Monday, 24 April 2017

PAS MAHU SATU LAWAN SATU DENGAN BN DI 80 KAWASAN

MENGGUNTING DALAM LIPATAN

Walapun pun lidah  rasmi  UMNO, Utusan Malaysia cuba menggambarkan kerjasama Pas UMNO untuk hadapi  Pilihanraya Parlimen ke 14 tetapi ini hanyalah indah kabar dari rupa.

Kenyataan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta izin kepada Pakatan Harapan supaya membenarkan hanya Pas bertanding  di 80 kawasan Parlimen sudah cukup menggambarkan keadaan sebenar.

Hubungan Pas dan UMNO hanyalah   antara Presiden Najib dan Presiden Hadi tetapi tidak  diakar umbi yang sedar bahawa kedudukan Najib berada di hujung tanduk dan telah tiba masa yang ditunggu oleh Pas sejak sebelum merdeka untuk mengakhiri kuasa UMNO. Penantian Pas untuk menjadi Perdana Menteri akan berakhir pada Pilihanraya ke 14.

Berasaskan kepada kajiannya,Pas sedar bahawa ia berada  pada kedudukan yang lebih kuat dari UMNO di seluruh negara dan pergantungan parti-parti lain juga kepadanya  kearah menggulingkan kerajaan BN.

Maka itu  Tuan Ibrahim dengan lantang dan tegas  meminta parti-parti pembangkang lainnya tidak melawan Pas  di 80 kawasan Parlimen yang berarti Pas mahu hanya ia diberi  peluang untuk satu lawan satu dengan BN. Pakatan Harapan bolehlah bertanding di kawasan yang berbaki dan menubuhkan kerajaan bersama PAS.

Tuan Ibrahim  memberi amaran  jika Pas dicabar di 80 kawasan itu maka ia  akan lawan sekalipun PKR atau Amanah apatahlagi  DAP. Tetapi bagaimana jika Pas di cabar UMNO(BN)?

Walaupun ada yang berpendapat cabaran ini bersifat takbur kerana  dulu pun Pas tidak boleh menang di 80 kawasan tetapi harus diingatkan suasana politik sudah jauh  berbeza, kehilangan keyakinan rakyat kepada kepimpinan Najib semakin parah.

Pas sedar bahawa apa juga serangan kerajaan Najib kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir menguntungkan Pas dan  memburukan lagi kedudukan UMNO terutama  di kalangan rakyat di luar bandar kerana kesulitan hidup  yang mereka hadapi sekarang yang tidak dirasakan di zaman Mahathir.

Maka itu walaupun  Mahathir telah membuat kenyataan keras dalam soal hubungan  dengan Pas tetapi Tuan Ibrahim  masih membuka pintu rudingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang di pengerusikan oleh Mahathir malah dalam kenyataannya beliau berkata "kami menunggu kestabilan parti Bersatu dan pintu rundingan masih terbuka".

UMNO yang pada pandangan umum melukut diteping gantang kepada Pas lebih banyak mengalami kerugian politik dalam hubungan dengan Pas sekarang. Umpamanya kehilangan sokongan bukan Melayu kerana memenuhi kehendak Pas untuk pindaan Akta 355 dan membenarkan pendakwah India Zakir Naik campurtangan dalam masalah sosial dan agama di negara ini.

Disamping itu UMMO Kelantan menghadapi masaalah tidak boleh meyerang Pas kerana dasar tersembunyi hendak  berbaik2 dengan Pas sedangkan  Pas terus menyerang  kubu-kubu UMNO  di negeri itu.

Tidak nampak kejujuran dalam hubungan  Pas dengan UMNO sebaliknya apa yang berlaku ialah "Pas menggunting  dalam lipatan, pepat di luar rencong di dalam."



.

26 comments:

  1. Saya merasakan PAS bercakap dengan dasar tidak asas yang kukuh. Mana mungkin parti pembangkang yang lain ingin melihat PAS menang selesa di 80 kerusi parlimen.

    Dalam sejarah sekalipun, jika PAS bertanding secara berseorangan, jumlah bilangan kerusi yang dimenanginya amat kecil.

