrialistic telah turut  menyesatkan  mereka secara paksa atau sukarela.

Masalah besar yang sebenarnya dihadapi di setiap  rancangan FELDA di seluruh negara bukanlah kehidupan tanpa jenama tetapi berjenama dadah yang membunuh generasi baru FELDA . Setandan  pisang pun tidak selamat lagi,durian dan rambutan,nangka hilang dari pokok menyebabkan hilang keghairahan untuk bertanam cucuk  di kalangan veteran FELDA

Pencuri motosikal dan kereta yang dikenali bebas berada di tengah-tengah masyarakat FELDA,keluar dan masuk penjara dan kembali berada di tengah masyarakat untuk menjalankan kerja-kerja yang pernah dilakukan;memecah rumah,mencuri dan sebagainya. MasyarakatFELDA pun tidak lagi ambil kisah kerana ketakutan dan kebosanan .Mereka menjadi penagih dadah yang kebal.

Inlah masalah  lebih besar yang dihadapi di sebalik FGV yang mendatangkan keuntungan berbillion ringgit  - anak -anak generasi baru FELDA yang sedang terbunuh setiap hari.

Media perdana  tidak lagi berani untuk menyiasat dan  mendedahkan malapetaka ini yang wujud disetiap rancangan FELDA  kerana ia adalah suatu keburukan sosial yang akan memberikan implikasi buruk kepada kerajaan yang meanggap kejayaan kewangan adalah segala-galanya

Kebangkitan dan kejayaan  masyarakat tani FELDA yang diterokai  oleh Tun Abdul Razak,gagal di kawal oleh anaknya Datuk Seri Najib  yang lebih sibuk menumpukan kepada kawalan kuasanya. Dia sedang membayar harga yang sangat tinggi kepada bangsanya.

63 comments:

  1. Adakah itu TRANSFORMASI ATAU TEROKFORMASI.

    NAJIB SEMAKIN MENONJOLKAN KEBODOHAN DIRINYA

    ReplyDelete
  2. Satu lagi cerita daun kari penyedap rasa.

    ReplyDelete
  3. Saya dulu... bila saja Najib melantik Isa Samad sebagai Pengerusi Felda awal 2011, saya sudah tepok dahi. Mana tidaknya, orang yang pernah digantung keahlian UMNO selama 6 tahun kerana Politik WANG pada PAU 2004, diangkat kembali oleh Najib setelah menang kerusi Bagan Pinang, 2010.

    Begitu juga KJ yang pernah terkait Politik WANG pada PAU 2009 sehingga PWTC bergema dengan boo dan teriakan... KJ Rasuah, KJ Rasuah, KJ Rasuah... juga di angkat menjadi Menteri.

    Bercampur dengan amalan 'Cash is King'... sebab itu amalan rasuah menjadi-jadi dalam GLC maupun Kerajaan. Dan sudah tentu ini disebab kegemaran Najib sendiri yang lebih mengutamakan kesetiaan dalam memilih pengikut-pengikut disekelilingnya. Maklum saja lah 'kesetiaan' boleh saja dilakonkan. Maka yang tinggal, hanya mereka yang sokong, membawa rebah.

    ReplyDelete
  4. Polis menyedari masalah penagih dadah di setiap kawasan FELDA tetapi tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana mereka tidak serik dengan hukuman dan tidak takut untuk mengulangi jenayah kecil dan sukar mendapat kerjasama dari peneroka-peneroka walaupun mereka kenal dengan penagih -penagih disekitar mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "tidak dpt berbuat apa"... Hmmm... Tutup kes... Kesian

      Delete
    2. masukkan mereka ke upnm utk dptkan latihan, klu mereka tak serik...

      Delete
  5. Ayat terakhir dalam posting ini 'Dia sedang membayar harga yang sangat tinggi kepada bangsanya' saya fikir ia adalah terbalik dari segi maksud yang hendak disampaikan. Sepatutnya ayat itu berbunyi 'Bangsanya sedang membayar harga yang sangat tinggi kepada Najib' atau ayat lain yang seumpamanya.

    ReplyDelete
  6. Jadi apa yang FELDA sendiri telah, sedang dan akan buat untung membendung masalah yang menular di FELDA ni ?
    Sebaiknya FELDA sendiri juga mengambil langkah langkah membendung masalah masalah di beratus ratus FELDA di seluruh Nalaysua. Menubuhkan pasukan petugas beruniform dan melatih anak anak muda FELDA dalam aspek security. Tindakan dari Pengususan FELDA harus dilihat memain peranan objektif juga dalam usaha mengurang dan membendung perlakuan jenayah yang dilapor berlaku berleluasa di FELDA FELDA seluruh Malaysia.

