Saturday, 21 January 2017

BEGITU MUDAH NAJIB PERCAYA CHINA KAYA UNTUNGKAN MALAYSIA

KOMEN:
ONE FOREST CITY WONT BE ENOUGH
You are referring to the rural, semi educated malays who are either with PAS or Umno in semenanjung....and to almost everybody else in sabah and sarawak. And yes, they will vote in another BN govt in the next election, either directly or by splitting votes in a 3 corner fights. Urbane, educated malays will fight on.

Talking about china; lets get real. They cannot bulldoze their way thru if doors are not wide opened for them, in whichever country. African leaders love easy money, and that explains as to why "china" is everywhere in africa. And i bet over here, one forest city wont be enough for them. I believe they want a naval base in either sabah or sarawak. A naval base in a friendly and welcoming country in south china sea is a great statement for china. After all, they always think it is called south china sea for a reason.
BAGITU MUDAH.........
Pandangan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib terhadap keuntungan warga asing tinggal di negara kita (lihat Utusan Malaysia muka 2, 21 Januari 2017) adalah begitu mudah dan amat mengerikan.

Katanya,dakwaan Mahathir kerajaan Johor dan Malaysia nak bagi kewarganegaraan kepada pelabur China berhubung dengan penjualan tanah kepada pelabur China adalah palsu dan fitnah.

"Mereka kaya,ekonomi terbesar dunia,mereka tidak ada hajat pun nak jadi warga negara Malaysia"

Katanya " Mereka akan membelanjakan duit  di Malaysia.Mereka membina keluarga,datang tiga atau empat bulan di negara ini,jadi siapa yang untung?.Kitalah yang untung kerana mendapat pendapatan lebih,kita gunakanlah duit itu untuk mengecat flat contohnya"

Harus diingatkan yang akan  menyusuli  kedatangan orang-orang  kaya China bukan orang kaya.Mereka hanya akan jadi jambatan rangkaian kedatangan berbagai tenaga kerja China yang profesional dan  bukan profesional, yang tidak kaya yang condong untuk mencari ruang  menetap di negara ini.

Ini  akan dimudahkan oleh suasana kesuburan rasuah,kepentingan politik  dan penyalahgunaan kuasa di negara ini.Apakah ini tidak dapat dibaca oleh Najib.

Saya sendiri  menyaksikan permulaan  proses kedatangan orang-orang India yang kaya dari Uganda ke London dalam tahun 1975 dengan membawa harta dan wang yang banyak setelah dihalau oleh Idi Amin. Mereka datang dengan teriakan "The Queen is My  Mother"

Arus  imigrasi ini begitu hebat dan longgar hingga membangkitkan nasionalisme British  tetapi kerajaan British terpaksa menerima kerana mereka adalah  warga negara Commonwealth dan demokrasi British bagitu luas dan liberal dengan sifat kemanusiaan yang tinggi

Akhirnya apa yang terjadi pada Britain?

Orang India generasi pertama dari Uganda ini setelah diberi peluang menetap di Britain telah  membawa saudara mara mereka yang lain dari India yang menurut dakwaan mereka adalah hak mereka.Akhirnya mereka menguasai  beberapa bandar besar di Britian. London bukan lagi London yang dahulu, tanpa peradaban Inggeris. London adalah dipunyai oleh warga negara asing dari berbagai negara.Orang Inggeris lari  tinggal di daerah yang jauh dari bandar.

Orang India pandai menggunakan kesempatan Britain sebagai negara kebajikan untuk mengambil apa sahaja yang dinikmti oleh orang Inggeris sendiri malah ada yang cuba mengajar saya bagaimana untuk mendapat bekalan letrik dan air percuma.

Tidak benar kepercayaan Najib bahawa orang China dari China tidak berhasrat untuk menjadi warga negara Malaysia atau menetap terus di Malaysia. Bukan seluruh negara Cina  makmur,malah masih ada banyak wilayah yang penduduknya sekadarkan makan bubur dengan ikan kering sahaja.

