Wednesday, 26 April 2017

TUTUP SEMUA SEKOLAH TAHFIZ PERSENDIRIAN SERTA MERTA

PENGETUA MADRASAH MESTI DITANGKAP
KOMEN:
Saya sangat-sangat setuju dengan pandangan Tan Sri Zam.
Terima Kasih kerana berani mengutarakan pendapat sedemikian... walaupun kelat tetapi amat bemakna demi menjaga imej, menjamin kemajuan dan kesejahteraan umat Islam.

Yang pasti... Tan Sri akan menerima kecaman hebat dari kalangan jumud pemikiran, mereka yang menggunakan Agama sebagai 'punca keWANGan besar' dan mereka yang memperkudakan Agama untuk mengaburi salahlaku moral atau kriminal.
TUTUP SEMUA SEKOLAH....
Sekolah-Sekolah tahfiz  persendirian di seluruh negara hendaklah digantung atau ditutup dengan serta merta berikutan dengan kematian  seorang pelajar Tahfiz kerana dikatakan dipukul oleh seorang pembantu warden di sekolah persendirian  Madrasah Tahfiz Al Jauhar Kota Tinggi Johor.

Tidak memadai dengan kenyataan simpati dan takziah dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan  lain-lain atas kematian Mohd Thaqif Amin Mohd Gadaffi 11 tahun sedangkan pada hakikatnya banyak sekolah tahfiz tumbuh secara liar, bersistem kuno dan tidak bertamadun yang mungkin akan membawa tragedi yang lebih besar.

Tragedi ini menggemparkan seluruh negara tetapi tidak mengejutkan Jabatan-Jabatan Agama  yang telah membiarkan perkembangan ini tanpa kawalan kerana menimbang ini sebagai suatu usaha keugamaan yang sewajarnya disokong.

Apa yang berlaku di sekolah tahfiz selama ini tidak diberikan perhatian oleh jabatan-jabatan agama negeri kerana dipercayai mereka juga sefahaman dengan Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abdul Mutalip Abd. Rahim  bahawa  amalan merotan di sekolah-sekolah tahfiz di negeri ini adalah pekara biasa kerana bertujuan untuk mendidik dan mendisiplinkan pelajar.

Tragedi yang berlaku di Johor itu adalah satu kesempatan kepada kerajaan  untuk bertindak dengan pantas dan tegas untuk melihat semula secara dekat perkembangan sekolah-sekolah persendirian tahfiz atau pun yang dijalankan oleh pondok atau sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan.

Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor itu menimbulkan berbagai-bagai pertanyaan terhadap kebebasan istemewa yang diberikan kepada sekolah-sekolah tahfiz yang menggambarkan seolah-olah mereka terlepas dari undang-undang awam.

Katanya, pengurusan sekolah tahfiz perlu memiliki disiplin yang tinggi apatah lagi mereka datang daripada pelbagai latar belakang. Tidak mungkin ini bukan  merupakan hanya fahaman pegawai agama di negeri Johor tetapi juga pegawai agama di lain-lain negeri.

Dalam kejadian yang berlaku di Johor itu tidak seharusnya warden sahaja yang ditahan tetapi pengetua sekolah persendirian tahfiz itu sudah sewajarnya turut ditahan untuk siasatan terutama mengenai sistem disiplin yang berjalan di sekolah itu yang tidak dipedulikan oleh Jawatan Kuasa Agama di Negeri Johor.

Perkembangan sekolah-sekolah tahfiz yang tumbuh seperti cendawan sejak akhir-akhir ini lebih banyak membawa aspek negatif  kepada anak- anak Melayu Islam di negara ini. Ramai yang tidak lagi melalui pendidikan formal untuk jaminan masa depan mereka.

Perkembangan ini berlaku kerana fahaman agama yang sempit di kalangan ibu bapa. Mereka percaya dengan anak mereka menjadi hafiz maka mereka akan terlepas dari neraka terutama bagi ibu bapa yang melakukan dosa yang besar.

Kalangan swasta dengan kerjasama ustaz-ustaz yang tidak terpelajar, yang tidak pernah mendapat pendidikan yang sewajarnya selain dari hanya pelajaran agama atau hafiz, telah membuka sekolah-sekolah tahfiz  di seluruh negara kerana  menjadi punca kewangan yang besar.

Jabatan-jabatan agama di seluruh negara tidak mengambil berat atau memantau perkembangan ini dengan sewajarnya kerana sentimen agama. Dengan kejadian ini Jabatan-Jabatan agama tidak  boleh membasuh tangan atau menafikan tanggungjawab.

Walaupun ini merupakan suatu tragedi yang memalukan negara yang meletakkan kita setaraf dengan negara-negara Arab yang mundur, konservatif dan  masih mengamalkan sistem kuno tetapi telah mendedahkan  kepincangan dalam pengajaran tahfiz di negara ini yang memerlukan tindakan tegas dari pihak kerajaan.

Langkah pertama tutup dulu atau gantung semua sekolah-sekolah  Tahfiz persendirian atau yang dijalankan oleh swasta di seluruh negara.


110 comments:

  1. Tan sri.

    Kenapa posting tergsntong diawang2.

    Tolong buat secara professional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf banyak-banyak. Sebab saya nak pos dengan cepat.Dah betulkan.Terima Kasih

      Delete
    2. So kalau sekolah kebangsaan yang bersistem KONONNYELAH ada masalah sosial yang 1000x kali ganda tak ditutup pulak,Buli,Rape.Huh,Saya tak defend mana2 pihak But this Is totally Bullshit.Why kristian Tak tutup sekolah diorg yg rabbi diorg pedo.What would you say?

      Delete
    3. Kenapa perlu bandingkan dengan kristian?Allah ada memberi peringatan dalam Al-Quran perihal golongan yang pada awalnya beriman kepadaNYA,kemudian terikut golongan yang tidak beriman.Marilah kita membaca dengan teliti sepertimana diperintahkan Allah.Maaf sekiranya terkasar bahasa.

      Delete
  2. Dalam keadaan sekarang Najib sangat memerlukan sokongan puak jumud agama.Ringgit Malaysia akan melimpah ke rumah mangsa dalam jumlah yang lebih banyak,gara-gara kritikan daripada Zam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum semua,

      Kenatian arwah mohd taqif amat sedih sekali. Keperitan diseksa tidak dpt digambarkan sama sekali.

      Apa itu sekokah tafiz sekiranya didikan Al Quran tanpa Akhlak yg baik. Mana perginya ajaran mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.

      Pelaku tersebut dan cikgu sekolah itu.... mana imannya. Betapa sedih memikirkan anak anak ini yg muda.. dihantar pula oleh ibu dan bapa.
      Ibubapa terutamanya pula patut mengawasi atau mengambil tahu dari masa ke semasa anak anak mereka ini dan tidak lepas pandangan. Setiap apa yg diaju oleh anak sekiranya tidak serasi atau dipukul.. adalah aduan dan tindakan serta merta patut dibuat.
      Saya percaya sekiranya tindakan cepat dibuat benda yg bodoh dan tak senonoh ini dpt dibendung sesama sekali.

      Astagfirullah... tidak dpt menahan sebak setiap masa memikirkan arwah adik ini.

      Saya setuju...tindakan untuk menutup sekokah yg bermasalah. Tindakan ketat patut di ambil. Bila melihat... pelaku..even pengetua or cikgu lain takkan langsung tak perasan???? Mana iman. Mana akhlak dlm mendidik. Pukul anak anak syurga inisampai teruk!!!!!
      Nana ibu. Mana bapa... mana ibu kenapa biarkan apabila anak bersuara kesedihan di sekolah. Astagfirullah...

      Kenapa semua tak endah. Tak kisah.
      AL QURAN itu adalah life kita. Akhlak kita yg baik dtg dari Al Quran. Belajar menghindar benda yg tidak baik sama sekali.
      Sekolah tafiz apa ini!!!

      Pesalah patut di hukum sebat yg amat dan mati. Dan pengetua atau cikgu yg lain patut di ajar akhlak mereka dan hukum yg setimbal atas kematian arwah.

      Sgt sedih...

