Saturday, 6 May 2017

TIADA PUTRAJAYA TANPA MAHATHIR,TIADA 1MDB TANPA NAJIB

RAKYAT LEBIH INGAT ERA MEWAH DAN BEMERTABAT

Saya tweet hari ini:
Tak ada Putrajaya tanpa Mahathir
Tak ada Jambatan Pulau Pinang tanpa Mahathir,
Tak hidup Langkawi Tanpa Mahathir
Tak ada Proton Saga tanpa  Mahathir
Tak ada F1 tanpa Mahathir dan 
Tak ada 1MDB tanpa Najib.

Tambahan: Tak ada PM Najib tanpa Mahathir - komen Rusty Blade

Herannya semua fakta  ini membangkitkan  kemarahan di kalangan penyokong-penyokong Najib seolah-olah 1MDB itu suatu kesalahan.

Bacalah apa kata mereka:

The Auditor:
Segala bencana perbuatan Madey(Mahathir) kini dipikul bebannya oleh kerajaan dan rakyat.Mamak Madey Kutty hanya kayakan kroni

Auditor: 
Tanpa Mahathir juga tiada zamkata. Bila ini berlaku,rahmat sekalian alam tanpa pembohongan kesat.

People Voice:
Tak ada Madey,tak ada kerugian Bank Negara,BMF,Bank Bumiputra bangkrap,bayaran kepada IPP,ERL hutang ke anak cucu. Zam yang tah apa apa.

Alan:
Sekurang-kurangnya projek Tun M nampak juga hasilnya tapi projek Najib cuma nampak HUTANG ja- tu pon lembu-lembu sokong macam babi gila

Norazniza abd karim:
Betul tu.Kalo tak ada semua tu tak ada Najib tanggung hutang berbillion untuk dilangsaikan. Dan juga jangan lupa tol kena bayar sampai sekarang.

Zaim:
KLIA2,MRT,LRT extend,Pan Borneo,Kedai rakyat 1 Malaysia,Jambatan Kedua Penang,Menara Warisan siapa buat?

Sebenarnya rakyat tidak hiraukan apa  juga pembongkaran terhadap kesilapan Mahathir di masa lalu  kerana sekarang mereka berhadapan dengan berbagai kesulitan yang mengingatkan  mereka tentang  era Mahathir lebih baik; mewah, senang, rakyat bemertabat  dan negara berdaulat



60 comments:

  1. Pelik sungguh fikiran dia orang ni.....walhal kes 1mdb dan kes2 zaman tun jauh bezanya...kes 1mdb adalah kes rompakan atau penyelewengan duit bukan isu hutang.....Kes 1mdb jelas duit 1mdb yg diperoleh melalui terbitan debt security atau bond diambil utk tujuan peribadi.....Najib Razak adalah perompak ...jelas......Tun bukan perompak.....ni fakta....

    ReplyDelete
  2. Ia lebih bermakna jika perjuangan Tun Dr Mahathir diterjemahkan dengan menawan Puterajaya..

    Membandingkan Mahathir dengan Najib pun sudah satu kesilapan..
    Seperti langit dengan bumi..

    Benih yang baik, campak ke laut menjadi pulau..
    Benih yang rosak campak ke laut menjadi bubur..

    ReplyDelete
  3. Mari kita bezakan, antara kroni-kroni Dr.M dan Najib:-

    1- Berpuloh-puloh ribu Rakyat dapat 'cari-makan', bela anak-bini bekerja dengan kroni-kroni Dr.M seperti Ananda Krishnan, YTL dan Mokhtar Bukhary.
    2. Kerajaan juga dapat kutip berbillion-billion ringgit cukai dari pengajian pekerja, kekayaan dan empire perniagaan kroni-kroni Dr.M... dimasa lalu dan akan datang.

    Sebaliknya, dengan kroni-kroni Najib seperti Razak Baginda, Deepak Carpet & Jho Low... berapa ramai Rakyat dapat berkerja dengan mereka?
    Berapa banyak yang Kerajaan dapat kutip cukai dari kekayaan mereka?

