Friday, 26 May 2017

SETIAKAWAN BERSAMA RUNTUHKAN MALAYSIA

  1. BERSAMA RUNTUHKAN ASAS2 KESTABILAN DAN KESELAMATAN NEGARA DG JAMINAN KEBEBASAN LEBIH BESAR TAPI AKHIRNYA JADI MOCKERY. INILAH GAMBAR TERCANTIK SETIAKAWAN RUNTUHKAN MALAYSIA.
  2. Kata Najib beliau adalah menyambung prinsip2 yg diasaskan Pak Lah.Maka itulah keruntuhan berterusan kerna Paklah yg rongkaikan prinsip asal
  3. Sukur kita umat Islam yg dipanjangkan usia oleh Allah utk bersama Ramadhan yg mulia bagi menikmati kesyahduan dan kebesarannya. Salam Puasa
  4. Utusan Malaysia kata Azmin takut bertindak buang Pas.Butakah sebelah mata lagi,tak nampak hidung Pas tak mancung pipi tersurung,tak ada malu
  5. Zam menerima Anugerah Khas Bernama mengenang Jasa sempena 50 th Juble Emas lBernama disampaikan oleh Menteri Komunikasi Salleh Said Kruak

41 comments:

  1. TS ZAM,

    Tokoh2 Umno tersebut keluar Umno dan tubuh parti baru secara gentleman. Demi prinsip masing2 yang ingin ditegakkan. Tapi Mahathir tubuh PPBM kelihatannya demi mencipta laluan mudah untuk Mukhriz menduduki kerusi PM. Tambahan lagi kerana rungutan2 kroni Mahathir yang tidak mendapat tempat di hati Najib. Atas 2 asas ini Mahathir membina PPBM. Tak sama dengan negarawan2 yang terdahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tanggapan org yg gelabah je..

      Delete
    2. laluan mudah adalah dengan terus kekal bersama amno dan setiap kali belum pun sempat najib buka cepat-cepat kata saya sokong.

      contoh paling klasik salleh said keruak. terus jadi menteri.

      come on lah. banyak sikit membaca, baru lah tidak mudah diperbodohkan sesiapa...

      Delete
    3. Wahai 10:10,...kamu adalah seorang yang buta perut tak ada akal.KJ berkuasa ketika bapa mertuanya menjadi PM.Mahathir boleh menaikkan anak-anaknya menjadi pemimpin tertinggi UMNO serta menteri kanan ketika beliau berkuasa.Ketika Mahathir meletak jawatan sebagai PM,anak-anaknya mungkin sudah bersedia menunggu untuk mengambil tempat.Namun Mahathir bukan begitu sifatnya.Najib memperkudakan pesawat rasmi PM dengan membawa anak beranaknya termasuk anak tirinya Riza Aziz yang berstatus billionaire ke hulu ke hilir.Ini lah pemimpin yang 10:10 banggakan.Menjual Proton adalah satu bentuk 'treason' atau khianat kepada negara.Hanya di negara yang tidak berdaulat sahaja perkara seperti ini dibiarkan tanpa sebarang hukuman.Hukuman paling ringan untuk orang seperti ini adalah penjara seumur hidup.

      Delete
    4. Hai Anon 10:10.

      Kamu dah lupa kah... Dr.M masih turun berkempen untuk Kemenangan Najib, UMNO & BN ketika PRU 13?

      Bermakna... sama seperti saya... Dr.M masih menyokong UMNO-Najib dalam kehanyatan skandal Pembelian Kapalselam, guna khidmat orang-tengah kelabu-asap, Razak Baginda. Bahananya pun belum selesai lagi, selepas lebih 15 tahun.

      Sebaik saja kemenangan lebih teruk Najib pada PRU13, timbul pula isu Pinjaman RM30 Juta, tanpa Faedah yang diperolehi Deepak Carpet dari Bank Rakyat. Ketika itu juga, Dr.M masih sokong UMNO-Najib.

      Nota:-
      Saya dah mula meluat ketika itu... Kehilangan MH370 & MH17 ditembak jatuh... saya terus menyepikan diri dari alam-maya selama 3 bulan.

      Dr.M hanya berhenti menyokong Najib bila skandal 1MDB-Jho Low meletop.

      Jadinya... Anon 10:10... tolong jangan malu-malu sebut mengenai hutang keliling-pinggang 1MDB, brainchild Najib & Jho Low adalah asas utama mengapa Dr.M tarik sokongan kepada Najib. Bila semua option untuk menurunkan Najib gagal, baru Dr.M tubuhkan PPBM untuk menjahanamkan UMNO-Najib.

