Tuesday, 2 May 2017

SKH TAHFIZ: PANDANGAN MENONGKAH ARUS DATANGKAN HASIL POSITIF

ANAK  BUKAN TIKET UNTUK ANDA KE SYURGA SECARA EKSPRESS

Provokasi saya supaya ditutup atau digantung sekolah-sekolah tahfiz berikutan dengan trajidi kematian seorang pelajar Tahfiz dikatakan kerana penderaan telah menghasilkan pandangan yang bernas,konstruktif  dan  berfaedah kepada kerajaan untuk mengawal  pertumbuhannya secara liar sebagai punca kewangan yang besar disamping membetulkan kepincangan pengurusan sekolah-sekolah itu .

Beberapa aspek negatif juga terdedah di atas sikap orang-orang agama yang mahu memejamkan mata kerana penyalahgunaan kuasa dilakukan oleh" orang kita" ,umpamanya sikap Pengerusi Jabatan Agama Johor Abdul Manaf Abdul Rahman berasaskan kenyataaannya dan juga pengetua madrasah terlibat yang  mahu membersihkan diri ketika polis masih menjalankan siasatan.

Semua Ini dapat dilihat dari sekian banyak komen reaksi terhadap tulisan saya itu. Antaranya dari Yaacob dan beberapa komen terpileh yang saya anggap rasional,akademik dan berkualiti  disiarkan di bawah ini untuk perhatian Kementerian Pelajaran dan pihak yang beminat untuk membina kemajuan Islam yang dinamik,progresif dan moden di negara ini.  

Ini adalah suatu provokasi dari Zam yang tentunya telah mengumpul maklumat sekian lama mengenai sekolah-sekolah tahfiz di negara ini dan juga sikap negatif jabatan-jabatan agama.Apakah reaksi jabatan ini setakat ini. Mereka hanya diam membisu diatas dosa mereka.

Salam tan sri.
Satu pandangan menongkah arus dari tan sri.
1. Pendidikan yang berasaskan agama adalah oder baru bagi bangsa melayu dan umat islam malaysia.
2. Ibubapa yang menghantar anak mereka ini terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada ibubapa yang tiada pendidikan dan harta. Ada juga ibubapa yang berpendidikan tinggi dan berharta.
3. Pendidikan dalam agama bukanlah menjanjikan pekerjaan yang bergaji lumayan. Tetapi ibubapa lebih mengharapkan "celik" agama.
4 kemajuan yang dikecapi oleh negara tidak membimbangkan lagi ibubapa tentang masa depan anak mereka walaupun berpendidikan agama kerana macam-macam kerja halal yang boleh dibuat selepas tamat belajar. Walaupun lebih pada kerja sendiri tanpa makan gaji.
5 peningkatan gejala sosial yang mendorong ibubapa menghantar anak mereka belajar agama. Kerana anak yang soleh dapat membantu mereka dialam bazah. Serta rasa tanggungjawap dalam diri ibubapa.
6. Atas peningkatan permintaan ini, ramai yang menceburi bidang ini dengan menubuhkan tahfiz. Tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
7. Sekolah agama kerajaan terhad dan perlu mendapat kelayakan tertentu untuk masuk yang tidak dimiliki oleh pelajar ini.
8 sikap orang melayu islam yang amat bermurah hati melakukan amal jariah menjadi pendorong kearah penubuhan tahfiz yang mendatangkan pulangan yang lumayan. Lihat saja di pintu masuk bank, terdapat tong derma untuk tahfiz. Begitu juga yang berjalan kaki berbatu-batu dari pintu ke pintu untuk kutip derma. Pembahagian hasil derma yang tinggi kepada pengutip derma juga merupakan punca lambakan tahfiz.
9 Adalah sesuatu yang amat sensitif untuk kerajaan mengambil tindakan atau kekangan dengan peraturan yang ketat apatah lagi kerajaan sekarang berada dalam keadaan yang tidak stabil. Sikap diam kerajaan ini adalah satu kelemahan dalam membangunkan kekuatan dan kemajuan anak bangsa.
10 kejadian yang berlaku dijohor memang kes yang terpencil. Tetapi sesuatu tindakan perlu diambil supaya dapat mencegah dari berulang.
11. Kanak-kanak yang hidup dalam keadaan "tertutup dari dunia luar" akan lebih mudah terpengaruh dengan perkara negatif bila mereka dah dewasa.
ReplyDelete


Semua pihak perlu ambil iktibar dari kisah ini. Penutupan semua sekolah tahfiz secara terburu2 akan menimbulkan lagi banyak masaalah. Sesetengah sekolah tahfiz ni merangkap rumah kebajikan - ramai ibubapa yg tak mampu tinggalkan anak disana kerana sekolah tahfiz kebanyakannya hidup atas sedekah masyarakat.

