Friday, 20 January 2017

TWEET YANG MENJADI TULAR( VIRAL)


Image result for FUNNIE PIC OF DATUK NAZRI AZIZ

Saya tidak menyangka tweet saya ini akan menjadi tular (viral),dihujani beribu orang tetapi inilah  yang berlaku yang  menunjukan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia adalah berfikiran waras,berhemah,berperadaban, tahu menilai yang baik dan yang buruk , yang benar dan yang palsu dan benci dengan pengucapan yang keterlaluan walaupun datang dari sesaorang yang dianggap terpelajar.

Tweet saya itu ialah:

BILA TUN MAHATHIR MENJAWAB SULTAN JOHOR DENGAN PENUH BIJAKSANA MENGENAI FOREST CITY,ADAKAH BERJUTA YANG BACA ANGGAP DIA GILA ATAU ADA ORANG GILA DALAM KABINET.

Seorang menteri kabinet telah meanggapnya gila dan nyanyuk

Harus diingatkan bahawa Tun telah berumur lebih 90 tahun dan datang dengan suatu jawapan yang amat mengkagumkan  rakyat berasaskan fakta dan hujjah yang kuat,tersusun kemas, terang  dan mudah difahami.

Saya juga berpandangan tidaklah seharusnya sesiapapun termasuk mereka yang merasa diri kebal menggunakan kelemahan kuasa politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib  untuk diexpolitiasi sehingga menampakah Najib bertambah lemah dan hilang maruah di mata rakyat kerana terpaksa bergantung kepada kuasa yang bukan kuasa rakyat.

37 comments:

  1. zaman kegemilangan awak dah berlalu... dok diam2 makan pencen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman "menjilat" awak pun bakal berakhir jadi teruskan menjilat selagi boleh !

      Delete
    2. Sekarang zaman gemilang pok jib n nazri azis n the gang

      Delete
    3. "betul, betul, betul " kata upin ...
      "berkatalah benar sekalipun pahit jgn berbohong demi duit" pesan ibu ku ...
      "moga Allah selalu merahmatimu ibu, amin" ... doa ku.

      Delete
    4. Betoi tu anonymous.. Gemilang sampai luaq negara dengan kartun di forum antarabangsa

      Delete
  2. Zam, lagi sekok baghal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik, ada juga rupanya keldai bernama 'Habibi'...kesian, simpan la bodoh kau tu untuk dikongsi dengan Mad Maslan, Salleh Keruak, Puad Jasa, Rahman Dahlan...

      Delete
  3. "Saya juga berpandangan tidaklah seharusnya sesiapapun termasuk mereka yang merasa diri kebal menggunakan kelemahan kuasa politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk diexpolitiasi sehingga menampakah Najib bertambah lemah dan hilang maruah di mata rakyat kerana terpaksa bergantung kepada kuasa yang bukan kuasa rakyat."

    Saya baca 2-3 kali untuk mamahmi mesej Tan Sri dalam petikan ayat di atas ini. Sungguh mendalam!
    Dan saya amat setuju dengan pandangan Tan Sri dalam hal ini. Bukan Najib seorang yang terpaksa bergantung kepada kuasa kebal itu, bahkan nampaknya, semua Menteri Dapornya kalau dinilai daripada komen-komen bodoh mereka terhadap jawapan Tun Mahadir yang jelas sangat tepat, tajam, berhemah dan menusuk kalbu kerana jawapan Tun Mahadir itu, membayangkan, beliau sudah membuat homework yang mendalam, jadi memang sukar memblanya, kecuali menuduh Tun Mahafir, GILA dan Nyanyok!!! Kesan daripada jawapan Tun ini, sekarang viral di group wassap, cerita kebijaksanaan Mahatama Ghandi menentang Professor kolejnya bernama Mr.Peters semasa mendiang belajar di Universiti London. Cerita kebijaksanaan Ghandi 'mengenakan' profesornya ini, diakhiri dengan kata-kata, "DON'T MESS WITH INTELLIGENT PEOPLE' daripada pengirim wassap kepada saya............Hehehehe
    Ialah, siapa berani bercakap terus terang when dealing with orang kebal, takut dengan lap-top, lap-top/hanpon, masuk 'ke dalam'.
    Jadi, saya faham kenapa kekadang Tan Sri terpaksa terdelete swesetengah posting!!!.......hahahaha.
    Harap posting saya yng ni tak TERDELETE.

