Thursday, 26 May 2016

MENTERI BOCORKAN RAHSIA KABINET MALAYSIA KE SINGAPURA

PENDEDAHAN "SAYA BUKAN MENTERI"

Amat mengejutkan saya tidak lama selepas menjadi menteri penerangan (2006),dalam perjalanan pulang dari mesyuarat kabinet,saya menerima panggilan telefon daripada wartawan Starits Times Singapura (ST) bertanyakan benarkah saya dan Syed Hamid Albar Menteri Dalam Negeri mengkritik New Straits Times(NST) dalam mesyuarat itu.

Secepat kilat rahsia kabinet Malaysia sampai di Singapura sedangkan saya belum sampai balik ke Angkasapuri.

Masa itu Ketua Pengarang NST ialah Kalimullah yang diketahui amat rapat dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi dan juga Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Memang benar saya dan Syed Hamid Albar telah membuat beberapa teguran terhadap akhbar ini kerana tidak menghormati agama Islam dan beberapa siarannya yang bertentangan dengan  semangat Perlembagaan Negara tetapi soalnya bagaimanakah perbincangan kabinet telah bocor bagitu cepat ke Singapura?

Saya mengesyaki mungkin Polis Cawangan Khas Malaysia (SB) yang menyamar sebagai wartawan ST Singapura mahu  menguji samaada saya boleh menyimpan rahsia kabinet atau  tidak.

Saya bertanya kepada pemanggil ini "Bagaimanakah saya hendak  memastikan  awak wartawan ST Singapura yang sebenarnya," dan dia memberikan nama dan nombor telefonnya.

Saya bertanya lagi," Bolehkah awak menelefon Menteri Singapura untuk bertanya mengenai mesyuarat kabinet seperti awak  sedang bertanyakan kepada saya sekarang?". Dia terdiam dan meletakkan telefon.

Bagaimanapun esoknya berita mengenai kritikan saya dan Syed Hamid Albar terhadap NST diterbitkan oleh akhbar The Sun dan disiarkan oleh NST sehari kemudiannya dengan memetik dari The Sun.

Sebenarnya orang NST yang mendapat maklumat itu daripada sumber dalam kabinet dan dia juga memberitahu Straits Times Singapura dan meminta  The Sun menyiarkannya.

Dengan kelewatan sehari penyiaran  itu maka tidaklah menampakkan NST telah mendapat berita itu  secara langsung daripada kawan mereka dalam kabinet. Saya dapat mengesyaki siapakah menteri yang membocorkan rahsia kabinet itu kepada NST yang  cuba untuk menunjukkan seolah-olah dia mendapat dari sumber lain. Dia ingat saya terlalu bodoh.

Saya lebih hormati Datuk Nazri Aziz (sekarang Menteri Pelancongan) kerana dia tidak berpura-pura dan terus terang tetapi menteri yang membocorkan rahsia ini sering berpura-pura dengan saya sebagai seorang penyokong Mahathir.

Untuk mengetahui banyak lagi cerita-cerita panas  yang masih tersembunyi dapatkanlah  buku "SAYA BUKAN MENTERI" terus dari ZAM

SAYA BUKAN MENTERI


Sekarang anda boleh membeli buku " SAYA BUKAN MENTERI " yang di autograf oleh pengarangnya Zainuddin Maidin dengan memesan terus darinya.

Harga sebuah RM50. Pembayaran boleh dibuat menerusi :
 Akaun CIMB : 8002397357.
 Bayaran pos percuma. Sila sertakan alamat anda yang lengkap.

Sila maklumkan jika anda telah membuat pembayaran dan sertakan resit pembayaran sebagai bukti kepada zainudinmaidin@gmail.com


Thursday, 19 May 2016

PM PANGGIL KP UTUSAN KERANA TAK SIAR BERITA KETUA BAHAGIAN UMNO

UNTUNG BELI TERUS "SAYA BUKAN MENTERI"  DARI PENGARANGNYA 

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah memanggil saya sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu ketika itu kerana  tidak menyiarkan berita mengenai beberapa orang Ketua Bahagian UMNO tetapi memberikan tempat kepada berita pemimpin-pemimpin pembangkang.


