Friday, 27 January 2017

NOR YAACOB BOLEH CERAHKAN: KERUGIAN ATAU PENCURIAN RM 44 BILLION

Image result for Nor Yaacob
Berbagai-bagai kelemahan,penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan  kesilapan dalam pengurusan ekonomi negara oleh Tun Mahathir  telah dibongkar dan didedahkan oleh media  pro BN untuk melindungi "Dosa" PM Najib.

Terkini ialah pendedahan Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid tentang Bank Negara kerugian AS10 billion (RM 44 billion) kerana terlibat dengan kegiatan Perdagangan mata wang di era Mahathir. Bunyinya mesti billion untuk menutup RM 2.6 Billion.

Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Tan Sri Mohd Nor Yaacob yang juga bekas Menteri Kewangan boleh memberikan pencerahan dalam perkara ini kerana beliau sendiri terlibat dengan perdagangan mata wang itu sehingga  tersingkir dari Bank Negara bersama gabenornya.

Selain dari itu beliau pernah menjadi Penasihat Khas  kepada Tun Mahathir semasa Tun menjadi Perdana  Menteri dan beliaulah dicari oleh Tun Mahathir ketika negara menghadapi serangan luar yang mahu melumpuhkan mata wang dan ekonomi negara.

Mengapa Mahathir mencarinya walaupun mengetahui "kesilapan" besarnya dan beliau telah memberikan sumbangan besar dalam membantu Mahathir menjadikan negara kebal dalam menghadapi serangan.

Hanya dengan pencerahan oleh Tan Sri Nor Yaacob akan dapat mendedahkan kepada rakyat samaada Datuk Abdul Murad Khalid membuat kenyataan yang menjejaskan nama Bank Negara dan memburukkan Mahathir adalah untuk membalas dendam atau untuk membersihkan namanya yang telah pernah tercalar teruk.

Sungguh malang bagi Najib, orang-orang yang tampil kehadapan untuk membelanya terdiri dari mereka yang diragui reliability dan credibility mereka.

18 comments:

  1. Salam. Sebenarnya Pemimpin UMNO sendiri yang mentalkin Parti mereka. Kaitkan lah sungkitlah semua itu akan menterbalik diri mereka sendiri.

    ReplyDelete
  2. Tan Sri Zam,

    Bekas Penolong Gabenor BNM adalah pegawai kerajaan. Pegawai tinggi pula. Saya percaya dia terikat dgn akujanji simpan rahsia kerajaan.Tak tahulah jika perkara yg didedahkan itu tidak diklasfikasikan sebagai maklumat RAHSIA atau SULIT atau RAHSIA BESAR atau sebaliknya. Sekiranya ia termasuk dlm salah satu jenis klasfikasi tersebut saya percaya ia pasti tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi. Jika demikian, bagaimana kedudukannya ?

    ReplyDelete
  3. Tan Sri Mohd Nor Yaacob belum ada dalam kebinet ketika kes fox itu ,Tan Sri Mohd Nor Yaacob orang daim yg perkenalkan ketika 1998 dulu. kalau ikut kes fox ini Declassified jadi Tan Sri Mohd Nor Yaacob dah tak dalam kebinet pada tahun 1991-93 elok dikuarkan dokumen untuk tatapan umum.

    kes fox 1991-93 itu menteri kowangan anwar dan daim jadi penasihat pada anwar menasihat anwar supaya ikut cakap tun mahathir itu hanya mereka bertiga je boleh menjawabnya.

    kepada fanatik 'jangan fanatik sangat. belajar dari kesilapan tun mahathir terlalu gairah melabur bidang mata wang itu. bagi kesilapan 1mbd itu terlalu gairah mehapuskan lpp logi janakuasa. untung syarikat llp babas sehinggakan pihak syarikat llp tak tahu meletak kepentingan negara sehinggat sangup saman kerajaan sebab kerajaan tak mampu banyar subsidi gas, kesilapan 1mbd ialah berhutang melebihi aset terlalu gairah untuk tolong kerajaan bebaskan diri tekanan logi llp bebas tak untung kerajaan.

    bagi pendapat aku satu je elok llp di jual sebab ia merupakan hasil tun mahathir kena tipu perjanjian berat sebelah dengan syarikat llp itu, itu semua kerana murid kesayangan tun mahathir itu anwar ibaraham itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni bagi komen macam orang pencen bersembang kat kedai kopi pagi-pagi lepas balik dari sembahyang subuh. Memanglah Nor Yaakob bukan menteri pada masa tu sebab masa tu dia muda lagi tapi dia merupakan 'main player' perniagaan forex tu.
      Beliau telah diberi peranan sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menceburi perniagaan tu atas kapasiti beliau sebagai pegawai kanan Bank Negara yang pakar dalam urus niaga tukaran mata wang asing.

      PM Mahathir, Menteri Kewangan Anwar dan Daim telah menggunakan kepakaran beliau sebagai salah satu cara untuk meningkat rizab luar negara melalui perniagaan forex. An office was set up in London solely bagi tujuan tersebut. Once Malaysia main 'game' tu it was clear yang Malaysia masih lagi mentah dan amatur dalam perniagaan foreign exchange dan Malaysia hilang banyak modal. Gamble Mahathir dan Daim tidak menjadi dan negara belajar dari kesilapan tersebut.

      Ya, negara kerugian besar pada waktu itu tapi tidaklah sampai memeras dan menindas rakyat untuk mendapatkan kembali berpuluh-puluh bilion wang yang telah hilang. Mahathir tidak memperkenalkan cukai GST kepada rakyat untuk menggantikan wang yang telah hilang. Mahathir tidak memansuhkan subsidi gula, subsidi beras, subsidi tepung, subsidi minyak masak, subsidi minyak petrol untuk menggantikan wang yang telah hilang. Mahathir tidak memotong bajet Kementerian Kesihatan dan universiti-universiti awam untuk menggantikan wang yang telah hilang. Mahathir tidak mengurangkan wang pinjaman PTPTN kepada pelajar miskin untuk menggantikan wang yang telah hilang. Mahathir tidak menutup pejabat-pejabat Tourism Malaysia untuk menggantikan wang yang telah hilang.

      Mahathir banyak megambil risiko dan menggunakan banyak cara demi untuk meningkatkan pendapatan dan kekayaan negara. Perniagaan forex adalah salah satu caranya dan effort beliau langsung gagal. Namun banyak lagi gamble Mahathir yang berjaya. Salah satunya kejayaan Petronas sebagai salah satu syarikat multi nasional terulung negara.

      Mahathir telah membuat satu keputusan berisiko dengan mengarahkan Petronas supaya diversify dan mengembangkan sayap pelaburan di negara pengeluar minyak lain di seluruh negara. Gamble ini berjaya dan Petronas telah menjadi syarikat gergasi petroleum dunia yang dihormati dan disegani di persada antarabangsa. Petronas telah menyumbang berpuluh-puluh billion kepada kantung negara dalam bentuk cukai sejak dari dekad 90-an. Sebahagian besar dari bajet negara adalah hasil dari keuntungan Petronas.

      Apabila risiko yang diambil beliau membuahkan sesuatu kejayaan, tiada sorang pun tampil untuk mengucapkan tahniah. Kejayaan tersebut dikambus dan disembunyikan. Apabila risiko yang beliau ambil gagal sama sekali seperti perniagaan forex, satu negara habis dijaja dan dicanang cerita tersebut. Itulah sifat semula jadi manusia. Kebaikan seseorang seboleh-bolehnya disorok, keburukannya dihebohkan.

      Delete
    2. Syabas saudara,komen paling mantap.Moga-moga memberi pelajaran pada semua.

      Delete
    3. Setuju dgn bro Mohamed Noor.

      To anon 9:58

      SALUTE

      Delete
  4. Syabas TS..penulisan yg provokatif dari wartawan otai.Saya cadang SPRM siasat(kalu blum) TS NMY .

    ReplyDelete
  5. Salam Ts,
    Saya sekarang ni dah naik pening dan dalam masa yang sama dah naik kesian dengan Najib ni ,apa taknya TS beliau sekarang ni seolahnya dah tak boleh berfikir langsung!!...hanya mengikut dan buat apa2 saja yang disuroh oleh orang2 yang berada disekeliling beliau..seolah beliau telah diremok kontrolkan!!..Najib ni sebenarnya telah menjadi mangsa kepada 6.6 peratus penyokong bodoh yang masih berada bersama beliau seperti yang Zahid kata.

    ReplyDelete
  6. Di zaman Tun M, kekayaan negara melimpah ruah atas usaha gigih beliau utk membangunkan negara. Pada masa yg sama kelemahan Tun M dlm mengenali individu2 tertentu telah dieksploitasi secara sistematik dalam mana kepercayaan Tun M telah dikhianati mengakibatkan pentadbiran beliau kerap dipersoalkan oleh pembangkang setiap kali ada skandal2 yg melibatkan integriti org2 yg dilantik. Saya perasan setiap skandal2 tu cuba dijawab dan dikendalikan oleh Tun M dgn pertimbangan tutup lubang2 yg boleh mengakibatkan kerugian besar dari segi politik melayu dan kewangan negara. Tun M hanya lah individu yg cuba dipalitkan dosa2 orang lain oleh pembangkang dan sekarang UMNO sendiri semata2 beliau adalah PM ketika itu. Serupa la kes anak yg memalitkan arang di muka ibubapanya. Sumbangan dan jasa2 Tun M tidak akan dapat dipadamkan oleh sesiapa malah akan menjadi lagenda orang2 melayu sebagai negarawan terulung yg pernah hidup di Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Sememangnya sengaja memburukkan reputasi Tun oleh pihak yang 'tercekik 'dengan skandal 1MDB dan banyak lagi.Kecurian pemborosan dan rasuah depan mata yang berlaku masa sekarang oleh PM cuba ditutup.Itu belum masuk bab menipu berkali kali oleh pihak 'tercekik'ni.

    ReplyDelete
  8. Ah Murad, pernah didakwa.Mana Zeti?

    ReplyDelete
  9. Assalam.....TS,
    Tun telah bersedia untuk dibawa ke mahkamah untuk apa2 kes pun......Tapi jgn lupa heret najib sekali utk kes 1 mdb,forest city ,tabung haji ,felda,kwsp ,kwap dlll....ada berani??????

    ReplyDelete
  10. Semuanya berpangkal kepada UMNO. Tak kira lah zaman Tunku ke, zaman Razak ke, zaman Hussein ke, zaman Mahathir, Pak Lah serta Najib. Tiba masa untuk parti lain pula memerintah.

    ReplyDelete
  11. Ini kes budak kecik yang dimarah ibu kerana tidak lulus pereksa.
    Bukan saya sorang yang dapat marka 20, mak. Ada kawan-kawan lebih
    rendah. Ramai yang dapat 10. Yang dapat 0000 lagi ramai!

    ReplyDelete
  12. 1)MO1 menubuhkan 1MDB
    2)MO1 adalah menteri kewangan pada masa 1MDB ditubuhkan.
    3)MO1 adalah pengerusi dan penasihat 1MDB
    4)Berbillion masuk ke akaun peribadi MO1
    5)Kes telah di arah untuk di OSA kan...
    ////////////////////////////////
    1)Tun tidak menubuhkan BMf.
    2)Tun bukan Menteri Kewangan pada masa itu.
    3)Tun bukan Pengerusi atau Penasihat BMf.
    4)Tidak ada satu sen pun yang masuk ke akaun peribadi Tun atau secara kebetulan ada Pak Arab yang menderma.
    5)Kes telah dibawa ke mahkamah & dah selesai.
    Allah Ta'ala beri akal berfikir lah sejenak dan buka lah minda wahai rakyat Malaysia.....
    BMf dengan 1MDB, bezanya macam langit dengan bumi.

    ReplyDelete
  13. Sungguh memalukan, ada hati nak siasat orang lain padahal ekor sendiri bermain taik. Satu dunia bercakap pasal tajuk penyelewengan besar hingga Malaysia digelar negara ke2 tertinggi rasuah selepas Brazil. Satu title yang tidak pernah kita dapat sebelum ini. Satu dunia tahu lavish style orang ini. Hingga menarik media luar negara mengulas tentang keborosan melampau manusia ini.

    Itulah akibat kalau bela puaka polong di rumah sendiri. Lama-kelamaan diri sendiri pun terikut sama jadi puaka. Makin lama makin jahat dan tamak. Ini tak takut mati punya orang, dia fikir nyawa dia pegang sendiri. Memang tak takut Allah.

    Hidup dengan menganiaya dan menipu orang. Makan-minum, pakai dan hidupnya semua atas hasil duit orang. Pengemis jalanan lebih mulia dari manusia seperti ini.

    Untuk sekian lamanya negara kita tidak pernah lebih malu dari hari ini.

    ReplyDelete
  14. panglimo potaseh30 January 2017 at 09:46

    Kalau lah rasuah dan tak amanah tu hukum nye tembak sampai kojol. Maka cita-cita kita nak lahirkan generasi yang Non-Lanun mungkin ada harapan.

    Lanun yg sedia ada .. tampak bagai cerita gangster Melayu di layar perak .. masing-masing ada kawasan, ada sejarah dan ada puaknya sendiri.

    Tok Aji yg jaga agama bagai Pope di era pertengahan Kristian Eropah .. kerja nya halalkan perlakuan pemerintahnye sahaja.

    Era gelap Eropah ini makan ratus tahun untuk diruntuhkan sehingga muncul Ahlul Falsafah Moden yang percaya pada kesaksamaan, anti-feudal dan erti kemanusiaan. Dan itu lah Eropah hari ini lebih Islam daripada Muslim.

    ReplyDelete
  15. Tinggalkan zaman kebodohan Melayu dahulu,,kini Melayu wajib bangkit dan buka minda akan salah laku Peminpin masa kini...!!

    ReplyDelete