    ReplyDelete
  4. betul jawapan balas Tun sgt tuntas dan pantas.paling win mengimbau kisah lampau sultan Ali dan Temenggong. sudah tentunya dengan.jawapan balas sebegitu tiada yg mampu dan mahu terus berdebat dengan Tun.Apa yg diketengahkan Tun hanyalah secebis yg beliau tahu kurang lebih 10oercent shj.bayangkan masa pru nanti bila 100 percent akan di keluarkan.

    Anak jati Johor

    ReplyDelete
  5. Anon 12:13 & Habibi: boleh tak bagi hujah atau rebuttal yg guna otak sikit? Anda telah mengiakan apa yg Zam tulis.

    ReplyDelete
  6. Apabila mereka muflis hujah.. Senjata terakhir, maki hamun dan melabel.

    Cubaan memporak perandakan BERSATU dan Pakatan Harapan gagal, kini nyawa bergantung kepada PAS yang pernah kapirkan mereka. Begitu letihnya umno sekarang ini.

    Berdoalah semoga perancangan rakyat yang dizalimi diredhai dan seiring dengan perancangan Allah.

    ReplyDelete
  7. Belum ada dlm sejarah malaysia seorg berumur lebih 90 tahun mampu berdiri berucap selama berjam jam dengan petah dan tersusun. Bukan sahaja ayatnya menarik tetapi fakta dan imbauan sejarahnya amat menyentuh hati tanpa kertas di depan.

    Otaknya mesti masih tajam dan DNA nya mesti kuat dan sel sel organnya mesti stabil dan aktif. Tun M boleh buat kita berbangga. Perjuangannya masih jelas. Semoga kita mengambil pengajaran dan mula bangkit drpd tidur kita sepwrtimana bangkitnya org melayu satu masa dulu menentang British.

    ReplyDelete
  8. Fakta biayalah jawapan, jawapan mudah je siapa buat program rumah keduaku.
    Dimana2 dunia ini 'semua ADA program rumah keduaku,
    Kawan baik tun m Tanya pada diri sendiri Siapa buat program rumah Kedua.

    Tun m sendiri patut menerangkan kenapa dia buat program rumah kedua untuk warga asing, kalau tun m tak mahu menerangkan program rumah keduaku ketika dasar itu buat pada semasa pemtakbiran dia 'ITU bererti tun m telah nyanyuk

    FOREST CITY untuk orang tempatan dan orang asing untuk memiliki rumah mewah dan kawasan pejabat ,kalau rumah mewah dan kawasan pejabat tak berjaya terjual orang tempatan takakan biarkan jadi jadi kawasan hantu, kita kena jual pada warga asing juga

    Bagi pendapat aku program rumah kedua ku tak salah sebab ia merupakan program baik 'ITU jasa tun m untuk menbangunkan hartanah di malaysia tak salah najib teruskan


    Jika lihat seorang memerintah dengan baik lihat sejarah..

    Anak Tun m juga kena terima hakikat bawa Anak dia tak layak jadi ahli politik tak Sabah untuk Naik cepat, sedangkan tun m sendiri menasihat pada para ahli umno dalam politik kena bersabar. Cakap tak serbe bikin

    Ingat kata orang melayu
    Cepat Naik
    Cepat jatuh
    Jalan Terlalu gopoh akan terantuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pun najib tetap bersalah oleh kerana kerakusan dan mentekedarah wang Negara dan rakyat

      Delete
    2. Kau melayu mana? Bunyi lain macam ja?

      Delete
    3. ITU kes sturzenegger ADA baca? Kalu baca ADA faham? Kalu faham ADA fikir? Kalu fikir ADA mau kasi cirita sama ini kita orang?

      Delete
  9. Kebenaran dicelah kemungkaran adalah pahit dan sukar untuk ditelan walaupun ubat.
    Mereka tidak berupaya melawan hujjah tun berdasarkan fakta kerana akhirnya akan membuka pekung kelemahan pentadbiran kerajaan. Makanya mereka terpaksa serang peribadi tun termasuk menghina.
    Seluruh rakyat boleh menilai siapa yang benar dan siapa yang salah.