      Delete
  3. TS ZAM,

    Kalau kes cikgu sekolah kerajaan yang denda pelajar hingga lebam, patah dan ada juga yang mati tu pula bagaimana? Adakah disebabkan satu kes terpencil sebegitu, semua sekolah kerajaan harus ditutup?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah kerajaan berada dalam sistem dan meredka menghadapi tindakan menurut peraturan yang ada. Sekolah ini pakai peraturan ustaz maka itu kita tutup untuk ajar ustaz dengan peraturan mordern

      Delete
  4. Sistem canggih dan bertamadun sekolah aliran moden di Malaysia yang melahirkan anak luar nikah, mat rempit, gejala dadah, budaya samseng sekolah, alkohol, pukul guru,pil khayal sekarang ni camne pula Tan Sri? Adakah ia suatu yang membanggakan umat Melayu dan negara Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengapa saudara mempunyai anggapan buruk seolah-olaj semua sekolah aliran moden melahirkan anak luar nikah,mat rempit,gejala dadah.Sekolah ini banyak melahirkan teknokrat,profesional dan juga mereka yang dapat bekerja membantu kerjaan dalam usaha membnantu cegah maksiat dan sebagainya. Apakah yang boleh dibuat oleh Hafiz,kecuali jadi iman masjid?.Banyak anak Melayu yang membanggakan negara ini tetapi bukan dari kalangan agama.

      Delete
    2. Yup..byk bkn Dr kalangan sklh agama...tapi bagaimana dgn akhirat..?? Kalau tutup sklh Tahfiz..di mana lg bdk2 blh belajar utk menghafal melainkan dgn ustz2?? Sejujurnya..Semua sklh sma shj..ada kes ank luar nikah..dadah..buli..Semua sklh..bknsklh kebangsaan shj..bkn sklh agama shj..krn Allah cipta manusia tu mmg azali begitu..sbb kita berada di akhir zaman..di mana bumi berada dlm keadaan kucar kacir..jgnhny sbb kes adik Tahfiz tu semua sklh agama ditutup..hny memberi tindakan kpd warden yg bertanggungjawab atas kejadian cukuplah..dan pihak2 yg terbabit..kalau semua sklh agama ditutup. Dimna lg pelajar2 sklh agama hendak mencari ilmu agama scr mndlm?? Mungkin kita malu dgn ramai org terutamanya org Dr negara Arab. Ye..tapi xmalukah kita..apabila Allah bertny knp iman kita lemah ketika di pdg mahsyar kelak?? Sbb kita tiada ilmu agama..pendidikan Islam shj tdk cukup..sbb buku teks jgk byk yg tlh diubah mengikut ajrn Syiah..apa korang nk jwb didpn Allah..untuk tutup semua sklh agama?? Alasannya? Ade bdk meninggal sbb msk sklh agama? Itu takdir dia..kalau dia xdirotan sekali pun..mungkin dia blh mati Dari cra lain..Allah itu maha perancang..perancangan yg terbaik untuk hambanya..ingat.. Rasulullah SAW sukakan umatnya yg mencari ilmu..terutamanya ilmu berkaitan dgn agama kita..ISLAM... mohon Tan Sri..jgn tutup sklh agama di seluruh negara..dimna kami hendak menuntut ilmu yg ditinggalkan oleh Rasulullah ?? Malulah kita..hidup berthun2.. tpi xbelajar agma tinggalan baginda..dan..bdk2 Tahfiz jgk tmpt ank2 bermslh dihntr oleh ibu bapa mrk..apabila ank buat hal. Di slhkan sklh..adilkah begitu?? Ank murid bkn sedikit..tpi ramai..murid Tahfiz yg dicari jika ingin melakukan tahlil..doa2..solat hjt..sbb mrk menghfl Al-Quran..mrk dkt dgn Allah..adilkah begini Tan Sri? Tutup..hny satu kes..sy pernah bca kes guru bersetubuh dgn ank muridnya.s klh kebangsaan..xmaksudkan sklh agama ni baik..tpi..itu..yg jg menghina negara..kita Islam..memalukan jgk..tpi xdibsrkan kes seperti ini seperti kes adik ini..ini amat tdk adil..jika sklh agma seluruh dunia ditutup..sy akn tuntut pengadilan di akhirat...sy pelajar sklh agama di Kelantan..sy menuntut ilmu tinggalan Rasullulah..jgn pisahkan sy untuk mengutip ilmu baginda..Allah maha adil..jgn slhkan sesiapa jika anda dipersoalkan ats kes ini di pdg mahsyar... Assalamualaikum...

      Delete
    3. Ya,sekolah agama hanya mengajar agama dan berbangga dengan kemampuan menghafal.Islam adalah Addin.Semua 'agama' (Jalan Ku) adalah ciptaan tok guru,tok sami,paderi,rabi dll. yang memuja manusia.Allah ada memberi peringatan supaya jangan mengambil sesuatu yang bukan daripadaNYA.Kerana sesuatu yang bukan daripada DIA akan sentiasa berselisih yakni berkontradik antara satu sama lain.Ilmu Allah ada di mana-mana.Allah memberi rahmat kepada sekelian alam.Atas rahmatNYA kita diterima ke Jannah.Bukan kerana kita bersekolah Tahfiz.Tidak perlu bongkak berlebihan kerana bersekolah agama.Agama kepercayaan boleh membuat kita percaya kepada apa sahaja yang di luar Al-Quran.Jalan yang lurus itu juga bisa menyesatkan.Memang sesuailah ditutup jika hanya melahirkan golongan yang riak agama.

      Delete
  5. Rohaizad Puchong.26 April 2017 at 21:58

    Saya percaya warden yang memukul budak itu juga telah didoktrinkan bagaimana untuk mendisplinkan budak dengan kekerasan sehingga pandai menghafal quran kerana pengahfalan bukan mudah. Ustaz yang tidak terpelajar seperti ini ramai di sekolah -sekolah tahifiz. Mereka juga mesti di tahan.
    Warden yang memukul pelajar itu percaya dengan berbuat demikian dia juga akan masuk surga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tahfiz yang tidak mampu bayar gaji ostad.

      Delete
  6. Masalah2 Gila sexual berlaku di sekolah2 gereja Dan kuli yahudi di Amerika ,euro Dan Israel yg biayai Oleh kerajaan mereka ,tak Ada pulak orang2 bising 'Ada ke? pengtua gereja Dan ketua rabbi diamerika ,euro Dan Israel ditangkap oleh polis Dan kerajaan mereka Dan kerajaan tutup sekolah gereja Dan kuil yahudi ini 'yg Ada perilaku Gila sex ditangkap Malah rabbi Dan paderi pun ditangkap polis'fakta ditulis Oleh barat.

    Lebih banyakan lah menbaca fakta dunia tentang sekolah Agama Islam, Kristen Dan kuil yahudi itu ia. Masalah buli atau kena dera ada mana2 sekolah.

    Apa perlu kerajaan buat Hanya memantau kes buli, gengstar Dan penganyanan belaku sekolah2 takfiz dengan kerjasama pengtua. Pihak jakim kena bagi mereka kusus pengtua pihak warden Dan guru2 Agama kes buli,penganyaan bagi ceramah pada guru2 agama untuk ketahui masalah berlaku.dulu Ada Satu kes buli berlaku di pahang 'sultan Pahang panggil mereka buli budak junior Tanya apa masalah mereka ini

    ReplyDelete
  7. Jakim kena buat undang2 mereka kena mengajar Cara uruskan sekolah tahfiz
    Sultan2 sebagai ketua Agama islam kena memastikan sekolah takfiz ini kena patuthi undang2 jakim 'Cara nak uruskan sekolah tahfiz Dan sekolah tahfiz berasramah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Golongan agamawan lebih bijak menguruskan sorga dan neraka daripada pengurusan dunia.Jangan harap.

      Delete
    2. 01:08 Lupa nak cakap yg kamu Makan makanan halal Jasa siapa? 'semua atas Jasa jakim. Jika tak Ada jakim orang Islam pergi beli Makanan pada bukan Islam yg tak tahu asal usul halal Dan haram 'aku Masih Ingat sejarah lagi umat Islam 1950 hingga 1980 semua pergi Makan dekat kedai bukan islam.

