Sunday, 19 March 2017

PAS SANGGAH UMNO YANG MAHU KEHADAPAN KEMUKA RRU 355


THERE WERE ENEMIES TO OUSTER ZAHID FROM BAGAN DATUK
I feel Zahid at times likes to imagine. He has imagined before.

He imagined he would be defeated in Bagan Datuk by his enemies.

He imagined that an old man would visit Najib's house at night to ask for forgiveness for a supposed topple plot.

He has now imagined that he could take Pas by the hand, tell them that he and Umno wants to table their (Pas) RUU 355, expect Pas to agree and then tell the voters it was Umno who did it with the help of Pas and live happily ever after with Pas.

But Zahid could not have imagined how smart some Pas members could be when they realised what Umno was up to. Has Zahid ever imagined what Hadi imagines ?

How about finding out if Zahid has ever imagined what would it be like if indeed there were enemies waiting for his ouster from Bagan Datuk, Umno and the Government all together ? Don't you think this is not impossible given the history that many Deputy PMs never made it ?

p.s. I think Zahid is a smart man. Therefore there is no need for him to imagine too much.
ReplyDelete
  1. Hadi has never listened to Imagine...by john lenno


PAKATAN KEARAH TSUNAMI MELAYU

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berjaya menangkap imaginasi kearah perpaduan  Melayu dan Islam bila beliau mengisytiharkan Kerajaan BN akan mengambil tanggungjawab untuk bentang sendiri Rang Undang-Undang 355 dalam sidang Parlimen kali ini.

Kenyataan ini mempastikan  pembentangannya tidak lagi akan ditangguhkan dan menampakkan UMNO nekad untuk bekerjasama dengan Pas walaupun mahal harga yang terpaksa dibayar untuk membangunkan ombak Tsunami Melayu.

Kata Zahid bersadur emosi: " Untuk kita menyatukan orang-orang Melayu ,biarlah kita kehilangan segelintir kawan kita, tapi kita akan dapat kawan baharu yang kumpulannya lebih besar bersama-sama kita"

Sesiapapun akan memahami dengan mudah kenyataan itu  sebagai Zahid bermaksud biarlah UMNO  berpisah dengan MCA ,MIC atau lain-lain parti komponen yang menentang RUU 355 asalkan dapat bekerjasama dengan PAS.

Bayangkan sebelum ini dengan  ketakutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk mengulangi ungkapan Tsunami China setelah dibantah oleh orang-orang China kerana  menuduh mereka bertanggungjawab atas  kekalahan besar  BN dalam pilihanraya lalu.

Dan sekarang UMNO sanggup korbankan kawan lamanya sejak sebelum merdeka demi kerjasama dengan  Pas yang menjadi pencabar utama UMNO sejak sebelum merdeka  dan pernah menganggap UMNO  sebagai kafir.

Bagaimanapun penerimaan Pas tidak seperti yang diimaginasi oleh Najib atau  Zahid. Presiden Pas Dato' Seri Abdul Hadi Awang serta merta membuat kenyataan  yang menampakkan ketidakselesaan  Pas untuk UMNO kehadapan yang   memperkecilkan peranan utama Pas dalam menuntut hukuman lebih berat ke atas orang Islam dibawah kuasa jenayah Mahkamah Syariah.

Haji Hadi tidak mengalu-alukan kesediaan kerajaan untuk kehadapan sebaliknya  mengatakan bahawa Pas akan mengkaji lebih dahulu draf pindaan itu sebelum di bawa ke Dewan Rakyat dan  menegaskan sekali lagi  Pas mahu menjamin  hak orang bukan Islam dalam pindaan  itu.

Konklusinya ialah  UMNO bagitu ghairah untuk mendapat kerjasama politik dari Pas sekalipun terpaksa mengorbankan kawan lamanya tetapi Pas lebih waspada dan masih sensitif terhadap perasaan bukan Melayu dan mahu menjaga maruah di kalangan ahlinya.