Keadaan di bandar-bandar besar Cina tidak menggambarkan keseluruhan keadaan ekonomi negara China. Tanyalah orang China atau mereka yang bekerja di China.Tidak seperti di Malaysia rakyat pada keseluruhannya cukup makan dan pakai di pekan dan di bandar.

Pastinya  kedatangan orang  China kaya dari China akan disusuli kemudiannya dengan kedatangan orang miskin dari China secara haram atau halal seperti sekarang termasuk pelacur. Sekali mereka berada di negara ini mereka tidak lagi mahu kembali ke China sekalipun yang bekerja sebagai pembantu kedai(seperti yang banyak terdapat di Singapura).

Mamandangkan amalan rasuah di kalangan pegawai kerajaan kita terutama di jabatan imigrasi  dan kastam dan lain-lain yang berkait dengan keselamatan negara maka tidaklah mustahil proses untuk warga asing menetap lama disini,mendapat  permastautin tetap, memiliki  kad pengenalan Malaysia dan sebagainya akan berlaku secara rampang dan mudah.

Najib seolah-olah tidak nampak akan bahaya ini dan percaya penuh orang China adalah orang yang ikhlas,mereka  akan balik ke China. Ramai orang Kaya China juga yang mahu tinggal menetap di negara ini kerana kemajuan sosial dan ekonominya yang mantap yang menjanjikan masa depan yang stabil.

Saya mahu memberikan suatu lagi contoh:Lihat apa  sahaja yang berlaku di kawasan Jalan Masjid India dan juga Jalan Melayu Kuala Lumpur. Tidak sahaja orang Melayu tersingkir dari kawasan ini tetapi juga peniaga-peniaga  China. Restoran-restoran terkemuka Melayu sudah tidak ada kecuali gerai-gerai makan Melayu kecil-kecilan kerana telah dikuasai oleh orang India.

Disebalik kejayaan orang India menghalau orang Melayu dari kawasan ini dengan  berbagai -bagai perniagaan yang tersembunyi dan yang nyata,yang haram dan halal terutama  pertukaran wang  asing ialah tangan-tangan  rasuah pegawai-pegawai kerajaan  dan kurang perhatian yang diberikan oleh pihak keselamatan negara

Apakah ini semua tidak akan berlaku apabila Forest City menjadi bandar China Kaya di Johor???

Najib mahu jadikan Dubai sebagai contoh. Apakah rakyat  Malaysia dan orang yang berfikiran waras mahu Malaysia menjadi sebagai Dubai. Adakah Najib tahu berapa persenkah orang Arab sendiri yang mempunyai pekerjaan tetap di Dubai. Orang-orang Arab dari Mesir dicemburui untuk berkerja di Dubai. Dubai adalah hak negara asing,kejayaan orang asing  di Dubai ditumpang oleh raja-raja dan orang- orang kaya Arab.

Dalam hal ini kita dapat melihat kecetekan Najib dalam  memahami masalah sosial yang telah berlaku di negara-negara maju akibat kemurahan hati kepada warga asing demi untuk kepentingan ekonomi.

Itu  sebabnya  Amerika Syarikat di bawah Trump dan Russia merasa perlu untuk membendung China dengan membangkitkan semula  nationalisme Amerika dan juga mahu bekerjasama untuk mengenakan kawalan ekonomi yang drastik terhadap China.


43 comments:

  1. Poodahh! Vincent Tan tu bangsa Mamak macam hang kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia China Malaysia dan bukannya China yang diimport dari China.Bodoh makan dedak

      Delete
    2. Anon 20.48 punya la stupid brang2 sampai tak bole beza

      Delete
  2. Saya respect prinsip Trump yang mahu membendung pendatang asing ke US yang menjadi lubuk emas kepada orang asing. Malah Trump mahu membina tembok pemisah sempadan Amerika-Mexico kerana sedar begitu ramai pendatang Mexico membanjiri US. Dalam diam tanpa menzahirkan prinsipnya secara nyata, Trump sebenarnya kelihatan seperti mahu menjadikan Amerika untuk orang Amerika.

    Begitu juga dengan Brunei yang amat berhati-hati menjaga tanah Brunei untuk rakyat Brunei. Penduduk asing di Brunei tidak sewenang-wenangnya diberi hakmilik tanah atau kerakyatan.

