Saturday, 31 December 2016

MENUJU KE PENGADILAN MAHA TUNGGAL

                                                                             
                                                                                           
                                                                             PERJALANAN ROH
Menteri Pelajaran Dr.Mahathir Mohamad(kiri sekali)
memberikan penghormatan terakhir bersama pembesar
negara kepada jenazah Allahyarham Tun Razak  yang di
letakan di Bangunan Parlimen pada 16 Januari 1976.
Ketika aku mengucap Ina lillah wa ina ilaihi rajiun
Kau bukan mati, perdana
tetapi sekadar istirehat

Dari makrifat sebuah zat
dari perjalanan semalam 
yang penuh perjuangan
Siapapun bakal kembali
Menghadapi ilahi

Yang tak terduga bila serunya 
Ketika air mata gugur berderai
Kami bukan menangisimu pahlawan
Sekadar manifestasi selamat tinggal
menuju ke pengadilan Yang Maha Tunggal

Di makam pahlawan kau terbaring sepi
Berceritalah tentang perjuangan dan pembangunan
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui                                                                 

Al-Fatihah

Sabda S
Kuala Lumpur
13 Muharam 1396
                                                                                                  
Ribuan manusia berbaris panjang dengan sabar menuju ke Bangunan Parlimen untuk memberikan
penghormatan terakhir kepada Jenazah Perdana Menteri Tun Razak.
CATITAN: Penyair tanah air Sabda S mencipta sajak "Perjalanan Roh" ketika  dalam keharuan bersama berjuta rakyat atas pemergian Tun Abdul Razak Perdana Menteri Kedua yang dikasihi  kerana jasa besarnya membangunkan maruah bangsanya pada Rabu 14 Januari 1976 di London jam 6.30 petang waktu Malaysia.

Sajak ini terdapat dalam buku" Tun Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot" karya Zainuddin Maidin setebal 328 muka berharga RM200 sebuah dan belanja pos RM30 yang boleh dipesan terus dari pengarangnya seperti panduan tertera sebelah kanan teratas blog ini.
Ketika negara menghadapi krisis kepimpinan dan berbagai cabaran,mungkin buku ini perlu diteliti semula untuk rakyat  menilai dan memahami arti sebuah perjuangan jujur dan ikhlas  yang penuh dengan pengorbanan termasuk kepentingan isteri dan kesihatan diri.






36 comments:

  1. Entah mengapa hati saya menjadi sayu,lebih2 lagi bila melihat wajah Tun Mahathir berada disitu.Lebih menyayat hati saya lagi Tan Sri bila saya mengenangkan akan segala perbuatan Najib terhadap Tun.

    ReplyDelete
  2. Betapa bertuah parti yang dipimpin oleh Tun Razak pada ketika itu. Tak sama dengan parti2 yang ada pada hari ini. Paling menyedihkan ialah PPBM yang kucar kacir tak ketemu haluan. Bermula dengan tindakan Khairuddin keluar parti, Ainina dipecat, Mahyudin terpalit skandal dan bercuti terlalu lama di Eropah, Syed Saddiq yang masih mentah dan Ezam yang mahu keluar parti serta Ibrahim Ali dan Perkasa yang tak mahu menyertai parti. Saya masih menanti ulasan dan respon Sdr Fendi Ahmad berkenaan berjuta2 orang mahu isi borang PPBM dahulu..

    ReplyDelete
  3. Tan Sri Zam yang saya sayangi lagi hormati sejak kecil,

    1) Anonymous 1.32 nampaknya secara jelas merujuk kepada nama saya. Saya pelik kerana ada juga pembahas di sini yang "peka" kepada kehadiran saya di blog TS Zam ini. Ada baik gunalahkanlah nama sendiri / pengenalan diri ringkas. Jgn berselindung di sebalik "anonymous" sahaja.

    2) PPBM dikata kucar-kacir itu hanyalah mainan media kawalan UMNO. Kalau dikata skandal TSMY + percutian Eropahnya, saya tutup kata itu dengan SKANDAL 1MDB, SKANDAL 2.6 Bilion, SKANDAL SRC International + Percutian sekeluarga di gold coast menyambut krismas seterusnya ke perth dengan menaiki JET Kerajaan sewenangnya oleh Presiden UMNO. Tambah perisa, cybertrooper PH sudah mula bagi "hint" untuk buka semula kisah Port Dickson. Skandal Anina saya tutup dgn kisah skandal lembu. Syed Saddiq terlalu muda saya tutup dengan skandal rasuah 10" juta Kementerian Belia dan Sukan. Sesungguhnya yang jelas berskandal dengan meranap duit negara itu jauh lagi berbahaya berbanding skandal2 peribadi yang entah betul entah tidak.

