Wednesday, 8 February 2017

BMF: MAHATHIR GAVE INVESTIGATORS A FREE HAND

BEKAS WARTAWAN NST STAR DEDAHKAN TUN ARAHKAN SIASATAN KEAKAR UMBI

By: M Krishnamoorthy (Petikan dari Malaysiakini)

How I covered the BMF scandal in the 1980s’ Exposing the Bumiputra Malaysia Finance (BMF) scandal was the most exciting assignment I had while working as a journalist with the New Straits Times (NST) in the mid-eighties.

The report by the three-person panel led by auditor-general Ahmad Noordin was released by the Finance Ministry in January 1985. There was no cover-up or censorship of the auditor-general’s report then. It gave a clear and closer perspective of the BMF loan scandal that embarrassed the government and the bank.

I covered the BMF scandal extensively in 1985 and 1986 because the late auditor-general Ahmad Noordin lived in the same Petaling Jaya neighbourhood as myself, opposite the University Hospital.

Sometimes when I went to his office, if he was busy he would ask me to drop by his house in the evening for tea and goreng pisang (fried bananas). An NST editor and mentor then, PC Shivadas, along with other editors, encouraged me to continue breaking the BMF stories because he knew about my personal contact, friendship and relationship with Ahmad Noordin.

 Another senior editor told me when you have got a reliable source speaking to you, “Milk him well for your exclusive page one stories.” Reporting then was taken professionally and personally by some of us, the reporters, as the NST then competed with The Star for exclusives.

 The competition was good and healthy because ultimately the public and readers benefitted from the breaking news with no holds barred from both newspapers at that time. The Star edged the NST then by nominating Ahmad Noordin as ‘Man of the Year in 1986' and with some leading headline news on the BMF.

Those were the days when the NST and The Star both carried good BMF exclusives, and most of the time Ahmad Noordin was willing to be quoted, unlike government officials today who decline to comment. Their fear is that their ministers do not want them to be seen taking the limelight.

Then, the astute, transparent and forthright auditor-general would spend hours narrating the details of the BMF scandal. He related how the defunct Carrian group and its former chief executive, George Tan, schemed and operated to get the BMF bankers on his side to approve the loans.

“Tan would make a grand entrance at Hong Kong’s plush hotel parties organised by him. Flanked with a bevy of gorgeous women at past midnight when most of the bank officials were drunk, he would clinch the deals,” Ahmad Noordin told me.

Anecdotes of Carrian affairs To me, the auditor-general was a fine gentleman and would relate these stories in an amusing way and reveal the climax laughingly, and I enjoyed his entertaining way of storytelling the anecdotes of Carrian affairs. If the conversations stretched past 8pm, he would ask me politely if I could stay for dinner. He would then call his wife and tell her, “Prepare something good because Krishna is joining us for dinner.” And, the dinner was always excellent with ayam percik and sambal rice.

 Our comradery, between a senior government official and a reporter, was so good and I looked up to him with respect as an elderly father figure. The three-person investigative panel’s report on Jan 7, 1985, disclosed details of the biggest financial scandal in Malaysia’s history (at that time). It took years for the police in Malaysia and in Hong Kong to unravel the web of corruption and financial mismanagement in the state-owned Bank Bumiputra, the country’s biggest bank in the 80s.

Despite the financial setback, then prime minister Dr Mahathir Mohamed gave the three investigators a free hand to get to the bottom of the truth on how BMF officials hoodwinked the bank and the government. 

The investigative committee disclosed the bank’s many bad loans to Hong Kong property developers. Ahmad Noordin was the man who went out all the way to dig into details. One of the auditors, Jalil Ibrahim, who was sent to investigate the scandal, was murdered in Hong Kong.

The bank’s Hong Kong subsidiary, Bumiputra Malaysia Finance Ltd., commonly known as BMF, paid US$1 billion between 1979 and 1983 in bad loans to developers such as Carrian which quickly made and quickly lost a fortune in Hong Kong’s turbulent property market, Reuters reported.

George Tan was charged in Hong Kong in 1984 with conspiracy to defraud in connection with the collapse of his financial empire in 1983. In its report, the committee accused six BMF executives of corruption and urged the authorities in Malaysia and in Hong Kong to begin investigations with the aim of charging them in court.

