Sunday, 5 March 2017

TUNKU BERTANYA :"HANG DAH PUAS AKU TAK MAIN BINI HANG"


TIDAK ADA PM SEJUJURNYA


Kompilasi tulisan Tunku "Looking Back"
yang diterbitkan oleh Pustaka Antara
Authograph Tunku pada bukunya yang
diberikan kepada saya.


Saya banyak menerima pertanyaan; apa salahnya seseorang terus jadi Perdana Menteri jika tidak popular ekoran dari  komen saya "Apa salahnya Shafie Afdal mahu  jadi Ketua Menteri Sabah sedangkan orang yang tidak popular pun boleh terus jadi Perdana Menteri."

Saya membuat kenyataan itu setelah Datuk Seri Najib mendedahkan  di Sandakan baru-baru ini  perihal Shafie Afdal meminta untuk menjadi Ketua Menteri Sabah

Bagi saya, anggota  Parlimen yang dipilih oleh rakyat menerusi Pilihanraya nasional dan atas persetujuan parti seseorang berhak untuk menjadi perdana menteri walaupun tidak popular di kalangan majoriti rakyat. Maka itu Datuk Seri Najib berhak dari segi demokrasi.

Tetapi ketidakstabilan negara,kehilangan keyakinan rakyat yang berpunca  dari ketidakcekapan dan ketidakbijaksanaan dalam pengurusan politik,ekonomi dan keselamatan adalah mewajarkan seseorang Perdana Menteri yang berfikiran demokratik untuk meletakkan jawatan.

Apapun kesilapan Tun Dr.Mahathir yang cuba dibangkitkan dalam pengurusan negara tetapi rakyat lebih mengenang dan mengingat  tentang kemakmuran, kesejahteraan , kemudahan dan pembangunan bermaruah  di bawah pemerintahannya.

Atas kesedaran dan sentivitinya terhadap perasaan rakyat lah maka Perdana Menteri Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada Tun Abdul Razak pada 23 September 1970 sekalipun dari segi demokrasi beliau masih berhak untuk terus jadi Perdana Menteri.

Beliau  dapat menciumi perasaan dalam  parti dan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu terhadap sikap tolak ansurnya walaupun  beliau percaya kepada kebenaran dasarnya sehingg keakhir hayatnya. Maka itu beliau memberikan laluan kepada Tun Razak dan demikianlah juga Tun Abdullah Badawi dalam memberikan laluan kepada Datuk Seri Najib.

Tunku Abdul Rahman tidak takut untuk meletakkan jawatan kerana beliau tidak berasa telah melakukan kesilapan besar terhadap negara dan bangsanya. Beliau  tidak menyelewengkan wang negara, beliau tidak menyembunyikan kesilapan dan kelemahannya sebaliknya membuat pengakuan terus terang sekalipun yang melibatkan peribadinya.

Beliau tidak takut untuk ditangkap atau dihukum oleh rakyat sekiranya beliau berhenti.

Umpamanya apabila saya menemui beliau selepas tragedi 13 mei 1969 bertanyakan apakah benar beliau bermain poker bersama kawan-kawannya ketika negara sedang berada dalam kekacauan  seperti yang didakwa oleh Dr.Mahathir Muhammad,Tunku terus mengakui " Ya benar, bukan saya ambil duit bapa dia,tulis,tulis,"katanya

Bagaimanapun saya tidak  menulis atas permintaan oleh Ketua Setiausaha Sulitnya Datuk Nik Hassan. Bagaimanapun saya menulis lama kemudian untuk menunjukkan kejujuran Tunku.

Demikian juga bila Datuk Syed Kecik jutawan Melayu menghadiahkan kereta Rolls Royce kepadanya, beliau berkata dalam  suatu majlis ulangtahun kelahirannya yang turut dihadiri oleh ramai wartawan dalam dan luar negara " "Syed buat apa hang bagi kereta kat aku,hang bagi duit kat aku,aku boleh pi main poker."

