Sunday, 23 October 2016

"DI DEPAN API DI BELAKANG DURI" DISAMPAIKAN KEPADA TENGKU MAHKOTA

KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan Tan Sri Abdul
 Aziz bergambar bersama dengan buku Saya Bukan
Menteri dan Di Depan Api Di Belakang Duri

EDISI  INGGERIS SIAP TAPI GAGAL DITERBITKAN 

Presiden Mubarak Tan Sri Dato Sri Haji Abdul Aziz Rahman telah menyampaikan dua buah buku tulisan saya kepada KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah  selepas suatu majlis Tahlil di Masjid Negeri Kuantan  baru baru ini.

Dua buah buku itu ialah Kisah  Sejarah Utusan Melayu Di Depan Api di Belakang Duri dan juga Saya Bukan Menteri  memoir kehidupan yang dihasilkan sebagai Karyawan Utama  Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Universiti Utara Malaysia(UUM)(2010-2014).

Menurut Tan Sri Abdul Aziz baginda sendiri mahu bergambar dengan buku hasil karya saya itu. Saya amat berbangga kerana inilah diantara buku karya saya yang amat dekat dihati saya dibandingkan dengan lain-lain  buku.

Sebagai  seorang yang telah bekerja dengan Syarikat Utusan Melayu dalam dua zaman iaitu sebelum mogok bersejarah Utusan pada tahun 1961 dan sesudah Utusan diambil alih  sepenuhnya oleh UMNO bermula dari era Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman hingga ke era Mahathir, saya boleh mendakwa buku ini adalah mencatitkan sejarah paling lengkap Utusan Melayu sepanjang 70 tahun sejak dilahirkan di Singapura pada tahun 1939.

Buku ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunAbdul  Abdul Razak  sempena perasmian  bangunan baru Utusan Melayu pada Mei 2010 tetapi sayangnya terjemahan Bahasa Inggerisnya yang  siap serentak dengan edisi Bahasa Melayu gagal  diterbitkan.

Terjemahan ke dalam Bahasa Inggeris telah dilakukan oleh Wan Hulaimi seorang bekas wartawan Straits Times  yang sudah lebih 20 tahun menetap  di London. Beliau telah pun menterjemahkan ke Bahasa Inggeris buku-buku saya Tun Razak :Jejak Bertapak Seorang Patriot (Tun Razak Profile of a Patriot) dan Mahathir Di Sebalik Tabir (The Other Side Of Mahathir).

Mereka yang telah membacanya menganggap terjemahan Wan Hulaimi  adalah excellent dan matchless tetapi sayang walaupun terjemahannya telah siap pada masa yang sama dengan edisi Bahasa Malaysia namun  kelemahan  pengurusan di Utusan Publication and Distributor telah menjadi punca kegagalan penerbitan secara serentak. 

Walaupun saya telah menghubungi Pengarah Urusan Utusan Melayu, Datuk Mohd Noordin Abbas dan juga telah berkali-kali menulis surat kepadanya tetapi tidak menerima sebarang jawapan hingga kini.

Bayaran terjemahan buku ini telah pun diselesaikan oleh Pengurus Utusan Melayu terdahulu dibawah pimpinan Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin tetapi sayang sekali sebuah terjemahan yang magnificent untuk  suatu record sejarah dalam bahasa Inggeris telah menjadi tidak bernilai kepada pengurusan baru Utusan Melayu.