A Hong Kong Attorney-General’s office spokesperson told Reuters, “'When we’ve got the report, we’ll be in a position to consider what action is appropriate.'” The report pointed out that the six executives and some of their relatives received payments directly or indirectly from Tan and companies in his Carrian group.

The 33-page report (with a 350-page appendix) tells of personal loans and payments made by Tan to the people who were lending millions of dollars to Carrian. The committee’s report prompted Malaysian police to investigate a


US$40 million loan by BMF to Carrian Nominee Ltd and consultancy fees paid to BMF employees without Bank Bumiputra’s knowledge.

The committee found that BMF continued to lend to Carrian after it announced in October 1982 that it could not pay its debts. The disclosure that loans were made in 1983 embarrassed Bank Bumiputra’s former executive chairperson, Nawawi Mat Awin, who resigned later that year.

The bank’s new chief, the late Basir Ismail, had frozen all loans through foreign branches and executed a shake-up of the senior staff, the New York Times disclosed. The cabinet’s decision to release the report was welcomed by the opposition and other political groups who feared that the government might try to cover up the scandal. “'The government now has no choice but to prosecute them and bring them to court,” said Chandra Muzaffar, the then-leader of Aliran.

M KRISHNAMOORTHY was a freelance journalist for Al Jazeera, CNN, BBC and several other foreign television networks. Formerly a journalist with The Star and New Straits Times, he has authored five books and teaches journalism. -Mkini


BERJAGA-JAGA UNGKIT PEKARA LAMA

oleh A Kadir Jasin

5 Februari 2017

KEBELAKANGAN ini beberapa saluran propaganda arus perdana telah membangkitkan semula peristiwa yang berlaku masa lampau.

Dua daripadanya adalah skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan pembabitan Bank Negara dalam perniagaan tukaran mata wang.

Saya membuat liputan kedua-dua peristiwa tersebut. 

Dalam kes BMF, saya adalah antara wartawan terawal membuat berita yang kemudiannya didapati tidak benar. Apabila berita skandal itu mula dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa dan media serantau, saya bertanya seorang pegawai kanan Bank Bumiputra mengenainya.

Bank Bumiputra adalah induk kepada BMF yang berupa sebuah syarikat pinjaman yang beribu pejabat di Hong Kong.  

Pegawai itu menafikan berita yang BMF mengalami masalah kewangan akibat hutang lapuk. Saya menyiarkan berita itu dalam akhbar saya, Business Times.

Laporan saya itu ternyata songsang dan krisis MBF akhirnya meledak menyebabkan kerugian besar kepada Bank Bumiputra.

Pokok pangkal skandal itu bermula sekitar tahun 1979-80 ketika mana Perdana Menteri ialah Allahyarham Tun Hussein Onn dan Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sebelum dilantik Menteri Kewangan pada tahun 1976, Tengku Razaleigh adalah Pengerusi Bank Bumiputra.

Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Nasional (Pernas), Petronas dan Kumpulan Fleet yang memiliki New Straits Times Press Berhad.

Skandal itu bermula apabila BMF memberikan pinjaman besar dan mudah kepada seorang jurutera Singapura bernama George Tan.

Dengan pinjaman BMF itulah Tan membeli pencakar langit Gammon House dan harta-harta lain di Hong Kong. Dalam sekelip mata Tan menjadi wunderkinder atau budak ajaib dunia korporat Hong Kong. Waktu itu Hong Kong masih tanah jajahan Inggeris.

Siasatan yang dilakukan di Malaysia, Hong Kong dan United Kingdom akhirnya menyebabkan tiga rang pegawai kanan Bank Bumiputra dan BMF dipenjarakan di England dan Hong Kong. Salah seorang daripadanya adalah pegawai yang memberitahu saya bahawa BMF tidak menghadapi sebarang masalah.

Mereka yang didapati bersalah dan dipenjarakan adalah pengerusi Bank Bumiputra, Lorraine Esmi Osman; Pengarah Urusan Hashim Shamsuddin dan Ketua Pegawai Ekonomi, Dr  Rais Saniman. Lorraine meninggal tahun 2011.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, sebuah jawatankuasa penyiasat yang dianggotai oleh Ketua Juruaudit Negara, Tan Sri Ahmad Nordin, juruaudit bebas Ramli Ibrahim dan peguam Chooi Man Sou telah ditubuhkan. Antara fakta yang muncul ialah lembaga pengarah Bank Bumiputra enggan memberi kerjasama.

