Sunday, 5 February 2017

TUNTUTAN SEMULA PULAU BATU PUTEH UNTUK TUTUP KELEMAHAN NASIONALIMSE NAJIB.

DR M CABAR PM SIASATNYA. NAJIB TUNGGU APA LAGI? (lihat berita terkini di bawah sekali)
Tiba-tiba Malaysia membangkitkan semula tuntutan Pulau Batu Puteh sebagai hak Malaysia setelah lapan tahun jatuh  ke tangan Singapura atas ketidakcekapan, kelalaian dan kelemahan Wisma Putra.

Adakah rakyat sedar kenapa Malaysia membangkitkan semula isu yang berkemungkinan menegangkan hubungan antara Malaysia dan Singapura yang hendak dirapatkan dengan keretapi laju.

Percayakah anda bahawa ini suatu tuntutan yang ikhlas atau bertujuan untuk mengaburi mata rakyat yang mempunyai beberapa prasangka buruk terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib terutama dalam hubungan ekonomi dengan China.

Rakyat harus melihat dari segi hakisan imej  politik Datuk Seri Najib sebagai nasionalis negara dan ke Islamannya. Terkini Najib terlihat sebagai  pengecut menghadapi humilation  Presiden AS Trump terhadap orang Islam dan negara Islam hingga tak sepatah kata kecaman terkeluar dari lidahnya.

Apakah wajar kerana tidak melibatkan negara Malaysia maka kita mendiamkan diri?

Tentunya rakyat  dapat memikirkan apakah reaksi Malaysia dalam hal ini sekiranya berlaku di era Mahathir Mohamed.

Dalam masa yang sama rakyat terutama orang Melayu sedang dalam keadaan marah dan bimbang dengan pembangunan  Forest City yang akan menenggelamkan Putrajaya ibu negara Malaysia yang beridentiti Melayu dan Islam.

Dalam hal ini  UMNO terlihat telah dibeli oleh MCA menerusi Duta Khas Malaysia ke China, Ong Ka Ting  yang meyakinkan Najib bahawa masa depan Malaysia bergantung kepada China sebagai kuasa besar ekonomi.

Dengan keupayaan besar bekas Presiden MCA ini membawa berbillion US$, penanaman modal China ke Malaysia   tentunya akan membina semula keyakinan orang Cina Malaysia terhadap MCA dan mengancam pengaruh politik DAP.

Najib berharap dengan membangkitkan semula tuntutan  Pulau  Batu Puteh ini yang akan memakan masa bertahun-tahun untuk pengurusan kesnya akan melupakan rakyat terhadap penyelewengannya dari nasionalisme Malaysia sehingga Pilihanraya ke-14.

Bagi Najib yang penting ialah kemakmuran negara walaupun tanpa maruah kerana beliau amat berminat untuk  menjadikan DUBAI yang maju dengan penanaman modal asing terutama pemodal besar Amerika Syarikat yang mengkayakan  keluarga di raja  Arab dan golongan bangsawan Arab dan bukannya rakyat biasa tempatan.

DR.M  PERSILAKAN BMF DAN FOREX DISIASAT.NAJIB TUNGGU APA?
  
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan dagangan tukaran wang asing (forex).
"Mereka dialu-alukan untuk berbuat demikian (menubuhkan RCI) tetapi kami mahu perkara sama terhadap wang komisen RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga apa yang berlaku terhadap 1MDB," katanya Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.
Selain itu, bekas musuh Dr Mahathir yang kini menjadi penasihat DAP, Lim Kit Siang turut berkongsi pendapat sama.
"Saya telah meminta untuk menubuhkan RCI bagi isu BMF dan urusan forex Bank Negara, dan saya kekal dengan pendirian itu.
"Tetapi apa yang lebih penting sekarang ialah 1MDB," kata Lim.

Malah, Lim juga berkata Najib yang merupakan menteri pertahanan pada 1991 juga bertanggungjawab terhadap skandal berkenaan di bawah prinsip tanggungjawab bersama.
"Jika ada apa-apa kesalahan jenayah, beliau (Najib) perlu berada di kandang tertuduh," kata Lim lagi( terkini dari Malaysiakini)


11 comments:

  1. Cepat betul reaksi MB Johor terhadap langkah kerajaan Malaysia untuk menghidupkan semula tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh sebagai hak Malaysia.
    Rakyat Johor dah lupakan hak ini,dah halalkan lama dah kepada Singapura tetapi yang rakyat Johor bimbang ialah Forest City jadi hak negara China. Utamakanlah yang lebih penting dan perasaan marah yang terpendam dihati rakyat Johor. Jangan ing Rakyat Johor bodoh. Kami bukan lembu boleh dicucuk hidung oleh Najib macam awak.

    ReplyDelete
  2. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor pun bukan main cepat percaya bahawa tuntutan
    semula Pulau Batu Puteh itu tidak ada motif politik. Inikah kelayakan ketua Pemuda UMNO,tidak dapat membaca yang tersirat,ikut arahan tanpa berfikir.Ok kumpulkan selruh pemuda negeri kita adakan tunjuk perasaan tuntutan semula Pulau Batu Puteh. Utusan Malaysia boleh jadikan ini berita besar muka 1.

    ReplyDelete
  3. panglimo potaseh5 February 2017 at 16:13

    Tuntutan semula Pulau Batu Putih, adalah contoh klasik, bagaimana cara nak tutup bangkai saekor gajah. Fizikalnya pulau ini adalah tunggul batu yang punya keluasan padang bola.