Pas masih berada  dalam keadaan tidak pasti samada kerjasama dengan kerajaan akan menguntungkannya atau dengan pihak lain akan lebih mempastikan kedudukan pentingnya  dalam kerajaan baru selepas pilihanraya ke 14 kelak.

27 comments:

  1. Umno pening,pas mabuk..22 tak guna.

    ReplyDelete
  2. RUU355 adalah survival politik.

    PAS dilihat berjaya menggunakan isu hudud untuk terus relevan di persada politik dan mahu meneruskannya menggunakan isu baru RUU355.

    UMNO yang sedang mengah mencari sesuatu untuk kekal dipilih oleh orang Melayu terpaksa mwrampasnya atau dalam bahasa lembutnya "berkongsi" dengan PAS dalam isu yang sama.

    PAS juga tidak mahu kesipuan atau ketipuan memerlukan mereka berhati hati.

    ReplyDelete
  3. Nik abduh kena bancuh pengundi PAS. This is a good sign within PAS...the grassroots have started to voice their displeasure with golongan pemimpin PAS. Hopefully depa ada chance bancuh hadi nanti.

    ReplyDelete
  4. Saya sokong ruu ni kerana ianya bakal menghasilkan golongan graduan drebar uber dan graduan jual nasi lemak yg bertaraf dunia...ahak ahak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin siap Simpeli dengan gaduan nasi lemak beri lesen pada penjual nasi lemak tepi jalan.

      Tun mahathir menghasilkan geraduan mlvk swasta yg tak berguna pada pasaran kerja

      Lupakah anda Murid tun mahathir ada lima orang
      1)azmin
      2)najib
      3)anwar ibaraham
      4)kahairuddin
      5)rafizi

      Anda semua tahu sejarah macam mana azmin terima jadi murid tun mahathir itu

      Delete
    2. Labu 18.19 aku rasa kau ni anak murid Profesor Serba Tau dari GG...cocok sangat dari segi IQ

      Delete
  5. Salam tan sri.
    Apa yang saya nampak dalam isu RUU355 ini, bukan lah kerjasama antara umno dan pas.
    Tetapi lebih pada menarik sokongan pengundi melayu terutama diluar bandar.
    Pada pru13, berlaku stunami cina. Kedudukan ini tidak akan berubah pada pru14 jika diambil kira dari keadaan politik semasa.
    Lagi pun umno hanya bertanding dikawasan majoriti melayu, maka menarik hati pengundi melayu itu lebih penting dari pengundi cina dan india.
    Berapa sangatlah kerusi yang boleh disumbangkan oleh mca, gerakan dan mic jika dibandingkan dengan kerusi umno yang bakal hilang jika tidak digilap hati melayu.
    Pertandingan 3penjuru dalam kawasan melayu tidak dapat dielakkan dalam pru14. Antara umno, pas dan ppbm/pkr/amanah.
    Isu agama adalah isu yang sangat sensitif bagi orang melayu. Sebab itu pas boleh "hidup" sejak ditubuhkan dan dapat kekal dikelantan. Setiap pilihanraya umno boleh janjikan bulan dan bintang dan tabur duit tapi pengundi tetap pilih pas yang dilihat sebagai "parti islam". Apa yang ada dalan minda pengundi ini biar makan ubi kayu pun tak apa asalkan diperintah oleh kerajaan islam.
    Jadi untuk "mencuri" pengundi ini maka najib juga bersedia menunjukkan kepimpinannya juga lebih islam dari umno yang terdahulu.
    Najib tidak akan kisah dari natijah yang akan berlaku disebalik tindakkan ini asalkan mampu mempertahankan kuasa. Dikawasan bandar umno sudah tidak boleh menipu pengundi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suatu pandangan yang menarik, tajam,dengan logik dan kebenarannya.

      Delete
    2. Joe harry....i agree with your assesment about the kampong malay mentality when it comes to religion, and bahasa, and anything melayu. Sometimes i just wonder...why? Ni dah dekad kedua, abad ke 21 dah...still sama.

      Delete
    3. Generasi pertama felda Mungkin byk yg sokong Umno tp dah byk yg mati tinggal generasi kedua ni tengok dah benci Umno..

