Friday, 24 March 2017

MAGIC NAJIB BOLEH LUMPUHKAN PAKATAN HARAPAN.

LIHAT KEKESALAN ZAM  TERHADAP KEGAGALAN DAP (Dalam komen )
TAKZIAH:
Dengan rasa sedih atas suatu kehilangan besar saya ucapkan takziah kepada keluarga Johan Nawawi komposer terkenal yang telah meninggal dunia pagi tadi.Banyaklah bersabar. Alfatihah- ZAM.

Nazri diterima baik oleh Tun Mahathir untuk makan
cendol bersamanya di Lembah Sayong, Perak hari ini.
MAGIC NAJIB.....
Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempunyai magic untuk melumpuhkan pakatan pembangkang - Pakatan Harapan.Sekiranya Pilihanraya Umum Kilat diadakan maka pastinya Pakatan Harapan akan berada dalam keadaan terkapai-kapai.

Pakatan Harapan masih berada dalam keadaan pincang. Memang BN pun belum bersedia sepenuhnya tetapi dengan memiliki tenaga berpengalaman, jentera pilihanraya parti dan kerajaan yang tersedia, boleh mengambil tanggungjawab segera ini berbanding dengan Pakatan Harapan yang rumah tangganya belum siap.

Kajian rambang yang sejujurnya akan mendapati pada keseluruhannya rakyat bersedia untuk menolak kepimpinan Najib Tun Abdul Razak. Tayangan projek-projek syurganya tidak diminati rakyat yang terpaksa membeli ikan rakyat (Ikan Kembong) sekilo RM20.

Bagi rakyat  persetan dengan berbillion projek sedekah Arab Saudi yang tidak mempunyai pentadbiran yang cekap untuk berurusan dengan cepat dan licin dan peduli apa projek dengan cerita besar kumpulan Ali Baba sedangkan dalam realiti harian kehidupan mereka ialah berkongsi seekor ikan kembong tiga orang dalam sesuatu keluarga.

Bagaimanapun keadaan ini tidak bererti mereka akan menolak Barisan Nasional oleh kerana mereka tidak nampak Pakatan Harapan yang rumah tangga mereka belum siap sempurna dan ada yang porak peranda sebagai alternatif .

DAP bermasalah dengan perpecahan dalaman, skandal dan rasuah,PKR bercakaran dengan Pas walaupun dalam satu kerajaan, Amanah tidak menampakkan keberkesanannya mengambil peranan Pas dan kepada rakyat Parti Pribumi Bersatu adalah Tun Mahathir dan Mahathir adalah Pribumi. Bagaimana jika tanpa Mahathir?

Kesilapan Pribumi ialah terperangkap dengan dakyah atau perang sarap UMNO mengatakan Mahathir mahu anaknya Mukhriz jadi Perdana Menteri sehingga takut untuk mengemukakan Mukhriz sebagai pemimpin alternatif  Pribumi sedangkan rakyat terutama pengundi muda mahu melihat pimpinan generasi baru dibariskan sebagai kabinet bayangan Pakatan Harapan.

Mukhriz menawan Kedah kerana wajah mudanya mewarisi generasi baru yang membantu kemenangan wajah-wajah lapok di Kedah.

Pakatan Harapan akan lebih menyakinkan jika kabinet bayangannya membariskan Mukhriz Mahathir, Azmin Ali, Rafizi Ramli (PKR), Tony Pua, dan Husam.

Menonjolkan kepimpinan muda sebagai kabinet bayangan Pakatan Harapan akan memberikan impak yang sangat besar untuk meyakinkan rakyat bahawa Pilihanraya ke 14 tidak sekadarkan untuk gulingkan Najib tetapi juga untuk menggantikan pimpinan yang lapok.

Mahathir juga sewajarnya bertanding dalam Pilihanraya 14 walaupun beliau tidak mahu menjadi Perdana Menteri. Nyanyok hanyalah gelaran yang diberikan oleh orang tidak siuman kepadanya tetapi fikirannya lebih progresif dan dinamik dari Najib atau pondan Padang Rengas.

Orang terus tidak jemu untuk mendengarnya walaupun sudah lebih 20 tahun beliau bersara dibandingkan dengan fikiran Datuk Seri Najib yang tidak pernah dikagumi dan tidak membuka fikiran rakyat.

Dengan sekadar Pribumi diterima dalam Pakatan Harapan, persetujuan menggunakan hanya satu nama, logo dan bendera tidaklah cukup untuk menyakinkan rakyat jika Pakatan Harapan tidak dapat mengemukakan pengerusinya dan juga kabinet bayangannya.

Dalam pilihanraya lalu bila Pas, DAP dan PKR bergabung, rakyat tetap menolak mereka walaupun mata lebam Anwar Ibrahim dikemukakan sebagai kezaliman pemerintahan Mahathir tetapi rakyat tetap memilih Mahathir kerana ekonomi mereka tidak lebam.

