Saturday, 14 January 2017

TUN RAZAK: "INGATKANLAH KAMI JIKA TERLANJUR"

TERIMA KASIH TUN RAZAK

Jika semua jasa hendak di kenang
dan segala bakti hendak disebut
Ke manakah kata-kata hendak dicari
carilah ke rongga dada yang tulus
dengan seribu kamus
carilah ke lubuk hati takrif terima kasih

Tun Razak, ingatkanlah kami jika terlanjur 
maafkanlah mereka
yang tak tahu bersyukur

Kekaguman dan terima kasih kepadamu Tuan
adalah alam luas yang tak terbatas
kerana wawasan dan dedikasimu
adalah puncak tinggi tak terdaki
adalah lautan dalam tak terselam
untuk kebangkitan kembali satu bangsa
menebus martabat
menebus maruah

Tun Razak, wariskanlah kepada kami
kearifan Tuan melihat yang tersirat
memahami makrifat mentafsir hakikat

Kami ingat Tuan
sebagai Bapa Pembangunan yang sentiasa 
mendengar jeritan dan rintihan rakyat
dalam gema soalan-soalan minta dijawab 
apa guna politik merdeka jika ekonomi melarat?
apa guna menang sorak jika kampung tergadai?
alangkah malang itik di air mati tak minum?
alangkan malang ayam di kepuk mati tak makan?

Tun Razak, soalan-soalan itu amatlah getir
amatlah pahit dan amatlah menghiris
Lalu Tuan beri jawapan yang tegas dan yakin
serta tindakan bijaksana seorang pemimpin 

Maka berkobarlah semangat pembangunan 
dengan seruan bekerja dari subuh ke senja
jangan biarkan tanah terbiar
tukarkan RIDA menjadi MARA
lengkapkanlah FELDA dengan FELCRA
jangan lelehkan air mata
tetapi perahlah keringat
untuk menjunjung amanat rakyat
 pastikan pembangunan mesti berkembang
pastikan pengagihan mesti seimbang

Kami ingat Tuan
sebagai jurubina Dasar Pendidikan 
meletakkan asas kukuh jangan dianjak
minda dan mental mesti berkembang
moral dan budi mesti mulia
kemahiran dan teknologi mesti meningkat
Tetapi maruah bangsa dan jati diri
adalah syarat adalah matlamat

Tuan telah meletakkan asas pembinaan 
bangsa bermartabat dengan acuan sendiri
Dasar Bahasa Kebangsaan 
Dasar Pendidikan Kebangsaan 
Dasar Kebudayaan Kebangsaan 
dan Dasar Ekonomi Baru

Dirgahayu, Dirgahayu, Dirgahayu

Dari dalam lahadmu Tun Razak
kami dengar dengan pesanan dan amanat
Dasar - dasar yang Tuan asas dan letak
jangan ditukar jangan dianjak
kerana semuanya adalah amanat keramat
pesanan sakti para leluhur
menjunjung maruah dan martabat
menuju masyarakat yang adil
membina negara yang makmur

Tun Razak, ingatkanlah kami jika terlanjur
atas segala jasa Tuan
kami menjunjung kasih
KAMI BERSYUKUR

Firdaus Abdullah
Universiti Malaya
Ramadan/Syawal 1417 

Nota: Sajak ini terdapat dalam buku : Tun Razak  Jejak Bertapak Seorang Patriot Karya Zainuddin Maidin yang boleh dipesan terus dari pengarangnya menerusi atas talian akaun CIMB 8002397357 . Harga sebuah RM200 dan RM30 belanja pos ((Jumlah RM230 )
( Lihat panduan pembelian buku Saya Bukan Menteri diatas kanan)

4 comments:

  1. Rm200 ??? Tak berbaloi nak dibeli buku yg dalamnya turut ada gambar MO1....Tengah bagus bagus baca terus muntah nampak muka tu malaun MO1...

    ReplyDelete
  2. dah terlanjur di Genting
    cam ner nak pusing?

    ReplyDelete
  3. Anon 1850

    Dah terlanjur di Genting boleh saja sambung di Port Dickson.....

    ZZainn

    ReplyDelete
  4. Saudara Zam tentu terkesan kan, angkara anak, nak komen lebih lebih pasal bapa dia pun dah bosan.

    Lebih baik karang buku kutuk Mahathir dari pagi sampai ke subuh tapi tetap laris dan commercial, itulah kalau benih yang baik, campak ke mana pun "jadi".

    ReplyDelete