Tuesday, 9 May 2017

SEMPENA ULANGTAHUN 71 BERSIAPLAH UMNO HADAPI TSUNAMI RAKYAT

TIDAK BERLAKU DI BAWAH ERA LIMA PM 

UMNO merayakan ulangtahunnya  yang ke 71 Khamis ini, tidak sahaja dalam kehilangan keyakinan rakyat  kepada  pemimpin tertingginya tetapi juga diatas keruntuhan keyakinan rakyat kepada UMNO sendiri  ke taraf yang sangat parah.

Kehilangan keyakinan orang Melayu pernah berlaku terhadap pucuk pimpinan UMNO tetapi tidak kepada UMNO maka itu bila Tun Abdul Razak menggantikan Tunku Abdul Rahman maka UMNO pulih dan kekuatannya bertambah.

Dalam perayaan kali ini  seluruh ahli UMNO wajib berada dalam kesedaran bahawa UMNO akan ditimpa Tsunami Rakyat pada Pilihanraya ke 14 kerana mereka tidak melakukan apa yang telah dilakukan oleh ahli UMNO terdahulu untuk menyelamatkan UMNO.

Kehilangan keyakinan seumpama ini  tidak pernah berlaku dari sejak era lima Perdana Menteri yang lalu; Tunku Abdul Rahman, Tun  Abdul Razak,Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi.

Hakisan keyakinan ini mulai  berlaku tidak lama selepas Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri kerana hendak  melakukan  experiment Demokrasi Barat yang tidak secara langsung memberikan implikasi Tun Mahathir adalah authoritarian. Beliau menjanjikan kebebasan yang lebih luas.

Beliau memberikan tamparan yang hebat kepada Mahathir dengan membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada enam hakim termasuk Ketua Hakim  Salleh Abas yang dipecat dalam masa krisis kehakiman pada 1988.

Demokrasi Barat Ini cuba disuburkan lagi oleh  Najib Abdul Razak yang meggantikan Abdullah bila beliau menjanjikan penghapusan ISA yang belum pun dihapuskan telah menerima berbagai cabaran dari pembangkang yang dahagakan demokrasi.Ia digantikan dengan SOSMA yang dianggap oleh pembangkang sebagai lebih menekan dari ISA.

SOSMA memperuntukan langkah-langkah khas berhubung dengan kesalahan keselamatan.

Flip flop dalam  dasar-dasar asas negara  yang menyentuh Perlembagan telah berlaku . Terkini ialah membenarkan PAS membawa usul  pindaan Akta 355 berhubung dengan Jenayah Syariah yang bertentangan dengan semangat liberal dan keharmonian UMNO  sehingga  menimbulkan prasangka buruk di kalangan bukan Islam. Rakyat melihat ini lebih kepada kepentingan survival UMNO dan Najib, bukannya kepentingan negara.

Najib demoralisekan dirinya sendiri bila sebaik sahaja Tsunami berlaku dalam pilihanraya 2013 yang dipimpinnya,  beliau mengecapnya  sebagai Tsunami China bila kehilangan majoriti tetapi  bantahan dari orang Cina menyebabkan dia tidak lagi berani  mengulangi ungkapan ini.

 Dalam keadaan desperate untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, Najib  sanggup bertolak ansur dengan Pas yang pernah mengkafirkan UMNO tetapi Pas  bukanlah sebuah parti yang naive yang tidak dapat menciumi bahawa nama Najib berada ditaraf yang paling rendah di kalangan rakyat seluruh negara. Ia tidak sehebat  ketawanya.

Apa pun janji-janji manis Pas  untuk kerjasama dengan UMNO tetapi  bukanlah diluar kemungkinan ia  akan menikam dari belakang bila sampai masanya.

Apa yang boleh dijangkakan oleh UMNO dalam merayakan ulangtahun UMNO yang  ke 71 ialah Tsunami yang akan berlaku ke atas UMNO sebagai hukuman ke atas dasar flip flopnya, kehilangan sensitivitinya  terhadap rakyat, penyalahgunaan harta negara, pembaziran wang negara dan kepura- puraan  yang melampau.