Beliau juga memberitahu  bahawa Show Brothers Penerbit Filem Melayu di Singapura  telah memberinya RM30,000 sebelum beliau menulis cerita Raja Bersiong. "Baiknya dia" kata Tunku.

Apabila tamat majlis  pelancaran bukunya Looking Back di rumahnya di Bukit Tunku pada malam 18 Mei 1977,secara berseloroh Tunku berkata" Siapa nak main poker tunggu,siapa tak mahu main, berambus balik"

Tetapi apabila kami wartawan-wartawan Utusan Melayu  hendak pulang termasuk Tan Sri Melan Abdullah( Ketua Pengarang), Osman Abadi,Harun Hassan,Jiro dan saya sendiri Tunku mengekori kami dan bertanya " nak pi mana ni?

Kami memberitahu "nak pulang Tunku".Eh mai duk dulu dan dia meninggalkan semua kawan-kawan kaki poker dan duduk bercerita dengan kami sehingga lebih jam satu  malam.Antaranya  ialah tentang siapakah disebalik usaha untuk menjatukannya dari Perdana Menteri dan memfitnahnya mempunyai scandal dengan seorang seniwati Melayu tersohor..

Bila suami kepada seniwati ini datang meminta ampun kepadanya setelah mengetahui hal sebenar, Tunku bertanya "Hang dah puas aku tak main bini hang."Kami ketawa besar.

Si suami menemui Tunku menerusi jasa baik Tan Sri Senu Abdul Rahman walaupun Tunku menyatakan kepadanya "tak payah lah,yang sudah,yang lepas,lepaslah."

Dari pengalaman saya,tidak ada seorang pun Perdana Menteri Malaysia sejujur Tunku.

Dalam interview ini selepas 13 Mei 1969,
Tunku katakan pada Mahathir,
"Saya main judi bukan ambil duit bapa dia".



41 comments:

  1. Masih tidak terlewat untuk Datuk Seri Najib mengikuti langkah Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah Badawi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan aku mudah je tun mahathir pun sama. cuma dulu dia boleh beli media dan buat fake news. Jadi apa tun mahathir nak lagi setelah anak2 dia kaya. bagilah pada orang lain pulak majukan ekonomi mereka. Tun mahathir beruntung dia telah gagal dalam dasar 30% ekonomi bumiputera masih hidup dan segar .di nagara komunis china dan rusia siapa pemimpin gagal akan beri racun oleh pengikut dia selah gagal dalam dasar negara. Lihat moa,stalin dan lenin mati akibat racun oleh pengikut dia sendiri
      Di china sendiri menteri pengangkutan di hukum mati sebab rasuah di malaysia menteri pengangkutan hidup segar megar setelah rasuah di lindungi oleh tun mahathir itu sendiri

      Delete
  2. Makmur Bachik. Melaka5 March 2017 at 18:53

    Janganlah ingat berbillion dollars projek dari Arab Saudi akan dapat melupakan rakyat terhadap kehidupan mereka yang makin terhempit setiap hari.Mereka tidak dapat lihat faedah jangka panjang kerana pendapatan mereka setiap hari semakin terhakis,seekor ikan kembong terpaksa dikongsi tiga orang dan lain-lain kesempatan yang tidak pernah dirasakan oleh mereka semasa Mahathir. Mereka peduli apa kerugian Forex kerana masa itu mereka tidak pun merasakan kesempitan seperti sekarang.
    Sekarang mereka percaya kesempitan hidup kerana RM2.6 billion dan juga kerana IMDB. Dont dream my dear Najib,face the realities

    ReplyDelete
  3. Najib mana berani letak jawatan.Abdullah Badawi lebih jujur darinya.

