Wednesday, 15 March 2017

MENJELANG RUU 355 MAHKAMAH SYARIAH KELANTAN DISOAL TAK HUKUM PEMIMPIN PAS ENGKAR BAIAH

HADI BERSUBHAT DENGAN UMNO NAK TUTUP KEMUNGKARANNYA

Seorang penyokong PAS yang terkejut dengan desakan saya supaya  Presiden Pas Haji Hadi pelopori jalani hukuman sebat,telah menuduh saya rosak akidah tetapi reaksi ramai mewajarkan  hukuman itu  kerana  Mahkamah Syariah  Kelantan yang mempunyai kuasa  pun tidak menjalankan hukuman baiah keatas ahlinya sebaliknya disepikan sahaja hingga ke hari ini.

Bukan kerana itu sahaja mereka mahu  Haji Hadi disebat tetapi juga kerana mencemarkan pendirian Islam Pas yang berubah-ubah  dari perjuangan  Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan kemudian sekarang mahu melindungi kegagalannya dengan pindaan Akta 355.Bacalah komen-komen di bawah ini dan juga di bawah tajuk posting terdahulu " SEBAT DULU HAJI HADI 100 ROTAN..........." 


MEMBEKUKAN AKAL FIKIRAN WARAS
Janganlah ketaksuban pada tokoh tertentu mengkaburkan pandangan mata serta membekukan akal fikiran waras kita. Berpuluh-puluh tahun mengkafirkan golongan tertentu hingga memecahbelahkan masyarakat, keluarga dan mencemarkan kemuliaan mimbar masjid2 dengan mengadakan solat berjemaah 2 imam. Kenapakah tiba2 saja "mereka" boleh pula berpakaian sedondon berpegangan tangan kononnya demi bangsa dan agama.??? Apakah akal fikiran yang waras yang diberikan kepada kita tidak dapat memikirkan 'eh..eh.. apa dah jadi ni..?
Apakah amanat yang ditinggalkan oleh Lukman Hakim kepada anaknya? Apakah yang dipesan oleh Allah SWT kepada nabi Muhamad supaya manusia serta umatnya tidak tergolong dalam golongan yang kerugian?
Berkata Lukman Hakim..."Wahai anak-anak ku. Janganlah kamu membuat itu ini...". Allah berfirman "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali.....".

Kalau di dalam Al-Quran kesemua itu disebut sebagai 'berpesan, berpesan pesan dengan kesabaran'. Di zaman ini ia perlulah difahami sebagai pendidikan, mendidik dan memberi tunjuk ajar akan baik dan buruk sesuatu perkara itu 'dengan kesabaran' yang membawa erti dengan penuh kelembutan dan keikhlasan. Ayat2 itu tidaklah menganjurkan kita membuat pesanan atau pendidikan secara kekerasan dengan meningkatkan hukuman bermatlamat menakutkan.
Jika benar hukuman keras yang menakutkan dapat membentuk akhlak manusia mejadi lebih baik maka tak perlulah lagi diadakan segala polis, tentera dan juga penjara didunia ini. Bukankah disetiap negara ada undang-undangnya sendiri tetapi apakah hasilnya..?

RUU355 ini bukanlah penyelesaian atau penawar kepada keruntuhan akhlak orang Islam di Malaysia. Mereka yang memperjuangkan akta ini pun tahu kebenarannya tetapi RUU355 ini hanyalah satu lagi produk yang berteraskan agama yang dicipta untuk diraih keuntungannya seperti juga produk kismis doa dan air minuman yang diperkuatkan dengan bacaan 30 juz Al-Quran.

Sekali lagi, janganlah ketabsuban kepada tokoh tertentu membekukan akal fikiran kita. RUU355 ini hanyalah satu modal politik demi survival mereka ( PAS & ditumpangi oleh UMNO ) dalam menghadapi PRU14 tidak lama lagi. Dipergunakan untuk mengalihkan perhatian orang Melayu & Islam daripada perkara lain yang lebih penting lagi demi masa depan negara ini. Tidak lebih dari itu, kerana itulah "mereka" boleh melupakan soal amanat yang mengkafirkan dahulu dan bergandingan tangan hari ini. Modal mereka adalah memanipulasikan ketabsuban pengikut mereka dengan RUU355 sebagai modal serta sedikit dedak sebagai pengerasnya... .