Saya memberitahu Dr.Mahathir di depan beberapa orang ketua bahagian termasuk seorang dua Menteri Besar" Jika cakap-cakap ketua bahagian yang tidak bernilai pun harus diberi tempat dan hanya berita UMNO sahaja disiarkan,maka Utusan akan terlihat sebagai suara rasmi parti dan akhirnya hanya orang UMNO sahaja yang akan membaca Utusan."

Dr.Mahathir memahaminya tetapi beliau meminta berikanlah juga  sedikit tempat kepada mereka.

Apa yang difahami oleh Dr.Mahathir tidak lagi difahami sekarang maka itu edaran Utusan telah jatuh kerana bukan sahaja tidak dibaca oleh orang ramai tetapi juga oleh  orang UMNO sendiri.

Untuk mengetahui selanjutnya pertarungan seorang Ketua Pengarang dalam akhbar yang dikuasai oleh parti ,maka bacalah buku saya yang terbaru "Saya Bukan Menteri" yang diterbitkan oleh UUM PRESS Penerbit Universiti Utara Malaysia. Anda juga boleh memesan terus dari saya selain dari UUM.

Banyak lagi  bab  yang menarik dari buku ini. Diantaranya ialah:
1- 35 Minit Yang Terlalu Panjang di Istana Bukit Serene Johor.
2-Tersingkir Maka Jadi Menteri
3 Selamat Tinggal Bungaku
4-Saya Bukan Menteri. 

 
SAYA BUKAN MENTERI


Sekarang anda boleh membeli buku " SAYA BUKAN MENTERI " yang di autograf oleh pengarangnya Zainuddin Maidin dengan memesan terus darinya.

Harga sebuah RM50. Pembayaran boleh dibuat menerusi :
 Akaun CIMB : 8002397357.
 Bayaran pos percuma. Sila sertakan alamat anda yang lengkap.

Sila maklumkan jika anda telah membuat pembayaran dan sertakan resit pembayaran sebagai bukti kepada zainudinmaidin@gmail.com



Wednesday, 18 May 2016

SEBAB SEBENAR ANWAR IBRAHIM TULIS TANGAN SURAT BERSAJAK DARI PENJARA.

SYABAS DATUK SRI ABDUL HADI!
KOMEN:Syabas kepada Pas yang telah menutup pintu rundingan dengan parti-parti pembankang lain untuk penentuan calon PRK K.Kangsar dan Sg.Besar. Pas mahu satu lawan satu dengan BN atau UMNO.Jangan bimbang dengan PAN parti syok sendiri.Kerjasama dengan PKR  diperlukan. Tun Mahathir perlu bantu jika tenaganya dikehendaki -Zam

ZAID JANGAN FANATIK DAN  KELUAR DARI SIKAP PREJUDISNYA

Agak mengejutkan seorang  peguam dan komentator yang tajam seperti Zaid Ibrahim tidak dapat menciumi  sebab sebenar yang mendorongkan tahanan jenayah Anwar Ibrahim tiba-tiba melihat bahaya  kerjasama Tun Dr. Mahathir dalam "Deklarasi Rakyat" yang dianggapnya  tidak selari dengan perjuangan reformasi partinya.

Sebenarnya tidak selari dengan hasratnya agar  Mahathir kembali membersihkannya untuk membuka semula peluang baginya menjadi Perdana Menteri

Anwar pada mulanya hanya mendiamkan diri apabila Mahathir memasuki khemah pembangkang tetapi tiba-tiba menulis surat lapan muka dari penjara yang penuh sentimental, indah, bersyair, bersajak berseloka untuk mengingatkan bahaya kerjasama dengan Mahathir.

Sebab  utama yang mendorongkan beliau  berbuat  demikian ialah kerana marahnya kepada Tun Dr. Mahathir tidak mahu membersihkan kecemaran moralnya  kerana penglibatannya dengan homoseksual yang telah pun menyebabkannya berada dalam penjara sekarang ini.

Mahathir telah memberitahu media asing dan  juga dalam negeri bahawa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri atau pemimpin negara ini kerana dia mempunyai masalah moral. Ini meruntuhkan harapan menggunung  Anwar yang menjangka bahawa  Tun  Mahathir sanggup berbuat apa sahaja untuk menjatuhkan PM Najib.