    Apa akan jadi bila sedikit demi sedikit tanah kita ditukar hakmilik kepada orang asing?? Bukankah pepatah Melayu berkata, sedikit sedikit lama-lama jadi bukit??

    Apabila keturunan kita sudah jadi melukut di tepi gantang, menumpang merempat di tanahair sendiri, orang asing akan mula mengatur hidup kita. Apabila keadaan ini berlaku, siapa pula yang akan MENDAULATKAN Raja-Raja Melayu kita? Tak mungkin orang asing mahu menjaga DAULAT Raja-Raja kita. Siapa lagi yang akan memikul tanggungjawab Raja Berpelembagaan selain kita semua rakyat Malaysia khususnya orang Melayu??

    Sekarang pun kita boleh lihat ramai pendatang asing yang BERANI BERSIKAP KURANG AJAR dengan kita, seolah-olah kita pula yang menumpang di tempat dia. Perkara seperti ini sudah pun berlaku tapi orang-orang VVIP tak tahu tentang hal ini sebab mereka tidak bercampur dengan pendatang-pendatang asing. Yang bercampur-gaul dengan orang asing ini ialah rakyat bawahan, bukan para jutawan dan para hartawan. Tak kurang juga orang asing ini membawa masalah sosial kepada rakyat kita.

    Apa sekali pun, jangan sampai keturunan kita menumpang di tanah sendiri, hidup atas belas kasihan orang asing. Kelak, pendapatan, periuk nasi, pekerjaan dan kebebasan semua diatur dan ditentukan orang asing.

    Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

    Harta dan wang-ringgit tak dapat ditukar ganti dengan maruah agama, bangsa dan negara. Apabila hilang agama, bangsa dan maruah, wang-ringgit dan harta sudah tidak bernilai lagi. Ketika itu kita sudah berada di bawah telapak kaki orang lain. Banyak kejadian di dunia ini sudah terbukti bahawa sejarah boleh berulang.

    ReplyDelete
  3. Bodohnya memang terlihat sejak jadi menteri pendidikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak sebodoh seperti menteri ITU sangup terima cadangan kondom Dan jarum percuma kerana fanatik pada seseorang ITU

      Delete
    2. 00.44 samada kau ngaku atau tidak itu tak penting, yg jelas kau bodoh.

      Delete
  4. Untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang makmur dan berjaya,Najib sekeluarga serta juga semua rakan-rakan kleptokratnya yang perlu pindah menetap di China buat selama-lamanya.Bukan menanggalkan pintu negara untuk membiarkan warga China masuk ke sini.

    ReplyDelete
  5. 'Zam' China bukan saja melabur di Malaysia ini je.
    Dialog langKawi africa sepatut membantu negara afrika telah gagal hanya cakap2 tin kosong hanya tahu menyedut minyak negara sudan je, itu cakap tak serbe bikin dibuat oleh tun mahthir ITU.

    China sangup bina kawasan industari untuk negara Ethiopia ketika negara barat semua tahu ambil kesempatan untuk ambil hasil bumi di Africa
    Kalau bukti ini bukti nya China bina kawasan industari di negara Ethiopia
    https://youtu.be/h6qg5yEzLT8

    Ethiopia industry park yg dibina China untuk negara Ethiopia
    https://youtu.be/_FV_gPRC07k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah itu alasan kamu????

      Delete
    2. Afrika nak maju ka nak lingkup ka; ada kena mengena ngan kau dan atuk nenek kau? Orang dah beberapa kali cakap yg kau ni nak berlagak pandai. Orang cerita forest city, kau ni cerita macam forrest gump.

      Delete
    3. Which african country are you from?

      Delete
  6. panglimo potaseh22 January 2017 at 08:48

    Katanya TN50 tu diolah atas buah fikiran rakyat .. tak sama dgn W2020 yg dirangka berdasarkan fikiran Chedet sahaja .. tak sama dgn DEB.

