Thursday, 30 March 2017

UMNO SANGGUP JILAT LUDAHNYA DEMI PERPADUAN SEJATI BARISAN NASIONAL

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan selepas  Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional bahawa kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan  Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Pindaan di bidang jenayah) atau RUU355.

Ini menyerlahkan kewarasan  UMNO mengutamakan rakan-rakan  sejati komponen Barisan Nasional yang tidak senang dengan pindaan itu dan menindakan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri  Zahid Hamidi yang sanggup "kehilangan segelintir kawan kita tapi akan dapat kawan baharu yang kumpulannya lebih besar bersama kita."

Walaupun Zahid tidak memandai-mandai sendiri tetapi posting  saya pada  19 Mac 2017,meanggapnya agak beremosi dalam  kenyataannya itu  yang   tidak dibeli dengan mudah oleh Pas sebaliknya menimbulkan kecurigaannya,UMNO mahu mencuri pengaruhnya.

Presiden  Pas Datuk Haji Hadi  mahu melihat dulu draf  pindaan yang hendak dibentangkan  oleh kerajaan.

Bagaimanapun dengan  pembatalan hasrat kerajaan untuk mengambil alih pembentangan itu  tidak sahaja demoralised  kerajaan  tetapi juga Pas disamping mendedahkan prasangka mendalam yang terus terpendam antara kedua parti itu.

Ia menunjukan ketidakikhlasan  UMNO untuk berkerjasama  dengan sebuah parti yang tidak diyakini malah digeruni oleh semua walaupun UMNO menanam tebu dibibir.Kesan buruknya kepada  Pas,ia  terlihat bersendirian kembali dalam mengemukakan pindaan itu.Kerajaan BN memisahkan diri sekalipun mungkin akan disokong oleh wakil-wakil UMNO.

Untuk mengawal kecederaan politik yang terlalu teruk kepada UMNO dan Pas maka itulah Utusan Malaysia yang menjadi hysteria dengan pengumuman kerjaan sendiri akan mengambil tanggungjawab pembentangan, tiba-tiba menyembunyikan berita pembatalannya hanya sebagai  berita sampingan dimuka dalam sehingga sukar untuk ditemui.

Ini juga menyerlahkan  kerjasama  Pas dan UMNO tidak boleh berlaku atas sentimen Melayu dan Islam. UMNO yang dari asal percaya kepada masyarakat berbilang kaum dan agama  tidak sehati dan  dan sejiwa dengan Pas yang  pendekatan dan dasarnnya bersifat retorik,keras,perkauman  dan melampau.

Kerjasama yang nampak berlaku sekarang lebih terdorong oleh kepentingan politik Najib dan Hadi dan bukannya perpaduan Melayu dan Islam.

Maka  itu percubaan untuk mengkhianati sesama sendiri terus berlaku disebalik tabir.Pendedahan klip video Presiden Pas Haji Hadi mahu "UMNO serahkan lima negeri kepada Pas dan mereka boleh ambil yang lain", walaupun dinapikan tetapi cukup mencederaparahkan hubungan UMNO PAS diakar umbi terutama di kalangan UMNO.

Maka itu tidaklah heran jika kerajaan BN  yang bagitu ghairah dan bersemangat tinggi  dalam komitmennya untuk menyokong  RUU355,tiba-tiba memprojekan  Pas kepada rakyat dalam keadaan sendirian dan sekali lagi dalam keadaan tidak pasti samaada ianya akan dibentangkan dalam sidang Parlimen kali ini.

10 comments:

  1. Inilah yang membezakan Umno dan Pas dalam memperjuangkan undang-undang syariah di Malaysia.

    Pas sanggup kehilangan sahabat DAP kafir kerana ingin memperjuangkan undang-undang syariah di Malaysia.

    Manakala Umno pula tidak sanggup untuk memperjuangkan undang-undang syariah di Malaysia kerana takutkan sekutunya iaitu MCA, MIC, dan Gerakan.