Tidaklah  perlu bagi Zaid Ibrahim untuk mengkaji surat berbunga tulis  tangan Anwar Ibrahim meminta simpati dari penjara untuk perjuangan reformasi partinya. Sebenarnya bukan untuk reformasi parti tetapi  untuk Tun Mahathir mereformasikan  moralnya dengan hanya sepatah kata.

Saya kira  Zaid Ibrahim tidak nampak sebab sebenar kerana kefanatikannya yang keterlaluan kepada Anwar Ibrahim sedangkan Chandra Muzafar, Sidek Baba dan lain-lain lagi tokoh bermoral yang pernah bersama Anwar percaya kepada peribadi sebenar Anwar Ibrahim. Bagi Tun Mahathir "tiada kemaafan bagimu" dalam soal ini.

Dalam beberapa hal Zaid Ibrahim yang terkenal dengan liberalismenya terkurung  dalam kotak pemikiran dan prejudisnya terhadap  PAS kerana mahu melaksanakan  hukum hudud sedangkan beliau sedar dalam realitinya  tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini.

Pas terus menjerit dalam soal ini  sekadarkan untuk meyelamatkan maruahnya dan maruah pemimpinnya yang pernah mengkafirkan orang Islam.

Pas telah hanyut jauh  dari dasar dan prinsipnya  setelah sanggup menerima kepimpinan homoseksual dan bersekongkong dengan kafir kecuali "Kafir UMNO"

Hakikat ini mestilah diterima oleh Zaid untuk membuka mindanya bagi menyokong hanya Pas untuk  bertanding di Kuala Kangsar dan Sg Besar demi untuk kepentingan mengembalikan imej perpaduan pembangkang dan juga harapan yang diletakkan oleh rakyat kepada mereka.

Tuan Ibrahim (Pas), Lim Kit Siang (DAP) dan Azmin Ali (PKR) boleh memainkan peranan genting ini secara bijaksana menerusi PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Sunday, 15 May 2016

HANYA PAS YANG BOLEH MENANG DI PRK K KANGSAR DAN SG BESAR

PELUANG AKHIR NAJIB JADI PM SERIBU TAHUN LAGI

Komen:KEMUNGKIAN -KEMUNGKINAN:

1- Kemenangan BN di PRK K.Kangsar dan Sg Besar bergantung kepada sejauh mana Allahyarham dan Allahyarhamah  telah dapat memperbaiki kemenangan mereka yang marginal di kedua kawasan parlimen itu dan bukan kerana imej baik atau buruk Najib 

2- Jika Pas bertanding,Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir akan membantu kempen Pas sekalipun Pas  tidak disokong oleh Pakatan  Harapan.

3- PAS akan terpaksa menyerang BN termasuk pimpinan Najib jika bertanding dan akan mendekatkannya semula  kepada parti-parti pembangkang lain  untuk kerjasama dalam Pilihanraya Umum akan datang yang memadamkan harapan kerjasama PAS dan UMNO- ZAM 

HANYA PAS BOLEH MENANG:
Pakatan Harapan tidak seharusnya membuat keputusan diatas sentimen,dendam,prejudis dan keyakinan palsu untuk tidak memberi peluang kepada  hanya  Pas mencabar BN dalam Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Mereka mesti realistik untuk menerima hakikat bahawa  Pas telah lama mempunyai penyokong akar umbi di dua kawasan Parlimen itu berbanding dengan Parti Amanah Negara sebuah parti serpihan yang masih mencari sokongan dan tidak pasti sejauh mana sokongan rakyat kepadanya

Sekiranya berlaku pertandingan satu lawan satu lawan  satu antara Pas dengan BN maka besar kemungkinan Pas  akan menang berasaskan pada sentimen kemarahan  rakyat  kepada UMNO dan pimpinan UMNO sekarang.

Kemenangan Pas ini akan meningkatkan  moral rakyat  untuk meneruskan sokongan mereka kepada parti-parti pembangkang dalam pilihanraya UMUM akan datang.