UMNO janganlah menyangka bahawa disebalik ketawa lebar Najib, disebalik ucapannya berapi-rapi, disebalik pengumuman berbagai projek berbillion ringgit dan disebalik pengumuman demi pengumuman pengaliran modal asing ke negara ini, semua telah sihat atau Najib telah kembali diyakini. Keadaan di akar umbi masih amat parah.

Lebih baik UMNO mimpikan Tsunami Rakyat dari Ilusi Wang Raja Segala Raja. Maka itu UMNO akan lebih waspada di ulangtahun ke 71 ini.









46 comments:

  1. Ts Zam

    Bulih tolong huraikan bagaimanakah perangai orang lelaki yang dah gila talak?

    Betulkah salah satu nya akan sentiasa teringat ingat dan sentiasa menyebut nyebut bekas isterinya.

    Bila segala usaha untuk rujuk kembali gagal...mula lah memburuk buruk kan bekas isteri nya. Betul ke TS? Kesian....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian 23.00. Nak berkias kias kononnya...tak intelligent langsung.

      Delete
    2. Wahai 23.00....kiasan kamu ni mcm org bodoh....hehehe

      Delete
    3. Siapa yang tak intelligent ni...awak ke 23:29?
      Bahasa kiasan lah menunjukkan kebijaksanaan! Itu pun pada mereka yang paham bahasa. Bagi orang yang lurus bendul memang tak paham bahasa kiasan. Sondol sana...sondol sini.Berlagak intelligent lah konon...kesian

      Delete
    4. 11.48...nak tunjuk intelligent yerrr...please explain the economic benefits vs cost of ecrl project. And please explain as to why the ecrl project is being coined as investment from china vs hutang from china. Thank you.

      Delete
    5. Kiasan tahap budak felda; sapa2 pon buleh buat la dol. Ni aku nak bagi satu contoh kiasan tahap intelligent engkau: Ramai rakyat kita kini melancong di dalam negara kerana perasaan patriotik yg mendalam; hasil semaian sifat cintakan negara oleh kepimpinan umno...Kih kih kih sambut dol sambut.

      Delete
    6. Anon 13:07
      The issue being raised by 11:48 is about the inabality to understand his bahasa kiasan...apa yang tersurat dan apa yang tersirat...and you're talking about economics here.It does make me wonder about your degree of intelligent!

      Delete
    7. 13.07 first of all, read his original posting. His kiasan talks about "bila segala usaha untuk rujuk kembali gagal...mula lah memburuk buruk kan bekas isteri nya". Read this sentence again and again and again...siapa yang nak rujuk balik ke bekas isteri ( umno) in the first place? Kiasan amender ni? Thats why i threw him economic questions, and his inability to answer confirms that this guy LACKS intelligent on current matters.

      Delete
  2. Agaknya berapa ribu warga felda, termasok anon 23:00, dapat melawat kl free sempena majlis ulang tahun ni yerr? Ada cabutan bertuah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa dap bagi pada ahli dia ia Aku tengok dap pandai kutip derma di table pandai lah setelah dia kawal Penang hanya pandai kutip derma jual table untuk Majlis makan2 'duitnya songlop Oleh terisa kok

      Delete
  3. Saya mengharapkn yg teruk untuk BN sahaja sekarang nie.. maaflah baik yg melayu, baik yg cina mahupun India yg dlm BN, semuany sudah tidak boleh diharap kepimpinannya... Sayonara...

    ReplyDelete
  4. pru14 semakin hampir..spr dah mulakan kursus pada petugas..panass

    ReplyDelete
  5. Kurang cerdik nampaknya menggunakan "hujjah" gila talak. Carilah hujjah yang lebih kredibel. Buatlah analisis yang lebih terperinci menunjukkan kematangan mereka yang taksub kepada UMNO dan Najib. Mesti ada sedikit objektiviti. Jika tidak nanti oran menganggap dedaklah punca pikiran yang mereng.