    Ini bukan berita baru !
    Di mana peranan peneraju FLEDA ?
    Iaitu umno.
    Pemimpin pemimpin pejuang bangsa terdahulu menubuh dan memajukan FELDA. Mereka ni pun pemimpin UMNO jugak. Pengasas UMNO lagi.Pasal apa (yang dikata) pemimpin umno hari ini kelam kabut ketokohan masing masing. ? Tak macam pendekar pemdekar UMNO dulu dulu boleh menuntut kemerdekaan, menundukkan komunis, mengekang extremism dan banyak lagi la tak boleh habis nak sebut.

    Aoa dah jadi ni ?
    Syarikat gergasi umno hari ini menghadapi masalah ketulusan.

    Itu pasal aku cakap FELDA kini kena recondotioned aje. Dah tak boleh overhaul lagi. Dan recond kan umno ni sekali.

    Penubuhan dan penyenaraian FGV ni malapetaka kepada FELDA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 22tahun tun mahathir dan anwar semasa dalam kerajaan dulu apa felda dapat tak ada, minyak masak pun diproses oleh kroni dia,felda jual hanya tandan kelapa sawit pada kroni jadi sila jawab ?. pak lah Yg fanitik tun mahathir hina itu cuba ubah felda supaya felda ada kilang, di zaman tun mahathir tak ada usaha2 untuk nak proses minyak masak itu sendiri di felda dan ada jenama sendiri dalam minyak masak, minyak masak pun nak ke syarikat kroni ok.





      Sila bagi aku fakta di zaman tun mahathir felda ada kilang minyak dia sendiri dan ada produk dia sendiri,

      Satu sebab masalah dadah ini berpunca dari zaman tun mahathir yg gagal hadapi gelombang ke2 dadah selepas dia berjaya buru penagih dan tokan2 dadah itu bandar

      Delete
  7. Pembangkang memalu kompang mendabik dada bahawa Selangor dan Penang ditadbir dengan baik, jadi negeri termaju dengan pembangunan sana sini. Sedangkan semua itu telah dibina semenjak ia diperintah kerajaan bermula selepas merdeka lagi. Demikian sifat keji pembangkang mengambil kredit atas usaha orang lain.

    Dari aspek lain, masalah2 di Felda berlaku semenjak sekian lama. Adalah tidak adil menghukumnya hanya semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Semenjak 30 tahun yang lalu masalah dadah, kecurian, rompakan berlaku di Felda. Dengan kata lain ia berlarutan semenjak zaman Mahathir, Pak Lah sehingga ke Najib. Mungkin juga dasar tak ambil peduli Mahathir terhadap Felda selama lebih 20 tahun memerintah menyumbang kepada gejala2 tersebut. Kerana kita melihat dengan jelas bahawa Mahathir hanya fokus kepada pembangunan material di bandar2 yang dijalankan melalui projek yang diagih2kan kepada kroninya. Adapun pembangunan minda dan rohani masyarakat Felda, Mahathir kelihatan lepas tangan selama 22 tahun. Natijahnya, kita menuai hasilnya pada hari ini atas sikap ketidakpedulian Mahathir, Pak Lah dan Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah rohani dan jasmani pun kau salahkan Mahathir juga?Ostad kuat makan sampai perut boroi pun salahkan Mahathir?Hebat betul ilmu kau.

      Delete
    2. 05.41...salah kan sekali DAP jugak. Salah kan ambiga sekali ...puas hati? Kalu boleh aku rasa ko salahkan lee kuan yew sekali baru ko puas hati. Bodo piang!!!!

      Delete
    3. elok la kena amik anon 05.41 oiii... drpd masuk poket pemimpin ko je sbb tak beramanah, baik bagi org lain yang uruskan yg lebih cekap dan dipercayai... baik bungkuih je...

      tak payah ckp pasal selangor dgn penang pun... negara nie BN yg dapat, tp apa sudahny, semua masuk poket sendiri... pastu eksen pulak tu... mcm la dia yg usahakan... bagi lagi pelingkup ada la...

      tak reti urus, jual, harga up tinggi2 sbb ada personal commission... bodo punya broker negara... lepas tak sabar jd broker, disamun abis semua...

      bapak2 kita dulu buat supaya kita semua merasa... dapat kat dia, buat mcm dia punya, tak payah nak bagi kat org lain... klu bagi pun, tabur mcm bagi dedak kat binatang...

      respek la org lain jugak, org tua dah bagi pelajaran kat anak bangsa... ramai yg berdiploma, berijazah, master, phd... buat la mcm rakyat negara nie sbgai org terpelajar... bukanny mcm pemuda yg dok songlap duit program... cara tu, buat org jd penyamun, asal boleh selit, ko selit... asal ada peluang, rembat... tak bagus mcm tu...

      ak pun bukanlah baik sangat, tp klu dah teruk mcm nie, nak patah balik susah... melambatkan urusan shj... negara mundur mcm nie...