Jika Pakatan Harapan diwakili oleh  Parti Amanah Negara bertanding maka akan terlihat tidak lebih dari percubaan AMANAH   untuk mengukur  kekuatannya dengan Pas tetapi jika kalah maka moralnya akan jatuh kepada taraf  yang paling rendah dan memberi kesan moral yang besar kepada Pakatan Harapan terutama PKR sendiri.

Kemenangan Pas di dua Plihanraya Kecil ini juga akan membuka jalan untuk pemulihan kerjasama  Pas dan Pakatan Harapan  walaupun Pas sekarang terlihat cuba berbaik dengan UMNO tetapi hakikat  yang tersembunyi ialah penyokong Pas diakar umbi tidak dapat menerima  Perdana Menteri Najib dan isterinya Rosmah.

Sekiranya BN menang di Kuala Kangsar dan Sungai Besar maka berarti Datuk Seri Najib akan berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri  seribu tahun lagi tetapi sekiranya kalah maka beliau tidak boleh tunggu walau sesaat sekalipun untuk terus berada dipuncak kuasa demi masa depan UMNO dan BN.

Bahawa Pilihanraya Kecil dua kawasan Parlimen berlaku kerana kemalangan korban helicopter disebalik  kejayaan besar Pilihanraya Negeri Sarawak adalah takdir Allah yang memberi peluang kepada rakyat untuk menyelamatkan negara. ini.

Wednesday, 11 May 2016

HARAMKAN PENDAKWAH SEPERTI ZAKIR NAIK DATANG KE MALAYSIA

SEHINGGA JAM 3 PETANG INI PELAWAT KEPADA TAJUK INI TELAH MELEBIHI 25,000

MERENDAH  KEWIBAWAAN MUFTI DAN ULAMA  TEMPATAN


Sewajarnya Jabatan Mufti Negeri Terengganu tidak menafikan dakwaan mengatakannya tidak menyenangi kehadiran tokoh ilmuan Islam Dr. Zakir Naik di negeri itu seperti yang dilaporkan  oleh TerenganuKita Online.

Sebenarnya inilah  perasaan yang terpendam di kalangan orang Islam yang mempunyai prinsip kejatian diri Melayu Islam termasuk para ulama dan mufti-mufti lain di negara ini dengan  kehadiran dan sanjungan "gila" terhadap ulama asing dari India yang seolah-olah menafikan peranan pemimpin Islam tempatan bagi modenisasi  dan kemajuan Islam di negara ini.

Lebih menakjubkan ia sampai memukau seorang dua menteri UMNO dan juga Menteri Besar Terengganu sehingga sanggup untuk memberikan tanah di Tasik Kenyir baginya membina sebuah pusat latihan dakwah. Apakah Pusat latihan dakwah kita mundur dan kurang berkesan?

Sikap dermawan MB ini sehingga menimbulkan kemurkaan baginda Sultan Terengganu.

Dr. Zakir sebenarnya seorang  tokoh Islam yang kontroversi yang tidak memberikan imej positif Islam kepada bukan Islam sebagai agama persaudaraan antarabangsa. Menerusi kepakaran perbandingan agamanya dia menyemaikan perasaan buruk sangka dalam masyarakat berbilang agama dan kaum.

Dia adalah konspirator  Ahmed Deedat (Allahyarham) pendakwah dari Afrika Selatan yang pernah di bawa oleh anasir-anasir ABIM untuk berdakwah di Malaysia dalam masa Anwar Ibrahim berpengaruh dan berada dalam kerajaan. Ahmed Deedat tidak disenangi oleh orang Islam di Afrika Selatan sendiri.

Bagaimanapun Polis Bahagian Khas kita tetap sedar dan waspada dan dapat mencegah pergerakannya di Malaysia setelah dia membuat ucapan menghasut kebencian antara agama di Dataran Merdeka dengan  menghina agama lain untuk  menunjukkan  kebesaran Islam.

Video-videonya yang cuba diedar di sini juga telah dirampas.

Bukanlah cara kita mengembangkan Islam di Malaysia dengan memperkecil dan menghina agama lain dengan apa cara sekalipun. Ini  juga dicegah dengan tegas di Singapura  hingga kini termasuk sekiranya pendakwah Kristian cuba menjual agamanya kepada orang Islam di Singapura.