    ReplyDelete
  4. Yg 22 tahun tu pun dulu liat juga nk lepaskan jawatan. Siap haramkan yg lama, tubuh yg baru lg. Bila dah nmpk xde apa lg yg boleh di makan dan kerak yg bakal timbul, baru dia passed baton kt penggantinya.

    Ehsan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 19.29,
      Hang buta sejarah main tembak cerita masa umngok diharamkan oleh makamah atas petition tengku razaliegh aku ingat hang masih dok hisap susu tetek kut

      Delete
    2. Politicalamity98 March 2017 at 19:59

      Anonymous5 March 2017 at 19:29
      main sondol ja hang ni..tak tau kepala ekoq...

      Delete
  5. Kutuklah Najib sepuas-puasnya kerana terlalu banyak makan budi Tuan Mamak yang sekapal dengan hang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahap ilmiah 6%..macam 19.50

      Delete
    2. Golongan yang membesar dengan membaca Harakah adalah golongan bodoh semulajadi.Kebodohan tidak pernah ada had.Sebaliknya golongan ini rasa mereka lah yang layak memimpin.Bila Najib berjubah,......apa lagi.....

      Delete
  6. Salam.

    Kisah/cerita yg menarik..Tunku main poker & scandal dotdotdot..

    TQ utk sedikit kisah lama utk buat pedoman.

    ReplyDelete
  7. Salam Tan Sri.

    Sahaja bercerita kosong mengenai Topik sdra.

    Mahukah Najib meletak jawatan spt Tunku dan Pak Lah lakukan.
    Yg kita tahu kedua2 tokoh ini tidak terpalit dgn najis atau tuduhan mengelapkan duit negara.

    Mereka berdua meletak jawatan kerana lemah didlm mentadbir urus negara.

    Tetapi PM Najib...dia bukan sahaja lemah dlm memimpin negara tetapi terpalit dgn kontroversi paling hina dan besar...

    ..."dituduh mengelapkan duit negara"
    Jatuh dlm kategori CBT.

    Justetu itu...mahukan dia meletak jawatan.

    Jawapan nya mudah sahaja.

    Mustahil...dan tidak mungkin lagi.

    Bayangkanlah;

    Jika dibicara dan disabit dgn kesalahan mengelapkan duit negara melebihi US1b (termasuk US680m dlm akaun peribadi) apa pula hukuman yg wajar dikenakan.

    Wallahualam.

    Jika seorg mata2 disabit kesalahan rasuah RM2,00O dipenjara 1 tahun....maka secara bodoh kita boleh bahagikan sahaja RM2.6juta dengan RM2,000 ringgit darab dengan 1 tahun....kita akan dpt jumlah melebihi 1 juta tahun .

    Maka sejarah akan becerita bahawa Najib adalah PM negara pertama...yg telah melakukan penipuan dgn mencuri duit negara secara 'direct' dan dihukum penjara seumur hidup (1Juta tahun..terlalu lama...tidak logik pula).

    Ha...ha.

    Ini serupa sahaja dgn cerita Marcos...dimana Imelda selepas kematian suami seorg Presiden yg korup berhadapan dgn undang2...menghadapi kehidupan penuh dgn kesengsaraan.

    Sanggupkah Najib dan isteri tersayang lalui semua ini.

    Mustahil....'impossible'.

    Pilihan yg ada....melarikan diri sahaja....atau mengutuk dan mencari kesalahan Tun M.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jahat2 marco yg terlalu sayangkan bini tak seperti presidet pilipina yg lain jual negara pada amerika dan negara di jual pada kongsi gelap
      Tahu anda fakta sebenar tentang marcos2

      Anda lihat ekonomi pilipina berkembang pada 6% semasa era marco
      Duit peso pilipina pada era marcos 2peso kepada 1usd amerika ketika tun mahathir memerintah duit kita jatuh 2.10sen jadi 3.80sen 1usd amerika
      Marcos membina kelemkapan tentera terbaik di selepas china' selapas dia jatuh apa jadi pada pilipina ,tentera antara terburuk di asia
      Banyak golongan terpelajar ketika era marcos di jatuhkan apa jadi mereka 'lari dirikan ke amerika dan yg tinggal hanya golongan tak berpelajaran sekarang pilipina golongan terpelajar dan univesiti tak lagi di hormati pilipina .

