Tuesday, 14 March 2017

SEBAT HAJI HADI DULU 100 ROTAN KERANA GAGAL LAKSANAKAN BAIAH

MAJLIS RAJA RAJA  TIDAK HARUS BIARKAN KUASA AGAMA DIHAKISKAN KERANA KEPENTINGAN POLITIK
MUYIDDIN NAFI SOKONG PINDAAN PAS(Lihat di bawah)



 
Apakah yang menyebabkan timbulnya bantahan dari bukan Islam terhadap Rang Undang-Undang Persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah(Bidang Kuasa Jenayah-Akta 355) yang dikemukakan oleh Pas dengan sokongan dari UMNO.

Bantahan ini tidak sahaja dari DAP tetapi juga dari MCA parti komponen Barisan Nasional sendiri yang bersetiakawan dengan UMNO sekian lama.

Sejak merdeka orang bukan Islam tidak mempunyai prasangka yang buruk terhadap Perundangan Islam sebaliknya memberikan kerjasama  dan menyokong peruntukan-peruntukan untuk pembangunan Islam dan penubuhan  institusi-institusi  Islam yang memerlukan kelulusan Parlimen.

Mungkin tidak ada negara Islam lain didunia yang demokratik yang urusan agama Islam di bawa ke Parlimen dan diluluskan dengan sokongan  bukan Islam.

Parti parti komponen BN dan juga pembangkang memberikan sokongan ini kerana  menghormati  agama Islam sebagai agama rasmi negara ini dan   penghormatan kepada kuasanya di tangan   Raja-Raja Melayu dan juga Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung.

Keberanian dan ketegasan  UMNO  dalam menentang  pendekatan Islam extreme Pas yang bersifat ortodox,jumud,sempit, bengis,kolot  dan keras sejak dari sebelum dan sesudah merdeka  telah memperkukuhkan lagi  keyakinan bukan Islam terhadap keikhlasan   UMNO yang tidak mahu mengganggu kebebasan budaya dan agama bukan Islam di  negara ini.

Inilah pendekatan yang dipelopori oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak, Tun Mahathir sehingga kepada Tun Abdullah Badawi.Inilah juga yang memisahkan UMNO dan Pas.

Ancaman Islam Pas kepada bukan Islam dapat dirasakan oleh orang bukan Islam di Selangor bila sahaja menubuhkan kerajaan bersama dengan PKR di Selangor dengan melakukan percubaan untuk  mengharamkan penjualan arak termasuk di kedai bukan Islam  dan juga mahu memisahkan penonton  lelaki dan perempuan di panggung wayang.

Kebijaksanaan dan kehalusan pendekatan Tun Razak membolehkan pemindahan  perkuburan Kristian  di sebelah Masjid Negara ke tempat lain untuk mendirikan Pusat Islam tanpa menimbulkan sebarang kekecohan.

Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman lebih banyak mengIslamkan bukan Islam dari pemimpin Islam lainnya di negara ini  dengan melambangkan Islam sebagai agama yang tidak menyusahkan.

 Bila orang bukan Islam memberitahu Tunku sukar untuk mereka  memeluk  Islam kerana tak boleh minum arak, Tuku memberitahu mereka  "Orang Islam pun ada yang minum arak,masuklah Islam dulu,minumlah dulu,lama lama tinggalkanlah."

Di awal kemerdekaan ketika negara masih dalam kesempitan kewangan,Tunku sanggup menerima wang Lotri Kebajikan Masyarakat untuk pembinaan Masjid negara dengan Tunku menyatakan kesediaan untuk menanggung dosanya disamping suatu seminar ulama Malaysia mengharuskannya.

Diantara yang memeluk  Islam  kerana Tunku ialah bekas Ketua Menteri Singapura Lim Yew Hock yang meninggal dunia di Malaysia.Beliau kawan baik Tunku sehingga ke akhir hayat.

Tunku Abdul Rahman walaupun bukan seorang yang kuat amalam agamanya tetapi beliaulah yang menginisiatifkan banyak pembangunan  Islam yang meninggikan syiar Islam negara ini dan juga di luar negara .Belia mendapat kepercayaan negara-negara Islam untuk  menjadi Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan  Islam(OIC) yang pertama.

Wajah manis Islam inilah juga yang menyebabkan berkekalannya kerjasama UMNO ,MCA dan MIC berpuluh tahun berbanding dengan hubungan rapuh antara PAS dengan DAP semata-mata untuk keselesaan politik. Pemimpin- pemimpin Islam UMNO melambangkang Islam yang sederhana,moden,progresif, toleransi dan dasar hidup bersama dengan bukan Islam. Pas melambangkan kekarutan dan kebengisan Islam.

Pas tidak boleh menyalahkan DAP kerana tidak  kekal berkerjasama dengannya kerana PAS kecendorongannya  untuk menegakkan hukum-hukum Islam secara  kekerasan dan paksaan,tidak ada toleransi,tidak berdeplomasi  dan mahu memaksa udang-undang Islam ke atas bukan Islam.

Maka itu apabila UMNO mahu berkerjasama dengan Pas dalam pindaan  Akta 355  maka timbullah kecurigaan  dan  prasangka buruk kepada UMNO yang sejak merdeka  berpegang kepada peradaban Islam yang bersifat universal. Imej baik UMNO dirosakkan oleh Pas.

Usaha UMNO untuk melambangkan Islam sederhana dengan pendekatan Penerapan Nilai Islam, Islam Madani,Islam Hadhari dan Wasatiah semuanya tercemar  dalam sekelip mata bila UMNO bersekongkong dengan sebuah parti Islam yang menjuarai hukuman Islam yang lebih berat ke atas orang Islam yang melakukan jenayah agama.


Maka itu tidaklah menghairankan apabila  Ketua Pemuda MCA Putrajaya Kevin Koo, menyifatkan versi semasa pindaan Akta 355 itu itu sebagai satu kompromi yang akan membolehkan Presiden Pas Haji Hadi untuk mengambil 'satu langkah ke belakang, dua langkah ke hadapan' dalam memperkenalkan undang-undang hudud.
Akta 355 mengenakan had ke atas hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah. Had semasa adalah penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.
Rang undang-undang (RUU) persendirian Hadi itu bertujuan untuk meningkatkan had itu kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan. RUU itu tersenarai di tempat ketujuh dalam kertas aturan Parlimen bagi persidangan sekarang, yang akan berakhir pada 6 April.