    Pada aku kenyataan Mappadulung yg di utarakan oleh KJ ni tepat sekali. Tepat dari segi nak kencingkan rakyat. Kita tengok nanti.

    Kalau DEB berjaya membawa kita mengatasi Korea dan Taiwan. W2020 di era Chedet pula berjaya tempatkan negara kita sekandang dgn harimau Asia yg lain.

    W2020 di bawah tgn Pak Lah berjaya tidurkan rimau ni. Bawah Mappadulung .. rimau ni dgr khabar nak dipawahkan atau terus dijual. Rimau ni byk gunanya .. taring boleh dibuat tangkal .. kulit lagi .. kontol rimau boleh dibuat tonik kuat.

    Percaya lah .. jika nak menilaikan harga nasi lemak zaman A.Ramli pun dah tersasar jauh .. cuba bayangkan apalah rupa isi kitab TN50 tu. Sah-sah perkataan Tranformasi itu diambil drp perkataan cerita kartun Transformer.

    Mappadulung sendiri akui cukup minat dgn cerita kartun tersebut. Jawabnya pada tahun 2050 negara ini akan jadi Darul Kartun lah.

    Kalau jadi kartun tapi kita masih merdeka dan bergerak kehadapan tak apa juga. Apakah dgn TN50 kita boleh berjaya ambil tempat asal kita ia itu diatas Korea dan Taiwan.

    Atau kita masih dok crita sbg negara contoh wilayah Islam. Masih rasa gah berbanding Gabon, Kenya, Ghana dan Kongo. Ulang alik cerita nak perkasakan ekonomi Melayu dan bahasa Melayu. Kita tengoklah nanti .. mungkin TN50 ini senasib dgn rancangan koridor Pak Lah?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib minat semua kartun.
      Dia tak minat kartun Zunar aje...

      Delete
  7. Tun M the sniper
    TunM dapat tendangan percuma dalam perlawanan menentang kebatilan
    Jika Faiz Subri di beri penghormatan kerana jaringan yg kebetulan berlaku dalam keadaan tidak sengaja dan nesyaca tidak boleh di laku kan semula kerana jaringan ini bukan kapakaran tapi lebih kepada nasib,,

    TunM juga harus di beri kepujian kerana tendagan cantik TunM telah berjaya melolos ke pintu gol TDJ , permain permain TDJ adalah permain muda dari kelab Perlimen kelab di raja Jordan ,permain import iMDB,, semua permain hebat berkuasa macam power ranger, berpengaruh ,dan mempunyai kewangang yg kuat,,

    Oleh kerana kepakaran bermain dan bermotif kan semanjat serta sokongan yg tidak berbelah bagi dari peminat,, TunM berjaya membuat satu jaringan dgn sekali tendangan yg membuat pihak lawan terpaksa menghenti kan perlawanan dan angkat bendera putih,,,
    Memalu kan dan amat memaluka,,, org tua yg berumur lebih 92tahun bermain berseorngan dan dapat mengalah kan pasukan gergasi yg tengah gila hanya dgn satu tendangan kepakaran yg berhemah dan kemas serta mematuhi garis panduan perlawanan,,, Shabas TunM dan tendengan itu adalah kepakaran dan bukan nasib
    Dan ramai tahu dan percaya TunM the Sniper mampu membuat berbagai tendangan hebat lagi,,, kerana itu pasukan lawan terpaksa hentikan perlawanan taku di buli olh org tua yg bernama Tun M the sniper

    ReplyDelete
  8. Tun m buat kenyataan bahawa dap menuntut kerusi tpm. Maka berteriak ketakutan lah melayu umno di alam maya dan alam utusan. Lepas tu tun m ngaku dia "silap"; bukan dap yg minta, tapi mca...siap dgn bukti!!!! Alam maya melayu umno tercengangangngangangang...mca rupanya nak kerusi tpm, bukan dap. Tun m buat indirect freekick...gol terus, gol keeper umno terperangkap....this is classic tun.

