Sunday, 2 April 2017

KEMENANGAN PALING BERMARUAH TUN MAHATHIR KE ATAS NAJIB

LEDAKAN PELURU KAPOR DARI MERIAM KATAK UMNO
PENJELASAN KPN BUKAN NAJIB YANG BATALKAN.(Lihat di bawah)
Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir telah mencapai suatu lagi kemenangan politik percuma paling bermaruah dan bergaya apabila debatnya dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang dijadualkan pada 7 April ini atas anjuran Sinar Harian telah dibatalkan.

Ini kerana pembatalannya dilakukan oleh  kerajaan yang berkuasa di bumi dan di alam maya  dan Tun Mahathir yang hanyalah seorang yang "Nyanyuk," dan " Gila". Apapun alasan diberikan, pandangan rakyat pastilah  kerajaan tak berkemampuan hadapi Tun Dr.Mahathir

Masih merah dalam ingatan rakyat  debat "Nothing To Hide" yang dibatalkan dan penganjurnya dikutuk. Apakah Nazri yang mahu menebus imejnya sebagai "Pondan Padang Rengas" akan menerima nasib yang sama. Beliau telah membuktikan  kelakiannya dan tentunya rakyat yang diwakilinya tetap berbangga dengan keberaniannya.

Kerana kegerunan dan kepondanan yang tersembunyilah (bukan Nazri lagi) menyebabkan Utusan Malaysia melepaskan tembakan peluru kapurnya menuntut supaya Penasihat DAP Lim Kit Siang menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.

Disebalik desakan  ini ialah UMNO tidak mahu  Tun Mahathir menjadi  Pengerusi Pakatan Harapan.

Jika Tun Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan, dengan kewibawaan dan sejarah politiknya yang hebat akan dengan sendirinya menolak tohmahan UMNO bahawa DAP hendak memperalatkan Melayu.

Ini terserlah dari tulisan pengulas politik Mingguan Malaysia yang tersohor di abad ini, Zulkifli Jalil yang  bertanya dalam tulisannya di MM hari ini" Apakah DAP mampu mengawal Dr.Mahathir seandainya Pakatan Harapan berkuasa?"

Inilah sebenarnya kekhuatiran  yang tersembunyi di sebalik wajah berani  Najib dan ledakan peluru-peluru kapor UMNO dari meriam-meriam katak UMNO seperti  Salleh Said Keruak,Mahdzir Khalid dan keturunan diraja negeri Kedah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

KPN: PEMBATALAN DEBAT BUDI BICARA POLIS
Polis sekadar menjalankan kuasa budi bicaranya apabila membatalkan kebenaran kepada majlis debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz, kata ketua polis negara.
Menurut Tan Sri Khalid Abu Bakar, keputusan itu dibuat selepas polis mengambil kira pelbagai aspek dan bertujuan untuk mengekalkan ketenteraman awam.
Katanya, tindakan itu dibuat berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada polis mengikut Seksyen 3 (3) Akta Polis 1967 dan ia digubal selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Khalid, Seksyen 20 (3) akta sama juga memberikan polis kuasa budi bicara untuk menjalankan tugas itu demi kepentingan orang ramai.
"Justeru, dakwaan polis menyalahgunakan kuasa kerana melarang cadangan debat itu adalah tidak munasabah kerana tindakan sama telah memudahkan banyak perbahasan lain sebelum ini," katanya dalam kenyaan media hari ini.
Khalid mengulas kritikan sesetengah pihak ke atas polis selepas pihak berkuasa membatalkan kebenaran kepada Kumpulan Media Karangkraf menganjurkan perbahasan antara bekas perdana menteri dan menteri pelancongan dan kebudayaan itu.
Debat berkenaan sepatutnya diadakan di Shah Alam pada Jumaat ini.
Cadangan mempertemukan kedua-dua tokoh lantang berkenaan mula dirancang selepas Dr Mahathir mencabar bekas menterinya itu berdebat pada 6 Mac lalu(MALAYSIAKINI).