Pihak Polis di Raja Malaysia juga mengetahui pendekatan dakwah "Merbahaya" Zakir Naik kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia tetapi cubaan untuk menyekatnya dari berdakwah di Malaysia telah digagalkan oleh kepentingan politik yang memerlukan sokongan kekuatan dari semua pihak.

Benar seperti kata Zainah Anwar dalam tulisannya di Sunday Star (8May2016)

Was this the reward that UMNO had hoped to gain-endorsement by a charismatic evangelist to push a reluctant PAS worried about its grassroots sentiment into arms of its once die- hard enemy?

Really? Desperate times call for desperate tactics

Bahawa Kerajaan Terengganu menganjurkan kedatangannya ke Malaysia dan mahu memberikan tanah di Kenyir untuknya membina Pusat Latihan Dakwah adalah menunjukan pemimpin-pemimpin baru UMNO tidak menghayati prinsip beragama  di negara ini yang diterapkan oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman dan juga Tun Abdul Razak yang diwarisi Tun  Hussein Onn dan Tun Mahathir.

Kita sekarang mempunyai pemimpin-pemimpin negara yang sanggup menjual prinsip-prinsip dan identiti Islam UMNO dan Melayu  untuk menyerupai imej Pas yang jumud dan ketinggalan zaman dan mahu menyerupai  pemimpin-pemimpin tarikat dalam cara mensandiwarakan peribadatan. Tidak hairanlah jika pemimpin-pemimpin  di bawah juga turut tersesat.

Islam di Malaysia mendapat penghormatan dunia dan di kalangan penduduk bukan Islam di negara ini  selama ini bukanlah dengan pendekatan  memburukkan  dan memperkecilkan  agama lain tetapi dengan mengembangkan sikap  toleransi  yang menunjukkan tolak ansur dari segi sosio budaya untuk hidup bersama dengan orang lain.

Sikap ini masih hidup subur di Sabah dan Sarawak tetapi sedang terhakis dan dihakiskan di Semenanjung termasuk menerusi sesetengah ustaz-ustazah selebriti di program-progaram agama TV.

Ulama-ulama Malaysia telah memberikan sumbangan besar dari sejak awal kemerdekaan dalam membantu membangunkan imej  "Moderation Of Islam" di Malaysia dan menerusi  permodenan dan peradaban  Islam sesuai dengan keperibadian  negara ini  tetapi berbagai anasir politik dan persaingan politik telah semakin menolak orang Islam di Semenanjung ke arah pemahaman Islam yang sempit yang lebih condong kepada ke Araban dari kejatian diri Melayu Islam.

Tahniah kepada Tun Taib Mahmud dan juga Tan Sri Adenan Satem yang mencegah kebebasan anasir-anasir jahat agama ini di samping anasir perkauman dari berleluasan di Sarawak.

Kita dapat melihat pembangunan Islam di Malaysia terutama program-progaram TV yang lebih berunsur ritual, fahaman Islam yang bersifat sentimen melulu dan tidak mengajar dan memahamkan orang Islam terhadap keperluan hidup beragama dalam realiti ketamadunan manusia. Semuanya boleh diatasi dengan doa dan penyerahan kepada Allah. Tidak semudah itu wahai ustaz dan ustazah.

Beribu orang datang untuk mendengar syarahan Dr Zakir Naik ini di Terengganu sekalipun mereka tidak memahami bahasa Inggeris oleh kerana didorongkan oleh perasaan sentimen, emosi dan keghairahan melulu.

Seorang  remaja bukan Islam memeluk agama Islam kerana mendengar syarahan pendakwah India ini di gemparkan seolah-olah sebagai kemenangan besar umat Islam tetapi berapa banyak bukan Islam yang telah di Islamkan oleh ulama-ulama tulen kita tanpa digembar gemburkan sejak sekian lama.

Saya sendiri dan rakan-rakan dari Malaysia melihat ramai pelawat dari Republik Rakyat Komunis Cina yang di Islamkan di Majid Malabar di Singapura tanpa heboh.