Berikutan meledaknya skandal itu, Tengku Razaleigh ditukarkan dari Kementerian Kewangan ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Ahli perniagaan dan bekas majistret Tun Daim Zainuddin dilantik menggantikan beliau.

Kes kedua ialah kerugian perniagaan tukaran asing Bank Negara pada tahun 1990-an yang berjumlah AS$12 bilion atau kira-kira RM30 bilion pada kadar tukaran waktu itu.

Tujuan tersirat operasi itu adalah mempertahankan nilai ringgit dan, kalau nasib baik, buat keuntungan luar biasa tetapi ia berakhir dengan kerugian. Gabenor Bank Negara waktu itu, Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein, mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Pegawai yang bertanggungjawab terus dalam operasi tersebut, Tan Sri Nor Mohamed Yackop, diarahkan berhenti.

Ironinya orang yang digunakan untuk mengungkit peristiwa tersebut iaitu Datuk Abdul Murad Khalid adalah penolong gabenor yang bertanggungjawab ke atas peraturan perbankan dan kawal selia ketika krisis itu meletus.

Apatah lagi Abdul Murad sendiri kemudiannya disiasat dan dituduh di mahkamah kerana gagal mengisytiharkan aset berjumlah hampir RM24 juta. Soalnya bagaimanakah seorang pegawai Bank Negara yang baru berusia dalam lingkungan 50 tahun boleh mengumpul harta sebanyak  itu? Beliau didapati bersalah dan didenda RM500,000.

Isu-isu ini diungkit oleh saluran propaganda yang tidak pun tahu keadaan sebenar atau yang berasa generasi muda boleh dibohongi kerana mereka tidak tahu apa-apa dan generasi lama sudah lupa.

Seperkara lagi, wujud perbezaan besar di antara kerugian perniagaan tukaran mata wang Bank Negara dengan skandal BMF tahun 1980-an dan 1MDB sekarang.

Dalam kes perniagaan tukaran mata wang Bank Negara, tujuannya baik iaitu mempertahankan nilai ringgit dan tidak ada duit haram yang masuk ke dalam akaun peribadi sesiapa.

Tetapi skandal 1MDB ada persamaan dengan BMF kerana ia membabitkan orang tengah - George Tan dalam kes BMF dan Jho Low dalam kes 1MDB. Dalam kedua-dua kes, banyak duit yang mengalir keluar dan tidak mengalir masuk semula. Unsur-unsur jenayah dan penipuan amat jelas. Wallahuaklam.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/a-kadir-jasin/berjaga-jaga-ungkit-perkara-lama-1.622961



28 comments:

  1. lain kali jika PM Najib nak arahkan pendedahan untuk discredit Tun Mahathir carilah orang yang berkredibiliti supaya tidak menghakiskan lagi keyakinan terhadap Najib yang telah pun terhakis dengan bagitu teruk.

    ReplyDelete
  2. Dari ruangan komen blog Shahbudin Husin:

    Sekurang-kurangnya isu BMF dan Forex ditanya dan dibahas di Parlimen oleh MP Pemerintah dan pembangkang. La ni di parlimen nak sebut perkataan 1MDB pun tak boleh. Speaker tak bagi sebab subjudis. Belum masuk court pun lagi dah subjudis. Tak pasal.
    Yang mana degil nak berbahas juga diugut dikenakan tindakan jawatankuasa disiplin. Bekas menteri-menteri kabinet yang bercakap pasal 1MDB dalam parlimen siap dipanggil dan disoal siasat oleh polis. Satu tindakan campur tangan badan eksekutif ke dalam badan perundangan.
    Zaman Mahathir ada ke DIHARAMKAN sebut pasal BMF dan Forex dalam parlimen? Zaman Mahathir ada ke Lim Kit Siang dipanggil dan disoal siasat oleh polis pasal tanya isu BMF dan Forex di parlimen?
    Masa zaman Mahathir kes BMF, Ketua Audit Negara Tan Sri Ahmad Noordin telah diarahkan untuk menyiasat dan laporannya telah dibentangkan di Parlimen dan didedahkan kepada umum.
    Isu 1MDB, laporan Ketua Audit Negara di OSAkan. Taskforce yang dibentuk oleh AG Gani Patail untuk menyiasat kes tersebut dibubarkan. AG Gani Patail himself dipecat. Anggota PAC dirombak dan ketuanya diganti. Ahli-Ahli Parlimen diharamkan sebut 1MDB di Parlimen.
    Hak ni kenapa Azwan Bro dan Salleh Keruak tak terpekik terlolong mintak tubuh RCI? Kenapa memilih untuk buat-buat tak nampak?Kenapa tak nak bising-bising? Kalau dah dasar pengampu tu, pengampu juga. Kalau berani masuklah bertanding pada PRU yang akan datang. Kita tengok rakyat pangkah ke tak depa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tengok berita ini siapa george tan ke? atau george soros kawan tun mahathir itu? aku nak tanya ini. kata pembunuh dari korean siapa pembunuhnya, hanya siasat di hong kong je tak payah menipu orang meniasat kes kehilangan itu telah mati,