BAIAH PAS BUKAN CALANG -CALANG
Hukum Islam ada 3 ia-itu Hudud,Qisas dan Takzir. Hukum Baiah boleh diketogerikan ke dalam hukum takzir. Bekas pemimpin PAS yang telah engkar pada Baiah itu boleh disabitkan ke Mahkamah Syariah Kelantan. Baiah yang dibuat oleh pemimpin PAS itu bukan calang-calang Baiah kerana disusun sedemikian rupa agar para pemimpinnya tidak melompat ke parti lain.

Baiah itu mempunyai hitam putih (surat akuan sumpah ) bertanda tangan dan setiap calun pemimpin membacanya secara bersumpah dengan nama Allah didepan beberapa saksi. Maka terjadilah hukum syariat bersabit dengan hukum Islam. Jumudnya pemikiran sesaorang itu jika dia tak nampak bahawa apa yang dimeterai dalam Baiah itu telah menjadi hukum Allah. Apa dia? Ia-itu cerai takliq talak 3 dan hasil pendapatan yang didapati menjadi Haram dimakan.

Semasa kontrovesi ini panas kerana menjadi buah mulut masyarakat Islam Malaysia yang tertanya-tanya; sama ada benar atau tidak;Baiah itu wujud atau tidak,akhirnya isu itu ditelan oleh masa.Muncul pula RUU 355 siap dengan berdemo lagi dan hal ini menjadi polimik masyarakat Islam terhadap orang-orang yang tidak menyokongnya diberi satu gelaran. Memberi gelaran ini sudah menjadi resam para perjuang PAS.Mengelar-gelar manusia lain sebenarnya memperlihat sikap jumud yang ada dalam diri sendiri. Sila lihat dan dengar sendiri masalah Baiah terungkai dengan sendirinya;benar hal itu wujud,apabila hal ini didedahkan di DUN Kelantan yang bersidang. Sila rujuk pada You Tube: Pertikaian Baiah Calon dan Pemecatan Husam dari PAS.

Kesimpulannya,kesemua yang engkar boleh bersabit ke Makamah Syariah Kelantan dibawah hukum takzir.Perjuangan PAS sinonim dengan perjuangan menegakkan hukum Islam tapi apa yang berlaku,hukum Islam yang diwujudkan,hukum Islam itu jugak yang mereka engkar.Para pemimpin PAS membiarkan kemungkaran itu berlaku.Maka benarlah pemikiran mereka ini jumud.Sendiri buat sendiri engkar!!! Parti Antam Saje (PAS).
ReplyDelete

PAS BERBAIK DENGAN REGIM KLEPTOCRACY CEMARKAN ISLAM
Amat bernas sekali pandangan Saudara MOHD NASIR BUKIT TINGGI. Terima Kasih.
Memang benar, sikap dan pegangan PAS berubah-rubah. Dulu nak buat 'Negara Islam'. Bila berkawan dengan DAP, mereka ubah jadi 'Negara Kebajikan'. Bila menjadi semakin lemah akibat berpecah kepada Amanah, boleh pula berbaik-baik dengan UMNO-Najib yang  dicop sebagai Kleptocracy.

Pada saya PAS lebih banyak mencemar kemuliaan Islam apabila berbaik-baik dengan UMNO-Najib. Oleh kerana PAS mengunakan wajah Islam untuk berpolitik, masyarakat bukan-Islam akan memandang serong pada Agama kita jika PAS berbaik-baik dengan regim Kleptocracy.

Saya setuju dengan pandangan TS Zam bahawa Haji Hadi yang sepatutnya disebat kerana mengkafirkan UMNO dahulu.
Delete
ReplyDelete

25 comments:

  1. Terima kasih kerana komen saya sebelum ini mendapat perhatian daripada Zam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamba Allah, untuk bacaan anda, isu kafir mengafir tahun 80an. Silalah google jika anda benar2 ingin tahu.

      http://drmaza.com/home/?p=2255

      Delete
    2. Saudara Hamba Allah.
      Sila baca pautan yang diberi oleh Anon 1535. Terima Kasih Saudara Anon. 1535.

      Ada yang berpendapat... Amanat Hj.Hadi juga lah yang mencetuskan incident Memali pada 19Nov.1985. Malah Ibrahim diistihar sebagai mati-Syahid oleh Pengikut PAS, ketika itu.

      Untuk mengetahui lebih lanjut, sila goggle 'Memali' atau 'Ibrahim Libya'.

      Delete
    3. Tidak usahlah saudara nak menyekolahkan saya google itu dan google ini.

