Sunday, 31 July 2016

TINDAKAN MEMANDAI2 NAIB KETUA PEMUDA UMNO BUKAN ARAHAN NAJIB

KU SEMAN: KAYA BAIK DALAM UMNO KAYA BURUK LUAR UMNO
Bekas editor kanan Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain meminta Pemuda Umno untuk menjelaskan apakah perbezaan definisi kekayaan seseorang pemimpin itu ketika masih dalam kerajaan dan sebaliknya.
"Adakah seorang pemimpin yang mengaut kekayaan itu menjadi buruk apabila keluar Umno dan menjadi baik selagi dalam Umno?" tanya beliau yang berkhidmat lebih 32 tahun dengan akhbar Umno itu.
Beliau mengajukan soalan demikian dalam catatan Facebooknya pagi ini sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii yang menasihatkan bekas bosnya, Tan Sri Muhyddin Yassin agar cuba belajar mengenang jasa-jasa Umno.
Mohd Razlan mengingatkan Muhyiddin dan sekutunya yang telah hidup mewah hasil dari memegang jawatan dalam Umno suatu ketika dahulu supaya membuat keputusan yang lebih matang atau sekurang-kurangnya cubalah 'berlakon' jadi bijak.
Sebelum ini, Ku Seman turut meminta semua pihak menghentikan kejian, kutukan mahupun memperlekeh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengulas lanjut, beliau menambah, pihaknya juga membuat kesimpulan Pemuda Umno dapat menerima pemimpin yang mengaut kekayaan melalui Umno.
"Betulkan kalau saya silap.
"Kalau memang sudah menjadi prinsip Pemuda Umno melindungi mereka yang terus dalam parti walaupun mengaut kekayaan, tak apalah. Cuma nak tau saja," jelasnya lagi.
KHAIRY  PISAHKAN DIRI DARI KHAIRUL
Dengan Penjelasan di bawah ini yang di buat oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin maka tidaklah benar khabar - khabar angin yang mendakwa Naib Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis mengenai 3 orang individu terkemuka adalah dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semoga ini memberikan ingatan kepada Khairul Azwan Harun, jika nak menyokong pimpinan pun, janganlah sokongan membawa rebah atau mencalarkan pimpinan.


Tindakan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis berkaitan dakwaan wujudnya konspirasi untuk menggulingkan perdana menteri adalah bersifat individu, bukannya pendirian sayap parti itu.


Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin berkata laporan itu dibuat atas kapasitinya sebagai seorang individu kerana mempunyai maklumat tertentu yang telahpun dikongsi bersama polis dalam keterangannya.

"Kita serah kepada polis untuk buat siasatan lanjut. Seperti yang perdana menteri sudah sebut, laporan polis yang dibuat (oleh Khairul Azwan) adalah sebagai individu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan FIT Malaysia Fasa II Johor di Stadium Batu Pahat hari ini.

Khairy, yang juga menteri belia dan sukan, berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan naibnya membuat laporan polis sama ada ia adalah pendirian Pemuda Umno ataupun persendirian.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tindakan naib ketua Pemuda Umnoitu adalah tindakan peribadi bukannya parti dan Khairul Azwan mempunyai hak untuk membuat laporan polis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata keterangan Khairul Azwan diambil di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi semalam dan siasatan masih diteruskan berhubung perkara itu.

Selasa lepas, Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap tiga orang yang didakwanya terbabit dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Mereka yang dinamakannya ialah bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
- Bernama


Bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir berucap di suatu majlis hari raya di Kedah baru-baru ini




 

Saturday, 30 July 2016

KENANGAN PENGERUSI BARU PNB TERHADAP AMARAN TUN MAHATHIR


"WE CONTINUE TO HOLD INTGERITY AND TO RESIST TEMPTATION"

The most memorable advice he(Tun Mahathir) gave us was on the need to uphold our integrity " 
He Said "I want to remind you that as you assume your new position, there will be lots of temptations that will be laid in front of you. It is very important that you do not succumb to these temptation. The earlier people.... were also initially young and idealistic when they first took office. But they failed to resist the temptations along the way. 

"I would like to remind you that if you somehow succumb to these temptation in the future, I will come down hard on you." Given the words used, these were not just advice, but they were actually a warning to all of us to uphold our integrity. 

These words are still fresh on my mind. And Alhamdulillah, twelve years and three large organisations later (i.e. UEM/Renong Group, Telekom Malaysia and Maybank), we continue to uphold our integrity and are able to resist the temptation laid in front of us from time to time.

"Thank you Tun for opportunity to serve you and the Nation"- Abdul Wahid
(Dipetik dari buku REFLECTION OF A MOMENTOUS OCCASION OLEH TAN SRI NOR YAKCOB) -BACA POSTING ZAMKATA 27 JULAI 2016


PS:
Abdul Wahid semalam telah diumumkan  sebagai Pengerusi  Baru PNB bagi menggantikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid. Beliau mensifatkan perlantikannya sebagai satu amanah dan tangungjawab besar.

Terima Kasih dan penghargaan setingginya dari kami seluruh  penyimpan setia PNB kepada Tun Ahmad Sarji yang telah berkhidmat penuh dengan amanah dan tidak pernah menggoyangkan kepercayaan kami-ZAM.




