Thursday, 13 April 2017

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN ONN PERDANA MENTERI MALAYSIA


Apapun tafsiran dan anggapan tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah memperkukuhkan lagi kewibawaan politiknya dengan keberanian mengambil risiko melantik sepupunya  Menteri Pertahanan  Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn  menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas di JPM.

Perlantikan ini sekali gus mengesahkan masa depan negara di dalam tangan  Hishammuddin  sebagai Perdana Menteri. Beliaulah bakal Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi  hanya sekadarkan sesuai untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri buat selamanya. Itupun  jika beliau tidak menderhaka.

Harus diingatkan bahawa Najib mengambil tindakan ini dalam keadaan  krisis keyakinan rakyat terhadapnya  sedang memuncak  dan dalam keadaan ramai melihat  Zahid sebagai pengganti.

Zahid adalah seorang yang paling popular dalam parti,jauh lebih popular dari Hisahmuddin yang kemenangannya  sebagai Naib Presiden UMNO terus diragui kerana adanya sokongan Istana dan juga songlap politik.

Terbukti Najib  sanggup melakukan segala-galanya untuk mempastikan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri setelah berjaya meruntuhkan halangan Mukhriz Tun Mahathir dan sanggup mengambil risiko tinggi menyekat hasrat bergelora Zahid untuk menjadi Perdana Menteri.

Zahid mesti menerima hakikat bahawa pada pandangan Najib beliau hanya layak sekadar menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti Tun Mahathir menilai Gafar Baba tetapi Najib lebih telus dalam hasratnya tanpa membaling batu sembunyi tangan. Beliau tidak secara langsung telah memberitahu negara Hishammuddin lah Perdana Menteri walaupun demoralising Zahid.

Hishammuddin yang telah terjamin masa depannya tidak boleh menasihatkan orang ramai dari membuat berbagai andaian walaupun Zahid  telah  terpkasa menelannya dengan pahit apabila membuat kenyataan menerima baik perlantikan Hishamuddin itu. Ia adalah  ibarat isteri pertama yang  memberikan senyuman pahit dalam mengizinkan  suami beristeri dua kerana takdir dan jodoh.

Zahid mestilah menerima hakikat ini walaupun pahit jika beliau  hendak terus memelihara statusnya. Orang Jawa terkenal kerana kesetiaannya  dan kepimpinannya tetapi   orang Jawa di Malaysia khsususnya dalam UMNO hanya sekadarkan menjadi alat politik dan tidak setaraf dengan Jawa Indonesia yang boleh menjadi pemimpin pertama dan memerintah seluruh negara dari Sabang ke Meroke.

Najib telah membuktikan  kebenaran kepercayaannya bahawa kuasa adalah bergantung  kepada keupayaan menabur dedak mengikut taraf dan untuk itu Wang adalah Raja. Malangnya Zahid ada wang tetapi tak boleh jadi Raja.

29 comments:

  1. Tan Sri

    Najib merasakan beliau terlalu bodoh kalau tidak menggunakan kuasanya sedang beliau pempunyai kuasa.

    Manakala Zahid pula sanggup memperbodoh diri demi kesetiaannya kedapa Najib

    ReplyDelete
  2. Dasyat batu api Tan Sri. Boleh bakar jadi api besar. Bomba kena siap sedia

    ReplyDelete
  3. Kalau saya Zahid saya akan meletakan jawatan demi maruah diri dan maruah orang-orang Jawa di negara ini.

    ReplyDelete
  4. Dengan Hishamuddin terjamin sebagai Perdana Menteri maka Khairy Jamaluddin juga pasti akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.Mereka telah berkonspirai untuk tujuan ini.

    ReplyDelete
  5. Kalau Zahid bijak dalam waktu terdekat ini beliau patut meletakkan jawatan TPM.Malangnya anggota kabinet kayu kerajaan kleptokratik sememangnya bukanlah orang-orang yang bijak.Perjuangan mereka bukanlah untuk bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  6. Biar siapapun pengganti pm, rakyat majoriti dah semakin membuka mata untuk menilai tahap kebobrokan pemimpin..... umno/bn wajib 'dibungkus' agar penjahanaman oleh puak klepet ini dpt dinoktahkan once and for all. Rakyat mengharapkan teori RAHMAN menjadi kenyataan di pru 14 nti agar pemerintahan negara dpt diambilalih oleh pakatan harapan demi mengembalikan demokrasi dan memulihkan sistem dlm negara yg telah sgt rosak ini.

