Thursday, 6 April 2017

SUATU LAGI KONGRES BUDAYA DALAM MIMPI


SULTAN JOHOR LEBIH DAHULU SAMBUT CABARAN RAIS YATIM

Amat silap sekali jika Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia , Tan Sri Dr Rais Yatim  menganggap Raja-Raja Melayu tidak memberikan perhatian terhadap warisan yang perlu dipertahankan oleh mereka  untuk mengekalkan warisan bangsa yang melibatkan perihal agama,ada resam dan perpaduan rakyat.
Interviu khas dengan akhbar The Star pada 24 Mac 2016 dengan jelas menunjukkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor,Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mendahului Rais Yatim dalam kesedaran terhadap ancaman sebenar yang dihadapi yang menggugat warisan itu.

Baginda telah mengemukakan fakta dan realiti yang sebenar yang tidak berani disentuh oleh para budayawan Melayu terutama Tan Sri Rais Yatim sendiri kerana ia adalah merupakan perkara yang sangat sensitif  untuk disuarakan.

Sebagai Ketua agama di negeri, Baginda telah menjalankan tanggungjawab dengan berterus terang menitahkan agar orang Melayu tidak menjadi orang Arab yang bukan sahaja tanpa sedar meruntuhkan keperibadian asal orang Melayu sebaliknya akan melibatkan penerapan nilai  sosio budaya dan politik yang merbahaya kepada perpaduan rakyat negara ini.

Kita melihat bahaya ini datang dari RUU355 (Pindaan Kontroversi Akta Mahkamah Syariah) dan  anak Johor yang sedar,Mohamed Taufik  Tun Dr.Ismail telah tampil kehadapan mengemukakan saman untuk menyekat pembentangannya di Parlimen.

Sebelum ini beberapa orang peguam Islam terkenal telah pun mengingatkan bahawa perbuatan itu  bertentangan dengan Perlembagaan Negara tetapi kelemahan politik Melayu telah menyebabkan parti pemerintah sendiri bersubahat untuk mengikis teras pengukuhan pembinaan bangsa Malaysia yang dijuarai oleh parti politik kearaban yang tidak berpegang kepada asas cara pendekatan bersopan Melayu.

Barangkali “ Bangsa Johor” yang dipromokan oleh baginda boleh menjadi benteng kepada kemaraan budaya yang merbahaya ini.

Sebahagian besar budayawan kita berada dalam keadaan tidak sedar penerapan yang semakin agresif nilai kearaban yang menghakiskan identi bangsa yang indah dan sejati sejak beratus tahun termasuk  isitilah-isitilah Bahasa yang telah sebati sebagai pengucapan bangsa.

Walaupun dalam beberapa hal saya tidak bersetuju dengan baginda tetapi dalam soal memisahkan nilai   kearaban dan keIslaman,  Sultan Johor tidak terkeliru dan jelas  mengenali ancamannya  berbanding dengan budayan Melayu yang terus tenggelam dalam  retoric Tamadun Melayu Teras Budaya Melayu tanpa  mengenali hakisan sebenar yang sedang berlaku.

Adat-adat istiadat Melayu dan ketamadunan Melayu  tidak boleh dipertahankan dengan retoric berulang-ulang  tanpa penghayatan terhadap anasir perosak budaya yang datang menerusi kelemahan fahaman sempit dan dogamatik agama.

Membaca kembali interviu khas baginda  dengan akhar The Star setahun yang lalu maka saya nampak bahawa baginda dapat melihat bahaya yang lebih besar disebalik penonjolan keperibadian  atas kepercayaan sebagai keislaman yang sedang berlaku sekarang.

Baginda telah pun bangkit sebelumpun  Kongres Budaya 2017 membuat resolusi supaya majlis raja-raja Melayu bangkit dan  tidak berdiam diri dalam pekara yang berkaitan adat istiadat  dan Agama Islam(dalam cadangan).

Para budayan yang membuat seruan ini sebenarnya berada dalam khayalan sedangkan baginda bertitah atas realiti.

Interviu baginda dalam hal ini dengan  The Star diharapkan akan membuka mata
Tan Sri Rais dari terus berada dalam kesamaran melihat ancaman sebenar kepada  ketatasuliaan , kesenian dan keperibadian negara.

