Thursday, 11 May 2017

MAHATHIR " LEBIH MUDA" DARI NAJIB MELAYAKANNYA JADI PM KALI KEDUA


TIDAK MUSTAHIL
KOMEN:
Tan Sri,

"Tidak juga mustahil jika Mahathir menjadi Perdana Menteri Kedua atas tiket Pakatan Harpan, dalam masa yang singkat Anwar Irahim akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri."
Walaupun usaha ini agak payah sikit, Pakatan Harapan harus 'Crossing the Rubicon' dengan menamakan Tun sebagai pilihan Perdana Menteri baru.

 Tidak ada cara lain. Either we do it, or we don't...which means, if we don't, we all can go home and cook rice.
Dan hanya Tun saja yang dapat meyakinkan rakyat bahawa Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baru menggantikan beliau setelah Anwar dapat pengampunan diraja.

Proses ini membolehkan pembentukan Unity Government yang baru dengan party2 dari East Malaysia.

Sudah tiba masanya Malaysia mempunyai dua bentuk party nasional yang besar untuk menerajui kerajaan macam di Amerika, UK dan negara2 maju.

Mungkin ini la peluang terakhir untuk kita menikmati kerajaan yang lebih bersih.
BN bukan nya hancur, tetapi hanya jadi pembangkang demi untuk memperbaiki kelemahan sendiri kalau mau terus releven dalam arena politik Malaysia yang baru.
 Ambil la peluang keemasan ini supaya politik Melayu akan lagi dinamik untuk kesinambungan sebuah negara yang dipanggil "Malaysia."( Baca sepenuh dalam komen)


SUBHAT DENGAN PAS,UMNO JADI RACIS

Apabila berlaku penggabungan  pemimpin-pemimpin extremist agama,perkauman dan  kiri dalam  PKR  berikutan  dengan penyingkiran Anwar Ibrahim dari UMNO, saya melihat ini sebagai suatu kejayaan penyerapan evolusi sosial yang dipelopori oleh dasar politik  UMNO.

Perikatan  memasarkan  modul dan  konsep kerjasama antara kaum dan agama sebagai  asas kemerdekaan untuk menjamin  kestabilan, keharmonian, kedamaian, dan kemakmuran negara.

Penggabungan parti-parti politik yang berlainan ideologi itu berlaku secara licin tanpa dirancang atau dipaksakan oleh Perikatan kepada pihak lain tetapi kejayaannya menumbangkan komunisme dan mengatasi berbagai cabaran  krisis politik dalaman dan luaran  semakin menekan lawan-lawannya untuk membuat berbagai penyesuaian politik.

Mereka  melihat kekuatan  ini dalam  kejayaan dasar -dasar  keselamatan negara, ekonomi dan  kemajuan yang pesat dalam semua bidang pembangunan negara yang semakin memantapkan kemerdekaan negara atas sokongan rakyat.

Cabaran 13 Mei menyebabkan kerjasama politik Perikatan itu menjadi lebih luas dengan merangkum lebih banyak parti di bawah  Barisan Nasional atas inisiatif Tun Abdul Razak atau UMNO.

Semakin pesat kemajuan negara semakin tidak relevan parti -parti pembangkang yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bertahan atas identiti asal, Pas bertukar dari nasionalis Melayu kepada parti ulama dan DAP  kepada ultra chauvanist yang semakin menjauhkan mereka dari arus perdana sebaliknya bergantung kekuatan kepada politik pengasingan.

 Apabila Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO ,beliau  membawa bersamanya formula perpaduan politik BN yang  segera disambut hangat  oleh parti-parti pembangkang yang melihat potensi kekuatan latar belakangnya  sebagai saduran  anasir radikalisme  dan kesederhanaan UMNO.

Penyertaan pengikut-pengikutnya dari UMNO menyebabkan beliau diyakini boleh menumbangkan UMNO dan membawa  pembangkang kearah kuasa.