Friday, 29 July 2016

RAKYAT TAHU PEMIMPIN POLITIK YANG TAK TAKUT BALASAN AKHIRAT

SYABAS DATUK SERI MOHD SHUKRI!
Ternyatalah kita masih  mempunyai pegawai-pegawai kerajaan yang berani,ikhlas,percaya kepada Allah dan sanggup untuk bersama rakyat bagi memperjuangkan kebenaran dan menegakan sebuah negara yang tidak hanya berasaskan kepada metrialisme. 
Syabas Datuk Seri Mohd Shukri Abdull!!!!- PATRIOT

SPRM BUKAN TEMPAT PEGAWAI  PENGECUT( LIHAT TVKINI)

 Apabila  hari ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengingatkan semua orang termasuk ahli politik,hakim dan pegawai-pegawainya akan dipertanggungjawab di akhirat maka terbayang kembali sejarah buruk yang berlaku terhadap SPRM tidak lama dahulu.

Dan orang ramai dapat membayangkan siapakah pemimpin politik yang telah menjatuhkan moral dan keyakinan ramai kepada SPRM kerana kerajaan sendiri yang secara langsung turut bertanggungjawab demi untuk menyelamatkan orang politik.

Berita di bawah ini dipetik dari laporan Malaysiakini:
Hari ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sekali lagi memberi pesanan dengan mengingatkan orang ramai kepada tuhan.
Berucap di majlis perpisahan di Putrajaya beliau berkata semua orang termasuk ahli politik, hakim dan pegawai-pegawainya akan dipertanggungjawabkan di akhirat.
Kata Mohd Shukri mereka perlu sentiasa jujur dalam tugasan masing-masing kerana pada akhirnya akan ada balasan menanti di akhirat.
“Nasihat saya kepada para hakim, jatuhkanlah hukuman seadil-adilnya kerana semua pihak - sesiapapun terlibat - satu hari nanti kita akan bertemu hakim yang Maha Adil yang akan menjatuhkan hukuman pada kita.
“Pada waktu itu, semua orang - termasuk saya - akan jadi saksi terhadap diri kita sendiri, (juga) menjadi peguam bela ke atas diri kita.
"Sesungguhnya hukuman itu akan menjadi hukuman yang paling adil berdasarkan apa yang kita lakukan di muka bumi," katanya.
Sebagai agensi antirasuah SPRM sentiasa menjadi perhatian ramai. Namun pada tahun lalu tumpuan itu semakin meningkat ekoran pembabitan mereka menyiasat isu berkaitan syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB.
Siasatan itu menyaksikan berlaku ketegangan antara SPRM dengan polis termasuk serbuah ke atas Bahagian Operasi Khas SPRM.
Dipindah ke JPM
Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan dakwaan pembocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin turut dipindahkan dari agensi berkenaan ke Jabatan Perdana Menteri secara mengejut.
Bagaimanapun selepas mendapat kritikan ramai perpindahan itu kemudian dibatalkan. Bahri kemudian kembali ke bahagian berkenaan.
Solat hajat dilakukan SPRM antara lain untukmemohon kepada Allahsupaya mereka diberi kekuatan untuk "melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin".
Hari ini selain Mohd Shukri, ketua suruhanjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Mustafar Ali turut diraikan kakitangan agensi berkenaan.
Abu Kassim akan menamatkan perkhidmatannya mulai 1 Ogos manakala Mustafar dipindahkan menjadi ketua pengarah Jabatan Imigresen Malaysia mulai tarikh sama.
Mohd Shukri kemudian melanjutkan pesanannya: "Kepada orang-orang politik, menteri-menteri wakil-wakil rakyat dan sesiapa sahaja yang dalam politik, ingatlah tuan-tuan di atas sana kerana rakyat.
“Utamakan rakyat, berkhidmatlah dengan seikhlas hati dan penuh berintegriti (kerana) ingatlah satu hari nanti rakyat akan menjadi saksi apabila bertemu Pencipta kita," katanya.
Ketika itu kata Mohd Shukri tiada apa pun yang akan membantu mengubah ketetapan dibuat-Nya, termasuk jawatan atau sebarang bentuk konspirasi.
Suara Mohd Shukri kedengaran sebak ketika mengucapkan ayat berkenaan.
Orang ramai di dewan itu menjadi semakin beremosi apabila Mohd Shukri mula memberi nasihat kepada pegawainya dengan berkata mereka harus jujur menjalankan tanggungjawab dan tidak gentar melawan rasuah.
“Kepada anak buahku, buatlah kerja dengan betul tanpa rasa takut dan gentar kerana di SPRM bukanlah tempat untuk pegawai-pegawai yang kecut, penakut dan gentar.
“Peliharalah kebebasan SPRM (untuk) mencegah rasuah. (Ia) bukan kerja yang mudah (kerana) banyak cabaran dan dugaan (didepani tetapi) hadapilah rintangan ini dengan penuh cekal dan tabah,” katanya.
Bunyi esakan daripada kakitangan SPRM dapat didengar pada ketika itu.-MALAYSIAKINI

Thursday, 28 July 2016

KHAIRY TIDAK DAPAT MENGAWAL PEMUDA UMNO

TERKINI: MKT MAHU BUKTI DARI PEMUDA UMNO (lihat di bawah tulisan ini)
Semua maklum berita Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan  membuat aduan polis supaya tindakan diambil terhadap  Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Abu Kasim dan Bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail telah tidak tersiar  di semua akhbar perdana  kawalan pemerintah.

Ketiga-tiga tokoh profesional negara yang sangat di hormati rakyat telah dihina oleh Khairul atau Pemuda UMNO dengan tuduhan berkonspirasi dengan agensi asing untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Tuduhan ini sangat berat yang mencalar nama baik mereka itu.