      1)sampai sekarang tak tahu motif kematian jalil ibraham itu
      2)saksi pun tak tahu nak bezakan george itu

      https://www.youtube.com/watch?v=i9Eqo9PWeK4

      Delete
    2. 12.55 kau ni sembang2 tahap orang jual besi dan paip buruk boleh la

      Delete
    3. 1255..siasat orang yang masih hidup lagi mudah. 1mdb, najib dan jho low kan masih ada..

      Delete
    4. Anon 12:55.

      RCI terbaru mengenai kematian Teoh Beng Hock pun... tidak boleh buat keputusan samada dia mati dibunuh atau bunuh-diri. Inikan pula, mahu adakan RCI keatas benda yang berlaku lebih 25 tahun dahulu.
      Tambah pula, Abdul Murad, orang yang digunakan untuk menghidupkan semula scandal lapok itu, sendiri pernah mengaku salah atas tuduhan tidak mengistiharkan harta RM24 Juta & didenda RM500,000. Silap-silap nanti... ketika RCI itu, sumber harta Abdul Murad pula yang menjadi bahan 'inquiry'.

      Kalau nak defend Najib... senang saja. Panggil Jho Low untuk disiasat atau keluarkan Laporan Audit 1MDB dari OSA. Jangan sampai jadi bangang hingga mahu buka pekong didada.

      Hakikatnya... hari ini, Rakyat dan satu dunia dah tak percaya pada Malaysia. Maklumlah... Judiciary & Legislative... kelihatan seolah-olah sudah berada dalam poket Executive.

      Delete
  3. Discrediting mahathir wont make current leaders look any better. Settle dulu kes2 1mdb, felda, MARA, KBS, src, derma....dan kes2 sewaktu dengannya.

    ReplyDelete
  4. Salam Tan Sri.

    Hah...tak habis2 mengutuk Tun M.

    Kasihan mereka.

    Hingga ke saat ini....sy rasa apa2 usaha memburukan Tun M hanya sia2 sahaja.

    Kasihan mereka.

    Bak kata org Kedah...

    " hangpa toksah dok buat mcm mana laghi dah... last2 Tun M jugak betoi...suruh lah blogger dari Manchester ka....dari bumi lain ka ...dari bulan ka....dah tak boleh buat apa laghi dah...rakyat pun dah tahu....sapa yg penyamun ".

    Sy kira modal membusukan Tun M sudah basi...malah memakan diri sahaja.

    Betulah spt kata dia dulu..."cybertroopers BM/Umno memang bangang....bla bla"

    Tahu pun dia.

    Pd pandangan sy....gerakan PPBM dibawah Tun M kelihatan semakin berjaya menakut2kan pihak BN/Umno dan cuma masa sahaja menentukan semua.

    InshaAllah.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sudah berjaya.
      Wassap keluarga kami setiap hari terima gambar caricature
      Najib dan Rosmah dalam pelbagai gaya yang sungguh kelakar.
      Umpamanya, hari Taipusam ada gambar Najib & Rosmah
      berpakian Hindu............Amamaaaa.....HAHAHA.
      Jadi bahan gelak semua orang.
      Yang suka antar, ipar saya dari JB, seorang WANITA UMNO!!!
      Dari mana dia dapat gambar-gambar tu, WallahhuAlam.
      Tapi dia memang sepanjang hari berwassap.
      Dia asal dari FELDA.
      Nampak gaya, Johor akan jatuh ke tangan pembangkang.
      Semakin hari, semakin teruk Najib jadi bahan lawak
      dalam wassap.
      6.6% boleh kutuk Tun Det di blog-blog mereka, takda siapa sebarkan di wassap, tapi kalau Najib, pantang terdetik.
      Ada-ada saja kelucuan yang melampau!
      Begitulah kalau orang dah menyampah.

