Friday, 30 September 2016

TAMBAHAN PENGUNDI MUDA BAHAYA PADA NAJIB DAN UMNO

BERAPA BANYAK MAHU MASUK SEMULA UMNO?
Anonymous30 September 2016 at 23:47
Ahli umno bertambah???
Kena buat kajian berapa yang keluar dan berapa yang masuk sebelum guna perkataan "tambah"
Minta ku nan tunjuk senarai yang merayu semula masuk umno, kalau tak ada, sekali lagi kaki kencing.
Anak saya empat orang belum masuk mana mana parti, pasti bukan umno, sokongan pd bersatu.

SEMALAM tersebar berita mengatakan ramai anak-anak muda yang menyerbu ke pejabat pos dan lain-lain pusat pendafaran untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi kerana kabar angin Pilihanraya Umum  telah hampir dan pendaftaran akan ditutup.

Mengenai hal ini saya membuat tweet  ringkas dalam twitter saya sebagai berikut:

Kabarnya hari ini ramai anak muda berebut daftar sebagai pengundi. Berita ini tidak baik bagi UMNO kerana majoriti pengundi muda adalah anti Najib.

Saya agak terkejut kerana dalam masa sekelip mata impressions kepada tweet ini ini telah meningkat kepada ribuan. Adakah ini menunjukan perasaan simpati pada Najib atau Anti Najib?

Bagaimanapun apa yang saya perhatikan setiap kali tulisan saya yang menampakan kritikal terhadap Najib  mendapat reaksi pantas  dan bagitu banyak sambutan.
Apakah arti semua ini?

Bagi saya demi untuk keselamatan masa depan UMNO,Datuk Seri Najib mestilah menerima hakikat sebenar dari sekarang dan keluar dari alam khyalannya,hadapilah realiti dengan berani , bukan sahaja anak muda yang tidak menyokong UMNO sekarang tetapi banyak veteran UMNO juga telah tidak percaya lagi kepada UMNO dan mencari borang BERSATU.

Penambahan ahli UMNO tidak berarti akan bertambahnya  undi kepada UMNO dalam Pilihanraya  UMUM akan datang.Kenyataan Najib dalam hal ini adalah syok sendiri

Thursday, 22 September 2016

SAYA TIDAK AKAN SERTAI PARTI BERSATU

SEJARAH HITAM ANWAR MAHATHIR TERPADAM (Lihat berita terkini di bawah ahli UMNO mulai sertai BERSATU)

Saya tidak akan sertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)yang diinisiatifkan oleh Mantan  Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir dan Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi saya tidak penting,siapa saya?

Yang penting bukan saya tetapi jutaan rakyat yang sedang mencari borang keahlian parti ini dan sedang tertanya-tanya bagaimana hendak menyertainya.

Walaupun nama BERSATU tidak dibenarkan  tetapi nama PBBM yang diluluskan tetapi BERSATU telah meniti dan melekat di bibir rakyat,suatu nama yang catchy dan lebih  diingati.

Saya hadapi pertanyaan untuk penyertaan parti ini dari Pulau Sayak Pantai Merdeka Kedah  hingga ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Orang datang menemui saya kerana menyangka saya adalah sekutu Mahathir.Saya rasa, saya lebih popular sebagai bloger dari semasa menjadi Menteri. Mungkin kerana blog saya tidak comformist dan sebahagian besar yang lain telah senada.

Saya beritahu mereka ,selain dari umur yang sudah lanjut dan tidak pernah berminat menjadi ahli politik,saya mahu mengakhiri hidup saya sebagai wartawan.

Jadi menteri dulu pun sebagai  bidan terjun dan hanya jadi ahli UMNO setelah menjadi Senator dan kerana diminta bertanding dalam Pilihanraya Parlimen tetapi saya boleh mendakwa darah daging saya lebih tebal dari darah kebanyakan orang UMNO kerana saya mengenali,memahami   dan menghayati UMNO lebih dari mereka sendiri.

Sebagai wartawan dari sejak umur lebih 18 tahun saya telah berkhidmat di bawah Perdana - Perdana  Menteri: Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr.Mahathir.

Maka itulah juga sebabnya saya tidak serasi dengan Anwar Ibrahim dan tidak berada dalam khemahnya bila dia berada dalam UMNO kerana saya dapat menciumi  denyut nadinya yang tidak sebati dengan UMNO.