    1MDB pula dikecualikan dari bayar cukai.

    Dimana... gamaknya, Rakyat diDahulukan.

    ReplyDelete
  4. Dulu pun masa proton dapat perlidungan cukai. Jangan menipu Kita orang.
    Razak Baginda, Deepak Carpet & Jho Low bukan kroni najib mereka duduk dimana mereka semua duduk diluar negara .
    kroni najib penjual kain terbesar dimalaysia bagi orang melayu kerja Dalam bidang kain yg dulu ratanya Kuasai Oleh Pakistan, India Dan cina

    Kroni najib Ada projek besar England tak pun minta bukan2 pada kerajaan.
    Kroni tun mahathir menipu kerajaan penjual subside gas,subsidi Gula lepas itu larikan ke Hongkong Ingat Kita bodoh ke tak tahu cerita sebenar.
    Kroni tun mahathir Maxis dah rasuah dinegara India, dkMalaysia pun maxis pun cekat darat orang beli beli intenat pun Tulis 3rm tiba2 potong 8rm apa Cerita itu ia padan orang tak nak Pakai maXis it's kroni tun mahathir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia nii bunyi macam bangla baru dapat PR

      Delete
    2. Bukankah Najib pernah pinjam RM2 Billion dari Ananda Krishnan untuk bayar hutang 1MDB dan selepas tersebar berita ini, terdengar pula bahawa boss Maxis ini terlibat rasuah di India?

      Kalau Razak Baginda, Deepak Carpet dan Jho Low bukan kroni-kroni Najib, siapakah mereka?
      Pegawai Kerajaan?
      Ataupun... mereka adalah 'orang-tengah' Najib yang dibayar komisen untuk berurusan bagi-pihak Kerajaan/Rakyat?

      Mengapa Najib gemar mengunakan 'orang-tengah kelabu-asap' seperti Razak Baginda, Deepak Carpet & Jho Low dalam urusan Kerajaan?

      Tidakkah perbuatan ini betentangan samasekali dengan Jihad KPDNKK, memerangi keterlibatan 'orang-tengah'dalam urusan perniagaan?

      Seperti Pak Lah, apa tujuan Najib melantik diri-sendiri 'pegang' Kementerian KeWANGan, sebaik saja menjadi PM?
      Tidak ada orang lain yang lebih layak?
      Tidak percayakan orang lain?

      Delete
    3. budak baru dapat hp free najib bukan tau politik pun..

      Delete
    4. Sori Kalau tak tahu sejarah, 5 murid tun mahathir Dan sejarah tun mahathir baik jangan cakap, lupa cakap siapa yg mula2 lantik diri sendiri jadi menteri kowangan Kalau bukan tun mahathir itu yg tak percaya murid dia sendiri kianat guru dia, tun mahathir pencetus idea untuk lantik diri sendiri jadi menteri kowangan, jadi salahkan tun mahathir Lantik diri sendiri jadi menteri kowangan selepas anwar pecat

      Kalau budak Baru belajar politik Seperti RD tak tahu sejarah politik dimalaysia baik tak payah tulis ia

      Delete
  5. Sila sahabat masuk ke blog cucu tok selampit. Posting terkini berkenaan isu tabung haji. Pasti mengegarkan pada PRU14 nanti.

    ReplyDelete
  6. Manusia dalam kelemasan memang begitulah. Saya sudah masuk Bersatu dan kami semu sedang bekerja kuat secara senyap pergi masuk kampung masuk Felda untuk pastikan Melayu tolak parti Najib Razak yang sudah hilang pedoman hilang kewarasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli ke 3 juta ke Fendi Ahmad? Apa dah jadi Bersatu kelam kabut. Khairuddin cabut. Yang sorang lagi tu pun cabut. Cabang Rembau huru hara.. Mitos apakah itu berjuta2 org join Bersatu?

      Delete
    2. Khairuddin cabut adalah bagus.Bukan dia yang rakyat nak sokong atau jatuhkan.

