Sunday, 19 February 2017

PEMUDA UMNO MINTA ZAM HENTI TWEET MACAM ORANG TAK WARAS.


    TV3 BELANJA(dari tweet)
  1. Mari kita minum teh tarik pg ini di Jalan Masjid India atas belanja TV3 kerana rating penontonnya meningkat siarkan berita mlm tadi minta ditarik balik dari saya anugerah Tan Sri dan di buang dari UMNO

SAYA BUKAN AHLI PARTI BERSATU
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin dipersalahkan dalam banyak perkara, tetapi kadang kala kritikan terhadapnya dianggap melampau bagi sesetengah orang.
Sentimen itu turut dikongsi oleh ahli exco Pemuda Umno Ibdilillah Ishak yang menjawab tulisan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin di Twitter.
Awal hari Ini, Zainudin mendakwa di bawah pemerintahan Najib, banyak kejadian buruk berlaku termasuk tragedi kehilangan pesawat MH370, pencerobohan Lahad Datu, penculikan dan pembunuhan seorang "pemimpin dunia".
Malah, Zainuddin berkata kematian lapan remaja berbasikal yang dirempuh kereta semalam, dan hospital terbakar di Johor turut menambah tragedi di bawah era Najib.
"Saya hairan di bawah Najib banyak kejadian buruk berlaku dari kehilangan dan tembakan kapal terbang, Lahad Datu, penculikan, pembunuhan world leader dan lain-lain.
"Lapan remaja penunggang basikal terbunuh dilanggar motorcar di Johor. Sebelumnya hospital terbakar. Menambah tragedi negara di bawah era Najib," tulis Zainudin.
Susulan itu, Ibdilillah mengecam tweet berkenaan dan meminta bekas menteri itu supaya berhenti menulis seperti 'orang tidak waras'.
"Takkan ini tahap pemikiran mantan menteri/veteran politik? Berhentilah tweet macam orang tak waras Tan Sri," katanya.
Zainudin merupakan bekas wartawan sebelum menjadi ahli politik dan dilantik sebagai menteri penerangan semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi -Malaysiakini 18 Febuari 2017

PENJELASAN ZAM
Suka saya jelaskan dalam tweet tersebut saya tidak menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang menyebabkan berlakunya  semua peristiwa buruk itu terutama kemalangan tetapi saya menyebutkannya sebagai fakta sejarah yang berlaku di eranya. Itu adalah takdir Allah kecuali soal IMDB,RM2.6 billion dan juga kejatuhan ringgit.

Mungkin kenyataan saya itu yang bersifat sentimen dan tidak logik  dirasakan sebagai kebenaran dari pertimbangan emosi  ramai termasuk kalangan penyokong Najib sendiri maka itu yang menyebabkan timbul kemarahan dan reaksi yang tak terkawal.Dalam era Mahathir yang panjang juga berlaku peristiwa buruk tetapi tidak sebanyak  dan sedahsat yang berlaku dalam era Najib yang pendek.

Dalam berita reaksi  marah seorang Exco pemuda UMNO terhadap kenyataan saya itu disebutkan saya sebagai anggota parti " Bersatu". Ini tidak benar samasekali dan bacalah penapian di bawah ini.

ZAM BUKAN ANGGOTA PARTI BERSATU
Dengan ini saya menafikan sekeras kerasnya dakwaan Malaysiakini yang mengatakan saya adalah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia.(Dalam berita kritikan seorang pemuda UMNO terhadap saya)

Dari awal lagi saya tidak menyertai sebarang pertemuan  parti ini walaupun dijemput. Saya tidak hadir  di Deklarasi Rakyat dan juga lain- lain mesyuaratnya.

Saya  masih anggota UMNO Kedah  dan baru sahaja menerima jemputan dari Mubarak Kedah  (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia Negeri Kedah) untuk hadir di mesyuaratnya pada 12 Mac bagi membincangkan peranan Mubarak dalam menjayakan  kemenangan BN di PRU 14 di Kedahzainuddin maidin(zam).
Catitan: Setelah penapian dibuat oleh saya maka Malaysiakini telah menghapuskan dari beritanya itu.





