Tuesday, 21 February 2017

KAMI DI MINTA UNTUK "GROOM" NAJIB JADI PEMIMPIN MASA DEPAN


Tan Sri Melan Abdullah (kanan) dan penulis di tengah bersama dengan Tun Abdul Razak dalam suatu lawatan ke Melaka. Melan tidak sahaja mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul tetapi juga dengan Tun Abdul Razak.

Apabila kekejaman Militia Serb  berlaku ke atas orang Islam  Bosnia Herzegovina bagitu mudah sesetengah golongan agama di Malaysia  termasuk  ustaz dan ustazah yang bertazkirah di surau atau masjid dan juga rakyat biasa memberikan anggapan kejadian itu sebagai pembalasan Allah kerana tidak mengamalkan ajaran Islam.

Mereka memberikan hukuman tanpa memberikan kemaafan terhadap sekatan beragama yang dihadapi oleh orang Islam Bosnia sekian lama  di bawah regim komunis.

Dan apabila gempa bumi yang membunuh lebih 30,000 orang berlaku di Iran dalam masa pemerintahan Islam, mereka tidak pula mengatakan kejadian itu kerana pembalasan Allah.

Manusia membuat hukuman  mengikut sentimen, prejudis, dendam, benci, kefahaman agama yang sempit dan ketidakmampuan berfikir diluar kotak. Tegasnya bergantung dipihak mana mereka berdiri.

Demikianlah  apabila saya mengatakan bahawa banyak keburukan, kemalangan dan tragedi besar berlaku di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib maka penyokong-penyokongnya segera melompat, menganggap saya menuduh dilakukan oleh Najib.

Anggapan ini kerana  pandangan prejudis terhadap saya sebagai "Orang Mahathir" dan prasangka saya sebagai anggota parti BERSATU sehingga diputarbelitkan  saya tidak bersimpati dengan kemalangan 8 orang remaja penunggang basikal di Johor.

Atas kemarahan ini mereka  meminta gelaran Tan Sri saya ditarik balik dan dipecat dari UMNO.

Reaksi  spontan  ini berlaku kerana sifat ketahyulan dan fahaman keugamaan yang sempit  di kalangan orang Melayu termasuk  sesetengah  penyokong Najib sendiri sehingga  menyebabkan mereka merasa sebagai suatu kebenaran atas apa yang sekian lama tersembunyi di hati mereka. Sebab itu mereka meloncat.

Pada hakikatnya saya  mengemukakan kejadian teragedi buruk itu sebagai fakta sejarah yang lebih banyak berlaku atas kuasa Allah di era singkat pemerintahan Najib dibandingkan dalam masa 22 tahun pemerintahan Mahathir.

Saya juga terkejut mengapa perhatian diberikan kepada kenyataan  saya  seorang pesara yang tidak lagi mempunyai sebarang kedudukan dalam politik, NGO, perniagaan atau kekayaan untuk diexsploitasi bagi mencari pengaruh.

Mengapa sehingga TV3 harus memberikan perhatian pada saya dalam buletin utamanya?

Mengapa sesudah 9 tahun saya bersara, golongan yang menganggap  saya tidak berkesan sebagai Menteri  Penerangan masih merasakan keberkesanan saya ketika saya menjadi orang  biasa, ketika saya hanya  seorang wartawan rakyat.

Semasa menjadi menteri,mungkin wajar bagi Allahyarham Mursyidul Am Pas Nik Aziz untuk mengecap  saya sebagai "budak celaka" dalam tulisannya di Harakah kerana kerajaan Pas Kelantan  hampir jatuh disebabkan video klip" Kelantan Dalam Gerhana" dan "Terenganu Kita" yang mendedahkan kekejaman Haji Hadi MB Terengganu ke atas sekolah-sekolah tadika UMNO dan ketidakadilannya sehingga kerajaannya  tersungkur di Terengganu.

Kewajaran bagi budak-budak berhingus UMNO menganjurkan supaya saya dipecat dari UMNO dan gelaran Tan Sri di tarik balik, mungkin kerana mereka takut masa depan mereka hancur tanpa Najib.

