Sunday, 26 March 2017

KONGRES BUDAYA MESTI TENTANG PENGARABAN BANGSA MELAYU

Tok Lebai Azmin Ali
Saya angkat topi kepada Tan Sri Rais Yatim yang terus gigih untuk memperjuangkan bangsa berbudaya tetapi  saya tidak pasti samaada Tan Sri melihat  anasir yang membawa keruntuhan identiti dan kekuatan bangsa adalah kerana kepercayaan kearaban adalah keislaman.

Kemerosotan Kebudayaan Melayu dan kehilangan dinamisme pemikiran Melayu bukan kerana anasir negatif budaya Barat dari aspek pemikiran bebas,liberal,tak bermoral,tidak Islamik dan sebagainya tetapi kerana kekeliruan terhadap nilai kekuatan sebenar dalam kefahaman Islam.

Kongkongan pemikiran agama yang tertutup menyebabkan wujudnya keadaan ini.

Pakaian Arab dan amalan-amalan kearaban  disekutukan dengan ke islaman."Kearaban adalah keislaman dan  keislaman adalah kearaban"

Telah lenyap dalam keseragaman pakaian kebangsaan Melayu bersongkok hitam pada hari-hari kebesaran; hari raya, majlis kenduri ,sembahyang Jumaat bagi lelaki dan berbaju kurung moden atau tradisi dan bertudung bagi wanita.

Identiti ini telah  hilang lenyap dari surau dan masjid di Semenanjung Tanah Melayu di lindungi oleh kopiah putih, serban, jubah dan sebagainya.

Keseragaman  dalam pakaian Kebangsaan Melayu hanya masih boleh dilihat di Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei pada hari-hari  kebesaran atau pada majlis-majlis kenduri tetapi di semenanjung sudah tidak lagi menunjol.

Ini berbanding dengan Majlis-majlis kenduri kahwin di Brunei dan Sarawak yang  keceriaanya dan kegemilangnya terlihat dengan para tetamu berpakaian kebangsaan Melayu dan wanita-wanitanya berpakaian Melayu dan tidak berjubah

Malah untuk sembahyang waktu  pun di Sarawak, Sabah dan Brunei bumiputeranya berbaju Melayu  dan bersongkok hitam.

Akhbar Utusan Melayu adalah  akhbar yang menjuarai penentangan keras terhadap penjajahan budaya dan  pemikiran Arab dan penghormatan melampau terhadap bangsa Arab dari sejak tahun 30an.

Anak Taiping berpendidikan Inggeris dan kemudiannya menjadi Presiden Singapura Allahyarham Yusuf Ishak yang merupakan Pengasas Utusan Melayu  telah  menubuhkan Utusan Melayu  dalam tahun 30an  kerana tidak mahu penerbitan Melayu terus di kuasai oleh orang Arab.

Adiknya, Aziz Ishak yang pernah menjadi Menteri Pertanian dalam kabinet Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman menulis" Pada tahun 1930an perasaan anti Arab dan Jawi Peranakan berkembang dalam kalangan Melayu di negeri-negeri Melayu terutama di Johor dan Singapura.Nasionalisme ini mendahului kebangkitan menentang penjajahan Inggeris( Mencari Bako hlm 5)

Yusuf Ishak mulanya  berkerja  dengan akhbar Warta Malaya  kepunyaan keluargra Arab  Alsagof di Singapura tetapi  bila merasa diexploitasi beliau berhenti dan  kemudian menubuhkan Utusan Melayu dan membunuh Warta Malaya dengan mengambil  wartawan terkemukanya Abdul Rahim Kajai untuk berkerja dengan Utusan Melayu.

Yusuf sedar, Alsagof  mahu menghancurkan Utusan Melayu. Beliau melawan habis-habisan dengan kerja keras bersama rakan-rakan Melayu yang sejiwa dengannya sehingga berjaya menamatkan riwayat Warta Malaya.

Semasa saya menjadi Menteri Penerangan saya mensyaratkan penceramah agama di RTM berpakaian kebangsaan  dengan bersongkok Melayu dan semua perserta program takbir Hariraya Raya mestil berpakaian kebangsaan. Hanya mufti-mufti negeri sahaja yang boleh memakai terbus merah dengan lilitan putih untuk ceramah di RTM bagi menunjukan autoriti dan membezakan mereka dengan ustaz-ustaz biasa.

Kongres Pembudayaan Tamadun Tinggi 4 April ini di Universiti Malaya mestilah melihat pengaraban bangsa Melayu yang sedang berjalan tanpa sedar ini dengan secara serious.