    ReplyDelete
  6. Apa yang berlaku di bawah pemeritahan Najib yang mengecewakan rakyt ialah beliau memberikan harapan yang tinggi kepada rakyat terutama tentang kebebasan dan demokrasi umapamanya dalam soal ISA tetapi beliau"ketakutan" dan membatalkan hasratnya.Harapan rakyat yang tinggi yang dihempaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Latif...definasi kebebasan dan demokrasi di malaysia ni pada anda hanyalah apabila kita sokong pakatan haprak...begitu ke? Bukan kah ruangan blog ini telah menggunakan kebebasan yang mungkin tak ada di negara lain dengan sepenuhnya.Rasanya di zaman era pemerintahan Che Det ramai pemimpin pembakang di penjarakan atas dasar politik!

      Delete
    2. Darwis Balingan.10 May 2017 at 12:23

      Ini seorang lagi yang tak membaca. Mahathir sebaik sahaja menjadi PM membebaskan 20 orang yang ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Abdullah Ahmad,Samad Ismail dan Abdullah Majid.
      Mahathir ada membuat tahahan kemudianya tetapi tidak lama dan dibebaskan sekadarkan nak ingatkan jangan melampau seperti Ibrahim Ali. Beliau gantung akhbar Sin Chew dan Watan tetapi hanya untuk sementara sahaja.
      Rakyat tidak berada dalam ketakutan.
      Hanya yang tidak membaca dengan meluas yang merasakan Malaysia terlalu bebas. Bandingkanlah dengan Indonesia dan India.Kebebasan mereka lebih hebat dari kita.
      Sebagai pemakan dedak untuk berkesan berilah fakta benar,tak boleh pakai rasa-rasa sahaja nak tuduh Mahathir kerana tidak akan berkesan dan buang duit Najib sahaja. Mungkin awaklah salah seorang yang dicap oleh Najib penulis atau penyokong BANGANG.

      Delete
    3. Memang benar Saudara Darwis.

      Semua yang ditahan dibawah ISA semasa Tun Dr.M adalah selepas berlakunya ketegangan-kaum.

      Contohnya... Dua minggu selepas Prebet Adam mengamuk di Chowkit. Sebelum itu berlaku ketegang kaum akibat dari cadangan Menteri Pelajaran untuk menempatkan guru-guru Melayu diSRJKC. Kaum Cina menggangapnya sebagai satu muslihat untuk mengKebangsaankan Sekolah Vernacular.
      The Star, Sunday Star, Sin Chew and Watan di arah tutup kerana menghasut dan menyemarakkan permusuhan.

      Delete
    4. Nama disebut Lim Kit Siang, Abdullah Ahmad,Samad Ismail dan Abdullah Majid semua menyokong pembangkang, tun mahathir penyebar penyakit canser pada BN. Mereka melakukan hura hara Di Malaysia ini, tun mahathir konon pejuang demokasi hak asasi manusia

      tun mahathir menyebarkan cancer dengan lepaskan komunis,pancasila,perusuh 13mei,

      Bila pak lah lepaskan peliwat nak rawatan di German Korang marah ,tak rasa perangai tun mahathir lepaskan cencer komunis,pancasila, perusuh 13mei itu

      Rusuhan bersih terjadi disebab cancer yg tun mahathir lepaskan dulu

      Ini orang2 yg sokong bersih Lim Kit Siang, Abdullah Ahmad,Samad Ismail dan Abdullah Majid, anda lihat dan Cari sejarah mereka ini internet

      Delete
    5. Lim Kit Siang, Abdullah Ahmad,Samad Ismail dan Abdullah Majid

      Semua komunis, pancasila, perusuh 13mei
      Semuanya Tun mahathir lepaskan dan tun mahathir penyebar cencar.

      Anda lihat sejarah Dan dan baca sejarah Lim Kit Siang, Abdullah Ahmad,Samad Ismail dan Abdullah Majid itu

      Yg merusuh bersih itu semua Lim Kit Siang, Abdullah Ahmad,Samad Ismail dan Abdullah Majid. Tun mahathir penyebar cancer

      Delete
    6. "Tapi hanya tahanan untuk sementara" saje!!! kih kih kih...haprak haprak.. ayat mesti mau cantik.Baca sekali lalu memang tak perasan.Raja putar...dari pemimpin sampai lah macam samdol ni jugak!!!

      Delete
    7. Oleh kerana saudara tidak berkesempatan membaca,maka tidaklah saudara mengetahui fakta yang sebenar.