Penyiaran tidak berlaku mungkin atas arahan  kerana disedari bahawa mereka itu bukan berkonspirasi tetapi menjalankan tanggungjawab mereka kepada  agensi-agensi dunia  yang bertanggungjawab diatas keselamatan perjalanan kewangan antarabangsa.

Apa yang  dilakukan oleh Naib Ketua Pemuda  UMNO itu adalah suatu lagi usaha untuk menolak polis ke tembok dengan keyakinan sebagai parti pemerintah, mereka boleh buat apa sahaja untuk membantu Datuk Seri Najib termasuk  melakukan fitnah.

Dari awal lagi Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tidak bersekongkol dengan tindakan  ini kerana mungkin beliau tidak mahu terlihat bodoh, ignorance tentang udang-undang, kebudak- budakan, tetapi kepada umum khususnya kepada parti jelas Khairy  tidak dapat mengawal ahli jawatankuasanya, tidak dapat mencegah pemuda UMNO dari bertindak liar yang boleh menjatuhkan integriti parti.

Adakah beliau mempunyai  daya kepimpinan untuk terus memimpin  Pemuda UMNO atau Pemuda UMNO memerlukan seorang yang berani, tegas dan mempunyai kebijaksanaan politik untuk memimpin mereka?


MKT MAHU BUKTI DARI PEMUDA UMNO(Dari Malaysiakini)

Pemuda Umno perlu bersedia dengan bukti kukuh apabila membuat laporan polis mendakwa tiga individu berprofil tinggi terlibat dalam konspirasi menjatuhkan perdana menteri.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata bukti tersebut perlu agar dakwaan tersebut tidak dianggap pertuduhan tidak baik ke atas mereka.
“Kalau Pemuda Umno buat laporan begitu, mereka mesti bersedia dengan bukti-bukti yang kukuh supaya ia tidak dianggap membuat pertuduhan yang tidak baik,’ kata Tajuddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka Wanita Umno di Dewan Merdeka, PWTC hari ini.
Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun sebelum ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mereka didakwa terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dengan menyalurkan maklumat dalaman kepada agensi asing, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, Tajuddin, yang juga menteri Pertanian dan Asas Tani, percaya apa pun dakwaan dilemparkan, kepada ketiga-tiga individu itu mereka pasti akan bersiap sedia dengan peguam masing-masing.
“Saya juga percaya individu berkenaan akan pertahankan diri. Mereka akan guna pakar-pakar guaman.

“Saya tak akan kata betul atau tak betul,” kata anggota Parlimen Pasir Salak itu.

Saleh: Biar polis siasat
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Saleh Said Keruak menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“IGP (ketua polis negara) telah buat kenyataan dan saya tak ingin tokok tambah.
“Biarlah pihak polis buat siasatan kerana seperti mana yang telah dijelaskan IGP ia akan memanggil dulu naib ketua Pemuda Umno, jadi biarlah polis ambil tindakan susulan ke atas beliau,” kata Salleh.

Pemimpin nombor satu pasukan keselamatan Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata beliau dimaklumkan polis akan merakam kenyataan Khairul Azwan hari ini.


Tuesday, 26 July 2016

KENAPA KHAIRY SENDIRI TIDAK TAMPIL BUAT LAPORAN TERHADAP ZETI,GANI DAN ABU KASIM

KOMEN
PATUTNYA NAIB KETUA PEMUDA UMNO DITANGKAP
Azman Hashim KL26 July 2016 at 21:04
Bagaimanakah Pemuda UMNO boleh mengetahui laporan yang dibuat oleh Zeti, Gani Fatail dan Abu Kasim adalah sulit tanpa mereka melihat dan menilainya.Siapakah yang membocorkan rahsia sulit negara kepada mereka. Patutnya Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan yang ditangkap untuk siasatan.Janganlah nak ditolak polis sampai ke tembok.
ReplyDelete
Saya ingin mendapat penjelasan dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin apakah beliau merestukan tindakan Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Malaysiakini melaporkan Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun menuduh ketiga-tiga individu berpengaruh itu  dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.
Khairul membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Dalam laporannya yang juga diperolehi oleh Malaysiakini, Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Katanya, mereka dipercayai memberikan maklumat sulit berkenaan kepada pihak asing tanpa kelulusan sah oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara.

Saya agak hairan kenapakah dalam  tindakan  yang bagitu penting ini  yang melibatkan kepentingan maruah Perdana Menteri Malaysia dan nama baik Malaysia, Khairy sendiri sebagai Ketua Pemuda UMNO tidak tampil ke hadapan?

Adakah beliau tidak mahu terlibat dalam  tindakan keperwiraan Pemuda UMNO mempertahankan maruah negara itu sebagai tanggungjawab parti?

Kesan negatif kepada tindakan ini adalah menampakkan seolah-olah Najib   berada  dalam keadaan benar-benar tertekan dan panik berikutan dengan kegemparan di dalam negara dan di luar negara berhubung dengan laporan Jabatan Kehakiman Negara (DOJ) Amerika Syarikat yang menyebutkan  individu-individu  terlibat dengan penyelewengan  IMDB.








Friday, 22 July 2016

NOR YAKCOP DAN PROFESIONAL NEGARA KENANG SAAT TERPENTING DENGAN MAHATHIR


REFLECTIONS MEMORIES OF A MOMENTOUS OCCASION 

Sebelum dilantik menjadi Penasihat Khas Ekonomi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang ketika itu tidak mempunyai sebarang perkerjaan tetap setelah berundur dari Bank Negara, datang dengan mengejut menemui saya di Pejabat UP&D (Utusan Melayu Publicaton and Distirbutors)  yang ketika itu saya sebagai pengerusi eksekutifnya.