Jika Kongres Budaya 2017 tidak ditarik perhatian kepada apa yang diperkatakan oleh Sultan Johor maka  untuk kesekian kalinya,kita  akan menghabiskan masa dan wang membincangkan  idealisme yang telah basi dan gagal dipertahankan dalam dunia yang semakin tecabar oleh nilai-nilai antarabangsa yang memerlukan penyesuain  budaya Melayu dengannya. Penyesuaian inilah yang sedang  menghadapi halangan besar dari pemikiran-pemikiran kearaban.

Pemimpin-pemimpin Melayu terdahulu telah berjaya dalam peperangan politik dengan   golongan ini  yang menggunakan agama dan kemenangan inilah yang  membolehkan negara berada dalam  pemodenan dan kemajuan seperti sekarang ini tetapi sekarang kita sedang mengalah kepada mereka.

Dalam interviu yang disiarkan oleh akhbar The Star pada 24 March 2016,Sultan Johor menyeru orang Melayu supaya  BERHENTILAH  MENIRU ORANG ARAB atau dalam Bahasa Inggerisnya “STOP TRYING TO BE LIKE ARAB”.

Walaupun jeritan tajuk ini seolah-oleh nampak seperti luahan perasaan marah tetapi jika dibaca keseluruhannya maka banyak terdapat  kebenaran dan ketajaman baginda  dalam menihat keruntuhan sebenarnya yang dihadapi oleh keperibadian Melayu.

Siapakah yang berani melawan arus menghadapi  cabaran yang bertopengkan agama seperti keberanian baginda sebagai ketua agama negeri.  Apakah Kongres Budaya 2017 seberani baginda untuk mempertahankan sesuatu yang benar yang terpendam di kalangan orang Melayu yang progresif dan dinamik.

Saya mengambil  berapa aspek yang penting dari pandangan baginda yang sewajarnya diberikan perhatian oleh Kongres Budaya 2017 yang akan diadakan padadi UKM pada 15 April depan.

Baginda menyeru orang Melayu agar jangan membuang budaya mereka yang unique dan merasa tergugat dengan mereka yang  mahu mencegah orang Islam dari meneruskan  amalan berjabat salam (antara lelaki dan perempuan) yang telah pun diamalkan sebagai suatu tradisi mengalu-alukan antara satu sama lain.
Sultan Ibrahim  menegaskan bahawa  baginda tetap berpegang kepada “Adat dan tradisi Melayu sebagai seorang Melayu kerana saya di lahirkan sebagai seorang Melayu”

“Jika ada diantara kamu yang mahu menjadi Arab dan mengamalkan budaya Arab dan tidak mahu mengikut adat Melayu dan tradisinya maka terserahlah kepada kamu.

“ Saya juga mengalu-ngalukan jika kamu hendak pergi tinggal di Arab Saudi.
“Itu adalah hak kamu tetapi saya percaya terdapat Melayu yang mahu mempertahankan Budaya Melayu. Sekurang-kurangnya saya tulen  dan tidak hipokrit dan  demkian juga rakyat Johor yang mengenali raja mereka.”

Baginda juga menyatakan bagawa baginda  lebih selesa menggunakan istilah Hari Raya dari Eid al-Fitr atau Bulan Puasa dan bukannya iftar.

“ Saya telah menggunakan istilah Melayu ini sejak kecil dan menggunakannya kepada ayahanda saya sejak lebih 50 tahun.

“ Saya tidak berhajat untuk menggantikan istilah ini dengan istilah Arab”
Baginda juga menegaskan bahawa kepercayaan  kepada agama tidak boleh berasaskan kepada pameran luaran seperti pakaian untuk menunjukkan hubungan dengan Allah  tetapi apa lebih penting ialah apa yang dihati dan difikiran.

Kata baginda, salah  untuk mengadili orang lain dengan pameran luarannya sebaliknya “Allah yang akan mengadili kamu dan jika mahu menasihatkan seseorang panggillah mereka dan berbisiklah kepada mereka dan jangan memalukan mereka.”

