Sunday, 9 April 2017

PENGARABAN MELAYU: RAIS YATIM NAFI SULTAN JOHOR DAHULUINYA

NASHARUDDIN: YANG PERLU DIHIDUPKAN BUKAN ARABISASI  (lihat berita di bawah sekali)

Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia, Dr. Rais Yatim menafikan bahawa beliau tidak mempedulikan pembudayaan Arab ke atas Bangsa Melayu menerusi Islam dan juga kemungkinan Forest City di Johor akan menjadi Pusat Pengembangan Kebudayaan China di Malaysia.

Perkara ini telah saya bangkitkan dalam posting saya baru-baru ini yang menyebutkan  Sultan Johor mendahului  Rais Yatim dalam teguran terhadap orang melayu menerima anasir -anasir kebudayaan Arab sebagai kebudayaan Islam
Dalam suatu  interviu dengan The Star tahun lalu, baginda dengan  tegas telah meminta orang Melayu jangan meniru Arab dan "Mereka yang mahu jadi Arab boleh pergi tinggal di Arab Saudi."

Saya menimbulkan  pekara ini menjelang Kongres Budaya pada 15 April ini di UKM  kerana Rais Yatim nampak seperti tidak sensitif terhadap  pengaraban yang sedang berlaku dalam bangsa Melayu. 

Disamping itu saya juga menyatakan kebimbangan Forest City di Johor disamping menjadi pusat terbesar perniagaan dan perusahaan orang China dari tanah besar China juga akan  menjadi pusat pengembangan kebudayaan China di Malaysia.

Berikutan dengan itu seorang pegawai Tan Sri Rais telah mengepos kepada saya  interviu Rais Yatim dengan wartawan akhbar The Star Online semasa beliau menjadi Menteri Kesenian,Kebudayaan dan Warisan yang tersiar pada 17 April 2004 yang antara lain meminta orang Melayu berhenti mengarabkan budaya mereka    ( Arabisation of Malay Culture

Katanya" Melayu bukan Arab.Kerana itu sangat penting kita tidak mengarabkan kebudayaan Melayu sehingga setiap sesuatu yang dilakukan oleh orang Arab  kita mesti melakukannya."
Saya juga telah menyatakan bahawa Pusat Kebudayaan China paling besar akan lahir di Forest City Johor.
Pegawainya menjawab "Dek kerisauan itulah Kongres Budaya diadakan untuk bincang pendekatan menghadapi influx kemasukan elements asing ini.

Kita tunggu dan lihat apa katanya ketika merasmikan Kongres Budaya itu kelak dan apakah tindakan susulan dari hasil atau keputusan kongres ini.

Di bawah ini diperturunkan sepenuhnya interviu  The Star Online dengan Rais Yatim


JUNE H.L. WONG

KUALA LUMPUR: Malays should put a stop to the “Arabisation” of their own culture and challenge those who condemn as unIslamic deep-rooted practices and traditions of the community. 