Saya berharap Institut Terjemahan Negara Malaysia akan dapat mengambil alih tanggungjawab untuk mempastikan penerbitannya kerana tidak ada sekatan dalam perjanjian bagi pihak lain menerbitkannya.    
Buku Mahathir Di Sebalik Tabir & Tun Razak : Jejak Bertapak Seorang Patriot terjemahan Wan A.Hulaimi

Sunday, 16 October 2016

JENAYAH IKLAN DALAM DUNIA KECANTIKAN DAN PRODUK KESIHATAN

MENTERI KOMUNIKASI HANYA TAHU KUTUK TUN
Komen:
Sebarkanlah tulisan ini seluas-luasnya supaya seluruh rakyat terutama di Sabah menyedari Menteri Komuikasi Salleh Said Keruak tidak beberbuat apa-apa untuk menyedarkan masyarakat  Islam sehingga membiarkan RTM menggunakan iklan-iklan yang boleh mencandui orang Islam untuk terpengaruh dengan iklan-iklan berunsur Islam yang karut marut. Dia tak pernah peduli hal lain untuk membina hiburan dan kesedaran ke Islaman yg dinamik di kalanganorang Islam menerusi RTM sebaliknya hanya terserlah sebagai Menteri yang asyik hentam,mencaci dan menghina Mahathir, Dia  membiarkan umat Melayu dan Islam tertipu. Memalukan orang Sabah-Rohani Abdullah



RADIOTV BERSUBHAT
Kementerian Kesihatan dan juga Polis Bahagian Jenayah Perdagangan sewajarnya memantau dengan teliti iklan yang berselindung disebalik produk kecantikan dan kesihatan di radio dan televisyen.

Dengan memainkan sentimen agama, memakai jenama-jenama Arab, pengusaha-pengusaha yang mendakwa diri sebagai ustaz dan ustazah maka amat mudah bagi orang Melayu mempercayai produk mereka.

Lebih dahsyat lagi apabila juru acara Radio dan TV turut menjadi jurubicara dalam kempen pemasaran bagi produk-produk ini. Tentunya ini menambah   kredibiliti dalam pemasaran.

Sebenarnya kalau dipantau, disiasat dan dibuat kajian dari pembeli-pembeli maka banyak yang akan mengakui mereka telah tertipu terutama kerana sentimen agama.

Saya merasa bertanggungjawab untuk menarik perhatian pihak Kementerian Kesihatan supaya memberikan perhatian yang serius dalam pekara ini supaya tidak berlaku kelulusan penyiaran iklan di radio dan TV dengan sewenang-wenang yang dengan mudah menipu orang ramai terutama dengan menggunakan unsur keugamaan.

Semasa saya menjadi Menteri Penerangan, saya tidak membiarkan iklan-iklan tertentu disiarkan walaupun telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Saya percaya ada juga unsur-unsur rasuah dalam perkara ini. Kementerian Kesihatan tidak seharusnya menjalankan tugas mereka dalam hal ini hanya seperti melepas batuk di  tangga.

Ada stesen TV yang terus menyiarkan iklan bagi produk yang kredibilitinya telah pun dipersoalkan dan telah pun pernah menghadapi tindakan.

Pengusaha-pengusaha kecantikan pula memerangkap mangsa mereka  dengan cara profesional yang berakhir dengan ugutan. Diantaranya adalah seperti aduan yang dibuat oleh seorang pembaca wanita blog ini yang berhasrat dengan pendedahan ini akan membantu Polis Bahagian Jenayah Perdagangan disamping menarik perhatian Kementerian Kesihatan yang meluluskan iklan.

INI PENGADUANNYA:

Semua wanita ingin sentiasa cantik. Tetapi dalam mengejar kecantikan, perlu juga berhati -hati jangan sampai terpedaya dengan iklan untuk kurus, kempen perut, lebatkan rambut  dan sebagainya.

Saya dan kawan pernah alami sendiri pengalaman di sebuah pusat kecantikan bagi melangsingkan badan. Walaupun kami bukan lah dari golongan orang-orang yang obesiti, tapi disebabkan ketaksuban untuk sentiasa kurus membuatkan kami ke tempat tersebut.

Pada mulanya kami cuma diminta untuk menjalankan pemeriksaan fizikal untuk mengenal pasti bahagian badan mana yang perlu di rawat. Tapi selepas menimbang berat, saya dan kawan di pisahkan ke bilik yang berlainan.