      Delete
  6. Klu pas ikhlas ttg RUU ini, biaq pi la ameno bentang, ape masalahny... Puak pas hanya perlu sokong sahaja angkat tangan aje la di parlimen, tak perlu la pulak tak datang bersidang... Nak undi atau nak kan keredhaan Tuhan... Tak perlu la nak kecik2 hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu tu potong stim laaa...habih nak cari makan dgn isu apa lagi?

      Delete
  7. pas hanya main olok olok saja dgn ruu355 bukan tujuan untuk melaksanakan pun. tujuan ruu355 pas hnya sekadar modal untuk menipu pengundi melayu. bila kerajaan bn pula ambil alih keadaan sudah berubah..ruu355 makan tuan

    ReplyDelete
  8. Saya lihat ramai macai2 yang menulis komen di sini terpengaruh dengan pemikiran zam yang jumud dan tidak berpaksikan ilmu akidah yang sebenar. Tambahan lagi Zam ini pro Kassim Ahmad yang menolak kerasulan Nabi Muhammad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori la kawan, ramai kat sini educated, boleh fikir sendiri tanpa pengaruh sapa2.

      Delete
    2. To badut...i use my own brain. Do you?

      Delete
    3. Oh..yeke..terima kasih.

      Delete
    4. Badut Zam, kau mengaku mau jadi badut zam ? Berapa zam bayar kau ataupun kau buat secara percoma ? Apapun, aku respek sama kau sebab kau tak mintak dedak. Caya la !

      Delete
    5. "Badut Zam, kau mengaku mau jadi badut zam ? Berapa zam bayar kau ataupun kau buat secara percoma ? Apapun, aku respek sama kau sebab kau tak mintak dedak. Caya la !"

      Sori. Aku tak berminat nak minta respek orang macam kau pun saudara.

      Delete
  9. bukan terpengaruh dgn zam tetapi teladan yang pemimpin pas tunjukkan sejak azali memang dasar putar belit demi kepentingan jawatan individu. tambah pula zaman lobai hadi.. lagi seduit pun tak boleh percaya dengan cakap lobai pas.

    ReplyDelete
  10. I feel Zahid at times likes to imagine. He has imagined before.

    He imagined he would be defeated in Bagan Datuk by his enemies.

    He imagined that an old man would visit Najib's house at night to ask for forgiveness for a supposed topple plot.

    He has now imagined that he could take Pas by the hand, tell them that he and Umno wants to table their (Pas) RUU 355, expect Pas to agree and then tell the voters it was Umno who did it with the help of Pas and live happily ever after with Pas.

    But Zahid could not have imagined how smart some Pas members could be when they realised what Umno was up to. Has Zahid ever imagined what Hadi imagines ?

    How about finding out if Zahid has ever imagined what would it be like if indeed there were enemies waiting for his ouster from Bagan Datuk, Umno and the Government all together ? Don't you think this is not impossible given the history that many Deputy PMs never made it ?

    p.s. I think Zahid is a smart man. Therefore there is no need for him to imagine too much.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi has never listened to Imagine...by john lennon.

      Delete
    2. "...no religion too..." haha

      Delete
  11. panglimo potaseh22 March 2017 at 08:59

    Mutakhir ini begitu lah keadaan ugama kita .. Islam. Ugama yang di katakan membawa kedamaian, boleh menyatukan umat, semua ilmu ada dalam nye, kesamarataan, tidak dzolim, melindungi perempuan, pahala dan sangat mudah dan endah.

    Kalau kita buka punat TV .. buka mata dan telinga .. kalau ada berita pasal perang, gaduh, rasuah, tindas, tipu, rasuah, rogol .. tutup lah mata dan pekapkan telinga kamu, supaya kamu tak tahu di mana ianya berlaku. Kok ada terdengar pun anggap lah ia angkara Sang Yahudi.