      Mengenai isu Amanat Haji Hadi, Haji Hadi pernah meminta supaya dia diberikan peluang untuk bercakap secara live selama 1 jam dalam RTM. Namun, Rais Yatim tidak memberikan peluang ini kepada beliau.

      Sehinggakan beliau berkata "Satu langkah kita ke hadapan, 10 langkah Umno undur ke belakang." Kerana Umno takut untuk memberikan peluang kepada beliau untuk berucap.

      Berani kerana benar, takut kerana salah.

      Masihkah kita ingat pesawat yang jenazah Allahyarham Fadil Nor diiringi awan ketika diiringi awan untuk membawanya balik ke Kedah sehinggakan pilot yang berbangsa india masuk Islam kerana peristiwa ini. Bukankah ini tanda-tanda kebenaran orang yang memperjuangkan Islam untuk kita berfikir? Malangnya orang-orang ini dilabelkan sebagai jumud oleh sesetengah pemimpin Umno (termasuk Zam sendiri).

      Delete
    4. So terbuktilah Hamba Allah ni penyokong totok PAS yg tidak berminat sedikit pun untuk berbincang secara terbuka (open mind). Mula2 tanya mana bukti, dah diberikan bukti cuba melencong topik lain pulak. Sauda Hamba Allah, tahun 2012/13 dah x perlu RTM untuk buat kenyataan. Jika Haji Hadi ikhlas untuk membetulkan keadaan banyak dah media2 alternatif waktu itu.

      Haji Hadi bukan Ustaz Fadhil. Mungkin TS Zam boleh ulas lebih lanjut perbezaan ketara mereka.

      Delete
    5. Sdr hamba allah 08.15...isu hadi cakap live kat rtm tak relevan. Isu nya...hadi dah kafirkan orang2 umno. Isunya, orang2 PAS dulu dan skrg tidak menyanggah amanat hadi. Apa pendapat awak? Awak setuju atau tidak dgn amanat hadi...ya/tidak?

      Delete
    6. Kalau sudah sampai pada peringkat percaya awan mengiringi penerbangan jenazah Allahyarham Fadhil ke Alur Setar maka tidaklah perlu Tan Sri memajangkan lagi perbahasan dengan hamba Allah ini kerana taraf berfikirnya sama dengan orang -orang Hindu yang percaya gempa bumi berlaku di India kerana kematian Ghandhi.
      Taraf berfikir orang ini sama dengan orang yang percaya air jampi,kismis jampi dan sebagainya boleh mencerdikan akal anak-anak kita.
      Allahyarham Ex MB Kelantan Datuk Nik Aziz patut jampi kolam bekalan air di Kelantan maka seluruh orang Kelantan yang nimunnya cerdik yetapi sayang masih ramai yang macam Hamba Allah ini tidak dapat berfikir secara rasional. Bila ada tekanan yang fikiran logik maka semakin nampak kefanatikannya walaupun dia nafi sebagai bukan orang Pas.

      Delete
    7. "So terbuktilah Hamba Allah ni penyokong totok PAS yg tidak berminat sedikit pun untuk berbincang secara terbuka (open mind). Mula2 tanya mana bukti, dah diberikan bukti cuba melencong topik lain pulak."

      Jika saudara kata isu kafir-mengkafir ini berlaku 1980-an. Saya cuba perhalusi perkara berikut.

      Menurut Haji Hadi, perbuatan-perbuatan pemimpin Umno ketika itu boleh menyebabkan seseorang itu boleh menyebabkan seseorang terkeluar dari Islam.

      Ketika itu pemimpin-pemimpin Umno menghina hukum hudud dengan mengatakan orang Islam akan kudung tangan. Tiada orang akan boleh buat bangunan. Boleh buat sup tangan.

      Sebenarnya, perbuatan-perbuatan ini boleh membuatkan seseorang itu terkeluar daripada Islam. Tetapi, Haji Hadi berharap perbuatan-perbuatan pemimpin Umno ini dibuat dalam keadaan dia tidak tahu atau jahiliyah.

      Apa yang dikatakan oleh Haji Hadi itu benar iaitu perbuatan-perbuatan menghina hukum hudud dalam keadaan kita tahu dan sedar sebenarnya membuatkan seseorang itu boleh terkeluar dari Islam.

      Delete
    8. "Isu nya...hadi dah kafirkan orang2 umno. Isunya, orang2 PAS dulu dan skrg tidak menyanggah amanat hadi. Apa pendapat awak? Awak setuju atau tidak dgn amanat hadi...ya/tidak?"