      Kalau rasuk Oleh puak liberal domekasi LGBT rom Dan Greece tak tahu apa nak cakap

      Delete
    3. 15:28 baca lah Al-Quran dengan teliti sepertimana Allah perintahkan.Nak makan yang halal kena ada Jakim?Apek yang tidak beriman dengan Al-Quran itu lebih memerlukan Jakim untuk lariskan produknya.

      Delete
  8. Inalillah................tamatlah sudah penderitaan
    Mohd Thaqif Amin Mohd Gadaffi. Ibubapanya redho sebab
    mungkin sudah mengira, Syurga sedang menanti mereka.

    ReplyDelete
  9. Cuba menyelesaikan masalah ketika marah atau kecewa adalah langkah terburu buru.

    Perkara ini perlu dibuat secara berhemah.

    Menutup madrasah dan menangkap pengetua semborono akan menambah masalah.

    ReplyDelete
  10. Saya sangat-sangat setuju dengan pandangan Tan Sri Zam.
    Terima Kasih kerana berani mengutarakan pendapat sedemikian... walaupun kelat tetapi amat bemakna demi menjaga imej, menjamin kemajuan dan kesejahteraan umat Islam.

    Yang pasti... Tan Sri akan menerima kecaman hebat dari kalangan jumud pemikiran, mereka yang menggunakan Agama sebagai 'punca keWANGan besar' dan mereka yang memperkudakan Agama untuk mengaburi salahlaku moral atau kriminal.

    ReplyDelete
  11. Amin Shah, Shah Alam.27 April 2017 at 07:46

    Pengetua Madrasah Tahfiz Mohamad Afdhaluddin menyatkaan pihaknnya mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil bersama seluruh warga madrasahnya diatas kematian pelajarnya yang dikatakan dipukul oleh warder madrasahnnya.Siapa yang ajar warden ini menjalankan kekerasan dan keganasan untuk menagajar pelajar hafal Quran.?
    Dia ingat dengan majlis baca yasin dan tahlil itu boleh menutup kesilapannya dalam melalaikan tanggungjwab sehingga menyebabkan tragedi buruk berlaku dimadrasahnya kerana menjalankan sistem kuno.. Patutnya dia telah ditangkap,ditahan dan disiasat.
    Seorang yang berkelayakan tentunya tidak akan menggunakan unsur kekerasan untuk menakutkan pelajar-pelajarnya. Ini jenis ustaz yang tak cukup pelajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan kamu serupa dan semacam je dengan pandangan kaum Nabi Soleh,Kaum Nabi Lut...kalau tak percaya cuba kamu tekuni baca al Quran dan tafsir.Insyaallah kamu akan jumpa ayat berkenaan.Cari sampai jumpa ya!!!!Jangan tak baca quran pulak.Kalau tak baca jangan pandai2 bagi pendapat.Buat malu kompeni je.

      Delete
    2. Kenapa tak anda bagitau je surah berapa, ayat berapa? lagi bagus kalau boleh copy paste tafsir berkenaan. Bagi bukti terus, tak payah tuduh orang lain kafir atau munafik.

      Delete
  12. Kenyataan MB Johor supaya orang ramai tidak membuat spekulasi diatas kematian pelajar tahfiz di negerinya menunjukan beliau tidak simpati kepada perasaan orang ramai diatas suatu trajidi memalukan di negeri Bangsa Johor. Sewajarnya beliau telah bertindak dengan dengan serta merta memecat Penegerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor Abd Mutalip yang telah membua kenyataan yang menunjukan bahawa jabatannya seolah-olah meebnanarkan apa juga tindakan dilakukan dalam carapembelaran menghafal Quran yang tidak bersistem di negerinya.
    dari kenyataannya pada akhbar Kosmo pada 25 April 2017 Jelas menampakan bahawa Jawatankuasa Agama Negeri telah mempunyai persepsi apa juga yang dilakukan oleh sekolah itu benar.
    Saya tidak percaya MB Johor telah memberikan perhatian kepada kenyataan ini walaupun setelah kematian Tahqif.
    Berbahagialah umat Islam Johor mempunyai seorang MB yang diatas apa juga tragedi yang berlaku di Johor hanya pandai membuat kenyataan jangan membuat spekulasi.

    ReplyDelete
  13. Kita heboh darihal impian palsu yang baru membunuh satu nyawa. Yang lebih mengerikan adalah ribuan anak-anak yang belum mati tetapi akan membesar menjadi zombi, hidup dalam ilusi. 800+ kilang bertaburan di seluruh tanahair saban tahun menghasilkan zombi-zombi yang bakal menjadi beban masharakat dan Negara. Populasi Negara di masa hadapan 2-3% parasit hidup menumpang ihsan (derma, subsidi, cukai kafir dzimmi) tapi mahu jadi penguasa dan pemerintah. Entah siapa yang mahu diperintah oleh bakal-bakal parasit ini.

    ReplyDelete
  14. Sepatutnya Madrasah Tahfiz di Kampung Lukut Kota Tinggi di tutup sementara bagi pihak berkuasa atau polis menjalankan siasatan kerana dibimbangkan guru-guru tahfiz madrasah itu yang telah didoktrinkan memukul pelajar diharuskan untuk membolehkan mereka menjadi pelajar tahfiz yang berjaya.
    Pengetua madrasah ini mesti disiasat bagaimana seorang yang mempunyai record jenayah boleh diambil bekerja di madrasahnya. Munkkin dia telah meyakinkannnya dengan memukul pelajar- pelajar , dia boleh menebus dosanya dan boleh terus masuk surga. Pekarai ni tiak mustahil berasaskan kepada kecetekan akal sebahagian besar ustaz-ustaz.

    ReplyDelete
  15. elok kita dengar keputusan bedah siasat dahulu....

    ReplyDelete
  16. Semua pihak perlu ambil iktibar dari kisah ini. Penutupan semua sekolah tahfiz secara terburu2 akan menimbulkan lagi banyak masaalah. Sesetengah sekolah tahfiz ni merangkap rumah kebajikan - ramai ibubapa yg tak mampu tinggalkan anak disana kerana sekolah tahfiz kebanyakannya hidup atas sedekah masyarakat.

    Apa yg perlu adalah mesti ada syarat2 wajib sebelum sekolah tahfiz dibenarkan wujud. Nak meniaga warung pun ada undang2 & syarat, tak kanlah nak jaga anak org semudah nak bela ayam itik? Pertama, bangunan tempat tinggal kanak2 ini mesti diluluskan oleh bomba; kedua, pengetua mestilah org yg berkelayakan. Pihak majlis agama mesti ubah fokus - sentiasa buat spot check dan sama2 berusaha meningkatkan taraf & kualiti sekolah tahfiz.

    Ibubapa juga perlu berubah. Bukan tugas anak2 untuk memenuhi impian anda yg tak kesampaian; anak2 juga bukan tiket untuk anda masuk syurga secara ekspress. Ibubapa perlu ikhlas, tugas ibubapa adalah menolong anak2 untuk memenuhi potensi mereka sebagai manusia yg berguna.

    ReplyDelete
  17. Jenayah dilakukan atas nama agama yang sesat dan menyesatkan.Kononnya surga menanti.Kleptokrat juga habis-habisan mempergunakan agama demi menghalalkan rompakan.Inilah wassatiyyah yang membawa musibah kepada negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh ada unsur politaik plak. Duk guna bahasa susah buat apa? Terangkan sikit maksud kleptokrat tu sementara kita dpt laporan siasatan lengkap atas kematian arwah Thaqif. Keluarga arwah pun xsemeroyan begini.

      Delete
    2. Tidak perlu meroyan,...ostad dah janjikan sorga.

      Delete
    3. Well totally Not you.Judging people.

      Delete
  18. Orang yang tidak tahu agama tetapi cakap pasal pendidikan agama maka h.a.r.a.m. j.a.d.a.h. jawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam itu Addin sebenarnya,bukan agama.Pelik bunyinya bagi golongan yang tidak teliti membaca peringatan Tuhan di dalam Al-Quran.Ada disebut dengan jelas.Semua agama adalah ciptaan manusia dan mengagungkan manusia.Ini dilarang Allah dengan jelas sekali.Silalah baca dengan niat mencari kebenaran.Memang sukar untuk membuang sesuatu yang telah sebati sejak kecil.Al-Quran itu untuk seluruh manusia.Bahasa golongan tahu agama adalah tipikal.

