Wednesday, 30 November 2016

BN PASTI AKAN HILANG KUASA DI EMPAT NEGERI

KOMEN:
DEEP IN THEIR HEART THEY WANT NAJIB TO LEAVE
Anonymous30 November 2016 at 23:47

"Pimpinan Datuk Seri Najib amat tidak popular di seluruh pelusuk tanah air. Kenyataan ini memang tepat sekali.

TRUE. This is a very relevant statement. If truth be told, 9 out of 10 Malaysians are not happy with Najib and of course his spouse. This is no more a secret and I am sure all Umno members are aware of this.

Even most Umno members attending their annual general assembly have admitted to this fact. But why are they there? They are just putting up a false front at the assembly. It's just for show. The main leaders talking to the delegates are also putting up a false front when deep in their heart they want Najib to leave. Why? To save Umno. They are mindful that Najib has now become a LIABILITY to Umno and the nation.This even goes without saying.

Unfortunately, most Malays still have this feudal mindset and they will not express the dissatisfaction they have outwardly.

The educated among Malaysians know all the bluffs going on at the high level and they will reject Umno. Umno is now facing a trust deficit. The rural, semi-urban and urban folks are having a tough time with the present economic situation. The currency is crumbling, GST is piecing into their pockets making holes and the costs of living have shot up sky high. Corruption and the 1MDB fiascos have changed the people's perception towards Umno, as the social media has become their main source for information. This is where the truth can be discerned. The main stream media has failed to convince the people with all their cheats and propaganda.

The people are not happy, the damage is done and the people will reject Umno for a change.

They see the success of Penang and Selangor and they will go for a change.

Malaysians do not want to see racial and religious cards being played. This has become a forgone cliche. Despite all the racial and religious tones played out by some Umno loyalists thousands of Malaysians of different races and religions turned up to show their support for the recent Bersih rally. 

Anonymous30 November 2016 at 15:44
Ramalan mamak kutty bukannya betul...auta yg lebih

Ini adalah suatu analisis atau ramalan  yang mudah berasaskan random sampling secara senyap di akar umbi oleh saya sendiri dan kawan-kawan di seluruh  negeri sejak dua bulan lalu yang menunjukan UMNO berada dalam kedudukan yang sangat rapuh dan pimpinan Datuk Seri Najib amat tidak popular di seluruh pelusuk tanah air.

 Rakyat biasa menolak BN bukan atas soal IMDB atau RM 2.6 Billion tetapi mereka merasa tikaman GST, kenaikan harga barang dan juga kejatuhan ringgit.

Tinjauan ini mendapati hanya  lima buah negeri yang akan kekal di tangan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum  yang dijangka akan diadakan pada bulan April tahun depan.Negeri-negeri itu ialah Johor, Melaka, Perak,Perlis dan Pahang.

Yang sudah pasti akan berada di tangan pembangkang ialah Kedah,Kelantan(Pas kekalkan kuasa),Terengganu dan Pulau Penang (Kerajaan yang sama).

Sebab utama Kedah akan jatuh  ketangan pembangkang ialah  kemenangan BN di pilihanraya umum lalu adalah  faktor Mukhriz. Oleh kerana ada  jaminan pertukaran Menteri Besar kepada Mukhriz Tun Dr.Mahathir maka rakyat memberi undi kepada BN dan sekarang rakyat Kedah termasuk veteran UMNO dan penyokong Pas tidak lagi dapat menerima barisan kepimpinan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dianggap sudah " Basi".

Anak-anak muda di Kedah sedang bergerak cergas menyokong Mukhriz mengembangkan Bersatu (PPBM).

Hingga kini  Mukhriz mendukung simpati ramai  kerana  rompakan kuasa darinya dirasakan oleh rakyat Kedah sebagai merompak hak mereka.

Di Terengganu  ke pimpinan negeri Ahmad Razif Abdul Rahman lebih mudah jatuh kerana dari awal  berada dihujung tanduk dan  tidak mesra rakyat   malah  maruahnya hilang  di mata rakyat apabila semua anugerah kebesarannya  dilucutkan oleh Sultan Terengganu.Beliau satu-satunya MB yang tidak bergelar Datuk

Malah nama MB Terengganu ini tidak diingati oleh sebahagian besar rakyat negeri itu.

Pimpinan Pas Kelantan telah membulat nikat tidak akan menyerahkan Kelantan kepada BN dengan apa cara sekalipun dan telah pun menggerakkan jentera operasi senyap tapi  rakus di kawasan-kawasan yang dipegang oleh BN termasuk kawasan Parlimen Mustapha Muhammed.Mereka tidak bagitu ghairah dengan kerjasama Pas UMNO yang diterokai oleh Presiden Pas Haji Hadi.
Keadaan hubungan PAS UMNO di Kelantan  adalah pepat di luar rencong di dalam.