      Delete
    3. Itu tanda krisis keyakinan melanda Bersatu. Kalau pengasas2 awal Bersatu pun dah tak yakin dgn parti, mcm mana rakyat mahu yakin? Fendi Ahmad masih dibuai mimpi indah.

      Delete
  7. Proton juga sbbkan rakyat kita berhutang sampai sekarang. Asyik nak kena bailout kroni dia. Putrajaya utk kerajaan, tp kerajaan sendiri kena menyewa semua bangunan kat situ selama 30 tahun. Sewa utk siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darwis Dirwan7 May 2017 at 10:54

      Beli kereta apa tak perlu bayar hutang? Banyak pejabat kerajaan juga menyewa ditempat lain sebelum berpindah ke Putrajaya dan berapa ribu pegawai kerajaan dapat tempat kediaman selesa sewa murah di Putrajaya. Dont write if your are ignorance and expose your stupidity.

      Delete
  8. TAMBAHAN: TAK ADA PM NAJIB TANPA MAHATHIR

    ReplyDelete
  9. Di zaman mahathir, ada kegawatan ekonomi di pertengahan 80an....graduan menganggur, ramai terperangkap dalam kemiskinan.

    Madey tak duduk diam, dia lancar pelbagai dasar untuk naikkan taraf ekonomi rakyat. Hasilnya? Bandar2 baru naik dan orang melayu mampu memiliki rumah di sana, seperti shah alam, bangi, serdang, gombak, bandar tun hussein onn dll. Orang kampung mampu miliki kereta. Anak2 kampung dihantar belajar ke luar negara. Statistik ekonomi kerajaan seperti MITi dan BNM dipercayai, kerana rakyat sendiri menikmati kemakmuran ekonomi.

    Sekarang, statistik punya la cantik, tapi rakyat rasa tertekan dengan kos yang semakin naik. Pengangguran pun bertambah. Hutang negara pun nak capai RM1 trillion. Biasiswa dah kurang. Di johor, mb baru saja dedahkan 88,000 rumah bumi lot tak terjual, statistik negeri2 lain macam mana? Rumah PR1MA yang bernilai rm300,000 ke rm400,000 pun tak lebih dari apartmen kos rendah, tapi tu jer laa yang golongan middle class melayu mampu beli.

    ReplyDelete
  10. Zaman Mahathir rakyat hidup senang. Harga rumah dan barang makanan masih terkawal.

    Anak2 orang miskin boleh belajar tinggi lepas tu boleh kerja bagus dgn MNCs. Sekarang MNCs pun nak cabut dari Malaysia. Para graduan pulak disaran untuk jadi taxi drivers dan warong entrepreneurs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama je Macam pembangkang suruh Kita jual nasi lemak tepi Jalan, tanya dap kenapa kilang MNCs besar2 Lari Dari Malaysia ini.

      1999 pun bank terpaksa bergabung ramai dibuang kerja,Kalau tak tahu sejarah tun mahathir baik jangan cakap

      Delete
  11. Mahathir banyak jasa, jasa tu lah membuat dia, kluarga dan kroni2 kaya raya.. kroni2 mahathir menjadikan elektrik jadi mahal melalui IPP, highway kne tol sampai sekarang, bank bumiputra berkali2 perlu di bantu, BMN rugi berpuluh billion, mas bankrap, proton hampir bankrap, Pegawai BMF mati dibunuh, Perwaja hancur, KLIA terlebih belanja, Putrajaya terlebih belanja berpuluh billion, bayaran subsidy berpuluh billion kepada kroni utk IPP, policy pandang ketimur mengakibatkan negara berhutang hingga kehari ini dan banayak lagi.. Najib bukan sempurna tapi lebih sempurna lah dari empunya blok ni yg menjadi batu api.. taubat lah zam... kamu pun bukan bagus masa jadi menteri dlu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni seko lagi bunyi macam bangla dapat PR

      Delete
    2. Elektrik zaman TunM lebih murah dari zaman Najib

      Tol zaman TunM lebih murah dari zaman Najib

      Minyak zaman TunM lebih murah dari zaman Najib

      Harga barang zaman tunM lebih murah dari zaman Najib

      Hutang negara jauh lebih rendah di zaman TunM dari zaman Najib.