      Delete
  19. saya amat setuju dengan pandangan yang diutarakan.

    ReplyDelete
  20. Semua tahfiz yg haram harus tutup serta merta.
    Kerajaan harus menyediakan garis panduan mengurus dan mendidik, selaras dgn hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yg berkrampilan dan berkeyakinan tinggi.
    Kita tidak memerlukan fahamam islam yg radikal dan extremist dibumi Malaysia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ke pusat Tahfiz haram dlm negara kita?Kalau pusat judi haram pernah jg saya dengar..

      Delete
  21. kalau semasan sembang kedai kopi dan kita nyatakan pandangan seperti apa yang zam kata, mereka akan tuduh kita tak pandai agama. kita tidak berjanggut / berjubah tidak ikut sunah nabi

    ReplyDelete
  22. Iblis memang suka sangat dgn bab2 agama dijahanamkan

    ReplyDelete
  23. Kalau babit islam jr macam2la...bukan nk pertahan lagi bagi racun...tulah namanya sekular

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt disoal kita, adakah kehidupan slps kematian ni. Kan kita akan tukar jasad jd mikro2 halus. Ini la pemikiran yg menjahanamkan agama, fikir logik semata2. Dh qada & qadar, kita tunggu hasil siasatan saja. Jgn memandai2 buat cerita.

      Delete
  24. Ramai yg jadi hakim buat keputusan nampaknya termasuklah zam maidin.. senang kau bg cadangan tutup sek agama ni.. umpama bakar kelambu kerana seekor nyamuk!! Kemana pergi otak kau zam ooii!! Beratus sek agama atau tahfiz swasta ditutup akan beri kedsn kpd ribuan umat islam secara langsung dan tidak langsung.. kau yg selesaikan masalah mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa Saudara Ummuarif gunakan terhadap Tuan-punya blog, seorang tokoh berstatus Tan Sri dan ada 'nama' di Malaysia and Nusantara ini... pun sudah cukup untuk mengambarkan keperibadian Saudara yang bongkak, tidak senonoh, berfikiran jumud, beku-otak dan ketinggalan zaman.
      Saya harap... Saudara bukan hasil dari pendidikan Agama.

      Cuba Saudara bayangkan... selain menjadi Ustaz & Ustazah... apakah pekerjaan yang layak untuk anak-anak dari Sekolah-sekolah Pondok atau Tahfiz ini... setelah mereka besar nanti?

      Jika ditutup... tidak bolehkah dimasukkan kesemua anak-anak itu ke Sek. Kebangsaan yang juga ada mata-pelajaran Agama? Apa masaalahnya? Yang berasrama pun ada.

      Lebih elok, masukkan mereka ke SRJKC atau SRJKT. Disamping mahir berbagai Bahasa, anak-anak Melayu mesti belajar bahasa Inggeris... supaya satu hari nanti, kita tidak payah lagi bergantung pada seorang pelarian Warga-India yang tidak tahu berbahasa Melayu untuk mempertahan Agama kita dengan berdebat guna bahasa-asing dikalangan Rakyat sendiri yang bukan Islam... dalam bahasa Inggeris yang kita sendiri tak berapa mahir.

      Ajar juga anak-anak... kemahiran teknikal, science dan mathematic.

      Cuba Saudara lihat peralatan-memudahkan-kehidupan... dalam & luar rumah... dari pencil ke pengisar & mesin-basuh... dari handphone ke motosikal/kereta... dari pembesar-suara yang kita gunakan untuk melaungkan Azan di Surau & masjid... dari senjata pembunuh, bom & peralatan-perang yang dibeli Umat-umat Islam (terutamanya di Timur-Tengah) untuk berbunuhan sesama-sendiri... SEMUAnya adalah ciptaan dan pembuatan orang-orang Kafir yang menjadikan Negara mereka Kayaraya, maju dan makmur.

      Jika... sejak dari kecil lagi, kita hantar anak-anak belajar Tahfiz... satu hari nanti... mampukah kita mengambil-alih peranan yang dimainkan oleh orang-orang kapir ini? Adakah di Negara-Negara Kapir, mereka belajar Agama, ketahap extreme dan ganas seperti kita?

      Saudara harus beringat... Orang Kapir juga percayakan hari Kiamat dan sebab itu mereka sedang mencipta kapal-angkasa dan meneroka angkasa lepas... dan sudah tentu, selain dari mencari sumber kekayaan dari bahan galian logam & emas... salah satu dari sebabnya juga adalah untuk cuba lari dari Kiamat.

      Delete
    2. Hehe... dari gaya umpama menyalahkan agama jer bunyinya... tak salah beri pandangan.. tapi umpama yg berkata.. satu kes tutup sek tahfiz... bile balas balik ke sek kerajaan yg lebih banyak kes.. katanya sek kerajaan banyak menghasilkan ilmuan dan negarawan... tapi persoalannya... salah ke jadi ustaz... bukan semua org ke sek tahfiz... KENAPA PERLU TAKUT DENGAN BAYANGAN SEK TAHFIZ?... memang beliau ialah tan sri... tapi kerana org org yg di sek tahfiz ni lah dapat mengimbangi dunia dan akhirat...

      Dan lagi... ingat senang ke nak hafaz alquran? Nak hafaz lagu... lirik... skrip... senanglah.. hafaz alquran perlu hafalan yg tepat dari segi tajwid.. panjang pendeknya.. bukan hentam hafaz je... dan pilihan untuk sek tahfiz pun bukannya paksaan... kalau paksaan tak guna jua.. takkan terhafaz punya...

      Apalah salahnya sebagai tan sri yg banyak BERJASA kepada NEGARA... beri pendapat yg lebih praktikal... adelah dengan tutup madrasah ni akan selesai masalah.. apa kata beri idea...
      1. Daftar semula sek tahfiz
      2. Kaji sistem pembelajaran sedia ada.
      3. Kaji semula syarat syarat yg ade..
      4. Dan lain lain

      Kan lebih manis bunyinya.. apa yg kite dapat dengan menghentam.. takde pape.. apa guna menyalahkan org lain... cari jalan penyelesaian bersama... itu yg terbaik...

      Maafkan saya kalau terkhilaf.. takde niat nak membidas, menghentam atau apa apa jua negatif thinking ni...

      Lebih baik kite cari jalan penyelesaian yg lebih baik... bukan menuding jari..

      Delete
    3. Tak tahu la saya... samada diajar maksud atau terjemahan... apa yang di hafal Al-Quran... di Sek. Hafiz atau Pondok.

      Kalau nak diikutkan contoh Pemidato Warga-India yang diberi PR oleh KDN... dia boleh hafal maksud semua Ayat & nombor surah, Quran dan juga Bible sebagai rujukan bila berdebat. Petah bercakap Inggeris 7 bahasa India dan mungkin... Urdu dan lain-lain dialect minority di India... tapi tak faham Bahasa Melayu lagi. Mungkin tak lama lagi, dia akan belajar BM.

      Saya nak tanya... ada tak Ustaz-Ustaz mengajar Bible & Injil di Tahfiz, sebagai perbandingan? Nak jadi 'Orang-Agama', seharusnya tahu juga... Ahlul-Kitab. Maklumlah... Nabi-Nabi lain selain Nabi Muhammad SAW... SemuaNya berpegang pada Kitab Injil dan Bible. Nabi 'terakhir'... baru diwahyukan Al-Quran.

      Delete
    4. RD tu cinta dunua dan otak sekular. Cuba kaji balik berapa org graduan bidang sains kita yg berjaya mencipta teknologi baru yg bermanfaat kpd umat islam dan umat manusia? Bil graduan sains teknologi dari semya U adalah lebih ramai dari bil yg lulus hafal 30 juz quran atau yg khatam tafsir quran dan 6 atau 8 kitab hadis secara bersanad. Negara penuh rasuah sana sini jugak.. bangang betul engkau ni sama mcm zam..

      Delete
    5. Aku cadangkan semua U yg berdaftar ditutup sebab setiap tahun ada saja puluhan kes pegawai2 dan menteri yg terlibatdgn salah guna kuasa, rasuah dll. Mereka semua graduan U berdaftar dan diiktiraf kerajaan. Aku harap cadangan aku disokong oleh RD ..