      Samad Ismail, Abdullah Majid dan Abdullah Ahmad telah ditangkap oleh Hussein Onn setelah mereka berubah sikap dan tidak lagi berfahaman komunis sebaliknya membantu Tun Abdul Razak dalam misinya sebagai PM terutama selepas 13 Mei untuk membantu orang Melayu.
      Dolah Majid adalah Pegawai Akhbar Tun Razak dan Samad Ismail adalah inner circle Tun Abdul Razak.Beliaulah yang membawa James Putucherry seorang bekas Komunis di Spore yang ditakuti oleh Lee Kuan Yew untuk membantu merangka Dasar Ekonomi Baru.LKY takut banyak rahsiannya didedahkan oleh Putucherry kepada Tun.
      Ini akan saudara ketahui sekiranya saudara membaca buku Reluctan Politician yang ditulis oleh Tun Ismail Timbalan Perdana Menteri. Tun Ismail mengikhtiraf jasa James.

      Samad ditangkap oleh PM Hussein Onn setelah Tun Razak meninggal dunia atas pakatan antara Lee Kuan Yew dan Ghazali Shafee yang bercita cita hendak menjadi PM.

      LKY takut kepada Samad dan rakan-rakannya yang telah berada disekeliling Tun Razak.Dia memfitnah Samad sebagai masih komunis kepada Hussein Onn selepas Tun meninggal.Tun Mahathir menyedari ini sebagai penginayaan. Bacalah pendedahannya dalam buku saya Mahathir di Sebalik Tabir dengan fakta-fakta yang benar.
      Janganlah menulis yang me,bolehkan orang tahu kejahilan kita. Sila baca buku-buku Lee Kuan Yew The Singapore Story dan juga From Third World to First supaya saudara tidak nampak terlalu cetek pengetahuan .

      Delete
    8. Nak buat macam mana? Dah Najib lebih suka pilih penyokong yang setia dari yang cerdik. Akhirnya hanya mendapat penyokong yang cetek ilmu pengetahuan seperti Anon 12:58 & 13:04.

      Menuduh Dr.M sebagai menyebar 'cancer-komunis tapi tak sedar bahawa MCA punyai hubungan erat-politik dengan Party Komunis China. Penyokong Najib terlupa gamaknya... bahawa Najib telah melantik bekas-Presiden MCA, Ong Ka Ting sebagai 'Duta-Khas' ke China, apabila kita sudah ada Duta disana. Jadinya, Malaysia diwakili 2 orang Duta ke China.
      Mungkin penyokong Najib tidak tahu bahawa MCA sedang giat mempermosi Forest City dan OBOR (One Belt One Road) yang merupakan wawasan (vision) China untuk 'melebarkan' pengaruh Politik & kekuasaan ketenteraan mereka di benua Asia.

      Harap-harap, perwakilan yang menghadiri Ulang-tahun 71 UMNO boleh tanya Najib... betul ke MCA sedang mempermosi OBOR. Jangan hadir untuk mengharap menang kereta dan lain-lain 'dedak' dalam cabutan bertuah saja.

      Delete
  7. Saya ingat Pak Lah memahami inspirasi Tunku,Tun Razak dan Tun Ismail dalam soal kebebasan demokrasi terpimpin tetapi naik sahaja jadi Perdana Menteri beliau dipimpin oleh menantunya yang tidak faham matlamat perlembagaan negara.
    Beluay mengkagumi menantunya yang oxford tetapi nasihat menantunya yang menjahahnamkan UMNO sehingga kalah teruk dan memyebabkan terongkai asas perlembagaan negara.
    Bapa Pak Lah tetapkan tarikh Merdeka tetapi anaknya telah mengkhianati kemerdekaan ini dengan berbagai langkah yang lebih menampak ketiduran dan ketidak cerdikan.