      Delete
    5. Syed Ali Redha Alsegaff26 May 2017 at 17:11

      Anon 10:10,pendapat anda tidak dapat diterima oleh akal yg sihat oleh kerana jika Tun M ingin menaikkan anaknya Mukhriz sudsh barang tentu ketika Tun menjadi PM sudah dilakukan nya tetapi hal itu tidak berlaku,,you kena terima bahawa Najib aka MO1 telah membuat berbagai-bagai masalah seperti rasuah,salah guna kuasa, jual tanah Negara & sebagainya,,ini yang mendorong Tun M untuk masuk campur semula politik,,jika bukan Tun M siapa lagi yang sanggup berdepan dengan Najib Razak??? Jangan terpedaya dengan cerita dari sebelah pihak sahaja.

      Delete
    6. waktu 10:10 hebat..
      tetapi simpan sikit bodoh kamu untuk bekalan anak cucu di tahun 2050 nanti..

      Delete
  2. sama gk dgn pak lah laluan mudah bagi menantu PM

    ReplyDelete
  3. Mat Over bin Mat Jamal26 May 2017 at 12:48

    Ketidakadilan telah berlaku terhadap Mukhriz.Pertama di sekat oleh Khairy Jamaluddin dengan guna pengaruh Perdana Menteri Bapa mertuanya dan kedua disekat oleh Hishamuddin Hussein Onn dengan menggunakan pengaruh sepupunya PM Najib dan Istana Pahang . Semua ahli UMNO tahu.Tak usahlah at 10.10m nak kelirukan rakyat.Mahathir tidak perjuangkan Mukhriz untuk jadi PM. Dia sekat anak-anaknya menjadi politician semasa dia jadi PM.Bolehlah pergi bohong kepada pemakan dedak dalam UMNO

    ReplyDelete
  4. 10.10 kaedah komen yang sealiran dengan pemakan dedak tegar.

    ReplyDelete
  5. Dah tidak ketahuan dah PM kita nih.

    Pemimpin yang menjadi pencetus kepada keruntuhan mahu diangkat sebagai legasi sehingga tergamak membazirkan lebih banyak lagi WANG Rakyat... seolah-olah melempar RM5 Juta pendahuluan kedalam longkang. Bermakna ada lagi yang akan dibazirkan untuk legasi, tinggalan apa pun, tiada siapa yang tahu.

    Kalau di Negara Kapir, legasi-lena ini sudah tentu merengkok dalam penjara, sama seperti bekas Presiden Korea Selatan.

    ReplyDelete
  6. Saya setuju dengan Mat Over.
    Kalau konnonnya nak cipta laluan untuk anaknya dia boleh berbuat demikian semasa masih menjadi PM.
    Jujurlah membuat rumusan.

    ReplyDelete
  7. Hanya Tun yg dapat kembalikan Malaysia to the right track and glory years. With handpick new,fresh,young,clean and credible candidate for minister posts, they will deal with the 1mdb issues to the core and bring back the hidden money of rakyat Msia. Hidup Tun..

    ReplyDelete
  8. Anon 10:10 cuba menyelam di air cetek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ......akhirya tertelan pasir dengan lumpur..

      Delete
  9. Masih ade jugak memilih utk pertahankn pm ini.. dia hanya menjual usaha penat lelah kepimpinan lalu dan harapan masyarakat Malaysia terbanyak... Sekarang ini, dia cuma jual usaha kecemerlangan org melayu untuk membayar hutang joli katak dia laki bini... Semoga sumpah tanah merdeka ini dpt menghentikn kebejatan dia dan pengikutny...

    ReplyDelete
  10. In my personal point of view DA Najib is the real trouble maker to this country,,his administration is the worst compare to all our previous prime minister.To Najib don't under estimate the strength of "Rakyat" Malaysia......!! That is the people power.

    ReplyDelete
  11. Kasihan. Terlalu lazat dedak yang ditabur Mahathir. Sehingga melumpuhkan sel2 otal pentaksub2nya dari berfikir. Mahathir tak angkat plakad ANWAR IBRAHIM KE 7 baru2 ini dalam himpunan pakatan. Bermakna dia mahu dirinya jadi PM, atau Yidin sebagai seat warmer, kemudian Mukhriz jadi PM. Tapi masalahnya Mukhriz tadbir Kedah pun huru hara, cmne tu nk tadbir Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 01:53 adalah seorang pengkhianat bangsa.Hanya yang berjiwa pengkhianat sahaja yang akan menyokong pengkhianatan yang Najib lakukan kepada bangsa dan negara.

      Delete
    2. Hebat sangat la... bila orang-tua dapat rampas Jawatan MB Kedah dari orang-muda.

      Kalau hebat sangat, pasal apa Daerah Kubur Panjang, memanjang tak ada air. Kalau ada air pun, keluar meleleh ja. Itu kampung MB sendiri.