    2) Pasal Ezam dan Khairuddin, mereka sendiri jelas mengatakan sebab keluar PPBM. Sama ada mereka dlm PPBM ATAU tidak, sebenarnya tiada kesan kepasa "mass." Hakikatnya, marhaen biasa-biasa di bawah sana tidak berapa kenalpon siapa Khairuddin siapa Ezam. Yg mereka kenal ialah Najib Razak, Rosmah Mansor, KJ, bekas Pengarah Air Sabah, Shahrizat Jalil dan petrol.

    3) Berjuta mahu masuk PPBM hakikatnya benar. Gerak kerja saya mendapati hampir 90% kakitangan Kerajaan Melayu yg ditemui mahu masuk PPBM tetapi ada rasa "takut2." Mereka pasti akan mengundi selain dacing tetapi buat masa ini menyokong tanpa mendftar parti dahulu. Org kampung sekalipun, ramai berfikir tak perlu isi borang tapi pasti sokong kerana nama Presiden UMNO sekarang sudah jadi bahan lawak, perlian dan parah untuk dibaiki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa ia sudara lupa, saya tak penah tengok mahnyuddin pergi ke mahkamah untuk hadir scandal lembu yg di buat ITU ketika dia terajui kementerian pertahian asas tahi itu Dan mengkeluarkan fakta menyatakan ADA apabila belaku ketirisan ada dalam kes NFC lembu itu dipalimen, mahnyuddin patut bersyukur laki shahrizah lindung mahnyuddin itu.
      Sebab ITU saya tak yakin mahnyuddin boleh jadi ketua yg baik sebab dia suka hilangkan diri ketika scandal kes NFC lembu dia hanya harap laki shahrizat hadapi sorang diri .

      kalau sekat letak nama muka orang nak gelemor tak guna juga ia
      Sebab aku lebih suka guna anonymous tulis fakta sebenar

      Delete

    2. Saudara Fendi,

      Saya amat setuju dengan point nombor 3 saudara itu.

      Delete
  4. Tahniah PPBM kerana belumpun setahun telah berjaya menarik perhatian dan menggundah gulanakan ramai orang.
    Yang tak berminat tak payahlah nak kacau daun.

    ReplyDelete
  5. Anon 1.32..

    Fendi Ahmad tu penulis buku teks sejarah dunia tingkatan 4.
    Hahaha

    ReplyDelete
  6. Yang lebih nampak hina ialah Muhyiddin terpaksa mengemis kerusi dari rakan2 pakatannya. Kerja mengemis kerusi ini biasanya dilakukan oleh parti yang tiada kekuatan teras yang mengharapkan undi ahli2 parti pakatannya.Sdr Fendi Ahmad jika mahu maju jangan tutup kes2 kemaluan PPBM dengan kesalahan parti Umno. Ya, Umno bersalah. Tapi jangan tutup pekung PPBM dengan alihkan isu sebegitu. Kerana ia tidak akan berjaya menambah keahlian PPBM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukankah itu strategi org2 umno... alihkan kesalahan najib dgn mengutuk tun M sehabis2nya?

      Delete
    2. Kesalahan Najib & Jho Low mentekedarah wang Negara dan Rakyat tidak dapat kita nafikan lagi, malahan di seluruh dunia sudah pun tahu "pekong" mereka,,di Singapura 2 buah bank di arah tutup oleh kerana terpalit dengan kes rasuah 1MDB, kita sebagai rakyat harus berlapang dada dan kena terima bahawa memang Peminpin kita terlibat secara langsung dengan rasuah 1MDB,jangan lah kita melindungi akan kesalahan beliau. Yang bersalah tetap bersalah.....!!

      Delete
  7. Khairuddin berkata PPBM parti yang masih baharu dan sememangnya perlukan perhatian siang dan malam daripada presiden parti.