    ReplyDelete
  8. Sebaik sahaja Pak Lah jadi PM,menantunya Khairy Jamaluddin membawa pasport untuk Anwar Ibrahim berubat di luar negara. Di sebalik kemanusiaan yang ditunjuknya ialah sifat kesombongannya untuk menghina tindakan Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak rasa pelik ke dulu tun mahathir suruh najib tangkap anwar sekarang tun mahathir suruh bebas anwar Kerana anak dia nak jadi pm,tun mahathir suruh Anak dia mukhriz pegang sepanduk pulak itu bebaskan anwar seolahan2 sokong anwar meliwat,

      Kalau anda tak percaya cari je dekat internet Ada muka2 munafik Dari Pakatan haram memperbodohkan tun mahathir itu

      Delete
    2. Dulu saya pun tak rela, seorang peliwat jadi PM. Tapi selepas scandal 1MDB meletop... saya dah tak kesah. Maknanya, saya dah buat U-turn la tuh.
      Sekarang... Lebih baik seorang peliwat dari seorang penyamun menjadi PM. Yang diliwatnya pun, dua-tiga anak-muda saja. Itu pun mereka sendiri yang tunggeng pungkoq bagi kat dia.
      Penyamun... dia 'liwat' Rakyat 1Malaysia tanpa disedari... sampai ke anak-cucu kita, hutang tak habis bayar.

      Delete
  9. Najib takut untuk mengulang ungkapan Tsunami Cina tetapi kerana tidak mengahayati semangat UMNO dan Semangat Perlembagaan negara maka beliau sanggup membantu Pas untuk membawa pindaaan AKTA 355 yang lebih menggerunkan bukan Melayu.
    Beliau undur dari Tsunami China kerana takut hilang undi China tetapi dengan berkawan dengan Pas beliau hanya akan disokong oleh penyokong MCA yang bergantung kepada UMNO kerana kedududkan sahaja.Cerdikkan Najib. Inikah pemimpin masa depan negara.
    Orang China semakin bimbang dengan kepimpinan Najib. Mereka tak akan kembali kepada BN sebaliknya akan membantu Pakatan Harapan untuk menghanyutkan UMNO ke alam kesesatan buat selama-lamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ke Najib dah istihar Pru 14...pertembungan antara melayu umno dgn Dap cina yang mengetuai pakatan haprak!

      Delete
    2. Tak payah menipu kita orang tun mahathir mengunakan kroni cina dia untuk jatuhkan pak lah di Penang, dap perlukan kroni cina tun mahathir sumber kowangan dia, Dap tahu tun mahathir akses dia dekati kroni cina Dan sokongan melayu .dunia ini tak siapa akan percaya pada pengikhianat

      Tun mahathir melakukan kesilapan besar ,sekali anda jadi pengikianat orang Masih boleh percaya, kali dua anda pengikhianat orang dah tak percaya.

      Tun mahathir penyebab dasar DEB gagal, kami bukan bodoh sejarah, tun mahathir adalah pm paling gagal dunia dia berjaya majukan malaysia tapi dia gagal asas perjuang cipta sendiri dalam buku malay delema

      Delete
    3. 12.32 ko ni cerita apa ni. Ni loghat melayu mana ni?

      Delete
    4. 12.32 terlalu bodo.. klu deb gagal, ramai yg tak masuk universiti la ngong... Ko asal Indonesia ke...

      Delete
    5. 13:32 ni saya rasa cakap loghat bangla+minang=bangang

      Delete
  10. Mengapakah Zam masih menjadi ahli Umno sedangkan Zam terus membelasah Umno dari semasa ke semasa?

    Pujaan zam iaitu Mahathir pun dah lama keluar Umno. Zam seolah2 takda pendirian mengenai Umno. Mungkin Zam nak meninggal dunia sebagai ahli Umno.

    ReplyDelete
  11. Dulu tuduh Mahathir diktator, kuku besi, authoritarian kerana humban orang dalam ISA. Undang-undang ISA boleh tahan orang tanpa bicara selama 2 tahun sahaja lepas tu kena lepas.
    Zaman Najib yang kononnya menyanjung tinggi kebebasan bersuara telah mansuh ISA ganti SOSMA. Dulu SOSMA boleh tahan orang tanpa bicara selama 28 hari tapi sekarang boleh tahan sampai 5 tahun. Lagi teruk dari ISA. Sekat access blog-blog dan portal berita yang kritikal kepada Najib.
    Zaman Mahathir internet tak pernah disekat access. Itulah janji kerajaan beliau ketika melancarkan MSC di Cyberjaya pada 1998. Zaman Pak Lah janji ini masih dipegang sehinggalah Najib memungkiri janji ini dengan menyekat akses internet secara besar-besaran. Duit negara hilang berbillion-billion melalui perjanjian dengan IPIC, menteri dalam kabinet satu haram tak berani tanya.
    Itulah pemerintahan berlandaskan wala', wasatiyyah dan tabayyun.