Apa yg perlu adalah mesti ada syarat2 wajib sebelum sekolah tahfiz dibenarkan wujud. Nak meniaga warung pun ada undang2 & syarat, tak kanlah nak jaga anak org semudah nak bela ayam itik? Pertama, bangunan tempat tinggal kanak2 ini mesti diluluskan oleh bomba; kedua, pengetua mestilah org yg berkelayakan. Pihak majlis agama mesti ubah fokus - sentiasa buat spot check dan sama2 berusaha meningkatkan taraf & kualiti sekolah tahfiz.

Ibubapa juga perlu berubah. Bukan tugas anak2 untuk memenuhi impian anda yg tak kesampaian; anak2 juga bukan tiket untuk anda masuk syurga secara ekspress. Ibubapa perlu ikhlas, tugas ibubapa adalah menolong anak2 untuk memenuhi potensi mereka sebagai manusia yg berguna.
ReplyDelete



"kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". tindakan drastik menutup semua sekolah tahfiz persendirian bukanlah satu langkah yg bijak. sebaliknya, pemantauan yg lebih khusus dan tindakan pantas pihak2 yg berwajib mestilah dijadikan agenda utama.
langkah2 yg mesti diutamakan boleh disenaraikan seperti berikut:
1) surat permohonan rasmi dr pihak yg ingin membuka sekolah tahfiz kpd kementerian yg berwajib.
2) testimoni, kelayakan, latar belakang barisan2 tenaga pengajar termasuk pengetua dan pekerja2 am sekolah.
3) lokasi, struktur, pengawasan dan keselamatan sekolah.
4) kedudukan kewangan pihak pengurusan sekolah.
5) urusan2 yuran, perbelanjaan dan kos setiap pelajar sepanjang pengajian.

mungkin banyak lagi kriteria2 yg tidak boleh dipandang ringan oleh pihak2 yg berwajib yg mesti diteliti dan dipertimbangkan. memandangkan ghairahnya masyarakat Islam dewasa ini yg berlumba2 menghantar anak2 mempelajari dan mendalami Islam, jgnlah ada pihak2 yg mengambil kesempatan menjadikan ugama sbg ruang atau platform utk mengaut keuntungan.


5 comments:

  1. SKH adalah antara sumber perkaderan parti tertentu.

    Antara pembentangan RUU355 dengan pemnbentangan Menutup SKH Tahfiz.. Mana satu pilihan yang menguntungkan..

    Apakah cadangan pembaikan SKH Tahfiz ada disebutkan dalam Muktamar PAS di Kedah baru baru ini sebagai tanda prihatin (?)

    ReplyDelete
  2. Assalam Tan Sri,

    Pada hemat saya gesaan supaya menggantung atau menutup sekolah tahfiz dan mendakwa Pengetua serta pihak pentadbirannya di mahkamah adalah perkara sepatutnya dilakukan dan bukan hanya sekadar provokasi.

    Pada hemat saya juga tindakan mendakwa tersebut tidak sama sekali merendahkan agama Islam atau menjatuhkan martabat ustaz atau guru tahfiz tetapi sebenarnya memperkasakan Islam melalui kebenaran dan ketegasan malahan dari satu aspek lain ia menggambarkan kematangan rakyat Malaysia sebagai Pengguna untuk mendapatkan khidmat yang sepatutnya. Di negara-negara mundur dan membangun rakyatnya tidak didedahkan dan sensitif dengan hak mereka sebagai pengguna kesannya apabila sesuatu insiden atau tragedi berlaku mereka lebih rela menyerahkan kepada takdir daripada menuntut keadilan ini secara langsung menyebabkan pesalah tidak dihukum kemudian tiada penambahbaikkan di dalam sistem negara dan seterusnya bangsa & negara tidak bergerak maju kehadapan dan perkara yang pasti adalah tragedi yang sama akan berulang.

    Dari segi perundangan terdapat doktrin yang dinamakan "Vicarious Liability" di mana kesalahan pesalah boleh di kaitkan atau di tanggung bersama oleh Pengetua dan Pengurusan Sekolah, Jabatan Agama Islam dan akhirnya Kerajaan Negeri jika dirujuk pada kes Adik Thaqif, antara sebab lain doktrin ini adalah supaya pihak pengurusan dan kerajaan lebih peka terhadap hak dan kebajikan pengguna dan rakyatnya. ini adalah antara satu mekanisma yang dapat menggerakkan bangsa untuk maju kehadapan dan amatlah rugi jika diabaikan.

    Kedangkalan sebenar apabila melayu amat taksub dengan amalan merotan apabila hadis menyebut rotanlah anak umurnya 10 tahun yang tidak mendirikan solat tetapi hakikatnya setakat ini kita belum mendengar ada hadis menyatakan nabi pernah merotan anak atau cucunya atas sebarang sebab tetapi nabi rela membiarkan cucunya Hassan & Hussin mengkudakan dirinya hatta ketika sujud kepada Allah, inilah pada hematnya saya mendidik melalui ihsan kasih sayang dan teladan dan bukannya hukuman fizikal tetapi melayu lebih suka memilih jalan mudah untuk tangani masalah tambahan pula adalah naluri semulajadi manusia lebih ke arah memusnahkan daripada memelihara.