      Delete
    4. Jual tanah parking dan taman tempat main bola itu taman melawati ulu klang negeri selangor tampat di wakili azmin itu negeri terkaya yg azmin banggakan ok.

      Sampai nak jadi kaya azmin sangup jual tanah parking di selangor kawasan taman melawati selangor ,itu cara azmin nak jadi kayakan selangor.

      Zam tentu tahu azmin berperangai jual tanah parking di selangor itu, sebab zam itu selalu ada dekat taman malawati.
      Ok

      Delete
  8. Rasanya formula UMNO sama saja. Mereka2 ini akan diberi brim, tanah dan rumah pprt. Dan juga dwkoder utk ditumpulkan lagi akalnya. Maka zombi2 melayu ini akan teeus diperbodohkan dan digunakan sma PRU

    ReplyDelete
  9. Masalah penagih dadah dikampung, di felda dan kampung nelayan dah lama dah.

    Dari zaman tun mahathir lagi apabila tun mahathir basmi mereka di bandar, tokan2 dah semua beri tupuan di kampung2 dari zaman tun mahathir itu tokan2 lari diri dekat kampung 'ok

    Polis dah banyak tangkap penagih di kampung2 tapi gagal basmi tokan2 besar lari kampung semua kesalahan di letakan di tangan tun mahathir itu yg gagal hadapi gelongbang kedua tokan dadah di kampung2.

    ReplyDelete
  10. Cek dah cakap dah dulu...jangan dilantik orang yang tak habih sekolah jadi PM. Sekarang tengok apa jadi... Dia dah jadi mcm tikuih mbaiki labu. Semua lingkop... Kemudian lantik Deris Jala jadi caretaker felda pulak. Kita tengok mcmana si Deris Jala ni mengakalkan dia.. Bukti dah ada mcmana MAS bungkuih lepas si Deris jala ni overhaul MAS. Jngn FELDA pulak lingkup lepas ni sudah....

    ReplyDelete
  11. Jika tiada blog Zam tiadalah tempat untuk mengumpat Najib kannn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika orang tak terpelajar masuk ke blog zam nampak sangat warnannya. Adakah blog zam hanya memfitnah atau memberikan analisis dg fakta benar berasaskan sejarah.
      Najib di blame kerana beliau lebih menumpukan usaha untuk mengkayakan peneroka Felda dengan saham dengan menggalakan mereka berhutang sedangkan tugas utama bukan memperjudikan mereka tetapi merancang memperbaiki semula generasi baru Felda jika Mahathir telah melalaikannya.

      Delete
  12. Maaf, masaalah dadah dikalangan anak2 melayu ni tidak harus diletak dibahu Najib Razak. Saya lebih menyalahkan ostad2 & badan2 agama di M'sia. M'sia ni dah jadi terlebih islamik, anak2 kecil pun pakai tudung, di TV3 siap ada tazkirah yg menasihati org perempuan memakai tudung kerana neraka penuh dgn org perempuan, akan tetapi org2 yg sangat islamik ini gagal atau mungkin tidak berminat untuk menyelamatkan belia2 islam dari jadi hamba dadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib tu siapa tah... perdana menteri ke ape, yg sampai tak harus diletakkan dibahunye...

      Delete
    2. Sebelum salahkan Najib, salahkan dulu mak bapak, ahli keluara, org sekampung, etc. Apa yg mereka buat? Kegagalan mak bapak pun nak letak kat PM???

      Delete
  13. Adakah bicara admin ini berdasarkan analisa atau sekadar pandangan peribadi beliau sendiri? Saya ank kelahiran Felda..gejala sosial dan penagihan dadah adalah jauh lebih teruk jika kita lihat 30-25 tahun yg lalu...kebanyakan dari penagih ni, sudah pun kembali menemui pencipta.. Generasi baru felda ternyata lebih bervisi...klu sekitar 80 an, boleh dikira dngn jari ank2 peneroka yg berjaya kemenara gading..lewat 90an, ramai generasi muda felda bergelar professional...cerita tuan zam ini cerita basi...klu tuan zam nk tahu,akhlak mereka yg terdahulu jauh lebih teruk dr kami generasi baru felda...klu takat berjudi ni, selamba badak open table kt kedai kopi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bior betul kenyataan kamu ni.......mcm nk menyorok fakta jer

      Delete
    2. Aku pun duk kt kwsn peneroka....masaalah dadah di felda bg aku adalah teruk dan membimbangkan...

      Delete
    3. Anti ketua perangai musibat10 June 2017 at 01:20

      Ha ha masih mahu menafikan lagi.
      Baca dan fahamlah betul2 lontaran Zam.