      Delete
  25. Hafiz tidak bagitu berguna kepada masyarakat sebaliknya semakin ramai mereka semakin membebankan masyarakat kerana tidak ada pasaran bagi mereka kecuali menjadi orang Islam yang jumud. Inilah kesan besar kepada umat Islam maka itu lebih baik sekolah-sekolah ini ditutup sebelum membawa bencana lebih besar kepada Melayu dan Islam di negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iblis berfungsi dengan lebih mudah melalui sekolah ini atas nama agama.Kedangkalan akal fikiran bermaharajalela.Mana mungkin memukul dan membunuh manusia itu kerana Allah Yang Penyayang.Ini adalah sekolah ISIS.

      Delete
    2. Saya setuju... Anon 00:47.

      Orang Islam didik supaya...nak buat apa pun, kecuali berak & kencing... supaya dimulakan dengan Bismillah. Mungkin kita tak faham, apa yang di'Ucap'kan dalam bahasa Arab.
      Sama seperti kita ucap Asalamualaikum... sehingga ketuk pintu untuk mengetahui samada, ada orang atau tidak dalam rumah, kita beri Salam.

      Mungkin Anon 14:32 tidak berapa menghayati atau tidak faham bila dia ucap apa-apa dalam bahasa Arab... seperti Bismillah, yang bermaksud... Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani... atau dalam Omputihnya... In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful.

      Makanya... kalau asyik mahu mendidik secara ganas dan panas baran sehingga memukul budak-kecil tanpa belas-kasihan... ianya bertentangan samasekali dengan 'sifat-sifat murni' Mengasihani & Pemurah, Allah mahupun Nabi Muhammad SAW.

      Delete
    3. Minta maaf Saudara Basir atau... apa yang saya sebut Anon 14:32.

      Kesilapan saya, tidak baca apa yang Saudara tulis, sebelum jawab menyokong Anon 00:47.

      Walaubagaimana pun... Saya sokong & amat setuju pendapat Saudara Basir... iaitu Sekolah Hafiz lebih banyak membeban & memudaratkan masyarakat kita.
      Maafkan saya, sekali lagi.

      Delete
  26. Ini adalah suatu provokasi dari Zam yang tentunya telah mengumpul maklumat sekian lama mengenai sekolah-sekolah tahfiz di negara ini dan juga sikap negatif jabatan-jabatan agama.Apakah reaksi jabatan ini setakat ini. Mereka hanya diam membisu diatas dosa mereka.

    ReplyDelete
  27. "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". tindakan drastik menutup semua sekolah tahfiz persendirian bukanlah satu langkah yg bijak. sebaliknya, pemantauan yg lebih khusus dan tindakan pantas pihak2 yg berwajib mestilah dijadikan agenda utama.
    langkah2 yg mesti diutamakan boleh disenaraikan seperti berikut:
    1) surat permohonan rasmi dr pihak yg ingin membuka sekolah tahfiz kpd kementerian yg berwajib.
    2) testimoni, kelayakan, latar belakang barisan2 tenaga pengajar termasuk pengetua dan pekerja2 am sekolah.
    3) lokasi, struktur, pengawasan dan keselamatan sekolah.
    4) kedudukan kewangan pihak pengurusan sekolah.
    5) urusan2 yuran, perbelanjaan dan kos setiap pelajar sepanjang pengajian.

    mungkin banyak lagi kriteria2 yg tidak boleh dipandang ringan oleh pihak2 yg berwajib yg mesti diteliti dan dipertimbangkan. memandangkan ghairahnya masyarakat Islam dewasa ini yg berlumba2 menghantar anak2 mempelajari dan mendalami Islam, jgnlah ada pihak2 yg mengambil kesempatan menjadikan ugama sbg ruang atau platform utk mengaut keuntungan.

    ReplyDelete
  28. Saya ada seorg sahabat yg hantar anak lelaki autistic nya ke satu sekolah di Kajang (Sg Ramal tak salah saya). Pendekatan sekolah ini adalah agama dan disiplin cara militari. Setelah beberapa bulan, dia datang keluarkan anaknya disebabkan anaknya mengadu di denda secara physical jika melanggar disciplin.

    Kalau ikut cara agama takkan ada pulak denda secara pukul2 dan jerit2. Itu bukannya cara nak betulkan srg budak autistic. Ibubapa mana yg tak marah jika anak kecil nya di marah2 dan pukul2, lebih lagi yg autistic.

    Saya harap pihak tertentu dapat siasat sekolah sebegini.

    ReplyDelete
  29. Inikah contoh BANGSA JOHOR yg d uar uar kan..dan brmati natian nk d implement..
    Bikin malu je ada lah

    ReplyDelete
  30. Ya Allah ya tuhanku, berilah hidayahMu kepada mereka2 yg gelap hatinya. Sekiranya mereka tahu dan sengaja memesongkan usaha dlm menegakkan agamaMu, berilah petunjukMu kpd mereka, agar mereka sedar dan sempat bertaubat. Andai mereka tidak sudi dan terus bongkak dgn nikmat dunia, tempatkan mereka di nerakaMu. Amin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut pandangan mereka yang arif,Allah tidak akan layan doa orang yang mahu orang lain masuk neraka.Kamu juga bongkak dan gelap hati.Allah Maha Adil.Siapa kamu untuk Allah makbulkan doa yang terpesong itu?Melakukan jenayah itu dikira menegakkan agama?Siapa yang gelap hati?

      Delete
  31. //"Sekolah-Sekolah tahfiz persendirian di seluruh negara hendaklah digantung atau ditutup dengan serta merta berikutan dengan kematian seorang pelajar Tahfiz", macam susu dengan nila pulak?? haha.. tuan tak pikir ke yang itu masalah individu?

    //tuan ingat mengajar madrasah ni kaya sangat ke sampai di katakan 'punca keWANGan besar'? tak pikir ke knpe ustad2 sanggup mengajar wlaupun pendapatan kecik? ke otak tuan sempit cume boleh pikir tempat tu jalan singkat utk cari duit?

    //"bersistem kuno dan tidak bertamadun yang mungkin akan membawa tragedi yang lebih besar." takde yang fakta, cuma mungkin? gajah pun boleh terbang tuan. berkata tentang system, tuan pernah ka belajar di madrasah? tuan sendiri tak tahu apa itu system yang sebenar kalau tuan sendiri tak penah ada dalam system itu.

    //"Apa yang berlaku di sekolah tahfiz selama ini tidak diberikan perhatian oleh jabatan-jabatan agama negeri kerana dipercayai mereka juga sefahaman dengan Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor", adakah tuan sedang menafikan tanggungjawab jabatan - jabatan agama untuk buat pemantauan?? tuan taw ka jadual2 pemantauan jabatan jabatan agama pada sekolah2 tafhiz ni?? dan. bi belakang ayat tuan ini, ade sebuah nama.."Abdul Mutalip Abd. Rahim" siapakah empunya nama dengan tiba2 di seru? atau dia cuma berkata??

    //"Perkembangan sekolah-sekolah tahfiz yang tumbuh seperti cendawan sejak akhir-akhir ini lebih banyak membawa aspek negatif kepada anak- anak Melayu Islam di negara ini." dimana tuan nampak aspek nagatif tu? dimana tuan dengar? budak2 tu lebih bijak dari tuan. ada tuan baca berita suatu ketika dahulu berkenaan pelajar tahfiz yang syahid ketika menuntuk ilmu, dan apabila di buat bedah siasat di dapati otak nya masih segar walaupun dia sudah tiada. berita ini gempar satu malaysia. adakah itu suatu yang nagetif?

    //"Mereka percaya dengan anak mereka menjadi hafiz maka mereka akan terlepas dari neraka terutama bagi ibu bapa yang melakukan dosa yang besar." pada pandangan saya, yang sempit itu cuma tuan yang hanya berpikir seperti kenyataan tuan. pernah tuan pikir ada ibu bapa yang campak anak mereka di madrasah kerana perangai anak mereka seperti syaiton? yang tak di terima di sekolah2 yang moden. kemudian menjadi tanggujawab ustad2 itu untuk menjaga mereka. ada juga sampai tahap mencuri motor bilal masjid.