Langkah jangka panjang yang berani dan bersetratijik mestilah dirangka untuk mengeluarkan Melayu dari kefahaman Islam yang sempit dan nasionalisme Melayu yang berasaskan sentimen perpaduan Melayu Malaysia dan Indonesia yang terlihat lebih  ditumpukan kepada Minang.

Matinya Tulisan Jawi adalah kerana sentimen Melayu hendak menyatukan bahasa Melayu dan Indonesia berasaskan persamaan ejaan yang diperjuangkan oleh ASAS 50.

Anak- anak Melayu di sekolah-sekolah harus didoktrinkan dari awal dengan kemegahan songkok nasional  dengan mewajibkan pemakaiannya dari kelas rendah untuk sembahyang Jumaat seperti pegawai kerajaan wajib memakai batik setiap Khamis.

Orang Melayu mesti  disedarkan Arab bukan Islam dan Islam bukan Arab.

Pencapaian dan kejayaan kita sebagai suatu bangsa moden dan bermaruah adalah dengan pemikiran yang dapat melihat aspek  progresif  Islam menerusi pendidikan dan keilmuan  Barat. Inilah  anasir yang membuka minda Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Ismail dan Tun Dr.Mahathir dalam memajukan Islam di negara ini.

Mestilah diakui hakikat bahawa tidak ada kemajuan keilmuan  Islam dalam sains, teknologi dan lain-lain sejak sekian lama kecuali kegemilangan zaman silam yang diulang cerita. Banyak intelektual Arab yang progresif yang lari ke Barat kerana tekanan ulama-ulama jumud yang menghalang pentafsiran Islam yang dinamik berasaskan  Quran dan Hadis.

Pembudayaan Tamadun Tinggi Bangsa Malaysia  mestilah berasaskan kepada nilai - nilai universal Islam, sezaman, dinamik, terbuka dan progresif dan bukannya kemelayuan dan keminangan  yang sempit atau keislaman yang kearaban.

34 comments:

  1. Salam Tan Sri.

    Melayu semua boleh.

    Ada org kata....Kalau pakai Kain sarong masa sembahyang...bila sujud nampak aurat...nanti tak sah sembahyang.

    Jadi kena pakai jubah...lebih afdal...lebih Islam....dan ikut sunnah.

    Jubah pula meeting warna putih atau hitam.
    Hijau pun ok.....Kira pas sebab warna parti Islam PAS.

    Kurta labuh pun ok adalah ada seluar panjang...Tetapi sarong atau kain kurang elok..tak begitu oomph.

    Kalau pakai songkok putih (Ketayap...kata org Kedah)...Ok...tetapi itu budaya yg dibawah oleh Cina Muslim....tidak begitu oomph...sama mcm pakai songkok hitam juga.

    Jadi pakai serban lebih afdal....lebih Islam ikut sunnah.

    Sebut Iftar...bila berbuka puasa.... Tazkirah atau Taksiah bukan sebut ceramah...dan Tahllullsiyasi bila bercerita tentang Perbincangan atau meeting..
    dsb.

    Bila dtg masjid lambat pun masih mahu siku kiri kanan ..langkah semua yg satang awal.. kerana masih mahu keSaf depan dibelakang imam....sebab mahu pahala lebih.

    Alahai Melayu.

    Apa susah jadi...bila ketua2 ugama dan ustaz mee segera pun berperangai begini...siap dgn dalil yg dipilih....tetapi dgn lantang menyokong penyamun spt Bugis dan ketua spt Hadi.

    Kasihan Melayu...Lebih kepada penampilan...
    dan kearaban tetapi sebenarnya ilmu ugama masih kosong dlm diri.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju dengan 23:42.Dengan hanya berpakaian cara pak dan mak arab,orang me_layu rasa dapat mencapai tahap tertinggi kewarakkan tanpa perlu membaca Al-Quran dengan teliti.Majoriti tidak minat membaca.Kalau baca pulak tak faham.Sudah diternak dari kecil oleh tok guru supaya kita jangan guna akal dan banyak bertanya.

      Delete
  2. Tujuan maksud dan niat zam sangat bagus.

    Tetapi takut akhirnya, kita kembali berpolemik kepada remeh temeh dan Islamnya entah ke mana.

    Islam menekankan akhlak, apa saja yang dipakai nampak indah.

    Tetapi lanun kalau pun jadi nakhoda, berpakaian baju Melayu Kebangsaan lengkap tetap dilihat huduh dan merosakan identiti pakaian tersebut.