Pada mulanya saya cuma mengikut sahaja arahan yang di suruh oleh staff di pusat pelangsingan badan itu. Ini kerana dengan bentuk badan dan berat saya tidak mungkin kos rawatan mencecah ribuan ringgit.
Selepas pemeriksaan dan ujian fizikal di jalankan, terkejut saya bila staff itu menerangkan kepada saya rawatan yang sesuai adalah pakej berharga RM 13,000.

Saya  curiga dan tidak mahu meneruskan rawatan itu dan meminta untuk keluar. Tapi dia menyatakan bahawa kawan saya telah bersetuju. Saya semakin curiga dan saya agak dia cuba menipu saya. Sebab kami berdua tidak akan membuat keputusan bersendirian.

Selepas itu staff disitu memujuk supaya saya tetap membuat rawatan pelangsingan dengan pakej yang lebih murah. Dia juga menerangkan rawatan tersebut boleh di bayar dengan kredit kad. Bayaran secara ansur juga di terima.

Oleh kerana saya tiada kredit kad, dia turut meminta debit kad saya dan menyatakan boleh di jadikan deposit bayaran dan bayaran selebihnya boleh di bayar secara ansuran. Saya rasa tidak sedap hati dan merasakan ada unsur penipuan.

Berbagai alasan saya beri tapi mereka tetap memaksa saya mengeluarkan duit untuk produk mereka. Untuk melepaskan diri, saya telah memberi mesej kepada kawan di pejabat untuk menghubungi saya. Mujurlah dia  membantu walaupun tidak tahu apa yang berlaku.

Selepas dihubungi saya menyatakan kepada staff tersebut bahawa saya terpaksa balik ke pejabat kerana ada mesyuarat. Saya menghubungi pula kawan baik saya di bilik sebelah. Dia yang terpinga-pinga mengiyakan tentang mesyuarat itu.
Selepas keluar dari pusat pelangsingan itu, saya menyedari  hal sebenar. Rupanya mereka juga memujuk kawan saya dengan ayat yang sama. Itu adalah kali pertama dan terakhir kami ke situ dan mana-mana pusat pelangsingan.

Saya sedar bahawa tiada yang lebih baik dari mengamalkan pemakanan sihat dan juga senaman yang berterusan untuk kekal langsing, cantik dan juga sihat.

Bagi mereka yang tidak tahu putar belit dan jujur tentu telah terperangkap. Iklan Pusat kecantikan ini sedang disiarkan oleh sebuah setesen TV.

Cukuplah maklumat saya beri setakat ini. Lain-lain perlulah Kementerian Kesihatan dan juga Polis Bahagian Jenayah Perdagangan menjalankan inisiatif jika mereka komited dengan tugas suci kepada rakyat.


Friday, 14 October 2016

1MDB UNIFYING FACTOR ATASI PERKAUMAN DAN KEUGAMAAN RAKYAT

UMNO MULAI BERPECAH,PEMIMPIN AKAR UMBI KELUAR PARTI(lihat berita terkini di bawah sekali)


