Thursday, 20 April 2017

LIM KIT SIANG HILANG KELAYAKAN MORAL UNTUK JADI PM


 KUAN YEW SURUH OTHMAN WOK "BUNGKUS" BILA KAHWIN DUA

Pertemuan terakhir dengan  Othman Wok(Allahyarham) di Singapura  dalam  tahun 2011 untuk menunjukan manuskrip buku Sejarah Utusan Melayu( 1938-2011)  Didepan Api di Belakang duri yang ditulis oleh saya .Bersama saya ialah Datuk Zaini Hassan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu dan Rosle Azmi bekas Penulog Pengurus Jabatan Pengarang Utusan-Gambar Ihsan Mansor Putih.

Seorang Setiausaha Parlimen Singapura dipecat setelah diketahui mengunjungi rumah urut bersama rakan-rakan Utusan Melayu bila berkunjung ke Kuala Lumpur. Berasal dari Singapura beliau  pernah berkhidmat sebagai anggota jabatan pengarang Utusan di Kuala Lumpur bersama Othman Wok.

Perlantikannya  mungkin atas sokongan  Othman Wok yang menjadi menteri dalam kabinet Lee Kuan Yew(LKY)  pada tahun 1963.

Walaupun Othman Wok merupakan sahabat karib LKY tetapi kerana merahsiakan hal peribadinya berkahwin isteri kedua di Thailand dalam tahun 70 an, beliau telah dipanggil oleh  Perdana Menteri LKY setelah  mendapat aduan isteri pertamanya  Cik Dah Mohammad Nor dua tahun sesudah perkahwinan itu.

LKY meletakkan displin moral yang sangat  tinggi dan keras  kepada anggota-anggota kabinetnya, semua anggota  Parlimen Singapura dan juga pegawai tinggi kerajaan termasuk pegawai tentera.

Kita telah membaca tentang  anggota parlimen kerajaan  dan pembangkang di Singapura yang telah dipecat atau terpaksa berundur kerana skandal  yang didedahkan.

Saya menimbulkan pekara ini untuk membandingkan antara DAP di bawah pimpinan  Lim Kiat Siang yang keras dan autoritarian  yang mahu meniru cara kepimpinan Lee Kuan Yew  untuk menegakkan sebuah kerajaan sosialis yang bersih dan bermoral terutama dari segi rasuah seperti kerajaan PAP di Singapura.

Tetapi sebelum pun berkuasa,pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang pada peringkat awalnya nampak mencengkam kuat partinya  tetapi akhirnya gagal untuk mendisiplin tidak sahaja pemimpin dan anggota parti tetapi juga anaknya sendiri yang sekarang terpalit sebagai seorang suspect.

Tidak cukup dengan masalah moral anaknya yang belum selesai  tetapi seorang anggota Parlimen DAP di Penang Zairil Mohd Khir Johari yang sudah mempunyai isteri dan anak dikatakan  mempunyai skandal dengan ratu  cantik DAP Dyana Sofya yang videonya menjadi tular di media sosial.

Berita terakhir mengatakan Zairil telah memberikan keterangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai hal peribadinya dan Dyana pula dalam penafiannya mengatakan privasinya  sudah diceroboh. Selebriti samaada artis,ahli politik,bintang bola sepak dan sebagainya adalah hak rakyat dan hal peribadi mereka adalah rahsia umum.

Layakkah Guan Eng mendengar kes ini sedangkan beliau sendiri  adalah suspect ?.

Zairil menafikan bahawa beliau adalah orang yang intim dengan Dyana  di video  yang menjadi viral itu.

Tetapi di Singapura, tidak ada anggota  yang berani berbohong kepada LKY atau kepada parti.

Othman Wok mendedahkan dalam buku biografinya Never In My Wildest Dreams perihal Perdana Menteri  Lee Kuan Yew telah memanggilnya  dan mengarahkannya "berambus" jika tidak boleh selesai masalahnya  berkahwin dua.

Mulanya  Rajaratnam Menteri Kanan memanggil Othman dan memberitahunya "kami mendapat tahu saudara telah berkahwin  isteri kedua sejak dua tahun lalu.Walaupun seseorang Islam boleh mempunyai empat isteri tetapi kami bimbang"

Othman kemudiannya menemui LKY  dan menyatakan "Saya tahu bahawa saudara telah pun dimaklumkan dan Lee terus bertanya berapa  umur isteri keduanya? Othman menjawab 29 tahun. 