    ReplyDelete
  9. Universiti2 di msia dah kena potong bajet, kjaan tak cukup duit. UM pun kena let go pensyarah2 kontrak. Sudah tiba masanya kjaan BN jual universiti2 kita pada China, terutamanya U yg ada banyak land bank. Kalu pakai rasional BN skrg...ok apa , ni model ekonomi baru, jual aset kat china tak salah. Mana tau china boleh bawak 1 juta pelajar mereka ke sini...kih kih kih..

    ReplyDelete
  10. Salam tan sri,
    Sebelum ini, umno pulau pinang membantah pentadbiran DAP yang banyak membina rumah mewah yang tidak mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah. Malah menganggap tindakan itu sebagai menghalau orang melayu dipulau pinang. Juga menyatakan melayu hanya mampu melihat dan tinggal secara setinggan dicelah bangunan mencakar langit.
    Media utama selalu memainkan isu ini terutama tv3.
    Sebelum DAP, kerajaan pulau pinang adalah dibawah gerakan yang sebelum ini juga adalah pembangkang.
    Apa yang saya nak kongsi disini adalah sifat manusia dalam politik.
    Semasa gerakan diluar bn, umno menjadikan isu pembangunan dipulau pinang sebagai tidak seimbang antara kaum. Kemudian bila gerakan masuk bn, tiada lagi isu ini dari umno dan hanya pembangkang yang bersuara. Bila pembangkang ambil pulau pinang semula melalui DAP, maka sekali lagi umno tiup trompet... yang melayu mengemis di tanahair sendiri dan pembangkang pula diam. Populasi kaum dipulau pinang bermula dari zaman british.
    Hari ini, british sudah balik dan kerajaan sekarang dipimpin oleh umno sebuah parti melayu, makanya kenapa harus mengulangi apa yang telah berlaku dipulau pinang???
    Membina rumah yang mahal kemudian dibeli oleh bangsa lain dari negara lain.
    Orang umno sekarang hanya berhujjah untuk menghalalkan apa yang mereka tentang sebelum ini.
    Dalam 60tahun dahulu, orang cina dan india masuk kekampung dengan menyewa tanah melayu untuk pertanian dan berniaga kecil-kecilan. Mereka tidak boleh membeli tanah. Tetapi ada orang melayu yang gadaikan tanah untuk dapatkan sedikit wang. Malah ada orang melayu yang menjadi ali baba yang benarkan namanya digunakan untuk urusan jual beli. Akhirnya bila mereka dapat kerakyatan, tanah yang digadai atau dibeli melalui ali baba menjadi milik mereka. Tanah ini mereka bangunkan nenjadi deretan kedai. Melayu sekitar hanya jadi pembeli barangan dan perkhidmatan tapi tak mampu jadi peniaga.
    UDA dan MARA terpaksa ditubuhkan untuk nembina bangunan bagi menempatkan peniaga melayu. Tapi tanah yang ada hanya lah dibelakang deretan kedai cina yang luasnya hanya sekangkang kera. Maka bangunan yang dibina oleh mara dan uda ini hanya menjadi rumah hantu, ada peniaga tapi hidup segan mati tak mahu. Sebab lokasinya yang terpencil.
    sekarang ini forest city dibangunkan dengan rumah jutaan ringgit oleh najib dari parti umno. Sudah tentu yang beli rumah itu orang kaya dichina iaitu orang yang "terlebih" duit dalam akaun. Kalau orang yang tak ada duit mana mungkin nak beli rumah jutaan ringgit hanya untuk persinggahan.
    Kalau cina dan india yang datang 60tahun dahulu naik tongkang tanpa duit berjuta pun boleh memonopoli kekayaan disini, apatah lagi yang datang dengan kapal terbang dan banyak duit berserta sarat dengan kemahiran.
    Apakah tidak akan ujud melayu ali baba yang mencari duit mudah?
    Melayu dulu gadai tanah kerana perlu duit untuk buat kenduri kawin besar-besaran. Nak tunjuk pada jiran yang kenduri dia hebat.
    Melayu sekarang ni hebat sikit sebab tak gadai, tapi jual. Kononnya pelaburan FDI, tapi nak ambik duit untuk tutup hutang syarikat yang dibina dari "idea yang hebat".
    Maka berpusu-pusulah melayu menyokong "idea hebat ini".
    Bagi saya mereka inilah ali baba. Yang hanya berjuang untuk keuntungan peribadi.