    ReplyDelete
  12. Penyokong tegar najib tak buat analisa. Kenapa najib dan umno ditolak. Ini berkait rapat dgn tindakan mereka utk tidak ambil peduli dgn apa yg rakyat cakap. Rakyat lebih ramai dr ahli umno. Bila yg ramai bercakap dan yg kecil memencilkan diri membuatkan mereka dengan sendirinya ditolak ke tepi kerana mempertikaikan suara ramai. Sepatutnya najib jawab sendiri semua persoalan tu dan semua itu akn terhenti seperti tindakan kerajaan nak buka isu forex 20 tahun lalu. Tdm jawab dan rakyat tak ambil peduli dan pemimpin umno sahaja yg ulas.

    ReplyDelete
  13. "Apa yang boleh dijangkakan oleh UMNO dalam merayakan ulangtahun UMNO yang ke 71 ialah Tsunami yang akan berlaku ke atas UMNO sebagai hukuman ke atas dasar flip flopnya, kehilangan sensitivitinya terhadap rakyat, penyalahgunaan harta negara, pembaziran wang negara dan kepura- puraan yang melampau."

    Tepat sekali Tan Sri.

    Bukan setakat memansuhkan ISA yang menjadi sebahagian dari tuntutan awal Demo-BERSIH 1 & 2 yang dipelopori DAP, PAS & PKR... setuju dengan penggunaan dakwat-kekal... dan Akta Hasutan juga mahu dimansuhkan oleh Najib.

    Akibat dari pemansuhan ISA, akta darurat atau Emergency Ordinance turut terbatal, sekali-gus menyebabkan beribu-ribu gangster dan anggota kongsi-gelap terpaksa dibebaskan dari Simpang Renggam dan lain-lain penjara. Maka, kegiatan jenayah pun meningkat... ketika itu.

    Undian meluluskan akta-SOSMA pula, dibuat secara licik dengan kehadiran semua Ahli Parlimen (AP) BN... pada jam 2 pagi... memperdayakan ramai AP Pembangkang, termasuk dari PAS, supaya tidak hadir mengundi untuk menidakkannya dari menjadi undang-undang.

    Selain dari shopping-mega saban-tahun menjelang Krismas di Negara Kapir, naik jet Kerajaan, pengunaan dakwat kekal juga banyak membazir WANG Rakyat.
    Dengan SOP sedia ada, mustahil sesiapa boleh mengundi dua-kali.
    Siapa la agaknya yang mendapat AP (approval permit) untuk mengimpot dakwat-kekal dari India?

    Nasib-baik hasrat mahu memansuhkan Akta Hasutan dibatalkan pada saat terakhir, setelah menerima banyak bantahan, termasuk dari dalam UMNO sendiri.

    Hakikatnya... Najib telah 'tunduk' kepada tuntutan Demo-BERSIH untuk menghapuskan ISA, Akta Hasutan dan pengunaan dakwat-kekal (indelible ink) dalam piliharaya.
    Nak cari popularity kot?

    ReplyDelete
  14. Apa yang pasti aku tetap undi umno. Hiduppp Umno. Hancur umno hancurlah melayu islam di malaysia. Ya allah jauhkan malaysia dari puak-puak laknatullah yang cuba menjahanamkan bangsa dan negaraku ini. hiduppppp umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam bertapak 400 tahun di sini sblm umno. Melayu tetap melayu tanpa umno. Main sentimen agama dan melayu...kat kampong boleh la.

      Delete
    2. Ni dari thestar petang ni: maria ozawa tops google trends list in kelantan, ganu, labuan perlis, pahang. Ni negeri majoriti besar melayu dan islam. Apa komen saudara 13.38?