    ReplyDelete
  10. Oscar wilde to new york customs officer: i have nothing to declare except my genius. Tun can afford to say the same.

    ReplyDelete
  11. Mengejek, mencaci, menghina, mengguna kata2 kesat terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira umur adalah tidak wajar. Tapi jika ianya dibiarkan berterusan, maka is akan menjadi amalan baru, normal baru, budaya baru. Jadi semua pihak perlu bersedia dengan normal dan budaya baru ni...tak kira lah ahli politik, guru, peniaga, drebar teksi, kerani....apa jua profesyen, apa jua pangkat dan jawatan tak kira rendah tinggi, yg di bandar dan di desa, yg berpendidikan tinggi atau setakat sekolah rendah. Ini termasuk lah juga anak bini mereka, cucu cicit mereka....dan juga datuk nenek moyang mereka yg sudah lama meninggal. Jgn terkejut jika budaya menyorak gembira menyambut kematian, ucapan padan muka menyusuli kemalangan, dan teriakan gembira menemani perceraian dan sebagainya; menjadi budaya baru. Jika kita boleh melakukannya terhadap orang lain, mereka juga berhak bertindak balas terhadap kita.

    ReplyDelete
  12. Siapakah yang menulis teks ucapan Najib untuk program
    TN50 bersama belia semalam...........??????
    Sama macam teks ucapan Layar dikembang, sauh dilabohkan,
    teks yang ini juga berjaya memperbodohkan Najib.
    Najib tak pernahkah mengkaji dan membaca teks ucapannya
    sebelum membacanya kepada khalayak?
    Dia pakai rembat sahaja baca, sama macam dia sain cek
    1MDB berbilion-bilion tanpa mengetahui kenapa dan kepada
    siapa cek itu hendak di beri.
    BANGANG BETUL.
    Teks ucapan TN50 itu ditulis berdasarkan kehidupan si
    penulis teks. Bila dibaca oleh Najib, bunyinya sungguh
    lucu sehingga jadi viral di forum-forum awam macam CARI,
    mempersendakan Najib yang memberitahu audiensnya dia
    berbasikal ke sekolah dengan bekalan cuma 30 sen sahaja.
    Dengan 30 sen itu, Najib beli nasi lemak takda sambal
    sotong sebab katanya, sambal sotong rega 50sen!...hehehe.
    Kesiankan.
    Dia makan nasi lemak tu di bawah pohon cherri.
    Budak-budak di forum bertanya, Eh! di Malaysia ada ke
    pokok CHERRI...........??????
    Ya memang ada pokok cheri hutan tapi bukan cherri
    blossom yang banyak di Korea, Jepun dan UK.
    (Semasa saya kecil, saya panjat pokok cheri, makan
    buahnya yang kecil berwarna merah bila masak.
    Buahnya kecil sahaja, berbijik-bijik dan manis.
    Kami kena bersaing dengan burung!)
    Tak cukup dengan cerita makan nasi lemak dengan
    sambal tak bersotong rega 30 sen, Najib cerita,
    bapanya Tun Razak lebih sedih.
    Arwah ke sekolah berkaki ayam kerana datoknya,
    Datuk Hussin MB Pahang tak mampu beli kasutnya!!!
    HAHAHAHA..........lawak sungguh.
    Tan Sri rasa lawak tak dengan dongeng Najib untuk
    meletakkan dirinya sama level dengan pelajar-
    pelajar miskin yang 30 sen pun dianggap terlalu
    mewah dalam tahun 50han dulu sebab masa tu, kata
    mak saya, rega nasi lemak cuma 5 sen sebungkus.
    Rega 30sen ialah rega di tahun-tahun 80 & 90han,
    iaitu zaman saya. Nampaknya,penulis teks Najib
    tidak membuat homework langsung menyebabkan nasi
    lemak tahun 50han berharga 30 sen!
    Inilah orang bangang.
    Macam manalah nak bersaing dengan Tun Mahadir.....????
    Yang Najib mampu buat, cuma melabel dan mengelar Tun
    Mahadir dengan nama-nama jelik seperti U-Turn Mahadiri
    di belakang oran tua tu. Berdepanan, dia takut.
    Memang kesian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha nasi lemak 30sen memang tahun 78. Sebelum itu bawah 30sen.
      Kalau tahun 50an nasi lemak hanya 1sen. Masa tu ada lagi duit sekepiang iaitu 1/4 sen.
      Hahahaha nak bohong x jadi..