    ReplyDelete
    Replies
    1. You are absolutely ringht bro joe. Umno dok bising rumah PR1MA. So far, 10,000 unit baru siap.

      Delete
    2. Very well written bro Joe.

      Salute.

      Delete
  11. Rakyat malaysia sepatut berfikiran terbuka macam mana China ubah Africa 'yg gagal di buat oleh tun mahahir itu, zaman Sekarang bukan zaman bercakap seperti dialog Langkawi Africa ITU.

    Ketika negara2 Africa mengharap Obama untuk menbantu pelabur amerika di African Tapi setalah dua penggal langsung tak nampak hanya tahu bercakap je. Sebaliknya China datang ke Africa untuk banggunkan jalan raya, pelabuhan kapal dagang, logi jana kuasa dan industari park yg negara Africa mahukan

    Barat datang ke afrika hanya mahukan perang je lihat je pada negara sudan, mali barat kuasai suka hati Rakyat, African di biarkan miskin, malah ada Rakyat Malaysia terutama NGO HIV Dan aids angap Africa negara pembawa HIV dan aids malah percaya dengan cakap barat di mana Africa pembawa Penyakit HIV dan aisd. Kalau ikut barat pembawa penyakit HIV AIDS di serata dunia ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau pi la africa...dia orang pasti angkat kau sebagai hero.

      Delete
    2. Bodoh punya komen. Malaysia mana ada duit nak ubah africa banding dengan china. Bahlul betul siapa yg post di atas tu.

      Delete
    3. 20.40...you are so unremarkable, and do not know what to do with your information.

      Delete
  12. Kalau lah kjaan DAP pulau pinang jual tanah pada China pakai business model forest city....sure kecoh punya.

    ReplyDelete
  13. Dear Saudara Zam

    You have hit the right button. I do pity the Malay race. They have always been too accommodating that their country is now swamped with too many foreigners – the poor, the rich, the refugees and also the bad hats. The Malay race is a complacent race. They have not changed much after decades of Independence. They just cannot think big. They give blind support to their leaders who go round telling them that they are there for the race, religion and country.

    The fact is that many Malays cannot compete with the local Chinese waves, what more with the Chinese from the Mainland. But the local Chinese are Malaysians and whatever they gain economically will be put back into this country to benefit other Malaysians. This may not be the case with the Chinese from the Mainland.

    Today the country sees foreigners controlling many major towns and businesses. The Malays and other locals are pushed out of these places as they just cannot or refuse to compete with them. Some Malays are given business licences but these are sold or rented out to foreigners for a pittance. When these foreigners flourish, the Malays are biting their fingers. Bribery is rampant and we hear drugs being pushed into the country through our porous borders and ports plus when our law enforcement is quite unreliable. The free-flowing drugs are going to affect the Malay youth most. But no one seems to care.

    The Malays in general are too feudal-minded to think out of the box. After almost 60 years of Independence Malay politicians have failed to change the feudal mindset of the Malays. As long as feudal thinking dominates the Malays, they will be played out by the other races, foreigners and also by the shrewd politicians and the other “untouchables” who are there to siphon as much wealth as they can while in power. These politicians and those other “untouchables” do not have to worry, as they have their wealth stocked in foreign countries. They can still lead a well-heeled life even when this country fails.

    .../continued

    ReplyDelete
  14. When Tun Mahathir spoke on behalf of the Malays and Malaysians in general that the country will be “sold” to foreigner through economic conquests, the Malays in Umno are still in a denial mode. Tun emphasised that many assets will be in the hands of foreigners and these foreigners are not that stupid to give us “free lunch”. Unfortunately the Malays are still blinded by their narrow outlook of the real situation of what is going to happen. Why? They are supporting their warped leaders blindly, perhaps out of their blind loyalty to their leaders who dole them with “grains”.

    A big Chinese population of all social ranks coming from Mainland China to the country can distort the existing racial status quo of this country and also the gap between the rich and the poor will widen. The country will see foreign cultures dominating. There will be vices and crimes of all sorts, as bribery will sustain all their greed and needs in life.