      Delete
    3. UMNO perlukan Melayu tetapi MELAYU perlukan seorang pemimpin yang bersih, cekap, amanah dan pintar. Melayu tidak memerlukan pemimpin yang menggunakan Melayu untuk hidup bersenang lenang dan pemimpin yang makan tidor dan menyonglap wang rakyat.

      Delete
  15. TS zam dan pembaca sekelian, perasan tak banyak bisnes spt kedai dan restoran dan banyak tutup di sekitar kawasan anda? Saya di sri petaling, ada shopping complex endah parade, satu per satu kedai dah tutup. Cuba jenguk jenguk kawasan anda....inilah tahap ekonomi malaysia skrg.

    ReplyDelete
  16. Apa yang dilakukan oleh Mahathir sebaik sahaja menjadi PM dengen membebaskan Samad,Abdullah Majid dan juga Abdullah Ahmad adalah untuk menyelamatkan Hussein Onn dari dosa yang berpanjangan menahan orang-orang yang tidak berdosa di bawah ISA.
    Hussein Onn tidak bagitu cerdik dan dia mudah terpengaruh dengan orang cerdik seperti LKY dan Ghazali Shafee. Apakah boleh dianggap Mahathir membebaskan komunis atau membebaskan orang yang tidak berdosa yang menjadi korban fitnah LKY.

    Tan Sri Zam bersabarlah dengan orang-orang yang hendak menunjukan pandai tetapi mereka sakadarkan layak untuk sembang di kedai kopi tetapi merasa bangga bila saudara memberi peluang di blog ini.

    ReplyDelete
  17. Isteri Perdana Menteri,Rosmah adakah berada dalam negara untuk turut rayakan UMNO memasuki usia 71 tahun esuk atau dia masih berada di London? Sesiapa yang tahu tulong beritahu segera supaya ribuan rakyat tidaklah merasa bagitu kecewa tidak dapat melihat wajahnya esuk kerana telah maklum lebih dahulu.

    ReplyDelete
  18. Tan Sri Zam,

    Pada saat saat yang bahagia bilamana "UMNO (akan) merayakan ulangtahunnya yang ke 71 Khamis ini", ia di caci dan dimaki hamun dipelusuk negara dan diluar negara olih rakyat Malaysia dan juga bangsa bangsa lain.

    Isteri PM dihina di London macam anjing kurap jalanan...ini "TIDAK BERLAKU DI BAWAH ERA LIMA PM".

    Begitu la hina nya bangsa Melayu setelah 71 tahun UMNO memerintah.

    Bukan orang Melayu tiada maruah bangsa, tetapi UMNO membangsatkan bangsa sendiri...hingga kita jadi begini.

    Dimana UMNO yang aku sanjung selama ini?...walaupun aku tidak pernah jadi ahli UMNO, tetapi perjuangan UMNO adalah perjuangan darah daging aku selama ini...begitu juga dengan suku sakat kaum asal aku yang terpencil dalam hutan belantara Borneo...dan, disaat ini, yang tinggal hanya kenangan manis saja...macam kata orang, dibuang pahit dimakan sayang...itu la UMNO!

    Di sini sudah tiada UMNO!

    Teruskan tulisan Tan Sri...untuk kenangan dan pengajaran kita bersama...moga2an Tan Sri sentiasa sihat selalu.

    ReplyDelete
  19. Kiasan khas untuk anon 23:00 yg paling atas sekali; dan juga untuk semua ahli2 umno: sempena majlis ulangtahun tahun ke 71 umno di bukit jalil hari ni, ada cabutan bertuah. Nak tanya sikit, ada hadiah audi Q7 tak? Atau hadiah tanah trx se ekar dua ka? Atau hadiah kondo dan rumah lot bumi 88000 yg tak terjual di johor? Kalau ada hadiah tahap tu, boleh jugak kita pergi. Jangan bagi hadiah saham fgvh dah la. Hadiah lembu pun jangan, bukan semua orang pandai jaga lembu, rumput mahal beb!

    ReplyDelete
  20. Fendi Ahmad sempat ke nk raikan ulangtahun pertama PPBM.. bersama ahli berjumlah juta2 orang..

    ReplyDelete