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengaitkan dua individu, yang pertama ialah 'ketua pembangkang' dan seorang lagi 'pemimpin lama' sebagai bertanggungjawab dalam mengancam dan menggugat perpaduan negara.
Melalui mesej radio terbaharu yang disiarkan di Galeri Audio Astro Awani, Najib turut menyimpulkan usaha menggugat keharmonian kaum ini berlaku dalam dua fasa dan yakin fasa ketiga dirancang pihak-pihak berkenaan.
Yang dimaksudkan oleh Najib tentulah Tun Dr.Mahathir Mantan Perdana  dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Mantan Timbalan Perdana Menteri yang telah pun bermaafan antara satu sama lain untuk menggerakkan suatu taufan politik lebih besar dalam menghadapi pilihanraya 14 dan bagi menggulingkan Datuk Seri Najib.
Najib nampaknya telah terlepas pandang atau ketinggalan dalam kemajuan sosial dan politik  negara yang berlari bagitu pantas secepat kilat melampaui  perasaan perkauman dan keugamaan rakyat yang tergugat oleh 1MDB dan kesamaran kisah RM2.6 Billion.
Bahawa beliau merasa perlu untuk menonjolkan Mahathir dan Anwar sebagai pencetus politik perkauman adalah menunjukkan bahawa beliau sudah kehilangan modal politik dan berada dalam keadaan yang panik.
1MDB sebenarnya telah menjadi unifying factor rakyat  Malaysia yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah negara ini  sebelumnya.Rakyat  telah bersedia untuk mengundi tidak diatas sentimen perkauman dan agama tetapi atas  keinginan untuk melihat sebuah kerajaan yang ideal, bersih, cekap dan amanah untuk atasi masalah tekanan ekonomi  dan keruntuhan maruah negara berpunca daripada pembaziran wang negara, kehidupan mewah dan juga ketidakcekapan pengurusan kewangan.
Mereka hanya menungggu persiapan muktamad antara Mahathir, Anwar dan Muhyiddin untuk bersatu meniup  taufan politik.

Sementara itu menurut Malaysiakini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak lagi memendam perasaan berhubung tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat suaminya. Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.
"Memang hati saya terguris (dengan apa yang telah berlaku kepada Anwar) namun kita tidak boleh pendam kerana saya juga manusia biasa," katanya, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian hari ini.
Katanya, beliau sedar bahawa manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Anak-anaknya juga tidak menyimpan sebarang dendam ekoran insiden itu, kata Wan Azizah, walaupun Anwar dipenjara ketika usia mereka masih muda.
"Kalau orang buat jahat pada kita dan kita tidak pendam, insya-Allah itu akan membawa kebaikan pada satu masa nanti.
PEMIMPIN PEMIMPIN AKAR UMBI UMNO KELUAR PARTI
 Lebih 30 kepimpinan akar umbi Umno hari ini mengumumkan keluar daripada parti kerana hilang keyakinan terhadap presidennya Datuk Seri Najib Razak.
Pengumuman itu dibuat dalam sidang media yang diketuai oleh
bekas exco Pemuda Umno Malaysia Mohd Rafiq Naizamohideen.
"Kami bersetuju dan bersedia keluar Umno berkuatkuasa serta merta.
"Walau berat tapi yakin ramai yang hilang keyakinan dan barisan kepimpinan yang sebelum ini kami pertahankan sehingga hujung nyawa.
perjuangan Umno tak letak rakyat keutamaan, tetapi membenarkan, menyokong kemungkaran dan salah guna kuasa berleluasa di Malaysia," katanya.
Pengumuman itu dibuat dalam sidang media di Hotel De Palma Ampang sebentar tadi.(15 Oktober 2016) (Malaysiakini)
 







Sunday, 9 October 2016

ANTARA PUTARBELIT MAMAK MAHATHIR DAN SANDIWARA BUGIS YANG MENGHAKISKAN KEYAKINAN

KOMEN TERPILEH:
NAJIB PERNAH TUMBANGKAN KERAJAAN HALAL
Najib pernah tumbangkan kerajaan pakatan di Perak, mengikut undang2 dan perlembagaan negeri. So, apa masalah kalau tun nak tumbangkan kerajaan bn cara yang sama, mengikut undang2 dan perlembagaan malaysia? Melompat parti tak salah. Cuba dapatkan campurtangan agong berlandaskan perlembagaan tak salah. What seems to be the problem here? Do you even know what you are talking about anon 20.55?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mestilah beterus terang kepada rakyat tentang keadaan ekonomi sekarang supaya rakyat  bersedia untuk menghadapi keadaan yang lebih buruk.