      ....so lu cerita apa?

      Delete
    3. Kalau nak murah tak payah jadi negara maju, harga ikan kembong 5rm kg di zaman tun mahathir tapi nelayan dalam miskin.
      Semasa mukriz jadi mb kedah kenapa dia gagal bagi rakyat kedah ikan murah so
      jadi cerita apa.

      Negara maju segala2 mahal, ada lrt, laborraya,cukai mereka tinggi, mereka terpaksa bagi subsidi kekang kenaikan harga makanan nelayan mereka kaya raya, ,kau nak nelayan dan petani kaya jadi atau jadi miskin selepas bagi mereka makanan murah..

      Solaan aku ini boleh ke kau kekah kos ada jika pakatan berkuasa nelayan dan pertani tak nak hidup kemiskinan seperti zaman tun mahathir itu.
      Mereka kerja tak nak gaji 500 seperti zaman tun mahathir itu.
      Di zaman tun mahathir ayam lebih mahal dari ikan kembong.
      Harga alatan buat rumah tak sama macam zaman tun mahathir itu ,boleh ke kau paksa kedia2 dan kilang kroni tun mahathir turunkan harga alatan untuk buat rumah jika pakatan berkuasa dan nak turunkan harga rumah

      Jadi apa alasan kau, tak payah buat lrt,tak buat lebur raya, tak payah pasang cctv seperti zaman tun mahathir dulu,biasiwa di kurangkan, ptptm di tutup seperti nak pembangkang cakapkan

      Negara maju segala2 nya mahal, korang cakap dekat tun mahathir dan anwar tak payah jadi negara maju, korang perasan ke di Libya gadafi jatuh di sebab harga barang mahal tapi bila pemberontak berkuasa pun mereka pun gagal kekang harga makanan malah lebih mahal dari era gadafi.

      Pembankang hanya tahu bercakap kenapa tak paksa kroni korang itu turunkan harga rumah dan harga makanan di negeri korang tawan.aku tengok Dikelantan masih muruah lagi harga makanan mereka, di negeri penang dan selangor kenapa harga makanan sikit dari selangor ,paksa kroni pakatan tu turunkan harga makanan itu.

      Yg tak tahu sejarah pemerintahan Tun mahathir
      ialah baru nak sokong pembangkang

      Delete
    4. 16.17 apa ko tau pasal ekonomi? Negara maju, walau pon kos sara hidup tinggi, tapi gaji rakyatnya tinggi, nilai matawangnya tinggi, perbelanjaan kerajaan transparens, rasuah kurang, produktiviti penjawat awam tinggi, penguatkuasaan undang2 berkesan. Knowledge kau tahap ikan kembong boleh la.

      Delete
    5. Negara maju ke? Tahukah anda dalam negara China ada pelabur jepun korean amerika, jepun nak melabur ke jika mereka melabur jika duit china tinggi 'china bijak memanipulasi wang dia supaya kilang itu tak lari akan diri.
      China belajar dari kesilapan jepun ikut cakap amerika supaya naikkan mata wang tapi jepun bijak bertindak balas dengan pindahkan kilang ke negara yg mata rendah dari jepun.
      Duit jepun tak tinggi seperti duit amarika menyebabkan jepun boleh export kereta dia ke amerika.
      Cuba bayangkan jika duit kita sama dengan jepun itu boleh ke? Jepun bertahan jika bina kilang dimalaysia'jika duit kita sama macam jepun itu fikirkan ia.
      Semua salah tun mahathir itu sendiri ada industari tak nak melabur luar negara bila kos tinggi kilang tutup seperti perwaja dan lain.
      Lihat singapore dan negara maju lain, jepun tak nak bina kilang kecuai ada sekatan undang2 cukai untuk Kenakan tak kecuai anda bina kilang di negara maju itu.