      Saudara.

      Haji Hadi tidak mengkafirkan orang-orang Umno. Apa yang Haji Hadi terangkan ialah perbuatan-perbuatan pemimpin Umno yang menghina hukum Allah atau lebih tepatnya hukum hudud.

      Pemimpin-pemimpin Umno ketika itu menurut Haji Hadi mengatakan jika dilaksanakan hukum hudud, akan kudung tangan, buat sup tangan, tidak akan ada orang boleh buat bangunan dan jalan raya.

      Sebenarnya, perbuatan-perbuatan ini membuatkan seseorang itu terkeluar daripada Islam dengan menghina hukum Allah s.w.t. Tetapi Haji Hadi berharap agar tindakan pemimpin-pemimpin Umno dibuat dalam keadaan mereka jahiliyah atau tidak tahu.

      Untuk makluman saudara, saya bukan orang Pas. Jika orang-orang Pas menyokong amanat Haji Hadi terpulang kepada mereka.

      Tetapi saya menyokong kenyataan Haji Hadi mengenai perbuatan-perbuatan seseorang Islam yang boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam jika menghina hukum Allah s.w.t.

      Wallahualam.

      Delete
    9. "Bila ada tekanan yang fikiran logik maka semakin nampak kefanatikannya walaupun dia nafi sebagai bukan orang Pas."

      Saudara Manuhara.

      Akal kita sebenarnya perlu dipandukan dengan wahyu iaitu al-Quran dan hadis. Dan bukannya kepada logik akal.

      Dalam matematik,6-1=6. Tetapi, dalam rukun iman, jika kita tidak percaya kepada al-Quran maka iman kita akan menjadi sifar, zero, atau kosong.

      Jika saudara tidak percaya kepada awan yang mengiringi Fadhil Nor, terpulang kepada saudara. Mungkin saudara percaya ianya kebetulan atau tidak percaya langsung.

      Tetapi saudara harus berhati-hati apabila mengatakan kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz. Allahyarham adalah seorang ulama. Bimbang kerana mulut celupar anda bala akan singgah kepada diri anda.

      Ya, memang benar. Saya bukan orang Pas.

      Wallhua'lam.

      Delete
    10. Cerita pasal awan ni 08.15...tiap2 tahun awan besar buat hujan besar hasilkan banjir besar bawak masalah besar di kelantan. Kalau saya kaitkan ini dengan dosa besar kerajaan PAS di kelantan...awak boleh terima tak? Dan tahun lepas R&R Awan Besar kat KESAS highway terbakar habis. Mungkin ada cerita di sebalik awan.

      Delete
    11. Tak ada siapa yang ada otak kurniaan Allah percaya bahawa Hadi tak kafirkan orang UMNO.Kecuali mereka yang tidak dapat pertunjuk dari Allah yang tidak guna kepala atas tetapi gunakan kepala bawah dan gunakan kepala lutut.

      Delete
    12. Maaf..ada type error 6-1=5.

      Delete
    13. "tiap2 tahun awan besar buat hujan besar hasilkan banjir besar bawak masalah besar di kelantan. Kalau saya kaitkan ini dengan dosa besar kerajaan PAS di kelantan...awak boleh terima tak?"

      Saudara,

      Saya tidak boleh terima kenyataan awak ini. Banjir besar ini tiada kaitan dengan dosa-dosa kerajaan PAS Kelantan.

      Banjir besar Kelantan memang berlaku pada tiap-tiap tahun. Menurut ilmu geografi, banjir yang berlaku di kelantan adalah disebabkan oleh pergerakan angin monsun timur laut yang mengakibatkan hujan yang lebat sehingga banjir di pantai timur semenanjung malaysia termasuk Kelantan.

      Tidak kira siapa memerintah, banjir akan tetap berlaku di Kelantan.

      Cakap tu biar berfakta sikit lain kali saudara.

      Delete
    14. "Tak ada siapa yang ada otak kurniaan Allah percaya bahawa Hadi tak kafirkan orang UMNO.Kecuali mereka yang tidak dapat pertunjuk dari Allah yang tidak guna kepala atas tetapi gunakan kepala bawah dan gunakan kepala lutut."

      Saudara Bahadon,

      Kita berfikir menggunakan akal kurniaan Allah dan bukannya otak. Haiwan pun mempunyai otak tetapi tidak mempunyai akal.

      Saya rasa saudara berfikir seperti haiwan yang hanya menggunakan otak.Sebab itu mudah percaya Haji Hadi mengkafikran orang umno.