Sultan Ibrahim menceritakan bahawa semasa Kembara Mahkota, baginda telah berjabat salam dengan ribuan rakyat termasuk wanita.
“Kenapa saya mesti tukar kebiasaan ini? Awak tidak perlu fanatic. Jika wanita tidak pasti, saya bertanya adakah mereka mahu berjabat tangan dengan saya dan jika tidak mahu, tiada masalah.”

Baginda menegaskan bahawa “ Ini adalah cara Johor dan mesej saya kepada yang tidak mahu berjabat tangan pergi jauh”

Sultan Johor juga tidak senang dengan JKR Batu Pahat yang meletakkan notis di papan tanda di sepanjang jalan mengingatkan wanita mengenai dosa tidak menutup rambut mereka.

“Ini salah. Ini bukan peranan mereka. Sejak bilakah JKR terlibat dengan  peranan ini?”.

“Sejak bilakah JKR di peringkat negeri atau daerah bertanggungjawab atas urusan agama. Tugas utama mereka ialah memastikan jalan berada dalam keadaan baik dan bukan bimbangkan soal perempuan tidak menutup kepala .”
Sultan Ibrahim juga menyebutkan perihal orang Arab  termasuk di UAE yang  mulai  keluar dari bawah tempurung.

“Mereka mulai terbuka. Dulu perempuan Arab Saudi tidak dibenarkan memandu tetapi sekarang boleh malah ada yang sertai politik. Keadaan yang sama juga berlaku di Iran”

Mungkin ada orang menganggap pekara yang dibangkitkan oleh baginda sebagai remeh temeh tetapi baginda  tidak hipokrit,berani berterus terang dan ikhlas dalam melihat orang Melayu yang suatu masa dahulu telah maju ke depan dengan budaya mereka sebagai perisai utama  dalam menerima pemodenan tetapi sekarang menjadikan sifat-sifat kearaban sebagai anasir yang menyusahkan mereka untuk melihat sesuatu dengan  fikiran terbuka dan bertindak sejajar dengan nilai-nilai antarabangsa.


Adakah Kongres Budaya 2017 mempunyai kewibawaan ini  atau akan terus membuat keputusan yang tidak berasaskan realiti dan kemudian lemas dalam timbunan fail  kertas  keputusan yang  berasaskan  mimpi dan khayalan zaman gemilang yang tidak akan kembali lagi dan semakin jauh dari realiti sezaman.


14 comments:

  1. Kita tengok adakah Tan Sri Rais berani untuk menyentuh pekara ini dalam ucapannya merasmikan Kongres Budaya 2017 atau beliau sekadarkan akan melalaikan kita dengan senandong Minang yang berulang2

    ReplyDelete
  2. Saya melihat mereka yang hendak memainkan peranan utama dalam Kongres Budaya17 ini terdiri dari wajah jingosim yang tidak dapat melihat diluar kepumpong Melayu. Mereka ini bangsa Melayboleh maju menerusi Bahasa Melayu kerana orang China dan Jepun juga boleh maju menerusi bahasa mereka sendiri tetapi mereka lupa pada hakikat bahawa bangsa itu tamadonnya sudah tua dan bangsa Melayu bergantung kepada tamadon hang tuan hang jebat yang entah ada entah tiada.
    Orang China sudah makan bersepit sebelum orang putih makan bersudu.

    ReplyDelete
  3. Orang China juga tersekat tamadon mereka berabad lamanya kerana berpegang kepada Religous Communism seperti orang Melayu tersekat oleh fahaman Islam yang sempit tetapi sebaik sahaja keluar dari agama itu mereka kembali kepada keperibadian asal mereka suatu bangsa yang rajin,inovatif dan kreatif sedangkan orang Melayu terus dilalaikan oleh candu keugamaan yang oleh ustaz-ustaz dan ulama-ulama yang tidak tepelajar yang hanya memahami dari buku-buku agama dalam bahasa Arab-suatu bahasa yang beku dan tidak berkembang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL. melayu ketagih candu Arab. Ramai Pusher dari kalangan pelakun2 lobai.
      Melayu akan pupus kiranya masih lena dibawah tempurong.