      Negara maju duit mereka tinggi semua pindah kilang mereka negara menbangun, kecuai pasaran euro mereka masih kekalkan kilang itu hanya bertaknologi tinggi dikekalkan

      Malaysia belum diiktiraf negara maju sebab negara malaysia masih lemah r&d Dan Satu Hari nanti kilang itu larikan diri kau buat apa, negara Maju tak Ada kilang besar2 Hanya Ada HQ di negara asal kilang mereka buat r&d, negara Maju negara perikhamatan tak buat barang pun.
      Lihat Ada terjadi di Amerika kilang berpindah ke Asia sebab Kos untuk buat barang amat tinggi, Amerika menuju ke negara perikhmatan seperti British Dan euro, barang buatan Hanya laku di Amerika Dan euro je ramai tak nak beli Kerana terlalu mahal.

      Kos Sara hidup tinggi Cuba banyangkan Hongkong dengan Singapore Kos mana paling tinggi,
      Mata wang tinggi tapi tak keluarkan barang Dan jadi negara perikhmatan buat apa.

      Tahukah anda kilang British Tutup sebab Mata Wang tinggi ,tak semua orang berpeluang masuk ke unvesiti dan tak semua orang berpeluang masuk ke bidang perikhmatan bank Dan lain2 perikhmatan, kilang British Hanya buat senjata je, Kalau tak Ada kilang Melabur dinegara kita Rakyat Kita tak berapa pandai itu nak kerja apa

      Delete
    6. Perbezaan antara PM Najib dengan Tun M ialah seorang "crook" dan seorang Negarawan tersohor.....!!!

      Delete
  12. Klu hari ini kita cerita pasal hal orang, sebenarnya banyak yg orang boleh perkatakan pasal kita.. elok lah kita diam dari bercerita hal orang lain.. Zam petang dah... tak tau bila dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan hal orang la samdol; ni hal negara, anak cucu zam dan anak cucu kita yg akan tanggung hutang yg nak cecah rm1trillion. Kau tak faham ekonomi yg patut dok diam2

      Delete
    2. Hang agama apa....suruh orang yang sudah tua jangan peduli pasal bangsa,negara dan aktiviti rompakan?

      Delete
    3. .....tak tau bila dah...
      Jangan kata petang saja, tengahari atau pagi pun belum tahu lagi...
      Semuanya di tangan Allah!

      Delete
  13. Bapa bangun.
    Anak samun.
    Bini lanun.
    Penyokong malaun.

    ReplyDelete
  14. Tak litar F1 tak Ada Anak tun mahathir dapat tendar jaga litar f1 itu.
    Tak Ada petronas' tak Ada songlap untuk kroni Dan nepotism untuk petron itu cakap Oleh rafizi.
    Tak Ada proton tak adalah kroni telalu bergantung pada kerajaan.
    Tak Ada subsidi petronas tak ada curilah subsidi kerajaan bagi pada kroni

    Terlalu manja kroni tun mahathir itu. Patut kroni saling tolong menolong bukan menjahanankan kerajaan. Ada pulak itu kroni larikan diri ke Hongkong 'korang tahukan siapa kroni itu

    ReplyDelete
  15. Satu fakta yang Rakyat tidak sedar mengenai kutipan Tol.

    Di Semenanjung, kalau tak ada tol sejak dibina PLUS, awal 90an... yang paling untung adalah syarikat-syarikat lori kontena, bas-bas pelancongan dan Rakyat dari Thailand dan Singapura.

    KTM sudah tentu, telah lama bankrupt, baik pengangkutan penumpang (dari Tanjung Pagar, Singapura) atau gerabak-pengangkut kontena. Pelabuhan-pelabuhan kita juga akan teruk terjejas. Segala export-import antara Thailand-Singapura akan dilakukan mengguna Highway PLUS yang percuma. Pelancongan antara kedua-dua Negara jiran ini akan terus rancak, sambil Malaysia jadi tempat mandi, kencing & berak di Hentian Rehat & Rawat. Silap-silap kita kena tambah jumlah jamban untuk mereka guna secara percuma. Makanya, Highway kita akan dipenuhi oleh lori dan kenderaan yang silang-menyilang, pergi-balik Thailand & Singapura, terutamanya hujung-minggu. Satu sen pun Malaysia tak dapat untung dan Rakyat tidak dapat peluang pekerjaan. Repair & maintenance pun Kerajaan tanggung.