Ketika itu Othman telah pun mengetahui perlantikannya sebagai Duta Singapura ke Indonesia dengan  jawatannya  sebagai Menteri Hal Ehwal Masyarakat tetap dikekalkan.

Menyedari kesilapannya, Othman bertanya pada Lee apakah   beliau masih di kehendaki untuk  pergi ke Indonesia sebagai duta.

Lee Kuan Yew memberitahunya " Go ahead,but if you can't solve your problems, pack up"

Di Malaysia berapa banyak skandal yang telah berlaku di bawah beberapa Perdana  Menteri yang diketahui umum tetapi dipejamkan mata, disembunyikan atau disapu di bawah tikar .

Kesenimbungan kerajaan Barisan Nasional pastinya tidak akan membawa apa-apa perubahan tetapi harus diingatkan skandal juga telah berlaku dalam Pas dengan pendedahan penglibatan pemimpinnya menerusi video yang disebarkan, tangkapan khalwat  dan sebagainya.

Dengan kepimpinan Kit Siang yang semakin lemah dalam kawalan disiplin parti, DAP  tidak  lagi boleh diharapkan untuk memimpin Pakatan Harapan apatahlagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tun Mahathir  tidak setegas  dan sekeras Lee Kuan Yew dalam sikap autoritariannya tetapi kejayaan Mahathir  membina negara bermaruah, adalah setanding dengan LKY. Maka itu untuk sementara waktu Mahathir terpaksa mengetuai Pakatan Harapan menuju ke Pilihanraya Umum sekalipun tidak akan menjadi Perdana Menteri.

Catitan: Othman Wok bekas Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu dan juga Menteri Hal Ehwal Masyarakat Singapura telah meninggal dunia pada 18 April 2017.

    

21 comments:

  1. Tan Sri Zam,

    "Maka itu untuk sementara waktu Mahathir terpaksa mengetuai Pakatan Harapan menuju ke Pilihanraya Umum sekalipun tidak akan menjadi Perdana Menteri."

    Memang itu la harapan kita selama ini.

    Aku doakan moga2an "ayahnda ku" dan "bonda ku" Tun Dr. Siti Hasmah selalu dilindungi Allah Taala untuk terus memimpin kita seberapa yang mampu.

    Moga2an perjuangan mereka sentiasa diberkati.

    ReplyDelete
  2. Tulisan terbaik mendedahkan sikap pemimpin dan pemimpin mana dari semua parti yang bukan sahaja sepatutnya tidak layak jadi pemimpin, jadi office boy pun sudah tidak layak.

    Mereka cukup hina baik dari segi ugama (amanah) dan akhlak tetapi yang lebih teruk adalah supporter / dedakian

    ReplyDelete
  3. Khalid Ibnuwalid.Taman Melawati.KL21 April 2017 at 12:42

    Rakyat yang ignorants akan terus tertipu dengan lakonan para pemimpin yang pandai berlakon.Adakah rakyat pernah bertanya siapakah yang memberikan lesen judi Genting Highland dan siapakah yang kaya dengan hasel judi ini?
    Sekarang Pas pun turut bersama merasakan faedahnya untuk menegakan negara Islam.
    Sewajarnya Haji Hadi mengislamkan semula UMNO yang dikafirkannya kerana dah bersama dengannya. Jika tidak maka Pas pun terus dilihat dalam kekafiran kerana menerima keturunan kafir sebagai pemimpin tanpa mengistiharkan UMNO telah diislamkan oleh Maha guru Pas..