      Delete
    2. Dalam sejarah PM Malaysia. Penampilan PM kita kali ini secara fizikal paling kelakar. Yang cantiknya fizikal "First Lady" kita pun tak kurang kelakarnye.

      Tang mana kelakarnya, tuan-tuan boleh lihat sendiri lah. Andai dipertandingkan mereka ini di pentas Maharaja Lawak .. di pacak je mereka berdua ini dipentas, penonton termasuk Sang Juri dah terbahak-bahak gelak. Bila-bila masa boleh jadi juara dan bawa balik hadiah lima ratus ribu.

      Begitu lah mudahnya mereka Tuhan beri rezeki. Apalah lima ratus ribu tu dibandingkan berbilion yang dah pun tertaruk dalam akaun mereka.

      Aku harap untuk "kegembiraan" rakyat negara ini, apa kata .. kita pacakkan monumen atau tugu PM & Isteri, disetiap negeri termasuk Kelantan.

      Pasti rakyat akan sentiasa gelak dan tak perlu pikir masalah sebenar mereka berdua dan negara.

      Chedet pun boleh tidur dengan nyenyak sebab tak di sakat lagi dengan isu yang sengaja di ada-adakan.

      Delete
    3. Panglimo..........

      Menghebahkan gambar caricature pasangan KLEPT Najib & Rosmah adalah trend terkini dalam wassap group.
      Jangan ingat SENYAP ITU SOKONG.
      We are the silent Majority.
      INIlah cara senyap rakyat release their tension dan kemarahan terhadap pasangan KLEPT ni. Ini cara yang amat berkesan dan halus lagi lucu. Kita bukan orang Arab yang mudah diSpringkan atau orang India dan Paki, bila marah kepada pemimpin, terus diC4kan jadi debu.
      Kita orang Melayu, kita penyabar dan bukan kaki perusuh jalanan. Kita ada cara kita.
      Cara yang sangat halus dan bijak.
      Mujur ini zaman INTERNET, mudahlah kita melawak melalui wassapp antara keluarga, kawan-kawan dan sahabat handai.

      Tun Det jangan susah hati - KAMI SENTIASA ADA BERSAMAMU.

      Delete
  5. Salam tan sri.
    Pada saya, isu bmf dan forex ini sama seperti isu justo dulu saja.
    Dalam isu justo, mereka menyatakan yang tun mahadhir telah berkonspirasi dengan pihak luar bagi menjatuhkan kerajaan najib. Ketua polis negara telah "diarahkan" bertemu justo untuk diambil keterangan bagi mendakwa tun dimahkamah. Tukang menyalaknya juga adalah pemuda umno dan akhirnya sunyi sepi.
    Kini isu bmf dan forex pula didendangkan untuk menjatuhkan maruah dan sokongan rakyat pada tun. Menubuhkan RCI bagi menyiasat kes 30tahun dahulu sudah tentu akan ambil masa yang panjang. Itu pun belum tahu lagi tun terlibat atau tidak. Tapi masa untuk najib bubarkan parlimen hanya tinggal dalam satu tahun saja lagi.
    Jadi ini adalah usaha mereka untuk halang pengaruh tun dan sokongan rakyat pada PPBM. Matlamat mereka BUKAN untuk mencari kebenaran semata-mata.
    Kalau kita lihat dalam kenyataan pak menteri atau najib sendiri, mereka tidak berani menyatakan yang tun terlibat secara khusus. Sedangkan tun berani berkata berulang kali yang najib mencuri duit negara.
    Ini kerana mereka tidak mahu disaman oleh tun.
    Sudah tentu isu ini akan senyap sunyi selepas PRU nanti walaupun BN menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami bukan sokong si fanaitik itu, kami menyokong umno, kalau kau nak sangat sokong dap itu silakan lah, ancaman kami ialah dap itu yg mahu ubah pelembaganan malaysia ini, kami tahu dalam umno pun ketua2 cawangan senang dibeli oleh anwar itu tun m diamkan je sebab tak nak rosak nama parti dan orang melayu