    ReplyDelete
  3. orang melayu di negara ini memang suka mengikut dan mudah terikut ikut apa saja termasuk budaya luar, malah menjadikan kebanggaan pula bagi sesetengah pihak. hakikatnya jatidiri orang melayu masih lemah bermula dari pemimpin atasan sampai ke gelangdangan di tepi jalan.

    ReplyDelete
  4. Saya juga risau ada agenda untuk MENGARABKAN bangsa melayu in the name of islam. This is wrong, ethically amd morally.

    ReplyDelete
  5. Afrini Idham.Kedah.27 March 2017 at 07:59

    Diharap Tan Sri Rais tidak terus berkhayal dengan Dunia Melayu dan dunia Minang dalam Kongres Budaya 17 ini kerana Sultan Johor sendiri pun tidak senang dengan perangai ke Araban Bangsa Melayu. Bacalah interviu Sultan Johor dengan Star online hariinni

    ReplyDelete
  6. Ada orang mengatakan saya berpakat dengan Sultan Johor mengkritik Melayu meniru budaya Arab. Saya menapikan samasekali. Pertama sekali siapalah saya dan saya tidak ada hubungan langsung dengan Sulan Johor sekarang.
    Siaran kritikan saya menerusi blog dan juga Sultan Johor dalam Star berlaku secara kebetulan. Tetapi setiap orang harus membaca interviu dengan Sultan Johor itu yang bertajuk " STOP TRYING TO BE LIKE ARABS,RULERS ADVISES MALAYS" yang tersiar di Star hari ini dan saya rasa wajib bagi akhbar2 Melayu menterjemah dan menyiarkannya.

    ReplyDelete
  7. Baju Melayu dan bajubkurung hanya wajib di Perhimpunan Agong Umno

    ReplyDelete
  8. SAYA TIDAK SETUJU DENGAN ZAM
    Dalam beberapa perkara saya tidak setuju dengan sudut pandangan Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) dalam posting terbaru beliau dalam blog zamkata. Dalam postingnya beliau kelihatan meletakkan faktor kelemahan orang Melayu kerana tidak dapat membezakan Islam dan Arab.

    Beliau melihat apabila orang Melayu berpakaian ala Arab dan menganggap Arab itu sebagai Islam. Inilah faktor yang melemahkan orang Melayu, kata Zam. Hujah ini kita perlu sanggah kerana hakikatnya hilangnya identiti dan lunturnya Islam dalam kalangan orang Melayu disebabkan terjebak dengan modenisme cara Barat.

    Seks bebas dan LGBT tidak datang disebabkan oleh proses Arabisasi. Kemunculan peguam wanita kontroversi juga bukan hasil Arabisasi.
    Hilangnya bahasa Melayu serta adab budaya Melayu kerana pengaruh Westernisasi.

    Zam harus keluar daripada belenggu zaman anti Arab yang pernah dilaluinya pada tahun 1950-an hingga 1970-an dulu. Zaman itu sudah lama berlalu dan sangat tidak adil kalau kita menganggap wanita yang bertudung atau lelaki yang memakai kopiah putih sebagai salah faham Arab itu sebagai Islam atau Islam itu adalah Arab. Wanita memilih bertudung bukan kerana Arab tetapi tuntutan Islam.

    Tetapi Zam terlupa bahawa ancaman generasi muda hari ini adalah liberalisasi media yang membawa sebanyak-banyaknya pengaruh dan idealisme Barat yang bertentangan dengan Islam.

    Zam tidak boleh menafikan bahawa liberalisme dan sekularisme Barat menjadi punca sesetengah Melayu hilang jati diri bangsa dan agama.

    Sepatutnya Zam bimbang dengan berleluasanya pembudayaan cara Barat di televisyen tempatan daripada paranoid dengan orang yang pergi sembahyang Jumaat memakai jubah atau berkopiah putih. Adakah ini menunjukkan Zam boleh menerima pelanggaran agama dan moral sekarang sebagai satu dinamisme yang baik untuk orang Melayu?

    Hujah Zam orang Melayu mundur kerana terpengaruh dengan budaya Arab yang disekutukan dengan Islam. Tetapi rujukan Zam bahawa kelolotan Melayu disebabkan serangan idealisme kearaban sangat longgar.

    Untuk makluman, bukanlah ertinya kemajuan kalau kita mengikut keburukan sosial yang di Barat pun sudah ditinggalkan. Kerana mengikut "kemajuan" cara Baratlah sesetengah Melayu menjadi mat salih di negara ini.