Suka  saya mengingatkan mereka ini agar  jangan membuat penilaian terhadap nilai hidup saya sama dengan nilai hidup mereka yang murah.

Saya lahir  ke dunia ini tanpa sebarang gelaran dan saya bersedia untuk kembali mengadap Allah Azzawajalla tanpa sebarang gelaran.

Ketika saya di Utusan Melayu dan Tan Sri Melan Abdullah (Allahyarham) sebagai Ketua Pengarangnya, saya masih ingat kami diminta oleh Setiausaha politik Perdana Menteri Tun Abdul Razak, Abdulllah Ahmad dan juga setiausaha akhbarnya Abdullah Majid untuk groom Najib ke arah menjadi pemimpin masa depan.

Maka atas bantuan ini jugalah sedikit sebanyak telah membantu  Najib dengan mudah menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Lebih dimudahkan kerana ketika itu feudalisme masih tebal maka tidak sukar bagi Najib untuk memijak kepala orang lain bagi naik keatas.

Tak usahlah budak-budak berhingus hanyir nak exploitasi  tentang  Mahathir nak jadikan anaknya Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Semuanya sama sahaja kecuali Perdana Menteri Pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Mahathir tidak jadi Perdana Menteri jika tidak kerana jasa Perdana Menteri Tun Abdul Razak  dan Najib tidak akan jadi Perdana Menteri  jika tidak kerana belas kasihan Mahathir dan juga  kerana kelemahan Mahathir mudah terpengaruh dengan kekuatan penampilan luar seseorang.

Wartawan bersama Tun Razak di kediamannya.Kanan sekali penulis(Zam),Allyarham Alias Ali (Berita Harian), Allahyarham Abdullah Ahmad Setiausaha Politik Tun Razak dan  mendiang Vic Nayagam( NST)

23 comments:

  1. Salam Tan Sri,

    Dalam era globalisasi yang bukan sekadar melangkau sempadan tempat tinggal tetapi ianya melangkau kepelbagaian dari segi rohani dan jasad. Secara rengkasnya budak budak umno yang masih berhingus ini masih mamai berada di bawah gerbang lingkup selaput pemikiran yang semakin mereput. Demi masa sesungguhnya mereka ini berada di dalam golongan orang orang yang rugi.

    ReplyDelete
  2. Walaupun TS masih lagi baru dalam medium twitter, medium yang sinonim dengan generasi Y, tetapi impak tweet TS telah meninggalkan satu kesan dan impak yang besar. Ini dikhuatiri mampu mempengaruhi generasi muda. Mungkin apa yang diperkatakan oleh TS mampu mempengaruhi sebahagian besar rakyat Malaysia dan ini ditakuti oleh exco pemuda. Jadi tidak hairanlah pengamal media menghentam TS semenjak dua tiga hari ni. Kalau ada yang terasa tu maknanya berkesanlah apa yang yang cuba TS sampaikan. Makna kata mesej tu sampai.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum TS,
    Budak budak berhingus belum dilahirkan lagi ketika TS sudah bergelumang dgn perjuangan negara yg sebenar.....pengalaman dan pengetahuan TS sebagai wartawan veteran sepatutnya di ambil peduli dan dijadikan panduan penting untuk jatidiri warisan pimpinan perjuangan negara seterusnya......tapi yg sebaliknya berlaku TS dihina dan dikutuk apabila berkata benar....saya amat bersedih dgn keadaan yg menimpa TS......

    ReplyDelete
  4. Adalah tugas UMNO dan tugas rakyat untuk menyekat keturunan aristokrat dan feudal dari terus berkuasa di negara ini.
    Selepas Najib ada lagi seorang yang rapat dengan Istana dan menang vice presiden UMNO kerana sokongan Istana yang akan meneruskan warisan ini.
    Hati hatilah.
    Saya ingat kecendorongan ini mestilah dihentikan setakat Najib sahaja. Biarlah Zahid mengambil alih dan rakyat mendapat kepimpinan rakyat yang sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno perlu dibunuh kerana barahnya telah merosakan negara..Tutup cerita.