Dengan imej Islamnya yang telah tercemar,maka kolaborasi  Pas dan UMNO dalam pendekatan perundangan Islam yang menampakkan  Pas dihadapan  telah menggugat perasaan dan keyakinan bukan Islam terhadap keadilan Islam walaupun tidak kena mengena dengan mereka. Islam terlihat  sebagai jumud dan tidak sezaman.

Kepada Parti Pribumi Malaysiaa( Bersatu),saya suka mengingatkan agar berhati hati dalam menyokong Akta 355 kerana Bersatu  sahajalah yang diharapkan oleh bukan Melayu untuk mengambil peranan UMNO dalam pendekatan Islam yang berhemah di negara ini.

Akhirnya dengan penuh takzim,patik merafak sembah  memohon Majlis Raja Raja Melayu agar  tidak membiarkan integriti dan kesucian kuasa agama yang terletak di tangan baginda-baginda  semua  di nodai oleh kuasa politik yang berpandukan kepada survival politik dan bukan untuk survival Islam di kalangan generasi baru Islam yang semakin terpelajar  dan demi penerusan pembangunan kerharmonian Islam yang penting bagi masa depan negara ini.

Patik hanya seorang rakyat biasa yang dibentuk dan diwaraskan  pemikiran oleh pendekatan Islam Almarhom Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Perdana Menteri Pertama dan perdana perdana menteri berikutnya kecuali dalam keadaan sekarang yang banyak  menimbulkan banyak kecurigaan.
SEBAT HAJI HADI DULU
KOMEN:
TAN MELAKA 14 March 2017: 
Bekas-bekas pemimpin Pas  yang sekarang sedang berzina dengan isteri mereka kerana  melanggar hukuman baiah talak tiga dengan melompat parti hendaklah menjadi perintis  menjalani  hukuman sebat 100 rotan di bawah pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah.Mereka telah bersumpah untuk mematuhi hukuman Islam Pas itu.
Sekiranya mereka membantah maka Ulama Besar Pas yang bertanggungjwab mengusulkan Akta itu  Haji Hadi Awang hendalah menjalani  ketiga-tiga hukuma maximum di bawah pindaan itu yaitu 30 tahun penjara,RM100,000 denda dan sebat 100 rotan kerana gagal laksanakan BAIAH.

MUHYIDDIN NAFI SOKONG PAS PINDA AKTA 355 
Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau bersetuju dengan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
"Sehingga kini, saya sebagai Ahli Parlimen Pagoh, masih tidak tahu kedudukan akhir (pindaan yang dicadangkan) yang akan dibahaskan di Parlimen, jadi adalah sukar untuk membuat keputusan.
"Kami akan tunggu dan lihat bentuk akhir yang akan dibentangkan terlebih dahulu," katanya pada sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya tengah hari ini.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini berkata Muhyiddin pada dasarnya bersetuju dengan usaha parti itu untuk meminda Akta 355.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata kenyataan pemimpin PAS itu tidak sepenuhnya tepat.







48 comments:

  1. Salam Tan Sri.

    Sy sngat setuju dgn lontaran sdra...betapa ugama dipolitikan....dijadikan alat untuk survival dan kesinambungan parti.

    Lebih teruk lagi bila Hadi dan Najib kelihatan spt melakukan semua ini semata2 untuk survival diri masing2.
    Masih mahu dianggap relevan..sedangkan keujudan mereka adalah liabiiti semata mata.

    Adalah kenyataan...bahawa mereka berdua telah bnyk melakukan kerosakan kpd institusi ugama selain menyebabkan keresahan kpd bangsa Melayu.

    Tiada lagi demi bangsa dan ugama...hanyalah demi Diri masing2.

    Org Kedah kata.

    "Hangpa tok sah dok kenching la ...rakhyat tak bodo mcm dulu laghi...hangpa dua2 memang kamjait...".

    ReplyDelete
  2. Azim Aras. Kg Pisang.13 March 2017 at 11:02

    Fahaman Najib terhadap syiar Islam ialah naik atas pentas bersama gulongan tarikat,berkupiah putih dan kemudiannya bernasid YA HANA NA YA HANA NA NA, YA HA NA NA. Ini ajaran guru agama Yan yang pi beri kursus nikah sambil main golf di London dan Paris. Ya Ha na na ya ha na na.Allah ukbar takbir!

    ReplyDelete
  3. Oleh kerana perkembangan agama yang rancak sekarang di bawah menteri agama yang progresif maka ramai ustaz dan ustazah yang mengajar orang Islam supaya berdoa dan berdoa siang petang pagi malam untuk menjamin kebahagian hidup.
    Inilah imej Islam di TV3,RTM dan juga Astro sekarang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity913 March 2017 at 19:24

      imej Islam ke imej Arap?? muahaha..

      Delete
  4. Adil ke jika aku vip liberal berzina dengan anak2 hampa hanya bila aku tangkap hanya bayar dende 3ribu je . hampa jangan marah pulak ini sedang berlaku.

    Ini sedang takuti gologan liberal dan selam
    Tak Dapatlah golongan liberal selam dan apek yg kaya buka club malam untuk orang melayu dan tak ada lagi pelangan melayu rata2 nya pergi ke club malam

    Tak berani lagi liberal selam minum arak sesuka hati dikawasan terbuka

    Yg menentang itu untuk kepentingan mereka mahu jadi kaya raya dan dapat berzina hanya bayar dende 3ribu je

    ReplyDelete
  5. Ts zam. Boleh tak Ts berikan pro and con tentang RUU ni. Juga apa yg ditentang sgt oleh Dap dan Mca. Tolak tepi alasan politik. T kasih.

    Ehsan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong cadangan awak tu sdra Ehsan. Biarlah lebih terbuka minda kita2 yang hanya berkelulusan "NOTHING" bukan macam Najib yang tersangat pandai maklumlah lulusan ijazah "NOTHING HAM".
      NAJIB TERLALU PANDAI SAMPAI MALAYSIA PUN HAMPIR TRRGADAI....

      Delete
  6. Saya bukanlah seorang ahli undang-undang untuk memberikan pandangan dalam hal ini.Bekas Pengerusi MAS Tan Sri Aziz dan juga Tengku Razaleih Hamzah telah pun memberikan pandangan mereka.
    Bagi saya hukuman yang lebih berat dalam bidang jenayah agama tidak akan memberikan kesan positif.Arab Saudi boleh menjadi contoh.