Demikianlah  semakin terhapusnya kehalusan, kebijaksanaan,kecekapan dan diplomasi dalam mendakwahkan  Islam di Semenanjung.


Sunday, 8 May 2016

NAJIB AKAN HADAPI UJIAN LANGSUNG YANG BENAR- BENAR MENDEBARKANNYA


BN AKAN MENANG LEBIH BESAR DI DUA PRK 
A KADIR JASIN8 May 2016 at 15:12
1. Tan Sri, setuju mengenai hidup mati Mohd Najib di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Dua kawasan Parlimen ini adalah kerusi marginal dalam PRU 2013.
2. Oleh kerana dua kerusi ini kerusi hidup mati Mohd Najib maka dia akan buat apa saja demi menjamin permulaan kematian dia tidak bermula di sini .. the beginning of his death does not begin here.
3. Dia akan lakukan apa saja untuk menang dan menang lebih besar. Dia mungkin menang dan menang lebih besar.
4. Sejarah PRK memihak kepada BN kerana kuasa wang dan pentadbiran yang ada padanya boleh ditumpukan kepada satu kawasan. Dua kawasan dalam konteks tragedi Batang Lupar.
5. Lihat PRK Teluk Intan yang juga di Perak tidak lama dulu. BN merampas kembali kerusi Parlimen itu daripada DAP.
6. Hanya PRU boleh memberikan tumbukan KO kepada kerjaya politik Mohd Najib itu pun kalau Pembangkang boleh berpakat dan menawarkan harapan kepada pengundi.

Wallahuaklam.
NAJIB AKAN HADAPI UJIAN.....

Dua Pilihanraya Kecil Parlimen akan terpaksa diadakan dari segi perlembagaan berikutan dengan kehilangan dua anggotanya dari kawasan Kuala Kangsar dan d kawasan Sungai Besar Selangor dalam trajedi nahas helikopter di Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak menghadapi debaran yang hebat dalam menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana memang telah pun di duga dari awal lagi kepimpinan Adenan Satem yang hebat akan menyelamatkan maruah Najib dengan membawa kemenangan cemerlang BN di Sarawak.

Bagaimanapun kemenangan besar ini  didahului  oleh trajidi yang memberikan alamat buruk  kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana akan disusuli segera  oleh cabaran secara langsung kepadanya oleh dua pilihanraya kecil yang terpaksa diadakan kerana kehilangan dua anggota Parlimen dalam nahas helikopter di Sarawak.

Dua Pilihanraya Kecil  ini lebih berarti dari pilihanraya besar 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Lebih mengerikan jika difikirkan bahawa dalam Pilihanraya Umum lalu,Allahyarhamah Noriah Kasnon mengatasi calun Pas  hanya dengan 399 undi di kawasan Sungai Besar dan Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad menang dengan hanya 1,082 undi dalam tandingan tiga penjuru.

Kekalahan dikawasan ini akan menjatuhkan moral Najib serendah-rendahnya setelah dibangunkan oleh keyakinan yang menumpang dari kekuatan kepimpinan orang lain dan bukan kekuatannnya sendiri.Kegembiraan dan ketenangan Najib hanyalah untuk sementara.

Jika sekiranya BN menang di kawasan-kawasan  ini maka pastinya akan mengangkat maruah Najib setinggi-tingginya, menaikan semula imej BN dan memberikan harapan baru kepada UMNO dalam menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.

Jika menang ,Najib juga akan dapat membersihkan kekotoran  imejnya  sekian lama kerana isu  1MDB,RM2.6 billion dan masalah isterinya.

Dua pilihanraya kecil ini memberi peluang lebih awal  kepada rakyat untuk memberikan hukuman  kepada pemerintahan Najib yang berada dalam krisis  dan juga  bagi Najib akan menjadi medan pertempuran  untuk hidup atau mati.