Dalam keadaan sekarang walaupun berbillion projek magic yang dibawa oleh Najib dan dihebohkan sebagai yang pertama dan sebagainya tetapi tidak mempengaruhi rakyat terutama rakyat di bandar oleh kerana kehidupan harian mereka ialah tiga orang berksongsi seekor ikan kembong dalam sesebuah keluarga. Inilah yang akan menjatuhkan Najib.

Cuma tinggal satu sahaja lagi magic yang ada di tangan Najib iaitu Pilihanraya Kilat. Jika ini berlaku pastinya Pakatan Harapan akan terperangkap dan terkapai-kapai. Bukan sahaja akan kalah teruk tetapi akan melumpuhkan Pakatan Harapan kerana setakat ini parti ini tidak mencerahkan harapan rakyat dan tidak meyakinkan rakyat sebagai kerajaan alternatif.

 
Walaupun tanpa jemputan, tetapi Tun Dr Mahathir 
telah diberi sambutan hangat dan dihormati di LIMA




Maaf sekiranya terdapat kesilapan ejaan.Akan dibetulkan kemudian-zam

15 comments:

  1. Salam Tan Sri...

    Saya setuju dengan pendapat Tan Sri mengenai kabinet bayangan...nama2 seperti Azmin Ali..Rafizi Ramli..Mukhriz Mahathir....Hatta Hussam....Tony Pua...mereka bukan sahaja bijak..mereka pasti akan melakukan yang terbaik untuk negara...sejujurnya dahulu sebelum isu 1MDB keluar..saya agak kurang senang dengan Tony Pua..tapi bila isu 1MDB ini..beliau memberikan hujah2 yang amat bernas dan benar tentang masalah 1MDB....

    Tapi ingin menukarkan kerajaan BN...pihak Pakatan Harapan diikuti dengan rakyat marhean....harus bekerjasama...untuk menumbangkan kerajaan BN.yang pastinya ianya bukan mudah...mudahan2n impian rakyat marhean tercapai untuk menukar kerajaan...

    #SelamatkanMalaysia #IniKaliLah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berpijak lh di bumi nyata, terima lh hakikat Parti pembangkang lagi teruk dari BN.
      Ppbn, pan, pkr, dap - ketua? Dap
      Keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Buaya ni bangkai pun dibedal nya.
      Nauzubillah

      Delete
  2. Suatu santapan minda yang membina oleh Zam pada pagi ini.

    Saya setuju dengan Zam pada kali ini kerana walaupun bobroknya Najib memimpin Kerajaan Barisan Nasional, pakatan pembangkang masih berseteru antara satu sama lain.

    Lebih tepat lagi, pihak pembangkang masih tidak tahu siapa kawan siapa lawan untuk dihadapi dalam PRU-14.

    Saya fikir Najib akan terus menang dalam PRU-14 walaupun dengan kemenangan yang tipis.

    ReplyDelete
  3. Assalam Bro,Saya ahli UMNO tetapi saya berharap agar BN/UMNO dapat ditumpaskan PRU 14 ini.Saya masih sayangkasn UMNO tetapi saya meluat dengan kerenah sebilangan besar pemimpin UMNO hari ini.

    ReplyDelete
  4. Saya berpendapat Pakatan Harapan tidak mempunyai parti dominan sebagaimana UMNO di dalam BN. Malah parti paling senior pada realitinya adalah DAP yang secara tradisi dianggap seteru UMNO yg mempunyai sejarah perjuangan yg panjang dalam menegakkan ideologi politik mereka. Parti-parti lain hanya mampu berdiri di atas isu-isu panas semasa yang dikuatiri akan menjadi sejuk jika Najib pandai memanipulasikan sentimen rakyat melalui pemberian rasuah, bantuan-bantuan segera malah dengan mencucurkan air mata buaya dalam media perdana merayu undi di saat-saat akhir.

    Senjata ampuh yang boleh digunapakai Pakatan Harapan ialah dengan menjaja kabinet bayangan beserta manifesto bersama, satu parti satu logo dan yang paling penting tiga watak utama mesti menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi dengan yakni Tun M, LKS dan DS Anwar. Pemimpin2 yang lain tidak perlu bernostalgia dengan cerita-cerita lama sejarah perjuangan parti masing-masing dengan mengungkit kisah-kisah di "ISA" oleh Tun M atau bagaimana dulu saling bermusuhan dan sebagainya. Lebih elok dimanfaatkan masa yang ada dengan menyakinkan rakyat gambaran apa yang bakal berlaku sekiranya BN tumbang dan PH mengambil alih Putrajaya. Yakinkan rakyat peranan setiap individu-individu di dalam kabinet bayangan sebagai penyelesai kepada masalah di dalam setiap hal ehwal rakyat termasuk dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Jangan ada mana-mana pemimpin di dalam PH menonjolkan individu-individu daripada parti komponen secara bias melainkan secara saksama.