    ReplyDelete
  4. Bukanlah mudah untuk menegakan Negara yang bersih seperti Singapura.Kita memerlukan bukan sahaja seorang yang berani dan bersikap diktator tetapi juga yang dirinya sendiri adalah bersih dan tidak terlibat dengan skandal. Adakah kita mempunyai pemimpin yang seumpama ini?
    Bagaimana jika kita lantik Nazri Aziz sebagai Perdana Menteri. Tentunya dia boleh menegakan sebuah kerajaan yang bersih dari Singapura.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singapore pun bukan negara bersih 100%. Negara dia pun ada masalah rasuah sebab dia negara kecil senang pantau rasuah, setahun ada 5rasuah di Singapura menang negara itu reking rasuah paling kecil dunia ini cuba kau banding dengan rasuah negeri pinang dengan Singapura siapa paling tinggi tuntu sama dengan lima rasuah besar dibuat pemerintahan dap di pinang itu sama dengan rasuah dibuat singapore pap. Pap di Singapura itu mana berani siasat kes besar membabitkan keluarga LKY 'agensi rasuah Singapura (mas) mana ada siasat kehilangan ratusan billon dollar Singapura yg di buat oleh menantu LKY itu dalam isu termasik holding, disingpura yg ditangkap pegawai polis ambil rasuah perempuan dan guru ambil rasuah untuk luluskan di univesiti itu, tertangkap pegawai Singapura yg bagi duit dengan dalam isu jual senjata meriam 155mm di india mereka cuba rasuah pegawai tentera india dengan wang.

      LkY itu sendiri kena akui singapura genrasi pertama Singapura merasa terancam akibat kedatangan besaran orang luar dari negara india,china,hongkong,taiwan dan bekas soviet yg datang ke singapura itu. Yg paling lucu yg bagi atasi masalah ini 'LKY cadangkan poligami di buat pada rakyat singapore tak mahu berkahwin rakyat Singapura terutama orang kaum cina dan melayu Singapura. Ada mereka ikutnya tak ada pun.hasil kajian pru Di Singapura mereka pap menang itu sebab dia orang bagi ic pada orang asing yg menyokong pap sekarang warga asing dari china, taiwan dan hongkong, cuba tanya pada tiga warga china,hongkong dan taiwan lee Hsien Loong apa ucapan kemerdekaan Singapura ucapkan oleh Lee Hsien Loong itu dalam bahasa melayu mereka semua angok tahu padalah tak tahu

      Delete
  5. panglimo potaseh21 April 2017 at 15:10

    Dah 60 tahun merdeka isu kita masih lagi melengkar bende yang berkaitan Islam, Kafir, Aurat, Potong, Janggut, Misai, Jambul, Jubah, Serban, Akidah, Kompol Pahala, apa yang nabi buat.

    Setahun sebelum PRU pemimpin kita akan buka kitab dan mula melalak kesana kesini tentang bagaimana nak tolong Orang Melayu, tolong letakan bahasa melayu diatas sekali, tolong memurtabakan bangsa Melayu .. itu lah yang diulang sejak 60 tahun dulu .. tolong, tolong, tolong.

    Apabila PRU selesai dan Melayu menang besar .. orang yang nak ditolong tadi akan dituduh sebagai kaum yang tahu menadah dan minta tolong sahaja, berusaha tak hendak. Yang kaya raya sehingga tujuh keturunan hasil dari tolong, tolong, tolong adalah pemimpin yang nak menolong kaumnya tadi.

    Hasil kekayaan daripada tolong, tolong, tolong akan diusahasama dengan tokeh kaum Cina dan ambik saham dan untung atas angin .. ini lah yang dipanggil "work smart".

    Akibatnya kita tak lagi jadi salah saekor daripada Rimau Asia. Mungkin kita hanya sesuai jadi Rimau Jadian.

    Rimau Jadian ini hanya wujud dialam mistik Melayu. Ia berbentuk elusi jelmaan jin atau "Mende Halus". Kewujudannya adalah untuk menjaga kampong dan perubatan Melayu lama. Persoalannya boleh ke Rimau Jadian ini menjaga negara dan sosio-ekonominya.

    Kok boleh berapa ekor Rimau Jadian kita perlukan. Ada kah Tuan Guru Mualim Hadi Awang boleh terima Rimau Jadian ini .. atau Tuan Guru ini ambil sikap diam diri seperti sikapnya terhadap 1MDB??N

    ReplyDelete
  6. Tidak semua negara kecil boleh berjaya seperti Singapura yang tidak mempunyai apa-apa hasel pun.Jawapan mudah adalah negara kecil tetapi Singapore telah melahirkan Singaporean dan menjadi negara termaju di dunia tanpa hutang.

