Tuesday, 7 March 2017

KESILAPAN BESAR MALAYSIA TAK TANGKAP DUTA KOREA UTARA


 RAKYAT KITA DIPENJARA JADI TEBUSAN  

Kerana pemikiran traditional, orthodox,conservative,jumud dan tidak ada kemampuan untuk berfikir di luar kotak,maka Malaysia hanya menghalau keluar Duta Korea Utara, Kang Chol pulang setelah negaranya terlibat  melakukan pembunuhan politik yang  dahsyat di Malaysia dengan menggunakan racun yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa.

Tidaklah boleh dinafikan bahawa kejadian ini walaupun sukar untuk di kawal tetapi menimbulkan persoalan yang besar terhadap keupayaan keselamatan Malaysia terutama kerana tersebar video mengenainya dengan bagitu pantas di luar negara.

Saya cukup memahami norma  hubungan deplomatik antarabangsa tetapi kerana kepentingan diri dan maruah, negara-negara besar sendiri seperti Amerika Syarikat dan sekutunya telah menceroboh negara asing untuk menangkap orang yang dikehendakinya atau membunuh pemimpin  yang mereka tidak suka  tetapi Menteri Luar Malaysia ,pegawai-pegawai Wisma Putra  dan Duta -Duta kita masih berkhayal untuk menjadi English Gentleman in The East.

Apa yang dilakukan oleh negara pariah itu terhadap kita bukan sahaja tidak menghormati Deplomatic Decorum tetapi telah memijak muka kita.

Sekarang negara itu  menjadikan rakyat kita sebagai tebusan,menjadikan negaranya sebagai penjara kepada rakyat Malaysia yang  masih ada disana.Sesiapa yang pernah berada di Korea Utara tentulah tahu negara itu sendiri merupakan penjara. Betapa azabnya rakyat kita  yang ditahan di sana tetapi rakyat Korea Utara yang di tahan di Malaysia akan bersyukur jika di tahan lebih lama disini kerana ini negara surga bagi mereka.

Di bawah ini saya siarkan posting di tweet saya sejak semalam meminta supaya kerajaan Malaysia menangkap Duta Korea Utara  dan bukannya menghalau dan melepaskannya balik.

Biar dunia gempar dengan tindakan kita walaupun di tahan hanya sehari dua dan dunia akan bersimpati dengan kita sekalipun tindakan itu diluar norma deplomatik dan amalan antarabangsa.

Dengan itu juga,kita akan dapat menebus maruah Malaysia  yang sedang runtuh sekarang tetapi sayang semuanya  telah terlambat sekarang.



  1. Kesilapan besar Malaysia tak tangkap Duta Korea Utrara dan sekarang negara itu memenjarakan rakyat Malaysia sebagai tebusan politik.

    Duta Korea diiringi anggota polis kita untuk dia  berlepas  pulang ke negaranya
  2. Silap saya syor tangkap Duta KU sebelum Duta kita pulang. Jika dah, kita tahan Duta Korea tu sehari dua utk world news kemudian bebaskan

  3. DUNIA AKAN SOKONG TINDAKAN KITA JIKA TANGKAP DUTA KOREA UTARA.AS MASUK KE NEGARA ASING UTK TANGKAP PEMIMPINNYA.NAJIB LEPAS PELUANG POPULAR

  4. Malaysia akan gemparkan dunia dan tebus kembali maruahnya jika tangkap Duta Korea Utara tapi apa yg boleh harap dari menterinya yg ortodox

  5. Msia wajar tangkap Duta Korea Utara, bukan halau pulang walaupun langgar amalan antarabangsa kerna ia lebih biadab membunuh dinegara kita

  6. Tuesday, 7 March 2017 | MYT 1:01 PM( dari Star)

    Malaysian embassy staff safe and sound, says official

    PETALING JAYA: Malaysian diplomatic staff at the embassy in Pyongyang are safe and sound.  
    A Malaysian official confirmed this when contacted and said Wisma Putra is in contact with them and has advised them to continue with their work as usual.  
    “We have communicated with our staff and are in touch with them. They have been advised to lead their lives normally,” said the official on Tuesday. 
    It is understood there is a total of 11 Malaysians in North Korea, comprising three Wisma Putra staff and their six family members, as well as two other Malaysians working for the World Food Programme. 
    The North Koreans have informed the embassy of their decision banning all Malaysians from leaving the country. 
    Officials have described the latest move as further escalating the diplomatic row between the two countries over the assassination of Kim Jong-nam, the exiled half-brother of North Korean leader Kim Jong-un, on Feb 13.
    NAJIB AKAN PASTIKAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT PULANG
    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini memberi jaminan bahawa fokus utama kerajaan pada masa ini adalah memastikan keselamatan dan membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara.
    "Saya telah diberi taklimat terperinci mengenai situasi semasa.
    "Fokus utama kita adalah untuk memastikan keselamatan serta membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di sana,"katanya.
    Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung tindakan Korea Utara menyekat 11 rakyat Malaysia daripada meninggalkan republik itu.

