Saturday, 4 February 2017

JARINGAN MELAYU MALAYSIA (JMM) TAK WAJAR HENTAM POLIS TAHAN SAMSENG UMNO

  1. DARI TWEET ZAM

  2. KPN SELAMATKAN KUASA POLIS DARI DIAMBIL JAMAL

  3. Ibrahim Ali Perkasa hentam DAP kerana tak setuju protes bantah Trump tak adil pd negara Islam tapi kenaapa diam PM Najib membisu seribu bahasa
  4. Azwaddin Pengerusi JMM tak perlu ajar polis dlm tangkapan jenayah.Tugas NGO bela rakyat bukan yg dah termuntah makan dedak
  5. Ketua NGO (JMM) yang bersubhat membela samseng Umno dari tahanan polis . Cacing dah naik kepala
     
  6. Tak wajar Jaringan Melayu Malaysia kata polis tak adil laku tahanan jenayah thp Jamal .Tak sedarkah samseng UMNO ini jatuhkan maruah polis?
  7. Kepala Samseng Umno Datuk Jamal direman polis kerana laporan menceroboh. Salute to Polis. Kuasa KPN selamatkan maruah polis
  8. Seorang lelaki ditahan polis kerana mahu jual kad pengenalan Bangsa Johor. Salah siapa ?
  9. Pegawai2 rampaskuasa di Mara tanpa pengetahuan PM kerana tidak mahu tanggung dosa orang politic yg salahguna kuasa.Belajar dari Sabah
  10. Ringgit tidak naik seperti dijanji PM Najib tapi yg naik harga minyak. Semakin merudum kredibilitinya.Berapakali dah dia ramal ringgit naik?

12 comments:

  1. Hahaha Malaysia tidak memerlukan bomoh jadi PM

    ReplyDelete
  2. aik datuk takkan la benda haram da jadi halal...da hilang pendirian jugak ke mcm mahathir? atau mmg sebelum ni berlindung disebalik topeng dari rupa sebenar? serbu rumah judi pun kena tangkap...aik peliknya malaysia...dgn polis yg sebuah badan penguatkuasaan yg tersusun xkan la kalah dgn jamal yg tau tempat2 judi camtu..akai letak mana? rumah judi camtu halal ek? datuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serbu "rumah judi haram"? Kalau betul itu rumah judi haram, saya sokong serbu...serbu oleh polis, bukan oleh orang umno, atau pas, dap, bersatu dll. Serbu satu malaysia, bukan sekadar di negeri Pakatan. Dalam kes ni, awak confirm ke itu rumah judi haram yg diserbu jamal? Ikut laporan media umno dan mca (thestar)...ni kes rompak. Kalau semua orang nak buat kerja polis, tak ke carca marba malaysia ni? Bukan setakat isu rumah judi haram; isu lain spt ekzos asap hitam bas dan lori, kalau orang awam tahan ramai2...apa jadi? Kalau kita ramai2 tahan pekerja asing di mana saja nak cek sah atau PATI, apa jadi? Kalau jamal lebih mengetahui dari polis...usulkan isu ini pada zahid. Dia kan ketua bahagian, sure ada direct line punya.

      Delete
    2. Serbu pusat Judi ke gi samun pusat Judi? raba perempuan pastu samun duit.. Mungkin ko tak tengok CCTV tu kut..

      Delete
    3. Anon 10:21,, tak salah jika pihak polis yang menyerbu bukan nya Jamal jamban sebab dia tak ada kuasa dan kita semua maklum bahawa Negara kita ada undang-undang........!!

      Delete
  3. Inilah akibatnya bila penyampu nak menangkap penyamun dan di tangkap oleh penyamun yang berlesen

    ReplyDelete
  4. Berkukkok sekampung tetapi ekor bergemiang dengan taik, itulah Datuk Jamal yang dibela oleh Jaringan Melayu Malaysia yang dakwa sebagai mewakili Malaysia tetapi entah berapa ekor ahlinya.

    ReplyDelete
  5. Datuk Jamal ni baik sangatkah nak jadi polis dan nak ambil kerja polis,dia ingat negeri tak ada undang-undang jadi samseng UMNO dapat perlindungan besar dan lesen besar nak serang sana serang ini. Ini bukan negara bapa engkau punya,ada polis dan ada tentera. Padan muka.

    ReplyDelete
  6. Adakah anda tahu pembantu Jamal dan pengikut-pengikutnya dah lari berselerak menyembunyikan diri. Harap Jaringan Melayu Malaysia sahajalah yang hanya cakap berdegar,tapi tin kosong

    ReplyDelete
  7. Bila masa JJ jd polis/kalau dibenarkan saya pun setuju dan nak sgt tangkap yg curi duit keturunan saya

    ReplyDelete
  8. panglimo potaseh5 February 2017 at 03:01

    Kalau dulu masa riwayatnya jika di tanya pada Aruah Prof.Syed Hussien Alatas apa saja tentang berbagai masalah negara .. maka jawapnye kesemua masalah itu berpunca drp korupsi atau rasuah.

    Semalam ada berita ngatakan ada terdapat 2000 bijik pencawang haram di wilayah tengah Perak. Apakah pencawang ni sebesar kuman atau sebesar basikal, sampaikan tiada penguasa dapat mengesannye?

    Bayangkan banyak tempat judi dan permainan komputer yg ada tertera budak sekolah tak di bagi masuk yang letaknya sangat dekat dgn balai polis. Tapi dalamnye penuh ngan bebudak bawah umur.

    Kalau kita rajin selak akhbar cerita polis dengan jenayah ada terpampang tiap hari .. semamangnye polis sinonim dgn jenayah tapi bukan bikin jenayah.

    Kalau kita nisbahkan bilangan polis dgn bilangan penduduk kebanyakan .. sedih sangat kita bila kita perasan semacam ada musang menjaga reban.

    Sekarang ni aku sedang buat kajian pengamatan .. untuk kesan berapa bilangan polis yang kenekan tali-pinggang keledar masa mandu. Setakat hari ini peratusannya adalah kosong. Apa lagi yang aku boleh cerita.

    Dulu ada akhbar ngatakan setengah juta penjawat awam makan rasuah? Kalau sorang telan seribu .. kau pikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  9. JMM ni apa yang dibuatnya, orang melayu sendiri pun tak faham melainkan untuk kepentingan diri sendiri. kalau sekadar guna perkataan melayu malaysia lebih baik bubar saja.

    ReplyDelete