      Delete
  2. Ni la akibatnya bila agama dipolitikkan. Tafsiran demi tafsiran timbul berdasarkan ego pemimpin, ketaksuban terhadap pemimpin, dan juga ideologi dan aliran politik. Hasilnya bukan perpaduan rakyat tetapi perpecahan.

    Bila ada perpecahan, mereka juga lah yang akan menawarkan segala khidmat sebagai penyatu rakyat berlandaskan hukum agama! Jangan lupa bahawa mereka ini adalah orang politik, cari makan dgn politik. Nak bising soal ruu, kebajikan orang asli di gua musang pun tak terjaga....piiiirah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Anon 11:46.

      Saya berpendapat... jika Kerajaan PAS Kelantan tidak kelabu-mata dek rezeki dari kayu-balak... sebaliknya menjaga kebajikan Orang-Asli di Gua Musang itu... atau sanggup 'beri' apa yang mereka minta ... sudah tentu bersinar-sinar keindahan Islam di Gua Musang.
      Selain dari meraih sokongan berbentuk undi, silap-silap kesemua mereka memelok Islam.

      Delete
    2. Siapa kata Nik Aziz Ulama? Dia ulama politik. Saya tak takut nak kata pada dia kerana dia telah menyesatkan banyak orang Kelantan termasuk Hamba Allah sendiri sehingga percaya dia sebagai ulama

      Delete
  3. Kelahiran Islam melalui dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dakwah melalui keperibadian yang mulia termasuklah dari segi tutur bahasa dan perbuatan baginda sendiri dan menyebabkan Islam kekal sehingga kini.

    Sejak zaman penubuhan PAS, tiada sebarang rekod kecemerlangan dalam membangunkan keperibadian Islam sebagai cara hidup. Tiada rekod menunjukkan Islam dilaksanakan dengan baik walaupun telah mentadbir negeri Kelantan sejak akhir tahun 80an.

    PAS tidak berjaya memberikan satu contoh kehidupan Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam sendiri. Bagaimana dakwah yang dijalankan oleh PAS dan berapa ramaikah bukan Islam telah menganut agama Islam di Kelantan selama pentadbiran mereka?

    Rasulullah berdakwah dari Mekah ke Madinah dan berjaya mengembangkan Islam ke seluruh dunia bukan dengan cara menghukum tetapi melalui dakwah dan keperibadian yang mulia.

    Tanpa sedar Tun Mahathir telah membantu menperkukuhkan Islam sewaktu pentadbiran beliau. Ramai pelajar telah dihantar ke negara-negara Timur Tengah dengan harapan apabila mereka pulang, mereka mengembangkan ajaran Islam dengan menambahkan bilangan penganut agama Islam di Malaysia.

    Ketika pentadbiran beliau, masjid-masjid dibina, bilangan ulama bertambah, Islam bebas diamalkan dan banyak lagi kemudahan yang diberikan agar Islam ini dikembangkan. Malangnya mereka yang bergelar ulama ini mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan umat Islam melalui politik dan hanya memikirkan untuk menghukum. Dengarlah mana-mana ceramah oleh mana-mana ustaz, mereka lebih berminat untuk menghukum dan menggalakkan perpecahan, bukannya untuk mengembangkan Islam.

    Tun Mahahir bukanlah agamawan tetapi beliau banyak membuka peluang agar Islam ini dikembangkan. Malangnya kita mengambil peluang untuk berpecah dan PAS tidak pernah berjaya untuk mengembangkan Islam.

    PAS lebih berminat untuk memenangi pilihanraya dan mengaut keuntungan melalui imej Islam. Jika benar PAS mengamalkan Islam, Kelantan sepatutnya telah menjadi negeri termaju di Malaysia malahan boleh dijadikan model pentadbiran oleh negara-negara Islam yang lain.

    Malangnya PAS bukanlah Islam sebenar. PAS hanya menggunakan Islam untuk kepentingan politik mereka dan lebih berminat untuk menghukum bukannya berdakwah sebagaimana permintaan Rasulullah SAW sebelum kewafatan baginda.

    Malangnya umat Islam hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahukah anda cara macam mana Tun mahathir menghukum pas itu dengan kurangkan peruntukan pada kelantan dan terenganur 'pas pulak bertindak balas dengan menutup taska milik kerajaan yg kanak2 untuk belajar. Ini akah cara pemerintahan tun mahathir yg ada untuk rakyat malaysia.