21 comments:

  1. Apa nak heran TS Zam.... negara kita ni kan ketuanya Mat Kepit... eh..eh..silap Mat Klepet...
    Eh..eh.. sama ke?...

    ReplyDelete
  2. Duta dilindungi oleh undang2 antarabangsa. Malah kalau masuk kedalam rumah duta pun kena minta kebenaran. Siapa yg mejalankan hubungan istimewa dengan korean utara kalau bukan zaman tun mahathir pemegang ideology nepostis utara .itu semua cara tun mahathir suka bagi paspot tampa visa pada korean utara. Ini semua disebabkan negara mamak yg punya indeology nopotism utara jadi macam ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak jika nak membantu Najib bukanlah menghentam dengan melulu tanpa memberikan fakta yang benar.Ini tidak akan dapat mempengaruhi orangramai malah diketawakan.

      Mahathir tidak menjalankan dasar nepotisme Korea Utara dan hubungan dengan Komunis adalah diinisiatifkan oleh Tun Razak dengan permulaan hubungan dengan China. Dimana awak tahu Mahathir beri paspot tanpa visa kepada Korea Utara.Orang Korea Utara bukan pelancong.Mereka miskin dan tak dibenarkan keluar negara.Awak ada pelajaran ke?.
      Betulkah negara kita menjalankan ideologi nepotisme utara.
      Ini adalah suatu contoh apa yang pernah dikatakan oleh Datuk Seri Najib pembantu-pembantunya yang bangang.
      Engkau penulis bangang taraf longkang.Tujuan engkau jahat,nak rosakan imej Najib dengan membuat tuduhan melulu.

      Delete
    2. anon 16:34 ni..setiap kali aku tengok komennya di setiap blog TS Zam ni...tak ubah mcm otak letak atas kepala lutut...banggang tak bertempat...

      Delete
    3. anon 1634 m erupakn pencacai jibby..tu yg bodoh melantun lantun..

      Delete
    4. Betul itu mereka bukan pelancong tapi mereka datang ke Malaysia jadi buruh paksa mereka datang Ada pakar it, peniaga,doktar,enginer Dan pekerja buruh Anda Penah tak dengar mereka datang German, India,negara arab Dan Russia terpaksa bagi Wang pada keluarga Kim jong un jika tak keluarga mereka Akan dibunuh, kebanyakan mereka berkerja dengan syarikat Korean utara Dan syarikat2 tempatan negara mereka nak ambil mereka berkerja ini berlaku di negara2 aku tulis itu
      Jadi Kalau tak tahu pasal Korean utara jangan cakap lain kali banyakan menbaca tentang mereka ini mereka pemamal ideologi nepotisme utara anda lihat siapa mula2 ajar ideologi itu dimalaysia kalau bukan tun mahathir itu semua anak2 bekas menteri dilantik jadi menteri jadi jangan heren kalau najib dan anwar ikut jejak ajaran tun mahathir itu mereka itu rakan sepeguruan

      Delete
    5. 17.16 goreng bang goreng sampai hangit

      Delete
  3. Salam. Pemimpin kita lagi tak bermaruah kerana sanggup panggil duta balik dan meninggalkan rakyat atau keluarga malausia yang berkerja di kedutaan Malaysia disana. Sepatutnya seorang kapten perlu tentukan keselamatan anak buahnya berbanding diri nya sendiri. Sifir apa yang dipakai pun tak tahulah.Cakap pandai .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sokong pandangan mu. Memang bercahaya. Kapten cabut dulu. Kes tu berlaku di Malaysia bukan di KU. Apa kejadahnya balik.

      Delete
  4. Mungkin pandangan zam ini agak extreme dan dia sendirisedar pekara ini tidak boleh dilakukan kerana peradaban deplomatik antarabangsa tetapi apakah wajar kita beradab dalam berurusan dengan sebuah negara PARIAH dan kiranya duta Korea itu masih berada dalam tahanan di kediamannya di KL maka dia boeh jadikan bahan tawar menawar dengan kerajaan Korea Utara untuk membebaskan orang-orang kita. Zam talks sense

    ReplyDelete
    Replies
    1. Never argue with a fool or you will have to stoop to their level. Who is the fool? Tepuk dada tanya selera... Ramai dalam ni....