    Apabila saya mahu pulang dari menunaikan umrah didatangi oleh seorang perempuan Indonesia di lapangan terbang Juddah menyatkan kepada saya " Bapa saya tidak akan menjijak lagi bumi ini". Dia memberitahu disalahgunakan oleh tuannya tetapi bila lari ke Polis Stesen,polis menghantarnya kembali kerumah tuan Arab ini. Hanya setelah beberapa lama baru dia dapat melepaskan diri.

    Seorang budak lelaki Indonesia mengadu kepada saya di Mekah. Dia tinggal secara haram. Wajahnya pucat dan dia selama kerana membiarkan dirinya digunakan oleh lelaki Arab untuk memuaskan nafsunya.
    .
    Di Indonesia ramai juga wanita-wanita Indonesia yang kembali dari kerja di Saudi dengan anak-anak mereka berwajah orang Arab tetapi tiada tindakan diambil semasa tinggal di negara itu walaupun tidak berkahwin.
    Penyalahgunaan kuasa tetap akan berlaku seperti Haji Hadi walau belum menjadi PM tetapi telah mengkafirkan orang Islam. Wajarnya beliualah yang disebat lebih dahulu sebelum mengemukakan akta pindaan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan aku mudah je mereka tak berani melakukan secara terbuka lagi Selepas ada undang2 islam. memang betul mereka melakukan zina secara sorok2 'bolehkah anda tahu depan nampak baik belakang liwat orang seperti anwar ibaraham itu
      Di malaysia orang islam secara bangganya minum arak depat orang ramai dengan rasa tak tahu malu mereka ini sebagai orang islam.
      Dimalaysia dengan bangga dapat berjudi dengan beli nombor ekor secara terang2
      Di malaysia orang islam dengan bangganya masuk club malam malah pelangan utamanya orang melayu islam.

      Cuba anda tengok afganistan lepas taliban tak berkuasa golongan liwat keluar secara berani tonjol diri mereka dengan menyipan budak2 jambu, jika tanya pada rakyat afganistan kenapa kamu tak suka dengan pemerintan demokasi barat' mereka bawah budaya demokasi ala rome di mana budak dijambukan untuk liwat secara terang2

      Saya sendiri tahu dimana sahaja aje ada pelacur dan gay malah di arab suadi dan iran yg ada undang2 islam pun ada pelacur tapi mereka lakukan secara sorok2 Jika lakukan secara terang2 tahulah hukuman amat berat.

      Tahukah anda salah satu undang2 demokasi ala rome dan greece ini merosakan manusia satunya "hak asasi manusia" boleh roman sesama jenis, boleh kahwin dengan binatang malah ada dewa gay atas nama hak asasi

      Aku masih ingat kes berapa2 tahun lepas di mana ahli politik vip berzina dengan bini orang dilepaskan hanya bayar denda 3ribu je atas belaskasihan hakim mahkamah syariah di malaysia 'adil ke itu

      anda boleh baca sejarah demokasi rome dan greece tentang hak asasi manusia mereka itu

      Delete
    2. Labu 16.57....meroyan amende ni? Soalnya kita bukan perlukan undang2 lebih berat...isunya penguatkuasaan undang2 sekarang yg ada sekarang. Ruu ni dah dibaca, bentang, lepas tu tarik balik, kenapa? Jawapannya mudah...ruu ni modal politik pas + umno. Faham labu? Modal utk perlekehkan orang cetek ilmu macam kau. Cerita greece dan rome, tak payah la kau nak gebang...dari korea utara ke pilipina ke afghanistan, ni nak ke rome pulak, piiirah.

      Delete
    3. Anon 16:57, maksud anda, anda x kisah maksiat berlaku asalkan jgn terang2? Kalau macamtu, hanya dgn ada undang2 RUU35 tidak akan mengubah apa2. Sekarang ni pun mahkamah syariah boleh menghukum org islam yg beli nombor ekor.

      Alangkah lebih baik jika diperkasakan hukuman kepada bapa2 yg lupa beri nafkah kepada anak2 mereka apabila bercerai, mempercepatkan kes2 mahkamah syariah yg tergantung kerana si lelaki tak hadir2 ke mahkamah & mengambil tindakan ke atas ibu atau bapa yg mengabaikan anak2 mereka apabila bercerai. Ini lebih besar kesannya kpd masyarakat. Tak malukah anda org Melayu Islam nombor 1 penagih dadah, mat rempit & penghidap HIV?

      Delete
    4. Macam ini bagi komdom percuma untuk melayu lagi teruk
      Apakah nak mengalakan pelacuran dan berzina secara terbuka sila berfikir ia
      Bagi jarum percuma untuk galakan jadi penagih lagi teruk.
      Di thailand ngo ajar pelacur dan para pelajar untuk pakai kondom' budaya seperti tak sesuai di malaysia ini.
      Siapa mula2 minta peruntukan jarum dan kondom percuma kalau bukan anak marina mahathir itu kami tahulah dia duta kondom dimalaysia ini

      Delete
    5. Saya rasa kat kelantan tu x ada org bagi kondom & jarum percuma tapi kelantan nombor 1 penagih dadah & hiv. Boleh anon 00:32 bagi ulasan apa sebabnya? Bukanke kelantan tu diperintah oleh ulama2 pewaris nabi? Silakan anon 00:32 bagi ulasan yg bernas sikit.

      Delete
    6. Labu 00.32,

      Pemberian kondom dan jarum percuma bukanlah untuk menggalak pelacuran dan penagihan dadah. Ianya adalah untuk mencegah jangkitan spt HIV. Hal macam ni pun kau tak boleh fikir labu?

      Soal pencegahan pelacuran dan dadah, agensi2 kerajaan Umno/BN punya tanggungjawab. Di kelantan, agensi kjaan negeri PAS turut bertanggungjawab. Faham labu?

      Delete
    7. Anon 0032.

      Saya rasa pandangan Saudara tak ubah seperti golongan tertentu yang lebih mengutamakan hukuman lebih keras untuk meyelesaikan masaalah sosial/moral.... tanpa memberi jalan penyelesaian praktikal.

      Membekalkan kondom atau jarum tidak semestinya menggalak pelacuran atau penagihan dadah. Saudara ingat... pemberian secara semborono ke?... sesiapa saja lalu dipintu masuk pasaraya atau Masjid akan diberi kondom & jarum-suntik?

      Pernah kah Saudara terfikir, mengapa kes sumbang-mahram, rogol anak sendiri, dadah, HIV, buang-bayi... paling banyak dikalangan Melayu?

