Saturday, 15 April 2017

HIPOKRASI DALAM PEMBUDAYAAN MELAYU



KONGRES 2017 KELUARLAH  DARI KEPOMPONG


Kita tidak harus hipokrasi dalam soal pembudayaan Bangsa Melayu dan hadapilah realiti masyarakat Malaysia dengan berani jika kita hendak memperkasakan  Melayu dengan nilai yang boleh menghadapi cabaran antarabangsa.

Pertama sekali kita harus akui bahawa sentimen ke Melayuan selepas merdeka telah dibangunkan oleh dua golongan Melayu  terpelajar  Inggeris iaitu suatu  golongan yang mengikut arus sentiment ke arah nasionalisme Melayu dan suatu  golongan lagi yang percaya kepada ketamadunan Melayu menerusi Bahasa Inggeris.

Kedua-dua  golongan adalah dari pendidikan Inggeris, kelas elitis, aristokratik  dan  juga bangsawan yang walaupun dari aliran yang sama tetapi tidak sama dalam pendekatan kearah membangun kekuatan bangsa.

Pertembungan berlaku antara dua golongan ini untuk mendapat sokongan orang Melayu terutama dari guru-guru Melayu yang menjadi tulang belakang perjuangan kemerdekaan,orang kampung disamping golongan ustaz atau pondok.

Dalam dunia politik, anak-anak Melayu  yang berpendidikan Inggeris terutama dari  UK  atau Australia  lebih  realisitik seperti Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak, Tun Dr.Ismail, Sardon Zubir, Mohd Khir Johari dan lain-lain.Mereka menjadi pengawal kepada sentiment Melayu  agak keberatan untuk gantikan  Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dalam semua bidang.

Walaupun Tun Razak sejalan dengan pemikiran Tunku Abdul Rahman tetapi beliau terpaksa mengambil kesempatan tunduk kepada sentimen Melayu dalam isu penubuhan UKM apabila Datuk Harun Idris  Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan juga Menteri Besar Selangor lebih  ke hadapan dalam soal ini. Ini adalah kerana persaingan politik.

Gulongan nasionalis yang kuat dalam perjuangan Bahasa terdiri  dari  Professor Ungku Aziz, Syed Nasir Ismail, Professor Ismail Hussein, Professor Hamid Bakar, Hassan Haji Ahmad, Nik Safiah, Ainuddin Wahid dan beberapa orang lagi yang kebanyakannya berpusat di Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga di Universiti Malaya dan Singapura.

Tidak dapat dinafikan kekuatan  sentimen mereka telah  membantu melahirkan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti  Kebangsaan Malaysia(UKM) dan mempercepatkan jumlah peningkatan  anak-anak Melayu ke Unversiti -Universiti tetapi dalam pada itu sentimen ini juga  memakan  korban yang tidak sedeikit  dalam kemerosotan Bahasa Inggeris di negara ini  dan menyekat perkembangan dan kecepatan  kemajuan ilmu di kalangan anak-anak Melayu dari luar bandar kerana memerlukan terjemahan yang mengambil masa dan juga pengeluaran buku-buku teks dalam Bahasa Melayu.

Golongan elit Melayu yang berkualiti semakin pupus kerana nilai pelajaran menerusi Bahasa Melayu dan yang menjadi mangsa ialah anak-anak Melayu dari kampung sedangkan anak-anak golongan elit Melayu berpendidikan Inggeris yang memainkan sentimen Melayu, terus mendapat pendidikan berkualiti samada oleh suasana pendidikan di rumah atau menghanatr anak mereka ke luar  negara.

Mereka ini berbahasa Inggeris dengan anak-anak mereka di rumah disamping menjadi juar  bahasa Melayu di medan perjuangan.Kerana itu anak-anak mereka dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan lancar dan tidak menderita perasaan rendah diri.

Anak-anak merekalah  yang menjadi kesenimbungan golongan elitis Melayu yang berkualiti dan mendapat  kedudukan yang utama dalam pemerintahan negara,dalam dunia koporat  dan di bidang  penswastaan dan juga politik.

Umpamanya Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Ungku Aziz  anak kepada Profesor Ungku Aziz, Syed Yusuf anak kepada Syed Nasir Ismail Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka,Syed Hamid Albar anak kepada Syed Jaafar Albar dan ramai lagi anak-anak pegawai tinggi kerajaan yang berpendidikan Inggeris.

Buatlah kajian secara jujur golongan elit yang menguasai berbagai bidang professional dalam kerajaan atau di luar kerajaan sekarang. Kebanyakan mereka adalah dari keturunan bangsawan atau elit Melayu yang berpendidkan Inggeris.

Tidak ramai lagi intelektual  yang  bersifat universal  dalam kategori  kualiti sosial dan pemikiran yang setaraf dengan mereka yang berpendidikan di zaman British  seperti professor Kho Kai Kim, Profesor Ismail Hussein. Kassim Ahmad,Omar Hashim,Hassan haji Ahmad,Ahmad Mustaffa,Nik Safiah, Johan Jaafar dan lain-lain lagi. Walaupun  berpendidikan Inggeris tetapi  mereka mempunyai pengetahuan mendalam dalam Bahasa Melayu disamping penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.

Bahasa Inggeris memberikan kekuatan kepada  nilai-nilai Melayu dengan keterampilan  Melayu berkualti yang percaya kepada diri sendiri dan tidak menderita perasaan rendah diri.Lihat sahaja   Rais Yatim, Ungku Aziz,Tunku  Abdul Rahman, Tun Razak,, Tun Ismail, Tun Mahathir  dan lain lain lagi yang setanding dengan gulongan  para professional dan pemimpin  antarabangsa.

Kualiti untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia  pun masih dinilai dari segi  kecekapan penguasaan Bahasa Inggeris.Maka itu kelemahan Bahasa Inggeris Dr. Zahid Hamid di tonjolkan dan Hisammuddin Onn diberikan kelayakan  menjadi Perdana Menteri.

Rais Yatim juga dihormati dan dikagumi  kerana penguasaan Bahasa Inggeris yang hebat seiring  dengan  Bahasa Malayunya yang sempurna dan indah walaupun beliau berpendidikan Inggeris.

Keupayaan Bahasa Inggeris yang membuka kepada pembacaan yang luas mencabar minda,mengimbangi cara berfikir dan membolehkan mereka menampilkan pemikiran dan keperibadian Melayu  dengan kewibawaan dan kekuatan sendiri  tetapi kelemahan anak-anak Melayu sekarang dalam hal ini membataskan pergaulan  kepada kelumpuk sendiri sahaja menyebabkan pemikiran sempit   sehingga  Arabisasi dianggap  sebagai  kekuatan Islam dan Melayu.

Harus di ingatkan bahawa akhbar  Utusan  Melayu sendiri adalah di lahirkan oleh anak Melayu  berpendidikan Inggeris dari keturunan Minang iaitu Yusuf Ishak yang setelah keluar dari dunia kewartawanan,  menjadi Melayu  Pertama  sebagai  Presiden Singapura. Beliau dan adik-adiknya yang mendapat tempat dalam kerajaan Singapura adalah anak  kepada Pegawai Perikanan Melayu bagi Negeri-Negeri Selat.Semuanya berpendidikan Inggeris.

Aziz Ishak adik kepada Yusuf Ishak yang juga wartawan Utusan Melayu telah dihantar  oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya General Templer untuk mewakili semua akhbar di Malaya bagi laporan dalam Bahasa Inggeris mengenai  Pertabalan Queen Elizabeth di tahun1955.

Wartawan-wartawan Utusan Melayu generasi pertama juga adalah dari pendidikan Inggeris seperti Ishak Haji Mohamad ,Abdul Samad Ismail, Aziz Ishak ,Othman Wok, Hussein Abdul Hamid  dan lain-lain. Perjuangan pertama Utusan Melayu bila di lahirkan pada tahun 1939 adalah untuk menentang Arabisasi  ke atas Orang Melayu  dan  menentang Keturunan Arab(DKA) yang mengexsploitasi orang Melayu di Singapura dan Johor.

Kongres Budaya 2017 harus dapat melihat asas kekuatan Melayu sebenar yang  terbina sejak merdeka tidak  diatas asas racism Melayu dan agama  yang sempit tetapi bersifat kosmopolitan dan berkualiti antarabangsa yang dijuarai dengan berani oleh Tunku Abdul Rahman,Tun Razak, Tun Dr.Ismail dan Tun Dr.Mahathir dan lain-lain rakannya.

Tan Sri Rais Yatim harus secara jujur melihat kekuatan dirinya sendiri.Kita harus membawa keluar orang Melayu dari sentimen Nusantara yang sempit seperti yang di lakukan oleh Tunku Abdul Abdul Rahman Putra Al-Haj walaupun menghadapi konfrantasi Indonesia.

Kerana kekeliruan dan hipokrasilah maka kita sekarang berundur kebelakang dalam bidang politik, sosial dan agama dengan memainkan kembali sentimen perkauman dan agama sampai pada peringkat mencacatkan Perlembagaan Negara atas kepercayaan akan menjadi bangsa dan agama yang kuat. Sebenarnya ini adalah kepalsuan dan penipuan diri sendiri.

14 comments:

  1. Zam seolah-olah ingin memberitahu bahawa kita akan menjadi mundur dengan menggunakan Bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris dalam pendidikan.

    Tahukah Zam di zaman kegemilangan Alam Melayu kurun ke-15 dan 16M, kemuncak perkembangan ilmu di Alam Melayu adalah ilmuan-ilmuan bangsa melayu menggunakan Bahasa Melayu dalam pendidikan mereka?

    Tidak kurang itu, sekolah-sekolah pondok di Alam Melayu menjadi nadi pendidikan yang menjadi teras kegemilangan ilmu tamadun Melayu.

    Malangnya, penggunaan Bahasa Melayu dan sekolah pendidikan pondok ini dilenyapkan dengan kedatangan penjajah Inggeris.

    Cara Zam ini adalah contoh orang yang terpengaruh dengan dasar-dasar penjajah Inggeris dan sanggup meletakkan nilai-nilai Melayu sendiri di bawah tapak kasut sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan yang berbangga dengan zaman silam. Kemajuan Melayu sekarang bukan dengan pendidikan pondok dan pendidikan agama dan Arab yang tidak pernah maju.Dubai dan Mekah sendiri bukan dibangunkan oleh Arab kerana bahasa Arab tidak berkembang sebagai bahasa ilmu dan tidak membawa kemajuan kepada orang Arab sendiri.Orang Arab sendiri lari meninggalkan negara mereka yang porak peranda. Keluarlah dari pemikiran bawah tempurung.Barangkali anak-anak awak pun tak maju kerana awak duk seronok berbangga dengan kegemilangan zaman silam yang tidak ada bukti sejarah yang jelas. Zaman Alam Melayu tidak membawa kemajuan seperti zaman gemilang Barat yang terus memajukan Barat.Tandanya budaya Melayu malas,tidak berinisiatif dan tidak inovatif

      Delete
    2. Johan, soalan saya mudah sahaja. Cuba bagi nama satu negara maju pada hari ini yang tidak menggunakan bahasa penjajah atau bahasa asing dalam sistem pendidikan negara mereka jika saudara berkata kita tidak akan ke mana dengan berbangga dengan zaman kegemilangan silam yang tidak ada bukti sejarah yang jelas.

      Delete
  2. Azizulhasni baru menjadi juara dunia walaupun bersaiz kecil,....dan bahasa Inggerisnya semakin baik.Sikap yang betul dan sanggup berusaha kuat untuk 'berdiri sama tinggi' dengan bangsa lain di dunia akan membawa kejayaan kepada sesuatu bangsa itu.Sekiranya Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai sebuah pasukan lumba basikal bertaraf dunia yang sering bertanding di Tour De France sepertimana pasukan US Mail dari Amerika Syarikat,maka bolehlah kita berbangga.Untuk apa perjuangan bahasa itu?Mana sajak atau puisi yang boleh menaikkan semangat menjadikan orang Melayu bangsa yang kuat dan jitu?Melayu jenis apakah yang pejuang bahasa mampu lahirkan?Sedangkan anak pejuang bahasa itu sendiri 24 jam berbahasa Inggeris.Si Najib juga pandai berbahasa Inggeris.Ramai juga orang Melayu yang pandai berbahasa Inggeris menjadi perompak,penyamun,pencuri dan penyangak.Untuk bangsa itu menjadi hebat,kita wajib belajar apa sahaja.Sekiranya Azizulhasni berlatih dan belajar di Moscow,barangkali beliau boleh berbahasa Russia.Hanya Lebai Malang yang merasakan keperluan belajar bahasa Inggeris itu sebagai menindas bahasa sendiri.Sampai bila orang Melayu perlu takut dengan bayang-bayang sendiri?

    ReplyDelete
  3. Zam pandai ke Bahasa Inggeris? Saya tidak pernah lagi membaca tulisan Zam dalam Bahasa Inggeris melainkan di copy paste sahaja komen pembaca lain atau copy akhbar-akhbar Bahasa Inggeris atas talian.

    ReplyDelete
  4. Saya tidak pandai bahasa Inggeris tetapi boleh mendakwa memahami Bahasa Inggeris sepenuhnya dan dapat membuat terjemahan sebaiknya dan saya merasa rugi tidak dapat menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik. Saya mengkagumi wartawan-wartawan yang dapat menulis dalam dwi bahasa.
    Saya menerima realiti bahawa untuk mempunyai pikiran yang luas mestilah memahami Bahasa Inggeris dan kerana itu juga saya telah diberi kepercayaan meliputi sidang-sidang antara bangsa dalam Bahasa Inggeris dan menerima Fellowship Kewartawanan dari Universiti Of Michigan Ann Arabo US selama setahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sewajarnya saudara tidak menunjuk sikap hendak merendah sesaorang tetapi bacalah buku-buku biography Zam mengenai usaha penguasaan Bahasa Inggerisnya dari sejak sekolah Arab dan boleh jadikan contoh kepada anak-anak saudara atau saudara sendiri yang tidak mempunyai keupayaan seperti zam tetapi hanya pandai nak merendah- rendah orang lain.

      Delete
  5. Janganlah kita tertipu sangat, melebihi had tentang budaya dan bahasa Melayu.

    Memadai ambil sebagai keperluan kerana yang utama dan perlu difokus Islam adalah cara hidup.

    Islam menjadikan Melayu itu indah, janganlah pula cuba melebihkan Melayu untuk mengindahkan Islam.

    Hari ini Melayu dan Islam dipandang jelik sebab apa (?)
    Sebab Zahid kurang lancar berbahasa Inggeris (?)

    Apakah Melayu dan Islam dipandang tinggi kerana Hishamuddin cakap omputih macam air mengalir (?)

    Kita dipandang jelik atau comel kerana akhlak..
    Fokus bab itu jangan dok perabih masa, duit dan tenaga dengan kongres Melayu..



    Berkokok sedap, tapi pungkoq serabai...

    ReplyDelete
  6. " Gulongan nasionalis yang kuat dalam perjuangan Bahasa terdiri dari Professor Ungku Aziz, Syed Nasir Ismail, Professor Ismail Hussein, Professor Hamid Bakar, Hassan Haji Ahmad, Nik Safiah, Ainuddin Wahid dan beberapa orang lagi yang kebanyakannya berpusat di Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga di Universiti Malaya dan Singapura."

    Maaf, saya tak kenal nama2 yg disebut diatas tapi saya terpanggil untuk memberi komen. Apa bukti yang Prof Ungku Aziz termasuk dalam golongon nasionalis yg taksub bahasa melayu? Saya tak pernah terbaca atau dengar Ungku Aziz memberi saranan untuk melupakan bahasa inggeris. Cuma seingat saya Ungku Aziz lebih terbuka dan tidak taksub kepada bahasa inggeris. Beliau mengagumi etika dan cara kerja bangsa jepun dan lebih kepada 'pandang ketimur' dari barat.

    Prof Ungku Aziz adalah pejuang bangsa yang tulin. beliau bukan hanya bercakap kosong akan tetapi memberi pandangan & cadangan yg praktikal untuk memajukan bangsa melayu walaupun dna beliau bukan melayu tulin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju sepenuhnya dengan pandangan saudara tentang Pak Ungku Aziz.Jawapan penuh akan saya beri kemudian.

      Delete
    2. Jawapan penuh kepada persoalan saudara,saya gunakan dalam new pos bertajuk"Profesor Ungku Aziz bukan nasionalis taksub bahasa." Sila lihat.

      Delete
  7. Assalam.

    Zaman persekolahan saya ia-itu sekolah dalam aliran Inggeris kesemua mata pelajaran yang diajar adalah dalam bahasa Inggeris kecuali bahasa Melayu dan pendidikan agama Islam. Namun begitu,bahasa Melayu menjadi subjek wajib lulus. Lulus sahaja tidak memadai kerana jika sesaorang pelajar itu ingin melanjutkan pelajaran ke tingkat yang lebih tinggi dia haruslah memiliki pencapaian kredit 6 ( dulu: credit 3,4,5 dan 6 ) Jika tidak,dia tidak layak ke tingkatan 6 tambahan pula nak ke universiti. Untuk makluman pembaca,sekolah aliran Inggeris,hampir semua subjek diajar dalam bahasa Inggeris tetapi bahasa Inggeris tetap menjadi bahasa ke 2. Generasi anak muda ketika itu lebih bersedia dalam pemahaman dan pertuturan dan mereka ini lebih kehadapan daripada mereka yang berpendidikan sekolah alirin bahasa Melayu. Pada masa itu,boleh dilihat bahawa komposisi kaum yang belajar di sekolah alirin bahasa Inggeris sangat memberangsangkan sahingga hal sedemikian dapat memupuk semangat setiakawan dan perpaduan dalam pembenaan jatidiri bangsa dan negara.