“The Malays are not Arabs. Therefore, it is important that we do not “Arabise” the Malay culture to the extent that everything that the Arabs do, we must do,” said Arts, Culture and Heritage Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim. 
“The Malay culture arose from time immemorial, even before 1409 when Islam came to Malacca, and we cannot simply ignore that period from which we came,” he added in an interview here with The Star early this week.  
Dr Rais stressed that he was not anti-Arab culture. 
“That's not to say I hold contra-views against the Arab culture. In fact, the Arab world has many aspects that have benefited and enriched the world in terms of medicine, art, poetry and so on.  
“Even Bahasa Malaysia is imbued with salient influences from Arabia. 
“But the community should not be influenced to the extent that they are blinded into thinking that all that is Arabic is good for them.” 
Asked whether the Government was concerned by the situation, Dr Rais replied: “It is and (this concern) has not been publicly or adequately expressed.” 
He pointed out that traditions like wayang kulit which had been condemned as unIslamic by some people, had gone unchallenged. 
“We just, in chorus, say 'Aha, perhaps so' but we never fight back to say that this is a deep-rooted tradition of the Malays since time immemorial. (We should ask:) 'Put to us which (Islamic) tenet is being violated.' Nobody says that.  
“Therefore, the ministry is concerned with such a development and we are not going to accept it just because somebody says it (is so),” he said. 
Dr Rais added that the fervour that began in 1983 in accepting as gospel anything with the world “Islam” in it was dying down. 
“That seems to be changing now with Islam Hadhari that the Prime Minister (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) is talking about lately. That is the practical, progressive sort of Islam that we should accept,” he said. 
During the nearly two-hour long interview, Dr Rais, who was appointed Minister of the redesignated Arts, Culture and Heritage Ministry (formerly known as the Culture, Arts and Tourism Ministry) after last month's general election, promised to also “put on the map again what was lost” in reference to Malay performing arts such as the mak yong and manora which had been banned by PAS in Kelantan and Terengganu.  
“This is where I would say politics and culture don't seem to mix in the hands of those responsible in the past decade,” he said. 
He added that he was also interested in the “buried past of the Baba and Nyonya in Penang and Malacca, and the Sanskritised elements of the culture.” 
“They are all very rich. I think studies must be encouraged and we would like authoritative, serious people to go into these fields and produce research for us,” he said. 
On the heritage element in the national language, Dr Rais felt that the most glaring aspect was how it was being spoken in the country. 
“This can also be a question for the Education Ministry but in the heritage department, we would like to say: Do not make the language so rojak (mixed) so as to make it unintelligible in the future. The French don't mix their language with other words. But in Malaysia, half our sentences is in English while the other half is in Malay. In the end, we don't pick up the good parts in either language. 
“I've already told my officers: “When you give briefings, either you give it in Malay or you give it in English. Don't make a rojak out of it,” he added. 
JANGAN KELIRU ANTARA ARABISASI DAN TUNTUTAN ISLAMISASI

Bangkok 9 April-Masyarakat Islam diminta tidak keliru antara proses Arabisasi dan tuntutan Islamisasi.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Dr.Nasharuddin Mat Isa berkata Arabisasi menjadi trend yang bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di rantau ini.

" Yang perlu dihidupkan adalah proses Islamisasi dan bukannnya Arabisasi sebab bukan semua Arab itu adalah Islam.

" Islam juga datang bukan untuk menghapuskan budaya,bangsa dan sebagainya.Jadi yang paling penting kepada kita adalah dasar-dasar Islam itu daripada sumber-sumbernya Al Quran,sunnah dan sebagainya,"katanya kepada Bernama.
Nasharuddin yang dilantik mengetuai GMM pada 2015 berkata ramai yang hendak menjadi Arab kerana menjangkakan Arab itu adalah Islam dan Islam itu adalah Arab yang pendapat itu adalah salah samasekali.
Rumpun Melayu,katanya,amat kaya dengan khazanah budaya sendiri yang tidak bercanggah dengan syarak.
Ajaran Islam bukanlah sesuatu yang sempit dan ketat kerana Islam memberikan ruang kepada bangsa dan budaya,selagi ia tidak bertentangan dengan syarak,ujarnya.
Nasaruddin berada di Bangkok kerana menyampaikan ucaptama di Universiti Chulalongorn.


  1. Read more at http://www.thestar.com.my/news/nation/2004/04/17/rais-stop-arabising-malay-culture/#EY4oQzzJVxvDULGP.99

2 comments:

  1. Apa yang hendak dipertahankan lagi,orang Melayu sekarang ke masjid dan surau berjuah dan berkupiah putih.Bukan kerana hendak jadi Arab tetapi kerana mudah.Kupiah putih boleh simpan dalam poket sahaja tak seperti songkok hitam yang terpaksa di brush dari masa kemasa.

    ReplyDelete
  2. Budaya demokrasi lgbt greece dan rome lahir dari puak liberal 'jadi siapa nak persalahkan ?

    Adakah dubai yg adakan budaya demokrasi lgbt greece dan rome di arab 'jarang sekali kita dengarnya kecuai tarian gelek arab yg tabur duit penari gelek adalah?

    Dua persoalan ini tak mampu dijawab oleh pakar budaya

    Di malaysia belum ada lagi budaya arab tarian gelek dan nanti kita bawa masuk arab ramai apapulak cakap pakar budaya. Nasib baik malaysia haramkan budaya tarian gelek, tarian tiang lgbt di malaysia kalau tahu apa nak jadi pakar budaya ini?

    Persoalan ini patut dijawab oleh pakar budaya

    ReplyDelete