2.1K

15 comments:

  1. Kenyataan tan sri tu ada benarnya,cuma orang nampak mcm alahai ini ke mentaliti veteran bekas menteri,seolah2 menyalahkan semua yg berlaku dekat malaysia ni adalah kerana najib jd perdana menteri. Kalau najib tk jadi PM atau letak jawatan tentu tk byk tragedi yg berlaku.

    Najib dilihat sebagai pentadbir seluruh alam jika apa yg buruk berlaku itu adalah kerana kegagalan najib sbgai yang maha berkuasa. Bila byk kebaikan dan kejayaan yg di laksanakan dan dicapai dibawah pentadbirannya yg lebih menyentuh kepentingan rakyat berbanding kepentingan kroni tidak pula tragedi tersebut di hitung.

    Kenapa dihitung tragedi di bawah Najib? Jawapannya sudah tentulah kerana tidak suka dia menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong cerita sikit tentang semua kebaikan yg Najib lakukan yg telah mensejahtera serta membahagiakan kehidupan rakyat sekarang ini berbanding dgn era Tun M maupun Pak Lah sendiri ?

      Delete
  2. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah ketamadunan dunia duit ringgit tak diterima penjual pisang goreng padang besar.

    ReplyDelete
  3. Saya tidak percaya,orang Islam akan bersetuju meletakan beban trajidi yang berlaku di negara ini di bawah pemerintahan Najib adalah kerana Najib tetapi dari kemalangan besar bas yang besar jumlah kematiannnya di Genting Highland hingga kepada beberapa kemalangan besar bas yang berikutnya telah menimbulkan pertanyaan mengapa ini berlaku di era Najib.

    Bila Tan Sri menimbulkan pertanyaan ini maka ia adalah pertanyaan yang sudah berada di hati rakyat dan kebetulan keadaan negara dirundung malang dengan bbrbagai cerita penyelewengan wang dan kejatuhan ekonomi ,kenaikan harga barang maka sentimen mengatasi kewarasan berfikir manusia.Umpamanya bila berlaku Tsunami di Acheh maka wajarkah kita tuduh manusia Ache banyak melakukan dosa.
    Atau wajarkah nasib rakyat Bosnia yang mengalami kekejaman kaum kafir dikatakan kerana mereka tidak amalkan ajaran Islam sedangan Iran yang dikatakan menjalankan hukkuman Islam dengan keras telah menghadapi gempa yang membunuh lebih 30,000.
    Ini semua berlaku kerana sentimen manusia bila tidak dapat menjawab secara rasional terhadap sesuatu bencana.
    Demikian juga rakyat meletakan kesalahan pada Najib diatas bencana yang berlaku kerana kemarahan mereka terhadap keadaan negara sekarang.

    Maka itu terserahlah pada orang ramai yang waras untuk memikirkan dan tidak terbawa dalam sentimen yang tidak berasas kepada realiti sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni bukan sekadar kondem atau perli pemimpin....dah masuk tahap making fun of them; i.e. persendakan mereka. Apa yg ts zam tweet tu....dah lama rakyat biasa cakap, atau buat bahan lawak persendakan umno. Soal waras tak waras tu...tak releven lagi.

      Delete
  4. Salam Tan Sri.

    Ha ha ha.

    Org Putih kata...'denial syndrom'
    atau kita kata masih tidak dpt menerima kebenaran bahawa Parti telah hancur kerana Presiden HZ yg dituduh mengelap duit negara...rendah moral dan lemah dlm kerja tadbir urus.

    Bagi sy kita tidak perlu lagi membuang masa melayan org2 spt Exco Pemuda ini...Blogers2 Upahan termasuk yg diManchester yg tidak habis2 mengutuk Tun M.

    Bagi sy mereka ini adalah org2 Melayu yg paling lekeh...bangang kerana buta mata dan hati atau pun sengaja buat2 sokong kerana ketagihan dedak.