Ini berlaku sebagai political accident dan bukannya by design yang boleh dilihat sebagai kejayaan  revolusi sosial dari penerapan nilai-nilai politik UMNO dari sejak sebelum merdeka


PAS  dan DAP yang  terpukau  dengan kepetahan,kelicikan dan daya politik Anwar telah sanggup   membenamkan prinsip parti masing-masing demi ke Putrajaya.

Tidaklah diduga bahawa PAS yang pernah mengkafirkan UMNO boleh bersekongkol dengan DAP yang sah kafirnya dengan menerima  "Petunjuk dan hidayah"  Anwar Ibrahim.

 Anwar bertindak sebagai moderator untuk intraksi dan dialog antara pelampau  agama dan perkauman.

Inilah formula kerjasama yang berjaya  antara MCA  MIC dan UMNO dengan Tunku sebagai moderatornya bagi mencapai cita-cita politik sebuah negara berbilang kaum dan agama.

Meminjam kata-kata seorang ahli akademik dan penulis terkenal Professor Dr.Ahmad Atory  Hussain "Pas berjaya melembutkan DAP dengan tazkirahnya " dan kepada saya a DAP berjaya memurtadkan PAS untuk menerima beberapa proses pengurusan petandbiran negeri berasaskan keperluan "Kafir" umpamanya penerusan  penjualan arak, kelab malam, rumah urut dan sebagainya di Selangor.

PAS juga menolak hasrat ahlinya mahukan panggung wayang berasingan antara lelaki dan perempuan di Selangor. Sesudah bekerjasama dengan kafir maka barulah PAS mengetahui tanah tinggi rendah untuknya beribadat.

Dasar ultra perkauman DAP telah dicairkan menerusi kerjasama politiknya dengan  PAS dan Pas pula terpaksa bertolak ansur dalam  dasar kerasnya  untuk diterima oleh orang Cina.

Apa yang berlaku ialah revolusi sosial yang baik untuk masa depan rakyat Malaysia ,meningkatkan lagi dasar muhibbah antara kaum dan menguatkan dasar yang diinisiatifkan oleh Perikatan (UMNO,MCA dan MIC) .


Bagaimanapun amatlah menyedihkan pencapaian  revolusi sosial ini hasil buah tangan UMNO sendiri   akhirnya melihat UMNO  mundur kebelakang kerana kelemahan kepimpinannya yang memaksanya  mengadakan perkongsian dengan parti perkauman agama dan politik dan menerima pendekatan extreme  PAS(Akta 355) yang menyebabkan UMNO di lihat sebagai rasis oleh bukan Melayu.

Kerjasama UMNO dan PAS adalah suatu kemunduran politik sederhana UMNO yang menyimpang jauh dari dasar asal yang dipelupuri oleh Tun Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Ismail.Maka itulah ramai veteran UMNO tidak lagi melihat UMNO relevant dengan mereka.

Tun Mahathir sebagai oportunis politik (meminjam pengucapan Professor Ahmad Atory) telah mengambil kesempatan diatas situasai ini dengan menubuhkan parti baru untuk bersama dengan DAP yang telah menggantikan MCA mewakili majoriti orang Cina dan juga parti-parti pembangkang lainnya.

Mahathir mengambil langkah yang sama dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim bila dipecat dari UMNO  untuk membenamkan Perdana Menteri Datuk Sri Najib.

Ini juga berlaku by accident dan bukan by design.

Majority rakyat masih boleh menerima Tun  Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua kerana walaupun usianya lebih tua dari Najib tetapi fikirannya lebih segar,dinamik dan sezaman  dengan harapan generasi baru  yang menyebabkan rakyat melihat Najib lebih tua dan tidak relevan.

Setakat ini Mahathir  telah berjaya  melakukan apa yang mustahil dilakukannya 20 tahun lalu dengan DAP dan juga memulihkan  silatulrahim  dengan Anwar Ibrahim yang berada dalam penjara kerananya.

Tidak juga mustahil jika Mahathir menjadi Perdana Menteri Kedua  atas tiket Pakatan Harpan, dalam masa yang singkat Anwar Irahim akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri.