    Di negara-negara maju amalan merotan anak atau pelajar sudah dianggap tidak bertamadun, kita masih ingat di mana rakyat Malaysia di Sweden (jika tak salah) di didakwa dan dihantar pulang ke Malaysia kerana merotan anak sendiri, mereka lebih mengutamakan pemakanan dan nutrisi berbanding merotan dan ini dapat dilihat melalui cerita dan drama di telivisyen pelajar-pelajar mereka beratur membawa dulang dan diberikan makanan berkualiti percuma ketika waktu rehat, tidak kah Islam juga menganjurkan perkara yg sama sekiranya kita mahukan zuriat yang baik maka hendaklah diberikan makan dari sumber rezeki yang baik dan halal. Secara mudahnya pemakanan yang baik adalah kunci pembentukkan minda yang baik, minda yang baik akan menjurus kepada akhlak yang baik.

    Ramai melayu berbangga sebab mereka dirotan cikgulah menjadikan mereka berjaya sekarang..pada hemat saya mereka akan harus lebih jauh berjaya lagi sekiranya tidak dirotan tetapi diberikan pemakanan & nutrisi yang baik serta didikan secara ihsan & teladan.

    Walau apapun kita menggesa supaya kes adik thaqif disiasat secara telus dan keadilan dapat ditegakakkan, kita sama sekali tidak dapat menerima apapun alasan bekas banduan diberikan tanggungjawab untuk mengawasi anak-anak dan soalan saya dari mana tertuduh mempelajari ilmu merotan tapak kaki anak-anak dengan getah paip?..lokap atau penjara mungkin? dan tidak kurang kedangkalannya apabila ada pegawai dari jabatan agama islam menyatakan "ia terpulang kepada sekolah agama tersebut samada untuk melantik bekas banduan sebagai kakitangannya" inilah jawapan pada hemat saya mereka yang kurang mendapat nutrisi yang baik ketika masih kecil di mana sel-sel otak gagal berhubung dengan sempurna.

    Akhir kata ustaz dan guru tahfiz wajib dihormati tetapi mereka bukanlah maksum.

    ReplyDelete
  3. panglimo potaseh3 May 2017 at 12:02

    Pak Zam.

    Akibat drp huruhara yg dibuat oleh Geng 24 dihadapan sebuah sekolah. Polis terus bertindak .. katanya, semua kepala gangster di negara ini telah dikenalpasti .. dan akan ditangkap tidak lama lagi .. saekor pun tidak akan terlepas.

    Alhamdulillah kalau hendak seribu daya. Ayoh Pak Polis teruskan perjuangan kamu .. jaga lah anak bangsa kita.

    Bila murid tahfiz di bantai sampai mati .. pada aku ini semacam, aku ulang balik .. semacam biasa je berita ni. Kat mana lagi murid mati atau setengah mati dibantai guru atau sesama sendiri kalau tak di sekolah ugama yang condong pada kearaban.

    Itu sebab Pejabat Pentadbiran Ugama agak "cool" dalam hal bantai ini. Kalau dah condong pada kearaban, apa nak diherankan. Lihat saja berita TV bangsa apa yang membantai sama sendiri. Walhal musuh utama mereka adalah Israel Zionis?

    Kalau cadangan Pak Zam ngikut modes operandi kes Geng 24, Pak Zam lakukan cadangan yang tepat.

    Tapi kalau ngikut resmi kearaban .. Pak Zam pulak akan turut di bantai pula nanti. Sosok yang paling tahu selesaikan perkara ini adalah Chedet .. kita tahu dan Pak Zam pun tahu cara Chedet melawan arus kearaban.

    ReplyDelete
  4. TS,
    Melihat kepada cara 2 isu kontroversi ditangani baru2 ini (kes kematian pelajar tahfiz & isu pakaian pemain chess), jelas satu masaalah besar di Msia ini ialah tidak adanya accountability. Pihak2 yg terlibat semuanya tidak ada rasa bertanggungjawab apatah lagi rasa bersalah. Jari akan ditunding kepada mangsa. Dalam kes tahfiz, alasan yg diberikan oleh pengetua ialah mangsa mungkin ada penyakit lain - "ramai budak lain kena rotan tak jadi apa2 pun". Dalam kes chess, ibu & pemain disalahkan. Pihak pengurusan tak terfikir sepatutnya mereka memberi guideline yg jelas mengenai baju sebelum acara berlangsung & mereka sepatutnya berbincang secara terus dgn ibubapa kanak2 tersebut; mereka juga tak terfikir yg budak 12 tahun apabila ditegur secara langsung oleh pihak berkuasa mungkin akan rasa takut & terus menarik diri.

    Bagi saya isu2 ini adalah symptom, the root cause ialah tidak ada sifat accountability pada diri pihak yg berkuasa.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  5. Banyak kematian dijalanraya...jadi 1.tutup saja jalanraya...2.jangan bagi kenderaan berada dijalanraya...3. jangan bagi Zam memandu dijalanraya!!! kih kih kih....

    ReplyDelete