Wednesday, 18 January 2017

SELAMAT TINGGAL PADA SUATU ZAMAN BESAR

Image result for pic of SM Salim and Ahmad Jaiz
Allahyarham Tan Sri S.M.Salim dan Datuk Ahmad
Jaiz yang terus meruntun jiwa para peminat mereka.


Kita sebahagian besar warga Utusan Melayu yang telah bersara atau yang masih berkerja menunggu persaraan ,adalah datang dari suatu zaman besar,suatu zaman perjuangan yang diromanstikan oleh lagu-lagu yang sederap dengan rasa kebangkitan dan kemunrniaan dalam misi kita terutama sebagai sasterawan dan wartawan.

Maka itu kita bersatu perasaan dalam keindahan,kesyahduan dan keagungan  mendengar Di Ambang Sore( Ahmad Jais dan Afendi ),Semalam Di Malaysia, Gelisah,Bahtera Merdeka dan lain-lain.

Inilah bunga-bunga kehidupan yang telah kita ciuami dan lalui dan dapat kita rasakan bersama dalam BSK @.

Inilah yang menyatukan kita.

Maka itulah saya amat terasa dan menitiskan air mata ketika mendengar Selamat Tinggal Bungaku(S.M. Salim),Selamat Tinggal kepada bunga-bunga yang telah layu dan mati yang hanya berseri dalam hati.

Salam hormat dari Zam kepada semua kawan-kawan dari Utusan yang telah bersara yang  berada di seluruh pelusuk negara dan juga saudara-saudara yang masih berkerja di Utusan yang masih mewarisi jiwa perjuangan yang ditinggalkan.

@ BSK ialah singkatan dari Buletin Suara Keramat whatsApp pesara-pesara Utusan Melayu yang khusus terdiri dari wartawan dan sasterawan.

KENANGAN PEMBACA PADA ZAMAN HEBAT UTUSAN MELAYU
Assalamualaikum Tan Sri, 
Alhamdulillah, saya telah selesai membaca buku karangan Tan Sri ( Saya Bukan Menteri) pada malam semalam dan menghormati perjalanan hidup Tan Sri - yang bermula dari seorang wartawan Utusan Melayu dan masih lagi giat menulis menerusi blog Tan Sri - walaupun diberi amanah sebagai seorang ahli politik dan Menteri pada tahun 2006. 

Darah Tan Sri dari dulu hinggalah sekarang adalah darah wartawan. Bercampur gaul dengan rakyat biasa merupakan amalan biasa Tan Sri dan bukanlah satu lakonan semata-mata bagi sesetengah ahli politik di Malaysia ini.

Sama seperti Tan Sri, saya membesar dengan Utusan Melayu. Almarhum datuk saya sentiasa membeli Utusan Melayu dari tahun 1990 hinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 2007. Almarhum Datuk saya pernah memenangi peraduan 'Teka Bola Sepak Takraw' yang dicetak pada antara helaian  belakang Utusan Melayu / Malaysia dan yang tinggal kini hanyalah kenangan belaka.

 Satu lagi peristiwa menarik adalah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, saya mencari Utusan Melayu di kedai India, dan Utusan Melayu habis pada waktu tengahari dan pemilik kedai itu menegur saya 'Awak tak tengok TV ker semalam?'.

Apa-apapun, Utusan Melayu /Malaysia sekarang ini tidaklah sehebat semasa zaman Tan Sri dan Datuk Johan Jaafar mengetuainya. Sekarang, saya membaca akhbar Sinar Harian, The Sun Daily dan The Star - kerana ketiga-tiga akhbar ini dekat dengan perasaan dan hati rakyat khususnya penduduk Melayu yang membesar dan tinggal di bandar. Saya berdoa agar ALLAH Taala sentiasa menjaga Tan Sri dan keluarga, diberi kesehatan terbaik dan In Sha ALLAH, kita akan berjumpa pada satu hari nanti kelak.

Yang Benar, 

Nik
Subang Jaya





2 comments:

  1. Yang saya hormati Zam.
    Izinkan saya paste Selamat Tinggal Bungaku
    ke dalam blog saya: Filem Klasik.
    Terima kasih - Mustafar A.R.

    ReplyDelete
  2. Maaf Tan Sri;
    Oleh kerana terlanjur Tan Sri menyentuh tentang lagu "Selamat tinggal bungaku" nyanyian TS SM.Salim tu,saya juga terpanggil untuk menyentuh sikit pasal lagu tersebut.....sebenarnya sekadar nak kongsi saja dengan pengunjung blog Tan Sri ini...iaitu mengenai lagu yang Tan Sri sebutkan itu....lagu tersebut ada versi Dato Ahmad Jais....iramanya sangat menyayat hati....

    ReplyDelete