30 comments:

  1. Dalam buku Mahathir a Doctor in the house, Mahathir kata dia tak boleh terima peliwat jadi PM. Tapi la ni Mahathir pun dah jilat balik kahaknya. ZAM pun turut serta bersemangat. Fendi Ahmad masih lagi bermimpi dengan jutaan ahli PPBM nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang depa dok merepek ni.??

      Delete
    2. Sejak bila Pakatan kata nak lantik anwar jadi pm kalu menang? Sapa jilat kahak? Ni la tahap 6% buat citer sendiri utk syiok kan hati sendiri.

      Delete
    3. itu namany TDM dan yg sihat otakny, dah ketepikn hal2 prinsip demi negara, dan masyarakat majoriti yg muak dgn pemimpin jahat dan yg tak terfikir kejahatan rompakkan terang2anny...

      Delete
    4. Terima kasihlah sebab sebut nama saya. Lebih berani kalau saudara pun guna nama sendiri dan bukan selindung guba anonymous semata. Ada ahli 3 juta pon UMNO tersungkur juga nanti kerana 1 juta sudah "meninggal" , 1 juta sudah tak ingat mereka ahli ke tidak dan 1 juta lagi sdg was2 :)

      Delete
    5. Pemimpin baru diperlukan untuk membangunkan negara ini gah seperti dahulu...

      Semua kena bersatu untuk turunkn BN yg gagal..

      Delete
  2. Apabila seseorang yang melakukan jenayah telah dihukum.. Selepas tanat tempih hukuman.. Adakah dia masih seorang penjenayah..

    Kalau dia kekal penjenayah, apa guna mahkamah (?)

    Kita patut lebih takut penjenayah yang masih bebas dan berkuasa (?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Tapi Kluangman tak tengok ke perangai Anwar. Lepas kena penjara, pastu bebas. Pastu buat hal lagi main punggung orang, pastu main Cina Doll lagi. Pastu kena penjara. Pastu keluar nanti sapa boleh bagi jaminan dengan bahawa org mcm Anwar ni taubat dan tak ulang tabiat buruknya itu?

      Delete
    2. Woi bahlol!!!

      Kau pernah tak dengar 'antara 3 orang hakim 2 masuk neraka'!!!

      Kau tunjukkan bukti yang Anwar meliwat!!!

      Mana bukti kau???

      Kalau kau duduk dalam negara yang pemimpinnya kebas duit rakyat buat filem lucah the wolf of the wall street lepas, yang mengadu dengan bukti kena, kau tak rasa ke siapa hakim yang bersekongkol dengan maksiat tu yang boleh masuk neraka???

      Kalau orang masuk neraka, kau nak sambung2 fitnah nak buat apa??? Nak tunjuk ego kau!!!

      Kau jangan sampai Allah buka aib kau macam PAS panggil DAPigs last sekali dia yang PIGS = PAS+Ikatan= Gagasan Sejahtera (PIGS = BABI)!!!

      Atau doakan orang jahanam Allah bagi warning kau jahanam dulu!!!

      Kau pun sama, hati2!!!

      Delete
    3. Meroyan dh sorang.

      Delete
  3. Mana kah yg lebih baik antara PM peliwat atau PM penyamun besar yg akan membebankan kita dan anak cucu dgn hutang yg bergenerasi belom tentu habih bayar ? Ada akai pikiaq baik baik cik na...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu layan siapa pm... Fokus kasi BN turun dulu...

      Delete
    2. Pemimpin yang menyamun merompak harta wang-ringgit rakyat, menipu dan membelit rakyat kemudian berpura-pura baik dan amanah itu lebih jahat dari orang yang nyata jahatnya sebab orang yang berpura-pura itu ialah manusia yang menipu dan membelit dalam manis.

      Jahatnya manusia begini tak nampak oleh mata kasar.
      Inilah manusia duri dalam daging, menikam dalam diam.
      Menyamun dalam gelap sehingga bila kita sedar, semua sudah licin disapunya dan kita menanggung susah gara-gara kerana dia mahu hidup mewah.