    Jika ketagihan dedak...kita tidak boleh berbuat apa2 lagi.

    Jika Presiden suruh lompat kedlm lubang najis pun org2 ini sanggup lakukan.

    Sdra Zam...mereka ini sedang leka dlm alam khayalan...tidak penting lagi sama ada bodoh atau buat2 bodoh bila masih mahu menyanjung Ketua spt Ptesiden HZ ini.

    Sy kira masa untuk memperbaiki Parti sudah berlalu....kini kita cuma perlu kerat dan buang sahaja Parti yg kunonya Keramat.

    Org Kedah kata..."Keghamat kepala otak hangpa....pi mampuih laghi baik....Parti yg penuh Penyangak..dok pekena bangsa sendiri saha".

    Hata...kita tidak perlu melayan apa2 saranan dari mereka atau pun turut serta dgn kerja2 mengutuk Tun M sebab modal itu sudah basi....hanya satu cubaan mengalih pandangan ramai dari isu sebenar...tuduhan salahlaku Presiden kerana mencuri duit negara.




    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  5. Saya baca tweeter Tan Sri yang disiarkan di Malaysiakini. Saya faham maksudnya. Tan Sri tidak mengatakan kemalangan yang mengakibatkan remaja maut disebabkan oleh Najib Razak. Puak-puak itu tergopoh gapah dan berlumba-lumba menunjukkan kepada Najib mereka adalah pembelanya. Mereka tidak faham komen Tan Sri dalam konteks yang dimaksudkan. Suruhlah mereka belajar dan mahirkan bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  6. Ku Seman,
    Mereka senghaja nak spin bagi memburukan saya.Saya diberitahu TV3 ada mengexploitasi berita tweet saya malam ini.Meminta gelaran Tan Sri ditarik balik dan juga saya meminta maaf.Mereka menilai penilaian hidup saya sama seperti nilai mereka.Saya lahir ke dunia ini tanpa sebarang gelaran. Mungkin lebih senang bagi saya kembali mengadap Allah tanpa sebarang gelaran.
    Saya tertanya kepada diri saya sendiri mengapa mereka beri perhatian pada saya.Saya persara tanpa memegang apa-apa jawatan dan tidak bergiat dalam politik atau perniagaan kecuali menjadi penulis bersendirian.
    Dulu mereka kata saya tidak berkesan sebagai Menteri Penerangan tetapi selepas hampir sembilan tahun bersara, saya masih berkesan kepada mereka yang meanggap saya tidak berkesan.

    ReplyDelete
  7. Alahai pemuda umno... ajak tun m bertumbuk, waras ke? Kata ekonomi bagus; tapi duit ringgit jatuh, rezab BNM turun, 8 juta daftar mintak BR1M, petronas pun buang orang, waras ke? Lepas gst harga barang turun...waras?

    ReplyDelete
  8. Cina cakap suey....Kena pegi tokong buang suey....

    ReplyDelete
  9. Dlm TV3 Najib menerima arahan dari Cina presiden parti cinta malaysia urk menarik gelaran Tan Sri. Nampaknya china nih dgn Najib sang raja bugis dah sama taraf dgn Agong!

    ReplyDelete
  10. Assalamalaikum TS Zam,
    Saya sgt terkesan dgn penulisan TS....penuh maksud tersurat dan tersirat....amat berbisa....apalah sangat dgn pangkat gelaran....bukan boleh dibawa mati...

    ReplyDelete
  11. Pemuda umno kaki jolok angkat bola najib. Pedulikan mereka, kebenaran adalah pahit untuk ditelan. Terus Tan sri, berikan komen penerangan supaya rakyat tahu kebenaran.

    ReplyDelete
  12. Apa hak Ibdilillah Ishak nak suruh sesiapa lucut Tan Sri dan pecat TS Zam dari UMNO. Agaknya, budak hingusan hanyir ni nakkan gelaran Tan Sri tu tak? Atau nak dapat pangkat macam Dr. Madinah Mohamad yang baru-baru ni dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baru menggantikan Ambrin Buang.

    ReplyDelete