    //"Kalangan swasta dengan kerjasama ustaz-ustaz yang tidak terpelajar, yang tidak pernah mendapat pendidikan yang sewajarnya selain dari hanya pelajaran agama atau hafiz, telah membuka sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara kerana menjadi punca kewangan yang besar." ini lagi pandangan tuan yang sempit.. saya nak panggil tuan dengan gelaran tan sri pun segan.. adakah dengan gelaran tan sri tuan sudah memiliki otak yang super ajaib? adakah dengan segulung ijazah tuan sudah memiliki seluruh ilmu?? adakah orang yang tidak memiliki lesen memandu tidak tahu memandu?? pikir lah sejenak tentang kekuasaan Nye.

    //"Langkah pertama tutup dulu atau gantung semua sekolah-sekolah Tahfiz persendirian atau yang dijalankan oleh swasta di seluruh negara." pada saya.. pemikiran tuan sahaja yang kuno dan tidak bertamadun.. jika saya ada sesuatu.. saya akan perbaiki, baik pulih.. bukan membuang yang mendatangkan lebih banyak nagetif.. adakah isteri tuan pakai buang? adakah pakaian tuan pakai buat?? adakah duit tuan selalu menjamin tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai 21:48,....anda mengkritik seorang yang juga mendapat pendidikan sekolah arab.

      Delete
  32. Iblis mmg suka menghasut....jgn ikut hasutan nya.

    Jgn terlalu cepat menghukum atas perkara yg belum tentu hujung pangkalnya. Biarlah semua pihak berwajib selesaikan siasatan masing2 sebelum mengeluarkan pandangan yg ekstrim.

    Salam takziah kpd keluarga almarhum adik thaqif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelajar (11 tahun mati) berpunca dari kecederaan di sekolah tahfiz,sepatutnyalah pengetua sekolah dipertanggungjawabkan sebab seluruh sekolah, kakitangan dan pelajar-pelajar adalah di bawah jagaannya.
      Bagaimana pulak dengan pegawai-pegawai yang seharusnya memantau sekolah- sekolah persendirian spt ini?
      1 jiwa yang tidak berdosa melayang kerana kecuaian..

      Delete
    2. Ini bukan kali pertama.Penderaan di sekolah agama memang menjadi amalan,...cuma yang terbaru ini membawa kepada kematian.Bagi golongan agamawan ini tiada salahnya,kerana ia bab agama.Membunuh atas nama agama juga adalah halal bagi golongan berkepercayaan ini dan akan dibalas sorga.

      Delete
  33. Innalillahiwainillhirajion....semoga sempat bertaubat sebelum ajal menjemput....

    ReplyDelete
  34. Tan Sri,

    Kalau kita hendak menilai perkara ini, yang pertama sekali adalah melalui hati nurani kita.

    Budak sebelas tahun sepatutnya diberikan pendidikan yang baik dan diberikan kasih sayang sesuai untuk umurnya.

    Saya setuju dengan Tan Sri, kalau ikut tamaddun manusia, sekolah Tahfiz di Johor ini patut ditutup serta merta.

    Sekarang ini orang sibuk berkenaan dengan penceramah yang tidak bertauliah.

    Sesiapa yang buat ceramah tanpa tauliah boleh dikenakan hukuman di mahkamah Syariah.

    Sepatutnya, sekolah Tahfiz ini perlu lebih kawalan berbanding dengan penceramah bertauliah kerana ini melibatkan budak budak kecil yang tidak berdosa.

    Perkara seperti ini sudah banyak berlaku tetapi tidak ada tindakan yang sepatutnya dibuat. Sehingga ada kematian pun masih lagi orang yang mempertahankan sistem ini.

    Sistem pendidikan kita juga perlu dihalusi supaya mereka yang keluar nanti ada kemahiran untuk hidup dewasa.

    Sepatutnya kerajaan mengambil alih dan menyediakan sekolah agama Tahfiz supaya ilmu pengajaran ini meliputi berbagai aspek dari bidang agama dan juga ilmu-ilmu yang berguna di belakang hari.

    Ramai yang memberikan komen di sini mempertahankan orang yang tidak bertanggungjawap dalam kes ini kerana manusia bermacam ragam.

    Ada manusia yang tidak ada hati nurani, jadi mereka ini tidak boleh faham akan penderitaan kanak-kanak kecil di sekolah Tahfiz dan akan terus mempertahankannya atas nama ganjaran pahala walaupun ramai yang akan dijadikan mangsa.

    Orang yang buta warna tidak tahu bagaimana rupa warna merah atau hijau.

    Orang yang tidak ada hati nurani tidak faham apa itu penderitaan dan kesusahan yang ditanggung oleh mangsa keadaan sepertimana yang terjadi kepada penuntu Tahfiz ini.

    Ramai yang amat sedih (iaitu mereka yang mempunyai hati nurani atau "Conscience") atas kejadian ini. Sesuatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku ke atas budak 11 tahun.

    ReplyDelete
  35. Sekolah takfiz pun skrn ni pelajar2 senior nya dah pandai ragging/dera pelajar junior. Harap mak bapA tlg pantau. Ada pihak sek tahfiz yg vuba menutup kes2 tersebut.

    ReplyDelete
  36. Pada yang mengutarakan dan penyokong yang mahukan sekolah agama ditutup disebabkan kematian seorang pelajar, ini dah seperti marahkan nyamuk, kelambu dibakar.... adalah lebih baik supaya mencadangkan agar ditutup semua pusat judi, pusat hiburan, rumah2 urut dan pinjaman along di seluruh negara sebab kesannya kepada masyarakat khususnya golongan muda adalah lebih teruk dan berpanjangan jika tidak dikekang. .. jangan kita menghukum sebelum menyiasat terlebih dahulu, Takut2 jadi fitnah... bak kata pepatah, biar kita jadi garam yang mengawet ikan supaya tahan lama untuk dimakan daripada langau yang singgah bertelur dan merosak isi ikan... fikir2 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tutup, restructure balik , atasi segala kelemahan yang ada dan kena ada sistem pantauan yang berkesan supaya tidak ada kanak- kanak yang teraniaya....dan sekolah tahfiz persendirian ini berfungsi/ pentadbiran setanding dengan sekolah- sekolah lain yang ada di Malaysia ini..

      Delete
  37. Tutup sekolah tahfiz yang tak berdaftar dibawah Jabatan Agama negeri masing2 jer . Tak perlu lah semua tutup ..

    ReplyDelete
  38. Kerajaan sepatutnya mengambilalih pusat tahfiz bukan tutup.
    Naikkan taraf serta beri bantuan

    ReplyDelete
  39. Kalau ada kes penderaan, perlu disiasat segera.

    Kalau ada kes kematian dan ini disebabkan oleh penderaan daripada pihak sekolah Tahfiz, jawapnya tutup. Tak perlu bahas lagi.

    Sekolah-sekolah Tahfiz yang lain perlu dikaji semula samada sesuai untuk kebaikkan rakyat samada ilmu yang diajar menyeluruh atau tidak.

    Sekolah Agama kerajaan putut diperbaiki semula supaya dapat menarik lebih ramai pelajar yang pergi ke Sekolah Tafiz.

    Penyelesain mesti dibuat supaya Sekolah Tahfiz tidak boleh sewenang-wenangnya mendera budak-budak yang tidak berdosa.

    ReplyDelete
  40. Cara paling berkesan memantau semua sekolah tahfiz,

    1)jakim Dan jabatan Agama negeri mesti berkerjasama memastikan takfiz ikut sop tetap ,

    2)Kita nak semua Daftakan sekolah agama dibawah Satu bunbung .

    3)Kita tak nak sekolah tahfiz jadikan sarang puak syiah, puak penganas dan Parti politik termasuk kerajaan pembangkang Dan tak nak murid2 menjadi peminta sedekah seperti tahfiz2 di pakistan.

    4)jabatan Agama negeri Dan pusat mesti memastikan kebajikan guru2 tahfiz terbela

    ReplyDelete
  41. Sebelum ni ada kes pelajar mati dibuli. Why x tutup sekolah? Or suspend? Anak haram berleluasa mcm cendawang tumbuh macam mana? Itulah sebabnya...persetankan semua ni👽

    ReplyDelete
  42. Tak perlu tutup pun.memadai ibubapa jgn hantar anak2 ketempat begini.