      Pada saya, hukuman lebih keras hanya akan menaikkan kadar keganasan. Hari ini kita masih boleh jumpa bayi baru-lahir hidup. Jika dinaikan kadar hukuman, sudah tentu penemuannya akan berkurangan kerana mereka yang melakuakan akan bertindak lebih kejam, seperti mencincang lumat jasad bayi itu & dibakar untuk menghilangkan bukti. Mangsa rogol akan dibunuh/cincang-lumat atau kemaluan mangsa dirobek untuk menghilangkan bukti dari DNA air-mani.

      Adalah lumrah dikalangan Melayu hari ini, peniagaan makanan/minuman kesihatan & kecantikan paling menguntungkan. Malah ramai yang menjadi Jutawan atau kayaraya. Hampir kesemuanya berunsur sex atau untuk meningkatkan kehebatan atas ranjang. Pengiklanan dibuat guna gadis bertudung, berkulit licin putih-gebu & berdada montok sambil beraksi berahi.
      Ubat-kuat juga berlambak dipasaran dan ada yang bersandarkan sunnah, amalan permakanan-rasul dan beristilah Arab.
      Lelaki mendambakan anunya lebih keras & tahan lebih lama. Wanita pula mahukan anunya lebih sempit seperti anak-dara dengan daya kemutan lebih kuat. Maka berlumba-lumba lah mereka yang terpengaruh dengan iklan itu membeli jamu & produk itu. Jika yang 'mencuba' ubat kuat itu sudah berumah-tangga, kira OK la.
      Tidakkah Saudara pernah terfikir apa akibatnya jika ubat-kuat itu di'cuba' oleh anak-muda baru gian-sex, lelaki atau perempuan. Dimanakah agaknya anak-muda extra-berahi ini mahu melempiaskan nafsu berahi yang bergelora dek penangan ubat-kuat itu?

      Sebab itu, saya dari dahulu lagi tidak membantah jika Kerajaan mahu mengadakan pusat-kesihatan berunsur sex. Disamping mengurangkan Rakyat Malaysia 'melencong' ke Thailand atau Indonesia... sekurang-kurangnya, dosa berzina dengan pelacur, sudah tentu jauh lebih kecil dosanya dari mengurat, kemudian berzina dan merosakkan akhlak gadis-suntik, anak-dara atau isteri orang dalam semak-belukar. Diharap, rogol anak kandung sendiri juga akan berkurangan jika ada pusat ini.
      Peniaga barangan kesihatan dari kalangan berbagai-bangsa, terutamanya Melayu, boleh memperakui testimony, menilai tahap keberkesanannya produk mereka dengan menemuramah pelanggan pusat ini. Pemberi-khidmat sex dipusat itu juga boleh dipantau kesihatan mereka oleh KKM untuk membendung penularan HIV dan lain-lain penyakit kelamin.

      Delete
    8. Iman mana ajar kau itu kalau berzina dengan pelacur dosa kurang dibangding dengan romen bini orang.

      Jawapan aku mudah je bezina dengan pelacur,anak dara dan bini dosa dia sama je.
      Yg aku aku tahu melacap dosa ringan berzina ada faham tak

      Apa rasa kau rasa jika anak kandung dirogol orang dan bapa kau rogol kau Tentu kau mahu bunuh bapa kau itu akan kau tak akan rasa jika kau alaminya, apa kau rasa jika bini kau romen dengan kawan baik kau tentu nak bunuh bini kau dan kawan yg gunakan guna kondom,
      lupa ia orang bukan islam senang je pergi pelacur mereka siap komdom, lupa ia dithailand pelacur disiap komdom mereka ajar pakai komdom. Tapi kenapa mereka kena hiv dan aids juga. dithailand itu mereka yg suka berpestar sex yg tak faham aids dan hiv dan kena aids itu pasangan gay ,boleh dikata pasangan kekasihku gay 70% kena hiv dan adis. Boleh dikata thailand tempat pembuangan baby terbesar dan penguguran secara haram di buat dithailand. Ada dengan ada komdom percuma mampu cegah aids dan hiv itu.
      Di Thailand banyak diajar tentang hiv dan aids tapi kenapa mereka tak dapat kurangkan penyakit itu. Malah pasangan gay dan bisexual paling terdedah dengan hiv dan adis itu
      Sebab suka liwat belakang ini jadi nya. mariah mahathir itu suka perkenalkan budaya lgbt.

      Tahukah anda pasangan suka liwat dan tukar pasangan itu paling terdedah dengan hiv dan adis

      Di amerika gay dan bisexual paling ramai kena penyakit hiv kenapa mariana perjuang golongan lgbt sila jawab ia

      Sehingga sekarang barat sendiri tak nak akui pasangan gay adalah punca utama hiv itu

      Aku kau golongan liberal ikut sister selam ok
      Ikut lagi marina Tun mahathir itu ia

      Delete
    9. Maksud saya begini.... Anon 2359

      Dalam dunia ni, manusia berbagai ragam, lelaki atau perempuan. Tahap pemikiran dan keinginan sex berbeza-beza. Ada yang bernafsu binatang, sadist atau gemar sex-ganas (keseronokan bila menyakitkan pasangan). Ada yang terangsang bila tengok anak-kecil.(pedophilia). Ada yang celaru keingingan sex sejak lahir dan bila dewasa, lebih berselera dengan pasangan sama jantina (gay & lesbian). Kategori ini boleh dikatakan, cacat-nafsu sex.
      Nota: Tiada ibu-bapa didunia ini yang mahukan anak mereka jadi lesbian atau gay.

      Ada juga sex-maniac atau gila-sex. Mereka inilah yang selalunya terpengaruh dengan iklan ubat-kuat. Ada yang sanggup sumbat batu-kecil bawah kulit zakar, menyebabkan anunya benjol. Ada yang ikat bulu-kuda bawah 'leher' anunya supaya wanita yang pernah merasainya lebih mendambakan kehebatannya.

      Orang sebeginilah yang paling ditakuti masyarakat. Kata la... dia telan ubat-kuat dan oleh kerana tiada pusat pelacuran, dia mengurat anak dara atau isteri-orang atau pun adik/emak Saudara Anon 2359 untuk melempiaskan nafsu extra-serakahnya. Bila dah rasa sekali, sedap pulak... maklumlah dia ada 'gadget-asing' pada anunya. Maka berulang-ulang lah perzinaan itu.