    Di Sabah dan Sarawak lain.
    Adalah membazir jika kutip tol. Volume kenderaan tidak mencukupi untuk menampong pelaburan membina Pasarana kutipan tol dan mengaji pekerja. Berapa sangat pelancong atau lori dari Indonesia, Brunei atau Filipina nak berulang-alik guna Pan-Borneo Highway? Boleh ke? Berapa ramai sangat Rakyat Malaysia, Sabah & Sarawak yang akan menggunakan keseluruhan Highway itu setiap hari?

    Kerajaan bukan bodoh untuk kutip tol di Sarawak. Orang Politik bijak berlakon. Untuk menampakkan segala kerja mereka berpaksikan Rakyat, perihatin atau 'Rakyat di Dahulukan', mereka dengan bangga istihar PAN Borneo Highway bebas-toll. Padahal mereka tahu, tiada syarikat swasta yang berani tender atau minta konsesi untuk kutip tol pada kadar semurah seperti di Semenanjung. Lagi pun kerajaan dapat berjimat; tak perlu bina beratus-ratus pasarana kutipan toll keluar-masuk.

    Walaubagaimana pun Kerajaan Persekutuan atau Negeri MESTI bina banyak 'laluan-selamat' untuk haiwan-liar melintas lebuhraya Pan-Borneo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau nak biarkan ke dia negeri Borneo itu miskin, kalau tak ada kalau tak highway PLUS rakyat kedah miskin atau tak ada ases jalan jual padi pun tak boleh hanya harap kapal je.

      Tujuan PAN Borneo Highway Sabah ke serawak kemudian ke Brunei dapat mereka dengan akses gas dan minyak melalui jalan darat dan dapat menhubungkan sabah dan serawak melalu highway jadi mereka kerja dekat sabah tak perlulah naik kepal terbang atau kapal laut.
      Di semenanjung ada lalu kampung jika tak nak guna tol, di sabah dan serawak hanya laluhan baru dibina dan baru naik taraf dua jalan ke empat jalan sama pan broneo itu beza highway Plus dengan pan Borneo

      Semasa kerajaan bn mula2 nak bina highway plus dulu pun ramai takut guna highway sebab kena bayar dan ramai guna jalan kampung, apabila plus siap ramai kritik itu guna highway itu sebab nak cepatkan pejalanan

      Kau fikirkan highway Filipina nak sambung dengan pan Borneo, highway tak lalu kalimatan dan laut sulu. Idea baru pakatan nak bina jabatan di lalu sulu pilipna itu kesabah.

      Apa susuh letak je papan tulis je 'berhati2 ada binatang nak jalan ,seperti jalan di kelantan. Itu cara paling muruah ada faham tak

      Delete
    2. Kau ni bodoh ke apa?
      Susunan ayat pun berterabur macam tak habis belajar sekolah rendah.

      Kau ingat, binatang-liar melintas jalan macam kau?

      Saya hanya membezakan keperluan dan mengapa PLUS dikenakan tol, manakala PAN Borneo, tidak.

      Sepatutnya PAN Borneo dibina sebaik saja Najib jadi PM. Baru tepat dengan slogan 1Malaysia dan Rakyat diDahulukan.
      Bukan selepas tubuh 1MDB guna duit-hutang... guna Jho Low sebagai orang-tengah sehingga menjadi scandal pengubahan WANG-haram terbesar dalam sejarah dunia... baru nak bina PAN Borneo.

      Bukan bina PAN Borneo demi popularity, tapi demi pembangunan Rakyat di Sabah & Sarawak.