    Kalau Zam terus takut dengan kearaban, saya fikir beliau perlu meninjau pengajian Islam secara menyeluruh kerana perkara-perkara yang ditimbulkan Zam tidak ada kepada mereka yang bertudung atau berkopiah putih. Sebahagian besar daripada mereka sangat dinamik pemikirannya termasuk dalam bidang sains dan sosial.

    (Dari facebook Ku Seman)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kristian koptik dan Yahudi kuat bertudung.Kerosakkan menjadi arab lebih buruk daripada menjadi'western'.Berapa kerat orang Melayu sejak merdeka yang menjadi kebaratan,jika dibandingkan dengan kecanduan menjadi arab?Kitab tulisan tangan tok guru yang orang melayu anuti,bukannya Al-Quran.

      Delete
    2. Politicalamity928 March 2017 at 22:06

      hang ni lari tajuk la kuseman.. orang cerita bab Arab=Islam, Islam=Arab.... tak cerita bab keruntuhan akhlak yang berpunca dari macam2. Mundur dengan keruntuhan akhlak agak berbeza.

      sebab apa kita nak keluar dari belenggu anti-Arab? hang ingat arab suka ka melayu kita ni?

      Apa beza sesetaengah melayu jadi mat salleh dengan sesetengah melayu jadi arab? sama ja kot, 2x5, 5x2.

      Delete
  9. Kuseman sangat salah. Kalau kita nak jadi Arab, mana ada lagi Melayu.

    ReplyDelete
  10. Hanya mufti-mufti negeri sahaja yang boleh memakai terbus merah dengan lilitan putih untuk ceramah di RTM bagi menunjukan autoriti dan membezakan mereka dengan ustaz-ustaz biasa.

    agak2 lagu mana pakaian rasulullah saw serta khalifah2 yg empat, tak sama dgn yg lain2 kot?.

    ReplyDelete
  11. Hujah Zam adalah hujah orang kurang akal.Semacam masih anti Islam macam Tun Dr Mahathir Mohamad ketika jadi perdana menteri malaysia selama lebih 20 tahun itu yang sering mempersenda sendakan hukum hudud.Kelihatan sangat anti dengan kupiah warna putih macam masih dominasinya benci dengan Pas dan ulamak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi orang yang menganut agama PAS,semua orang adalah tidak berakal.Puaskah orang yang warak tanpa memahami peringatan Allah di dalam Al-Quran.Kupiah putih itu tidak ada kena mengena dengan kebenaran.

      Delete
  12. Tan Sri Zam.

    Kalau Melayu suka juga pakai ala Arab, lagi bagus terjun ke laut.

    Alasan sunnah kalau pakai macam Arab adalah alasan yang lemah...macam bangsa itu juga.

    Orang Arab suka pakai pakaian modern...orang Melayu pula yang sibuk mau pakai Arab.

    Oooi orang Melayu, sedar diri la...cermin muka dulu...ada macam muka Arab ka?...kamu bukan Arab dan tidak akan dapat jadi Arab kecuali itu keturunan nenek moyang kamu...jadi jangan la minta puji...tau malu la sikit oooi!

    Nenek moyang aku tidak ada pakaian lain, kecuali pakaian Arab sebab itu adalah pakaian bangsa keturunan mereka sejak beratus-ratus ribu ribu tahun lagi...tetapi tiada pula wasiat yang diturunkan kepada kami supaya pakai macam Arab...TIDAK ADA!

    Sedar la, itu bukan pakaian bangsa Melayu...itu adalah pakaian bangsa Arab sama ada Arab Islam, Arab Kristian, Arab Jahiliyah, Arab Bedioun, Arab Kafir atau Arab yang makan babi...kamu faham ka?

    ReplyDelete
  13. Tan Sri Zam.

    1. Maka itunya Islam itu bukan diturunkan hanya untuk orang Arab.

    2. Yang diturunkan itu adalah RahmatNya...bukan nya fashion baju orang Arab.

    3. Biar la orang Arab dengan pakaian nya...orang Cina dengan pakaian nya...dan, seterusnya orang Melayu dengan pakaian nya...asalkan jangan telanjang!

    4. Tidak ada kena mengena budaya pakaian dengan Islam...begitu juga bangsa dengan Islam...Islam itu Islam...RahmatNya, bukan budayaNya atau bangsaNya...jauh sekali la pakaianNya.