    ReplyDelete
  43. Salam tan sri.
    Satu pandangan menongkah arus dari tan sri.
    1. Pendidikan yang berasaskan agama adalah oder baru bagi bangsa melayu dan umat islam malaysia.
    2. Ibubapa yang menghantar anak mereka ini terdiri dari pelbagai latar belakang. Ada ibubapa yang tiada pendidikan dan harta. Ada juga ibubapa yang berpendidikan tinggi dan berharta.
    3. Pendidikan dalam agama bukanlah menjanjikan pekerjaan yang bergaji lumayan. Tetapi ibubapa lebih mengharapkan "celik" agama.
    4 kemajuan yang dikecapi oleh negara tidak membimbangkan lagi ibubapa tentang masa depan anak mereka walaupun berpendidikan agama kerana macam-macam kerja halal yang boleh dibuat selepas tamat belajar. Walaupun lebih pada kerja sendiri tanpa makan gaji.
    5 peningkatan gejala sosial yang mendorong ibubapa menghantar anak mereka belajar agama. Kerana anak yang soleh dapat membantu mereka dialam bazah. Serta rasa tanggungjawap dalam diri ibubapa.
    6. Atas peningkatan permintaan ini, ramai yang menceburi bidang ini dengan menubuhkan tahfiz. Tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
    7. Sekolah agama kerajaan terhad dan perlu mendapat kelayakan tertentu untuk masuk yang tidak dimiliki oleh pelajar ini.
    8 sikap orang melayu islam yang amat bermurah hati melakukan amal jariah menjadi pendorong kearah penubuhan tahfiz yang mendatangkan pulangan yang lumayan. Lihat saja di pintu masuk bank, terdapat tong derma untuk tahfiz. Begitu juga yang berjalan kaki berbatu-batu dari pintu ke pintu untuk kutip derma. Pembahagian hasil derma yabg tinggi kepada pengutip derma juga merupakan punca lambakan tahfiz.
    9 Adalah sesuatu yang amat sensitif untuk kerajaan mengambil tindakan atau kekangan dengan peraturan yang ketat apatah lagi kerajaan sekarang berada dalam keadaan yang tidak stabil. Sikap diam kerajaan ini adalah satu kelemahan dalam membangunkan kekuatan dan kenajaun anak bangsa.
    10 kejadian yang berlaku dijohor memang kes yang terpencil. Tetapi sesuatu tindakan perlu diambil supaya dapat mencegah dari berulang.
    11. Kanak-kanak yang hidup dalam keadaan "tertutup dari dunia luar" akan lebih mudah terpengaruh dengan perkara negatif bila mereka dah dewasa.

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum,

    Y.bhg. Tan Sri,

    Terima kasih memberi pandangan. Walaubagaimana pun, tolong buat kajian mendalam terlebih dahulu tentang pusat tahfiz ni. Tak kan kerana satu kes sahaja, dah nak ditutup. Pelik betul.Dinasihatkan pergi lihat sendiri pusat2 tahfiz ni, bagaimana perjalanannya. Sekadar memberi pandangan dari banglo besar tanpa melihat sendiri mereka di sana berhempas pulas membina generasi al quran, tiada maknanya. Pelik sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan yg diberi TS Zam tu ikut emosi bkn ikut rasional. Kenapa sekolah kat Klang tu TS Zam tak cadangkan ditutup sebab terlibat dengan gansterism.??

      Delete
  45. Diharapkan agar tuan dapat selami dahulu institusi tahfiz. setiap sekolah berasrama ada baik buruknya, bukan tahfiz sahaja, sekolah kerajaan juga sama. Jangan kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.ini sekadar pandangan saya yang bersekolah kerajaan.

    ReplyDelete
  46. Cadangan tak cerdik daripada orang yang tak cerdik tapi berasa diri tu cerdik !

    ReplyDelete
  47. Tunggu dulu siasatan polis dan laporan postmoterm drpd pihak kesihatan sebelum kita nak menjatuh hukum supaya semua sekolah tahfiz swasta nak diarah tutup. Bagi la pandangan yg profiosanal dan jangan emosional sesuai dengan gelaran yg dimiliki. Analoginya, jika seulas durian rosak/busuk, patut ke kita kena buang sebiji durian. Kita ada akal yg dikurniakan Allah yg tidak dimiliki oleh makluk2 lain didunia ni. Jadi berfikirlah secara rasional. Renung2kan lahhh...

    ReplyDelete
  48. Tunggu dulu siasatan polis dan laporan postmoterm drpd pihak kesihatan sebelum kita nak menjatuh hukum supaya semua sekolah tahfiz swasta nak diarah tutup. Bagi la pandangan yg profiosanal dan jangan emosional sesuai dengan gelaran yg dimiliki. Analoginya, jika seulas durian rosak/busuk, patut ke kita kena buang sebiji durian. Kita ada akal yg dikurniakan Allah yg tidak dimiliki oleh makluk2 lain didunia ni. Jadi berfikirlah secara rasional. Renung2kan lahhh...

    ReplyDelete
  49. Saya setuju dengan pandangan En Osman Abu Bakar, bahwa pandangan dari Banglo besar tidak begitu jelas berkenaan Sekolah Tahfiz.

    Malah pandangan dari rumah biasa atau pangsapuri pun tidak jelas.

    Sekarang ini baru kita sedar bahwa ada kes penganiayaan dan penderaan yang berlaku di sekolah seperti ini. Kita sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku kepada anak-anak melayu di sekolah Tahfiz persendirian ini.

    Kes-kes penganiayaan bukan perkara baru tetapi sudah banyak berlaku.

    Saya kurang setuju tentang pengkomen yang mengatakan bahwa 1 kematian tidak cukup bertindak. Mereka ini perlukan lebih banyak lagi kes-kes penderaan dan kematian, barulah hendak bertindak.

    Ini satu penganiyaan kepada anak-anak kecil yang tidak berdosa.

    Saya melihat budak-budak sekolah Tahfiz hadir ke rumah keluarga saya. Mereka makan macam orang kebulor. Apakah mereka ini diberikan makanan yang secukupnya.

    Dalam soal ilmu pengetahuan, Nabi (S.A.W) bersabda "Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China"

    Ini bermakna , Islam mengajar kita belajar ilmu secara menyeluruh.

    Zaman sekarang, orang beli barang dan berniaga pun menggunakan internet. Oleh itu anak-anak melayu sepatutnya diberikan ilmu yang cukup untuk siap sedia di masa hadapan.

    ReplyDelete
  50. TS,

    Here's another example how religion has clouded our everyday life. Sampai kan pakaian budak umur 12 tahun pun (bukan Islam) boleh dianggap seksi. Saya rasa org yg boleh pikir budak 12 tahun seksi yg sakit otak.

    PETALING JAYA: A 12-year-old’s dress was deemed “seductive” and “a temptation from a certain angle far, far away”, and so she was forced to withdraw from a chess championship in Putrajaya.

    Malaysian chess player and coach Kaushal Khandhar said the incident happened at the National Scholastic Chess Championship 2017 on April 14, when his student was told that her dress was “improper”.

    Read more at http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/04/29/chess-girl-checkmated-for-her-dress-participant-forced-to-withdraw-from-contest-due-to-seemingly-sed/#47ZEfcmV64LTpZm2.99

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau faham Erika Pakai Permain chess kena Pakai coat Dan berpakaian kemas dalam pertandingan chees dunia, pertandingan dunia Penah adakan dinegara syiah sesat iran pun kena Pakai selendang Dan berpakaian kemas,..
      Ada faham tak. Kalau Pakai sket pendek Dan Baju tak Ada legan Padan kena halau. Aku sendiri Akan halau budak itu sebab tak faham Erika pakaian pertandingan chees

      Delete
    2. Anon 23:23, anda sekolah sampai darjah berapa? Sila belajar mengeja dan buat karangan dulu.
      Ini pertandingan budak 12 tahun la. Budak tu 12 tahun, non muslim, skirt tutup lutut pendek apa? Hang meroyan apa nak suruh mak ayah buang duit beli kot untuk pertandingan sekolah rendah? Duit hadiah pun tak boleh cover harga kot. Anda dah pernah pergi Iran ke nak komen negara diorang? Sila pergi Tehran dulu baru anda komen dress code kat sana.