Beliau mengajak saya untuk menemaninya  pergi berjumpa  Perdana Menteri Malaysia  Tun Dr. Mahathir yang mahu menemuinya di Buenos Aires,Argentina pada 2 Oktober tahun 1997 bagi membantunya mengatasi krisis ekonomi negara yang semakin meruncing .

Mengenai hal ini,Nor  mencatitkan dalam buku "Notes to The Prime Minister": Apart from my family, only two close friends knew of my intended visit to Argentina. The first was Tan Sri Zainuddin Maidin, who declined my invitation to join me on the trip. Instead he gave me a long letter to hand over to Tun Dr. Mahathir.   

Dari geraknya,saya tahu bahawa beliau takut atau segan untuk menemui Mahathir berseorangan. Mungkin beliau juga salah seorang yang menganggap saya rapat dengan Mahathir sedangkan pada hakikatnya tidak. Saya menolak ajakan ini  kerana saya tidak mempunyai wang dan keduanya kerana penerbangan yang terlalu panjang.
Bersama dengan Tan Sri Nor Yaakob
 di majlis hari raya Aidilfitri
di Mercu UEM baru-baru ini

Nor juga  telah menceritakan hal ini  ketika berucap dalam  suatu majlis ucapan  di Oxford Universiti yang turut di hadiri oleh saya.

Hubungan saya dengan Nor Mohamed bermula apabila UP&D menerbitkan bukunya Perbankan Islam dan bila saya tahu beliau sedang menganggur saya berjanji untuk membawanya masuk ke Utusan Melayu sebagai Pengarah Urusan.

Tetapi Takdir Allah telah menyinarkan cahayanya lebih gemilang apabila Mahathir melihatnya berjalan kaki seorang diri   di sebatang jalan di Kuala Lumpur setelah tersingkir dari Bank Negara (akan saya ceritakan kelak). 

Akhirnya beliau tidak sahaja  menjadi Penasihat Khas Ekonomi kepada Perdana Menteri tetapi  menjadi Menteri Kewangan  Kedua.

Keupayaannya dalam membantu penyusunan semula ekonomi negara dalam keadaan runcing dan amat tercabar telah memberi keyakinan yang besar kepada Mahathir untuk memberikan tugas yang besar itu. “ I was honoured to have had Dr.Mahathir’s trust in undertaking this new challenge”.

Mahathir terkejut  dan memanggilnya apabila beliau membawa beberapa orang professional muda untuk membantunya dalam saat yang genting itu. 
Lima belas tahun kemudian Dalam buku kompilasi Nor Yaakob “ REFLECTION Memories of A Momentous Occasion”,semua professional penting yang sekarang menjadi pemain utama dalam dunia korporat Malaysia telah mencatitkan pengalaman berharga bekerja dengan Tun Dr.Mahathir yang nasihatnya adalah abadi sebagai prinsip utama dan perangsang dalam dunia professional mereka hingga ke hari ini.

Buku yang di Komplikasikan oleh Nor dalam kapasitinya  sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterbitkan dalam tahun 2014 baru sahaja saya berkesempatan membacanya .
Ia memberikan kesedaran kepada saya bahawa “Orang  profesional mengenang budi seseorang dengan penilaian sejati dan orang politik mengenang budi kerana kepentingan diri”.

Buku ini mengandungi catitan  ringkas setiap individu yang terlibat membantu  Nor bagi transformasi dan  penyusunan semula  dunia korporat GLC (MRCB,TV3 NSTP ) yang masih dalam keadaan tidak menentu dalam tahun 2000 walaupun  negara telah berjaya keluar dari Krisis Kewangan Asia menerusi kawalan modal terpilih  dan pembentukan Danaharta dan Danamodal.

Dr.Mahathir terkejut dengan tindakan Nor Yakcop mengambil professional muda  untuk  membantunya.

Mahathir memanggilnya dan bertanya dengan keras” Bagaimana  awak boleh melakukan begini?" dan Nor yang kebingungan  bertanya “Apakah yang saya lakukan?” dan Mahathr menjawab “Awak telah melantik orang-orang  yang sangat muda untuk menjalankan GLC” dan Nor menjawab "Dato'  mengarahkan untuk melantik mereka yang cekap, berkerja keras, takut kepada Tuhan dan merendah diri dan Dato'  tidak menyebutkan langsung mengenai umur.” Mahathir diam.

Mereka itu terdiri dari Datok Abdul Rahman Ahmad, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Dato’ Seri Abdul Wahid Omar, Johan Mahmood Merican, Tan Sri Datok Seri Mohd Bakke Salleh, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, Tan Sri Dato’ Seri Zainol Anwar Jamalullail, Datuk Syed Tamim Ansari Syed Mohamed.
Nor Yackop mengenang bila  semua berhimpun di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri pada 18 Oktober 2001 jam 11 pagi,setiap wajah jelas ketakutan untuk menghadapi Perdana Menteri (Dr.Mahathir Mohamed). Semuanya duduk di atas sofa biru untuk menunggu pertemuan pada jam 11.30 pagi. Nor mengabadikan  saat mendebarkan ini dengan  bergambar untuk kenangan.