    Kalau PAS nak bertanding dengan 80 kerusi parlimen, DAP, PKR, Amanah, dan Bersatu nak bertanding kerusi mana? Takkan nak bertanding kat Sabah kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 24 April 2017 at 23:01..pun tiada pengetahuan asas.. Parlimen ada 222 kerusi da.. kira sendiri dan rerajin belaja buat tambah pengetahuan..

      Delete
  2. Ular mak pas semua kuat berangan. Masa Tun jemput pas join pakatan berbagai syarat hadi berikan....semacam nak meminang anak dara maharaja.
    Sekarang pas nak tanding 80 kerusi, apa kena dg pakatan?....oh ya pas minta semua rakyat malaysia yg benci umno undi pas?,,,banyak cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 25 April 2017 at 00:50 harap anda menjadi lebih matang dalam ekologi politik. Cantiklah tu.. semua parti perlu meminta semua kalau boleh menyokongnya termasuklah DAP jika boleh IMAM MUFTI USTAZ UTAZAH DAN SEMUA TOKOH DAN PEMIMPIN AGAMA SOKONG DAP.. PUN CANTIK JUGA.. apa yg sikit cantiknya???

      Delete
  3. ROC perlukan kuatkuaskan undang2 bhw jenama parti POLITIK tidak boleh guna nama yg emlambangkan AGAMA.
    Dah teruk PAS hina kesucian Islam. Makin menjadi2 rakus Lobaipura CyberOzSTUD bermaharajalela main wayang bertopeng agama berlilit serban penipuan dan zina sebantal dgn kemungkaran terang2an.
    Jakim wajib kasi warning sama ROC SPR, apa semua tu la. Buat kerja, jgn budget makan banyak sj.
    Sudah2la, malu la sikit identiti melayu islam mcm mana ni?

    ReplyDelete
  4. Kalaupun ph bagi pas betanding 80 kerusi apa jaminan kalau pas menang semua 80 pas akan begabung dgn ph. Sejarah perak kan dah jelas. Nasib baik ustaz ahmad awang seorang yg beribtergriti. Inilah wajah2 agamawan akhir zaman yg mengejar duniawi. Wa ampu sana wa ampu sini wa belit sana wa belit sinu. Ni kes nak makan keliling

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wei...di perak wakil rakyat DAP yg paling tadah, PKR yg join jadi bebas...apasal PAS pulak yg ko salahkan? Ko mabuk ye?

      Delete
    2. Anon 25 April 2017 at 05:07 adakah anda seorang pengundi atau umur bawah 12 tahun yg kurang pengetahuan rujuk sejarah? Makluman kekanak lain bawah umur pun telah tahu kes perak waktu itu apa yg terjadi walaupun makbapa dia ahli UMNO..yg jd pengkhianat adalah DAP and PKR.. kesimpulannya anda bodoh tp jgn tunjuk pandai nnt lama lama orang tahu anda amat bodoh.. (melalui kekawan semasa sembang)

      Delete
  5. Harakah jualan menjunam teruk.

    Tak mampu bayar sewa.

    Tak mampu bayar Pekerja

    Nak kata pas semakin kuat?

    ReplyDelete
  6. Saya rasa Pakatan boleh memberikan syarat dan terma kepada PAS.

    Hala tuju PAS bukan ke Putrajaya tetapi hanya di Kota Bahru.

    Oleh itu Pakatan boleh menawarkan PAS supaya Pakatan tidak bertanding di Kelantan.

    Di bahagian Parlimen pula, Pakatan boleh menawarkan PAS memadai 5 kerusi saja di Parlimen.

    PAS tidak akan sanggup kehilangan Kelantan, ini adalah kerana sangat sukar untuk mendapatkan Kelantan semula sekiranya PAS kalah.

    Sudah tentu PAS akan setuju dengan syarat ini.

    Pakatan boleh menumpukan pula untuk satu lawan satu di bahagian Parlimen.