      Delete
    2. Cukupkah calon dap utk menang 2/3 majority di parlimen? Strategy menakutkan rakyat dengan menggunakan dap x laku la bro.B ukan senang nak ubah perlembagaan, kalau senang kenapa najib tak ubah saja dan letakkan spesel klausa "hanya melayu boleh jadi calon untuk kerusi parlimen".Buatla bro, najib tengah berkuasa sekarang

      Delete
  6. Umno nak buat bising pasal cerita BMF 30 tahun lalu...apa kata umno cerita kat kita apa nak jadi kat negara kita 30 tahun akan datang? China dah banyak "melabur" di sini, so apa balasan yg dituntut China? Baca ulasan Prof Brahma Chellaney, akhbar mingguan The Edge Jan 30th, pg 47 tentang masalah dihadapi Sri Lanka sekarang setelah kepimpinan terdahulu menjual aset negaranya pada China. Sekarang sri lanka terpaksa menanggung bebanan hutang pada China pada tahap mengarut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah apa yang akan terjadi kepada Malaysia untuk jangka masa 30 tahun yang akan datang. Seperti dalam posting blog Datuk AKJ yang terbaru, tidak lama lagi Malaysia bakal menjadi negeri satelit terbaru China (new outpost) dengan pelaburan dan penguasaan besar-besaran China ke atas kawasan-kawasan dan aset-aset strategik negara.
      China sedang melabur besar hampir ke serata negara. Terdapat pelaburan China berhampiran pelabuhan Kuantan, di wilayah selatan pula melalui pelaburan China di Selat Tebrau, di sebelah pantai barat terdapat pelaburan China di Selat Melaka melalui pembinaan Malacca Gateway, pembelian hartanah China bernilai tinggi di Sungai Besi dan pelaburan terbesar China dalam sejarah negara iaitu pembinaan projek East Coast Railway Line.
      Dengan keadaan negara sekarang yang sedang tenat, nilai ringgit susut mendadak dan hutang negara tinggi macam gunung Everest, Malaysia menerlukan 3 atau 4 generasi yang akan datang untuk negara kembali normal. Makna kata, negara akan kembali ke landasan kemakmuran ekonomi pada masa zaman cicit atau cuit kita. Lepas ni, negara kita akan melalui satu fasa/cycle gelap.
      Negara kita mungkin akan menjadi seperti negara Filipina selepas berakhirnya era pemerintahan diktator dan kleptokrat, Ferdinand Marcos. Ketinggalan 15 tahun ke belakang dari negara-negara serantau. Sekarang ini Filipina dikenali dengan gelaran 'the sick man of Asia'.
      Sebelum kehadiran Ferdinand Marcos di tampuk kuasa, Filipina dengan Malaysia tidak jauh bezanya. Negara yang baru merdeka, yang baru terlepas dari belenggu penjajahan, sedang membangun dan meningkat naik perlahan-lahan melalui pemerintahan sendiri.
      Tiba-tiba Marcos dan bininya Imelda muncul dan mencuri dan melahap kekayaan hasil sumber Filipina dengan rakus. Negara Filipina diratah laki-bini dengan lahap dan membuang sisa dan tulang-tulang ke tanah untuk dijilat oleh rakyat Filipina.
      Negara Filipina jatuh muflis dan menanggung hutang yang besar selepas berakhirnya era Marcos. Rakyat Filipina kini sedang membayar hutang-hutang yang dibuat oleh Marcos walaupun era beliau sudah lebih 30 tahun berakhir. Begitulah juga yang mungkin terjadi kepada negara kita selepas ini.
      Yang terpaksa menanggung beban apabila negara jatuh miskin adalah rakyat. Ya, rakyat. Bukan golongan elit atasan. Rakyat yang akan menanggung beban melalui cukai-cukai yang akan dibayar, melalui peruntukan dan belanja tahunan yang dipotong, melalui subsidi yang ditarik balik, melalui biasiswa dan pinjaman pendidikan yang kian mengecil dan peruntukan-peruntukan kebajikan lain yang terpaksa dibatalkan.
      Rakyatlah yang akan menanggung semuanya. Pemimpin korup atasan tidak akan terjejas, malah akan terus menikmati kemewahan mereka sambil ketawa berdekah-dekah.