    ReplyDelete
  7. "Mulanya, Rajaratnam Menteri Kanan memanggil Othman dan memberitahunya 'kami mendapat tahu saudara telah berkahwin isteri kedua sejak dua tahun lalu. Walaupun seseorang Islam boleh mempunyai empat isteri tetapi kami bimbang'"

    Yang saya pelik Tan Sri... kalau dah Agama Islam benarkan bangsa Melayu punyai sehingga empat isteri... mengapa setengah mereka, terutamanya yang berpangkat tertinggi dalam pasukan beruniform atau pemimpin tertinggi sebuah Party Politik, seolah-olah segan-segan atau malu-malu, menghebahkan perkawinan dengan isteri-kedua mereka kepada umum?
    Sepatutnya mereka bangga untuk mengumumkan kepada Rakyat sebagai contoh-teladan... kerana kawin lebih dari satu adalah... Sunnah Nabi.
    Mengapa 'benda yang baik' mahu dirahsiakan dari pengetahuan Rakyat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebabnya En RD... kahwin lebih dari satu saja mereka ikut Sunnah Nabi tetapi dalam memimpin rakyat dan mentadbir negara mereka tak ikut ... tulah dirahsiakan kerana mereka kesipuan...

      Delete
    2. Sebab bini pertama & anak2 tak tahu!

      Delete
  8. Kalau LGE suspect, najib razak lebih teruk..tp buat bodo je dia..layak ke jd pm lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah apa lagi harta orang miskin bakal jual Oleh dap itu.jahat2 najib Tak jual harta orang miskin.

      Delete
    2. Najib tak jual harta orang miskin cuma dia jual maruah negara dan bangsa.

      Delete
  9. Saya masih ingat TS zam pernah berkata ingin bersara daripada menulis isu2 politik semasa. Tapi saya tengok TS zam masih terus menulis isu2 politik semasa. Apakah pendirian Zam mengenai isu ini sebenarnya?

    ReplyDelete
  10. Kenapakah saudara membangkitkan hal ini apabila saya mendedahkan kekecewaan saya kepada kepimpinan Lim Kit Siang dan juga kekotoran peribadi pembangkang.Liberalisme betina Melayu dalam DAP itu sudah tidak menghormati agama dan tidak lagi boleh dibiarkan tanpa teguran.
    Lama sebelum ini pun saya telahpun kembali menulis isu-isu politik selepas tidak lagi mahu menulisnya.Apakah saudara turut merasa terancam kerana kegagalan DAP menjadi parti yang berdisplin seperti DAP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak sama sekali. Saya langsung tidak menyokong Parti DAP kerana DAP parti kafir. Buat apa menyokong parti kafir.

      Delete
    2. Betul itu dalam negara Islam tak menbenarkan sakali pun 'orang bukan islam jadi pm atau jadi president Kalau yg lain2 jawatan di benarkan. Hanya orang kecewa Dan tak menamalkan Al Quran Dan hadis je tak tahu perkara itu. Aku tak akan pilih keluarga lim itu ' ok

      Delete
  11. Pap bukan seperti mula2 semasa penubuhan Singapore yg jaga Maruah orang2 singapore, bila LKY dah dapat jadi pm 'habis Anak bini Dan menantu kerjakan harta orang2 Singapore itu Dan semua jawatan penting bagi pada kaum kerabat keluarga LKY itu. Sampai Satu tahap ketamakan keluarga LKY itu dengan menaikkan gaji pm Dan menteri melebihi kuasa besar seperti Amerika itu.
    Kos Sara hidup pun paling tinggi dunia ini sebab ketamakan keluarga LKY, bila masalah ekonomi berlaku keluarga LKY Minta menteri2 Dan president potong gaji Minta simpati Rakyat pada menantu LKY punya kerja menbuat pelaburan merugikan di amerika.
    Betul cakap orang ahli politik adalah pelakon paling hebat dunia ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya senghaja siarkan tulisan awak ini untuk menunjukan awak seorang yang tidak membaca,tidak berpengetahuan dan sangat cetek maklumat tentang Singapore. Ingatlah awak menulis bukan untuk dibaca oleh bahlol.Suatu pembohongan yang diketawakan oleh umum dan menghina diri sendiri.

      Delete
  12. Zairil dan Dyana tidak lagi ada masa depan dalam politik negara ini. DAP tentu malu.Manusia yang tidak bermaruah terutama wanita tidak boleh menjadi pemimpin di negara ini.

    Apakah penilaian Dyana untuk diterima sebagai pemimpin dalam negara ini sehingga mempunyai anggapan orang boleh melupakan soal pribadinya yang kotor. Bukan sahaja memalukan negara tetapi lebih buruk Memalukan ibu bapa.

    ReplyDelete