Sunday, 27 March 2016

SALAM TERAKHIR KU SEMAN PADA UTUSAN MELAYU

KEBINATANGAN POLITIK ATASI IDEALSIME KEWARTAWANAN

Tiap wartawan  yang menempah nama besar di Utusan Melayu melangkah keluar dari Utusan Melayu dengan memberikan tabik hormat kepadanya setelah  mengukir nama  kerana menjiwai, mewarisi dan meneruskan semangat dan tardisi  Utusan Melayu sebagai akhbar perjuangan zaman berzaman sejak tahun 1939.
Mereka sedar bahawa mereka menumpang kebesarannya dan tiap pengorbanan mereka samaada ke kiri atau ke kanan  menambahkan kekeramatan dan keagungannya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pengarang Utusan Melayu Pertama Yusuf Ishak menjadi Presiden Singapura yang pertama kerana Perdana Menterinya Lee Kuan Yew mengikhtiraf sumbangan Utusan Melayu kepada pembangunan politik Singapura dan Malaya  di bawah pimpinannya 

Samad Ismail keluar penjara masuk penjara semasa di Utusan Melayu dan masih dilihat membawa semangat Utusan Melayu bila beliau berkhidmat dengan akhbar lain. Beliau tetap digeruni kerana semangat Utusan Melayu dan kemudian di tahan lagi di bawah ISA di Malaysia. 

Said Zahari di tahan dibawah ISA di Singapura selama 17 tahun  kerana mewarisi semangat perjuangan ini dan diiikuti dengan laluan berkrikil oleh Melan Abdullah,Mazlan Nordin,Zainuddin Maidin dan Johan Jaafar.

Terkini  seorang lagi yang mempunyai nama besar dalam dunia kewartawan Ku Seman Ku Hussain telah melangkah keluar dari Ibu Pejabat Utusan Melayu  dengan meninggalkan catitan terakhirnya yang memilukan setelah berkhidmat lebih 32 tahun.Bacalah penilaiaannya terhadap Utusan Melayu sebagai Universiti Keduanya

Kabarnya Ketua Pengarang Utusan Melayu sekarang Aziz Ishak juga telah memberitahu rakan-rakan bahawa beliau akan berhenti.

Mereka meninggalkan Utusan dengan rasa kecintaan pada Utusan dan kesedaran betapa kebinatangn politik mengatasi kemanusiaan dalam dunia kewartawanan dan dalam dunia kewartawanan juga ada binatang politik

Di bawah ini Petikan tulisan terakhir Ku Seman Ku Hussain di Mingguan Malaysia 27 Mac 16



Senja itu 1 Januari 1984, masih saya ingat lagi dalam hujan lebat di Stesen Bas Kangar yang becak dan bias cahaya lampu jalan pada lopak berair bagaikan mise en scene sebuah filem. Hening dan sepi. Itulah detik  yang mengiringi saya melangkah ke Kuala Lumpur untuk menjadi warga Utusan Melayu. Emak hilang kata-kata, hanya matanya mem­beritahu saya tentang gejolak jiwanya. Ayah seperti tidak ada apa-apa. Tetapi saya  sangat kenal dia.

 Sebelum bas bergerak emak menghulurkan RM50 sebagai tambah duit belanja. Saya sebak. Titis hujan dan airmata bersatu. RM50 itu besar bagi keluarga kami. Dalam perjalanan sesekali terasa kesal menerima tawaran kerja di Utusan Melayu. Bukankah lebih bertuah kalau berjaya temuduga sebagai posmen. Tanpa pengetahuan emak dan ayah, saya berjanji dengan “tukang atur” untuk memberikan sebulan gaji sebagai upah. Tetapi gagal juga.

 Saya sampai ke pondok pengawal Utusan Melayu pukul 7.30 pagi. Sunyi  dan tidak ada orang kecuali pengawal. Saya beritahu hendak berjumpa Encik Zainuddin Maidin. Pengawal itu menjegil kepada saya. Rupa-rupanya waktu berkerja pukul 10 pagi. Saya melaporkan diri di atas tangga semasa Zainuddin berjalan naik dengan beg briefcase dan terus panggil masuk ke pejabat.