      Jangan asyik nak turap jalan je... sejak jadi MB. Memang lah nampak cantik jalan tu. Tapi bagi orang-kampung yang tak ada kereta, air lebih mustahak.

      Mentang-mentang banyak peruntukan, janganlah digunakan untuk cari popularity saja.

      Memanjang ada 'Kenduri Rakyat'. 1 July 2017 ini ada lagi Kenduri Rakyat di Sik, sempena Majlis Sambutan Hari Raya.

      Bacaan Al-Quran, Marhaban, Persembahan Nasyid, Konsert Lagu KeTuhanan, Cabutan Bertuah, DLL

      Cabutan Bertuah... 4 buah kereta Axia, Pulohan Motorsikal, Ratusan Basikal, Barangan Letrik dan Pelbagai Hadiah bernilai Jutaan Ringgit.
      Makan Semuanya Free..!
      Datang beramai-ramai

      Sambutan UMNO-71 pun ada cabutan bertuah '$ Jutaan Ringgit $' sebegini.

      Masa Mukhriz jadi MB dulu, mana ada semua nih. Tarian gelek padang-pasir, nampak pusat dan ketiak pun tak dak.
      Maklumlah... Mukhriz dulu, siang-siang lagi dia sudah ingatkan Saudara-mara dan kenalan beliau jangan minta apa-apa kontrak atau habuan dari beliau. Pasal tu ada orang yang tak suka Mukhriz jadi MB.

      Delete
    3. Anon 01.53....memang Tun Mahathir tak sokong Anuar jadi PM.Bukan saja Tun yang tidak sokong...malah aku dan ramai lagi diluar sana yang tidak pernah sokong!!... jadi apa kamu sebok sangat??....sebab2 tidak sokong??...jangan kamu buat2 tak tahu pulak....TS Mahyiddin yang paling layak buat masa ini.Noktah.

      Delete
  12. Apa salah kalau Mukkriz jadi PM? Hibby jadi politikus pun sbb BAPAK dia mati masa jadi PM. Skrg dah jadi Penyamun Malaysia (PM).

    ReplyDelete
  13. Jualan Hebat 1 Malaysia dah mula. Ada apa lagi nak borong kat China...pwtc, klcc, MAS, KTM, Bank mana mana yg tengah nazak...jual laaa. Kita pulak boleh beli china dolls ramai2....bertambah meriah la malaysia truly asia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa tentang sejarah 1997-98 bank bergabung dulu perkerja dibuang siapa punya kerja kalau bukan anwar dan tun m itu, bank mana tengah nazak sila cakap dengan aku ini, di zaman najib belum ada lagi bank bergabung lepas itu kena buang kerja walaupun ekonomi tak berapa baik.

      Delete
    2. Sila cakap dengan aku ni kau bangsa apa mana asal usul orang negara mana ITU?

      Delete
  14. Dulu: waja, saga, satria, perdana, pesona, iswara aeroback

    Masa hadapan; mungkin ada: great wall, happy, prosperity, gold, taici, lai chee kang, wan tan mee, panda aerobear

    ReplyDelete
  15. TSZ,
    Betul kah cerita ysng Dr M bersama Syed Mokhtar yang pergi ka China pada 2014 untuk bincang jualan kepentingan Proton kepada Geely?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya,....semua yang Najib gadai dan jual kepada China adalah perbuatan Tun.Najib adalah sebersih manusia tanpa dosa.

      Delete
  16. Salam tan sri,
    Saya lihat masih ada segelintir penyokong najib yang masih keliru. Seperti juga najib, masih menyerang tun dan sesiapa saja yang menentang bn.
    Mencari salah silap tun dan yang lain bagi mengambarkan tidak perlu untuk menjadi pengikut mereka ini yang telah buat salah.
    HAKIKATNYA sekarang ini saya dan ramai yang lain menentang najib kerana sikap dan salah najib dalam pengurusan negara. Biar siapa pun yang menentang najib dan bn maka mereka adalah rakan.
    Motif utama najib mesti diturunkan dari kerusi pm.
    Negara ini adalah hak kita dan bakal diwarisi oleh generasi kita. Adalah menjadi tanggungjawap kita untuk menentukan negara ini diurus dengan betul dan berkemajuan.
    Mana-mana pemimpin yang sengaja merosakkan negara maka wajib ditukar. Jika kesalahan yang serius maka wajib dibawa kepengadilan.
    Memburukan orang lain tanpa tindakan yang sewajar keatas najib bukan jalan keluar dalam menambat hati rakyat.

