Sunday, 16 April 2017

PROF UNGKU AZIZ BUKAN NASIONALIS TAKSUB BAHASA


DI BAWAH INI ADALAH KOMEN ATAS POSTING "HIPOKRASI DALAM PEMBUDAYAAN MELAYU" YANG DISIAR TERDAHULU DAN JUGA DISERTAKAN JAWAPAN SAYA.


" Gulongan nasionalis yang kuat dalam perjuangan Bahasa terdiri dari Professor Ungku Aziz, Syed Nasir Ismail, Professor Ismail Hussein, Professor Hamid Bakar, Hassan Haji Ahmad, Nik Safiah, Ainuddin Wahid dan beberapa orang lagi yang kebanyakannya berpusat di Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga di Universiti Malaya dan Singapura."

Maaf, saya tak kenal nama2 yg disebut diatas tapi saya terpanggil untuk memberi komen. Apa bukti yang Prof Ungku Aziz termasuk dalam golongon nasionalis yg taksub bahasa melayu? Saya tak pernah terbaca atau dengar Ungku Aziz memberi saranan untuk melupakan bahasa inggeris. Cuma seingat saya Ungku Aziz lebih terbuka dan tidak taksub kepada bahasa inggeris. Beliau mengagumi etika dan cara kerja bangsa jepun dan lebih kepada 'pandang ketimur' dari barat.

Prof Ungku Aziz adalah pejuang bangsa yang tulin. beliau bukan hanya bercakap kosong akan tetapi memberi pandangan & cadangan yg praktikal untuk memajukan bangsa melayu walaupun dna beliau bukan melayu tulin.
ReplyDelete

zainudin maidin16 April 2017 at 13:24
Saya bersetuju sepenuhnya dengan pandangan saudara dan saya adalah seorang yang mengikuti perjuangan Pak Ungku Aziz bekas Naib Chancelor UM dan isterinya Kak Azah dari awal lagi. Mereka adalah intelektual yang sangat saya hormati.Jika tidak silap saya Pak Ungku adalah Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang pertama.

Dalam soal ini,saya hanya menjadikan Pak Ungku sebagai contoh tokoh elitis berpendidikan Inggeris yang anaknya Zeti  mencapai kejayaan tersuhur didunia kerana pendidikan menerusi bahasa Inggeris dan Pak Ungku bukanlah seorang fanatik bahasa dalam memperjuangkan kedudukan Bahasa Melayu.

Bagaimanapun perjuangan untuk kedaulatan Bahasa Melayu oleh fanatik bahasa yang terdiri dari mereka yang berpendidikan Inggeris telah sampai  keperingkat anak-anak Melayu memandang Bahasa Inggeris tidak penting dan mereka yang mahukan kedudukan Bahasa Inggeris di kekalkan sebagai bahasa kedua telah dimusuhi.Jika bercakap dalam bahasa Inggeris dihina.

Akhbar Utusan Melayu telah  di bakar oleh fanatik -fanatik bahasa yang berpendidikan Inggeris di Dewan Bahasa dan Pustaka  dan juga gambar PM Tunku Abdul Rahman kerana Utusan mahu mengekalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara ini. Ingkatkah Sajak Tongkat Warant Keranda 67.

Jika bantahan mereka itu  diterima maka sekarang orang Melayu benar -benar berada dalam keranda kefantikan bahasa.

Tunku marah pada Syed Nasir kerana membiarkan Dewan Bahasa digunakan untuk bakar gambarnya dan Utusan Melayu. Tunku dengan sinis berkata" jika tak cukup gambar saya  di Dewan Bahasa ,pilah ambil di rumah saya. Banyak yang lagi cantik". Saya berada di Ipoh meliputi ucapan Tunku itu.