Apapun cerita-cerita besar Najib tentang kesihatan ekonomi tetapi ahli perniagaan, golongan profesional dalam beberapa sektor terutama dalam bidang petroleum, mahasiswa dan mereka yang bergantung kepada peluang-peluang perniagaan dan pembayaran dari kerajaan amat merasakan keadaan sebenar yang menggigit mereka.

Dalam menghadapi keadaan ini, apapun dikatakan orang tentang GST tetapi saya melihatnya sebagai suatu kewajaran terhadap peniaga-peniaga yang selama ini mengelak cukai dari kerajaan dan menjadi penyelamat kepada ketenatan ekonomi sekarang.

Walaupun keadaan ekonomi kini  tidak seburuk 1997 tetapi masalahnya ialah kepimpinan negara tidak pernah menghadapi kehilangan deposit keyakinan rakyat atau deficiency  of trust seperti yang dialami oleh Perdana Menteri sekarang (Datuk Seri Najib) dibandingkan dengan lima perdana menteri sebelum ini.

Semuanya berpunca kepada ketidak matangan dan ketidak bijaksanaan serta kegelojohan  dalam menguruskan propaganda dan informasi dari slogan "I Love You" sampai kepada PM bercakap bagi pihak Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung.

Memburukkan lagi kredebiliti kenyataan ini adalah oleh kerana didahului oleh komen mengenainya oleh Raja Petra bloger kontroversi sehingga rakyat dapat merasakan Najib terpaksa bergantung kepada apa sahaja dalam keadaan lemas.

Pengurusan informasi  di bawah Era Najib dirasakan oleh rakyat sebagai permainan silap mata atau penjual ubat di pekan sehari. Tidak pernah sebelum ini seorang setiausaha akhbar PM membuat kenyataan politik bagi pihak Perdana Menteri tetapi ini berlaku di era Najib.

Hakisan kredebiliti Najib  bermula dengan hasratnya  untuk mempamerkan kepada dunia dan rakyat negara ini  liberalisma, demokrasinya yang lebih baik dari Perdana-Perdana Menteri dahulu. Ia mulanya dirintis oleh Abdullah Badawi untuk menunjukkan Mahathir adalah authoritarian atau diktator atas nasihat menantunya Khairy Jamaluddin.

Untuk menunjukkan lebih progresif, lebih liberal demokratik  dari Pak Lah, Najib  menghapuskan ISA untuk menang pilihanraya tetapi belum sempat rakyat menikmatinya, Najib telah memperkenalkan NSA(National Security Act) yang lebih menggerunkan rakyat kerana Najib dapat merasakan penghapusan  ISA lebih mengancam bangsa dan negara.

Di bawah demokrasi NSA, rakyat dapat melihat baju merah bebas untuk memukul dan mengancam baju kuning.

Bila sahaja ISA dihapuskan Najib menubuhkan Majlis Perundingan Perpaduan (National Unity Consultative Council)   untuk menyediakan blueprint bagi mempromokan perpaduan rakyat  tetapi majlis itu sekarang seolah-olah mati tak berkubur kerana suara bebas dari majlis ini boleh mengkuburkan kerajaan kerana pemilihan anggota dari orang-orang yang liberal.

Berikutan dengan kegagalan ini  "Luncai-Luncai" yang terus tidak dapat merasakan akibatnya, telah meminta pula akhbar  The Star menginisiatifkan gerakan G25 yang menunjulkan  "Orang Putih Celup" untuk menjual liberalisme kehidupan Barat kepada rakyat Malaysia dan untuk menunjukkan kerajaan BN adalah liberal dan demokratik.

Dalam masa yang sama berbagai provokasi di jalankan oleh akhbar Star terhadap  orang Melayu dan Islam dengan menonjolkan  ketakutan dan kejijikan Melayu kepada anjing walaupun ini telah diterima sebagai budaya hidup bersama di negara ini. Beberapa orang Melayu yang sanggup jadi barua dalam soal ini telah digunakan.