      Delete
  5. Rashid Batu Pahat8 March 2017 at 09:12

    Dalam tulisannya Zam telah menyebutkan Korea Utara sebagai negara Pariah sebelum US menyatakan yang sama dlm ketegangannya dengan Korea Utara sekarang

    ReplyDelete
  6. Bala menimpa lagi. Ni baru 8 tahun...kalu 22 tahun? Anyway, di peringkat antarabangsa, regime Korea U disifatkN sebagai tidak stabil, unpredictable. Dalam kes ni patut semua kakitangan kedutaan di bawa balik dulu. Kepimpinan korea utara mana ada go by the book, mana ada ikut norma norma diplomatik, mana ada respect org lain, dia main bubuh je, korea selatan sebangsa pun dia ancam. Skrg apa jadi? Yo anifah, awat sengap?

    ReplyDelete
  7. In the first place awat kita ada embassy kat North Korea? Apa biz or technology NK yg kita perlu? What benefit can we get out of NK? Why are we wasting tax payers money? Ni yg orang kata takde penyakit cari penyakit.

    ReplyDelete
  8. makan keliling bala pun disekeliling jugak.
    cash is king.. mampukah menolak takdir dan segalanya.

    ReplyDelete
  9. Punca segala masalah ini adalah apabila pemimpin negara asing telah hilang rasa hormat kepada pemimpin Malaysia, Najib. Masalah sebegini sangat tipis untuk berlaku sekiranya pemimpin kita adalah seorang individu yang amat dihormati dan bermaruah tinggi. Syabas Tun Dr Mahathir.....

    ReplyDelete
  10. Ts zam... kena fikirkan jugak... kalau kita penjarakan duta korea utara itu.... nasib rakyat malaysia disana akan menjadi lebih teruk... dan mereka mungkin akan dibunuh secara alamiah.... bukan dengan senjata... kena fikirkan tentang keselamatan mereka juga.... bukan dengan perasaan amarah...

    #nukilananakmuda

    ReplyDelete
  11. Pendapat saya yang rasional sama dengan saudara tetapi Korea Utara bukan negara yg go by the book sebaliknya negara komunis yang paling kejam, bertaraf pariah,melakukan tindakan yang diluar peradaban dan mereka juga boleh melakukan sesuatu yang buruk terhadap kita terutama rakyat kita yang sedang ditahan.
    Tetapi sekiranya kita menahan dutanya di rumah (tahanan rumah dan bukan penjara) walaupun di luar norma antarabangsa tetapi kita mempunyai bargaining power kita sendiri yang kuat dan tak payah bergantung kepada negara asing.
    Kita boleh mencapai penyelesaian cara yang bermaruah disamping menebus maruah keselamatan negara yang dicemarkan.

    Saya tetap sedar dalam hal ini lebih mudah berkata dari melakukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah itu korean utara pemegang ideologi nopotism utara

      Dimana mengagung keluarga kim jong
      Semua kuasa pemerintahan dibagi pada anak beranak dan suadara mara
      Mereka ini parti Democratic north korean serupa dengan Democratic Action Party dap berada dimalaysia sebab ia meletakan kuasa anak beranak dan suadara mara untuk berkuasa dalam parti dap salah satu pemamal nepotisme utara
      Tun mahathir dulunya suka bercakap Democratic jadi 'kami tanya apakah tun mahathir juga pemagang ideologi nepotisme utara itu dimana dia menletak anak bekas menteri untuk berkuasa di kawasan dun dan palimen untuk bertanding di pilihanraya malah baru ini dia monyokong anak dia sendiri.
      Jadi jangan najib dan anwar jika ia tertarik dengan ideologi nepotism utara itu, keluarga lim dan anwar telah meperiktik kannya dari awal dimana melatik anak dan bini menjadi dun dan ahli palimen. Najib bakal ikutinya ideologi dah nampak dengan tanda2 suka memilih anak dan bini atau saudaramara dun bekas dun dan ahli palimen untuk bertanding pru jadi jangan salah najib dan anwar ibraham itu jika mereka ikuti itu merekakan rakan sepeguruhan sama belajar dengan tun mahathir itu

      Delete
  12. TS Zam. Teruk sangat ke handling KDN dan Kementrian Luar Negara dalam situasi ini? Sampai nak melebelkan negara itu sebagai negara pariah.Sebagai rakyat biasa saya tidak tahu dengan mendalam mengenai Korea Utara. Mungkin TS Zam pernah pergi kesana dan membuat pandangan itu.

    ReplyDelete
  13. Indonesia dah nak maju weii... Dulu Indonesia gelar Tun Mahathir sebagai "Sukarno Kecil", sekarang Jokowi dah jadi "Mahathir Kecil" di Indonesia. Warga Indonesia dah tak peduli apa yang terjadi di Malaysia. Mampus kalian kata mereka. Bersedia naik tongkang la kita ke sana jadi PATI selagi mangkuk tu tak turun. Ayuh ke laut kita....

    ReplyDelete