Saya pernah membuat kenyataan terbuka bahawa kesilapan Mahathir adalah membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.

Tetapi sekarang keadaan telah berubah.Mereka yang masih berada dalam UMNO masih tidak dapat merasakan bahawa UMNO sekarang bukan lagi UMNO.

Saya tidak pernah merasa terasing dan terhina sebagai seorang berjiwa  UMNO di bawah Perdana-Perdana Menteri yang pernah saya berkhidmat sebelum ini tetapi saya merasa saya kehilangan maruah di bawah UMNO sekarang ini.

Banyak sebab untuk kita merasa kehilangan keyakinan diri sekalipun dalam keterampilan Najib yang penuh dengan semangat tinggi. Kita lebih merasakan kepura-puraan dari ketulenan.

Saya juga sampai pada taraf berfikir bahawa sekiranya  Tun Ghafar Baba menjadi Perdana Menteri, keadaan tidaklah seburuk  hari ini malah Anwar Ibrahim jika menjadi Perdana Menteri akan jauh lebih baik dari Najib Tun Abdul Razak.

Mungkin ramai yang telah berfikir bahawa "Kesesatan" Anwar Ibrahim harus dimaafkan kerana itu adalah antara beliau dengan Tuhan  tetapi kesilapan dan dosa pada negara terbenam  menyeluruh dalam hati sanubari rakyat yang  sukar untuk dihakiskan.

Anwar sendiri juga telah sanggup melupakan perasaan dendam keluarganya pada Tun Mahathir.


UMNO tidak  lagi boleh memikirkan  perseteruan masa lalu  Mahathir -Anwar sebagai tembok halangan untuk rakyat  " BERSATU" kerana jika dulu UMNO tidak diterima oleh orang muda tetapi sekarang veteran UMNO juga membelakangkan UMNO. Sokongan pegawai-pegawai kerajaan juga hanya lah hipokrasi. Lain dimulut lain dihati.

Kenyataan bersama mempertahankan hak rakyat dan demokrasi yang dikeluarkan oleh Mahathitr dan Anwar  kelmarin  menunjukkan bahawa walaupun Anwar memahami perasaan anak perempuannya Nurul  Nuha supaya Mahathir meminta maaf lebih dahulu kepada keluarga mereka kerana menyingkir dan memenjarakannya sebelum "BERSATU" tetapi  nampaknya  sudah tidak menjadi syarat lagi kepada Anwar.

Sejarah hitam masa lalu antara kedua mereka  telah terpadam apabila mereka sanggup  menandatangani suatu kenyataan bersama pada 19 September 2016. Mereka  membuktikan kesanggupan untuk mengutamakan hak rakyat dari kepentingan diri mereka sendiri.

 Majlis Raja-Raja Melayu
Kenyataan bersama Mahathir-Anwar
AHLI UMNO MULAI TINGGALKAN UMNO SERTAI BERSATU
Seramai 110 ahli Umno cawangan dari bahagian Serdang, Kapar dan kota Damansara mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) malam tadi.
Sepuluh daripadanya mengisytiharkan keluar Umno untuk menyertai BERSATU di majlis Malaysia Bersatu bersama Mukhriz Mahathir di Shah Alam.
Manakala seorang daripada mereka - ketua cawangan Umno Semarak di bahagian Kota Damansara, Jefri Bin Salleh - sebagai wakil turut menyerah 100 lagi borang keahlian dari ketiga-tiga bahagian berkenaan untuk menyertai BERSATU, sambil disaksikan naib presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga bekas menteri besar Kedah.
Pengisytiharaan keluar parti itu diketuai oleh bekas Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Mohd Hamidi Abu Bakar.
Mohd Hamidi Ahad lalu dilapor meninggalkan Umno selepas dicabar oleh salah seorang menteri Umno supaya berbuat demikian.
Pada Mei lalu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam satu laporan dipetik sebagai mencabar Mohd Hamidi mengikut jejak langkah pemberontak Umno agar keluar daripada parti itu.
Nazri dilapor berkata demikian sebagai respon kepada komen Mohd Hamidi bahawa pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mukhriz dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menjadi bencana.
Dalam pada itu Mohd Hamidi mendakwa, penyertaan 110 ahli parti itu malam tadi hanyalah gelombang pertama-Malaysiakini