14 comments:

  1. Kepada Najib soal maruah tidak penting. Yang diperhetongkan ialah kiranya perdebatan diadakan kerosakan kepada parti lebih besar dari political gain.

    ReplyDelete
  2. Berani kerana benar. Takut kerana memang bersalah. Itu lah pandangan rakyat bila debat ini digagalkan lagi oleh malaun yg bersembunyi disebalik badak.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Menteri Kewangan Kedua Johari mencadangkan su[paya debat Tun Mahathir dan Nazri diadakan di hotel.Lebih baik diadakan di kediaman Perdana Menteri dengan Rosmah menjadi moderator dan Najjib gantikan Nazri.

    ReplyDelete
  5. Tiada apa-apa yang perlu di debat semuanya benar belaka,,segala bentuk usaha hanya untuk menggagalkan debat tersebut,, yang penting pekong tertutup rapat,, Inilah ia dasar musibat.......!! Jika sudah ke tahap begini pun masih ada lagi Macai-Macai Umno yang membela MO1 tak tahu apa lagi cakap,,terlalu bodoh sangat-sangat......!!!

    ReplyDelete
  6. Nampaknya,debat 1MDB jangan mimpilah dapat diadakan. Sememangnya,apa-apa mengenai 1MDB mesti kena tutup.1MDB telah dicornered pada segala penjuru. Nah,sekarang ini ada satu option aje iaitu ajak Nazri Aziz debat di Singapura.Rasanya,singaporean boleh menyediakan venue untuk debat mereka.Dekat pun dekat,apakah disana nanti debat akan dapat dihalang?

    ReplyDelete
  7. Salam Tan Sri.

    Semua terpulang kpd. Nazri untuk membukti kejantanan diri.

    Memang dia terkenal dgn tabiat suka bercakap besar...selain kuat bermegah diri dgn kuasa...kekayaan..kejantanan dsb.

    Ramai berkata dia tidak hormat atau takut pd Najib.

    Walau pun sbg anggota kabinet dia kelihatan terperanjat dan marah sekali bila debat dibatalkan hingga dia berkata.. "negara ini bukan 'police state'".

    Itu satu statement yg berani dan rakyat wajar memberi perhatian tentang hakikat sebenar kedudukan negara dibawah pemerintahan Najib...kerana 'statement' tersebut datang dari seorg menteri senior yg masih dlm jawatan.

    Sama ada dia hanya berolok2...buat2 lawak....atau bercakap mengikut skrip dgn berkata begitu...sudah tidak penting lagi.

    Dia telah berkata sesuatu yg nyata dan tidak boleh menafikan begitulah sahaja.

    Bayangkan jika kata2 tersebut dtg dari org biasa....mungkin pihak polis telah menghantar satu kumpulan 20 org polis menangkap org itu.

    Kata2 dia tentang negara bukan 'police state' tetap memberi impak pd kerajaan disamping membuktikan bahawa dia memang berani.

    Entahlah sdra Zam....kepondanan dia masih tetap terbukti dan terserlah jika acara debat ini berkesudahan dgn pembatalan 'No Go'.

    Kerana sbg seorg yg berani dan anak jantan...tentunya dia tidak mahu debat dibatalkan dgn alasan lemah dari polis tentang masalah keselamatan dan desakan penduduk setempat....kerana dia juga selalu berkata bahawa dia seorg lawyer dan tahu undang2.

    Hata...jika dia menerima semua ini...tanpa memberi tentangan dan alasan yg 'solid'...terbuktilah pd ramai...bahawa dia sebenarnya seorg penakut..
    atau pondan kerana tidak berani mengingkari perintah Najib.

    Pendek kata..jika dia spt apa yg dia laungkan selalu...dia masih boleh melakukan sesuatu agar debat diadakan...justeru membuktikan diri dia yg sebenar...yakni berkuasa dan berani.

    Tetapi dia rupa2 lembik...dan bukan seorgama yg berani.

    Dia hanyalah 'chief' tahi kucing sahaja.