      Delete
    3. 17:09 Masuk casino dan pergi sekolah reti pakai code dan berpakaian kemas. Pergi pertandingan chess tak reti pakai kemas.
      Ini ajar dap cuba rosakan etika permakaian kemas semasa pertandingan chess

      Delete
    4. Budak chess tu dipancung sebab nak grab quota utk paksa nenangkan anak "kawan2". Dpt pergi luar negeri.
      Hampeh betul,mmg melayu tak maku langsong.

      Delete
    5. Anon 22:58, Hang tau ke apa maksud perkataan kemas? Pi sekolah rendah balik belajar BM.

      Delete
  51. panglimo potaseh30 April 2017 at 11:47

    Semalam aku pergi - "jemputan kawin", kata Sang Jahiliah. Orang sekarang sebut walimatul urus lebih oafdeel, lebih islam?

    Pengantin nye segak berjubah berselipar Aladin 1001 mlm dan serban, berselindang sekali untuk lap peloh, jangut nye yang terkumpul 172 helai tu dibiarkan liar. Mempelai pompuan nampak dua bijik mata je.

    Dah tak de keris, pulot kuning, bunga manggar, silat, upacara renjis, pakaian songket, tanjak, samping atau lain-lain persalinan dan peralatan era jahiliyah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi arab jahilliah lebih baik daripada jadi melayu Islam.

      Delete
  52. Tan Sri, apa yang saya kesalkan adalah kenyataan Pengetua Tahfiz. Apa yang anda maksudkan bahawa ia masalah peribadi?

    Sipolan itu pekerja anda yang anda bayar gaji setiap bulan dan anda katakan organisasi anda tidak sedikitpun terpalit? Come on!

    Saya percaya anda akan dipertanggungjawabkan akan setiap darah yang mengalir di mahsyar nanti. Jangan cuba berselindung atas nama agama Islam yang suci untuk melindungi kezaliman serta penderaan yang berlaku under your watch!

    Tahfiz yang satu di Kota Tinggi ini wajar digantung operasi serta merta dan pemgetua dipecat. By the way, itulah hukuman yang selalunya dipertanggungjawabkan kepada penjawat awam. Kenapa pula Pengetua Tahfiz terkecuali?

    Manakala semua tahfiz swasta di seluruh negara perlu dijalankan naziran serta merta oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing! Saya selalu memandang tinggi institusi tahfiz ini. Please, bertindaklah segera sebelum seluruh agama Islam yang suci ini dipalitkan lumpur oleh pendusta agama!

    ReplyDelete
  53. Ada juga orang yang keluarkan idea bodoh dan dangkal begini, memalukan...

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum...

    Ini adalah satu posting yang bersifat tidak adil dan melulu. Adalah tidak logik untuk menutup semua sekolah tahfiz/pondok hanya kerana satu peristiwa yg di luar kawalan kita.

    Adakah akan keluar kenyataan sama sebegini sekiranya seorg warden asrama sebuah sekolah Kebangsaan/Jenis Kebangsaan melakukan yg sama?

    Adakah penulis sudah mengkaji sedalamnya produk2 sekolah2 tahfiz ini dan bagaimana cara pembelajaran dan pembentukan disiplin di sana?

    Atau hanya melihat dari suara2 di "istana"?

    Saya adalah bekas pelajar pondok di Kg. Siliau, N9. Dan saya tidaklah sekolot seperti yg beliau jangkakan. Kalau sekolah Tahfiz dibenarkan ada hiburan, TV, Hphone, mmg xkan ke manalah pembelajaran pelajar2nya.

    Hidup jangan berpaksikan dunia semata2. Rata2 yg buka skolah pondok ni bukanlah berasaskan keuntungan. Kalau ada sumbangan dan bayaran semuanya akan dilaburkan kepada pembangunan dan keperluan asas pondok itu sendiri. Penulis jgn samakan dengan hati penulis yg duniawi yg banyak memikirkan keuntungan semata2. Setiap sen yg diterima oleh pengurusan pondok ini digunakan seamanahnya kerana setiap sen itulah yg menjadi persoalan kepada mereka di akhirat kelak.

    Harap penulis silalah belajar dan carilah ustaz2 timbalah ilmu lebih dalam. Kalau iman kuat dalam diri, xkan keluar idea atau saranan sebegini. Sepatutya fikirkan penyeselesaian, bukan tutup terus.

    ReplyDelete
  55. Good that at least the Federal Government is taking step towards some kind of control and monitoring of this Tahfiz. Such a noble institution, but without central monitoring by JAKIM and Minstry of Education, it may go astray.

    Kalau keadaan ini terjadi kepada institusi yang diketuai penjawat awam, maka ditukarkan serta merta dan boleh diambil tindakan tata tertib jika terbukti cuai dalam tanggungjawab. Walaupun bukan terlibat secara langsung, seorang ketua kepada institusi awam dituntut bertanggungjawab terhadap onar yang berlaku di organisasinya. Selalunya ditukarkan serta merta semasa siasatan tanpa mengira benar atau salah.

    Maka sebab itu saya juga tertanya-tanya apakah tindakan kepada Pengetua Tahfiz ini yang murid yang menumpang belajar di madrasahnya akhirnya mati setelah kehilangan kakinya.

    Cuba buka fikiran kita dan berfikir secara rasional. Seorang ketua apatah lagi Pengetua Tahfiz perlu bertanggungawab terhadap apa yang berlaku. Bukannya berlepas tangan dan bersikap defensif atas alasan apa jua pun.

    ReplyDelete
  56. Satu ketika dahulu semasa alam persekolahan saya masih ingat yg kuat memukul anak murid dgn secara peri kemaknusiaan adalah dari kalangan ustaz. Kemarahan mereka amat tinggi kpd anak murid yg buat salah dan garang bercampur amarah teramat tinggi kalau dibandingkan dgn guru2 biasa. Ustaz saya dahulu boleh bagi penampar kat anak muridnya sampai melambung dan terpelanting hanya disebabkan budak tu hanyalah membuat kesalahan kecil. Agaknya ustaz yg begini ingat mereka ni maksum dari dosa. Suci dan berilmu. Sebenarnya mereka agak sajit dlm segi emosi sewaktu bertugas dan beramarah lebih tinggi drp guru2 biasa. Kalau nak oasti tanyalah kebanyakan murid yg beragama islam dari sekolah rendah sehingga menengah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaik baik diantara kamu adalah orang yang belajar dan mengajarkan Alquran.

      Delete
    2. Sebaik baik dantara kamu adalah mereka yang belajar Al quran dan mengajarkanya.

      Delete
    3. Sebaik baik diantara kamu adalah mereka yang belajar dan mengajarkan Alquran.

      Delete
    4. Sebaik baik diantara kamu adalah mereka yang belajar dan mengajarkannya.

      Delete
    5. Sebaik baik diantara kamu adalah mereka yang belajar dan mengajarkannya.

      Delete
  57. Sebaik2 diantara kamu adalah orang yang belajar alquran dan mengajarkannya.hadis

    ReplyDelete
  58. Sebaik baik diantara kamu ialah mereka yang belajar Al Quran dan mengajarkanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaik2 umat adalah so call tan sri la sgt..ape jasa kt negara pun x pasti..then suke msuk bakul agkt sndri..memalukan sungguh berkenaan cdgn nye itu..terlalu mengikut emosi tanpa memikir kan kesan..da berumur tp pikiran cam x matang..

      Delete
  59. ini tan sri yg bnyk berjasa pd negara...haha,lwk je..,

    ReplyDelete
  60. Alhamdullillah kerajaan telah memberikan perhatian untuk mendaftar semua sekolah tahfiz yang dijalankan oleh ustaz-ustaz yang tidak berpelajaran dan mendapat didiikan perguruan. Dengan itu sklh tahfiz akan lebih bersempena. Suatu pahala kepada mereka yang menyedarkan kerajaan dari membiarkan ustaz -ustaz cetek fikiran memikirkan menyeksa untuk membolehkan hafal Quran sebagai mendapat pahala.

    ReplyDelete
  61. Sdra Zam, tak usahlah hiraukan orang-orang yg terbukti tidak terpelajar yang tidak dapat melihat antara kebaikan dan keburukan seperti O2.23. Dalam masyarakat manapun ada bahlol.

    ReplyDelete