      Jadi.... Anon 2359... Saudara lebih suka lelaki gila-sex ini berzina dengan pelacur atau dengan adik/ibu Saudara?

      Pasal itu saya berpendapat... dosa berzina dengan pelacur, jauh lebih kecil dosanya, dari berzina dengan anak-dara atau isteri orang.

      Delete
  7. Tujuan RUU355 adalah usaha murni untuk memperkasa dan menambah bidang kuasa mahkamah shariah dengan meningkatkan kadar hukuman dan jumlah denda keatas persalah shariah seperti kesalahan berjudi,minum arak,berkhalwat hatta berzina.Dengan ada peningkatan hukuman dan denda ia sekurang-kurang mengerun dan membuat sesiapa yang ingin perkara maksiat dan mungkar akan berfikir banyak kali.This laws is for muslim peoples only and the non muslim should be not worry and fear because they are not included and effected with laws. They are nothing to lose and when the muslim peoples is good and it also given goodness for all peoples.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If it is such an usaha murni, then why Hadi bentang, and then he tarik balik the ruu? And why azalina doesnt place it as a priority at this parliamentary session? And why the muslim MPs from sarawak object to it?

      Delete
  8. Raja bomoh nak tolong selamatkan malaysia dari korea utara...dengan gaya, mutu dan keunggulannya yang tersendiri. Islamik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik kau tambah 'hitam itu emas' seperti dasar dr mahathir kayakan anak dia dengan syarikat minyak

      Delete
  9. Walaupun undang-undang itu datang dari langit sekalipun, yang
    penting ialah pelaksanaannya. Bagaimana saya boleh mempercayai
    bahawa RUU355 ini akan dapat menaikkan taraf mahkamah syariah, sedangkan mereka yang memperjuangkannya tidak langsung menapakkan kesungguhan memperjuangkan perkara-perkara yang dituntut...?
    Pernahkah kita mendengar Haji Hadi atau Nik Abduh mendesak supaya
    dibicarakan secara adil pencuri-pencuri wang elalui 1MDB dan
    mengutuk korapsi rm2.6 billion......?????
    Sepanjang masa mereka berkata, TIADA BUKTI!!!!!
    Saya takut, bila RUU355 diluluskan nanti, yang akan kena sebat
    100X dan didenda rm100 ribu hanyalah marhaen yang menghuni
    hotel-hotel bajet sedangkan anak-anak menteri yang sah
    bersekdudukan, bebas memperagakan keliberalan hidup mereka di
    media-media social.
    Yang akan disebat atau dipotong tangan nanti hanyalah pencuri
    basikal buruk,wang tabung mesjid, lembu dan ayam, shop-lifters sedangkan pencuri koler biru yang mencuri beratus billion
    terlepas dengan alasan tiada EMPAT SAKSI DIKALANGAN LELAKI
    YANG BERIMAN.
    Kalau benar-benar nak memperjuangkan hukuman Islam melalui
    Mahkamah Syariah, buktikanlah sekarang, barulah kami yakin
    tujuan RUU355 adalah kerana kesucian Islam, bukan POLITIK
    semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politicalamity913 March 2017 at 19:27

      saya setuju bab ni...jadi.. dimanakah rasionalnya nak sokong?

      Delete
    2. Macam ini tangkap je tun mahathir dan kelima2 murid dia itu habis cerita tampa bukti rasuah mereka itu

      Tun mahathir ada lima murid
      1)anwar ibraham
      2)najib
      3)Azmim
      4)khairuddin
      5)rafizi

      Semua itu kuat makan rasuah, macam tak tahu sejarah kelima2 murid tun mahathir itu. Ia aku bukan wartawan pun tahu sejarah kelima murid tun mahathir dan Tun mahathir itu

      Delete
  10. Rasanya pas bakal kena kencing dgan umno kt parlimen..najib mana ada telor nk lawan Mic.mca..kt blakang bole la....pangpongpang..kesian pas asyik kena main jr semor hidup..tuhari dgn dap skarang ni dengan umno plak

    ReplyDelete
  11. Saya amat setuju dengan pandangan TS Zam.

    Dan saya juga berharap PPBM atau Bersatu, tidak menyokong RUU355.

    ReplyDelete
  12. Orang-orang Pas dan yang menyokong mereka tak habis-habis dengan modal hukum hakam. Kalau dulu tak dak bukti para pemimpin kerajaan makan rasuah,mereka kata mereka makan rasuah. Tapi,sekarang secara terang mentekedarah wang rakyat,mereka senyap aje. Nak kpd hukum hakam kononnya untuk dapat mencegah perkara yg mungkar yg dilakukan oleh rakyatnya tapi, pemimpin utama melakukan mungkar,senyap ajeee....Allah memperlihatkan bagi orang yang boleh berfikir bhw perjuangan Pas ni adalah perjuangan kapal selam kerana nak menghukum orang pakai teropong kapal selam. Pakai pilih-pilih!!! Contoh lainnya,nak mencegah ahli lompat parti maka buat baiah talak 3 tapi kemungkaran tetap berlaku kpd ahlinya,senyap ajeeee....Sepatutnya,hadapkan mereka itu semua kpd makamah syariah kerana telah melanggar undang-undang yang mereka sendiri buat,baru betul. Akhir sekali dibiarkan kemungkaran itu berlaku. Bila kena batang hidung sendiri,senyap aje tapi pada orang lain sibuk aje nak melaksanakan hukum. Perjuangan Antam Saja (PAS).

    ReplyDelete
  13. TS Zam...minta maaf lari tajuk; tapi saya rasa ada soal penting yg merisaukan dan membangangkan pada masa yg sama. Hishamuddin kata konflik dengan korea utara tak akan menjurus pada perang. Kalau perang pun kita bersiap sedia dengan bantuan sekutu2 kita (allies).

    Apa punya bangang ni? Kenapa perlu dia dedahkan kelemahan ketenteraan kita? Siapa sekutu2 kita? Dari jumlahnya, berapa yg sanggup tolong kita?

    Tak perlu cakap semua ni secara open, ni soal ketenteraan, soal keselamatan. Bangang betul orang2 umno ni. Tiap kali hisham buka mulut...rasa nak muntah.

