Wednesday, 17 May 2017

PERANG PERKASA TERHADAP PARTI2 KOMPONEN BARISAN NASIONAL




Perkasa lancar perang MCA pula
Presiden Perkasa Ibrahim Ali mengutuk MCA sekeras-kerasnya berhubung rancangan kerjasama dengan Parti Komunis Cina. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Mei, 2017
.

KUTUK KERJASAMA MCA  DENGAN 

PARTI KOMUNIS CHINA
DUA hari selepas mengisytiharkan perang terhadap MIC, Perkasa kini 

mengalih perhatian mereka kepada satu lagi parti komponen Barisan 

Nasional (BN), iaitu MCA.
Presiden kumpulan pendesak Melayu itu, Ibrahim Ali hari ini mengutuk MCA sekeras-kerasnya berhubung rancangan mereka bekerjasama dengan Parti Komunis Cina (CCP).
“Kami terkejut mendengar MCA akan mengadakan kerjasama strategik dengan CCP.
“Kami mengutuk keputusan kerana ia membahayakan negara,” kata bekas ahli Parlimen itu pada sidang media petang ini.
Ibrahim berkata demikian ketika mengulas laporan MCA dan CPC yang bersetuju untuk bekerjasama dalam beberapa bidang pendidikan dan budaya, termasuk pertukaran penemuan penyelidikan.
“Kami faham Malaysia ada hubungan dengan kerajaan China dan banyak pelaburan mereka di sini.
“Malah jika China ada ekonomi pasaran terbukan pun, kepercayaan mereka masih ikut ideologi komunis,” katanya.
Ibrahim berkata beliau bimbang ideologi komunisme akan merebak ke negara ini.
“Mereka mahu ada kerjasama dalam sektor pendidikan dan lain-lain. Apa jadi jika ideologi komunis terserap dalam kurikulum?
“Ini mungkin akan melahirkan golongan berideologi komunis,” katanya.
Ibrahim juga mempersoalkan agenda MCA dan mendesak presiden Liow Tiong Lai melihat masyarakat Islam di sini.
“Apa agenda MCA? Kerana tidak boleh berdiri sendiri? Hanya kerana mereka kalah kepada DAP, mereka hendak ambil langkah ekstrem bekerjasama dengan parti komunis. Saya percaya MCA akan jadi lebih teruk daripada DAP,” katanya.
Katanya, langkah MCA itu akan menjadi pemula kerana MIC juga mungkin mahu bekerjasama dengan Tamil Tigers Sri Lanka.
Ibrahim berkata beliau akan menghantar surat kepada polis, Perdana Menteri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Majlis Keselamatan Negara, minggu depan.
“Saya mahu kerajaan jelaskan pendirian mereka terhadap kerjasama MCA dengan CPC kerana ini perkara yang membabitkan keselamatan negara,” katanya.
Perkasa sebelum ini melancarkan perang terhadap MIC dengan mengarahkan ahlinya berkempen menentang parti India itu, bermula dengan kerusi Parlimen Segamat yang dipegang Presiden MIC Dr S. Subramaniam dan kerusi popular MIC yang lain seperti Cameron Highlands. – 17 Mei, 2017. FROM THE MALAYSIAN INSIGHT

17 comments:

  1. UMNO YANG DALAM KEADAAN LEMAH TIDAK LAGI DAPAT BERSUARA TERHADAP MUSUH DALAM SELIMUT MAKA ITU DIA MENYERAHKAN PADA PERKASA

    ReplyDelete
  2. Keras PERKASA lebih kurang PAS..

    Kritikan harus bukan kepada mca atau mic atau komponen lain tetapi terus kepada Pengerusi BN yang sengaja menutup mata.

    Jika Najib peka dengan pelbagai perkara takkan sebegitu besar dan sensitif boleh jadi tiba tiba tak tahu.

    ReplyDelete
  3. Yg patut kita bingbangkan orang tertarik bina kerajaan nepotism utara dan kerajaan dinasty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni bangsa apa asal usul mana sebenarnya? Misteri nusantara sungguh!

      Delete
  4. Alahai berahim...macam la kau tak boleh fikir semua ni boleh berlaku. Banyakkan membaca berahim...kenal la apa tu China, apa cara mereka. Pergi la melawat negara orang berahim oi, banyak kembara banyak timpa ilmu.