      Delete
  16. Haha... kenapa penyokong najib marah-marah. Saya pengundi perlimen Pekan tak faham dengan sikap ini. Saya bangga ahli parlimen saya buat 1MDB. Walau tak nampak pejabatnya 1MDB dimerata tempat,atau apa prodak yang dikilang. Tapi 1MDB tersohor merata dunia. Saya bangga. Hidup PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu....

      Terkenal diserata dunia...sampai negara luar pon buat siasatan.

      1MDB membuat negara Malaysia terkenal sebagai penipuan terbesar di dunia.

      Delete
  17. Pujilah mahathir sampai ke mati zam..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayangkan keadaan negara kita jika Tun M xjd Pm selama 22 tahun....bayangkan pula jika Najib jd PM selama 22 tahun?????

      Delete
    2. Bila TS Zam menulis ramai penyokong najib melompat lompat....hehehe

      Delete
    3. TS Zam bukan ahli mana-mana Party Politik selain UMNO... dan tidak pernah menunjukkan sokongan kepada PPBM... tu yang buat Penyokong Najib melompat-lompat.

      Saya harap TS Zam dijemput hadiri sambutan UMNO ke71 & PAU.

      Delete
    4. 20.55..saya bukan penyokong najib atau mahathir..

      Delete
    5. 22tahun Dasar DEB kerajaan Malaysia gagal sebab nya terlalu sayangkan Anak Dan kroni ,tahun 90s sepatut dasar ekonomi bumiputera Berjaya tapi gagal' kenapa ia?

      Mana kroni tun mahathir Dan Anak tun mahathir termasuk anwar itu patut jawab kegagalan dasar DEB itu

      Delete
    6. DEB digagalkan oleh melayu layu dan bangsat macam kau.Kenapa pula orang bodoh nak salahkan orang yang bijak diatas kebodohan diri sendiri?

      Delete
    7. Budak bodo shj tak tahu kebaikan deb.. mesti dia confuse dgn samakan DEB dgn 1malaysia najib nie...

      1msia tu konon2 nak tiru konsep Malaysia Malaysian... Lepas tu gagal sbb ketua negara rembat duit melalui 1mdb...

      DEB direncana lama dan telah menaikkan ekonomi semua etnik kat negara nie... Nenek ko dpt merasai kebaikkannye

      Delete
  18. IWH CREC nafi bahawa mereka gagal laksana dan bayar ikut terma dan syarat2 berhubung pembangunan Bandar Malaysia. Kementerian Kewangan diam, tak ada respons langsung tentang penafian ini. Jadi kes ni mungkin masuk court, berbulam atau bertahun tak selesai. Boleh jadi macam kes IPIC. Kenapa pegawai2 di kem kewangan boleh biar perkara spt ni terjadi? Belajar tinggi, gaji tinggi, tapi macam tak tau buat kerja jerrr. Di zaman tun, sime darby dan guthrie dibeli dari orang british, tak ada masalah pun.

    ReplyDelete
  19. Terimalah hakikat bahawa kemajuan pesat Malaysia adalah semasa pemerintahan Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul !!!

      Delete
    2. Betul tapi kena bagi peluang pada jenerasi baru seperti najib untuk memerintah
      Kita bukan tak boleh terima cara lama tapi ada perkara cara lama tak patut gunakan pada zaman sekarang, ingat pesan nabi dididk anak kamu ikut pengedaran zaman

      Zaman tun m bukan tak ada masalah 3 krisis ekonomi.
      Zaman tun m memeritah dia hadapi masalah 3tahun pertama pada 1983 krisis bmf tapi atas sokong ahli umno dia berjaya hadapi nya

      Najib hadapi krisis apabila pelaburan 1mbd rugi 2014 ahli umno bagi sokong untuk pulihkanya.

      Kalau najib letak jawatan dia bakal hina lebih teruk dari pak lah, tun mahathir boleh bertahan dari kuli dan pengikut dia bahawa kes mahkamah dulu kenapa najib tak boleh bertahan. Tun mahathir akan gagal dan kecewa sebab kerana anak dia sendiri dia merosak perjuaang dia

      Delete
    3. Hang mangkok yang gelap hati.Apa yang Najib buat adalah satu rompakan jenayah terancang.BMF tu sebelum Mahathir jadi PM lagi.Bila dia naik jadi PM,diarahkan siasat ke akar umbi.Susah kalau kau membesar baca Harakah sahaja.