    ReplyDelete
  7. ye ke tan sri? rasanya kena menang pru14 dulu kot. cakap hisham pm macam dah pasti bn menang pru14. kalau sebagai presiden umno, itu lebih tepat. kalau bn kalah pru14, bukan najib jer kena ludah oleh kbu, habis semua timbalan, naib presiden dan mt kena ludah dek kbu dan ahli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kena tunggu pemilihan UMNO dan juga Pilihanraya tetapi biasanya pemilihan pimpinan tertinggi UMNO adalah yang ditunjukan oleh Presiden dengan secara tidak langsung.
      Najib telah menunjukan orang yang dia mahu.Zahid akan hanyut

      Delete
  8. Orang politik boleh buat apa saja tentang jawatan dll.. yang penting keyakinan kebanggaan dan kesenangan rakyat.

    Lantik sesiapa saja jadi PM, tak penting. Tapi over time, mesti membuktikan kebolehan nya kepada rakyat, bangsa dan negara. Bapak Mahathir sudah terbukti.

    Rakyat semakin susah sekarang, orang melayu pemimpin melayu di pandang rendah sgt, negara dah tidak ada nama lagi.. kami sgt rasa malu sebagai melayu dan org malaysia..[sedih sgt. mcmana boleh jadi sampai mcm ni..]

    Hishamuddin ker, Zahid ker, Anwar ker, Muhyiddin ker, Mukriz ker, KJ ker... Kena buktikan pada rakyat!!! Jgn main duit.. Senangkan hidup dan hati rakyat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul!

      PM baru.. jgn pulak tak cari dan tangkap pencuri2 duit rakyat.

      Kasihan lah pada kami rakyat biasa ni. Anak2 susah dapat kerja, harga barang tak menentu. kami tak rasa yakin lagi pada pemimpin sekarang. Dah menyampah bila tengok muka menteri2 di kaca TV atau surat kabar!

      Please help us!

      Delete
  9. Tun mahathir menpergunakan tun Gafar Baba, lupa Tun
    Gafar Baba lebih berjasa dalam isu sabah dari tun mahathir itu.

    Para ahli umno takut Mukhriz Tun Mahathir ulang sejarah kerana takut pisang bebuah dua kali, tun mahathir gemar letak prosi dalam umno, proksi dalam tun mahathir dalam umno gagal jatuh najib seperti sebab proksi tun mahathir tak sekuat semasa zaman pak lah, proksi tun mahathir berjaya jatuhkan pak lah. Tun mahathir ingat dia dalam era pak lah senang jatuh najib gunakan proksi dalam umno tapi sayang semua proksi tun mahathir semua menyokong najib tak lagi menyokong tun mahathir untuk mengunakan umno itu.
    Geng empat tingkat adalah ciptaan tun mahathir itu mula2 menentang tun mahathir tak sedar diri ingin kawal umno walaupun sudah bersara, tun mahathir ingat sama ke 4 geng mao dalam komunis china. Tun mahathir terlalu banyak berminpi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba fokus apa Yg dibicarakan... Nak alih tiang gol lg...

      Delete
    2. 22:01 lupa sudara lupa siapa alir tajuk tulisan itu ia bercerita Mukhriz Tun Mahathir, hishammuddin tun hussein, dia sendiri ,hishmmuddin sendiri berani akui atok dia dato onn buat silap tentang penibuhan parti negara tak mendapat sambutan, tun mahathir ulang lakukan perkara sama.
      Saya tengok tun mahathir bejaya atau tak dalam parti cap bunga itu 'jangan dia buat silap seperti dato onn cukup termakan hasutan british untuk tubuhkan parti perbagai kaum itu

      Delete
    3. Tdm tubuhkan parti bukan kerana pengaruh asing tetapi disebabkan najib...

      Delete
    4. sebab najib tak nak bagi kekayan pada anak dia dan cita2 anak nak jadi pm itu ke? Sebabnya kami tanya ini atau pun tun mahathir termakan hasutan kroni tak dapat projek

      Delete
  10. Jika harimau tajamkan kuku
    Jika ayam asahlah taji
    Jika pendekar hunuskan keris
    Ayuh kedua-dua datuk
    Mengaumlah dulu...
    Sabunglah dulu...
    Baru tahu siapa jaguh.

    ReplyDelete
  11. Majority rakyat dah muak dengan korupsi dan ketidakcekapan UMNO dan BN menjaga kebajikan negara dan rakyat. Moga UMNO dan BN bungkus di PRU14 nanti.

    Harap pengganti BN boleh memerintah negara dengan baik. Yang penting pengganti mesti tau macam mana nak kurangkan hutang negara, menjana peluang pekerjaan, turunkan harga barang, naikkan nilai matawang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RTM & TV3 pun sudah tidak lagi membandingkan Ringgit dengan Baht atau Rupiah. Mungkin kerana... dulu mereka kata, Ringgit jatuh disebabkan kelembabpan ekonomi dunia. Malangnya, kejatuhan Baht & Rupiah tidak seteruk Ringgit.
      Oleh itu, saya amat yakin, scandal 1MDB banyak mempengaruhi kejatuhan Ringgit dan... tanpa buat apa-apa... matawang Ringgit akan kembali mengukuh, sebaik saja BN/UMNO-Najib tumbang PRU14 nanti.