    ReplyDelete
  5. Tok Him hanya gedebe budaya kapak kecik.Cara guna kapak kecik ialah cara pukul curi.Itu lah yg di bangga samseng2 kelate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 22:02...love it.

      Delete
    2. Ko ni mengarut apa? Komenlah apa yg dia cakap dan tulis tu yg sepatutnya, samada ko setuju atau tak. Jgn menulis dlm blog ni kalau bg komen terhdp karakter si penulis sbb ko takda idea, tapi komenlah apa yg dia tulis. Jdlah cerdik sekali sekali.

      Aku bersetuju dgn Ibrahim Ali wlwupun aku tak berapa minat dgn watak ibrahim ali. Sbb dia ada points. Kita nak bangunkan sebuah negara masa depan, kena tahu juga ancaman bahaya terhadp minda ank anak cucu kita nanti.

      Delete
  6. Tokhim... Jolok sarang tebuan hati2.. pastikn jgn kiok. Atau pura2 kiok... maklum la, komunis2 tu...

    MCA dah teruk sgt dah tu...

    ReplyDelete
  7. Mat Over di carta tertinggi,...mengatasi Ali Tinju,Kulup Kipidap,Jamal Jamban,dan bomoh buah kelapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teuku adnan pun dah naik carta hari ni..baca kat mkini

      Delete
  8. Ibrahim ali dijemput tak ke forum TN 50? Pelawak pun dapat jemputan, and the end result is hilarious!

    ReplyDelete
  9. Takde pulak Tok Him buat kecoh pasal pembalakan berlualuasa di Gua Musang dan lojing oleh syarikat 2 keturunan cina...

    ReplyDelete
  10. panglimo potaseh19 May 2017 at 07:54

    Pak Zam

    Keraguan Tok Heng itu berasas. Syukur kita ada pemimpin Melayu spt Tok Heng .. tak ada rotan, ranting pun okay.

    Sekurang nya Tok Heng tidak macam PAS. Lari drp Pakatan sebab ada Sang Kapir DAP dan lupa atau buat lupa yang dalam BN selain UMNO ada MCA .. lupa habis yang UMNO juga pernah di kafirkan.

    Saya sepanjang hidup bekerja dengan Cina. Saya tahu apa yang mereka mahu. Saya tahu yang Cina sangat tahu yang Melayu ini sangat mudah dibeli.

    Tentang beli Melayu, tak perlu saya berkata apa, kamu dapat tengok dengan mata kepala sendiri .. tengok .. tekan TV tengok .. tak faham jugak apa yang di tengok .. nasiblah.

    Dan Cina hanya tunggu untuk satu pembelian yang sangat besar .. sangat-sangat besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sekali, Saudara Panglima Potaseh.

      Saya ada kawan. Nak kata dia kaya, tak jugak, kerana dibukan jenis yang suka menunjuk-nunjuk bahawa dia kaya. Tinggal ditaman perumahan-murah. Tak tahulah saya jika dia ada rumah banglo di kawasan Bandar Besar.
      Yang saya pasti... dia memiliki banyak tanah di merata-rata tempat. Kebanyakannya ditanam kelapa-sawit. Ada juga yang dipajak kepada mereka yang mahu mengusahakannya, terutamanya yang bersaiz lebih kecil.

      Rahsianya... dia punyai simpanan WANG yang banyak dan sesiapa yang 'TERDESAK' akan cari dia. Tapi dia hanya sanggup beli tanah atau emas saja. Kereta atau lain-lain jentera, dia enggan. Katanya... orang akan jual jentera yang sudah nak rosak.

      Pada pendapat saya, Negara China juga memegang kepada perinsip-kehidupan seperti kawan saya ini. Selain dari 'menolong' orang terdesak, kawan saya ini mendapat untung yang lumayan.
      Maklumlah, orang yang 'TERDESAK' atau mereka yang berhutang keliling-pinggang sehingga dihambat bank atau Along, selalunya akan melelong harta-pusaka yang mereka ada, demi WANG segera.
      Jika disaman oleh bank, kemudian di istihar bankrupt, sudah tentu ini akan mendatangkan kesipuan yang amat besar.

      Delete
    2. Setuju sangat. Tengok la pegangan saham di bursa. Masa IPO ada peruntukan utk bumi. Naik sikit jerr jual.

      Delete
  11. Isu bandar msia, forest city , pelabuhan melaka, ecrl, dia diam pulak.

    ReplyDelete