    “Kalau PPBM sudah mantap tidak mengapa, tetapi PPBM baru ditubuhkan. Tindakan Muhyiddin bercuti tidak wajar dan tidak bijak sama sekali.

    “Lepas PRU kalau dia hendak bercuti, bercutilah. Tetapi ini masa untuk kita kumpul tenaga, turun habis-habisan. Ini tidak, keluar negara berminggu-minggu,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saudara nyatakan bila dan dimana Khairuddin keluarkan statement ni? Adakah mana-mana media membuat liputan mengenainya?

      Delete
  8. Melayu yang setia menyokong UMNO adalah Melayu paling bangsat dan bodoh dalam dunia:- Naza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak semestinya begitu Anon 1705l4. Kerana yg menyokong Umno itu kadang2 ibu ayah, abang kakak, cikgu dan kenalan anda. Adakah kerana perbezaan pandangan politik anda sanggup membodohkan mereka?

      Delete
    2. 16.12...kita tak perbodohkan mereka. Kita tau yg mereka tak bodoh, terutamanya yg ada jawatan...sure ada masyuk punyaaa. Kita cuma meluat dgn mereka yg masih menyokong umno.

      Delete
    3. Yg dapat AP, projek (termasuk projek atas angin), anak dapat scholarship, dapat kutip consultation fee million million sana sini...semestinya lah mereka sokong, semestinya lah mereka bijak, tak bodoh. Yg dok tungkus lumus cari makan tapi kena bayar gst macam kita ni haaa, kita ni bijak ka bodoh?

      Delete
    4. Ya, yang dapat AP tu Mirzan, Mokhzani, Eric Chia, Tony, Tajudin, Daim, Ananda, Tokey Genting, Robert Kuok, dan lain2 kroni Mahathir pengerusi PPBM juga yang sapu dan lahap semua projek2 mega negara. Anak2 Mahathir jadi billionair, Mukhriz pun tak kurang kaya dan jutawan juga..

      Delete
    5. Tokey-tokey genting tu sapa? Cuba kaji sejarah Genting Highlands sikit. Cek kat wiki. Yg pasti madey dan keturunan dia tak terlibat.

      Dan mahathir dah bersara lebih 10 tahun dah. Hang nak spin apa lagi? Ananda dapat AP apa? Sapa mula mula bagi lesen monopoli kat robert kuok? Tak tau tok sah sembang la.

      Tony dapat AP apa...dia yg selamatkan AirAsia, paham?

      Mokhzani dapat AP, dia jual AP ka kereta? Cuba pi cek tengok.

      Jangan la selalu bagi org hantam kata hang ni bodoh...

      Delete
    6. Anon 10.29 tony dapat AP jual kapal terbang kaa? Mana showroom? Kah kah kah

      Delete
    7. Jho lho tak dapat AP.. billionaire jugak. Dia meniaga apa 10.29?

      Delete
    8. Kalau tak kena cukai pergi duduk dalam hutan, Di brunai pun ada gst bagi pelajaran percuma tapi kau tengok ketenteraan brunia macam mana helicopter tak mampu nak servis Dan jet pejuang pun tak ada dan kapal perang pun terpaksa dijual balik, senjata beli yg murah je walau Negara brunai kaya bagi subsidi pada Rakyat, kalau berperang dalam masa 1jam negara dia tawan.

      Delete
    9. 00.19...nak divert pun bijak laa sikit bro. Taktik lama hang tu dah lapuk. Bila orang bising pasal cukai, isunya lebih mendalam, bukan sekadar bayar cukai. Isunya ialah rakyat marah kerana perbelanjaan kerajaan tidak transparens. Cukup takat tu aku cakap....tulis banyak2 kang hang tak paham.

      Delete
    10. Brunei ada perjanjian keselamatan dgn britain. Tak tau, jgn tunjuk pandai.

      Delete
    11. "Kalau tak kena cukai pergi duduk dalam hutan"....tahap ni punya bahas? Macam ahmad maslan suruh student masak nasi goreng tanpa gst lepas tu hias dgn timun dan cili dalam kuali, zainudin suruh masak kat ofis, rahman dahlan suruh keluar rumah awal elak tol, najib suruh pakai barang second hand, jadi drebar uber, jual nasi lemak...lebih baik awak 00.19 pergi bahas di mykmu, awak akan diangkat sebagai ikon di sana

      Delete
    12. at least sultan brunei ambik pot bila adik dia songlap duit billion billion. ITU pon awak tak ADA paham...paham? Harga minyak dah turun, brunei mana ADA kaya lagi...paham?