      Delete
    2. Setuju!!!

      Juga ugama Pas yg 2x5 mempermainkan bangsa dan ugama.

      Delete
    3. Maaf.

      Pembetulan!!!

      ..bukan ugana Pas tetapi ulama Pas..

      Delete
  5. Tan sri..pedulikanlah gelaran tu semua..asalkan tulis yang benar dengan telus dan berani dengan keadaan sebenar politik negara kini..bak kata TDM semasa temuramah dengan wartawan luar tahun lepas "this country is going to the dogs"..wajarlah budak-budak hingus umno ni "dogs"namanya!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum TS,
    Gambar yg TS lampirkan penuh makna kpd yg mengerti.....semuanya sudah tiada dan hanya TS untuk ditanya.....semoga TS dan keluarga dirahmati Allah swt hendaknya....

    ReplyDelete
  7. Terima Kasih.saya sedar dan bersukur kepada Allah yang memanjangkan umur saya. Diantara semua saya yang masih hidup.

    Dan dengan itu saya dapat menyaksikan betapa penyelewengan Najib dalam pendekatan agama pemimpin-pemimpin awal UMNO.

    Uapamanya dalam pendekatan agama. UMNO adalah menunjukan wajah yang manis kepada bukan Islam dengan menjalankan dasar-dasar Islam dan pengIslaman secara halus dan berdeplomasi tetapi sekarang wajah Islam UMNO telah dicemarkan oleh wajah Islam yang bengis dan menakutkan orang Islam bila bersekutu dengan Pas .Malah MCA dan Juga MIC sendiri tidak mahu disekutukan dalam pendekatan ini.
    Kerajaann sudah hilang pendekatan agama yang berjaya di negara kita bila UMNO berkawan dengan pemimpin-pemimpin agama yang keras,sesat dan bodoh dan tidak refined.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada sy,penyelewengan NAJIB dlm pendekatan agama itu lebih baik jika nak dibandingkan dgn pendekatan pemimpin2 UMNO yg lalu.

      Kalau dulu,UMNO nampak manis pada orang bukan islam,tetapi amat kelat pada orang islam sendiri,bantuan sekolah agama disekat tidak dibantu,alim ulama tidak ada peluang untuk berceramah di dalam tv,berbanding skrg zaman najib pembangunan agama lebih subur,dgn diperkasakan yayasan pondok,alim ulama bebas berceramah,undang2 islam dipermudahkan jalan untuk dimartabatkan,dgn pemerkasaan prinsip maqasid syariahnya dlm pentadbiran..mungkin sbb itu lah skrg orang bukan islam nampak pendekatan agama UMNO bengis dan menakutkan. Bila islam makin kedepan dan dibela...itulah yg menakutkan.

      Delete
    2. Kasihan.
      Mengarut tahap gaban

      Delete
    3. "Bila Islam makin kedepan...". Yea la tu, memang ramai org pakai tudung, serban & jubah putih sekarang, tapi jenayah sumbang mahram, penceraian, buang bayi makin bertambah bukan berkurang. Pergi umrah & haji berkali2, tapi ambik rasuah tanpa segan silu. Paling basic, adab & tahap kebersihan tak pulak makin baik. Itu yg kau banggakan?

      Delete
    4. Islam bukan diukur dgn akal manusia,jika masih menebal dgn amalan komisen,adjust,kawtim wpon parti agama sekalipun..mmg patut dilaknat oleh Allah swt

      Delete
  8. Memang kerja orang politik kencingkan rakyat; ini berlaku di mana saja. Tapi bila di kurun ke 21 ni masih ada rakyat yg kena kencing dgn orang bertopengkan agama...ni yg menyedihkan.

    ReplyDelete
  9. Salam Tan Sri.

    Sy sokong seratus peratus.

    Kata sdra,

    "Kerajaann sudah hilang pendekatan agama yang berjaya di negara kita bila UMNO berkawan dengan pemimpin-pemimpin agama yang keras,sesat dan bodoh dan tidak refined.".