    ReplyDelete
  17. Dalam keluarga saya semua mendaftar jadi ahli umno. Cuma isteri saya saja yang tidak menjadi ahli mana-mana parti.
    Untuk pru14, emak saya mungkin tak keluar undi sebab uzur, dan jika keluar undi dia tetap akan undi bn. Begitu juga kakak saya yang pertama dan kedua tetap undi bn dan mereka masih berjawatan dalam umno. Tetapi semua anak-anak mereka akan berpaling tadah termasuk seluruh keluarga kakak saya ketiga dan keluarga saya.
    Ini ada lah tekad san azam dalam pru14. Biar umno terus berkhayal dengan jumlah ahli yang ada.
    Sebagai ahli umno dan pengundi tegar bn, apa yang kami nak lihat sekarang ini adalah tidakan berani umno keatas najib. Jika tiada apa-apa tidakan yang memuaskan maka undi kami akan bertukar pada pembangkang.

    ReplyDelete
  18. Joe Harry kalau tak dpt projek dari Umno, jgn berdendam begitu sekali. Carilah rezeki lain. Mudah2an berjaya.

    ReplyDelete

  19. Joe Harry,
    Syabas dan tahniah.

    ReplyDelete
  20. Joe Harry punya ayat "berpaling tadah" saja sudah cukup menunjukkan kejijikannya. Kalau bermaruah, hantar borang keluar Umno, dan undilah parti apa pun. Memalukan jika masih Umno tapi tiba2 warwarkan mahu berpaling tadah. Shame on you Joe.

    ReplyDelete
  21. Tak perlu nak marahkan saudara Joe,sebab itu adalah contoh kecil.Realitinya adalah lebih besar di luar sana.Akar umbi memendam kemarahan ,ahli Umno yang kononnya ramai tidak semestinya menyokong Umno sekarang.

    Umno sekarang bukan sekuat dulu terutamanya di bawah Yb Tun,sekarang hanya tinggal nama saja ,beli sokongan hanya menjerit kuat serta nampak gah di kalangan sesama sendiri saja.Itu belum dikira sokongan atas pagar yang tidak berparti yang selama ini ramai yang menyokong penuh Umno serta BN.

    Ekonomi terbantut,perkembangan modal insan terbantut,perkembangan industri terbantut,perkembangan dalam sains teknologi serta inovasi terbantut ....jika yang masih menyokong Najib nak terbantut minda ,realiti serta logik dan berada dalam kepompong syok sendiri itu pilihan anda tetapi jangan hendak memandai mengajak majoriti senyap samada golongan kurang mampu,pertengahan atau berpelajaran samada dalam negara atau bekerja di luar negara untuk menyokong parti yang dipimpin oleh MO1.

    Jika Pm tu bagus tak payah dipaksa memang orang akan all out menyokong sebagaimana kami dulu.Sendiri buat hal habis dituduh orang lain macam macam.Jika syarikat -syarikat mempunyai ketua seperti Pak Lah dan MO1,dah lama dah ditujukkan pintu keluar.

    ReplyDelete
  22. Ayat saudara Anon 12.58 ni mcm biasa dengar dari pentaksub2 Mahathir. Semua gebang kata Umno takde sokongan dll. Tapi realitinya bagi 3 PRK akhir2 ini semuanya Umno juga menang. Tapi pentaksub2 Mahathir asik buat alasan org Umno dah tak undi Umno lagi.PR Sarawak BN juga menang.

    ReplyDelete
  23. TN50
    TN = Tangkap Najib
    50 = 50 tahun penjara

    ReplyDelete
  24. Ya,saya setuju. Umno akan menang bukan krn kekuatannya, tapi disebabkan pembangkang yang caca merba. Lihat sahaja PPBM. Khairuddin dan Ezam sapu punggung keluar parti, 1000 ahli PPBM Perak keluar parti kerana tak yakin dgn Muhyiddin. Dato Hamidah keluar parti dan bercakaran dengan Muhyiddin. Mukhriz masih dibuai dan didodoi mimpi indah. Syed Saddiq dengan mulut celupar tak hormat org tua satu hal, dalam pertimbangan nak sambung oxford. Fendi Ahmad ahli ke 3 juta masih tak kelihatan. Kasihan PPBM. Hidupnya segan mati tak mahu.

    ReplyDelete
  25. Ada betulnya juga itu. Karena itu juga ahli PPBM jadi porak peranda. Itu semua adalah akibat dari asas penubuhan parti itu tidak kukuh. Tun M itu hanya mahu Mukriz jadi PM saja. Matlamatnya itu jualah yang menguatkan semangatnya itu itu lawan Najib ITU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau dol.Najib kesayangan kau tetap akan jadi pemerintah Malaysia,kerana orang yang macam kau masih ramai menyokong dia.

      Delete
  26. Dramapru14
    Jika najib sekat media .dia lah lanun Dan Samseng
    .hanya tulisan bangkit semangat juang rakyat sokong pakatan harapan.

    ReplyDelete