      Fahamlah mesej yg sdra Zam mahu sampaikan dulu daripada sdra menafikanya.

      Tanyalah diri...kayakah..senangkah...lebih baik lagikah kehidupan warga Felda berbanding dahulu dewasa ini.

      Nmk lagi teruk pila bila dibawah Najib dan Isa....habis harta2 Felda dikelepekan mereka.

      Sdra Zam mempertahankan bahawa warga Felda menjadi lebih yertekan dan teruk dibawah Najib....bukan lebih senang.

      Yg mwnjadi lebih kaya adalah Isa Samad...Najib dan kroni2 dgn harta melimpah ruah.

      Celiklah mata...sikit...berapa kerat org2 Felda yg mndpt munafaat dari saham FGV dan kehudupan menjadi lebih senang...lagi susah dan tertekan dgn kesempitan hidup memang lebih nyata.

      Delete
  14. Walau apa pun pandangan orang tentang tulisan Zam, saya tetap berpendapat penulisan Zam masih tajam.
    Teruskan Zam menulis dari hati ke hati walau pun dikecam dan tidak popular demi bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  15. Zaman awal 90an saya tinggal di Felda. Pada waktu tu, bekalan letrik hanya separuh hari. 7 malam hingga 7 pagi. Ketika itu era Mahathir. Seperti yang disebut oleh Anon di atas sana, memang felda agak dipinggirkan di zaman Mahathir. Pada waktu itu Mahathir sedang sibuk dengan projek2 meganya. Hingga keperluan asas masyarakat felda terus terabai. Kami di felda pada ketika itu berpanas di rumah sepanjang siang kerana kipas tak dapat on kerana letrik tiada. Sedangkan Mahathir selesa hidup dalam kipas dan aircond di villa dan banglonya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please la anon 22:08, nak buat cerita sedih pun cerdik la sikit. Pada zaman awal 90an, rumah saya kat kpg pun tak ada kipas, rumah atap zink lagi, siang panas macam sauna, malam sejuk gila. Say tak duduk kat felda; bukan tak ada letrik tapi tak berkemampuan, zaman tu kipas adalah barangan mewah. Alhamdulilah, jadi org juga kami adik beradik.

      Delete
    2. U tinggal kat felda mana????sekarang ni u rasa hebat sangat ker duk kt felda....

      Delete
    3. Pemimpin PAS pun hidup selesa juga.

      Delete
    4. Semua di zaman Mahathir secara automatiknya mesti lengkap.Sebaik sahaja dia naik jadi PM semua yang tidak ada terus sahaja wujud dengan sendirinya.Bekalan air dan elektrik terus saja tersedia 100% di hari pertama dia masuk pejabat.Hari kedua semua bentuk kemiskinan dapat dihapuskan.Hari ke 3,semua penagih dadah insaf.Hari ke 4,tidak ada lagi rakyat Malaysia yang buta huruf,dan buta perut.Hari ke 5 semua rakyat,terutama sekali masyarakat Felda dapat hidup selesa dalam villa yang lengkap dengan kipas dan aircond.Hari ke 6,semua rakyat mampu berkereta.Hari ke 7,semua dapat BR1M.Sepatutnya begitulah yang Mahathir patut buat dan berikan kepada rakyat di hari-hari berikutnya selama 22 tahun menjadi PM.Bagi semua 'kera yang mendapat bunga'yang mampu menggunakan internet menghentam Mahathir hari ini,beliau adalah PM paling gagal dalam sejarah negara.Mahathir sendiri pernah mengaku yang dia gagal mengubah pemikiran orang melayu.Bukan sahaja Mahathir,malah tidak ada siapa pun yang mampu merubah bangsa yang tidak bermaruah ini.

      Delete
  16. Salam Tan Sri Zam.

    Tepat lontaran sdra.

    Kecuali...perenggan ini;

    "FGV adalah visi Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang mahu menyalurkan kehidupan ekonomi moden kepada peneroka dengan melibatkan mereka dengan permainan saham supaya menjadi lebih kaya".

    Sebenarnya Najib tidak lakukan (penyenaraian FGV) untuk warga Felda tetapi untuk diri dia...Isa dan kroni2 semata2.

    Hakikatnya...nyata...warga Felda diperbodohkan dan menanggung azab berhutang spt yg sdra perincikan.

    Apa kekayaan yg ramai telah kecapi.
    Hanya azab dan sengsara sahaja...dan masih dlm kehidupan ditakuk lama.
    Malah menjadi lagi teruk dgn hutang yg ditanggung kerana harga saham telah merudum.

    Ini wajar dimengertikan oleh SEMUA WARGA FELDA kerana bila ada proses 'listing' selalu ya ada pihak2 tertentu yg buat duit....tidak kira saham naik atau jatuh.