    ReplyDelete
  14. Salam tan sri,
    1.Bila orang pandu laju, kita marah dan minta supaya hukuman untuk pesalah laju dinaikkan. Tetapi bila kita sendiri ditangkap kerana pandu laju, mula merayu dengan pelbagai alasan. Nak bayar denda pun minta dikurangkan pada kadar paling minimum. Itu lumrah sifat dan sikap manusia.
    2. Ada kawan saya siang malam cakap soal hudud terutama dikedai kopi. Tidak lengkap islam tanpa hudud katanya.
    Tiba-tiba anaknya ditangkap kerana ambil dadah, dan polis mahu dapatkan perintah mahkamah untuk hantar anaknya kepusat serenti. Isterinya dah meraung dirumah, manakala dia dah macam lipas kudung kehulu kehilir cari orang yang boleh bebaskan anaknya.
    Itu baru nak hantar kepusat serenti kerana ambil dadah, belum lagi jika anaknya nak dipotong tangan kerana mencuri.
    3. Kes 2 melibatkan ketua cawangan pas yang tubuhkan cawangan pas sebab umno tak nak laksanakan hukum hudud. Kemudian anaknya hamil tanpa nikah. Dicari pak sanggup untuk nikahkan anaknya yang sedang hamil. Boleh pula, kenapa dia tak hududkan saja anaknya????
    4. Apakah kita akan iklas macam nabi ibrahim yang nak menyembelihkan anaknya ismail, mengheret anak kita kemahkamah untuk dipotong tangan atas kesalahan mencuri kerana takut akan dosa dan taat perintah allah????
    5. Salah satu "hudud" yang ada pada diri kita iaitu menyuruh anak solat, dan jika engkar maka rotanlah ia bermula umur 7tahun. Berapa ramai ibubapa yang tunaikan perintah allah ini? Lepas itu berteriak telolong pasal undang-undang hudud dalam negara.
    5. Untuk juara dalam politik kadang-kadang membuatkan seseorang itu mengambil tindakan yang bodoh.

    ReplyDelete
  15. Ada tak manusia akan cipta sesuatu untuk takutkan diri sendiri (?)

    Cipta untuk dapat nama dan untuk takutkan pihak lain, tak mungkin rekaan makan tuan (pada fikirannya) dan kalau berlaku takkanlah dia sebagai pencipta tak dapat diskaun (?)

    Kalau benar untuk takutkan, cukuplah takutkan Allah, jika Allah pun tidak takut, ada ke yg akan takut dengan undang2 yang dimanipulasi oleh peguam.

    ReplyDelete
  16. As salam.

    Saya rasa Tan Sri elok diam sahaja jikalau tidak tahu mengenai perundangan Islam apatah lagi blog ini sering dipetik oleh portal-portal berita atas talian yang terkenal. Bimbang jadi fitnah pula nanti.

    Apa yang saya bimbang apa yang Tan Sri kata ni boleh merosakkan akidah Tan Sri nanti.

    Elok dipadam je artikel yang entah apa-apa ni.

    ReplyDelete
  17. Saya tidak gentar dengan ugutan saudara tentang orang mempersoalkan akidah saya. Siapa awak? Allah maha mengetahui,bukan saudara atau sesiapa. Nyatalah dari komen ini saudara bukanlah seorang yang terpelajar sebaliknya uneducated person yang takut kepada pemikiran yang terbuka sebaliknya terkongkong dan takut dengan pemikiran jumud dan sempit dan.
    Portal-portal berita tidak akan memetik pandangan saya jika pandangan yang tidak bernilai.Adakah saudara cemburu?

    Tak perlu saudara akidah saya akan rosak. Itu antara saya dengan Allah bukan dengan penilain fikiran saudara yang amat rendah tarafnya.
    Kenapa saya nak padam pandangan saya kerana seorang memikirkan dirinya authoratative.
    Rencana saya telah mendedahkan betapa orang yang hendak menjalankan hukuman agama yang keras tetapi sdia sendiri gagal hendak melaksanakannya.
    Saudara takut dengan pendedahan seperti ini?

    ReplyDelete
  18. Para kedua seharusnya di baca: Tak perlu saudara takut akidah.....

    ReplyDelete
  19. Zam, buat apalah saudara melayan fikiran bangang dan ketinggalan zaman seperti ini.Memasukannya ke dalam komen blog saudara adalah mencemarkan blog ini.

    ReplyDelete
  20. Tan Sri ekoran dari ingatan yang diberikan oleh Tan Sri supaya BERSATU hati-hati dalam memberikan sokongan kepada PAS atas pindaan Akta 355,maka Muhyiddin telah membuat penapian menyokong pindaan itu kerana mungkin Bersatu juga bimbang akan menimbulkan keraguan kepada bukan Melayu.

    ReplyDelete
  21. Apakah yang dimaksudkan dengan Zam dengan istilah jumud itu sendiri? Saya kurang faham.

    Iman itu ada 6 rukun. Jika kita tidak percaya salah satu rukun iman jawapannya adalah 0 dan bukannya 5.

    Begitu juga dengan perundangan Islam. Ianya ada 3 cabang iaitu hudud, qisas, dan takzir. Jika Zam menganggap Pas memperjuangkan hudud dan qisas itu adalah satu langkah jumud, ianya boleh merosakkan akidah Zam sendiri kerana tidak mempercayai perundangan Allah s.w.t. di dalam al-Quran.

    Bukan masalah cemburu atau tidak jika disiarkan oleh mana-mana portal berita lain. Masalahnya artikel ini memang tiada nilai langsung yang ditulis oleh orang yang tidak tahu perundangan Islam. Kelak menimbulkan fitnah nanti.

    Saya terkejut dengan tulisan Zam."SEBAT HAJI HADI DULU 100 ROTAN KERANA GAGAL LAKSANAKAN BAIAH"

    Tulisan apakah ini? Sampahkah? Walaupun sekadar copy paste.

    ReplyDelete
  22. MOHD NASIR BUKIT TINGGI.14 March 2017 at 22:43

    Pada pandangan saya,Zam meanggap cara perjuangan Pas untuk menegakan hukum Islam dengan cara jumud, bukan hukum Islam yang jumud. Ia kelihatan jumud dalam dunia yang berkembang dengan manusia -manusia yang berpengetahuan yang memerlukan stratiji yang lebih bijaksana untuk meyakinkan mereka dengan logik dan rasional, bukannya dengan cara sehingga menjauhkan orang Islam dan bukan Islam dari Islam.

    Tak payahlah awak menghina orang dengan nak mengajar tentang 6 rukun Islam sedangkan awak sendiri tidak berpegang dengan sempurna pada rukun ini.