      Kemudian manusia ini, berlakon 'innocent' kononnya baik, amanah dan tak pernah buat salah.
      Hingga hilang segan-silu menyebut nama Allah yang maha suci untuk mempertahankan kepura-puraan kononnya dia hamba yang jujur dan amanah, tapi dalam waktu yang sama Allah menyaksikan perbuatan jahatnya dalam diam.
      Pekungnya disimpan baik supaya di luaran dia nampak jujur dan lurus.

      Manusia begni adalah manusia terlaknat.
      Hidupnya tidak akan senang.
      Allah Taala pasti tarik ketengangan rohani dan jiwanya.
      Dia muflis ketenangan dan kemakmuran rohani dan jiwa.
      Dalam dirinya dia sentiasa rasa bersalah,
      runsing lubang pekungnya pecah,
      takut kehilangan sokongan,
      risau kehilangan kuasa,
      bimbang akan didakwa,
      takut akan tertangkap
      dan paling dia takut dia jatuh hidup susah kemwahannya hilang.
      Hidupnya dihambat oleh rasa bersalah oleh kejahatannya.

      Manusia ini hanya memikirkan kehidupan dunianya saja.
      Dia tertipu oleh kehidupan dunia yang bersifat sementara.

      Walau umurnya sudah mencecah warga tua tapi dia masih tak malu merasakan dirinya masih muda dan masih boleh hidup lama.
      Dia fikir nyawanya dipegang sendiri.
      Bodohnya dia tidak terfikir langsung bahawa umurnya sudah mula ke penghujung.
      Yang dia tahu hanya mengira umur orang lain tapi tak sedar umurnya sendiri juga sudah menginjak ke penghujung masa.

      Betapa bodohnya manusia ini menggadai maruah kerana wang-ringgit dan kuasa.
      Dia menggadaikan agama, bangsa, rakyat dan negara demi kemewahan hidupnya!!

      Delete
  4. Tan Sri,

    1. Banyak hal yang terjadi by accident, bukannya by design...bolih dikatakan itu adalah qada dan qadar alam.

    2. "Malaysia" itu tertubuh sebagai "sebuah gagasan negara baru" by accident, bukannya by design seperti yang selalu diuar2kan olih UMNO.

    3. Malaya mendapat kemerdekaan by accident kerana Malaysan Union, bukannya by design seperti yang dirancang terlebih awal olih orang2 Melayu UMNO dan kerajaan British.

    4. Dalam alam sains dan teknology pun, banyak penemuan terbaru kerana by accident, bukan nya by design sebab terhadnya tahap pemikiran manusia pada ketika itu.

    5. Penemuan benua Amerika pun by accident, bukan nya by design sebab Christopher Columbus tidak tau ada benua yang besar.

    6. By accident itu bukan perkara yang baru atau pelik, tetapi lumrah alam.

    7. Bila kita menemui "deviation" atau "masaalah kronik" dalam UMNO...kita kena buat U-turn supaya dapat memperbaiki keadaan ekonomi, politik dan sosial seperti yang telah Dia janjikan...

    “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (ar-Ra'd, Ayat 11).

    Ini la asas U-turn.

    8. Begitu la halnya sama ada di zaman Nabi Musa, Hijrah, Revolusi Peranchis, Apartheid, Revolusi Tunisia, Revolusi Iran dsbnya...semuanya by accident, bukan by design.

    9. Kalau kita teruskan kerajaan ini dengan UMNO selepas PRU14, maka tidak ada nampak apa2 perubahan dari segi korupsi yang berleluasa dan system kleptrokrasi yang akan terus menekan rakyat jelata.

    10. Biar la aku menjauhkan diri dari UMNO, bukan untuk aku lagi tetapi untuk anak cucu aku sebab itu la yang paling terbaik yang dapat aku lakukan sebagai seorang Melayu pada ketika ini...tidak ada pilihan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. R.I.P...pakatan rakyat is entirely by designed.
      R.I.P...pakatan haprak maybe by accident!!!
      Premature death...i suppose

      Delete
    2. 09.38...that's all you say? You are no better than felda makciks and pakciks.