      Delete
    2. sejahat2 Ferdinand Marcos negara amat damai, industari negara maju dan pertahan maju ..selapas Ferdinand Marcos dijatuhkan pilipina jadi sarang kongsi gelap korean,thai ,yakuza jepun, dan jadi sarang pelacuran terbesar, dan dadah.
      apa jadi pada iraq serupa jadi pada pilipina itu

      Delete
    3. Anon 00:35, Kalau pemerintahan Marcos begitu cemerlang, pemerintahan seterusnya selepas itu hanya perlu meneruskan legasi beliau. Tapi kenapa yang sebaliknya berlaku seperti apa yang kau ceritakan kat posting di atas dengan Filipina menjadi hub pelacuran, dadah dan extremism? Hutang negara kerajaan Filipina kebiasaannya tidak lebih dari 2 billion dollar sebelum Marcos ambil alih kuasa pada tahun 1965. Apabila beliau berakhirnya era beliau, hutang negara Filipina mencecah 26 billion.
      Kau kalau setakat nak sembang kosong tak ada fakta, baik tak payah pos komen. Baik hang start motor pi warung dan bersembang dengan orang yang dah duk bersidai kat situ berjam-jam. Depa tu semua akan mengangguk jer apa yang kau citer..

      Delete
    4. 00.35 sembang tahap orang jual beli besi dan paip buruk

      Delete
    5. suadara 06:52 patut baca buku ini ia (Ferdinand Marcos and the Philippines: The Political Economy of Authoritarianism)
      apa ekonomi dibuat marcos EKONOMI dia pilipina negara termaju bawah dia kadar ekonomi meningkat 6% pada 1984 lepas dia jatuhkan oleh cia, hutang negara meningkat 26 billion kebodohan sebab presidet Corazon Aquino seperti habibi di indonesia hanya pandai bikin copy kapal terbang spanyol, lepas Corazon Aquino ambil ahlir pentakbiran marcos , hutang negara boleh meningkat 26billion segala dasar negara yg buat oleh marcos di hapuskan malah logi nukclear untuk menjana eletik ditutup, export industari kasut dan di pilipina jatuh dan lain2 industari jatuh.
      amerika nak jatuhkan marcos sebab cita2 dia besar nak jadi kuasa nukclear..
      ekonomi pilipina 1965-1985 berkembang sampai 6% pada 1984

      suadara tanya pada diri anda apa jadi pada pilipina selepas morcos dijatuhkan 'sekarang jadi tempat kongsi gelap asian sehinggakan prisiden Rodrigo Duterte nak bunuh kongsi gelap korean jalah kegiatan jenayah

      kalau golongan fanatik nak nak sangat silakan lah jatuhkan ekonomi malaysia ini ,lepas itu jadi sarang kongsi gelap asian dan jadi sarang society secrets kongsi gelap amerika seperti pilipina itu

      Delete
    6. 14.53....since you have read the book, could you provide a synopsis of it?...in english, please.

      Delete
  7. Malaysia akan tergadai kepada China beribu tahun,selagi pemimpin melayu pecah amanah dan pakar-pakar teology menyembah Ketua Agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg pesembah golongan fanatik itu jual logi di vietnam pada anak sendiri lagi hebat, yg penyebah fanatik beli syarikat arak lagi hebat,yg penyebah fanatik,,,

      lupa cakap dinasty ming china penah lindungi melaka serangan dari kerajaan thai dulu. apabila dinasti ming jatuh kuasa2 barat ambil kesempatan untuk takluk negeri2 tanah melayu

      Delete
    2. 00.18...ni lagi sorong 6.6% cakap merapu. Nak tunjuk pandai konon dgn cerita ming dinasti. Kalau ilmu tahap tengok kartun doraemon atau crayon sinchan, duduk diam2 la.

      Delete
  8. Maaf lari tajuk sikit..Dr Rais Saniman tu bapa kepada pelakon Julia Rais ke??

    ReplyDelete
  9. Yg masih aku ingat suspek pembunuhan Jalil berkata dia bekerja untuk Menteri Kewangan tapi dinafikan menteri terbabit..Wallahuaklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bersunat belum masa tu?

      Delete
  10. Semua orang boleh baca lapuran odit itu. Semua perpustakaan besar tentu ada menyimpannya. Kalau tidak ada diperpustakaan mungkin diarkib Negara. Dan semua orang boleh membacanya berbeza dengan laporan odit 1MDB yang diklassifikasikan.

    ReplyDelete