      Delete
  4. Tan Sri Zam,

    "...tetapi sekarang (Melayu) menjadikan sifat-sifat kearaban sebagai anasir yang menyusahkan mereka untuk melihat sesuatu dengan fikiran terbuka dan bertindak sejajar dengan nilai-nilai antarabangsa."

    1. Tepat sekali.

    2. Kejatuhan nilai2 Melayu disebabkan olih budaya haramzadah UMNO yang berleluasa setelah memerintah "Malaysia" sejak 1963...sebelum itu Melayu dengan keMelayunya di Malaya...dan, orang Sabah/Sarawak dengan kebudayaan adat resam mereka tersendiri yang berbeza dengan Melayu Malaya.

    3. Budaya haramzadah UMNO ini bermula pada zaman Abdullah Badawi dengan konsep Islam Hadhirinya...itu lah saat bermula di mana Islam dijualbeli demi kuasa dan politik.

    4. Selepas itu pula, Najib Razak tidak mau ketinggalan lalu bawa satu lagi konsep baru Arab iaitu Islam Wassatiyahnya...untuk apa?. Untuk kuasa dan politik lawan PAS...siapa lagi yang kuat Islam nya?

    5. Itu la unsur2 Islam Arab...bahasa Arab...yang menyusahkan orang Melayu sebab satu hantu pun tidak tau apa itu Hadhiri, jauh sekali la Wassatiyah...dan, aku tidak mau buang masa mau tau semua itu...saudara dan kawan Cina/bukan Islam tanya aku itu binatang apa?...aku bilang itu species unta unta liar untuk di ternak di Malaysia untuk export.

    6. Aku dengar lagi konsep Wassatiyah ini mau diserapkan dalam system pembelajaran diMalaysia...ini la kerja bodoh UMNO!.

    Dunia kini sibuk pasal buat technical trainings supaya anak2 muda dapat buat kerja bikin tembikar dari tanah liat, solek dandan rambut, repair kereta, masak, buat bahan makanan...kita pula sibuk pasal lain, tanam budaya Arab Islam.

    Sijil UEC diiktiraf olih 1,000 institusi pengajian tinggi dunia termasuk Cambridge University, Oxford University, National Uninversity Singapore...SPM/STP kita kemana hala tujunya?

    Bolih ka Wassatiyah mengembalikan kegemilangan pelajaran Malaysia hingga di iktiraf antarabangsa?...not, for the next 1,000 years!

    7. UMNO lah yang menghancurkan pelajaran anak2 kita...bukan nya DAP!...jauh sekali la PKR, Amanah dan Bersatu.

    8. Makanya, rakyat Sabah/Sarawak menuntut dikembalikan system pembelajaran British yang berteraskan standard University Cambridge untuk Sabah/Sarawak sahaja..itu adalah hak mutlak dalam "20/18 Points" dalam Malaysia Agreement 1963.

    Malaya pula, bolih buat system pembelajaran apa saja yang kamu suka...system Arab ka...system Islam ka...system Melayu ka...kami tidak marah, itu adalah hak orang2 Melayu di Malaya.

    9. Sudah cukup la UMNO menghancurkan system pelajaran antarabangsa diSabah/Sarawak dengan kerjasama orang2 politik Sabah yang korup macam UMNO juga.

    10. Sifat-sifat kearaban ini Tan Sri, sudah ditanam sejak dari bangku sekolah lagi olih kerajaan UMNO...dulu di Malaya...sekarang sudah menular di Sabah/Sarawak dengan ustaz/ustazah dari Malaya yang meracuni pemikiran anak2 Sabah/Sarawak dengan konsep Arab dari segi pakaian, upacara2 dalam sekolah dan pengasingan aktiviti2 antara anak anak...ini bukan budaya orang Sabah/Sarawak...minta maaf.

    Siang tadi, saya pergi suatu majlis...bukan di jemput pun, tapi sebagai tukang kasi bersih kursi meja saja...masa lagu NegaraKu dimainkan, tiada sambutan...tetapi, bila lagu 'Sabah Tanah Air Ku' di mainkan, ramai juga yang ikut menyanyi...the sign is on the wall!