 Di sini, walaupun ada editornya kelihatan bengis dan garang tetapi keluarga besar Utusan Melayu sangat humanis. Ini membuatkan saya yang jauh dari dunia asing tidak terasing di warisan pusaka orang Melayu paling berjasa ini. Mereka memberi ilmu tanpa cemburu. Zainuddin sendiri misalnya kerap memanggil saya "menghadap" di biliknya. Wa­taknya yang bengis, serius dan sukar kompromi terhadap kesilapan memang menggerunkan.

 Sebenarnya saya tidak diasuh di mana-mana sekolah kewartawanan. Utusan Melayu adalah universiti saya, ketua-ketua daripada dulu, Zainudin (Zam), Johan Jaaffar, Khalid Mohd. dan sekarang Aziz Ishak telah membentuk karakteristik pemikiran kewartawanan saya.

 Saya dibentuk tanpa sedar oleh ketua-ketua yang ber­pengaruh ini. Oleh yang demikian saya menghargai mereka seumpama Mitch Albom mengenang pensyarahnya Profesor Morrie Shwartz yang menderita sakit amyotrophic lateral selerosis (ALS) dalam buku Tuesdays With Morrie. ALS diibaratkan mati sebelum mati.

 Saya beruntung kerana berpeluang menyaksikan  ketua-ketua saya berhadapan dan menyuraikan peristiwa-peristiwa besar yang melibatkan rakyat dan negara dengan begitu cemerlang. Ternyata wartawan bukanlah pelapor dan pelobi melulu. Juga bukan penulis pamplet. Jauh lebih besar wartawan adalah manusia yang mewaraskan rakyat yang barangkali tidak punya waktu untuk berfikir. Saya mengamati dan belajar daripada semua tragedi ini.

 Peristiwa seperti tragedi Memali di Kedah tahun 1986, pertarungan Dr. Mahathir dengan Tengku Razaleigh Ham­zah (Ku Li) tahun 1987  seterusnya membawa kepada pengharaman parti UMNO pada 1988 yang sekali gus melucutkan seketika jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir, krisis antara Dr. Mahathir dengan institusi Raja pada 1992 dan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 membawa kepada pergolakan politik di negara ini.

 Pengalaman melihat kewarasan pasukan editorial yang diketuai oleh Zainuddin berdepan dengan konflik mem­bawa kepada pengharaman UMNO suatu yang sangat berharga. Begitu juga Khalid Mohd yang menerajui Utusan Melayu ketika ledakan reformasi  Anwar Ibrahim serentak  kecundang  Orde Baru Presiden Suharto di Indonesia. Ini antara fragmen-fragmen zaman yang sangat mencabar bagi wartawan di negara ini.

 Utusan Melayu membentuk saya melihat dunia dan manusia daripada sudut pandangan yang berbeza, kritis, analitikal dan berkeupayaan membaca semiotik yang terlindung dari mata zahir. Malah saya selalu diingatkan bahawa wartawan Utusan Melayu bekerja un­tuk pembaca supaya pemikiran mereka merdeka. Kata mereka, kita mesti jawab segala persoalan daripada rakyat pada esoknya.

 Hanya rakyat yang merdeka pemikirannya menjadi pemangkin kepada sistem politik yang stabil dan aman. Fasa pertama perjuangan Utusan Melayu memerdekakan negara tercapai dengan jayanya. Tetapi perjuangan tidak terhenti di situ, (selepas 59 tahun), organisasi surat khabar seperti Utusan Melayu berterusan untuk agenda merdekanya. Dalam persekitaran sosiobudaya dan politik yang sangat kompleks, cabaran dan harapan kepada wartawan juga sangat tinggi.

 Hari ini saya sudah tidak menyesal kerana gagal menjadi posmen (tanpa secebis maksud memperkecil pekerjaan posmen), malah bersyukur. Kegagalan itu memberikan peluang bersama-sama Utusan Melayu yang menyediakan lubuk pengalaman yang tidak ternilai harganya.

 Utusan Melayu terlalu rapat secara fizikal mahupun spiritual dengan saya. Teman-teman yang baik dan kenangan yang manis semuanya ada di sini. Inilah juga sebahagian kekuatan saya. Saya pasti akan kehilangan mereka apabila tiba pada batas waktu untuk berpisah.