    Siapa pihak itu.. yg buat duit...
    Isa.. Najib atau kroni2..
    Faham sahaja.

    Betulah kata RD...lihatlah siapakah org2 yg dipilih Najib...ADA sandal politik Wang belaka.

    Isa...KJ...dan kini Shahril sbg Pengerusi...semua ada isu2 yg tidak perlu kita perjelaskan disini.

    2x5 sahaja dgn dia.

    Alahai Melayu Umno....syarikat2 milik org Melayu selalu diperlakukan mcm hak bapa sendiri...ikut suka hati.

    Harap lontaran sdra Zam Kali ini....DPT MEMBUKA MATA WARGA FELDA SELUAS2NYA...BETAPA DASYAT PERLAKUAN ISA DAN NAJIB KPD MEREKA SEMUA.

    Percayalah bila diambang piliharaya...warga2 Felda ini akan ditabur dedak sedikit sebnyak untuk meraih undi agar melupakan semua 'kejahatan' yg dilakukan dan penderitaan yg mereka alami.

    Dan persoalanya..adakah mereka akan menjadi 'Melayu yg mudah lupa' hanya dgn umpanan dedak yg tidak seberapa....dan masih mahu menyokong org2 spt ini.

    Celiklah org2 Melayu dan warga Felda khususnya.

    ReplyDelete
  17. Mahathir dalam memoirnya A Doctor in the House pada topik Anwar Challenge ada kata bahawa dia mungkin banyak buat kesalahan dan kesilapan sepanjang 22 tahun memerintah, akan tetapi memecat Anwar bukanlah salah satu dari kesilapan itu.

    Dari kenyataannya itu, Mahathir sendiri mengakui bahawa dia tak sentiasa betul. Dia pun ada buat salah dan silap macam manusia lain. Pendek kata, dia tidak maksum. Maka, tidak menjadi kesalahan jika dasar2 pentadbirannya selama 22 tahun tersebut dibentangkan dan dikritik. Akan tetapi golongan pentaksub dan fanatik seringkali melenting, melatah dan hilang pertimbangan bila Mahathir dikritik. Itu menunjukkan kerendahan level pemikiran dan tahap kebijaksanaan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar, Anon 05:47.

      Kesilapan pertama Dr.M, ketika menjadi Menteri Pelajaran adalah memansuhkan Sekolah Aliran Inggeris pada 1977, dengan bermulanya peperiksaan MCE (Tingkatan 5) dalam Bahasa Melayu untuk mata-pelajaran History & Geography. Lama-kelamaan Sek. Inggeris bertukar menjadi Sek.Kebangsaan.

      Kesilapan kedua Dr.M adalah membawa masuk Anwar Ibrahim, dari ABIM ke dalam UMNO pada 1982 untuk menyaingi pengaruh keAgamaan PAS. Ketika itulah juga UMNO dikapirkan Haji Hadi.
      Anwar yang membawa emej alim & warak, kemudian dilantik menjadi Menteri Pelajaran pada 1986, maka bermula lah Islamisasi disekolah-sekolah Kebangsaan... murid perempuan di'paksa' bertudung dan kegiatan keagamaan seperti membaca doa mula bertapak dan berkembang... sehingga hari ini... diajar korban atau sembelih lembu di halaman sekolah.
      Sekolah Vernacular yang bagaikan 'hidup segan, mati tak mau' disebabkan kurang permintaan sekitar 70~80an, kembali mendapat sambutan hangat ibu-bapa bukan-Melayu kerana risau anak-anak mereka di'Islam'kan. Juga... pada pandangan mereka, bahasa Melayu tidak dapat menjamin masa depan dan peluang pekerjaan yang baik untuk anak-anak mereka. Maka, makin banyaklah SRJKC & SRKJT dibina... juga, sehingga kehari ini.

      Kesilapan ketiga Dr.M adalah melantik Timbalannya, Pak Lah yang dianggap beliau sebagai 'Mr.Clean', mengantikannya sebagai PM, setelah bersara pada 2003. Malangnya, seperti Najib, Pak Lah juga menggangap Kementerian KeWANGan sebagai jawatan 'warisan' Perdana Menteri.
      Tak perlulah saya cerita, apa yang terjadi angkara 'Mr.Clean' ini kerana dari sinilah bermulanya Negara kita... lingkup.

      Kesilapan keempat dan terbesar Dr.M adalah akibat terlalu terhutang-budi kepada Allahyarham Tun Abdul Razak yang membawa beliau kembali kedalam UMNO, sehingga sanggup mengesyorkan kepada Pak Lah supaya Najib dijadikan TPM dan kemudiannya menjadi PM setelah Pak Lah sendiri meletak jawatan.