    UMNO has to go!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sgt ko ni gay

      Delete
  5. Buat apalah bangsa Melayu nak jadi bangsa Arab. Zaman gemilang orang Arab sudah berakhir. Orang Arab sekarang bangsa mundur peradaban dan pemikiran. Kaya hanya sebab oil money. Suka bergaduh sesama sendiri. Bangsa yg racist. Suka pandang rendah pada kaum lain. Bangsa yg kasar dan sombong.

    Tak payahlah Melayu nak jadi bodoh ikut budaya hipokrit Arab. Baik ikut budaya bangsa yg rajin berkerja, hormat menghormati sesama manusia dan suka menggunakan akal yg diberi Allah untuk kebaikan manusia sejagat.

    ReplyDelete
  6. Dirwan Bukit Tinggi6 April 2017 at 22:31

    Guru Besar Ilmu Budaya mengatakan kecenderungan perilaku manusia itu berubah sesuai perkembangan zaman-mempengaruhi cara berfikir dan cara hidup masyarakat dan keberlangsungan kedua hal itu adalah bersifat kebudayaan yang menghaselkan sebuah peradaban dan peradaban itu sendiri sangat erat kaitannya dengan budaya dan sejarah sebagaimana pergeseran budaya sekarang akan menjadi sejarah di kemudian hari.

    ReplyDelete
  7. Budaya "kapitalis" yakni sistem kewangan berhutang yg dibawa kaum Bankers utk diterapkan kedlm asas pentadbiran negara & disokong puak politikus telah merosakkan sosio budaya serta jatidiri bangsa Melayu yg dulunya zmn berzmn dibawah pengawalan Sultan2 Melayu yg berpaksikan rukun Islam yakni zakat.Budaya arabistan hanyalah helah kaum Bankers dan politikus utk kekal berkuasa.

    ReplyDelete
  8. panglimo potaseh7 April 2017 at 09:06

    Pak Zam.

    Saya tertarik dgn ayat terakhir tuan ".. keputusan yang berasaskan mimpi dan khayalan zaman gemilang yang tidak akan kembali lagi .."

    Zaman yang dimaksudkan mungkin pada era kesultanan Melaka di abad ke15 dulu lah tu. Era yang dimulakan oleh Perameswara yang kemudiannya jadi Islam berasaskan tetiba senjatanya ditakukan didalam mimpi. Sebab Rajanye bertakuk maka rakyatnye turut rela hati di takukkan sama. Begitu lah besarnye kesetiaan rakyat pada Raja ketika itu.

    Akibat kesetiaan ini mereka bersatu dan akhirnye Melaka telah jadi Empayar yang besar .. ini bukan saya kata tapi daripada sarjana kita yang kala ini kebanyakan mereka digelar Pemikir Negara.

    Kalau kita fikirkan balik, dari skala apa Melaka dulu diletak sebagai empayar. Jajahannye hanyalah dalam lingkungan Semenajung Melayu dan sedikit Tanah Sumatera sahaja. Hanya peratusan kecil sahaja daripada keseluruhan kepulauan Nusantara Melayu .. apalagi wilayah yang bukan Melayu seperti Siam.

    Dari segi tinggalan sejarah. Di Jawa mereka ada Borobodur, satu binaan silam yang kita boleh lihat dan sentuh sekarang ini. Dibina lebih 200 tahun sebelum wujudnye Melaka. Malah hampir disenaraikan sebagai "Seven Wonders".

    Di Thailand, Myanmar dan Indo-China, mereka juga memiliki bangunan dan monumen besar yang juga dibina lama sebelum wujud empayar Melaka.

    Kita di Melaka .. boleh lah kita tunjukan replika Istana Sultan Melaka di Air Keruh. Sebuah hasil pemikiran Rahim Tambi Chik yang cuba untuk mengakalkan tamadun.

    Apa lagi tinggalan Empayar Melaka kita ya .. oh ya .. tapak Hang Tuah yang besarnye tak masuk akal .. perigi, telaga dan makam yang tak pasti sapa yang tertanam didalamnye. Itulah budaya kita .. kabur dan tak pasti .. macam olok-olok.

    Sebenarnya seperti Rais Yatim kita banyak sangat stim sendiri atau berkhayal dengan zaman silam kita yang tak pasti tandanya. Mereka hanya menjaja mimpi dan disokong pula oleh beberapa Pemikir yang lebih condong pada Pengkhayal.