      Delete
    2. Senang orang miskin nak berangan kaya. Susah orang kaya nak membayangjan kehidupan miskin.

      Delete
    3. Hahaha. Memang betul, lawak dongeng. Seingat saya masa darjah satu tahun 75, mak saya bagi 10 sen je, harga nasi lemak 5 sen 1 bungkus, air bawak dari rumah. Bukan dekat kpg ye, kat Keluang. Tingkatan 1, saya kayuh basikal 5 batu (satu hala) untuk sertai aktiviti sekolah waktu ptg di Tpg. Tak rasa susah pun sebab zaman tu memang ramai org naik basikal.

      Delete
    4. Nak buat macamana Cik Minah...PM kita kaki temberang.

      Delete
    5. panglimo potaseh21 January 2017 at 14:54

      Sekarang faham lah aku ngapa Mappadulung ni kuat kencing. Ianya semacam membalas dendam perlakuan masarakat di zaman persekolahannya dulu.

      Apatak nya di era pop yeye Mappadulung membeli nasi lemak tanpa sambal dgn harga 30sen .. walhal kita boleh je lahap nasi lemak fullspek dgn 5sen je pada masa tu. Sambal sotong 50sen .. cinabeng betul penjual nasi lemak tu .. sampai kuyup perut Mappadulung dikencingnye.

      Delete
    6. Najib ni pelesit 2 muka....nak raih simpati rakyat kampung konon. Sudahlah semua orang tahu... Najib tak pernah hidup susah macam orang kampung. Sbb tu bila bercerita... terjanggal bunyinya... maklumlah orang cuba bohong... mana nak sama dengan orang cakap benar.

      Delete
    7. adoi..hal nasi lemak 30 sen pun Najib boleh kantoi..malu oi...

      Delete
    8. Saya bersekolah rendah tahun 81-86, nasi lemak sambal bilis bungkus dalam plastik masih sepuluh sen! Tapi jarang-jarang dapat bawa duit, biasanya bekal jemput-jemput bilis atau jemput-jemput manis. Waktu tu kalau dapat bawa 30 sen ke sekolah, rasa 'kaya' sekejap.. ;)

      Delete
  13. Nak tambah sikit lagi.
    Maksud 'PENGANGKUTAN AWAM' pun Najib tak tahu!
    Dia kata terpaksa guna pengangkutan awam, kayuh basikal ke sekolah!
    Apa punya moron, Perdana Menteri kita ni......????

    ReplyDelete
  14. Ni semua hasil dari program transformasi umno kot?

    ReplyDelete
  15. Zam yang saya hormati.
    Izinkan saya paste Selamat Tinggal Bungaku
    dalam blog saya: filemklasikmalaysia.blogspot.com
    Semoga Zam sentiasa berada dalam sehat sejahtera.
    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Forest City: freehold or lease hold??? Ada sapa2 tau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lease hold 99 tahun.
      Lepas 10 tahun, Cina-cina di forest city boleh mohon
      penduduk tetap. Lepas 20 tahun dah jadi Bangsa Johor.

      Delete
  17. Kepada mereka yg tak gila dalam umno, kenapa tak komen pasal kes Aabar vs 1mdb berjumlah usd6.5b = lebih kurang rm 29b...kes ni nampaknya ke mahkamah. Apakah kjaan malaysia bakal tanggung bayaran ni? Hello johari, why so quite on this, you are the finance minister.

    ReplyDelete
  18. Payung rakyat dah koyak rabak untuk menumpang teduh. Hujan basah kalau hari panas berpeloh badan. Kena tibai dengan Tun M terus tak berani menjawab hujah yang benar. Sungguh memilukan kalau pun tidak memalukan. Antara berbuat sesuatu untuk rakyat dengan berbuat sesuatu untuk membesarkan tembolok sendiri pasti sangat ketara. Sebab tu lah mati hujah. Ini kemenangan bukan saja untuk Tun M tetapi untuk rakyat am nya.

    ReplyDelete