      Sebab itulah Dr.M, pada sisa-sisa akhir hayatnya, ternampak seolah-olah sangat terdesak untuk membetulkan kesilapan beliau yang terakhir dan terbesar ini... ia itu... menjatuhkan kerajaan kleptocracy yang telah banyak mencemarkan martabat dan kemuliaan Agama, Bangsa & Negara, dimata orang-orang Kapir.
      Semoga Tun Dr.M dikurniakan Allah SWT, kesihatan yang baik untuk menjayakan hasrat murni beliau.

      Delete
    2. Anon. 05:47 telah melabelkan penyokong Mahathir sebagai pentaksub,fanatik,dan rendah level pemikiran.

      Delete
  18. Anak hisap dadah pun marahkan pemimpin..bodoh

    ReplyDelete
  19. Selepas lebih sepuluh tahun Mahathir bersara masih nak salahkan dia?

    ReplyDelete
  20. Salahkan parameswara....lagi senang, tak payah fikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11.48, anda telah merendahkan tahap fikiran anda. Kita berbicara tentang Felda. Tempohnya paling awal bermula pada zaman Tun Razak. Paling lama di bawah pentadbiran Mahathir. Paling sekejap pada zaman Pak Lah. Kenapa harus diundurkan kepada zaman Parameswara? Renung2kan.

      Delete
    2. 00.58....apasal bingai sangat? Sarcasm pon tak paham? Felda mana kau ni?

      Delete
    3. Hahaha, apa dah jadi pada generasi masa kini??? Sarcasm atau sindiran pun dah tak kenal, padahal suatu masa dulu org melayu terkenal dgn sindiran secara halus.

      Delete
  21. Habib Xultan. Bukan masalah bersara. Ia masalah gejala yang tidak dibendung semenjak sekian lama. Ia masalah yang bermula 30 tahun lalu yang tak dibendung sejak awal. Sudah pasti ia melibatkan tempoh 22 tahun Mahathir memerintah.

    ReplyDelete
  22. Sedangkan kes jenayah 50 tahun dahulu pun boleh dibicarakan jika ada bukti dan saksi2 baru. Inikan pula Mahathir yang baru 10 tahun pencen. Sebab itu telah dimulakan siasatan kes Skandal Forex 30 Billion BNM di zaman Mahathir. Adakah kerana dia dah bersara, kesalahan dan jenayahnya harus disapu ke bawah karpet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha seorng lagi dah masuk perangkap Najib....bercerita of kisah Tun M .

      Bnyk kah Dedak yg KO DPT atau hanya kosong shaja....tetapi percaya pd Najib.

      Kasihan...

      Delete
    2. Sudah la....mainan politik umno ni, orang dah muak. Nak divert dari isu2 skrg , buat la cam na pon, bangkai gajah dah busuk ke sepelusuk dunia, kau nak bising isu forex? Ayat kau "kesalahan dan jenayahnya harus disapu ke bawah karpet" jelas menunjukkan tahap panik umno. Belum pun disahkan ada jenayah isu forex, belum disahkan siapa bertanggungjawab, orang2 macam kau dah guna perkataan "jenayahnya"! mat gian felda boleh la percaya kau dol

      Delete
    3. Bingai 17.55 admin bincang masalah felda la bukan isu forex; nak bahas tengok tajuk dulu la bodo piang.

      Delete
    4. Mahathir sendiri sudah beberapa kali menyuruh siasatan dilakukan ke atasnya,dan dia bersedia didakwa dimahkamah.Buktikan dia bersalah.Siasatan Skandal Forex yang diusahakan Najib sebenarnya adalah tidak sah kerana ianya diusahakan oleh si penyamun,perompak,pencuri,dan penyangak sendiri dengan niat untuk menutup kegiatan jenayah terancang mereka.Sikit punya ramai cerdik pandai,tak kan lah seorang pun tiada teloq nak heret Mahathir ke mahkamah.Kenapa takut?Kalau semasa beliau berkuasa dulu kamu takut untuk bertindak terhadapnya,....nah sekarang dia sudah tidak berkuasa lagi,kenapa masih takut?Bukan kah berani kerana benar?Saudara 17:55,kalau ramai yang masih takut,apa kata kalau kamu yang mulakan kumpul bukti kesalahan Mahathir.Kesalahan tetap kesalahan,...tidak boleh disapu ke bawah karpet.Begitu jugalah dengan Kerajaan Kleptokrasi hari ini yang klepet,...mana mungkin boleh disapu ke bawah karpet.Mahathir memang mahu sangat nak ke mahkamah,...kenapa yang menuduhnya pula yang merasa takut?Kalau rasa di dada penuh dengan ilmu dan yakin dengan kebenaran kenapa perlu takut?