    The country has been trampled many times before by foreign powers – the Dutch, Portuguese, Siam, British and Japanese. Today we see thousands of foreigners, illegals and refugees flooding the country. The latest of late is when China has been making inroads into this country. China has made inroads into many other countries in Africa, Sri Lanka, Pakistan, Myanmar, Tibet, etc. These countries have seen their fair shares of problems with the Chinese. China since has been militarily encroaching the many islands found in the South China Seas. When will the Malays and Malaysians open their eyes and be more observant and vigilant of the geo-political and economic expansion of China?
    As a Malaysian, I salute Tun Mahathir for his courage to raise this matter of importance for the benefit of our nation. A nonagenarian, he’s still alert and cognizant of the fact that the Malays are still weak and that Malaysians and the country, if in slumber will end up being subservient to foreign powers. He loves this country and he has done a lot to change the mindset of the Malays especially, though he admitted that one of his greatest regrets as a political leader was that “he could not change the mindset of the Malays”.

    Hope with his latest quest the Malays will move towards changing their feudal mindset. This quest of his has since been applauded by millions of Malaysians of all races. He now expects that there will be a change to the ways politicians run this country. The threats posed by foreign powers cannot be taken lightly. History has proven that the country was colonised, lands and islands had been sold to foreigners and what belonged to the states had been given away to foreigners for some monetary gains by leaders of the past. This should not be repeated.

    Prof MN

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are referring to the rural, semi educated malays who are either with PAS or Umno in semenanjung....and to almost everybody else in sabah and sarawak. And yes, they will vote in another BN govt in the next election, either directly or by splitting votes in a 3 corner fights. Urbane, educated malays will fight on.

      Talking about china; lets get real. They cannot bulldoze their way thru if doors are not wide opened for them, in whichever country. African leaders love easy money, and that explains as to why "china" is everywhere in africa. And i bet over here, one forest city wont be enough for them. I believe they want a naval base in either sabah or sarawak. A naval base in a friendly and welcoming country in south china sea is a great statement for china. After all, they always think it is called south china sea for a reason.

      Delete
  15. Tukar nama Laut China Selatan kepada Laut Asia Tenggara.Minta kerjasama negara-negara Asean.Harap kerajaan baharu nanti dapat membawa perkara ini ke meja ASEAN.

    ReplyDelete
  16. ASA SYARIKAT PENIPU NAJIS JANGAN CUBA MENJIJAK KAKI DISINI. BUKAN SEMUA ORANG BOLEH DITIPU.

    ReplyDelete
  17. Salam Tan Sri.

    Semua ini berlaku gara2 Skandal 1MDB dan duit RM2.6b yg masuk keakaun peribadi.

    Bila sudah 'kantoi' dan pecah tembelang kerana tidak jujur dan amanah....1001 helah dilakukan mahu menyelamatkan diri.

    Kita tidak perlu melihat jauh lagi untuk melihat betapa rakus...durjana..dan kotor Ketua Melayu dan koncho2 dia merosakan bangsa..ugama dan negara.

    Sejarah kejatuhan Negara sejak dari zaman Melaka hingga negara betul 2 Merdeka langsung tidak dipelajari.

    Siapa kata Melayu bangsa yg hebat.

    Hebatkah bangsa bila Ketua yg sebegini pun masih ditatang.

    Hebatkan Melayu bila membenarkan diri dijajah serupa ini dan akan berakhir seperti melukut ditepi gantang.



    ReplyDelete
  18. Guys, just take a look at the map of south china sea. See for your self the distance of paracels and spratly islands from mainland china...and see the new maritime borders created by china sorrounding the spratlys...really gila one, totally illogical. SEA nations should unite against china's unilateral expansion of maritime borders now, otherwise these communists semua dia sapu nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah terlewat. Baca ni.............

      A RM43 billion (S$14 billion) harbour being developed in Malacca aims to overtake Singapore as the largest port in the region, but questions are being raised about the need for the added capacity and whether China's eager participation has to do with good business or its crucial strategic interests in the Malacca Strait.