      Kesalahan marcos ini cuma
      dia berkawan dengan komunis dan barat
      Dia gagal atasi kemiskinan di bandar kemudian dipergunakan oleh barat itu menjatuhkan kerajaan
      Dia bunuh ahli politik bersekongkol dengan barat yg nak jatuhkan dia
      Gagal atasi fitnah ada pada dia
      Terlalu sayangkan bini.

      Tahukan anda Imelda berada dipilipina dia sendiri tak lari di luar negara tak seperti keluarga sadam dan syah iran lari yg keluar negara .Imelda telah pulangkan wang yg diambil rakyat masih hormati Imelda walau sebab berjaya menbasmi kemiskinan di luar bandar

      Delete
    2. 15.32 cerita dongeng kau ni dah capai tahap...bingai. Tak habis habis merapu.

      Delete
    3. Amenda yg ko cakap no Labu.

      Kerana kelaku Najib serupa Marcos...ko sanggup berkata Marcos itu hebat....ertinya Najib OK lah tu.

      Tetapi ko kata pula kesalahan Marcos cunma gagal atasi masalah kemiskinan bandar....bla bla..

      Ko ni...betul ka.

      Delete
  8. Yg dok bela najib tu semua perut dah kenyang tunggu nak meletop saja..

    ReplyDelete
  9. itu buakn contoh pemimpin islam yang baik
    walau pung jujur
    buakn itu yang Allah suruh buat
    kena ingat baik baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh pemimpin Islam yang lebih buruk ialah Haji Hadi pemimpin Pas yang mengkafirkan orang Islam dan berkawan dengan bukan Islam dan sekarang berkawan pula dengan manusia Islam yang dikafirkan.
      Inilah pemimpin Islam yang paling hina dan paling buruk dalam sejarah negara Islam yang dibina oleh Tunku dengan peradaban Islam yang tinggi.
      Sekarang Hadi mengotorkan UMNO dengan imej Pas yang menakutkan orang bukan Islam berbanding dengan pendekatan Tunku dengan peradaban Islam, dengan wajah manis yang merupakan pendekatan Islam yang dihormati oleh bukan Islam dan berjaya.
      Hadi adalah pemimpin Islam yang dimuliakan oleh orang-orang fanatik dan tidak terpelajar.Mungkin sesuai untuk saudara.

      Delete
    2. 0007...Saya gunakan simple logic dalam isu ini...tunku, spt mana peminpin islam lain, ada kekuatan dan kelemahan dari sudut agama. Kita rakyat biasa pun sama.... Soalnya; apakah kekuatan seseorang pemimpin itu menguntungkan negara dan rakyat, dan kelemahannya merugikan rakyat? Kita rakyat biasa berhak menilai, kerana kita pilih mereka, dan mereka menawarkan khidmat pada kita. Dalam situasi sekarang, dikalangan yg masih aktif dlm politik, saya menilai tun yg terbaik; saya menilai pemimpin dap sebagai lebih baik dari jamil khir baharom dan seangkatannya dalam umno. Dari segi kepartian, saya menilai lebih baik umno dan pas dikuburkan.

      Delete
    3. Benar....Hadi mengguna Pas untuk kepentingan diri.

      Dulu....dikafirkan Umno dan semua yg tidak sealiran dgn PAS.
      Bila bersama DAP pula selepas GE 12 dia hentam Kerajaan BN/Umno...bila keluar DAP dia kutuk sesiapa sahaja yg bersekutu dgn DAP.