Malam ini (malam tadi) selepas saya menekankan tanda noktah pada catatan terakhir ini, saya melangkah meninggalkan Utusan Melayu yang sudah 32 tahun empat bulan Tuhan menyalurkan rezeki saya melaluinya. Saya bersyukur menumpang hidup di rumah pusaka bangsa ini.



NOTA:

Ini adalah catatan terakhir Pengarang Mingguan Malaysia yang meletakkan jawatan dari Utusan Melayu.  Tulisan beliau yang kontroversial tetapi jujur kurang menyenangkan pihak tertentu.  Ku Seman boleh memohon bersara awal dan menikmati faedah tertentu tetapi beliau menghantar notis meletakkan jawatan  dan tidak menikmati apa-apa faedah. 

Thursday, 24 March 2016

TPM GHAFAR BABA: RAJA ADIL RAJA DISEMBAH

  1. Dari Twitter :
  2. Masakan TPM Ghafar Baba akan berkata Raja adil raja disembah raja dhalim raja disanggah(CATITAN PERBAHASAN PARLIMEN) .Tanpa Tun masa itu Raja bermaharajalela.TMJ ingatlah sejarah
  3. TMJ IMBAS SEJARAH 1992 DI BAWAH DR MAHATHIR.RAKYAT LEBIH INGAT SEJARAH PRIVET ADAM MENGAMUK DI CHOW KIT
  4. Dunia gempar 35 mati beratus cedera serangan bom di Brussels tapi dunia tak gempar ratusan umat Islam mati tiap hari dilagakan Barat


TUNKU MAHKOTA JOHOR HENTAM TUN MAHATHIR


68416
 23 Mac 2016, 4:28 petang      23 Mac 2016, TunkuMahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengimbas semula sejarah hitam pada tahun 1992 semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengingatkan kerajaan supaya tidak mengulangi apa yang berlaku atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa.
“Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan.“Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan SetiaNegeri Johor, ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.“Malah bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. 
Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab,” katanya dalam posting di Facebook.(lihat penuh dalam Malaysiakini dan Utusan Malaysia)

Friday, 18 March 2016

SEKARANG UMNO PULA BOLEH MINTA PRESIDEN PAS BERUNDUR

Haji Hadi kini berimej baru berkopiah warna merah, tidak lagi berwarna putih
seperti sebelum ini
.
KOMEN: LANSKAP POLITIK NEGARA AKAN BERUBAH
TS Zam,
Melihat kepada senario ini ,saya dapat rasakan yang lanskap politik nagara akan berubah selepas PRU14 ,parti jenis orentasi agama dan kaum akan pupus perlahan lahan.
SEKARANG UMNO PULA...
Saya  menyangka bahawa PAS mempunyai kekuatan tersembunyi apabila Datuk Seri Haji Hadi Awang menghebahkan rancangannya untuk kerjasama politik dengan parti politik pembangkang dan NGO.

Tetapi debaran dan keghairahan rakyat menunggu pengumumannya itu runtuh dalam kekecewaan dengan pandangan rendah sebaik sahaja diumumkan kerjasama antara PAS dengan IKATAN - sebuah parti tidak ternama, yang boleh dikatakan tidak mempunyai pengikut, malah intigriti peminpinnya menjadi persoalan masyarakat, khususnya ahli dan pemimpin UMNO sendiri yang pastinya tersenyum kambing dengan pengumuman itu.

Dari sebuah parti yang dianggap berwibawa, tiba-tiba PAS  hilang identiti Islamnya yang menjadi kelebihan dan kekebalannya untuk membawa perpaduan Islam dan Melayu. Imejnya lebih kuat ketika bersendirian.

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bukan Anwar Ibrahim yang walaupun tercalar parah moralnya, tetapi masih mempunyai pengikut fanatik yang setia buta kepadanya.

Apapun kriteria, perhitongan PAS atau presidennya dalam memileh IKATAN tetapi jika strategi ini PAS anggap sebagai  langkah pertama ke arah mencetuskan gelombang besar kebangkitan semula PAS, ternyatalah ia tidak meninggalkan impak yang besar, sebaliknya memperkecilkan imejnya sendiri sebagai sebuah parti politik Islam.

Langkah ini memperlihatkan PAS benar-benar berada dalam keadaan "putus asa" sehingga mahu bergantung di dahan yang busuk dan reput.

Saya menyangka PAS akan berkerjasama dengan PERKASA sebuah NGO berpegaruh besar pimpinan Datuk Ibrahim Ali yang walau apapun dikatakan orang tentangnya, tetapi tidak boleh dinafikan kalibernya yang senantiasa memeriahkan kancah politik tanah air dan tindak tanduknya terus menjadi perhetongan dan perhatian umum.

Dengan Abdul Kadir menjuarai kerjasama dengan PAS, saya tidak fikir Ibrahim Ali akan bersedia menjadi Pak Turut.

Kekuatan PAS berkubu di Kelantan, tetapi dengan intigritinya tercabar kerana penggabungan dengan IKATAN, maka besar kemungkinan kubunya di negeri ini juga akan tergugat dan akan membolehkan penetrasi PAN yang lebih mudah ke negeri itu.

Pakatan politik baru PAS melenyapkan kekuatannya untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO, malah Pas tidak berada pada taraf yang membolehkannya untuk memberikan syarat kerjasama dengan UMNO sebaliknya mungkin orang PAS sendiri yang mahukan Hadi berundur sebelum PRU 14 kerana kopiah putihnya pun telah bertukar menjadi merah.

Benar sekali seperti kata Penasihat DAP Lim Kit Siang, pakatan politik baru PAS ini "seperti kosong tambah kosong bersamaan kosong."




Saturday, 12 March 2016

PENGGUGURAN NAJIB SYARAT KERJASAMA PAS UMNO

UMNO seolah-olah mendapat suatu kepercayaan besar dan kekuatan baru apabila Tun Mahathir berkonspirasi dengan pembangkang untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Kepercayaan inilah yang  memberikan keberanian kepada kabinet untuk menyingkirkan Mahathir dari  Penasihat Petronas. Mahathir walaupun sedar beliau seharusnya  letak jawatan tetapi menunggu tindakan bagi  meraih simpati terhadapnya dan menambah sokongan rakyat.

Memang wajar bagi kerajaan bertindak membuang Mahathir kerana beliau tidak lagi mendokong kerajaan.

Bagaimanapun sebuah  komen  ringkas di facebook mengenai pembuangan Mahathir  itu   menjadi viral dengan tiba-tiba yang membuktikan bercanggah dengan sentimen rakyat dan betapa salahnya perhitungan kerajaan dan pemimpin-pemimpin UMNO.

Inilah komen yang telah menjadi viral yang dikirimkan kepada saya oleh beberapa orang kawan yang memetiknya dari sebuah facebook.Banyak yang saling  bertanya sudahkan membaca komen ini yang menunjukan selari dengan sentimen mereka?. Saya tidak tahu penulis asalnya.Inilah komennya :

"Petronas yang tidak bermasalah, penasihatnya dipecat tetapi 1MDB bermasalah besar penasihat masih memegang jawatan."

Apabila dipetik oleh tweet saya, telah di retweet pula oleh ramai orang yang mendatangkan tidak kurang 30,000 orang pembaca dalam masa hanya sekejap sahaja. Ini menunjukan sikap majoriti rakyat di lapangan pada masa ini.

JASA dan juga lain-lain agensi sokongan kerajaan yang membuat tinjauan di lapangan berasaskan pada penemuan mereka, sewajarnya memberikan laporan sejujurnya kepada menteri masing-masing untuk dilaporkan kepada kabinet bahawa PM Najib sedang menghadapi masalah kredibiliti dan integriti yang sukar sekali untuk diperbaiki kembali, sekalipun dalam pekara yang benar.

Sentimen Melayu yang digunakan UMNO untuk memburukkan konspirasi Mahathir dengan pembangkang terutama Lim Kit Siang (DAP) sudah tidak laku lagi. Orang mahu perubahan dan mereka tidak mengira apa parti pun. Mereka sedia mengundi apa juga Parti asalkan bukan Najib,

Pas walaupun tidak menandatagani "Deklarasi Rakyat" tetapi tidak menolak sentimen ahlinya  turut berada dalam semangat deklarasi itu. Pas mempunyai strategi lain untuk menolak Najib bila sampai masa yang sesuai.

Penganalisis politik UMNO tentunya dapat membaca dari sekarang strategi Pas untuk berkerjasama dengan UMNO dalam Pilihanraya Umum akan datang berasaskan sentimen dan pendirian ahli-ahlinya yang sedar tentang  sikap rakyat terhadap Najib.

Jika Pas berkerjasama dengan UMNO tanpa berlaku perubahan pucuk pimpinan atau tidak ada jaminan yang Najib tidak akan terus menjadi Perdana Menteri, maka kalangan kepimpinan Pas menjangkakan akibat yang buruk kepada parti mereka sendiri yang mempunyai harapan  kemenangan besar.

Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man tentang biawak hidup adalah gambaran terhadap syarat kerjasama PAS dan UMNO.

Di Kedah Pas telah mencanangkan bahwa mereka akan kembali menguasai Kedah dan dalam suatu majlis pelancaran buku Prinsip Haji Hadi di Kuala Terenganu baru-baru ini, pemimpin-pemimpin Pas negeri dan juga nasional telah menyatakan keazaman untuk merebut kembali beberapa kerusi yang akan membolehkan Pas kembali menguasai Terenganu. 

Jika UMNO mahu berkerjasama dengan Pas untuk mengekalkan kuasa maka mereka mestilah bersedia untuk menerima beberapa tekanan dari Pas.

Terlalu memperkecil dan membodohkan Haji Hadi sekiranya UMNO menangapnya tidak sensitif dan tidak menghayati gelombang besar kebangkitan rakyat diseluruh negara yang mahukan perubahan pucuk pimpinan negara.


Nota: Mulai hari ini saya akan bercuti untuk tempoh beberapa hari, oleh demikian semua komen-komen akan disiarkan selepas saya bercuti.

Wednesday, 9 March 2016

MENGAPA WARGA SINGAPURA TAK MAHU BERKERJA DI KEDAI MAKAN

REAKSI PADA TULISAN ZAM
Datuk Zam, dengan segala hormatan, saya warga Singapura hendak maklumkan bahwa bukan orang tempatan - Cina ke Melayu ke - yang enggan bekerja di tempat2 jual makanan. Tapi hakikatnya pelayan2 itu keseluruhan bekerja shift 12 jam, dan dapat rehat 2 hari dlm sebulan saja. Saya ada kawan Malaysia kerja begitu untuk gaji S$1,300/bulan - tempat tidur dan makan ditanggung majikan.
Masalahnya untuk warga tempatan walaupun dibagikan $2,000 dia akan rasa berat bekerja waktu berpanjangan seumpama itu. Dia ada ahli keluarga yang perlu di layani,dia ada hubungan sosial yang dia akan menceburi. Kenapa orang Malaysia sanggup terima keadaan ini? Sebab gaji dia digandakan 3 kali ke nilai ringgit. Tapi berat untuk majikan menanggung: tiap2 pekerja asing di cukaikan kerajaan $700 setiap bulan!!
DI SEBALIK KEKAYAAN SINGAPURA
  1. Walau gaji $2000 pun, potongan wajib CPFnya 20%, jadi gaji bawa balik rumah hanya $1600. CPF seorang tak dapat withdraw hingga umur 65 tahun, dan pada itu pun beransur berapa ratusan dollar setiap bulan saja. Datuk Zam tak melawat pusat makan Geylang Serai market? Warga tua2 berumur 70an buat kerja kemas meja dan buang sampah lagi ... kesian orang Singapore. Kaya raya miskin papa.

Tuesday, 8 March 2016

NILAI-NILAI LEE KUAN YEW SEDANG TERHAKIS



Gambar ini saya rakamkan di hadapan Pasar Geylang Serai di Joo Chiat  Road Singapura pada kira-kira jam 9 pagi  6 Mac 2016. Orang yang lalu lalang tidak mempedulikan seorang manusia terbaring samaada dia tertidur,pengsan atau telah mati atau disinilah tempat rehatnya pada setiap hari maka dia tidak dipedulikan lagi.   









Jika anda telah jalani sejarah Singapura pimpinan Lee Kuan Yew (LKY)dari sejak awal yang bersiri  tindakan dramatik, keras, tegas, pintar dan berani  untuk membentuk masyarakat dan negara Singapura yang maju, kuat, bersih, berdisplin, setia, moden dan terpelajar maka sekarang anda akan dapat mengenali hakisan nilai-nilainya samaada dengan disedari oleh pemerintah atau pemerintah tidak lagi dapat mengawalnya seperti dahulu.

Rakyat Singapura keturunan Cina  sendiri merasa tidak senang kerana keruntuhan ini yang berlaku kerana pendatang asing dari negara besar China telah menjejaskan maruah Cina tempatan.

Pendatang asing dari China bekerja sebagai pembantu kedai dan lain-lain kerja bertaraf rendah, tidak sahaja pelayan di restoran-restoran orang Cina tetapi juga di restoran- restoran mamak  dan di kedai-kedai makan Melayu, umpamanya di Zam Zam Restoran di Arab Street atau di kedai-kedai makan  Melayu di Geylang Serai.

Majoriti rakyat keturunan Cina Singapura dikenali   sebagai  pekerja kolar biru atau golongan profesional. Mereka hanya  mahu menjadi "Taukeh" atau" Tuan".

Orang-orang Malaysia seolah-olah tidak percaya apabila pembawa makanan kepada mereka di restoran Melayu atau mamak di Singapura terdiri dari orang Cina.

Seperti anak-anak Melayu di Malaysia tidak mahu menjadi pekerja atau pelayan di kedai mamak atau Cina maka demikianlah  juga  Cina rakyat Singapura.

Bagaimanapun  mereka terpaksa menerima keadaan ini seperti kita terpaksa menerima pekerja-pekerja dari  Indonesia kerana kita mahu menjadi "Raja"

Kita mudah mengenali pendatang asing dari  Cina di Singapura. Kebanyakan mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, berbasikal  sehingga  tiga orang, membawa anak dan isteri melintas jalan tanpa mengikut peraturan.

Sekarang di tepi-tepi jalan di Singapura juga terdapat peniaga-peniaga haram yang menjual berbagai barangan dan juga pakaian murah. Mereka akan lari bila diserbu polis tetapi datang kembali  ke tempat yang sama bila polis tiada. Ini saya lihat  sendiri dalam perjalanan  dengan teksi di jalan menuju ke Geylang Serai.

Kedai-kedai mamak juga  bebas meletakkan kerusi meja makan di luar restoran, di lorong-lorang atau laman penjalan kaki seperti  kedai-kedai mamak di Malaysia.

Tidak ramai perkerja Indonesia atau Bangladhesi di Singapura. Tentunya kepimpinan negaranya  mempunyai pertimbangan dari segi  keselamatan, ekonomi dan juga motif politik dalam mengutamakan pengambilan pekerja asing dari India dan China. Mereka akhirnya akan diberikan permastautin tetap dalam proses menjadi rakyat Singapura. Jumlahnya telah berjuta.

LKY sering mengingatkan rakyat Singapura bahawa mereka berada di tengah-tengah Nusantara Melayu.

Kajian dan rujukan  secara terperinci perlu dibuat untuk memperkatakan pekara ini tetapi tulisan ini sekadarkan untuk memberitahu apa yang saya lihat bahawa kemasukan pendatang asing dari China ke Singapura sedang  menghakiskan beberapa kualiti  yang mahu dijadikan keagungan imej Singapura oleh LKY.

Bagaimanapun harus diingatkan LKY sendiri pun sebelum meninggal telah ber sikap pragmatik, bertolak ansur dengan  nilai-nilai yang mahu ditegakkannya demi untuk survival Singapura walaupun beliau telah menyatakan akan bangun dari kuburnya kiranya dasar-dasar asas  yang diletakkannya diganggu gugat.

Beliau telah membenarkan perjudian dan kebudayaan kuning (pelacuran dan sebagainya) di Singapura.

Beliau telah membangunkan Singapura dengan tangan besi dari pekara kecil hingga sebesar-besarnya termasuklah tidak mahu budaya Cina  mendominasikan Singapura. Beliau mengharamkan pembakaran gaharu dan perarakan mayat, menghukum keras mereka yang berludah dan membuang sampah di merata tempat, menyebat orang asing  yang  menconteng Singapura (Grafitty) dan mengotorkannya dengan chewing gum.

Demikian hakikat dunia, pengalaman menjadikan manusia pragmatik dan bertolak ansur tetapi yang terpenting kepimpinan negara berjaya meletakkan negara dan majoriti besar  rakyatnya  mengenali dan berpegang terus kepada nilai-nilai yang baik yang  telah membawa perubahan besar dalam membahagiakan kehidupan mereka sebagai bangsa yang maju, makmur  dan bermaruah.

Betapa pun cuba dibangkitkan kesilapan LKY tetapi Singapura tetap lebih menonjol sebagai  sebuah negara maju yang terbina kejayaan  atas nilai dan asas-asas yang teruji dan terbukti benar.


Sunday, 6 March 2016

ALU-ALUKAN MUHYIDDIN TAK KELUAR PARTI TETAPI MAHU DIPECAT

  1. KENAPA KHAIRY TIDAK KEHADAPAN?
  2.  
  3. DARI TWITTER


  4. Ketua Pemuda Umno Wilayah gesa Muhyiddin kembali kepangkuan Umno.Ketinggalan zaman. Bukankah Umno nak buang dia. Ketua Pemuda Umno yang tidak updated dengan maklumat dan tidak dapat membaca politik. Inilah taraf politik pemuda UMNO sekarang.
  5.  Mar 4
  6. Kata Hishamuddin,Mahathir bukan negarawan kerana kerjasama dg pembangkang.Awak anak derhaka Umno minta maaf selepas julang keris simbol bendera Umno. Inilah kewibawaan bakal Perdana Menteri Malaysia.
  7. Ada dua masjid di Onan Road Geylang Serai Singapore ;Masjid Taha ialah Masjid Qadyani,Ahmadya.Sebuah lagi yang merupakan tempat peribadatan orang Islam ialah Masjid Khalid.Keduanya terletak berhampiran di jalan yang sama . Jangan terkeliru. Sembahyanglah di Masjid Khalid.

  8. Sendirian di Spore.Sembahyang Zohor di Masjid Khalid Geylang.Seorang temui saya katakan wajah saya seperti datuknya.Namanya Syed Mohd Barkhiaq. Dia sangat gembira dapat bergambar bersama saya.Pernah lihat saya di Jakarta bersama keluarga lama dahulu tetapi katanya malu nak tegur.
  9. Straits Times Spore di bawah tajuk MAHATHIR GATHERS FOES TO PUSH FOR NAJIB OUSTER,menyiarkan analisis yang membuat konklusi:This is very strange group of people.Could shakeup politics in South-east Asia's third biggest economy.
  10. Dengar khabar P. Raya umum M'sia akan diadakan lebih awal utk tamatkan krisis politik.Tunggu Sarawak.Apapun ini Penyelesaian terbaik.
  11. Shabery Cheek kata Anwar Ibrahim akui dakwaan terhadapnya dg sokong Mahathir. Logik politik ini diatasi oleh kepercayaan rakyat bahawa Najib lebih kotor lagi.
  12. Pemuda Umno kesal tindakan Tun bersekongkol dg pembangkang tetapi bukan suara ketuanya Khairy Jamaluddin,hanya suara pondan2nya.Pemerhati -pemerhati politik heran kenapa Khairy sendiri tidak menyatakan sokongan dalam soal penyingkiran Muhyiddin dan juga Mukhriz.Analisis mudah: mencari jalan selamat sebelum terjun.

  13. pe
  14. Pemimpin-pemimpin besar Umno alu- alukan Muhyiddin dan Mukhriz tidak keluar parti tetapi akan alu- alukan bila keduanya dipecat kerana sertai deklarasi tuntut Najib berhanti. Politik kuda kayu.
  15. Tajuk utama Berita Harian Spore hariini MAHATHIR GABUNG DG ANWAR.Dia menunaikan pegangan dan kepercayaannya tiada musuh kekal dlm politik.Benar-benar political animal.