Thursday, 2 February 2017

DATUK SERI NAJIB TIDAK DIMAKLUMKAN TINDAKAN TERHADAP ANNUAR MUSA

ORANG POLITIK LIABILITY PADA SYARIKAT
KOMEN:
Salam Tan Sri.

Bagi sya tindakan penggantungan terhadap Annuar dikira tepat dan wajar.

Rakyat pun sudah mual dgn kelaku org2 spt (bekas2 Menteri dan ahli politik) yg dipilih menerajui Syarikat milik Kerajaan GLC dsb..sbg Pengerusi...Pengarah... Penasihat dsb,

Mereka masih rasa diri hebat...bijak...berwawasan selain mndpt imbuhan yg besar dan kerap membuat keputusan ikut sedap rasa dan hati seolah2 Syarikat milik 'bapa' mereka.

Sudah smpai masa org2 spt Annuar dlm banyak lagi Syarikat milik kerajaan atau berkaitan... GLC dsb digantikan sahaja sebelum mereka memperlingkupkan Syarikat untuk tujuan mengukuhkan diri dan survival politik agar diri masih relevan walau pun sebenarnya adalah beban 'liabilty' pd Syarikat.

Org Kedah kata..."dok peghabieh beraih sahaja...mcm syarikat bapa hangpa punya....balun elaun sana sini...pi berjln sana sini lagi at as urusan kerja kunon,...,mcmlah terror sangat...dahlah ada pencen menteri...semua nak sapu".

Nafsu serakah org2 spt ini tidak pernah cukup...inilah dia pentadbiran negara dibawah kerajaan BN Umno.

Semua wajar dirubah...dan dibetulkan.

Syabas pd Majlis Mara Dr Yusuf Yakob kerana berani melakukan perkara yg betul.

Nampaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak dimaklumkan lebih dahulu tentang tindakan penggantungan  mengejut Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerui Majlis Amanah Rakyat( MARA) dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB).

Tindakan itu mahu tidak mahu pastinya menjejaskan reputasi Annuar Musa seorang veteran UMNO yang sekarang  menjadi anggota Parlimen dan kedudukan pentingnya  dalam UMNO sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Penggantungan  itu yang dilakukan oleh  Majlis Mara yang dipengerusikan Oleh Dr. Yusof Yacob ketika Annuar berada di luar negara menampakkan seperti suatu rampasan kuasa yang dilakukan dalam sebuah negara ketika perdana menterinya tidak ada.

Penglibatan Annuar  dengan penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur bagi Pasukan Bola Sepak  Kelantan The Red Warriors(TRW)  setelah dipersoalkan oleh  Tengku Mahkota Johor(TMJ) telah mendorongkan tindakan tersebut .

Annuar terpaksa bercuti dari kedua jawatan itu untuk memberikan laluan kepada siasatan rasuah oleh SPRM.

Datuk Seri Najib yang mungkin terperangkap dalam suatu tindakan yang tidak dimaklumkan kepadanya lebih dahulu terpaksa membuat kenyataan untuk membersihkan  persepsi buruk terhadap Annuar yang telah timbul dengan  mangatakan kesanggupan Annuar untuk disiasat SPRM menunjukkan beliau mahu membersihkan namanya"

Apapun muka Annuar  telah disapu dengan arang dan juga memburukkan lagi pandangan banyak pihak terhadap pemimpin-pemimpin UMNO yang walaupun telah diberikan kedudukan tetapi mahu mempergunakannya untuk mempromosi dan memperteguhkan  kepentingan  politik.

Mungkin kerana nampak bahaya inilah maka  Datuk Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri  menasihatkan Khairy Jamaluddin supaya tidak  bertanding jawatan Presiden FAM. Zahid tentu tahu tentang  konspirasi  Khairy dan Datuk Hishamuddin Hussein Onn untuk mencabar kedudukan Zahid bagi masa depan mereka.

Yang jelas kepada umum tindakan rampas kuasa oleh Majlis Mara itu adalah untuk membersihkan diri mereka dari terlihat  bersekongkol atau bersubahat dengan sebarang tindakan penyalahgunaan kuasa atau wang yang dilakukan oleh orang politik atau kuasa politik. Pegawai-pegawai kerajaan telah berani untuk tidak lagi menjadi mangsa kepada nafsu serakah orang politik.