    Bagaimanakah pandangan awak dengan Haji Hadi menyesatkan orang Pas bahawa orang UMNO adalah Kafir.Tidakkah perbuatan ini menyeleweng dari akidah Islam dan sekarang Haji Hadi murtad dengan berkawan pula dengan UMNO.Dia menjadi pragmatik kerana kepentingan politk.
    Awak ini tidak lebih dari seorang pengikut Pas yang cakap berdegar degar tetapi akhirnya akan conradict diri awak dengan ajaran Islam yang awak anggap tidak boleh diubah.Pas mengubahnya bila tak dapat dilaksanakan.
    Umpamanya awak mahu memejamkan mata terhadap kelonggaran pendirian Pas dalam hukuman Baiah apabila didapati tidak practical dan tidak boleh dijalankan. Maka dicarilah pula ayat2 Quran yang boleh menghalalkan perbuatan bidaah politik.Tidakah hukuman ini dibuat dengan pemikiran yang jumud kerana tidak memikirkan kesesuian dan lebih bersifat politik?
    Inilah sifat orang- orang Islam yang fanatik,jumud dan hina pada pandangan orang yang terpelajar,modenis Islam yang progresif yang tidak meanggap Pas itu agama dan Pas itu Islam.
    Awak nak kenal jumud,ia berada dalam diri awak sendiri, jiwa dan fikiran awak yang tidak dapat melihat keperluan kepada pendekatan Islam yang sezaman,lebih berstratijik dan tidak membuta tuli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amat bernas sekali pandangan Saudara MOHD NASIR BUKIT TINGGI. Terima Kasih.

      Memang benar, sikap dan pegangan PAS berubah-rubah. Dulu nak buat 'Negara Islam'. Bila berkawan dengan DAP, mereka ubah jadi 'Negara Kebajikan'. Bila menjadi semakin lemah akibat berpecah kepada Amanah, boleh pula berbaik-baik dengan UMNO-Najib yang sudah 'busuk' seantero dunia sehingga dicop sebagai Kleptocracy.

      Pada saya PAS lebih banyak mencemar kemuliaan Islam apabila berbaik-baik dengan UMNO-Najib. Oleh kerana PAS mengunakan wajah Islam untuk berpolitik, masyarakat bukan-Islam akan memandang serong pada Agama kita jika PAS berbaik-baik dengan regim Klepetocracy.

      Saya setuju dengan pandangan TS Zam bahawa Haji Hadi yang sepatutnya disebat kerana mengkafirkan UMNO dahulu.

      Delete
    2. Mohd. Nasir Bukit Tinggi.

      Nampaknya awak sendiri tak faham rukun iman dan rukun Islam. Rukun iman ada 6 perkara dan rukun Islam ada 5 perkara. Dan rukun Islam bukan ada 6 perkara.(Ini pun menunjukkan kejumudan awak mengenai agama Islam)

      Saya beri perumpamaan sahaja bukan nak mengajar. Kalau kita tolak hudud tetapi percaya perkara-perkara lain boleh merosakkan akidah kita juga.

      Saya sehingga hari ini tidak menyertai mana2 parti apatah lagi Pas atau Umno.

      Sejak bilakah Haji Hadi mengkafirkan orang Umno? Boleh beritahu bilakah dan dimanakah kenyataan ini dibuat?

      Mengapa Rais Yatim tidak memberikan Haji Hadi peluang secara live selama 1 jam dalam RTM untuk menjawab isu amanat Haji Hadi yang kononnya mengkafirkan orang Umno? Mengapa Umno begitu takut?

      Mengenai isu ini, apabila permohonan secara live ditolak untuk menjawab isu amanat Haji Hadi. Haji Hadi menjawab "Apabila kita mara 1 langkah ke hadapan, Umno mundur 10 langkah ke hadapan.

      Untuk makluman, saya bukan orang Pas atau mana2 parti politik. Tetapi sebagai rakyat, kita harus menilainya yang mana benar yang mana salah.



      Delete
    3. "Saya setuju dengan pandangan TS Zam bahawa Haji Hadi yang sepatutnya disebat kerana mengkafirkan UMNO dahulu"

      Encik RD yang pandai lagi bijaksana,

      Bilakah Haji Hadi mengkafirkan orang Umno? Boleh nyatakan waktu dan tempat?

      Terima kasih.

      Delete
    4. Awak betullah ketinggalan zaman dalam maklumat. Patutlah taraf fikiran awak pun tak sezaman. Fatwa Hadi mengkafirkan orang UMNO itu telah disiarkan berkali-kali oleh RTM semasa saya menjadi Menteri Penerangan yang diambil dari klip video yang disebarkan oleh Pas sendiri.Awak tak percaya kerana awak percaya hanya pada diri awak sendiri setaraf dengan pemikiran jumud saudara.Bagaimanapun dengan bertanya di mana bukti Haji Hadi mengkafirkan orang UMNO maka orang sudah dapat menghukum taraf ilmu pengetahauan saudara hanya sekadar membaca di bawah kelangkang sendiri.

      Delete
    5. Hamba Allah 08:28/29,
      Biar saya bersangka baik dgn menganggap anda ini millenial yg x pernah dgr isu kafir mengkafir pada tahun 80an. Ianya amat serious hingga menyebabkan sembahyang dua imam dan ada pasangan yg bercerai berai. Sila lah rajin google jika nak tahu le bih lanjut lagi. Sila check website Dr Maza.