      For China, not only does most of its trade pass through the Malacca Strait, but so does up to 80 per cent of its energy needs. This prompted then President Hu Jintao to make the "Malacca Dilemma" a key strategic issue as far back as 2003.

      "There is the strategic element of the Malacca Strait. It always starts with an economic presence, which can develop into a naval one, because China will be obliged to ensure the safe passage of its commercial ships," said Dr Johan Saravanamuttu of the S. Rajaratnam School of International Studies, who studies the Malaysia-China relationship.


      The Melaka Gateway joint venture is part of a wider port alliance between Kuala Lumpur and Beijing to increase bilateral trade and boost shipping and logistics along China's much-vaunted Maritime Silk Road.

      Chinese firm Guangxi Beibu International Port Group already owns 40 per cent of Kuantan port, which faces the disputed waters of the South China Sea, and 49 per cent of the Kuantan Industrial Park in Pahang, the home state of Malaysian Prime Minister Najib Razak.

      The Malaysian authorities are talking up the game-changing Melaka Gateway deal between little-known KAJ Developments and energy giant PowerChina International, which will form a joint venture and spend RM30 billion to reclaim three islands off Malacca's coast. The entire Gateway development will be completed in 2025 but the deep-sea port is expected to be ready by 2019. The Malaysian government hopes to attract the bulk of 100,000 vessels, most of them Chinese, that ply the Malacca Strait annually.

      Some industry players have expressed concern about the cannibalising of existing ports along the strait, especially in the light of Singapore's own port expansion.

      Though the Malaysian government has said a new port is needed because Klang, the country's most important port, will be full by 2020, studies appear to show otherwise.

      A World Bank study commissioned by the government last year showed a new port on Malaysia's west coast is not necessary, as existing facilities have yet to reach capacity, according to sources. Both operators at Port Klang - Westports and MMC - have also made expansion proposals that would double the port's capacity, the sources added.

      "Because there seems to be no logic to the Melaka deal, many are questioning if this has more to do with military rather than commercial interests," a logistics player told The Straits Times.

      Sources also said the reclaimed islands would be given freehold status and the port granted a 99-year concession - both rare and generous terms. Melaka Gateway did not respond to a request for comment.

      China's military presence around Malaysian waters has increased significantly since last year. In September last year, all three branches of the Chinese armed forces took part in a six-day joint exercise on "disaster relief" in the Malacca

      Delete
    2. "Because there seems to be no logic to the Melaka deal ...".....

      well; there seems to be no logic with many deals with China; from kuantan bauxite issue to ecrl to bandar malaysia to others.

      Delete

  19. Before World War 2 - Chinese trader refer to South Sea. As for Southeast Asia countries once called the Champa Sea.

    During World War 2 - Only Japanese refer to South China Sea, eleven-dash line was published in the then Republic of China on 1 December 1947.

    ReplyDelete
  20. Terbaru,....ATM nak lantik Elizabeth Tan sebagai Duta LIMA '17.Konsep LIMA kali ini sudah semestinya China.

    ReplyDelete
    Replies
    1. May be ada lion dance sekali

      Delete
  21. Sudah tengok belum?Iklan Tahun Baru Cina daripada MAS 100% dalam bahasa Mandarin,tapi yang bertutur adalah semua rakyat Malaysia kecuali orang cina.Tunggu Najib umumkan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan.Sudah viral dalam FB,nama jalan di Forest City diimport dari China dan juga matawang Yuan digunakan dalam urusan jual beli.Hidup Bangsa Johor! LUASKAN KUASA MU!

    ReplyDelete
  22. Tan Sri
    Analisa dan kupasan terbaik.
    Pelawa kumpulan Utusan Melayu utk memetik tulisan ini. Ajak sama Media Prima/TV3 untuk menerbitkannya. Akhir sekali pujuk JASA membaca dan berkikir mengenai teguran Tan Sri ini.

    ReplyDelete
  23. Terbalik dunia sekiranya Utusan Melayu,TV3 dan Jasa memetik tulisan ini untuk kegunaan mereka.

    ReplyDelete