    Pas dan Umno 2x5.

    Ketua2 MEMPERALATKAN ugama ketahap maksimum.

    Hadi dan Najb terang2 memperkudakan ahli...yg satu bangsa dan satu ugama demi survival politik masing2.

    Lidah mereka memang bercabang...kuat berdolak dalik kunonya 'survival Melayu'.

    Apa yg "demi bangsa....demi Ugama...demi Allah dan demi itu ini"....semua adalah pembohongan belaka.

    Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tidak mengajar semua ini...jauh sekali melakukan kemungkaran....tetapi bagi org2 spt Najib dan Hadi serta konco2..ini perkara biasa...sudah jadi amalan sekian lama mereka berpolitik.

    Si@l...mereka ini.

    Ugama dan bangsa dipermainkan.

    Terukan menulis....berani kerana benar.
    Dan sdra tidak keseorg dlm perkara ini.

    ReplyDelete
  10. Tan Sri, lihat lah ustad dan ustazah yang banyak penyakit hati dendam kesumat tertimbus didalam diri mereka. Mereka ini bukan lah pemikir islam yang dunia islam memerlukan sekarang. Mereka lah yang laga2kan orang islam sekama ini.Lihat lah bangsa cina yang menganut berbagai agama tapi mereka maju dan tidak bercakaran seama sendiri. Melayu satu bangsa satu agama tapi kita mundur dan bercakaran antara satu sama lain untuk selalu ingin membuktikan siapa lebih 'Islam'. Pakar2 islam di Msia adakah akan sedar bahawa Islam yang didzahirkan tidak lah hebat kalau tiada nilai2 rohani yang suci.

    Yan S

    ReplyDelete
  11. Tan Sri, pedulikan pemakan2 dedak, tidak salah until TS memberi pendapat, Umno sahaja yg xboleh menerima dan memberi pendapat, saya percaya ahli2 dan media2 Umno ni akan ikut pemimpin sampai masuk lubang najis, bila dah terpalik busuk nanti baru tersedar... Orang Zulu Afrika pernah kata "It's too late bro..." :-D

    ReplyDelete
  12. sikap tun mahathir suka nak bunuh pas terenganur dan kelantan dulu dengan menyekat peruntukan kerajaan pusat patut bagi kerajaan negera kelantan dan terenganur itu sikap dr mahathir yg disanjung oleh fanatik itu.
    pas pulak bertindak dengan cuba menuntup taskar di terenganur itu.
    jawapan aku mudah je peruntukan dengan politik tak tahu bezakan semasa era dr mahathir memerintah.
    kalau buat jambatan pun nak letak lambang bn, pada era najib memerintan perubahan berlaku dimana lambang kerajaan pusat diletakkan tukar polisi kerajaan pusat dimana tak lagi meletakan lambang bn pada mana2 projek kerajaan, aku masih ingat lagi dimana tun mahathir cakap brim tak sepatut diletak manifesto, tun mahathir patut tanya pada dirinya ada ke patut buat jambatan di kelantan pun nak letak lambang bn korang fikirkanlan ia

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu letak lambang bn sebab pembangkang suka claim hasil usaha mereka. fikirkanlah...

      Delete
  13. Ada orang tak buat kerja tapi bila dah siap mengaku dia yang buat.

    ReplyDelete
  14. Di Israel,
    Apabila Agama, dan Politik berkahwin, Maka lahirlah ZIONIST. Timbul lah Sifat extreme jimud totok yg tidak mengsmbil kira sekeliling.

    Di Malaysia,
    Apabila Agama PAS, dan Politik UMNO berkahwin, Maka lahirlah Melayu totok. Timbul lah Sifat extreme jimud totok yg tidak mengambil kira sekeliling ....

    ReplyDelete
  15. Tan sri.. pemuda amno bukan sahaja berhingus hijau, malah bebal dan level pendidikanny tak mampu nak mencerna permasalahan semasa kerana mereka juga adalah punca.. level mereka hanyalah program karaoke dan futsal iaitu keseronokan sahaja...

    ReplyDelete