      Yang paling penting... PM-baru mesti tidak dibenarkan menjawat dua portfolio... lebih-lebih lagi, Menteri KeWANGan.
      Semua yang terlibat menghilangankan WANG Rakyat melalui 1MDB mesti dihukum dengan denda yang tinggi supaya WANG Rakyat yang hilang itu, dikembalikan.
      Wang Rakyat yang dibekukan di Singapura/US, mesti dibawa balik.

      Hentikan juga polemik RUU355. Saya percaya... ia juga, sedikit- sebanyak, mempengaruhi kejatuhan Ringgit. Maklumlah... belum ada lagi negara di Dunia ini yang menjadi aman, maju dan makmur melalui perlaksanaan hukuman lebih-berat keatas kesalahan-moral.

      Keyakinan dunia, terutamanya di Negara-Negara Kapir yang jauh lebih maju & kaya, terhadap Ringgit akan kembali kukuh.
      Semoga diizinkan Allah.

      Delete
  12. Zahid mungkin akan mengakhiri karier politiknya sebagai duta ke Zimbabwe

    ReplyDelete
  13. Tan Sri,

    Kawan saya di Indonesia cakap kalau jawa nk lama memerinta nama dia mesti ada huruf O, kalau zahid xde o maka xlama lah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, zahid memang tak ada "0"...

      Kalau ada "0" dan ikut/sokong muhyiddin di peringkat awal, sekarang dah tentu Timbalan Presiden dan TPM yang sah.

      Saolan ulangan:
      Betul ke zahid jumpa sendiri dengan tok arab gila yang menderma tu..

      Delete
  14. Oh Hishamuddin hanya kau lah satu-satunya sepupuku dunia dan akhirat, aku lantik kau supaya kau dapat tutup pekong aku rapat-rapat ok.....!!! Nanti keadaan sudah reda aku bagi saham sikit buat kau sekeluarga....!!! I help you and you help me,,ok....!!! Itu saja ceritanya Tan Sri....!

    ReplyDelete
  15. panglimo potaseh14 April 2017 at 15:45

    Hishamuddin jadi PM?. Mungkin itu je yang ada. Nak harap Zahid .. fikiran Zahid dah jauh merawang ke negara Bangladesh .. apa saja dari Bangkadesh sangat indah bagi Zahid.

    Saya tak nampak apa-apa kualiti yg boleh dibawa oleh Hisham. Aku anggap dia sebagai seorang lagi anak bangsawan yang menumpang dengan tiket percuma di kelas pertama. Tak macam saya tetap dikenakan tiket walaupun terpaksa berdiri dan berasak di sepanjang perjalanan.

    Ayahnya Hussien aku anggap Antara PM yang paling lembab, mungkin baik sedikit daripada Pak Lah. Jika Pak Lah tak tidor semasa dalam "office hour" mungkin kelembapan mereka seri.

    Kalau betul apa yang ditelik oleh Pak Zam tu benar .. apalah nasib kita untuk masa mendatang? Nasib Najib gdan isteri serta keluarganya sudah tentu terjaga di bawah tangan Hisham .. itu saja.

    Sejak tamatnya era Chedet negara kita dah jauh mengelepar. Pak Lah, Sang Mappadulung dan .. Hisham (belum ada gelaran lagi). Aku melihat mereka ini bagai pemain bola kita yg hanya layak main di divisen 3 di Liga bola Jepun. Walhal sebelum tahun 80an Jepun sering kita belasah kaw-kaw punye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jadi PM mcm mana.... BN di lurah kehancuran.

      Delete
  16. Bolehkah najib percaya zahid akan bela dia apabila tak jadi pm...pastinya hisham lebih dipercayai daripada sesiapa pun...ini tindakan paling logik, tiada yang tersirat pun..

    ReplyDelete
  17. Melihat senario politik semasa yg merudum zahid dpt bygkan yg umno/bn akan bungkus di pru 14 nti. Mungkin itu salah satu sbb dia 'rela' dgn pelantikan hisham. Buat apa nak susah2kan kepala hotak nk memikul biawak hidup tinggalan najib. Atas 'kesopanan' zahid ini maka dia dilantik sbgai yg dipertua melaka menggantikan khalil yaacob sbgai akhiran politik beliau...

    ReplyDelete
  18. H2O baru berusia 55tahun. INI memungkinkan MO1 jadi PM satu penggal lagi. Zahid 62 tahun. MO1 61 kut. Sekarang Zahid perlu penggal 2 kepala nak jadi PM. Kepala atas satu Kepala bawah satu.

    ReplyDelete
  19. Setuju sangat Hishamuddin jadi pm,sebab dalam umno sekarang yang lain semua macam tak berpelajaran . Sekurang2 lantik orang yang ada visi dan muda macam h2o dan bukannya zahid hamidi .

    ReplyDelete