Sunday, 18 September 2016

PERKARA YANG TIDAK GEMBIRAKAN KABINET NAJIB

ANUGERAH ROSMAH: LIHAT PENJELASAN BERNAMA DI BAWAH
Pendedahan Menteri Kewangan ke11 Datuk Ahmad Husni   mengenai sebab sebenar beliau meletakan jawatan tepat dan wajar pada pandangan rakyat dan memberi kesan yang sangat buruk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. 
Husni  tidak terus menjatuhkan hukuman bahwa kes 1MDB itu satu jenayah kerana beliau tidaklah berada di posisi membolehkan beliau mengetahui hasil siasatan pihak berkuasa mengenai kes tersebut. Jadi mana mungkin Husni boleh mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan kapasitinya selaku bekas Menteri Kewangan. Cuma apa yang diluahkan Husni sebenarnya sedikit sebanyak telah membuka pekong Najib. 
Dengan pengunduran beliau yang sebelum itu Wahid Omar, secara tidak langsung menggambarkan adanya sesuatu perkara yang tidak menggembirakan dalam Kabinet Najib selama ini. Taraf Najib sebagai seorang "suspect" semakin tinggi.

Rakyat di lapangan sedang merasai keadaan sebenar dari kekalutan ekonomi dan politik  terutama para kontraktor yang mencari peluang baru dan juga usahawan-usahawan  yang menunggu bayaran dan ahli-ahli perniagaan yang   merasai kesan dari tertutup peluang-peluang baru dan sebagainya kerana peruntukan yang terhad dan dibataskan.Pelajar-pelajar juga merasakan sakitnya.

Rakyat  mempunyai keyakinan bahawa kestabilan negara  akan dapat dipulihkan hanya apabila Najib dan Rosmah berundur.Pemulihan tidak mungkin berlaku dengan serta merta kerana kerosakan yang berlaku terutama yang menjejaskan maruah, integriti  dan keyakinan di dalam dan luar negara  sangat teruk  tetapi rakyat tetap percaya ada kebaikan kepada negara jika Najib berundur.

Maruah negara tidak akan pulih hanya semata-mata kerana media tempatan membesar-besarkan  Rosmah  dianugerah "Lead By Example" daripada UNESCO  kerana dalam negara cerita buruknya lebih banyak dari cerita baiknya.

ANUGERAH ROSMAH: PENJELASAN BERNAMA
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini menjelaskan bahawa berita mengenai pemilihan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penerima Anugerah 'Lead by Example' telah ditulis berdasarkan kenyataan Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad.
Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata Alias, yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, dalam kenyataannya menyatakan anugerah itu adalah daripada UNESCO dan akan disampaikan pada 22 Sept ini.
Zakaria mengulas portal berita Malaysiakini yang melaporkan Bernama mendakwa anugerah itu adalah daripada UNESCO.
"Bernama hanya melaporkan kenyataan itu yang menyatakan bahawa anugerah berkenaan adalah daripada UNESCO,"katanya.
Penyampaian anugerah itu dijadual diadakan pada majlis 'A Tribute to Heroes in the Global Campaign Against Violent Exremism' di Metropolitan Museum of Arts, New York.
- Bernama



Monday, 12 September 2016

HUSNI DEDAH TAK BOLEH BERSEKONGKONG DENGAN "SUSPECT"

Bekas  Menteri Kewangan 11,Datuk Ahmad Husni yang merahsiakan sebab pemberhentiannya  dua bulan lalu, kelmarin telah mendedahkan bahawa dia berhenti  kerana 1MDB telah menaikan darah tingginya.

Inilah bukti yang jelas bahawa orang baik dan jujur tak boleh bersekongkong dengan SUSPECT