      Delete
    3. R.I.P...to the start of work career of non english speaking UiTM graduates, there is no jobs for you guys.

      R.I.P...to the bank accounts of fgvh shareholders, your balance will never increase

      Retire In Paradise...to jho lho, while i hate you, i really like your fat bank account, how i wish i could have something like that.

      All of the above are by design, by the way.

      Delete
  5. Taraf hidup rakyat sekarang semakin jatuh. Jurang antara kaya dan miskin makin melebar. Yang bertambah kaya hanya golongan billionaire yang langsung terkesan dengan peningkatan kadar inflasi. Sekarang ramai kena berhenti kerja. Siswazah ramai menganggur. Yang ada kerja gaji pula tak naik-naik. Duk tang tu jer. Kalau naik pun naik sikit-sikit jer kalau nak dibandingkan kenaikan harga barang yang semakin mahal.

    Kita sebenarnya telah kembali ke era 60-an dan 70-an di mana peningkatan kadar inflasi yang ketara telah menyebabkan golongan menengah pertengahan yang menjadi pemacu ekonomi negara sangat terjejas teruk. They form the bulk of consumers where the economy revolves around semakin hari swmakin kecil jumlahnya dengan hilangnya kuasa membeli akibat kenaikan harga barangan pengguna. Taraf kehidupan mereka sangat terjejas teruk khususnya bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.

    A recipe for vibrant economy of any country is dynamism in its private sectors. When the government gleefully scooping up up to 40 billion year in, year out from the economy via GST, of course businessess will suffer.

    Their profit margins would diminished. They will look for other way to increase it that is to pass it on the consumers by increasing the price of their products and services. The wary consumers in turn will cut spending to save money.

    How on earth businesses and the private sectors are going to grow if people are not spending? In the end, it is the economy will suffer in its entirety.

    That's why lately you see lots of businesses have close down or being scaled down dramatically. Anywhere you go you hear people are losing their jobs. By the tens of thousands. FDIs are not coming. MNC close shops. The private enterprises, franchises' chains, they are not expanding. Their businesses have been shrinking. Workers being lay off in the prosess and unemployment skyrocketted.

    Pemandu said we are on track to be high-income nation. High income my foot. In rakyat's every move now in their daily lives, they are forced and cornered to fork out a portion of their income for taxes. In rakyat's daily activity, there's always a part of it or a portion of it have to be some kind of contribution to the goverment. More taxes means less money in their pockets. That is not high income. That's high blood pressure!..

    In short, they are being taxed to death and Pemandu have the gal to claim we're on the right track. The only people who have have high income in Malaysia are the corrupt ruling elites especially the prime minister with the discovery of billions of ringgit of so called donation money in his bank accounts. What a sorry state of affairs we live in having a leader like him. There's no way the country could grow if he is still around.

    ReplyDelete
  6. Putri Balkis Pekan12 May 2017 at 09:05

    Saya terima hakikat ini. Saya akan baca setiap berita Mahathir kerana selalu ada fikiran baru darinya tetapi saya tidak baca langsung sebarang ucapan Najib kecuali melihat hanya headingnya sebab saya percaya tak mendatangkan apa-apoa inspirasi dan tidak ada yang baru.

    Maka itu saya merasa Mahathir selalu baru walaupun dikatakan nyanyuk.

    ReplyDelete
  7. Tan Sri, U are very good at making the 6% Samsung A9
    dancing like cacing kepanasan!
    HAHAHA..............way u go, Tan Sri.

    ReplyDelete
  8. Pandangan : Perbandingan antara DS Najib dan Tun Mahathir untuk jawatan PM lebih memihak kepada Mahathir kerana wawasannya walaupun terdapat "flaw" dalam sesetengah implementationnya. TETAPI diakhir komentar disudahi dengan lontaran bahawa " Anwar Ibrahim bakal menjadi PM" cukup menggelikan dan memualkan.
    Alasan: Anwar Ibrahim sudah kena penjara,Kerana meliwat (2014). Kena tahanan ISA atas akta OSA (1970 an & 2000's).Kena suntik virus HIV dan Arsenik semasa dalam tahanan sebelum dibicarakan (1998) Kena tumbok oleh KPN yang dahulu(1998). Hampir kesemuanya berlaku semasa zaman Tun Mahathir.
    Pandangan 2: Dont kid with your self Tan Sri.