    5. Datuknenek moyang kami tidak pernah menyindir atau menghina pakaian orang2 Melayu...malahan mereka menerima pakaian Melayu...makanan Melayu...bahasa Melayu...isteri2 mereka juga orang Melayu Nusantara...terutama sekali pakaian wanita Melayu yang pakai selendang...ada foto2 lama sebagai bukti.

    6. Antara mereka bersahabat, mereka bertutur dalam bahasa Arab...tetapi, dengan orang lain mereka bertutur dalam bahasa Melayu ikut tempat dan loghat...itu la sebabnya Islam bolih berkembang ke Nusantara.

    7. Sifat2 mereka, bukan semua lah sebab ada juga yang macam syaitan, adalah sifat2 manusia yang suka bergaul dengan suku2 kaum dan bangsa2 lain, bukan mengasingkan diri dengan pakaian dan tingkah laku.

    8. Jadi pakaian Arab yang mana satu kamu Melayu suka pakai?...pakaian Arab Hadralmaut Yemen berbeza dengan Arab Saudi walaupun mereka suku2 kaum Arab di Semenanjung Arabia...jadi, jangan cakap la antara beratus2 suku2 kaum Arab di Timur Tengah dengan fesyen yang berbeza beza.

    9. Fesyen Arab Hadi Awang aku tidak tau Arab dari mana...kena tanya dia la...dia tu orang Arab ka pakai begitu?

    10. Kenapa orang Melayu suka sangat mau jadi Arab?...inferior complex ka dengan bangsa sendiri?...macam tiada identity langsung...tau malu la sikit oooi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 1000% dengan sukasamasuka.Melayu semakin hari semakin bangang dan bangsat.Kuat makan belacan sampai meresap ke otak.Malas membaca.Tidak perlu membaca,kerana hanya dengan berjanggut, berjubah,berkupiah,berpurdah,berpoligami,dan berjubur,maka secara otomatik akan masuk surga.Kuat menyembah tok guru,sama seperti orang kristian menyembah Jesus,daripada menyembah Allah.

      Delete
  14. Tan Sri Zam.

    kuseman kuhussain 27 March 2017 at 15:43 ada komen yang antara lain "....bahawa ancaman generasi muda hari ini adalah liberalisasi media yang membawa sebanyak-banyaknya pengaruh dan idealisme Barat yang bertentangan dengan Islam."

    1. Ancaman anak muda pada hari ini adalah tidak ada cukup pekerjaan dimana sebanyak 650,000 orang tidak ada kerja dan 25% daripada nya adalah yang berpelajaran tinggi...bukannya media yang liberal.

    2. Kalau masih tidak faham ancaman seperti ini, pergi masuk dalam hutan cari kulit kayu buat baju dan ubi kayu untuk makan.

    3. Siapa yang bilang "idealisme Barat yang bertentangan dengan Islam"?

    4. Apa ka idea demokrasi berperliamen itu suatu idealisma Barat lalu bertentangan dengan Islam?

    5. Apa ka sistem persekolahan sekarang ini juga idealisma Barat ala British lalu ia bertentangan dengan Islam?

    Jadi baca dan hafal 30 quz AlQuran sudah cukup la untuk cari kerja dibank2, dikilang2 dan buat handphone?

    6. Berapa ekor saja Melayu khususnya dan orang Malaysia amnya, yang gay dan LBGT nie?...rasa2nya ada sampai 650,000 orang ka?

    Mari kita sebat durang ini cukup cukup di khalayak ramai...100 sebatan!

    Setidak tidak nya dapat juga menjana satu pekerjaan baru sebagai Tukang Sebat...hantar mereka training di Saudi Arabia dan Pakistan!

    7. Isu Arab dan Islam ini baru saja timbul sudah dekat2 PRU14 atas usaha UMNO dan PAS...tiba2 semua mau champion pasal Hudud supaya lagi Islam...sampai lupa pasal pencuri dan lanun yang digelar MO1!

    8. Cuba la ba kalau berani itu orang2 UMNO dan orang2 PAS kasi laksanakan Hukum Hudud dan Syariah di Malaysia...kalau berani buat la!

    9. Jangan cakap saja ba...kalau berani cakap, mesti berani buat...BUAT LA KALAU BERANI sebab ini kan Malaysia, kamu yang punya!