      Delete
  23. Kesilapan terbesar pemimpin negara ialah menjadikan penasihat kewangan dari pihak 'Bankster'.Pemimpin bertukar dari zaman kezaman tapi asas ' fiscal polisi tetap berteraskan wang 'fiat & seignorage', utk pemahaman lanjut sila rujuk artikel dari prof.Ahamed Kameel Mydin Meera bertajuk ' Fiat Money & The Economic Degradation of the Malays'.

    ReplyDelete
  24. Sangat menghairankan bila masih tiada cadangan agar felda dijual pada china. Hairan betul.

    ReplyDelete
  25. Aku ank peneroka...bapak aku berpendapatan sekitar 5-6k sebulan...aku lahir di felda bukit aping barat kota tinggi johor...dlm usia bpk aku 70an tu..5-6k tu dah kira berbaloi sangat...tu bpk aku join FGv..bukan wat sendiri...senang ckp dlm bahasa mudahnya..bpk aku x pernah gi kebun pun...ni nak habaq ni..budak2 felda bukanlah jakun sangat ngn dadah tu..klu zaman rock kapak dulu yer la ramai mat pit dr felda...sekarang nmpk gen br lebih berwawasan...terima kasih kepada DEB...walau x berjaya sepenuhnya..sekurang2 ngn pendidikan dpt mengubah nasib ank2 felda yg miskin mcm kami...najib pun bukanlah bngsat sangat...dia pernah offer tempat di ipta tuk pelajar2 yg result kurang bagus.. Tak silap aku 4-5 tahun lepas...ramai ank2 felda berjaya masuk ke uitm terutamanya pada ms itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kisah benar ke?

      Delete
    2. Result kurang bagus....masuk uitm. Lepas grad, dapat kerja apa? We have a huge unemployment prbln of about 200,000 grads. Sektor awam pun dah bloated sampai 1.6juta orang. Ni lah salah satu puncanya, result kurang bagus pun boleh sambung belajar, masuk U ambik kursus tah apa2. Patutnya yg jenis camtu disyaratkan ada pengalaman kerja 3 tahun atau 5 tahun dulu, baru boleh sambung belajar.

      Delete
    3. panglimo potaseh12 June 2017 at 20:58

      Anon 13.59

      Saya tertarik dgn ungkapan tuan .. sekarang result kurang bagus pun masuk uitm.

      Dulu pada tahun 70an guru sekolah saya ada bercerita gimana, konduktor bas di India ada yg punya ijazah. Kita semua gelak tetkekeh-kekeh.

      Lepas sekolah saya dapat masuk itm .. tak ramai yang dapat masuk itm. Yang lembab sikit kena ambil pre-diploma dulu, yg ambil masa sentengah hingga setahun.

      Lepas tu baru ambil diploma yg makan masa tiga hingga empat tahun lagi .. bila lulus baru layak jadi separa professional.

      Nak ambil ijazah mesti kena ambil pengalaman kerja dua tahun dahulu, lepas tu baru ambil ijazah.

      Kerajaan juga ada menyediakan banyak kursus kemahiran melalui saluran IKM, Politeknik dan kurdus sijil ITM. Dan fabrik pendidikan kita tampak sangat tersusun dan ikhlas.

      Sekarang ni .. kalau nak masuk universiti tak perlu nak tayang sijil sekolah lagi. Yang perlu hanya bawa duit sahaja.

      Pendidikan seperti ugama telah menjadi bahan cari untung .. bahan cari makan.

      Dulu itm nak jadi universiti semacam perjuangan berpanjangan. Sekarang kita boleh jumpa universiti di daerah belakang mati.

      Ijazah boleh diambil dalam masa satu setengah tahun sahaja. Sijil Diploma seakan dah ghaib.

      Di UKM bersepah calon Master yg tidak punya pengalaman kerja dan kemahiran bahasa inggeris yang sangat dangkal. Mereka boleh sahaja lulus Masters dengan cemerlang.

      Bayangkan ada universiti yg hanya perlu ada SRP untuk dapat diploma dan ijazah .. SPM untuk dapat ijazak dan Masters .. lulus STP atau Diploma untuk dapat PhD.

      Dan program mendiplomakan yang tak ada sijil adalah biznis yang sangat lumayan. Setahun dua dah boleh dapat diploma dan gaji pun naik.

      Di ijazahkan ala pengijazahan silat pun biznis yang lumayan. Itu lah dia .. ada duit semua boleh jadi .. berapa ramai yang pakai PhD beli dan jadi pakar itu ini.