Apa yang telah berlaku tidaklah membantu UMNO dalam memperbaiki  imejnya yang berada dalam keadaan yang amat tercabar malah tambah memburukkan lagi dan mempersukarkan lagi kepimpinan  Datuk Seri Najib yang pengaruhnya semakin terhakis.

13 comments:

  1. Apakah perasaan pegawai2 kerajaan atau glc yg berpangkat dan bergaji tinggi, mampu berumah dan kereta besar, mampu menaja pendidikan anak2 tanpa bantuan dan tajaan kerajaan, bersih dari gejala rasuah, tiada perlakuan jenayah...tetapi dipandang serong jiran atau sedara dan masyarakat, kerana perasuah lain yang seangkatan dgnnya dari segi kedudukan dan pangkat yg game mereka capai tahap songlap million million dah, bukan ribuan ringgit lagi?

    Apakah mereka ni rasa turut malu, atau buat tak tahu, atau tak boleh buat apa2? Anak2 mereka pula rasa macam mana agaknya, mungkin terpikir "bapak/mak aku pun songlap duit jugak, sebab tu aku boleh hidup mewah", walau pun itu sebenarnya bukan cara mak /bapak mereka. Saya rasa dilemma penjawat awam dan glc memang ada, walau pun tidak dinyata secara terbuka. 20 tahun yg lalu saya mengambil keputusan tepat utk tidak menyertai perkhidmatan awam tetapi swasta, kalu tidak hari ni pasti terasa tempias herdikan, sindiran dan kecaman masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mereka bersihkan dah dilakukan pada era tun mahathir dulu, bos tun mahathir dan anawar pun sama

      sejarah menbuktikan tun mahathir ada lima murid
      1)ANWAR IBRAHIM
      2)NAJIB
      3)AZMIN
      4)KHAIRUDDIN
      5)RAFIZI
      SEMUA PENYAGAK PARTI anda semua tahukan sejarah kelima2 nya..

      dap kaki rasuah pun ambil kesempatan perkenakan kelima murid tun mahathir itu

      Delete
  2. Tentunya apabila Perdana Menteri memberikan kedudukan atau jawatan penting dalam badan berkanun dan sebagainya bagi anggota parti yang tidak lagi patut menjadi menteri adalah untuk menilai jasanya tetapi sayang mereka tidak tahu menghargainya sebaliknya masih bercita -cita tinggi untuk gemilang semula dalam politik atau untuk mendapat jawatan yang lebih tinggi. Manusia tidak tahu bersukur dan inilah yang terjadi kepada Annuar Musa.

    ReplyDelete
  3. Salam tan sri,
    Di institut vokesional mara, pelajar tidak ada bahan untuk kerja bengkel, terpaksa jual sisa bahan pada "besi buruk" untuk beli bahan baru. Jika tidak cukup, tambah duit saku pelajar. Keadaan yang sungguh menyedihkan. Pelajar terpaksa kurangkan aktiviti bengkel dan buat dalam kumpulan yang besar.
    Pelajaran adalah satu pelaburan utama untuk kemajuan anak bangsa bagi keluar dari garis kemiskinan dan bukannya menang bolasepak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xi,xi,xi kau tak penah berkerja sebab itu, tak tahu dengan cara jual besi dan wire dengan duit itu kita beli wire dan paip yg baru kita dapat kurang kos syrikat ia biasa di lakukan oleh kontrakta (e) eletirk dan aircond untuk jimit aku kos.

      aku dulu buat latihan industari majiakan aku ajar macam mana kurang kos dengan cara jual besi buruk dan wire duit itu kau buat beli barang kerja2 wire dan duit makan tengah hari.

      jawapan aku senang je mesti kawan kau mengadu barang tak cukup dan tak dapat dia jual besi buruk di ambil wang itu..