    10. Zaman pemikiran Utusan Melayu sudah berlalu...tiada tempat sudah di bumi Malaysia...hanya saki bakinya sahaja.

    Kita ingin mencabar orang2 Utusan...UMNO dan PAS untuk laksanakan Hukum Syariah di bumi Malaysia...itu pun kalau kamu ini anak jantan la....kita tengok macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 1100% dengan sukasamasuka.Buat pertama kalinya saya tidak bersetuju dengan Ku Seman.Adakah ini Ku Seman yang sejati?Sekiranya ini Ku Seman yang sebenar,maka saya rasa,...inilah kesan daripada kehilangan pekerjaan yang sangat disayangi.Tidak hairanlah ramai yang memilih dedak.

      Delete
  15. Saya melayu muslim. Saya pin tak setuju dengan cobasn mengARABkan bangsaku.

    To writer kuseman, u r not addressing the issue intelligently. This is not sbout lgbt or the likes...it is about melayu viz arab.

    I was in tokyo attending a conference. Standing besides me were two muslim arabs. One of them previous nite approached me to borrow my compass to locate the direction of the kiblat. Hardly hours later, they came back to their room, 3 room away drunk and messy. Arabs in their jubah.....drunk!

    At a farewell lunch, i just took fruits and juices. The arsb guys wallop whatever were served. I told them the food were not halal snd the response was..THIS IS TOKYO, NOT MECCA. Wine free flowing..

    I prefer to be in baju melayu and stick to my guru agama's teachings. Proud to be a muslim malay, not arabianised...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sdra Zam dan Anon 13.13....

      Sy setuju 100 peratus dgn lontaran sdra...walau pun bukan semua Pak Arab begitu.

      Sy lebih senang dgn baju Melayu atau org Kedah panggil baju 'teluk belanga' dan sarong bila bersembahyang.

      Itu yg ayah dan jiran2 kampung dan hampir keseluruhan org Melayu dulu2 pergi sembahyang disurau2 dan masjid2 lazim nya....termasuk pergi majlis2 ugama....kecuali bila hari kebesaran spt Hari Raya dan majlis kenduri kahwin.

      Dan secara jujur..
      sy tidak nmpk apa yg kurang...
      atau cela atau bercanggah dgn ajaran ugama malah masih kemas dan menutup aurat.

      Tetapi sekali2 ada ustaz dan alim ulama yg berjubah dtg.
      Tetapi mereka masih sembahyang sbg jemaah dan di imamkan oleh org surau atau Masjid yg berbaju Melayu dan bersarong.

      Selalunya...org2 Melayu yg datang berjubah dan berserban adalah mereka2 yg pernah belajar dan berkelulusan dari Timur Tengah sama ada Mesir...Jordan atau Saudi Arabia.
      Pokoknya....tiada apa2 isu yg timbul...org yg bersarong dan berbaju Melayu pun tidak merasa janggal atau tersipu2 bila menjadi imam.

      Kini semua ini telah berlalu dan apa yg pasti...
      Imam surau dan Masjid mesti berjubah dan berserban (kalau boleh)..yg berbaju Melayu atau bersarong duduk saf belakang...atau kata org Kedah "pi main jauh...hangpa toksah mimpi nak jadi imam lagi....jadi bilal atau tok siak boleh lah ".

      Jamal Khir...Jakim dan Ketua2 Ugama tentu ada jawapanya...tetapi yg sy tahu Jamal Khir juga penyokong tegar Bugis ketua Melayu Islam yg dituduh penyamun.

      Dan berbalik pd zaman dulu2...ayah sy..ayah Zam...ayah Tun M....Ptg2 kampung yg lazimnya berbaju Kebangsaan Melayu atau bersarong bila bersembahyang tetapi masih menutup aurat.. kira 'lagu mana' hukumnya.

      Yg sy pasti org2 ini jauh lebih berilmu...Lebih bertawazud pd Ugama dan Allah SWT dan tidak spt cerdik pandai Ugama yg berjubah dan berserban kearaban spt yg kita lihatjuga dewasa ini...tetapi merapu yg bukan2.

      Lihat Hadi....Ustaz Azhar Idrus yg ala kearaban pun kita boleh buat kesimpulan....Tentang Melayu Islam.





      Delete
    2. Politicalamity928 March 2017 at 22:10

      cerita bab ni teringat saya satu hari di airport dubai... seorang arab datang ke western outlet...tanya nak order makan, is it halal or not...bila tanya nak minum apa..jawabnya..beer....hahahaha....