    Inilah yang terbaik untuk Pakatan dan PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lg satu naif, PAS hanya nak bgtau je bukan nak runding2. Kalu nak 3 penjuru silakan ke kwsan yg PAS bertanding. Terpukanglah pd PAKATON.

      Delete
  7. They feel the heat on the ground but as politicians they must talk big, walaupun serban besar dikepala.

    ReplyDelete
  8. Najib seorang pemimpin yg rajin dan bijak ..BN akan menang besar di bawah Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bijak menipu kaki putar part time broker.muka tebal

      Delete
  9. pas ingat semua pemimpin parti politik lain berfikir guna kepala lutut kot. pemimpin pas sekarang lebih tertarik pada dedak daripada kerusi pas dan betina. tak mustahil selepas dapat dedak, calon pas tarik diri bertanding dan bagi kemenangan percuma pada bn..

    ReplyDelete
  10. Matalamat pas ialah takluki utara Dan pantai timur.
    yg patut berhati2 Ialah pakatan dan tun mahathir
    ,Jangan Kita lupa 'pas Hanya bersenjatakan nasi bungkus 'pas hampir berjaya takluki utara Dan pantai timur seperti zam dikalahkan di utara dulu.

    Ix ix ix ix

    ReplyDelete
  11. Tajul Ismail Merbok.25 April 2017 at 17:05

    UMNO tak perlu berhati-hati kerana UMNO atau BN pasti akan dapat menang penuh di Kedah dan lain-lain negeri.

    ReplyDelete
  12. Saya masih mengharapkan UMNO dan PAS akan bersatu untuk menghadapi GE14.
    Cuma UMNO, PAS dan DAP yang boleh mendapat kerusi yang substantial dalam pilihanraya akan datang. Yang lain ternasuk PKR, Amanah dan parti Tun akan kaput. Jadi UMNO perlu bersatu dengan PAS untuk menjadi parti memerintah yang hebat.
    Ini jua apat menyatupadukan orang Melayu. Itu saja doa saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please wake up Pompuan. PH vs BN is a main contender. PAS just a langau only.

      Delete
  13. Sentimen undi BN adalah undi Najib sudah cukup meluas dewasa ini. Majoriti pengundi usia bawah 40 an mereka adalah pengundi di atas pagar yang cukuplah alergik dengan nama Perdana Menteri dan isterinya. Ini bukan ilusi tetapi kenyataan yang ramai pembesar Umno BN sedar tetapi buat2 tak sedar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng bawah 40 kena awas sikit. merka yg digunakan utk melempias nafsu media primate. mereka sering dipaparkan dlm program basikal zumba, i luve pm tah apa lagi. Puak belia Muda dari semua la yg diguan Jibbo.
      Hangpa yg sentiasa jadi ikut jadi prop utk tipu felda dan desa sayu malaysia.
      KAMI WARGA TUA, TERUTAMA YG DARI BANDAR SUMPAH MAKI KERAJAAN SKRG.
      TGK DIDEPAN SAPA? TINM UMUR BRAPA?

      IT IS THE YOUNG GENERATION THAT IS BEING STUPID OR MADE TO BE STUPID. WHO ARE GETTING SAMSUNG A9?
      DONT UNDERESTIMATE THE OLD.
      WHAT SHOULD THE YOUNG BE DOING?

      UBAHLA DEMI MASA DEPAN HANGPA JUGA !!

      Delete
  14. Mutamar pas diadakan sebelum pru14,adakah president parti itu akan bertukar tanggan?.jika ya kemungkinan besar president baru akan bergabung semula dengan pakatan rakyaat.harap2 bagitulah dlm kepala mereka untuk mereliasasi niat selama ini.harap berjaya.

    ReplyDelete
  15. Semasa menunggu pengumuman tarikh parlimen dibubarkan, semua parti sedang menganjingkan sesama sendiri.

    Pasang umpan kot kot ada yang termakan.

    ReplyDelete
  16. Dulu BN boleh menang sebab isu setempat.

    Tapi skrg isu nasional lebih penting dari isu setempat.

    Game skrg Najib vs Mahathir. Masing masing simpan buah last.

    ReplyDelete