    Buat masa sekarang, realiti adalah keyakinan rakyat terhadap Tun M kerana beliau satu-satunya pemimpin yang terbukti...dan saya sebagai salah satu rakyat yang terseksa di bawah Najib sekarang melahirkan kerisauan apakah sekiranya Tun M tiada nanti PH akan bercerai berai dan negara akan ranap secara total?

    Pemerhati

    ReplyDelete
  5. Saya benar-benar mengharapkan DAP akan menjadi seperti PAP yang berjaya memecahkan perasaan perkauman rakyat Singapura dengan menekan perkauman China,mengawal peribadi pemimpin-pemimpinnya dengan displin yang keras,menjadi moral autoriti bagi rakyat Singapura,tegas diatas prinsip sosialism berasaskan perlembagaan Malaysia tetapi sayangnya DAP mengambil landasan yang salah terutama dalam menyalin dasar Malaysian Malaysia yang tidak sealiran dengan pemikiran orang Melayu yang tebal dengan perasaan Melayu.

    Ini juga kesilapan Lee Kuan Yew dalam pendekatan sosialismenya diMalaysia apabila dia menentang perkauman Melayu untuk mengambil hati orang China seperti dia menentang perkauman China di Singapura untuk memenangi hati semua kaum menerusi Bahasa Inggeris.
    Singapura adalah cosmopolitan dan Malaysia masih dalam kekampungan dalam feuadalisme agama dan takhtat.

    Jalan yang diambil di Singapura ternyata betul tetapi menidakan kefanatikan orang Melayu kepada Raja-Raja adalah suatu kesilapan di Malaysia.
    Lebih menyedihkan akhirnya Lim Kit Siang gagal untuk mengawal nafsu metrialisme anaknnya sendiri dan moral pemimpin-pemimpinnya.
    Mungkimn LKS sudah sedar sekarang tetapi bukan senang untuk membersihkan moral DAP seperti LKY dan mewariskan nilai moral tidak sahaja kepada ahli partinya tetapi kepada pembangkang di Singapura.
    Bagaimanapun saya percaya DAP masih mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan orang Cina untuk mengambilaleh peranan MCA dalam kerajaan sekiranya Pakatan Harapan berjaya menguasai Putrajaya.
    Pemimpin-pemimpin baru DAP lebih memahami suasana politik Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Tahun 2008 bn kalah 6 negari termasuk Wilayah. Masa tu sentimen ABU baru mula. Tahun 2013 kerusi parlimen bn terus turun, sentimen anti budak tingkat 4 masa tu terus kekal.

    Kali ni sentimen ABU pun dah menular meluas, ahli umno sendiri meluat. Soal perpecahan undi kerana pertandingan 3 penjuru; saya rasa tak betul. PAS pun dah pecah 2 ke Amanah.

    Sentimen anti bn kuat skrg. Sentimen percaya terhadap PAS pun dah turun sbb PAS gagal jawab dgn menyakinkan pasal derma rm90j. Benda simple pun tak boleh jawab, macamana nak tadbir belanjawan negara berbillion? Pada saya PH boleh menang berdasar sentimen skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimpi!!!!!!
      PRK sg besar & kuala kangsar adalah bukti Melayu terpaksa pilih BN sebab ph (pakatan haprak lagi teruk dari BN)

      Delete
  7. Untuk lebih mantap diharapkan PH dapat menamakan pemimpin pribumi Sabah dan Sarawak dalam kabinet bayangan.

    ReplyDelete
  8. Berundur dengan hormat adalah satu situasi yang dilepaskan oleh Najib.

    Apa pilihan yang dia ada?
    Terus menang di atas kezaliman?
    Jatuh tersungkur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakan daya kuasanya dalam genggaman orang lain.. ibarat berkokok ada melawan jauh sekali. jadi pak turut kata orang kampung dulu dulu. kata orang sekarang queen control. dah nasib badan ..labu

      Delete
  9. Rashid Mohd Baling25 March 2017 at 10:26

    Saya memahami tulisan zam ini sebagai suatu provokasi kepada Pakatan Harapan yang tidak menampakan urgency untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan segera sedangkan BN telah pun menjalankan kempen mereka secara terbuka dan secara sembunyi.
    Rakyat telah bersiapsedia untuk menggulingkan Najib tetapi Pakatan Harapan tidak menyediakan ruang yang memberikan harapan kepada rakyat.Cepatlah berkerja selesaikan masalah.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Ini suatu provokasi Zam terhadap Pakatan Harapan yang bergerak terlalu slow dan tidak sepertimana kecepatan yang diharapkan oleh rakyat.

    ReplyDelete
  12. Tiada apa yang mustahil untuk berlaku di dunia yang fanak ini, ramai rakyat kita hanya menunggu PRU 14, kami senyap bukan bererti kami tak tahu apa yang berlaku di luar sana,ramai yang sudah tak tahan lagi dengan sara hidup yang terlalu sempit,kami mengharapkan perubahan demi masa depan yang jauh lebih baik dari sekarang..!!

    ReplyDelete