      kesilapan anwar musa itu hanya gunakan dana untuk bola sepak kelantan , mungkin anda tak tahu mana2 ahli politik kelantan semua tak ambil tahu kekurangan dana bola sepak kelantan, angak malang bagi bola sepak kelantan jika tak dapat masuk pertandingan bola sepak malaysia ini, di zaman tun mahathir pun dia mana ambil tahu bola sepak jatuh raking teruk, zaman tun mahahir hanya pentingkan sukan berkuda walau pun kita tak masuk rngking dunia berkuda

      Delete
    2. 10.19 anda patut kekal di dalam industri besi dan paip buruk

      Delete
    3. Saya rasa... SPRM bukan setakat soal Annuar Musa pasal tajaan bolasepak Kelantan saja. Benda-benda lain... seperti bangunan MARA yang di beli di Australia dan kereta Panamera... betul ke seperti yang TMJ kata tu?

      Delete
    4. pegawai khas Dato’ Adam Rosly Ketua AMK Ampang pegawai khas Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang boleh jadi kaya raya, hebat akan memiliki kerata mewah, kalau setakat prosche itu tak ada orang heran lah 'yg orang heran tun mahathir boleh pergi merusuh naik jet pribadi dan naik prosche ketika bersih lagi hebat

      kalau Annuar Musa rasuah biar sprm siasatnya lagi pun kes itu dalam siasatan isu tanah di Australia . pembangkang lagi hebat semua takut pemimpin dia tangkap tak satu bawa kes pemimpin mereka ke sprm

      Delete
  4. Salam Tan Sri.

    Bagi sy tindakan penggantungan terhadap Annuar dikira tepat dan wajar.

    Rakyat pun sudah mual dgn kelaku org2 spt (bekas2 Menteri dan ahli politik) yg dipilih menerajui Syarikat milik Kerajaan GLC dsb..sbg Pengerusi...Pengarah... Penasihat dsb,

    Mereka masih rasa diri hebat...bijak...berwawasan selain mndpt imbuhan yg besar dan kerap membuat keputusan ikut sedap rasa dan hati seolah2 Syarikat milik 'bapa' mereka.

    Sudah smpai masa org2 spt Annuar dlm bnyk lagi Syarikat milik kerajaan atau berkaitan... GLC dsb digantikan sahaja sebelum mereka memperlingkupkan Syarikat untuk tujuan mengukuhkan diri dan survival politik agar diri masih relevan walau pun sebenarnya adalah beban 'liabilty' pd Syarikat.

    Org Kedah kata..."dok peghabieh beraih sahaja...mcm syarikat bapa hangpa punya....balun elaun sana sini...pi berjln sana sini lagi at as urusan kerja kunon,...,mcmlah terror sngat...dahlah ada pencen menteri...semua nak sapu".

    Nafsu serakah org2 spt ini tidak pernah cukup...inilah dia pentadbiran negara dibawah kerajaan BN Umno.

    Semua wajar dirubah...dan dibetulkan.

    Syabas pd Majlis Mara Dr Yakob kerana berani melakukan perkara yg betul.




    ReplyDelete
  5. Apakah jasa Anuar Musa ini yg hendak dikenang kecuali pernah disiasat Sprm ketika di KPLB dahulu.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan tidak belajar dari kesilapan.Masih ramai lagi ahli politik dalam GLc selain Anuar Musa.
    Tabung Haji - Aziz Rahim.
    Felda - Shahrir Samad
    FGV - Isa Samad
    RISDA - Bung Mokhtar

    ReplyDelete
  7. panglimo potaseh3 February 2017 at 15:28

    Mungkin MARA tahu .. apalah guna mengadu atau memberi maklum pada Chief Lanun, akan aktiviti melanun Nuar Musa. Ini bukan kali pertama Chief Lanun ni tergelincir maklumat, tentang prihal perlakuan melanun dalam MARA atau Mejlis AMANAH Rakyat. Tidak ada apa yg nak di herankan. Sang Lanun tetap akan bebas lepas malah akan disanjung dan di muliakan.

    ReplyDelete
  8. Masanya da smpai untuk pemimpin muda yg ada integriti,credit dan credential mengambil alih leadership daripada semua unscrupulous and scandalous old hecks

    ReplyDelete