Hingga sekarang gambar yang diambil 15 tahun lalu masih tergantung di pejabat Nor dan mereka ini sekarang adalah pemain utama dalam dunia  koporat Malaysia .
Nor mencatitkan “Tiap kali saya melihat gambar ini, ia mengingatkan saya pada suatu hari  penentuan nasib bila sekumpulan anak muda menemui perdana menteri.

"Bagi kami semua yang didalam gambar ini, nasihat Dr.Mahathir akan abadi sebagai  prinsip utama  dalam hidup kami. Semua anak-anak muda ini telah dikayakan oleh kata-kata dan nasihatnya  yang memberangsangkan  pada 18 Oktober 2001" ujar Nor.




Monday, 18 July 2016

TUJUAN DISINFORMATION PORPAGANDIS NAJIB TERCAPAI


TUJUAN DISINFORMATION...
Sebuah parti pemerintah yang mencetuskan permusuhan  rakyat dari  dalaman parti  hingga ke peringkat birokratnya, mempunyai imiginasi liar dan ketakutan tentang bahaya dari orang-orang yang telah teraniaya dari tindakan ketidak adilan  mereka. 

Rakyat yang kurang arif sekali gus mempercayai  senarai yang membariskan pemimpin dan tokoh politik terkemuka,ulama,kalangan profesional; bankers, wartawan dan lain-lain yang disebutkan sebagai penaja kepada parti baru yang diinisiatifkan  oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir.

Saya sendiri terkejut apabila menerima beberapa panggilan  telefon dan mesej yang  mengucapkan tahniah dan menyatakan kegembiraan kerana menyokong usaha  Tun Dr.Mahathir itu setelah mereka melihat berita mengenainya di TV3.

Reaksi awal saya ialah untuk menafikan tetapi segera tersedar bahawa itulah yang dikehendaki oleh porpagandis Datuk Seri Najib Perdana Menteri Malaysia

Saya percaya Ghani Patail, Rafidah Aziz, Zeti Akhtar Aziz, Abdul Wahid Omar, Kamalia Ibrahim, Kadir Jasin, Ku Seman Ku Hussain, Azri Zainul Abidin, Hassan Din terkejut, geli hati dan rasa terhina nama mereka  dijual bagitu murah oleh media troopers UMNO. Jika bukan dari UMNO atau JPM masakan TV3 akan menyebar berita palsu ini.

Untuk memberikan kredebiliti kepada berita yang bersifat disinformation ini, nama-nama lain yang diketahui  sebagai  anti atau pro Mahathir juga disenaraikan. Umpamanya Tamrin Ghafar, Rahim Thamby Chik, Zahid Ibrahim dan Hishamuddin Rais.

Rafidah Aziz, Ghani Patail, Abdul Wahid Omar dan beberapa orang yang tidak bagitu masak tentang perang saraf disimformation ini dengan segera menafikan penglibatan mereka yang dengan itu tanpa sedar  bermain ditangan Najib  untuk menunjukkan Mahathir tidak mendapat sokongan dari berbagai golongan masyarakat.

Semakin ramai  menafikan, maka semakin besarlah gambaran kepada rakyat bahawa Tun Mahathir tidak mendapat sokongan dalam  usahanya untuk tubuhkan parti baru dan gulingkan Datuk Seri Najib.

Dengan itu mereka juga dapat membersihkan prasangka rakyat tentang kemungkinan sokongan  beberapa orang  profesional yang teranianya oleh tindakan parti dan kerajaan untuk menyembunyikan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan kewangan negara.

Disamping itu Disinformation ini  menyerlahkan  betapa  UMNO sanggup menurunkan dirinya ke taraf yang paling rendah untuk memelihara kepimpinan yang sudah hilang kredebilitinya dengan memisahhkan diri atau terpisah  satu demi satu dengan  orang-orang yang bersih yang tidak sanggup bersekongkol dengan kerja-kerja kemaksiatan negara.

Mereka telah melakukan disinformation ini terhadap Tan Sri Muhyiddin dan sekarang terhadap Mahathir dan mereka akan terus melalukannya lagi kerana mereka percaya rakyat adalah setaraf dengan pemikiran mereka.Orang yang hidup dalam najis tidak akan lagi berbau busuknya kecuali oleh orang yang melihat mereka terpalit.

PENGERTIAN DISINFORMATION DARI WIKIPEDIA
Disinformation is intentionally false or inaccurate information that is spread deliberately.[1] It is an act of deception and false statements to convince someone of untruth. Disinformation should not be confused with misinformation, information that is unintentionally false.
Unlike traditional propaganda techniques designed to engage emotional support, disinformation is designed to manipulate the audience at the rational level by either discrediting conflicting information or supporting false conclusions. A common disinformation tactic is to mix some truth and observation with false conclusions and lies, or to reveal part of the truth while presenting it as the whole (a limited hangout).
Another technique of concealing facts, or censorship, is also used if the group can affect such control. When channels of information cannot be completely closed, they can be rendered useless by filling them with disinformation, effectively lowering their signal-to-noise ratio and discrediting the opposition by association with many easily disproved false claims.