Saturday, 7 May 2016

LANTIK ADENAN SATEM SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI KEDUA

KOMEN:

Perhatian kepada pekara-pekara berikut hendaklah diberikan berikutan dengan kemenangan besar BN di Sarawak:
1-Adenan Satem telah membuktikan warisan kepimpinan anak bangsa yang bijaksana berasaskan kepada keadilan,keberanaian,ketegasan,liberal, non racist,tidak keugamaan,  memahami dan menghayati  kehendak rakyat.
2- Siapakah yang bakal pengganti Adenan Satem kelak yang lebih hebat darinya?
3- Sebagai balasan budi sumbangan besar rakyat Sarawak bagi membantu memulihkan sedikit moral Najib Tun Abdul Razak maka Adenan Satem hendaklah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kedua disamping memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak.
4-Tidak semesti lagi orang UMNO selamanya menjadi Perdana Menteri Malaysia -ZAM


RAKYAT SARAWAK TOLAK PARTI AGAMA
PAS kalah semua 11 kerusi yang ditandinginya dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Parti serpihannya Parti  Amanah Negara juga turut kehilangan semua 13 kerusi.

Ini membuktikan rakyat negeri Sarawak tidak dapat menerima politik agama untuk mewakili mereka di mana jua di negeri itu kerana kebanyakan mereka terdidik oleh pimpinan dinamik politik Islam Sarawak untuk menjadi modenis Islam dan tidak ke Araban dalam Islam seperti  orang Islam di Semenanjung.

Dari sejak Ketua Menteri Tun Rahman Yaacob hingga kepada Tun Taib Mahmud dan Tan Sri Adenan Satem mereka tidak melambangkan Melanau/ Melayu Arab dengan kupiah  putih dan jubah tetapi terus segak, kemas  dalam pakaian Melayu Islam. Inilah juga pandangan indah di masjid-masjid di Sarawak setiap hari Jumaat

Percubaan Pas untuk mengarabkan mereka gagal.

Tahniah orang Islam Sarawak. Dengan menolak Pas dan Parti Amanah Negara anda membuktikan  keazaman  untuk kekal sebagai  sebagai orang Islam yang liberal,progresif dan bersifat antarabangsa.

Pukulan teruk kepada Pas di Sarawak ini juga harus memberikan amaran kepada pemimpin-pemimpin UMNO di Semenanjung agar tidak terbawa dalam arus agama yang kekolotan dan kejumudan kerana hendak bersaing dengan Pas.

Kerana kecetekan fahaman agama dan tiada kejatian diri lah  maka ada pemimpin UMNO yang  mudah terpengaruh dengan ulama asing sehingga sanggup untuk memberikan tanah kepadanya dengan melupakan bahawa kita sebenarnya mempunyai ulama-ulama besar dengan kejatian diri Melayu Islam dari sejak sebelum merdeka lagi.

Ulama-ulama inilah yang menyokong UMNO dan  mengajar rakyat menerima falsafah UMNO untuk   hidup bersama dan bertoleransi dengan bukan Islam yang mengamankan negara ini sekian lama.

Pas telah meruntuhkan nilai-nilai identiti budaya yang baik  sehingga pemimpin UMNO sendiri sudah tukar songkok hitam kepada kupiah putih yang melambangkan fahaman keugamaan yang sempit.
 

Friday, 6 May 2016

RAKYAT SARAWAK HARGAI PILIHAN TEPAT DAN BIJAK TAIB MAHMUD


Apabila  Tan Sri Datuk Amar Petinggi Adenan  Satem membawa  kemenangan besar dan bersejarah  kepada BN di Sarawak esok maka seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat  Sarawak tentulah mengenang bahawa inilah   pillihan tepat dan bijak yang ditinggalkan oleh Tuan Yang Terutama Tun Pehin Abdul Taib Mahmud Yang Di Pertua Negeri Sarawak.

Adenan  bukan pemberian Najib seperti yang didakwa oleh Porpagandis Sabah Salleh Said Keruak tetapi pemilihan Taib Mahmud  dari sejak sekian lama yang menghadapi berbagai cabaran  malah  pada suatu masa beliau terpaksa memendamkan dahulu nama Adenan  dan menimbulkan  semula setelah beliau menerusi proses pemulihan dalam jangka masa yang panjang.
Adenan faham apa yang dilakukan oleh Taib Mahmud untuk menunggu suatu masa  yang sesuai dan tidak terburu-buru serta bersabar.