      Delete
  16. Saya hairan kenapa pembahas menggunakan nama samaran atau langsung tidak ada nama? Nak takut apa kalau kita bertanggungjawab atas pemikiran kita dan yakin yang dikatakan itu lahir dari kewarasan. Budaya lempar batu sembunyi tangan dan suka menyorok ini bukan budaya Melayu. Takut dikenakan tindakan? Kalau takut duduk dalam kelambu diam-diam dan jangan tunjuk berani. Ayuh kita mahu melahirkan pemberani untuk menentang "Arab". Saya fikir kalau pandangan kita salah atau bertentangan dengan pemerintah sekalipun belum ada lagi yang ditangkap dan dipenjarakan. Nak berhujah dengan memakai topeng? Tolonglah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan Sri Zam.

      kuseman kuhussain 28 March 2017 at 13:57 ada berkata..." Budaya lempar batu sembunyi tangan dan suka menyorok ini bukan budaya Melayu."

      1. Memang betul kata kata saudara kuseman kuhussain ini. Aku hormat kata kata keramat ini sampai bila bila masa.

      2. Memang tepat, ini bukan budaya Melayu.

      3. Dan, ini juga bukan budaya liberalisma Barat.

      4. Tetapi, dimana bumi di pijak disitu la langit di junjung.

      5. Ini Malaysia...tanah air ku yang ku sayang tetapi tiada siapa yang dapat menjamin keselematan diri aku dan keluarga aku dari dianiaya kerana pendapat kita berbeza...ini la Malayisa, tanah air ku.

      6. Mungkin disuatu masa nanti...mungkin masa cucu cicit aku...entah bila, aku sendiri tidak akan tau...Malaysia ini akan bebas jua seperti negara "Islam" di Barat seperti UK, America, Switzerland, Norway dan seterusnya, saudara kuseman kuhussain.

      7. Saudara kuseman kuhussain akan tau bila kita bebas, yakni bila kita bolih bersuara dimana rakyat Malaysia duduk sama rendah, berdiri sama tinggi...dimana raja dan rakyat sama sahaja seperti yang dijanjikan olihNya dalam Surah Al-Hujurat ayat 13 yang berbunyi..."Wahai umat manusia....Sesunguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)"

      8. Lagi baik aku bertopeng daripada masuk dalam ting simen.

      9. Aku hanya penjual mee goreng ditepi jalan raya...masih banyak mulut yang terpaksa aku mau tanggung.

      10. Yang aku ada saudara kuseman kuhussain, hanya la suara kecil, itu pun diruang blog ini sahaja, kalau Tan Sri Zam sudi...otherwise, I am nothing...nothing!

      Delete
    2. Salam sdra Ku Seman.

      Dlm perkara ini...yakani MEMBERI komen2 didlm blog2...adalah lumrah pembahas2 mengguna mama samaran atau 'abbreviation'.

      Bukan takut kalau identiti diketahui...atau disaman dsb...cuma sekadar berhujah atau memberi pandangan2 yg diri rasai bernas atau ada merit...Itu sahaja.

      Lain lah dgn Zam..DAKJ...Che Det..Sangmongkol atau sdra sendiri yg ada nama dan sbg.

      Penulis2 dan pembahas2 yg boleh dikatakan 'amature'...Hanyalah org2 spt Kami yg kepingin bersuara Dan tidak setinggi tahap sdra.

      Tidak perlu sdra berkehendakan nama sebenar kerana initial Hanyalah pembahasan.

      Malah blogger spt DAKJ pun faham dan membenarkan pembahas2 MEMBERI nama samaran.

      Kecualilah kalau melanggar undang2.
      Seluruh dunia pun menerima Cara begini.

      Delete
    3. "Aku menulis bukan kerna nama"....Nama samaran,lempar batu sembunyi tangan dan memakai topeng.Apakah 'kebenaran' itu punya nama,umur,jantina,bangsa,nombor kad pengenalan dan alamat rumah?Cukupkah hanya dengan mengatakan yang nama aku Najib dan aku Pahlawan Bugis yang pantang menyerah kalah,....dan disokong pula oleh anak cina dari Pulau Pinang yang menggunakan 2 nama?

      Delete
  17. Kuseman dlm blog guna anom adalah kebiasan.Yg penting nya ada faka atau substance pengunjung tetap baca dan menilai nya.Kenapa yg Kuseman kecoh pasal ni? Awak sepatutnya jawab hujah2 dgn berasas dan bkn alih tajuk.Mungkin juga awak skrg takde kerja tetap..

    ReplyDelete
  18. "Real" rupanya!