Sunday, 17 July 2016

KAIN BURUK PAS YG AKAN BERGABUNG DENGAN UMNO

HARAPAN KEHARMONIAN POLITIK BARU PIMPINAN MAHATHIR


KOMEN:
Saya berpendapat PAS akan berpecah sekali lagi apabila terbentuknya Party baru ilham Dr.M ini. Kali ini lebih teruk lagi.
Sudah tentu masih ramai Pemimpin PAS yang jujur dan beramanah. Bagi mereka, imej dan maruah Islam sudah tentu akan tercemar jika PAS berbaik-baik dan menyokong UMNO-Najib dalam kemelut 1MDB. Setelah dikaitkan dengan pengganas, sudah tentu mereka tidak mahu Islam dipandang serong pula oleh bukan-Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Jika berpecah menjadi PAN tidak banyak menjejaskan PAS, perpecahan kerana 'Cash is King' kali ini akan lebih menjahanamkan.
Maka yang tinggal untuk 'bergabung' dengan UMNO, sudah tentu boleh diibaratkan sebagai kain-buruk.

Didalam kalangan Ahli Parlimen UMNO sendiri mungkin ada ramai lagi yang masih jujur dan amanah. Pada PRU14, jika ada, sudah tentu PA
S tidak akan mendapat sokongan bukan-Islam.

HARAPAN KEHARMONIAN POLITIK BARU....
Perpaduan tenaga Melayu dan Islam parti-parti pembangkang di bawah Pakatan Pembangkang Baharu yang bakal  diketuai oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang akan menubuhkan parti barunya akan membersihkan Mahathir dari prasangka buruk bersekongkol dengan DAP.

UMNO  telah mengexploitasi sepenuhnya isu ini untuk memanaskan kemarahan orang Melayu terhadap Tun dan melumpuhkan perjuangannya untuk menggulingkan Najib.

Kenyataan Presiden PERKASA  Datuk Ibrahim Ali untuk kembali ke dalam politik berikutan dengan langkah penubuhan parti baru Tun Mahathir itu memberikan sokongan moral yang sangat besar kepada  Tun walaupun Ibrahim  tidak mengisytiharkan akan bersama dalam parti baharu itu.

Yang telah pasti akan bersama dengan Tun di bawah Pakatan Pembangkang Baharu berasaskan kepada kehadiran dalam mesyuarat bersama dengan Tun kelmarin ialah DAP, PKR dan PAN.

Matlamat utama Tun  bukan untuk kembali menjadi Perdana Menteri tetapi untuk menggantikan Datuk Najib dengan orang lain sebagai Perdana Menteri yang kelayakannya bebas dari persoalan integriti di kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Tun  terus terang menyatakan bahawa bukanlah tujuan beliau dengan  penubuhan parti baru untuk bertanding dalam Piliharnaya Umum ke 14 yang dengan sendirinya menafikan sebarang prasangka untuk kembali menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya Ibrahim Ali menyertai   parti baru pimpinan  Mahathir yang akan bersama dalam  Pakatan Pembangkang baharu yang disertai oleh DAP maka Mahathir dengan kewibawaan pimpinannya, tidaklah lagi akan terlihat sebagai menjual orang Melayu kepada DAP sebaliknya akan dapat membantu menghakiskan imej perkauman Cina DAP.

Jika Ibrahim Ali yang mewakili sejumlah besar bekas ahli UMNO dan Lim Kit Siang yang mewakili orang Cina dapat duduk bersama di bawah pimpinan Mahathir, pastinya akan membantu mewujudkan suatu keharmonian politik baru di Malaysia yang lebih mantap dari pimpinan  Anwar Ibrahim  yang membawa kerjasama PAS DAP .

Anwar Ibrahim hampir berjaya mencorakkan politik  baharu  tetapi kerana masalah moralnya yang sangat kotor dan keupayaan politik Mahathir yang lebih besar dalam mengekalkan  kekuatan UMNO dan ekonomi negara telah menyebabkan beliau hancur.

Ramai  pemimpin-pemimpin  politik di bawah Pakatan Pembangkang Baharu ini lebih berkeupayaan dari segi kredebiliti, integriti dan ketokohan  dibandingkan dengan barisan  kepimpinan  UMNO atau BN  sekarang.

UMNO dan BN akan lebih tercabar jika Pakatan Pembangkang pimpinan Mahathir  ini disertai oleh Pas yang sedang mencari perdamaian dengan PAN.

UMNO tidak lagi boleh persetankan politik Mahathir hanya kerana kerjasama dengan DAP.

Wednesday, 13 July 2016

MANIFESTO PILIHAN RAYA TUN DR. MAHATHIR

Semasa menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu,saya telah terlibat dalam Jawatankuasa Perang Saraf Pilihanraya Umno dan Jawatankuasa Merangka Manifesto Pilihanraya BN bagi Pilihanraya Umum 1999.

Sesuatu yang tidak mungkin saya lupakan ialah apabila manifesto yang kami sediakan langsung tidak digunakan sebaliknya Manifesto 1999  merupakan Manifesto Dr. Mahathir .

Timbalan Presiden UMNO, Abdullah Badawi mempengerusikan Jawatankuasa Manifesto 1999 yang dianggotai oleh Setiausaha Agung UMNO, Mohamad Rahmat, Dr.Nordin Sopiee daripada Institut Kajian Strategik Antarabangsa(ISIS),  Abdul Kadir Jasin daripada NST dan saya sendiri.

Apabila dikemukakan drafnya kepada Presiden UMNO untuk pengesahannya beberapa hari sebelum pilihan raya, manifesto itu tidak dikembalikan kepada kami yang menunggu di luar biliknya lebih dari tiga jam.

Apabila dikembalikan, bukanlah manifesto kami tetapi manifesto tulisan tangan daripada Dr.Mahathir sendiri yang langsung tidak berasaskan kepada draf kami yang dihasilkan menerusi proses perbincangan yang panjang dan memakan masa lebih sebulan. Nyatalah draf kami  telah ditolak.