      Kini dia berbaik dgn Najib/Umno..kunonya tidak mahu Melayu berpecah....hata apa2 aktibiti untuk menjatuh Najib tidak perlu disokong....tiada faedah kata dia.

      Puuuihhhh...

      Bila dia lakukan semua boleh belaka.

      Berjaga2lah dgn org yg berjubah spt dia....ugama hanya alat semata2 buat dia dan Najib.

      Delete
    4. PAS adalah sebuah agama ciptaan manusia.Bersembunyi di sebalik nama 'Islam'.Golongan bodoh semulajadi sangat memerlukan agama ini.Ketika mereka berpeluk dengan DAP,...mereka lah yang paling islam.Apa saja kebodohan yang dijualkan atau dipasarkan oleh Ketua Khawarij bernama Hadi,pengikut 'cult' ini sanggup pertaruhkan nyawa sekalipun untuk membelinya.

      Delete
  10. 'Dari pengalaman saya,tidak ada seorang pun Perdana Menteri Malaysia sejujur Tunku.'

    Maknanya Tun M pun tak lah jujur sangat orangnya. Apakata TS tulis artikel perbezaan kejujuran Tunku Abdul Rahman dgn Tun M..

    Ehsan

    ReplyDelete
  11. Insaalah jika ada masa dan keperluan untuk menulisnya.

    ReplyDelete
  12. panglimo potaseh6 March 2017 at 10:49

    Pak Zam.

    Saya amat kagumi Tunku. Kehadirannya boleh membentuk persekitaran yang gumbira. Itu sebab bila mengistilahkan, bagaimana pemimpin kita melanun dengan dahsyatnye, Tunku tidak termasuk dalam senarai saya.

    Tunku seakan saya melihat semacam Mick Jagger si tua rocker berudia 74 tahun, tapi tak luak ligatnye dipentas dan katil. Si Tua ini tak pernah kira berapa ratus juta dia ada .. sosok tubuhnye kekal langsing .. tak macam uztas kita yg kerap cerita cara nabi makan, tapi perut ala buddha nye tetap tak boleh disorokan walau pun berjubah XXL.

    Memang betul Tunku suka main poker dan main .. tapi dia tak hipokrit. Era nye melayu kurang daripada bukan melayu .. pening kepala nye pikir untuk tadbir negara ni. Tapi dia tetap happy dan tidak pijak kepala orang melayu lain. Keputusan Tunku untuk nyahkan Singapura .. adalah yang terbaik untuk Tanah Melayu .. malangnye peneraju nye selepas itu telah jadi musang jaga reban.

    ReplyDelete
  13. Kalau ikut penanda aras majoriti masa kini, Tunku akan diklasifikasikan sbg Melayu/Islam liberal, tapi Tunku jauh lebih amanah dari pemimpin2 Islam di Msia & didunia zaman sekarang. Tunku tak menipu dgn muka selamba, Tunku tak ambik duit rakyat & Tunku tak pernah mengkafirkan musuh2 politiknya.

    Zaman skrg, ramai org berlumba2 nak tunjuk alim dgn cara pakaian & percakapan, tapi kebanyakannya talam dua muka & hipokrit gila!

    ReplyDelete
  14. Tan Sri Zam.

    "Saya membuat kenyataan itu setelah Datuk Seri Najib mendedahkan di Sandakan baru-baru ini perihal Shafie Afdal meminta untuk menjadi Ketua Menteri Sabah"

    1. Ingat ingat la kamu orang UMNO Sabah.

    2. Bukan orang Sabah yang pilih kamu jadi Ketua Menteri.

    3. Tetapi, orang Malaya dari UMNO.

    4. Begitu hina nya jadi Ketua Menteri Sabah.

    5. Patut la dua ekor dari Sabah, si Dahalan dan Keruak buat kerja macam orang gila mempertahankan barua Malaya yang dipanggil MO1.