    ReplyDelete
  19. Melayu originally, are SZUNNIS.
    Arabised Camel dung tainted Malyoos Totoks are heading to becone SZIONISt.
    ..It is a no brainer that,churning out akal-frer brown-neck racist is great for retaining political power.
    If u know what i mean, wink2

    ReplyDelete
  20. Saya terkejut dengan pandangan inward looking Ku Seman dengan bersikap prejudis terhadap nilai-nilai Barat dan menuduh Barat bertanggungjawab diatas keruntuhan moral orang Islam Malaysia hanya kerana amalam kebebasan masyarakat Barat.

    Kemanusian dunia Barat yang boleh menumpangkan negaranya bagi perlindungan ribuan orang Islam juga harus dinilai dari segi moral dan bukan hanya dari sudut LGBT,pakaian dan sebagainya.

    Saya ingin bertanya adakah Ku Seman menyedari ribuan orang Islam yang lari dari negara-negara Arab dengan menyeberangi laut dan sanggup membuang pakaian identiti mereka untuk hidup di Barat adalah kerana keruntuhan moral Barat atau ketemandunan Barat yang membangunkan kemanusiaan,kemajuan dan kemakmuran yang membolehkan mereka berkongsi bersama orang Islam terutama di UK.Demokrasi Barat juga menyelamatkan mereka.
    Ribuan orang Syria,Jordan dan Iraq malah Pakistani lari mencari kemanusiaan di negara-negara Barat.Adakah ini keruntuhan moral?

    Pakaian Arab berjubah,berserban dan sebagainya tidak lagi melambangkan suatu bangsa bertemadun seperti di zaman nabi-nabi tetapi sekarang melambangkan suatu bangsa yang sedang menghadapi keruntuhan moral yang teruk di mata dunia,tidak tahu menguruskan negara dan emosi mereka tidak terkawal dan dengan mudah dipermain dan di laga-lagakan oleh Barat.Mereka tidak tahu menguruskan negara.

    Memanglah bukan semua yang beruniform Arab tidak terpelajar tetapi kenapalah kita tidak boleh berpakaian kita untuk beribadat dan sebagainya. Ia mempunyai kecantikan dan keperibadian yang tersendiri dan juga melambangkan orang Islam yang lebih mulia dan lebih maju dari orang Arab.

    Pakaian Arab ini bukanlah lagi sunnah jika pemakaiannnya menyusahkan orang Islam dan menimbulkan prasangka buruk kepada orang Islam untuk . Ia adalah pakaian yang melibatkan maruah orang Islam.

    Kenaapakah Maktab Mahmud Alor Setar Kedah sejak lebih 70 tahun lalu t telah mempelopori penukaran kupiah lebai kepada songkok hitam,berseluar dan berkemeja kepada pelajarnya?

    Mudirnya Sheikh Abdul Halim yang progresif tidak mahu Maktab ini dianggap kolot seperti sekolah-sekolah pondok lain di negeri Kedah.Allahyarham mahu Maktab Mahmud ini dilihat sebagai sekolah Arab dan Agama yang moden dan sezaman.

    Pikiran saya tetap kehadapan tetapi ada generasi baru termasuk Ku Seman sendiri yang keliru antara kedepan dan kebelakang dalam dunia intelektualitinya.

    ReplyDelete
  21. Pembtulan ejaan: Para pertama amalan dan bukannya amalam dan maaf jika ada kesilapan ejaan yang lain.

    ReplyDelete
  22. panglimo potaseh29 March 2017 at 18:11

    Itu lah melayu .. mereka senang meminati dan nonton gambar cina dan indu. Tapi kalangan india lebih lagi sang cina, mereka tak ambik pot dengan gambar wayang melayu pun.

    Gitu juga jika melayu rasa diri mereka alim dan untuk memastikan mereka lebih alim dari kalangan melayu lain maka arablah kutub mereka. Semuanye mesti di arabkan .. cakap melayu pun slang arab, makan pun berlaukan ala arab, bersengama pun mungkin cara arab .. sehingga lohe pasangannya.

    Lebih arab lebih islam, maka lebih peluang nak masuk syurga. Yang kurang arabnye tak semperna islamnye .. mungkin boleh jatuh kapir.

    Di era chedet umno tu dikapirkan sebab chedet tak pernah berserban. Sekarang umno dah islam balik .. sejak sang mappadulung dah pandai sarung serban dan mula (buat-buat) meminati irama gelek padang pasir?

    ReplyDelete
  23. Orang Melayu kehilangan identitinya semenjak pembantaian Sultan2 Melayu diNusantara oleh kaum yg kononnya berjiwa "rakyat" yg akhirnya terbukti & terserlah berjiwa "kapitalis" setelah merampas kuasa.

    ReplyDelete