"Biasalah." kata Dr. Nordin Sofie yang berpengalaman menyediakan beberapa ucapan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri terutamanya yang melibatkan pentas antarabangsa.

Bagaimanapun yang lebih menarik ialah  Pilihan Raya Umum 2008 tanpa manifesto walaupun drafnya telah disediakan untuk percetakan oleh mereka yang dikenali sebagai budak-budak tingkat empat Jabatan Perdana Menteri. Manifeto itu mulanya telah dihantar untuk cetakan Utusan Melayu tetapi dipindahkan kepada NST.

Bagaimanapun manifesto itu tidak pernah sampai ke tangan calon-calon BN dan juga orang ramai kecuali mereka melihat dan mendengar pengumumannya oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi di siaran langsung telivisyen menjelang pilihan raya.

Inilah pertama kalinya dalam sejarah Pilihan raya Umum  Malaya dan Malaysia, manifesto parti pemerintah tidak diedarkan kepada umum.

Yang menjadi persoalan jika tidak dicetak maka ke mana perginya wang berjuta ringgit yang diperuntukan bagi percetakannnya

Butiran rahsia lebih mendalam lagi boleh dapat diketahui dari buku terkini saya : SAYA BUKAN MENTERI . Buku ini  yang diterbitkan oleh UUM PRESS (Universiti Utara Malaysia) juga boleh dipesan terus dari saya.

Manifesto BN Pilihanraya Umum 1999 dari tulisan tangan Tun Dr.Mahathir sendiri yang merupakan dokuman bersejarah  terdapat dalam SBK(SAYA BUKAN MENTERI).3 seconds ago

Tuesday, 5 July 2016

BOM MADINAH: FITNAH KEPADA UMAT ISLAM,MALAYSIA NOW THE TARGET

KOMEN:
SB NO LONGER THE SAME TODAY
Zam, just to add. We defeated terrorists even before they walked because our Special Branch was on top of the game. They penetrated the society and know every move a would be terrorist makes. Today we have all kinds of divisions in PDRM including the CTU but the terrorists have not just walked but threw a bomb and ran. So the SB is no longer the same today. Where and what are they doing ?


Komen:
Our security apparatus have failed
The fact that those lunatics even succeeded detonating a bomb outside a night club in Puchong had us all shivering to the marrow though nobody got killed in the incident. The thing that we used to read and heard happening in places in the Middle East and Europe now has arrived to our shores.
Malaysians who used to feel safe and sound in their own backyard now feel petrified to go out and about. It felt strange and surreal this kind of thing happening in Malaysia. We are not used to this. It is an anomaly. Indeed. Malaysia now has become the target.
This was the first time happening probably ever since the communist insurgency. Our security apparatus have failed in dealing with this threat. What is happening? Are we sleeping on the job?
We used to be examplary in dealing with terrorist threat. Even the foreign press acknowlege it. We are the only country in SEA where terrorist and extremist groups failed to gain foothold. They have to operate else where outside the country.
Remember KMM? Our home ministry was top notch then. They did a hell of a job dealing with this kind of threat to the extent of succeding in identifying breeding grounds for terrorist cell throughout the country before they could blossomed and flourished. Capturing all those turban wearing bearded psychos in their religious sanctuaries before they could ran amuck and threw them in the slammer (ISA).
They were stopped in their track even before they could even hatched a plan. It shows how effective our security apparatus back then. You don't play around with these guys. You just don't. You can't even reason with them. They were all highly radicalized and couldn't thinking straight. You need to take them, wrestle them off the streets no matter what so the public can feel safe.
Nowadays the authorities seemed more interested in dealing wih something trivial such as probing and detaining a middle aged man over a harmless posting on social media rather than spending their time and energy dealing real threat to our livelihood.
ReplyDelete
MEDIA US SEBAR SERENTAK SEOLAH TAHU LEBIH AWAL

Redaksi – Selasa, 30 Ramadhan 1437 H / 5 Juli 2016 07:42 WIB

Ustadz Fathuddin langsung dari Madinah:

Berita bom yang terjadi di Madinah tadi saat berbuka tersebar secepat kilat ke seluruh penjuru dunia dan menjadi berita terbesar sejagad melebihi apa yang terjadi di Turkiye beberapa hari lalu.

Banyak pesan singkat masuk dari sahabat di tanah air menanyakan kabar kami karena mereka khawatir kami terganggu kenyamanan ibadah ataupun bisa kena musibah.. Smoga Allah lindungi..

Kami yang setiap hari berbuka di dalam masjid Nabawi atau di pelatarannya dengan jumlah sekitar 2 juta shoimin dan mu’takifin tidak terganggu sama sekali dan bahkan salah seorang sahabat i’tikaf sempat mensyuting peristiwa tersebut dan terlihat cukup jauh dari lokasi Masjid Nabawi, kami hanya melihat kepulan asap seperti ada kebakaran di seberang Baki’, makam para Sahabat Rasulullah. Tak ada suara ledakan apapun yang terdengar.

Saking jauh dan tidak mengganggunya peristiwa tersebut, shalat isya dan taraweh berjalan seperti biasa. Saya sengaja masuk ke dalam Masjid Nabawi sehingga mendekati posisi Raudhah. Tak ada seorangpun yang saya temukan berdiskusi masalah bom tersebut, apalagi dalam keadaan bingung..

Sebab itu saya berkesimpulan : Jangan-jangan mereka gak tau ada peristiwa tersebut karena memang jauh dari areal Masjid Nabawi.