    Lepas tu mari kita berkhayal pula dengar cerita uztas kita tegakan Islam. Terkekeh-kekeh penonton gelak termasuk Sang VIP. Nak kasi gelak dan terhibur lagi, dijemput pula artis kelakar, penyanyi dan pelakon sinatron. Sosok tubuh ini lah jugak yang di kutuknya, jika artis tu tak de.

    Ustaz ni suka kita contohi nabi .. tapi bila kita tengok perut Sang Ustaz ni .. atau penyakit yang hinggap pada mereka .. tak tersampai akal kita untuk memikirkannya.

    Ceramah ustaz la ni semakin mudah .. cerita cam mana nak kumpul pahala dan terus dibagi tikit ke syurga. Ustaz dah berjaya bentuk imij mereka sebagai injineer lebuhraya untuk ke syurga .. mooodah katanye. Susah kita nak cari ustaz yang nak sibarkan islam supaya dapat di kongsikan dengan Sang Kapir Laknat. Asik tegak .. tegak dan tegak kan ugama saja.

    Akhir nye UMNO yang dianggap kapir oleh PAS pun tahu yang ugama Islam dah jadi komoditi besar untuk diniagakan. Ia boleh digadai dan di cagarkan. Untung dari niaga ugama .. masyaallah .. besarnye. Senang kira macam jual air doa lah .. rm4.50 sebotol kecik, 20 sen didermakan pada Si miskin .. modalnye pun hanya 30sen je .. alah air mineral tu.

    Ha sekarang ni dek besarnye pengaruh ugama, PM kita pun dah pandai berserban, duduk bersimpuh dara sunti sambil berjubah .. malah dah pandai bergendang untuk panggil malaikat.

    Jom lepas ni, mari lah kita saksikan siapa yang jadi juara ugama .. UMNO atau PAS.

    ReplyDelete
  12. Just received an automated call today.

    Someone is conducting a phone survey to find out if voter's position on RUU35 will influence whom they will vote for in GE14.

    ReplyDelete
  13. Dalam Tan Sri,

    Dulu2 kita kata Anwar Ibrahim spt sesumpah 'chameleon' kerana atas pentas berkaraoke...berlenggok.dan bergoyang..dia kalahkan semua termasuk Durtete.

    Bila bercakap pasal dosa pahala....ulamak pun dia kalahkan...dia tahu semua pasal halal haram.
    Malah menampilan diri dgn berjubah dan berserban nak pasti semua Melayu Islam terutama Pas dan Hadi lihat betapa...serius dia dlm perkara ugama.....juga semasa dia hentam Myamamar dlm perkara pembunuhan pelarian Islam Rohingya.

    Bila bercakap pasal BRIM...."kita taambbbaaah lagi duuuittt..bla bla,,"...dia kalahkan org jual lelong dipasar malam.

    Bila bergolof....dia bermain dgn Pemimpin No Satu dunia...bukan dgn calang2 org.

    Tetapi mungkin secara kebetulan pula dia juga MO1 yg dituduh okeh DOJ Amerika yg BALUN DUIT NEGARA.

    Kira dia lah segala2nya....sentiasa MO1.....Hebat dalam semua hal.

    Tetapi memang ini perangai semula jadi sesumpah agaknya...dpt menyesuaikan diri dlm semua keadaan.


    Tetapi bila mantan PM yg berumur 90an mahu berdebat....dia lari lintang pukang.
    Gerun....sebab dia sebenarnya tidak hebat sbg pemimpin...malah seorg PM yg paling lemah dan teruk dlm sejarah negara.

    Rakyat tahu dan dia sendiri pun tahu...bini dia lagi tahu.
    Kita tolak Anwar kerana masalah moral dan kini kits berhadapan dgn pemimpin yg serupa juga....rendah moral malah menzalimi rakyat dalam bnyk perkara..

    Dia wajar dinyahkan sahaja.



    ReplyDelete
  14. Salam Tan Sri,

    RALAT!!!

    (lontaran... (msh 12.25)

    Para pertama...perlu dibaca..

    " Dulu2 kita kata Anwar Ibrahim spt sesumpah 'chameleon'kini Najib serupa dia kerana.....".

    Harap maaf.

    ReplyDelete