      Delete
    4. 19.57....sori bro, pandangan umno totok awak tak boleh diterima. "Pelaburan 1mdb" awak kata...apa 1mdb labur di mana? Mana cash flow, mana untung/rugi 1mdb? Auditor antarabangsa pun cabut lari! Dah 7 tahun najib jadi PM, peluang apa lagi nak bagi? Peluang naik kan gst?

      Delete
    5. Betul Anon 11:03.

      Sejak ditubuh 1MDB 2009, laporan Kewangan tahunan, senantiasa lewat dikeluarkan. Sudah la lewat, laporan untuk 2013 & 2014 tidak diperakui sendiri oleh BOD (Board of Directors 1MDB) dan Juruaudit Delloite, sebaik saja DoJ (Department of Justice) Amerika membuat dakwaan civil keatas sumber kewangan Reza Aziz & Jho Low.
      Mungkin sebab itu, laporan untuk 2015 & 2016 belum keluar atau tidak boleh dibuat selagi laporan 2013/14 belum disahkan.

      Yang paling pelik Laporan Audit Forensic keatas 1MDB oleh Ketua Audit Negara, Ambrin Buang di OSA kan. Ambrin Buang pula sudah digantikan dengan seorang yang 'bukan-ahli' dalam bidang pengauditan dan suaminya dikhabarkan adalah 'orang-kuat' UMNO... bahagian Kepong atau Selayang... saya tak pasti.

      Maka lingkuplah, nampaknya Negara kita... bila dilantik yang 'bukan-ahli' dalam sesuatu bidang untuk melakukan kerja itu.

      Delete
    6. 1MDB adalah memang dari awal dah dirancang untuk mengelapkan duit rakyat. Cuba teliti cara penubuhan dan siapa yang sole power. Kalau tak Menteri Kewangan dan PM masa tu. Nasib baik ada menteri besar Trengganu yg tidak sanggup bersubahat. Itu pon dah sedut duit negara berbilion-bilion. Orang bengap aje yang sengaja bagi tak nampak.

      Delete
  20. Terima juga hakikat bahawa Najib Razak adalah (PM) penyamun malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa guru dia kalau bukan tun mahathir
      'Tun mahathir ada lima murid"
      1)anwar
      2)najib
      3)azmin
      4)rafizi
      5)khairudin

      Lupakah anda peri bahasa ini
      Guru kencing berdiri, Murid kencing berlari.

      Ix ix ix ix

      Delete
    2. Dalam politik tidak pernah ada guru.Itu cuma anggapan kamu.Guru tahu kelemahan anak muridnya.Kau sembahlah Hadi munafik tu.

      Delete
    3. 22.15...peribahasa kau tak ada kena mengena dgn 1mdb, hutang nak cecah rm1trillion, pengangguran , gst...mahathir tak pernah ajar anak2 murid dia sengsarakan rakyat. Bangla pun tak pakai peribahasa ni kalau tak bertempat.

      Delete
  21. Rakyat sekarang macam binatang kais pagi makan petang menteri hidup senang lenang itulah kerajaan rasuah penipu penyamun

    ReplyDelete
  22. Kepada anon bangla 16.46/22.15 yg kerap tulis tunggang langgang kat sini...apa kata anda buku kan segala cerpen (cerita pendek) dan cerpu (cerita merapu) yang anda post di sini sejak setahun dua yg lalu. Umno ada 3 juta ahli, bangla ada 1 juta...total 4 juta orang market untuk buku anda, besar market tu.

    ReplyDelete
  23. Yang masih menyokong Najib telah menjadi manusia buta hati, buta mata, buta fikiran serta mati sebagai manusia tidak bermaruah...negara sedang diuruskan bapak penyamun yang tiada perasaan malu serta di bantu oleh menteri2 bangang yg maha dasyat...

    ReplyDelete