Naluri media dan teori konspirasi saya muncul saat pesan pesan singkat masuk ke hape via wa yang isinya mengkhawatirkan atau meverifikasi apakah benar ada bom meledak di Masjid Nabawi.

Tentu saya kaget tak kepalang. Saya langsung putuskan untuk shalat taraweh 8 rakaat saja dan segera keluar dari Masjid Nabawi sambil memfoto dan merekam suasana shalat taraweh malam yang ke 30 di Masjid Rasul yang sangat dicintai umat Islam itu. Saya foto sejak dari dalam sampai keluar Masjid dan suasanaya sedikitpun tidak berubah dari malam malam sebelumnya.

Sy buka internet sambil jalan. Ternyata dunia maya sudah heboh sekali. Sampai saya di kamar hotel tempat kami menginap stasiun tv Al-Rabiya, milik Yahudi yang sangat populer beberapa tahun belakangan yang muncul sengaja menyaingi Al-Jazeerah.

Filing media dan konspirasi saya benar. Sy lihat pembawa berita live sedang mewancara Menteri Wakaf Mesir dan beberapa pengamat masalah TimurTengah lainnya via telpon. Semua mereka mengutuk kejadian bom tersebut.

Ada beberapa hal dan fakta yg membuat saya yakin bahwa umat Islam (khususnya sejak kasus WTC 2001) sedang menghadapi konspirasi tingkat tinggi yang sedang dijalankan oleh kelompok anti Islam global :

1. Beritanya sangat dibesar besarkan dan diekspos sedemikian rupa secara serentak oleh seluruh media, termasuk medsos bersamaan dengan saat peristiwa bom terjadi. Seakan mereka sudah saling tahu atau tukar informasi sebelum kejadian. Begitu juga dengan kejadian kejadian bom di wilayah lain di seluruh negeri Muslim.

2. Pembawa berita di tv Al-Arabiya dan semua tokoh yang diwawancara langsung dapat memastikan pelakunya, yaitu yang mereka namakan kelompok teroris Islam. Padahal penyelidikan dari pihak berwajib di Saudi belum memulai kerjanya.

3. Baik materi berita yang diangkat, redaksi wawancara dan runing teks di tv Al-Arabiya sangat propokatif dan terlihat sekali kebohongannya, seperti : Para teroris itu tidak ada agamanya karena  mereka berani membom tempat tempat suci, bahkan di depan pintu Masjid Nabawi. Sebab itu, dunia internasional harus bekerjasama menghadapi/memerangi mereka dan berbagai ungkapan lainnya.

3. Seperti biasa, profokasi dan kebohongan itu mereka dukung dengan tampilan rekayasa gambar dan vidio kejadian

Sy katakan pada sahabat yang nonton Al-Arabiya bersama, demi Allah, ini adalah kebohongan media kaum kafir kapan saja dan di mana saja. Bom yang terjadi jauh dari Masjid mereka syuting dari arah gerbang utama Masjid Nabawi. Kemudian dizooming sehingga seakan akan kejadiannya di samping Masjid Nabawi dan pembawa beritanya bilang : Bom terjadi depan pintu gerbang Masjid Nabawi.

Kalau ucapan perempuan pembawa acara itu benar, kami mungkin sudah luka atau mungkin juga tewas, karena dari sebelum berbuka sampai shalat magrib tadi puluhan ribu jamaah persis berada depan gerbang utama Msjid Nabawi karena tidak bisa masuk ke dalam sanking banyaknya jamaah.

Dari kejadian bom Madinah ini, saya semakin yakin bahwa umat Islam sekarang sedang menghadapi fitmah dan konspirasi dari segala arah yang sangat luar biasa dari musuh musuh Allah dan musuh musuh mereka dengan menggunakan segala cara keji dan kebohongan agar umat ini tidak bisa bangkit dari kelemahan dan keterpurukan mereka.

Sebenarnya hal tersebut sangat wajar karena Allah dan Rasulullah telah mengingatkan akan hal tersebut dalam banyak ayat dan hadits..

Pertanyaanya ialah : Kapan umat ini, wabil khusus para pemimpin negeri Muslim sadar? Hanya Allah yang Maha Tahu.

Kemudian, yakinlah rekayasa dan konspirasi kaum kafir dan para bonekanya tidak akan selalu berhasil karena mereka pada hakikatnya sedang berhadap hadapan dg Allah yang MAHA DAHSYAT REKAYASA-NYA karena di Tangan-Nya kendali jagad raya ini.

Yaa Allah aku sudah sampaikan.. aku sudah sampaikan.. aku sudah sampaikan. Maka saksikanlah..

Samping Masjid Nabawi, Malam 30 Ramadhan 1437 H

PETIKAN DARI WHATSAPP PPP10 (PERSATUAN PENDUDUK PUTRAJAYA PRESINT 10)


LAPORAN DI ATAS ADALAH SELARI DENGAN PERSEPSI SAYA TERDAHULU  DALAM TWITTER SAYA:


  1. Tidakkah kita boleh fikir di luar kotak yg bom Madinah adalah perbuatan ejen Israel yg sanggup berkorban utk justifikasikan tindakan2 globalisasi US
  2. UAE larang rakyatnya berjubah di luar negara utk keselamatan. Pakaian Arab tidak lagi melambangkan sunnah tetapi keganasan
  3. Kegiatan keganasan IS bertambah di bulan puasa termasuk berlaku di Malaysia dan Saudi. Mereka mencari pahala berganda dibulan puasa