      Delete
    4. Alooo kawan...depa yg result x berapa baik tu..masuk pra diploma dulu ler kt uitm...klu pass,baru ke step selanjutnya...tak berani nk komen lebih sebab dulu sekolah darjah 6 jer...jng la kita underestimate depa ni...spm x bp bagus tp final exam dpt CGPA above 3.8 kt ipta mcmne pula tu? X berkualiti ke org mcm tu? Spm ko score leh sure ker ko grad ngn 1st class degree? Apa ko hengat yg dpt 2nd class degree tu bila bekerja x leh perform as majikan expectation ker..come on guys...X boleh ker kita berbaik sangka atas usaha gomen yg sedikit ini adalah semata mata untuk mmbantu org melayu@ bumiputra juga..yang hebat dlm english pasti dinilai sebagai bijak...walhal zahirnya tidak pun...dlm istilah industri kami gelarkan sebagai "goreng" golongn mcm ni...biasanya depa ni lebih " talk the talk" persis menteri umno..yg x bp nk bijak mcm hangpa ckp tu la yg " walk the talk"...

      Delete
    5. 07.11....sori la bro; logically speaking, kalu spm tak bagus, no way boleh dapat cgpa 3.8 kat U. Tapi kalu bro cakap ada student kat ipta boleh dapat cgpa tahap tu walau pun spm tak bagus, aku surrender. Something is very wrong with ipta punya kualiti...very very wrong. Boleh bagitau ipta mana budak2 boleh score sampai 3.8 walau pun spm tak bagus? Kaaa ni cerita kes sorang dua student jerrr; mungkin pelajar tu sebenarnya bagus tapi bungkus masa exam spm demam kaa, trauma kematian keluarga atau banjir kaa atau apa2.

      Pasal command of english; malas nak bincang. Dah bertahun kita bincang, things are getting worse.

      And about the goreng part, about walj the talk or talk and talk only tu; it's got nothing to do with english or malay or telegu.... yg pandai goreng tetap goreng tak kira bahasa dan bangsa apa.

      Delete
    6. Lepas srp boleh terus buat Ijazah Sarjana Muda Drebar Uber (kepujian) atau Ijazah Sarjana Muda Nasi Lemak (terlebih kepujian)...cgpa gerenti 4.0 atau lebih dari tu.

      Delete
    7. Minta,maaf cakap laa...CGPA hanya berguna pd interview session sahaja. Tak menjamin Kpi you pun..self assessment bergantung pd how good u performs..bahasa inggeris bagus belum tentu documentation pun bagus...dlm swasta, mcmana kita nk promote pekerja yg separa mahir menjadi pekerja mahir..contoh pekerja yg lulusan diploma kemahiran dari pelbagai intitute yg silibus pembelajarannya bukan akedemik..mereka ni biasanya hired as technician..setelah sekian lama bekerja, mereka juga patut dinaikkan pangkat sebagai enginer..so dengan adanya program2 pendidikan hujung minggu dr provider mna2 ipta / ipts dilihat sebagai satu peluang untuk mereka.. Contoh mcm esekutif degree utm ke..ntah apa lg kt paper selalu kuar tu adalah platform tuk mereka mengukuhkan kerjaya mereka..lgpun program2 sebegini dah ada kelulusan dr MQA..aku bekerja sebagai Project Manager selama 11 tahun..aku x ambil fresh graduate as enginer..aku prefer org lama promoted as enginer..so company kami sendiri mngeluarkan pinjaman kewangan bf staff sambung degree,master dan sebagainya..untuk level sr engineer dan principle engineer pula, kerja2 mereka lebih pd validation, improvement dan sudah tentu bnyk paper work...tang ni, kami memang memilih mereka yg benar2 strong dlm technical background dr ipta with above 7 years working experience...kita ambil fresh grad tuk jawatan Asst Eng with min basic salary 2500 per month...tu pun ramai tolak atau berhenti sebb gaji kecil katanya..

      Delete
  26. Kepada SUKASAMASUKA buanglah perkataan gila dan sial supaya saya dapat disiarkan.Jangan terlalu emotional.

    ReplyDelete
  27. Tan Sri yang saya muliakan,

    Saya mohon maaf dan tidak akan mengulanginya lagi.

    Saya ingin berterima kasih pada Tan Sri yang sudi memberi saya laluan dalam blog Zamkata ini.

    Terima kasih Tan Sri, saya mohon maaf kalau terkasar bahasa.

    ReplyDelete
  28. Saya bersetuju dengan saranan ZAM. Kita boleh berbahas selebar mana pun, mengkritik pemimpin politik mana pun. Berkhilaf di sana sini dalam selepas melontarkan pendapat. Tapi kita kena ingat, budi bahasa dan kesopanan tutur kata lah yang membezakan suatu bangsa yang mulia dan hina. Kita bebas mengkritik Mahathir, Pak Lah, Najib dll. Tapi dengan penuh etika dan matang.

    ReplyDelete