    Di negara Indonesia sebagai contoh,membudayakan bahasa Melayu Indonesia memperlihatkan jatidiri bangsa Indonesia tetapi implikasi Sosial memporak-perandakan kehidupan kekeluargaan.Oleh sebab telah terbena satu bangsa dan satu bahasa;tiada halangan dalam berkomunikasi,maka pemerintah membenarkan kawin berlainan agama bagi yang menginginkan berbuat sedemikian. Hasilnya,negara tidaklah semaju mana,kesan pada amalan beragama dilihat lebih merosakkan.Negara Indonesia telah melahirkan institusi kekeluargaan rojak bagi sebilangan rakyatnya.

    Akhirkata,memertabatkan bahasa Inggeris untuk rakyatnya selain bahasa Melayu yang diutamakan, tidak bererti mamajusi dan menasranikan rakyatnya malahan menterampilankan jatidiri bangsa yang berkebolehan;duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa dunia.

    ReplyDelete
  8. Tan Sri Zam,

    1. Bahasa Inggeris adalah macam bahasa bahasa lain yang ada didunia...untuk berkomunikasi antara kaum, makanya Bahasa Inggeris itu adalah RahmatNya.

    2. Dia yang jadikan Bahasa Inggeris ini sebagai bahasa penghantar antarabangsa yang paling luas, bukan bahasa Arab, jauh sekali la bahasa Melayu.

    3. Mungkin Bahasa Mandarin lagi banyak orang yang boleh bertutur selain daripada Bahasa Inggeris, tetapi penggunaannya terhad walaupun sudah berusia lebih lama.

    4. "Bahasa Melayu" itu adalah lingua franca di Nusantara...dan, kaum2 disini pun memang sudah lama menggunakan sedikit sebanyak "Bahasa Melayu" diantara mereka sebelum adanya Malaysia.

    5. Menjadikan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia sebagai official national language untuk Malaysia adalah bertentangan dengan Malaysian Agreement 1963 untuk Sabah dan Sarawak.

    6. Ini terbukti selepas 54 tahun ada "Malaysia", arah tuju Bahasa Melayu entah kemana...tidak ada yang hendak dibanggakan.

    7. System Pelajaran dibawah kerajaan UMNO hancur...pencapaian standard pelajaran kita sangat memalukan.

    8. Baru2 ini pula kita dikabarkan olih Najib bahawa Konsep Wassatiyah UMNO ini akan diresapkan kedalam System Pelajaran Malaysia...ini kerja gila.

    9. Begini saja la...Sabah dan Sarawak mau kembali menggunakan British Education System...ini adalah hak mutlak rakyat Sabah/Sarawak.

    10. Di Semenanjung, UMNO bolih sesuka hati guna apa saja system yang sesuai untuk pelajaran disana...itu saja permintaan rakyat Sabah/Sarawak...senang kan?

    ReplyDelete
  9. Seorang anak Melayu yang ideal dan dapat dibanggakan bagi saya adalah, dia boleh berucap dan berdebat dalam bahasa inggeris yang fasih di forum antarabangsa, baik itu forum diplomatik atau international business. Namun bila berinteraksi dengan keluarga dan anggota masayakatnya dia berbahasa Melayu dengan penuh santun, dan bila membaca AlQuran dia faham terus dibenak kepalanya, tanpa merujuk kepada mushaf terjemahan, jadi solatnya pun berkualti dan khusyuk. Itulah dia Melayu yang harus kita bina melalui sistem pendidiksn kita. Contoh didunia yang boleh kita tiru adalah negeri Belanda dan Finland di Eropa. Disekolah mereka “tri-lingual”, tiap pelajar menguasai tiga bahasa.. Jadi orang Melayu yang ideal itu bagi saya ialah yang boleh menguasai tiga bahasa tersebut dengan baik!

    ReplyDelete