Akhrinya G25 ini hilang dan Jaguh utama mereka Datuk Wong Chun Wai CEO Star terpaksa sepi membisu sebab terlihat oleh Najib  gerakan ini memakan diri.

Sementara itu Global Movement of Moderation yang di pengerusikan  oleh Tan Sri Razali Ismail yang juga WOG(Western Oriented Gentelman) yang menampakkan pemikiran-pemikiran yang tidak berjijak kepada kesederhanaan negara ini segera  diimbangi dengan  CEO yang berasal dari PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Terakhir sekali yang menggemparkan rakyat, Najib telah bercakap bagi pihak Seri Paduka Yang Dipertuan  Agung dalam hal yang berbau politik berikutan dengan  pertemuan Mahathir dengan baginda  kerana jika PM  mendiamkan diri maka mungkin orang ramai akan menyangka  Seri Paduka bersetuju dengan Mahathir.

Tetapi masalahnya sebelum itu Raja Petra seorang blogger yang kredebilitinya  telah noted dikalangan ramai  lebih dahulu mendedahkan pertemuan  Mahathir- Seri Paduka dan isu  yang mereka bincangkan. Raja Petra pernah disiasat oleh polis dan pernah menimbulkan masalah kepada Najib dan pemimpin  UMNO pernah meminta supaya dia dibuang negeri.

Kenapa Datuk Seri Najib tidak mendahului  Raja Petra. Tidakkah PM mendahuli orang lain dalam mendapat maklumat? Dalam hal ini Raja Petra mendahului Najib.

Satu persatu yang saya sebutkan itu adalah  siri hakisan keyakinan rakyat kepada Datuk Seri Najib yang sukar  untuk dipulehkan.

Walaupun mamak Mahathir juga melakukan berbagai putar belit politik  tetapi beliau lebih banyak menanam dan menyuburkan keyakinan diri dikalangan generasi baru, rakyat  dapat merasakan kebesarannya,berbangga dan bermaruah dibawah pimpinannya, rakyat percaya Malaysia Boleh tetapi apa yang dilakukan oleh Najib menghakiskan satu demi satu keyakinan yang telah dibina  di kalangan rakyat dari sejak Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan hingga kepada Tun Mahathir.

Sunday, 2 October 2016

WALAU DIBENCI TETAPI NAJIB AKAN KEMBALI JADI PERDANA MENTERI


  1. TERKINI:Anwar setuju Pakatan Harapan runding dengan  Bersatu dan Pas (Lihat dibawah)

  2. TUN MAHATHIR WAS MISFIT AND STILL IS


  1. Tun was a misfit...and still is. A nonconformist, his thinking was too far ahead of his contemporaries. Gone are the days when terms like FDI and technology transfers dominated the business agenda. The days when he scolded the malays, and yet being able to get them to vote for him! Going back even further, he got himself sacked from umno by tunku, only to be invited back to the party by razak, without the funfare of being apologetic to anyone. Yup, only crazy people can achieve that.

    Now we have all sorts of nonsensical transformation programs which nobody cares, glossy statistics thats dont make sense. And yet, we are expected to be grateful to our leaders. For what, i will never know.
    Delete

  1. Persidangan Teh Tarik bekas-bekas VIP Utusan Melayu pagi ini paling  bersejarah kerana dihadiri oleh bekas-bekas Pengarang Utusan Melayu yang tersohor dan membincangkan topik semasa yang  paling hangat: Adakah  Datuk Seri Najib akan dapat bertahan sebagai Perdana Menteri?
  2. Hadir ialah  Zin Mahmud bekas Pengarang Mingguan Malaysia,  Raja Ahmad Niza bekas Pembantu Pengarang Mingguan Malaysia, Rozaid Abdul Rahman bekas Pengarang Berita Utusan Malaysia, Latif Nordin bekas Pengarang Berita Luar Negara, Hamid Yahya penyunting Utusan Malaysia, dan dua orang bekas Ketua Pengarang Johan Jaafar dan Zainuddin Maidin.