    ReplyDelete
  2. Lain kali kalau nak buat sesuatu mesti berhati2. Ibarat menarik rambut dalam tepung...rambut dapat dan tepung tak berselerak. Ada faham ka????

    ReplyDelete
  3. Sebenarya Najib tak peduli langsung pendirian MCA & MIC. Sebaliknya, Najib tahu BN akan kehilangan banyak undi jika UMNO membentangkan RUU355. Apa sebab sekalipun, ia adalak kesudahan yg baik. Tak ada yg baik akan datang dari RUU355.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg la takda yg baik dr RUU355 pd sudut pandgn org tipis iman sbb tak sedar pentingnya RUU355 yg akhirnya boleh menguntungkan umat Islam di negara ni dan mengurangkan masalah kita dan pemimpin nak pertahankan akhlak dan cara hidup generasi masa depan umat melayu.

      Ini juga satu cara kita boleh mengatasi usaha musuh Allah yg nak menguasai Malaysia dgn mengatakan malaysia ni perlembagaannya berteraskan sekular dan semua agama termasuk Islam sama rata.

      Semoga Allah akan beri kamu hidayah utk faham kenapa kami yg bukan penyokong PAS juga turut menyokong RUU355 ni.

      Delete
    2. Orang yang tidak dapat melihat dari sudut rasional akan cepat meanggap orang lain tipis iman bila tak sehaluan pandangan pada hal agama Islam maju di Malaysia dengan sokongan orang bukan Islam menerusi bayaran cukai mereka dan sebagainya untuk membantu pembangunan Islam tanpa mereka sedar kerana dasar kita yang demokratik.
      Kalau dengan cara teokratik yang hendak dilakukan oleh Pas mungkin negara ini tidak akan sampai pada taraf pemodenan dan menyebabkan bukan Islam menghjormati kita di dalam dan luar negara dan tidak ada hasel yang boleh membantu kemajuan Islam.
      Cara Pas ini adalah cara yang pada akhirnya membunuh Islam dan menjauhkan bukan Islam dari Islam.
      Hanya Bahlol,fanatik dan tidak beriman dan narrow minded nampak hanya undang-undang sahaja menyelesaikan semua pekara sedangkan Islam juga melahirkan orang Islam yang berbunuhan sesama sendiri kerana agama kerana tidak percaya kepada pembangunan menerusi toleransi.

      Delete
  4. Tak perlu dengar pelbagai alasan dangkal.
    Kebanyakan species ular dan Biawak lidahnya cabang 2. Tapi species ketua gerombolan lobai PAS lidahnya mungkim lebih cabangnya.
    Pentaksub pada ketua2 benyai ini, tidak punyai lidah, malah akal pun dipenuhi Taek Low.
    Nasib kamu2 ler lobai oii. Cuma minta kurangkan perangai burok suka jual ayat2 suci.

    ReplyDelete
  5. apapun pemimpin pas telah menggadaikan prinsip perjuangannya dengan harga yang berbaloi demi kepentingan diri sendiri. draf pindaan ruu355 ibarat amanat hj haji part2 vers pru14.. amanat yang dicipta untuk menipu pengundi islam sahaja.

    ReplyDelete
  6. modal ruu355 macam tak jalan..lambat lagi pru14 gamaknye...BN tengah cari idea lain..tak cukup kot 90 juta!

    ReplyDelete
  7. Sebelum ini telah kedengaran laungan @ istilah : Rosak aqidah, terkeluar drp Islam, Tanam Jirat Cina kepada sesiapa yang tidak menyokong akta tu (walaupun masih belum dibentangkan lagi, dah WAJIB disokong).

    Jadi apabila pencetus dan duta 'Wassayytiyah' tarik diri daripada membentangkan akta tu, adakah istilah dan laungan : Rosak aqidah, terkeluar drp Islam, Tanam Jirat Cina akan kembali berkumandang malahan daripada mulut yg sama...

    Dok tunggu dan lihatlah ni......

    ReplyDelete
  8. selaraskan undeng2 keluarga islam dulu.

    ReplyDelete