      Delete
    6. http://drmaza.com/home/?p=2255
      Untuk bacaan Hamba Allah

      Delete
  23. Hukum Islam ada 3 ia-itu Hudud,Qisas dan Takzir. Hukum Baiah boleh diketogerikan ke dalam hukum takzir. Bekas pemimpin PAS yang telah engkar pada Baiah itu boleh disabitkan ke Makamah Syariah Kelantan. Baiah yang dibuat oleh pemimpin PAS itu bukan calang-calang Baiah kerana disusun sedemikian rupa agar para pemimpinnya tidak melompat ke parti lain. Baiah itu mempunyai hitam putih (surat akuan sumpah ) bertanda tangan dan setiap calun pemimpin membacanya secara bersumpah dengan nama Allah didepan beberapa saksi. Maka terjadilah hukum syariat bersabit dengan hukum Islam. Jumudnya pemikiran sesaorang itu jika dia tak nampak bahawa apa yang dimeterai dalam Baiah itu telah menjadi hukum Allah. Apa dia? Ia-itu cerai takliq talak 3 dan hasil pendapatan yang didapati menjadi Haram dimakan. Semasa kontrovesi ini panas kerana menjadi buah mulut masyarakat Islam Malaysia yang tertanya-tanya; sama ada benar atau tidak;Baiah itu wujud atau tidak,akhirnya isu itu ditelan oleh masa.Muncul pula RUU 355 siap dengan berdemo lagi dan hal ini menjadi polimik masyarakat Islam terhadap orang-orang yang tidak menyokongnya diberi satu gelaran. Memberi gelaran ini sudah menjadi resam para perjuang PAS.Mengelar-gelar manusia lain sebenarnya memperlihat sikap jumud yang ada dalam diri sendiri. Sila lihat dan dengar sendiri masalah Baiah terungkai dengan sendirinya;benar hal itu wujud,apabila hal ini didedahkan di DUN Kelantan yang bersidang. Sila rujuk pada You Tube: Pertikaian Baiah Calon dan Pemecatan Husam dari PAS. Kesimpulannya,kesemua yang engkar boleh bersabit ke Makamah Syariah Kelantan dibawah hukum takzir.Perjuangan PAS sinonim dengan perjuangan menegakkan hukum Islam tapi apa yang berlaku,hukum Islam yang diwujudkan,hukum Islam itu jugak yang mereka engkar.Para pemimpin PAS membiarkan kemungkaran itu berlaku.Maka benarlah pemikiran mereka ini jumud.Sendiri buat sendiri engkar!!! Parti Antam Saje (PAS).

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Hukum Baiah boleh diketogerikan ke dalam hukum takzir. Bekas pemimpin PAS yang telah engkar pada Baiah itu boleh disabitkan ke Makamah Syariah Kelantan."

      Fatwa mana ini saudara petik? Cuba terangkan enakmen syariah mana yang menerangkan perkara ini? Kalau ada enakmen Mahkamah Syariah Kelantan, terangkan fasa mana nak rujukannya sekali. Terima kasih.

      Terima kasih.

      Delete
    2. Sehingga nak dapat pengesahan Mahkamah Syariah Kelantan ada hak itu maka barulah awak nak anggap Baiah Pas itu terpakai walaupun telah dijadikan hukuman Islam Pas. Jadi kalau tak ada hukuman itu di Mahkamah maka tak sahlah hukuman Pas itu,hanya untuk gempak-gempak sahajalah. Ini parti yang mempermainkan Islam sama macam kecendorongan fikiran awak.

      Delete
  24. Dari pembacaan saya dari yang teratas sampailah yang terbawah tak ada satu pun komen yang menyentuh soal pendidikan. Ada yang beri komen bahawa demokrasi barat itu merosakkan akhlak manusia. Tapi kenapakah dimana-mana juga bahagian dunia ini yang menghadapi sengketa, kesusahan dan pergolakan, orang-orang dari baratlah yang bukan Islam yang paling ramai yang akan pergi ke sana memberi bantuan kemanusiaan dengan menggadaikan nyawa mereka sendiri. Janganlah ketaksuban pada tokoh tertentu mengkaburkan pandangan mata serta membekukan akal fikiran waras kita. Berpuluh-puluh tahun mengkafirkan golongan tertentu hingga memecahbelahkan masyarakat, keluarga dan mencemarkan kemuliaan mimbar masjid2 dengan mengadakan solat berjemaah 2 imam. Kenapakah tiba2 saja "mereka" boleh pula berpakaian sedondon berpegangan tangan kononnya demi bangsa dan agama.??? Apakah akal fikiran yang waras yang diberikan kepada kita tidak dapat memikirkan 'eh..eh.. apa dah jadi ni..?
    Apakah amanat yang ditinggalkan oleh Lukman Hakim kepada anaknya? Apakah yang dipesan oleh Allah SWT kepada nabi Muhamad supaya manusia serta umatnya tidak tergolong dalam golongan yang kerugian?
    Berkata Lukman Hakim..."Wahai anak-anak ku. Janganlah kamu membuat itu ini...". Allah berfirman "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali.....". Kalau di dalam Al-Quran kesemua itu disebut sebagai 'berpesan, berpesan pesan dengan kesabaran'. Di zaman ini ia perlulah difahami sebagai pendidikan, mendidik dan memberi tunjuk ajar akan baik dan buruk sesuatu perkara itu 'dengan kesabaran' yang membawa erti dengan penuh kelembutan dan keikhlasan. Ayat2 itu tidaklah menganjurkan kita membuat pesanan atau pendidikan secara kekerasan dengan meningkatkan hukuman bermatlamat menakutkan.
    Jika benar hukuman keras yang menakutkan dapat membentuk akhlak manusia mejadi lebih baik maka tak perlulah lagi diadakan segala polis, tentera dan juga penjara didunia ini. Bukankah disetiap negara ada undang-undangnya sendiri tetapi apakah hasilnya..?

    RUU355 ini bukanlah penyelesaian atau penawar kepada keruntuhan akhlak orang Islam di Malaysia. Mereka yang memperjuangkan akta ini pun tahu kebenarannya tetapi RUU355 ini hanyalah satu lagi produk yang berteraskan agama yang dicipta untuk diraih keuntungannya seperti juga produk kismis doa dan air minuman yang diperkuatkan dengan bacaan 30 juz Al-Quran.

    Sekali lagi, janganlah ketabsuban kepada tokoh tertentu membekukan akal fikiran kita. RUU355 ini hanyalah satu modal politik demi survival mereka ( PAS & ditumpangi oleh UMNO ) dalam menghadapi PRU14 tidak lama lagi. Dipergunakan untuk mengalihkan perhatian orang Melayu & Islam daripada perkara lain yang lebih penting lagi demi masa depan negara ini. Tidak lebih dari itu, kerana itulah "mereka" boleh melupakan soal amanat yang mengkafirkan dahulu dan bergandingan tangan hari ini. Modal mereka adalah memanipulasikan ketabsuban pengikut mereka dengan RUU355 sebagai modal serta sedikit dedak sebagai pengerasnya... Buka mata buka minda gunalah akal fikiran yang waras yang membezakan kita dengan haiwan. Janganlah kemudian hari nanti kita akan tergolong dalam golongan mereka-mereka yang kerugian seperti yang telah difirmankan oleh Allah swt. Menyesal pada waktu itu dah tiada gunanya. Masa depan anak cucu kita semua adalah ditangan kita sekarang.

    ReplyDelete