    Sekarang pulau ini milik Singapura. Kita tahu Singapura 50 tahun dulu adalah sebahagian daripada Kerajaan Beraja Tanah Melayu.

    Dari 0-0 dulu, kini Singapura dah jauh maju kedepan. Dek jauhnya sehingga dah tak nampak bayang.

    Singapura selain jauh lebih maju, pentadbirannya tampak lebih cekap, bersih dan amanah .. malah lebih islamik daripada kita .. mungkin hasil kepimpinan dulu yang berpeluang bergaul dengan pemimpin Islam UMNO dan PAS.

    Bila kerajaan kita nak bangkitkan isu tuntutan semula ini sebagai cara membodohkan rakyat. Apa kata kita sebagai rakyat yang berterusan di psyko supaya sentiasa bodoh .. untuk nampak cerdik sikit cuba kita bandingkan isu tunggul batu ini dengan isu pulau buatan Forest City dan Tanah Prima Bandar Sungai Besi ratusan ekar, yang secara senang hati kerajaan kita jual pada negara asing. Boleh ke tanah yang kita dah jual pada negara luar ini kita ambil balik atau beli balik.

    ReplyDelete
  4. Biarlah Batu Puteh tu. Tak payah nak diusahakan lagi benda yang peluang untuk menang sangat tipis. Tetapi jaga yang di atas darat ni supaya tidak menjadi milik orang asing. Kalau berjaya mendapat Batu Puteh sekalipun, apalah ertinya banyak tanah di atas muka bumi Malaya ni menjadi milik orang asing. Saya lihat ini satu strategi politik sahaja. Ini bahan untuk dijual semasa kempen PRU 14. Jangan percaya sangat dengan nasionalisme yang dibuat-buat seperti ini.

    ReplyDelete
  5. Nampaknya sekarang ni duta cina berada di mana-mana hatta menemankan presiden gerakan buat lawatan tahun baru cina. Tidak lama dulu, sibuk ke petaling street untuk menyokong peniaga cina. Beberapa tahun dulu, kalau duta amerika bersuara atau diplomat singapure menempel di dalam demontrasi bersih, sibuk satu negara tentang mencampuri urusan negara. Rasa macam diperintah secara proksi pulak.

    ReplyDelete
  6. Peluang kita utk menang tipis...atau tak ada langsung? BN dan umno harus sedar; selagi isu 1mdb tak settle, buat la apa pun, yg lemah ilmu dan kenyang dedak jerrr sokong.

    ReplyDelete
  7. mantan peguan negara orang tun mahathir juga buat pulau batu putih itu kalah, sebab nak jatuh pak lah dulu jangan ingat kami bodoh sangat ke? di mana tak usaha2 untuk meniasat dokumen england dulu dengan teliti. kesilapan ini menyebab kita kalah...

    jawapanya aku mudah je negara amerika biar mereka tentukan, ban orang islam masuk hanya negara angap sarang penganas, kita pun penah ban orang negara sovie masuk, Jimmy Carter penah beberapa kali ban iran masuk ke amerika..

    bagi aku biarkan amerika bergaduh sesama sendiri, terutama hak asasi mereka sedang gaduh satu sama lain di amerika, kumpulan penganas ngo mereka itu terutama
    skull and bones vs freemason vs illuminati vs bohemian club vs bilderberg group akan bergaduh satu sama lain,
    aku yakin penah kumpulan penganas zionist tak memehak mana pihak
    siapa akan menang. zionist pandai ambil kesempatan untuk bodohkan kumpulan penganas ini di amerika.

    jadi kita pun tak boleh memihak mana pihak, jangan mereka setuskan perang dunia tiga sudah seperti perang dunia kedua itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak tahu kau ni laki ke pompuan; tapi aku yakin kulit muka kau licin, sebab kau ada kelembapan semula jadi...sebab tu lembab juga dari segi ilmu.

      Delete
    2. Ni hang melalut apa pulak ni? Apa kena mengena zionist illuminati freemason ngan pulau batu puteh? Ka hang cakap pasal pulau batu puteh mata kat bangladesh nuuuun

      Delete
  8. Batu Putih tu, tak sampai sekangkang kera pun tanahnya,
    sibu nak dituntut. Tapi tanah Sg.Besi 130 ekar, diserah
    bulat-b ulat untuk jadi kawasan perumahan CINA.
    Nasionalis ke Najib ni............????????

    ReplyDelete
  9. Salam Tan Sri.

    Lontaran sdra...tepat sekali.

    .."Rakyat harus melihat dari segi hakisan imej politik Datuk Seri Najib sebagai nasionalis negara dan ke Islamannya. Terkini Najib terlihat sebagai pengecut menghadapi humilation Presiden AS Trump terhadap orang Islam dan negara Islam hingga tak sepatah kata kecaman terkeluar dari lidahnya...."

    Satu pengamatan/analisa yg baik.

    Yg penting dia dpt membeli masa arau mengalih pandangan pd isu sebenar...yakni;

    TUDUHAN MENGELAPKAN 'CBT' DUIT NEGARA 'State Fund' MELALUI SYARIKAT 1MDB.

    Selebihnya adalah tentang kepayahan hidup yg ditanggung rakyat kerana kelemahan pentadbiran Kerajaan BN dibawah pimpinan dia.

    Senang cakap...DIA ADALAH SATU2 PEMIMPIN NEGARA YG PALING TERUK KERANA KELEMAHAN MENTADBIR URUS NEGARA DISAMPING TUDUHAN MENGELAPKAN DUIT NEGARA.

    ReplyDelete