    6. Antara satu akan jadi Ketua Menteri Sabah selepas PRU14 kalau UMNO-BN menang...ganti si Musa.

    7. Makan pasir la keluarga si Musa dan anaknya...dan adiknya si Anipah.

    8. Aku bukan suka sangat sama si Shafie Apdal...tetapi, aku hormat juga dia...semasa di UMNO dulu, walaupun dia Vice President, tabiatnya bukan macam si Dahalan dan Keruak.

    9. Walaupun aku bukan penyokong Warisan Sabah, tetapi kalau ditakdirkan dia jadi Ketua Menteri Sabah suatu hari nanti, itu adalah kerana orang Sabah yang pilih dia, bukan orang Malaya dari UMNO macam si Musa.

    10. Terima kasih Najib kerana membongkar rahsia sebenar macam mana Ketua Menteri Sabah dipilih...itu sebab la Ketua Menteri Sarawak begitu gah sekali.

    ReplyDelete
  15. Tunku suka joget lambak tarian melayu dan dengan perempuan kabered malah aku sendiri penan tengok gambar tunku menari joget lambak itu tapi tak dia tak hipokrit seperti tun mahathir itu telah gagal dalam dasar 30% bumiputera

    Sekurang tunku berjaya merdekan tanah melayu .
    Tun razak berjaya dalam pembangunan luar bandar .
    Husin onn berjaya dalam angkat bahasa melayu tapi tun mahathir merosakan bahasa melayu.
    Tun mahathir perosak bahasa melayu dan tun mahathir hanya berjaya kayakan anak2 dia je dan gagal dalam 30% ekonomi bumiputera
    Tun mahathir adalah punca duit kita jatuh teruk selepas dia ambil ahlir pentakbiran malaysia duit kita dari 2rm tahun 1980 jatuh kepada 3.80sen tukaran 1usd korang ikut tun mahathir itu ia

    Jadi najib dan anwar hanya mewarisi gaya pentakbiran tun mahathir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah suara yang keluar dari kepala lutut dan bukan dari akal yang siauman berasaskan fakta dan perkembangan negara.
      Butakah mata orang ini tidak dapat melihat lebuh raya yang digunakannnya, LRT yang merupakan kemudahan besar kepada rakyat di bandar,KLCC maruah negara,mengawal negara dari serangan Soros dan Singapura yang mungkin membengrapkan Malayisa,meningkatkan nama Malaysia di kalangan negara Islam.Siapakah yang membina Putrajaya yang pengalaman pembinaannya banyak dikongsi oleh bumiputra.

      Saya senghaja siarkan tulisan awak ini untuk tunjukan taraf pemikiran penyokong Najib.
      Saya hidup dari zaman Tunku hingga Najib. Tahukah awak Husin Onn yang tangkap Samad Ismail dan menahannya selama empat tahun atas hasutan Lee Kuan Yew?. Bahasa Melayu apa yang diangkat oleh Husin On.
      Tahukah awak Tunku walaupun jujur tetapi membimbangkan orang Melayu kerana terlalu pro Chinese. Tak usahlah bersuara kalau kail hanya panjang sejengkal. Buat malu sahaja.

      Delete
    2. mamat dari dulu lagi bohong. Tarak sapa layan dia dah.

      Delete
    3. Klcc maruah negara
      Cuba tuan zam cerita pada kami akitik nya agentina
      Kontaraktor korean selatan dan jepun yg tak ada bangunan tertinggi dunia
      Dimana letak maruah negara hanya dibodohkan oleh orang asing je.
      Tun mahathir Gagal mencipta produk benar2 dipakai seluruh dunia seperti jepun dan korean
      Kereta korean sama teknologi dan sama2 dibangunkan syarikat kereta pada era 80an sama macam proton pun berjaya atasi malaysia dalam perjualan kereta seluruh dunia dimana letak maruah negara ia

      Delete
    4. 14:46 adalah satu contoh terbaik si kera mendapat bunga,....dan tikus memperbaiki labu.

      Delete
    5. Nak buat macam TS Zam.

      Ini tahap pemikiran penyokong Najib. Najib sendiri mengaku, beliau lebih mengutamakan kesetiaan dari kecerdikan dalam pemilihan penyokong/pembantu atau Menteri dalam kabinet beliau.

      Hasilnya... adalah spesis seperti Anon 14:46.... bukan setakat suara saja, tapi pemikirannya pun seperti keluar dari kepala lutut.

      Delete
    6. Anon 14:46..bodoh mcm lembu..tak baca sejarah..

      Delete
  16. 6,000 PUBLIC UNIVERSITY LECTURERS LOST THEIR JOBS IN 2016

    -As many as 6,000 lecturers in public universities, including professors, were either terminated from their jobs or had their contracts not renewed last year due to budget cuts.  

    It is estimated that the total number of public lecturers has dropped to 29,000, compared with 35,000 previously.

    Malaysian Academic Association Congress (MAAC) president Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin said public universities had been adversely affected by the budget cuts in 2016, by at least 30% to 40%. 

    He said the Education Ministry's move had forced universities to cut academic staff.

    Dr Mohd Idrus said some public universities had even resorted to not hiring administration staff to keep costs low.

    Read more at http://www.thestar.com.my/news/in-other-media/2017/03/06/lecturers-lost-their-jobs-in-2016/#ZEWPO0FZxczoxxrH.99

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drive uber...sell nasi lemak...if these professors were to join these 2 new growth engines, we shall be on the right track to achieve TN 50...kih kih kih...this is a truly WTF moment for the nation. Bila la nak ok balik nagara bangsa kita ni...

      Delete
    2. Malaysia will never be ok or 'great' again.TN 50 is Temberang Najib.

      Delete
    3. panglimo potaseh7 March 2017 at 11:18

      Aku rasa ada baiknya 6000 profesor/pensyarah ini diberentikan. Malam ari tu aku ada nonton rancangan berbual dengan pemikir negara di TV. Jemputan nye 3 ahli dari Majlis Profesor Negara. Saya agak sedih bila mendengar hujah mereka. Sampai ke tahap "..contoh yang example ..". Saya kira moderator drp TV tersebut lebih baik lagi hujah dan pengetahuannya. Ahli panel malam tu kuat sangat kankongnye. Aku rindu pada ilmuan kita seperti Ungku Aziz, Syed Hussien Al-Attas, Rostam A.Sani maupun Khalid bekas MB Selangor yang mana kita akan khusuk dengar hujahan mereka.

      Delete
    4. Panglima potaseh, saya rasa saya pun ada tertengok rancangan tu. Lepas 5 minit terus saya tukar channel. Nasib baik ada hypp tv.
      Betul, pada mlm itu, moderator di TV1 lebih baik dari ahli panelnya.

      Delete
  17. terima kaseh TS Zam, cerita first hand yg menarek dan tak ramai yg berpeluang dan mampu merakamkan apa yg dibuat dan dilihat secara kritis.jelas pemimpin yg penuh scandal tidak akan berani melepaskankuasanya. inilah berlaku.ada pula puak yg dah tau tapi sanggup menepikan yg hak dan kebenaran.ini jenis apa..

    ReplyDelete
  18. Dosa Tunku dengan Allah, moga2 dengan rahmat Allah diampunkanNya. Berjoget, bergembira, minum, main poker dsb. adalah urusan peribadi yang tidak mengambil hak atau menzalimi makhluk yang lain. Kalau kita sekadar menzalimi diri sendiri, penyelesaiannya mohonlah ampun pada Allah (Al-A'raf: 23). Pokoknya Tunku happy tapi tak menyusahkan orang. Kalau ditanya kita pun nak supaya dia happy, so he could function well as a human being and benefit others. Jauh langit dengan bumi dengan yang ada sekarang ini.

    ReplyDelete