    Dia cuma 'chief' pd org2 Umno sahaja.. serupa jaguh kampung atau "ayam yg berkokok riuh sekampung tapi punggung penuh tahi".

    ReplyDelete
  8. wartawan pelatih.3 April 2017 at 07:08

    Tan Sri Zam memberikan penilaian yang kertelaluan kepada wartawan Utusan Zulkifli Jalil sebagai pengulas politik tersuhur di abad ini.
    Bagaimanakah penilaian Tan Sri ini sedangkan kami di Utusan sendiri tidak membaca tulisannya kerana kami telah tahu penuh prajudis,tidak seimbang,perception yang salah dan memalukan kami sendiri bila kami ditanya oleh orang luar siapakah Zulkfili Jalil.
    Kami tahu pertanyaan itu adalah pertanyaan yang penuh dengan sini, kebencian dan marah.

    ReplyDelete
  9. Komen sdra Zam...

    "Ini terserlah dari tulisan pengulas politik Mingguan Malaysia yang tersohor di abad ini, Zulkifli Jalil yang bertanya dalam tulisannya di MM hari ini" Apakah DAP mampu mengawal Dr.Mahathir seandainya Pakatan Harapan berkuasa?"....

    Ha ha sdra Zam lebih tahu tetang tersohornya atau tidak hamba Allah yg dia maksudkan.

    Tapi bila dia masih dgn Utusan....kita faham sahajalah maksud 'tersohor' oleh sdra Zam.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan waktu nya untuk bincang perkara yang remeh temeh

      Delete
  10. "Apakah DAP mampu mengawal Dr.Mahathir seandainya Pakatan Harapan berkuasa?"... tanya Zulkifli Jalil.

    Pada saya;-

    - Jika Kerajaan Pakatan Harapan mengurus Negara dengan jujur dan telus, demi Rakyat 1Malaysia.

    - Jika Pakatan Harapan tidak benarkan PM yang mereka lantik, 'memegang' Kementerian Kewangan, pada masa yang sama.

    - Jika Pakatan Harapan tidak mengunakan khidmat orang-tengah kelabu-asap seperti Razak Baginda, Deepak Carpet & Jho Low, dalam urusan Kerajaan.

    - Jika Pakatan Harapan tidak benarkan Ahli Politik mereka terlibat secara langsung dalam sebarang perniagaan.

    - Jika Pakatan Harapan boleh jadikan Judiciary & Legislative terpisah dan independent (bebas) dari dipengaruhi Executive.

    Inilah cara paling berkesan untuk mengawal atau menundukkan Tun Dr.Mahatdir.

    ReplyDelete
  11. Debat boleh dibuat di rumah KPN,....demi keselamatan kerajaan kleptokratik.

    ReplyDelete

  12. 500 ahli Bersatu kawasan Rembau keluar parti


    500 ahli Bersatu kawasan Rembau keluar parti
    Mohd Anas (tengah) menunjukkan borang keluar parti pada sidang media diadakan. - Foto Sinar Harian
    SEREMBAN - Seramai 500 ahli Bersatu kawasan Rembau mengumumkan keluar parti berkuasa malam ini ekoran kecewa dengan kepimpinan sedia ada yang didakwa mengamalkan amalan kroni dan tiada hala tuju.

    Bekas Ketua Aktivis Bersatu Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin berkata, keputusan itu dibuat selepas hasil perbincangan dalam mesyuarat bersama ahli gerakannya pada 28 Mac lepas.

    "Ini adalah permulaan kerana selepas ini saya yakin seramai 1,500 lagi ahli di Rembau akan mengikut langkah sama dalam waktu terdekat.

    ReplyDelete
  13. Khary Abdullah6 April 2017 at 08:46

    Berita ini tidak bagitu tepat,sebenarnya 10,000 orang ahli Bersatu kawasan Rembau yang keluar parti dan 50,000 lagi akan turut keluar mengikut langkah yang sama dalam masa terdekat

    ReplyDelete