Di  Pulau Pinang rakyat dapat melihat dengan jelas pembangunan agresif di bawah pimpinan Ketua Menteri DAP  Guan Eng,sekurang-kurangnya mereka dapat melihat Penang lebih bersih dibandingkan dengan "kekotoran" di bawah BN dulu.

Saya tidak dapat meramalkan kedudukan BN di kawasan Parlimen kerana ini bergantung kepada samaada akan berlaku satu lawan satu atau BN dapat memecahkan kepada pertandingan dari beberapa penjuru.

Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung sekarang mestilah bersedia untuk menerima hakikat pahit bahawa BN pasti akan hilang kuasa sekurang-kurangnya di lima negeri.

Ini bukan fitnah tetapi informasi yang berhemah




Tuesday, 29 November 2016

PERADABAN RM 2.6 BILLION DAN ROSMAH BANGGA DENGAN PERANANNYA



  1. Apabila serangan boleh dirancang terhadap MP pembangkang oleh menteri,maka negara tidak lagi berperadaban. Inilah sbhg dari budaya RM2.6 billion
    urs 

  1. GO FOR OFFENSIVE

  2. Timbalan Menteri Tajuddin membisu tentang polis cari anaknya kerna cuba serang MP Khalid Samad.Semuanya tambah cemarkan PM Najib
  3. MP pembangkang Khalid Samad diserang kerana kata sial dalam Parlimen pd seorang timbalan menteri. Datuk Jamal boleh bangga kerana dia jadi contoh


  1. Rosmah bangga dengan peranan hubungkan phone suaminya dg Trump Presiden US yg dibenci.Tak payah ceritalah.Betul2 tak sensitif terhadap perasaan rakyat.Meluat org dengar.Menjadikan Najib semakin dipandang rendah
  2. Hudud dah jadi politik. Nak tenteram MCA Najib kata bukan Hudud. Orang Pas mesti terima bukan Hudud asal tapi ini Hudud Umno campur Pas






Monday, 28 November 2016

PAS HARAP NAJIB AKAN TERGULING DAN KERAJAAN BN RUNTUH

NAZRI: PAS GAGAL DI KELANTAN

Hati kecil sebahagian besar pemimpin dan penyokong Pas memang mengharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan terguling dan Barisan Nasional akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang.

Pas melihat pengekalan Najib sebagai PM sehingga pilihanraya umum nanti akan memberikan faedah kepada Pas berbanding jika beliau berundur  sekarang kerana mungkin akan memberi peluang kepada pemimpin lain menyelamatkan UMNO.

Menurut Mursyidul Am Pas Hashim Jasin dalam  interview dengan Sinar Harian "Masa terbaik untuk gulingkan Najib adalah dalam masa pilihanraya umum."
“ Jika Najjib berundur sekarang, penggantinya mungkin memperkuatkan  BN, sama seperti masa  Abdullah Ahmad Badawi gantikan Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Sementara itu saya difahamkan bahawa PAS samasekali tidak akan bertolak ansur  dengan  UMNO  tetapi akan terus mempertahankan Kelantan sepenuhnya di tangan Pas habis habisan.

Dalam pada itu kenyataan terkini Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa  PAS gagal menjadikan Kelantan sebagai negeri Islam menyebabkan parti itu perlu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) pastinya akan mengundang kemarahan dari pemimpin-pemimpin Pas.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berkata, hukuman sedia ada “tidak mencukupi” buat rakyat di negeri itu menyebabkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menambahnya.
“PAS di Kelantan gagal nak menjadikan Kelantan negeri Islam sebab itu mereka nak hukuman lebih berat. Hadi waktu menjadi menteri besar Terengganu, enakmen di sana dia turut tukar.
“Maknanya PAS gagal, kalau dia berjaya dia akan turunkan enam sebat jadi kosong sebat. Kalau kamu (PAS) berjaya, saya percaya semua (rakyat negeri Kelantan) akan puasa, ini tidak dia nak tambah lagi, gagallah dia di Kelantan itu.
“Jadi pada kita Umno nak bantu dia nak pastikan dia, kena bantu dia lah sebab dia gagal. Macam kita Umno tak minta pun tambah,” kata menteri pelancongan itu.
Nazri berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Istiadat Konvokesyen ASWARA di kampus itu di Kuala Lumpur.