Ini adalah suatu  tindakan Taib yang bijak untuk mententeramkan politik Sarawak dan memastikan kemantapan  yang terus menerusi suatu permainan politiknya  yang halus dan bijaksana yang juga menjadi amaran kepada Adenan.

Najib hanyalah sekadarkan terpaksa bersetuju dengan  apa yang telah dipilih oleh Taib Mahmud tetapi Salleh Said Keruak berpura-pura untuk tidak mahu memahami hakikat ini.

Taib Mahmud telah menghadapi berbagai tekanan  dari luar dan dalam untuk menyingkirkannya kerana ketegasannya mengawal tanah adat dan tanah pusaka. Adenan adalah pakar dalam hal ini. Taib keras dan tegas dalam mengawal  tanah ini  dari jatuh  ke tangan taukeh-taukeh dan penyamun penyamun balak  yang  menjadi penyokong kuat DAP dan anasir - anasir luar dan  parti-parti pembangkang sehigga sanggup menggunakan  media asing.

Taib menang dalam peperangan ini sekalipun suatu ketika Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berada di pihak yang mahu Taib diturunkan. Ketidakmatangan politik lulusan Oxford!

Apabila kepimpinan   negeri jatuh ke tangan  Adenan Satem ,beliau  mencantas dengan berani penyamun dan penyangak ini malah menutup perusahaan balak mereka. Mereka diam membisu dalam keadaan menggigil.

Sesungguhnya Adenan Satem yang saya kenal sekian lama mempunyai keupayaan politik yang hebat, ketokohan dengan aura yang menyebabkan beliau disegani walaupun disenangi dan mudah membuat orang selesa dan percaya pada keihlasannya dari segi tindakan dan pengucapannya.

Saya tidak perlu menulis panjang tentang mengapa kepimpinan  Adnen Satem akan membawa kemenangan  besar  yang bersejarah di Sarawak tetapi cukuplah dengan  mengingatkan semula  bahawa saya pernah menulis berkali-kali disini bahawa mereka yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia  selepas Tun Dr. Mahathir ialah Taib Mahmud atau Rafidah Aziz dan bila Adenan  Satem menjadi KM Sarawak  saya mengemukakan  beliaulah yang paling layak  menjadi PM Malaysia dalam krisis keyakinan yang kita hadapi sekarang.

Tentunya  Najib akan menumpang  moral politik dari kemengan besar Adenan Satem esok. Beliau bersama timbalannya  telah menumpukan sepenuh masa dan telah melakukan apa yang boleh dari segi hadiah persekutuan bagi membantu kemenangan BN di Sarawak  walaupun  mereka telah mendapat  maklumat kehadiran mereka di Sarawak tidak menyenangkan kerana takut membawa lumpur.

Tetapi tentulah Najib sebagai seorang pemimpin politik yang berBugis  tidak akan mensia-siakan  peluang keemasan   dari populariti Adenan Satem ini.

Kemenangan cemerlang BN di Sarawak esok juga akan menyaksikan keruntuhan dan kemunduran politik yang teruk kepada DAP dan juga kepada Pakatan Pembangkang yang mungkin akan membantu memulihkan moral politik BN di Semenanjung dan mendorong kerjasama lebih erat antara PAS dan UMNO.

Wednesday, 4 May 2016

SAYA BUKAN MENTERI BOLEH DIBELI SEKARANG

Banyak yang bertanya kepada saya di mana boleh membeli karya saya terkini "SAYA BUKAN MENTERI". 

Sebenarnya buku ini bukan di terbitkan oleh saya sendiri tetapi oleh UUM(UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) PRESS di mana saya telah menjadi Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr.Mahahtir(IPDM) selama empat tahun.

Anda boleh membelinya dengan tawaran istimewa sekarang di Pesta Buku Antarabangsa di MAEPS SERDANG atau memesan on line uumpress.com.my
Jika bermasalah anda juga boleh menalipon encik Khoiry 0174982818

  1. Tan Sri Johan Jaafar Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu dan Pengerusi Media Prima telah melancarkan buku saya "SAYA BUKAN MENTERI" di MAEPS Serdang 10 pagi 30 April lalu.