  3. Turu Hadir Ali Jaafar Pengarah Utusan Transport dan juga Rosle Azmi Bekas Penolong Pengurus Jabatan Pengarang. Ali  melaporkan masalah tidak dapat mengedarkan Utusan Melayu.

  4. Pada keseluruhannya perbincangan bersetuju anak-anak muda Melayu termasuk anak-anak  peserta perbincangan  sudah tidak lagi menyokong UMNO atau BN. Penyokong-penyokong UMNO dan juga veteran UMNO juga sudah tidak yakin pada Najib tetapi BN akan kekal berkuasa selepas Pilihanraya ke-14 oleh kerana parti-parti pembangkang tidak mungkin  dapat BERSATU dan tidak mempunyai satu logo.

  5. Generasi muda walaupun pro Mahathir dan  anti Najib, anti UMNO atau BN tetapi tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi dan masih belum menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) kerana kelemahan jentera BERSATU.

  6. BN akan bekerjasama dengan PAS tanpa bergabung untuk pastikan setiap calon dari Pas dan BN menang dan BN akan mengambil langkah-langkah menyekat dari berlakunya satu lawan satu dalam Pilihanraya Umum ke-14.

  7. Polis Di Raja Malaysia dan Peguam Negara akan terus komited  kepada Perdana Menteri Datuk Seri  Najib seperti juga Komitmen yang dilakukan oleh Ketua-Ketua Polis  Negara dan juga Peguam Negara  terdahulu malah di masa pemerintahan Tunku Abdul Rahman  dan Tun Abdul Razak, Peguam Negara berada dalam kabinet. Kuasa adalah kuasa. Apa guna berkuasa  jika tidak dapat menguasai jentera keselamatan negara yang terpenting.

  8. Kemungkinan besar Calon -Calon UMNO akan menghadapi kekalahan dan "Money is the The King" tidak akan berkesan jika  berlaku kekecohan dan perpecahan dalam Bahagian- Bahagian UMNO kerana perebutan menjadi calun dalam pilihanraya kelak.

  9. Masalah pengedaran Utusan Melayu yang semakin merosot juga dibincangkan tetapi semua percaya bahawa Najib akan memastikan Utusan terus  berada di pasaran   demi soal moral tetapi siapakah yang  akan dipengaruhinya  jika tidak lagi dibaca umum malah oleh orang UMNO sendiri?

  10. Keterangan gambar: Dari kiri Ali Jaafar, Zainuddin Maidin,Zin Mahmud, Johan Jaafar, Raja Ahmad Niza,Latif Nordin, Rozaid Abdul Rahman dan Hamid Yahya.



ANWAR IBRAHIM SETUJU PAKATAN HARAPAN BERUNDING DENGAN BERSATU DAN PAS(Dari Malaysiakini 5 Oktober 2016)
  1. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau setuju supaya rundingan dilakukan antara Pakatan Harapan (HARAPAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS bagi mengukuhkan pembangkang di negara ini.
    Malah, beliau turut berkata, perbincangan bersama Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini juga menjurus kepada peningkatan usaha kerjasama antara BERSATU dan HARAPAN.
    "Ya, ya kita setuju ada rundingan dengan PAS.
    "Saya alu-alukan kehadiran dia (Muhyiddin) dan kita akan tingkatkan kerjasama dan kita minta PKR dan Pakatan Harapan berbincang dengan dia untuk adakan kerjasama.
    "Kita bincang usaha tingkatkan kerjasama bersama Pakatan Harapan dan BERSATU dan supaya dapat berunding dengan semua parti-parti pembangkang," katanya.
    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perbicaraan kes fitnahnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
    Selain itu, ketika ditanya sama ada PAS akan dimasukkan dalam 'pakatan pembangkang baru' berkenaan, Anwar berkata rundingan perlu dilakukan terlebih dahulu.

    18 minutes a2 hours a8 minutes ago