Saya bersetuju penuh dengan pandangan saudara yang adil dan penuh hormat terhadap Pak Ungku.
Delete

6 comments:

  1. Salam tan sri,
    Sebenarnya dalam memperjuangkan bahasa kebangsaan ini, semua pihak mesti berlaku adil.
    Dulu ada dilaksanakan pembelajaran sais dan matematik dalam bahasa inggeris kemudian dimansuhkan atas alasan kedua-dua mata pelajaran itu telah merosot.
    Apa yang saya lihat nasib pelajar diluar bandar tidak sama dengan nasib pelajar dikawasan bandar yang ibubapa mereka berpelajaran dan ada kewangan. Pelajar dikawasan bandar, mereka bercakap bahasa inggeris dirumah bersama ibubapa. Tapi bagi pelajar luar bandar bila bercakap bahasa inggeris diluar sekolah mereka akan ditertawakan. Manakala ibubapa mereka pun tidak tahu malah ada yang buta huruf.
    Bila pelajar diluar bandar ini dapat melanjutkan pelajaran, mereka hanya mampu memilih kos kelas kedua dan ketiga. Mereka akan tertinggal dibelakang pelajar bandar.
    Orang-orang yang mengagongkan bahasa melayu ini, mempergunakan orang-orang kampung diluar bandar untuk bersama perjuangan mereka. Tapi sebaliknya mereka bercakap bahasa inggeris dengan anak-anak mereka disetiap masa.
    Adilkah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sependapat dengan saudara

      Delete
    2. Saya juga bersetuju. Seringkali alasan yg diberikan adalah
      1) Jepun maju walaupun belajar dlm bahasa jepun. Sedangkan, pada tahun 1940an, mereka sudah mampu berperang dgn Barat. Kita pun belum merdeka pada masa tu.
      2) Terjemahan mampu dilakukan oleh DBP. Tahukah pejuang bahasa ni, utk satu bidang kejuruteraan, beratus buku diperlukan sebagai bahan rujukan. Adakah jurutera yg mahu menterjemahkan buku2 ini? Buku2 ini marketnya kecil, jadi tidak komersil tetapi sgt penting utk pelajar.
      3) Pernah ada graduate kejuruteraan yg mempunyai keputusan yg baik dtg interview di company kawan saya meminta utk diinterview dlm bahasa Melayu kerana tidak mampu berbahasa Inggeris. Kawan saya tidak dpt mengambil mereka bekerja kerana skop kerja perlu berkomunikasi dgn bahasa Inggeris.Bukan semua company mampu memberikan latihan bahasa inggeris untuk pekerja baru.

      Ismail Ibrahim

      Delete
  2. Tak ada musuh dalam bahasa 'jika ada ilmu dalamnya.

    Tapi bahasa inggris hanyalah bahasa internet ramai kena akuinya sebab internet penguna utama diseluruh dunia mehubung dunia.
    Amerika sendiri mengalakan menpelajari bahasa sepanyol dan latin ia tak menjadikan ia bahasa kedua di amerika itu

    Tun mahathir gagal terapkan kenapa kita perlu belajar bahasa inggris, dalam pemikiran tun mahathir ingat hanya buku banyak terbit dalam bahasa inggris itu menjadi alasannya.

    Pejuang bahasa seperti a samad said sendiri gagal jadi pejuang bahasa hanya gairah dengan politik nya sebab tak ada bukunya dibaca warga malaysia bukan berketuruhan melayu kecuai profesa buka melayu kaji bahasa melayu itu

    Tahukah anda Jepun dan korean hanya pelajari bahasa inggris untuk ketahuai teknologi internet jika tanya pada orang seluruh dunia internet mana paling laju aksesnya pasti orang menjawab korean, di sekolah korean dan jepun mereka hanya belajar asas bahasa inggris je untuk bercakap dan menulis mereka hanya belajar bahasa internet dalam bahasa inggris .

    ReplyDelete
  3. Kita selalu bandingkan keupayaan Korea dan Jepun dalam menggunakan Bahasa mereka sendiri tetapi kita lupa siapa kita,adakah kita bangsa yang bersejarah tua dan bertemadon lama seperti Jepun. Adakah kita bangsa pencipta teknologi,pencipta internet?
    Kita keturunan sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat yang ceritannya entah betul entah tidak.

    ReplyDelete
  4. Sejak dulu saya sokong PPSMI wawasan Tun Mahathir yang sangat bijak dan jauh kehadapan tetapi apakan daya idea Tun yang begitu bermunafaat dihighjet begitu saja walau pun Tun telah berjuang habis2an.Kerana ketika itu ramai yang dok perasan cerdek lebih dari Tun!!...

    Maaf Tan Sri penulisan saya telah lari tajuk asal.

    ReplyDelete