    ReplyDelete
  9. Saya tidak mengatakan saya mahu Anwar menjadi Perdana Menteri. Saya mejangkakan ini boleh berlaku jika sekiranya janji pembebasan Anwar menjadi kempen Pilihanraya 14 yang menjayakan Pakatan Harapan ke Putrajaya

    ReplyDelete
  10. Fendi Ahmad sepatutnya pergi pujuk Khairuddin Botox join semula PPBM. Kasihan, baru berapa hari ditubuhkan PPBM dah dilanda krisis keyakinan. Tahap kehinaan PPBM sama seperti PKR juga. Ditubuhkan untuk membela Anwar. Demikian pula PPBM ditubuhkan untuk membela Mahathir. Semuanyaa demi survival peribadi.Adalah lebih baik Fendi Ahmad masuk DAP sahaja dari berjuang dalam sebuah parti yang hidup segan mati tak mau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12:04...kita tengok nanti wahai pembela PM penyamun,perompak dan pencuri harta negara.Bolehkan berlakon yang rakyat sayangkan Najib?Jangan samakan Mahathir dengan Anwar.

      Delete
    2. 12.04...kenapa jauh sangat ketinggalan? Nama2 besar tak penting sangat. Mana khairuddin nak pergi, itu hal dia. Bila rakyat dah tolak umno, bekas posman pun menang di perak tahun 2008. Orang tak kenal pun calon calon pkr dap dan pas di banyak kawasan dulu, tapi bagi undi jugak...janji asal bukan umno. Apa ada pada nama? Shahrizat pun tak berani bertanding dah. Samy vellu, ali rustam, koh tsu koon, puad zarkashi...nama2 besar pun tumbang.

      Dan apa hal pulak pbbm ditubuhkan untuk pertahan mahathir? Logik tahap longkang apa pulak ni? Dah la tinggal 6%, tak berapa bijak pulak tu.

      Delete
  11. Selamat Hari guru terutama tun mahathir telah menjadi guru Kepada Lima murid tun mahathir
    1)anwar
    2)najib
    3)azmin
    4)rafizi
    5)khairuddin

    Kepada kelima2 murid tun mahathir Jangan bergado-gado dengan guru anda itu
    Ok

    ReplyDelete
  12. ZAM pun tak pernah sukakan Anwar semenjak dulu. Tapi kelihatan demi Mahathir, ZAM pun sama sanggup menjadi politikus yang rakus.Fendi Ahmad, cubalah pm Kudin Botoks. Untunng2 dia nk join balik PPBM keahlian ke 4 juta.

    ReplyDelete
  13. Tan Sri,

    "Tidak juga mustahil jika Mahathir menjadi Perdana Menteri Kedua atas tiket Pakatan Harpan, dalam masa yang singkat Anwar Irahim akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri."

    1. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya.

    2. Walaupun usaha ini agak payah sikit, Pakatan Harapan harus 'Crossing the Rubicon' dengan menamakan Tun sebagai pilihan Perdana Menteri baru.

    3. Tidak ada cara lain. Either we do it, or we don't...which means, if we don't, we all can go home and cook rice.

    4. Dan hanya Tun saja yang dapat meyakinkan rakyat bahawa Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baru menggantikan beliau setelah Anwar dapat pengampunan diraja.

    5. Proses ini membolehkan pembentukan Unity Government yang baru dengan party2 dari East Malaysia.

    6. Sudah tiba masanya Malaysia mempunyai dua bentuk party nasional yang besar untuk menerajui kerajaan macam di Amerika, UK dan negara2 maju.

    7. Ini la system kerajaan demokrasi yang lebih matang.

    8. Mungkin ini la peluang terakhir untuk kita menikmati kerajaan yang lebih bersih.

    9. BN bukan nya hancur, tetapi hanya jadi pembangkang demi untuk memperbaiki kelemahan sendiri kalau mau terus releven dalam arena politik Malaysia yang baru.