    Kita bernasib baik punya Raja Johor yang lebih praktikal pemikirannya. Malah lebih berani menyatakan apa itu Budaya Melayu sebenarnye.

    Apa yang Baginda nyatakan, itu lah realiti sekarang ini. Itu lah realiti kaum Melayu yang pemikirannya perlu direvolusikan kembali.

    Bukan ditelanjangkan kemudian dipakaikan jubah, serban, ya na na .. pada mereka itu lah islamik .. ketrampilan yang sesuai untuk melindingi kejahatan mereka yang rakus dengan amalan tidak amanah dan rasuah.

    Alah .. Sang Musang pun tahu untuk dilihat baik, binatang ini lebih rela berbulukan ayam, semata-mata untuk menjaga reban?

    ReplyDelete
  9. Lupakah zam sejak zaman abat ke 16 hingga ke 19 kita banyak menghasilkan buku sains dan astonomi berdasarkan bahasa arab dan melayu yg ambil tulisan arab di jawikan, tapi kerana kebodohan utusan terpedaya dengan ideologi pancasila sukarno kita telah lupa melupakan budaya ilmuan bawah oleh pedagang arab sehinggakan kita tukar tulisan jawi kepada tulisan rumi rome itu. Sebenar budaya arab ada kebaikan dalam mecari ilmu daripada budaya rovolusi yg bawa oleh barat telah banyak merosakan kita, kita telah lupa buku tulisan jawi dalam ilmu pelayaran, sains dan astonomi kita sendiri tulis . Kita lebih tertarik pada ideologi sukarno pancasila lebih merosakan budaya sanis ,astornomi dan pelayaran di bawah oleh ideologi pancasila sukarno itu sehingga sekarang kita sendiri telah hilang identiti budaya mencari ilmu gara2 terpedaya dengan ideologi budaya revolusi barat lebih merosakan, lihat je demokasi ala lgbt greece dan rome cuba bawa masuk oleh ilmu pengatahuan barat demokasi barat konon hak asasi manusia pada golongan lgbt.
    Arab sendiri telah melupa budayanya mencari ilmu .mereka lebih tertarik dengan budaya arab jahiliah tarian gelek kemudian arab2 kaya raya tabur wang pada penari gelek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persoalannya, kenapa tak mahu budaya arab tetapi membenarkan budaya barat? Budaya mempertuhankan nafsu?

      Delete
    2. Azim Aras. Kg Pisang.15 April 2017 at 18:55

      Persoalannya kenaapa anak-anak kita yang menjadi profesional yang menebus maruah bangsa terdiri dari mereka yang mendapat pendidikan tinggi di Barat.
      Kenapa orang Arab lari meninggalkan negara mereka untuk cari keselamatan di Barat,adakah kerana di sana orang mempertuhankan nafsu.

      Anda mendapat faedah naik kepal terbang ke Mekah adakah lahir dari budaya nafsu Barat. Budaya Arab,imej Arab dengan pakaian mereka adalah imej suatu bangsa yang ganas dan bodoh,bahlol,kenapa kita mesti meniru mereka?Cerita Arab cerdik,hanyalah cerita nabi-nabi di zaman silam.Sekarang Arab bahlol.

      Delete
  10. Saya mohon berbeza pandgn dgn Tan Sri Zam dlm hal ni. RUu355 langsung takda kena mengena dgn Arab sebaliknya ia sangat dekat dgn fitrah melayu dan boleh kukuhkan lg institusi kemelayuan.

    Ruu355, bukannya undg2 hudud pun. Minta Tan Sri rujuk kanun melaka yg hampir keseluruhannya adalah syariah Islam. Ttpi bila Inggeris dtg menjajah kita mrk dgn secara kurg ajar mengubh undg2 kita di tnh melayu kpd undg2 British yg merosakkan adab dan budaya kemelayuan kita. Inilah tujuan jihad Dol Said, Bahaman, Mat Kilau, Tok Jngut. Mrk mahu mengembalikan semula sistem hidup melayu yg keIslaman. Dgn kita perkasakan syariah mk ajan makin kukuh lg institusi Sultan kita.

    ReplyDelete