 hours ago
Bekas Menteri Kewangan11 Datuk Seri Ahmad Husi Hanadzlah mendedahkan sebab sebenar beliau meletakan jawatan yang dirahsikan selama kira- kira dua.Dalam interviu dengan Sinar Harian Husni menyatakan dia berhenti kerana 1MDB naikkan darah tingginya. Inilah bukti orang baik dan jujur tak boleh bersekongkong dengan SUSPECT
Ahmad  Husni Hanadzlah mengakui sangat tertekan dengan isu 1MDB sewaktu menjadi menteri kewangan kedua.
Malah, Ahmad Husni mendedahkan tekanan darahnya naik mendadak selama lima jam pada awal April lalu kerana begitu tertekan sebelum meletakkan jawatan, laporSinar Harian kelmarin.
“Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama lima jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada.
“Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam kabinet atau tidak?”
“Saya membuat penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?” katanya dalam wawancara dengan akhbar itu.
Walau tidak menyatakan dengan jelas masalahnya ketika mengendali isu tersebut, Husni, yang melepaskan jawatan secara mendadak pada 27 Jun, meluahkan tidak setuju dengan cara 1MDB dikendalikan.
Beliau menyebut ada pemimpin “hipokrit” mengendalikan isu berkaitan rasuah.
Beliau "dihentam" apabila cuba membentangkan langkah pembaikan sewaktu indeks tanggapan rasuah (CPI) Transparency International negara ini makin merosot.
Berikutan itu, Ahmad Husni merancang untuk meninggalkan kabinet sejak Januari lagi, tetapi terpaksa membatalkan niat itu kerana “tidak tergamak” melakukannya.
Namun, hasrat untuk berundur itu menjadi tekad setelah beliau mendengar kata-kata seorang pegawai kanan kerajaan yang berjaya membuka matanya untuk tidak lagi dibayangi masalah 1MDB.
Tak dirujuk
Ahmad Husni berkata keputusan tersebut dibuat ketika beliau berada di Laos bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Asean.
“Saya beritahu pegawai saya, saya tidak berapa sihat pada sebelah tengah hari dan saya tidak mampu untuk hadir ke mesyuarat sebelah petang.
“Seorang pegawai kanan Bank Negara berkata ‘semua orang tahu Datuk Seri tidak terlibat dengan urusan 1MDB. Mengapa Datuk Seri tertekan dengan isu 1MDB?’
“Kata-kata itu membuka hati saya... harus pisahkan antara kerja, perkara yang tidak melibatkan saya dan keadaan diri. Fikiran saya terasa lega," luah Ahmad Husni.
Malah, Ahmad Husni berkata selepas kejadian itu 1MDB tidak lagi mengganggu minda dan hatinya.
Selain itu, Anggota Parlimen Tambun itu juga dipetik berkata walaupun memegang jawatan menteri kewangan kedua, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang penubuhan 1MDB pada 2009.
"Sebenarnya saya tidak tahu tentang penubuhan 1MDB. 1MDB ditubuhkan pada 2009. Saya tak dirujuk walaupun saya menteri kewangan II.
"Bila dapat tahu tentang penubuhannya, saya mempersoalkan mengapa perlu tubuh 1MDB?” soal Ahmad Husni.
Tak libat diri
Mengulas lanjut Ahmad Husni berkata ini kerana penubuhan sesebuah syarikat pelaburan memerlukan kajian mendalam melibatkan Kajian Fisibiliti, Risiko Perniagaan, Risiko Kewangan, Unjuran Aliran Tunai, Unjuran Untung Rugi dan Unjuran Imbangan Kewangan.
Namun, apabila kontroversi syarikat pelaburan itu memuncak, beliau ditugas menyediakan jalan penyelesaian hutang 1MDB yang begitu tinggi dengan aliran tunainya yang negatif.
"Saya tidak libatkan diri dalam urusan 1MDB sehinggalah tahun 2015 di mana pada awal tahun tersebut saya diminta untuk merangka jalan penyelesaian kepada masalah hutang 1MDB yang begitu tinggi dengan aliran tunai yang negatif.
"Dengan izin Allah swt, dengan bantuan SUSK kami berjaya menyediakan Pelan Rasionalisasi 1MDB,namun saya tak terlibat dalam pelaksanaan pelan tersebut," kata Ahmad Husni.
Sinar Harian juga memetiknya berkata, dirinya amat berharap masalah 1MDB dapat diatasi kerana sebarang perkembanngan negatif boleh menjejaskan rating negara.
Malah, katanya, ini juga akan membawa kesan sistemik kepada keseluruhan ekonomi negara yang akhirnya akan merugikan negara dan rakyat.

Ahmad Husni meletakkan jawatan pada akhir Jun lalu secara mendadak, sejurus sebelum Najib mengumumkan rombakan kabinet, menimbulkan tanda tanya dan spekulasi.
Beliau juga meletakkan semua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.
Pada waktu itu Ahmad Husni menafikan pengundurannya ada kaitan dengan syarikat kontroversi 1MDB.