    10. Ambil la peluang keemasan ini supaya politik Melayu akan lagi dinamik untuk kesinambungan sebuah negara yang dipanggil "Malaysia".

    ReplyDelete
  14. Kalau PH menang dan Tun M jadi PM kali ke-2 sementara menunggu Anwar untuk dibebaskan, ini akan terjadi:

    1) GST dihapuskan serta-merta. SST kembali dilaksanakan.

    2) Ringgit naik dan kembali kepada 3.80 sen berbanding US dollar.

    3) Pelaburan luar negara datang mencurah-curah especially dari Jepun. Cukai-cukai lain dalam negeri akan dikurangkan berikutan peningkatan FDI.

    4) Ekonomi berkembang dengan pesat dan mencatatkan pertumbuhan 8 peratus setahun.

    5) Kadar pengangguran jatuh mendadak. Graduan mendapat pekerjaan sejurus habis pengajian. Tiada lagi berita graduan engineering terpaksa jual nasi lemak ditepi jalan. Berita seperti ini adalah sesuatu yang memalukan kepada mana-mana negara. Bukan sesuatu yang boleh dibanggakan sehingga diumumkan dengan bangga di parlimen.

    6) Hutang negara susut mendadak dari 907 billion kepada 300 billion.

    7) Rizab luar negara naik mendadak dari 300 billion kepada 700 billion.

    8) 5 juta pendatang Bangladesh akan dihantar pulang. Orang-orang Malaysia kembali mendapat peluang pekerjaan. Pendatang asing hanya dibenarkan bekerja di sektor 3D.

    9) Tiada lagi bencana dan malapetaka dasyat menghantui Malaysia. Tanah air Malaysia kembali diberkati Allah SWT. Nyawa setiap rakyat Malaysia adalah sesuatu yang sangat beharga.

    10) Dana pelaburan negara akan diaudit secara forensik. Duit negara yang hilang berbillion-billion yang hilang diluar negara akan di cari sampai lubang cacing. Duit-duit itu kemudiannya akan dijadikan biasiswa untuk pelajar miskin dan membina perumahan kos rendah.

    12) Subsidi barang-barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, gula, petrol akan dilkembalikan semula kepada rakyat. Harga barang-barang keperluan asas akan kembali terkawal.

    13) Tun M bawa masuk semula Tun Daim dalam kerajaan dan menyuruhnya memperbaiki ekonomi Malaysia. Setelah setahun mengkaji, Tun Daim berjaya mengenal pasti punca kelembapan ekonomi. Dalam masa 3 tahun, Tun Daim berjaya menaikkan semula ekonomi Malaysia.

    14) Peruntukan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan akan kembali seperti biasa. Tiada lagi pemotongan bajet seperti dulu.

    15)Peruntukan pinjaman PTPTN akan ditambah. Tiada lagi potongan 5 peratus dan 10 peratus seperti sekarang. Kadar pemberian akan
    kembali seperti biasa. Bilangan mereka yang mendapat pinjaman pada kadar penuh akan kembali seperti sedia kala dan tidak lagi bergantung kepada parents yang menerima bantuan Brim.

    16)Kerajaan akan memikirkan cara lain untuk meningkatkan pendapatan negara seperti menggalakkan pelaburan luar negeri. Kerajaan tidak akan lagi menyiksa rakyat dengan pelbagai jenis cukai yang membebankan.

    17)Ekonomi negara kembali rancak selepas Tun Mahathir kembali menerajui negara. Kredibiliti dan keyakinan pelabur kepada Malaysia kembali naik. Pelabur berpusu-pusu datang untuk melabur. Mereka tahu bila Mahathir kembali jadi PM, mereka boleh buat banyak duit. Tiada lagi krisis keyakinan kepada kepimpinan negara.

    ReplyDelete
  15. At least tun buat sesuatu untuk rakyat, bukannya makan pencen tido memanjang macam yg lain.

    ReplyDelete