Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, ini kerana siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu membabitkan individu dan bukannya parti politik diwakili beliau.
“Pastinya pembangkang akan menuduh UMNO dan BN melakukan rasuah, tetapi itu tidak betul kerana yang disiasat SPRM melibatkan beberapa individu sahaja.“Sebaliknya tindakan SPRM itu menunjukkan integriti yang dimiliki pemimpin negara ini dalam memastikan gejala rasuah dan penyelewengan dibendung sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE