Monday, 30 January 2017

NAJIB TAKUT KEPADA PRESIDEN PARIA AS TRUMP RAKAN IKRABNYA

KETUA GERAKAN SEDERHANA MALAYSIA MEMBISU TERHADAP EXTREMISME AS
Image result for pic of nasharudin mat isa ceo global moderates movement
Nasaruddin Mat Isa CEO The Global Movement of Moderates
Lihat berita di bawah sekali Singapura dahului Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib sekarang berada dalam keadaan tercabar dalam pendirian mempromokan Malaysia sebagai sebuah negara Islam anti pelampau yang berpegang kepada dasar kesederhanaan.

Beliau menginisiatifkan penubuhan The Global Movement of Moderates Foundation yang sekarang ketua eksekutifnya adalah bekas  pemimpin besar Pas Datuk Nasaruddin Mat Isa.

Walaupun Presiden Baru AS Donald Trump telah mengisytiharkan dasar extremisme Amerika dan menjalankan tindakan keras dan kejam kepada beberapa negara Islam yang melibatkan orang Islam yang tidak berdosa tetapi Najib menunjukkan sikap kesederhanaan  Islam kerana Trump adalah kawan golfnya dan kerana masalah peribadinya menakutkannya  terhadap tindak balas dari Trump.

Sikap ini tidak sahaja melibatkan Imej UMNO tetapi turut menekan PAS  setelah berkonspirasi dengan UMNO.

Apakah wajar sikap pelampau  Presiden baru Amerika Syarikat ini dilayan dengan dasar sederhana Islam?

Yang menjadi mangsa utama ialah orang Islam yang tidak berdosa dari beberapa buah negara Islam yang dihitamkan oleh Presiden Paria Amerika Syarikat ini.

Dibakar oleh dasar paria ini, telah bangun puak anti Islam membakar  sebuah masjid di Texas dan membunuh  orang Islam dalam masjid di Quebec Canada.Mereka   telah sekian lama hidup damai bersama  orang bukan Islam. 

Tindakan ini bukan sahaja   menimbulkan kemarahan di kalangan  orang Islam tetapi juga orang Yahudi setempat. Dibimbangi akan merebak ke Amerika Syarikat.Yang tidak marah hanya Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib kerana berpegang teguh kepada dasar toleransi atas kepentingan diri.

Kita masih ingat begitu ghairah Najib hendak menunjukkan kepada bekas Presiden AS Obama dan juga kepada dunia tentang sikap moderartion of  Islam Malaysia tetapi sekarang beliau terpaksa berkawan dengan extremist yang menjadi Presiden Amerika.
Apakah pandangan dunia apabila beliau langsung tidak bersuara walaupun sekadar menyatakan kebimbangan apabila Trump memijak dasar sederhananya? 

Perubahan sikap AS ke arah xenophobia akan mencalar imejnya sebagai  kawan dunia dengan dasar kemanusiaan dan perlindungan keselamatannya  kepada terlihat sebagai memusuhi dunia.

Kita juga  tidak  mendengar sepatah kata pun  dari Ketua Eksekutif  The Global Movement of Moderation Foundation Datuk Nasaruddin Mat Isa yang berasal dari Pas.

Begitu hebat Najib hendak menjadi juara penentang kekejaman terhadap orang Rohingya sehingga Perdana Menteri menjadi penunjuk  perasaan (sebenarnya tidak disokong oleh Negara-negara Asean lain dengan sepenuh hati malah menimbulkan kemarahan Indonesia kerana Malaysia  cuba memperkecilkannya) tetapi apabila kawan baiknya  Trump menggunakan  kuasa besarnya untuk melakukan tindakan tidak berperi kemanusiaan terhadap orang Islam maka terkelu lidah Datuk Seri Najib.

Dari sebuah negara kecil yang menjadi suara berani Islam dan suara besar  dunia ketiga dalam menentang ketidakadilan AS  termasuk kekejamannya di Iraq ,sekarang Malaysia mejadi negara pengecut yang tidak lagi berani tampil kehadapan.

Negara kita bukanlah  lagi negara yang bermaruah, tidak sahaja  dari perekonomian dan keselamatan  tetapi hingga  kepada keIslaman.

Sekarang kitalah negara sahabat ikrab kepada Trump kawan baik Najib Tun Abdul Razak yang dihina oleh dunia.

Jika Allahyarham Ghafar Baba atau Anwar Ibrahim mejadi Perdana Menteri Malaysiapun ,Malaysia  tidaklah jatuh kepada taraf kehinaan sehingga keperingkat ini.
SINGAPURA DAHULUI MALAYSIA KUTUK SERANGAN KE ATAS MASJID DI KANADA
SINGAPURA: Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan di Pusat Kebudayaan Islam Quebec City, Kanada ketika umat Islam menunaikan solat pada Ahad malam, mengakibatkan beberapa orang maut.
Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata serangan terhadap tempat beribadat tidak sepatutnya berlaku.
“Kami ingin menyampaikan ucapan takziah tidak terhingga kepada keluarga mereka yang kehilangan nyawa,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut kementerian itu, pihaknya menghubungi 4 rakyat Singapura yang berdaftar di Quebec dan mendapati mereka berada dalam keadaan selamat.
“Setakat ini, kami tidak menerima sebarang laporan terdapat rakyat Singapura yang terjejas secara langsung atau cedera akibat kejadian itu,” katanya.
Menurut laporan, 6 orang terbunuh dan 8 cedera, manakala 39 jemaah lain yang berada di pusat itu, yang juga merupakan sebuah masjid, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengutuk serangan itu, yang beliau sifatkan sebagai “serangan pengganas terhadap umat Islam”.
“Rakyat Kanada beragama Islam merupakan sebahagian penting daripada negara kami dan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu tidak mempunyai tempat dalam masyarakat, bandar raya dan negara kami,” kata beliau dipetik satu laporan(Dipetik dari Free Malaysia Today)
KOMEN:
Bagitu lemahnya Wisma Putra Malaysia atau sengaja mahu merosakan lagi imej PM Najib dengan tidak menasihatkan beliau dalam pekara ini atau tidak bertindak cepat.Dimana profesionalisme pegawai-pegawai Kementerian Luar?Apa kerja Duta kita di Kanada. Lapuran darinya pun tak ada. Makan anginlah.










44 comments:

  1. Syabas walaupun najib ditohmah dgn pelbagai,tetapi apa yg saya nampak pembangkang dan ramai masih menaruh harapan kepada beliau untuk bertindak seoalah2 beliau pemimpin dunia islam yg sgt penting didunia ini menentukan maruah islam di mata dunia.

    Ataupun pembangkang sekadar nak buat modal untuk menghentam najib itu sy tidak tahu lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib bukan setakat di kutuk malahan sudah beribu ton dimaki oleh Rakyat oleh kerana salah laku kuasa dan rasuah......!!

      Delete
  2. Tidak siapapun lagi yang menaruh harapan kepada Najib kecuali kekecewaan demi kekecewaan. Itu adalah khyalan awak untuk seronok sendiri tetapi pada hakikatnya dia harus bungkus sahaja. Najib ada maruah pemimpin negara Islam.Dasar Malaysia telah dibeli dengan harga RM2.6 bilion.
    Orang menaruh harapan supaya dia jatuh cepat.

    ReplyDelete
  3. Selama berdekad-dekad Mahathir 'terselamat' daripada sebarang skandal kewangan yang telah menyebabkan rakyat Malaysia perlu menanggung segala kos, termasuklah peningkatan kos sara hidup dan barang dengan harga upah kerja dan gaji yang sangat rendah. Namun memandangkan faktor masa dan kebanyakan penyokong Mahathir pula terdiri daripada golongan muda yang tidak pernah hidup atas kaki sendiri pada zaman Mahathir berkuasa selama 22 tahun, mereka telah terperangkap dalam propaganda kekaguman melampau ke atas pentadbiran Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Selama berdekad-dekad Mahathir 'terselamat' daripada sebarang skandal kewangan yang telah menyebabkan rakyat Malaysia perlu menanggung segala kos, termasuklah peningkatan kos sara hidup dan barang dengan harga upah kerja dan gaji yang sangat rendah.."

      - Zaman Mahathir RM1 bersamaan USD 2.80 hingga 3.70. Sekarang RM 1 bersamaan USD 4.70 sen. Kau sembang apa ni? Sekarang ni student kita di overseas hari-hari ikat perut pasal ringgit terlalu murah. Tiap-tiap bulan call mak ayah di tanah air untuk bantu top up. PM pujaan kau tu merangkap Menteri Kewangan still clueless tak tahu apa nak buat. Tahu buat tahi hutang jer. Makan gaji buta duk kat situ. Apa gunanya naik gaji kalau nilai ringgit susut mendadak. Tak ada makna.

      Delete
    2. 05.37...jadi apa hebatnya di zaman najib? Cuba citer

      Delete
    3. Anon 05:37 anda pun paria sebab bodoh sombong,,tak pandai menilai yang mana Intan dan yang mana kaca. Tun M terkenal di merata dunia atas keberanian bersuara di PBB,OIC dan ASEAN,,najib hanya tahu enjoy dan kebas duit Negara dan rakyat.......!!
      Bodoh punya menyokong

      Delete
  4. Suatu pandangan yang penuh dengan sentimen melulu tanpa mengetahui berapa ramai gulongan muda yang dilahirkan oleh Mahathir untuk menjadi orang yang percaya kepada diri sendiri dan menjadi orang yang berjaya.

    Siapakah yang mendukong GLC yang menyelamatkan ramai syarikat Melayu termasuk TV3.Tak usahlah buat kenyataan bodoh.Anak Melayu dibangunkan oleh Mahathir dengan slogan Malaysia Boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selogan malaysia boleh itu dari lagu malaysia boleh fakta ini kau kena ketahui, jawapan tun sendiri mengikhianat ,umno yg telah menaik diri dia, dia sendiri mengikhianat nya dia telah lupa asas perjuang dia bina dalam umno, anda sendiri tak penah hidup zaman tun mahathir itu di mana guru2 dan kakitangan kerajaan semua bergaji kecil walau pun mereka ada diploma dan ijazah atau lepasan mantap perguruan semua bergaji kecil, aku masih ingat di mana seorang guru terpaksa buat dua kerja pagi mengajar dan petang meniaga pasar malam,

      pada masa sekarang bila cadangan dua kerja buat balik korang semua meperlekihkannya

      jadi kau minta budi dibalas balik, aku hormati asas perjuang umno, aku tak akan hormati orang telah lupa asas perjuang umno semata2 nak anak sendiri berjaya dalam politik. aku kenang jasa tun mahathir kenang ,untuk pandang kehadapan kita tak boleh terlalu kenang jasa dia yg jadi legasi itu, umno kena cipta kejayaan baru, umno bukan parti fanatik seperti dap,pkr dan cap bunga itu, di dalam sejarah umno orang penah berjasa oon jaffar sekali di telah lupa perjuang telah di tentang habis2 oleh ahli umno itu.

      yg selamatkan syarikat melayu itu umno bukanya tun mahathir seorang, tampa kerjasama ahli umno tun mahathir dia boleh buat ke?

      Delete
    2. 12.04 macam biasa mengarut tanpa asas...6.6%

      Delete
    3. Anon 12.04 anda pun golongan bonggok termasuk peratusan 6.6%

      Delete
    4. anon 12.04 ini adalh orang yang sama komen dalam semua ruangan blog. memanang geng dia dah tinggal 6.6% je. Sebab tu melalut.Orang cerita lain dia ni cerita lain. Benggong!!

      Delete
  5. Shamsul Azmin, Melawati, Ulu Klang.31 January 2017 at 10:21

    Nasaruddin Mat Isa tunggulah arahan dari Datuk Seri Najib untuk buat kenyataanikut telunjuk negara yang menderma RM2.6 bilion. Tutup sahajalah Global Movement dan gantikan dengan Dedak Movemnet

    ReplyDelete
  6. Global Movement for Moderates itu untuk Islam sahaja kut.

    ReplyDelete
  7. zam di amerika telalu banyak kumpulan EXTREMISME yg iktiraf
    tak iktiraf yg tak iktiraf kkk, nazi.
    yg iktiraf freemason,Illuminati,zionist .
    kumpulan paling bekuasa di amerika freemason,Illuminati,zionist..

    soalan aku masa iraq serang dulu kenapa tun mahathir tak cakap pada bush kawan baik dia jangan serang iraq dan itu tun mahathir juga jadi pelobby bush pulak itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 11.33 mahathir pernah buat perhimpunan mega di stadium nasional bukit jalil kutuk pencerobohan US di iraq. Aku pergi. Berpuluh ribu orang pergi. Samada engkau belum lahir, atau terperam kat kampung. Jangan tunjuk bodoh.

      Delete
    2. Soalan aku....kau ni apasal bodoh sangat? Perenggan ke 2 kau tu menaikkan lagi tahap kebodohan kau.

      Delete
    3. 11:23: mentekedarah dedak..grid D. sebab tu otak tepu.

      Delete
    4. Perenggan kedua...
      Bila Bush jadi kawan baik TM...
      Hang ni memang suka melalut la bangla... Dah mereng kena cokoroi ka..

      Delete
    5. Ada satu mamat ni yang telah mati, tetapi dihidupkan semula oleh sekumpulan saintis. Dia diberi 3 pilihan untuk memilih otak baru dari mereka yg telah mati. Otak pertama pernah dimiliki oleh seorang saintis china. Harganya rm1 juta. Mamat ini menolak kerana harganya terlalu tinggi untuk otak berusia 80 tahun.

      Otak kedua pernah dimiliki seorang penggubah lagu eropah. Harganya rm setengah juta. Mamat ni juga menolak kerana usianya sudah pun 100 tahun.

      Otak ketiga adalah otak misteri. Usianya masih muda, tapi harga mencecah rm25 juta! Mamat ni pun heran, jadi ditanyakan kepada para saintis kenapa otak muda sebegini begitu mahal. Jawab saintis: otak ni seperti otak baru, pemilik sebelumnya bernama anon 11.33 jarang menggunakannya di sepanjang hayatnya.

      Delete
    6. Anon 23:43, LOL...

      Delete
    7. ia ke yg aku tahu perang bosnia je yg buat bekumpul di stadium tak penah aku dengar perang iraq bekumpul di stadium, petronas siap rebut tendar selepas iraq kalah dari perang.

      fakta ini korang kena ketahui ia

      Delete
    8. Sepanjang ingatan saya memang tidak ada tunjuk perasaan di negara kita atas serangan Amerika keaatas Iraq tetapi Mahathirlah satu-satunya pemimpin Asia yang berani mengkritik dengan keras pencerobohan Amerika masa itu.Rakyat Malaysia berbangga dengan keberaniannya malah juga dunia ketiga yang tidak berani bersuara.

      Delete
  8. Malaysia dibolehkan oleh Mahathir bangunkan anak muda yang kebanyakkan muda seangkatan dengan anak-anaknya.Ingat budak2 SAHOCA tidak tahu, orang Tongkang Yard, Orang Sungai Korok tak tahu, begitu juga orang Titi Gajah dan Kubang Pasu.

    Segala projek Mega dan Mercu tanda di mulakan oleh Mahathir. Hebat! namun siapakah yang mengaut RM berbillion dari projek2 hebat tersebut.

    Selaklah di dalam kain pasti ada sanak-saudara, suku-sakat dan sahabat handai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selak lah semua kain....biar rakyat tau.....kain sendiri selak jugak sbb takut duit ada berbilion....Beendd sudah mula berakhir kot....

      Delete
    2. 12:21 hati buta terlampau banyak makan dedak.

      Delete
    3. selamat tahun baru cina...
      selamat melawat klcc juga mat bangla kebanggan tun mahathir di penuhi di klcc ,itu gunakan sebaik oleh bangla itu..

      jadi korang semua jangan marah xi.xi.xi

      Delete
    4. Ini suatu pembohongan yang amat jelas berasaskan pada prejudis dan kebencian. Saya semalam berada di KLCC tidak ramai pun Bangla tetapi ramai orang-orang Melayu yang bercuti disamping pelancong Barat dan China. Nak bohong belajarlah dulu atau pi skh makan dedak dulu.

      Delete
    5. Bangla tak keluar shopping dah. Duit kita jatuh; jadi savings bangla pun jatuh.

      Delete
  9. Salam tan sri,
    sememangnya najib hanya berani sesama puak umno saja. Semasa melancarkan bantahan terhadap rohingya, yang hadir adalah orang umno dan pas, maka berteriaklah najib tentang keadilan sejagat. Tapi yang lucunya, bantahannya hanya disitu saja dan duta rohingya pun tidak dipanggil.
    Nak hadir mana-mana forum antarabangsa pun tidak berani apatah lagi kalau nak mengkritik mana-mana negara besar secara terbuka. Forum N2H diPICC pun najib tak berani hadir.
    Rakyat mengharapkan kesinambungan kepimpinan tun mahadhir, tetapi hanya mimpi.
    Yang berkelip itu disangkanya berlian, rupanya tidak. Sudah sampai masanya rakyat campakkan, dan pilih semula.

    ReplyDelete
  10. Salam Tan Sri Zam.

    Sedih tetapi pelik.

    Bila bercakap pasal kelemahan dan kurang kewibawan PM Najib....Tun M pula dikutuk.

    Topik sdra cukup jelas bercerita tentang pemimpin negara yg juga Presiden Umno yg berugama Islam membisu sepi perihal pendirian Malaysia terhadap serangan terhadap org Islam diQuebec.

    Sdra bercerita tentang betapa takut PM Najib pd Trump untuk mengutuk serangan terhadap Islam...tetapi ada pula yg bercerita panjang lebar dan mengutuk Tun M.

    Siapa ketua negara sewasa ini....Tun M ke Najib.
    Siapa yg bisu dan sepi....Tun M ke Najib.

    Kasihan Melayu...
    begitu dangkal dan langsung menjadi buta mata dan hati tidak dpt melihat kelemahan dan kekerdilan sikap Ketua yg terpalit dgn najis menjadi kerdil hingga tidak langsung berani besuara takut masalah peribadi dijadikan bahan untuk Amerika menghentam dia.

    Alahai Melayu....gunakah akal yg Allah beri untuk berfikir....siapa yg masalah sisini....Tun M ke Najib.

    ReplyDelete
  11. Saya tertunggu2 kenyataan dari Wisma Putra. Apasal senyap je? Kalau dgn Myanmar tu punyale gedegak kenyataan. Nampak gayanya menteri2 Islam Msia ni hanya berani dgn negara yg 'undeveloped' saje.

    ReplyDelete
  12. Najib Akan kutuk Trump hari Selasa.

    ReplyDelete
  13. Harga minyak petrol kuning naik 20 sen satu liter. Sikit sangat tu....naik la seringgit dua; baru ada omphhh.

    Duit ringgit pula takat rm4.40++ berbanding 1usd. Kena naik lagi sampai rm8 = 1usd. Baru la macho.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun dah kita banyak tu bro. Bulan September tahun 2016, RON 95 harga 1.70 sen satu liter, skang 2.30 sen. 60 sen naik dalam tempoh 4 bulan. Licik depa ni, diam-diam jer naikkan sampai 60 sen. Masa Pak Lah dulu pun tak naik banyak sampai macam ni..

      Delete
    2. Ada sesiapa tahu macamana harga minyak masak ditentukan? Rasanya mesti naik juga sebab ringgit menurun berbanding USD.

      Delete
    3. zaman pak lah harga minyak di naikkan sampai 2.80 sen, macam ini nak jadi negara maju minyak mana ada subsidi, zaman pak lah ron 92 cai minyak murah sikit, minyak.

      siapa kata minyak naik harga aku tengok minyak masak pelastik masih 2.50 sen kg 1.

      kalau taK mampu pakai minyak 5kg botol itu pakai je yg pelastik.

      kenapa korang semua tak cakap minyak masak zaman tun m harga 1.50sen pelastik kg1 naik harga jadi 2rm itu ketika itu akan gaji baru 600RM

      aku hidup zaman tun m jangan menipu fakta ia

      Delete
    4. Anon 14:21, ko apahal? Tersedak dedak ke? Aku tanya rege minyak masak coz aku memang x pakai minyak masak plastik 1 kg. Aku nak tahu so that aku boleh jadi pengguna bijak, beli masa rege murah. Minyak 1 kg selalu habis, x ada kerje aku nak pergi pasaraya banyak kali sebab nak beli minyak 1 kg. Kalau k'jaan telus, bagitau je macamana harga ditentukan. Apa nak takut?

      Delete
    5. zaman TUN mahathir DULU PUN KRISIS BNM PUN KECOH, ZAMAN NAJIB KECOH 1MBD
      jadi kalau nak berjaya najib kena hadapi nya.

      fakta sebenar duit kita ketika tahun 1991-96 RM 2.50,

      tahu kah anda tahun 1980 duit kita RM 2.10sen dengan tukaran 1 usd apabila tun mahathir berkuasa duit kita jadi 2.20sen sehingga 2002 duit kita jadi 3.80sen,turun pada 1.60sen hebatkan tun mahathir itu
      http://www.tradingeconomics.com/malaysia/currency#forecast

      najib jadi pm 2008 1usd tukaran 3.80sen sekarang jadi 4.40sen, jadi 60sen hilang

      jadi siapa fanatik tak tahu ekonomi jangan pandai bercakap

      Delete
    6. Saya tidak tahu samaada perkiraan orang ini betul atau tidak. Terserah kepada ahli ekonomi untuk menghukumnya tetapi apapun orang tidak merasa kehilangan keyakinan kepada Mahathir masa itu sebaliknya beliau mendapat sokongan dan dokongan rakyat.Kita tetap merasa diri sebagai rakyat yang bermaruah. Sekarang?