      Cara pemerintah pas lemah dari segi pengurusan ekonomi
      Politik dengan kabajikan rakyat patut diutamakan bukan cara kepentingan politik. Umno biar Kelantan di biarkan miskin dan terenganur pula ambil hasil minyaknya. Pas harus ubah sikap jika mahu menjadi politik yg baik.
      Jadi bn dan parti pembangkang lain kena berkerjasama tentang ekonomi. Oleh rasuah dan salah guna kuasa boleh mereka bangkang menbangkang.

      Saya tak penah lihat zaman pemerintah tun mahathir sama2 berbincang baik soal ekonomi dan duduk semeja dengan negeri ditakbir oleh pembangkang yg di mana semua mahu di politik kan oleh tun mahathir itu sampaikan buat jambatan di kelantan pun mahu letak nama bn tak mahu letak lambang kerajaan malaysia dimana tun mahathir takut ia politikan parti pembangkang .

      Seorang presiden dan pendana menteri akan beri manafaat pada semua negeri walaupun negeri itu takbir oleh pembangkang. Tun mahathir bukan seorang pm yg baik dia hanya ahli politik je

      Delete
    2. anon 14:16...labu labu...betul ke fakta yang kau bagi tu atau pakai hentam je ke...komen pun macam budak tadika...kah kah

      Delete
    3. Anon 14:06, Tun Mahathir bukan tuhan yang boleh memberi rezeki kepada pemimpin PAS di Kelantan dan Terengganu. Ekonomi Malaysia mula meningkat apabila Tun Mahathir menukar Malaysia negara berasaskan Pertanian kepada perindustrian. Jika tidak berlaku pertukaran ini dari mana kerajaan ketika itu memperolehi sumber kewangan? Adakah semudah kerajaan hari ini dengan hanya membuat pinjaman dari negara lain dan menekan rakyat untuk membayar balik hutang ini?

      Dalam al-Quran banyak mengajar tentang pelbagai bidang termasuklah ekonomi. Ke mana semua ilmuan Islam yang sepatutnya dikumpulkan oleh PAS untuk membantu mereka mentadbir sebuah negeri kecil dan menjadi contoh pentadbiran Islam dari pelbagai segi?

      Lucunya mereka hanya mampu memikirkan bagaimana untuk mengasingkan antara lelaki dan perempuan di pasaraya. Bagaimana dengan pendidikan? Bagaimana dengan ekonomi?

      Hasil rujukan Rasulullah SAW tidak pernah menjalankan hukuman hudud kerana setiap umat Islam dididik dengan baik tentang agama Islam. Adakah PAS mendidik ahlinya dengan baik? Tidak! Sebab itulah mereka perlu menghukum kerana mereka sendiri gagal untuk mendidik ahli dan penduduk Kelantan apa itu Islam.

      Islam pada PAS hanyalah untuk menjadi ahli politik dan berpecah sesama sendiri serta menang pilihanraya. Tidak lebih dari itu. Jalan mudah atas kegagalan menjadi negeri Islam dan contoh pentadbiran Islam yang baik ialah salahkan Tun Mahathir.

      Mereka tidak pernah berusaha untuk mendidik tetapi sentiasa mempunyai alasan untuk menyalahkan orang lain.

      Delete
  4. Trgamak org2 yg brpengtahuan ugama..memperlekehkan Allah..dgn prbuatan mereka..
    Smoga Allah mengasihani mereka dunia hingga ke akhirat...smoga keturunan mereka tidak di azab oleh Allah..

    ReplyDelete
  5. Hadi dan nik abduh dan dll pemimpin pas paham kerr soal ekonomi? Selain isu ruu, isu ekonomi ni penting jugak utk umat islam di malaysia!!! Tak pernah pun dgr hadi dan nik abduh cakap pasal hutang negara, inflasi, nilai ringgit, 1mdb, src, fgvh, src, bandar malaysia, dll. Balik2 gebang pasal ruu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulama kena menelusuri sejarah seblm merdeka bagaimana pihak British ambil cukai dari pihak Sultan2 Melayu...asas pentadbiran Sultan2 dhlu adalah zakat, bila salah satu rukun Islam ini djatuhkan jatuh lah pemerintahan Islam. Ulamak skrg tak dpt memahami sistem kewangan & pemerintahan berasaskan 'fiscal polisi fiat money' jadi bagaimana munkin memahami sosio politik yg telah berubah kearah 'ribakrasi'.

      Delete