      Delete
  14. Salam TS Zam.

    Pelik sungguh pe'el dan gelagat PM kita ni.

    Selalunya... apa saja 'trajedi/peristiwa' yang berlaku seluruh dunia... keperhatinan, keterujaan, kesedihan, simpati atau rasa terkejut beliau akan tercatat dalam FB atau Blog NajibRazak. Sepantas-kilat pula dipetik dan disebarkan kepada Rakyat oleh TV3, RTM & Utusan.
    Adakalanya, sesuatu ritual atau amalan/keraian (kita tak pernah dengar sebelum itu pun) golongan minority paling kecil, dia cukup perihatin seolah-olah beliau sendiri menyambutnya.

    Malah ketika dia sedang bercuti di Negara Kapir bersama keluarga pun, TV3 & RTM akan menyampaikan berita seolah-olah Najib masih berada dalam Negara dan sedang bertungkus-lumus berkhidmat demi Rakyat.

    Sudah tentu, bila keluar berita mengenai serangan pengganas keatas kelab-malam, pusat-gay dan pusat-hiburan... sepantas-kilat beliau mewakili Rakyat mengutuk kekejaman itu.

    ReplyDelete
  15. Salam Tan Sri,

    Slm sdra RD.

    Secara jujur...sy katakan....tiada apa lagi yg pelik dgn kelibat Ketua ini.

    Malah sy juga tidak nmpk lagi kepelikan yg ada pd bangsa Melayu ..bila mereka dpt menerima Ketua yg terang2 dituduh dan disyaki menodai semua perkara2 yg paling asas 'basic' spt berbohong... menipu dan mencuri..selain memakan rasuah.

    Adalah suatu kenyataan bahawa org Melayu cukup terkenal dgn pegangan ugama hingga semua yg dijuangkan berpaksikan pd 'demi Ugama....kerana Allah,.. dsb'.

    Tetapi kini sy pun sudah ragu2....betulkah semua ini 'kerana Allah....demi Ugama.....dsb'.

    Wallahualam.

    Tetapi jika dibuat serba sedikit perbandingan dgn sikap org2 Kafir terutama dari negara2 maju spt Jepun dan sesetengah negara2 diEropah...pd pandangan peribadi sy...org2 kafir dinegara maju.....tidaklah kuat sngat berpegang pd ugama masing2 dlm kehidupan harian...tetapi tetap berpegang kuat pd 'nilai2 moral' atau 'moral values'.

    Bagi mereka hak org...adalah hak org....jika diceroboh sudah dikira mencabul atau mencuri.
    Rasuah adalah perkara besar...dan sngat2 ditakuti.
    Walau pun rumah tidak berpagar...tetapi mereka tahu dan akur dgn had dan sempadannya.
    Jika berlaku kesesakan jalan raya...mereka tetap menghormati dan mengamal sikap.... yg dulu didahulukan.
    Bagi pengusaha makanan pula....mereka jarang menipu atau memberi makanan yg luput tarikh..rosak atau tercemar pd pelanggan.
    Kebersihan adalah amalan yg biasa 'second nature'....dan tidak perlu di'khutbahkan' lagi.
    Sikap bertolak ansur dan menghormati sesama insan jauh lebih tinggi dari kita.

    Semua ini sekadar contoh yg ketara dlm amalan hidup mereka pd pndgan sy (masih boleh didebat).m

    Tetapi agak cukup untuk kita menilai perkerti dan Jatidiri mereka berbanding org2 Melayu.

    Malah jika diJepun...sy percaya ketua spt ini sudah pun menjadi sejarah....samada dia sendiri yg melakukan 'harakiri' kerana sedar dan malu dgn kesalahan dan kemungkaran yg dilakukan.

    Atau undang2 yg sedia ada telah pun memenjarakan dia.

    Tetapi dinegara kita....semua yg ada menjadi pelik....dan bangsa yg kunon nya hebat dan kuat berpegang pd ugama kini telah menjadi bahan ketawa dan dicemuh oleh org2 kafir bukan sahaja dari dlm tetapi dari luar negara.

    Alahai Melayu.....'demi Bangsa....demi Ugama....'
    .....betulkah !!!

    ReplyDelete
  16. Salam Saudara Msh.

    Amat tepat pandangan Saudara.

    Scandal 1MDB-Jho Low telah berjaya memalukan Agama, Bangsa dan Negara.

    Hidup UMNO-Najib, lingkup Melayu.

    ReplyDelete