      Delete
    13. Anon 10.29 3hb januari terdiam terus kena lanyak. Kalu ilmu tak cukup, jgn temberang kat sini saudara.

      Delete
    14. 1280 K Tmn Malik4 January 2017 at 19:57

      Nak apply jual Badak Sumbu @ Kak Mah boleh?

      Delete
  9. Salam Tan Sri.

    Kita harus maklum...didlm mana2 pertubuhan...tentu ada masalah.
    Lebih2 lagi pada pertubuhan yg baru.

    Ini pun pernah terjadi pd Pakatan Rakyat PR semasa penubuhan Parti dlm tahun 2008 bila berjaya menawan 5 Negeri selepas GE12.

    Ini lumrah....dan PPBM juga tidak terlepas dari permasalahan yg serupa.

    Tetapi kita wajar melihat semua ini dgn lebih realistik dan tidak hanya melihat kpd perkara2 yg remeh.

    Jika kerana Mahyuddin bercuti panjang...Khairuddin yg keluar parti atau suara Aninna yg 'mengamuk'mahu pun Ezam yg 'tidak puas hati'..atau Ibrahim Ali yg berkelakuan pelik dan tidak mahu bekerjasama dgn Tun M...maka kita terus membuat andaian bahawa Parti PPBM bermasalah....ini adalah suatu pndgan yg kurang bijak.

    Selain Mahyuddin....mereka2 yg sy sebut diatas bukanlah 'heavyweight' politik yg boleh memberi kesan atau impak yg besar hingg boleh menyekat kemaraan PPBM kedepan untuk menjatuhkan kerajaan BN.

    Semua permasalan yg kita dngar hanyalah perkara remeh yg diperbesar2kan oleh Umno untuk nenakut2kan dan memperlekihkan PPBM kerana rasa gerun menjelang GE14.

    Bak kata org Putih....'not see the forests for the trees'.
    Kita cuma melihat perkara yg kecil tetapi tidak melihat tujuan dan matlamat yg lebih besar.

    Sekali lagi sy berkata...semua permasalan dalaman PPBM diwaktu terdekat adalah isu2 yg terlalu kecil sahaja sedangkan Parti telah membuktikan berkemampuan untuk terus maju kehadapan.

    Malah...apa yg umum lihat adalah keyakinan rakyat terhadap Parti makin terpancar....dan jika sekalipun mana2 org Melayu yg tidak menjadi ahli PPBM tidak bererti rakyat tudak boleh memangkah atau menyokong kelak.

    Kita harus menerima hakikat bahawa rakyat...terutama org Melayu telah lama dipermainkan oleh Ketua2 Melayu Umno sendiri....hatta org Melayu sendiri yg mahu pembaharuan.

    Umno sekarang bukan lagi spt Umno dulu.
    Perjuangan telah tersasar dan kini pilihan yg ada cuma Pas atau PKR dan kini PPBM.

    Umum rahu perjuangan PPBM juga telah disokong oleh PKR dan DAP .. dan perkembangan ini sngat2 menakutkan Umno.

    Tujuan PPBM adalah jelas..mahu menyelamatkan negara dari dihancur terus dibawah pimpinan Najib Razak yg penuh kontroversi dan tidak perlu huraian lagi.

    Malah sy percaya...masa sahaja akan menentukan kekuatan PPBM dan kejatuhan Kerajaan BN.

    Sy ulangi....org Melayu sendiri yg mahu pembaharuan kerana rasa kecewa teramat sngat dgn Umno.

    InshaAllah.

    ReplyDelete
  10. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

    mencari keadilan kerana Allah lain dari tu semua tipudaya
    syaiton

    ReplyDelete
  11. Cetek sungguh pemikiran yang kata org yg menulis guna nama guna gambar ni sebagai mahu glamor. Lebih selesa guna anonymous menulis fakta. Sekurangnya saya berani dan bertanggungjawab penuh apa yg saya tulis dan hebahkn. Kalau mahu glamor baik saya sokong PM dan UMNO, pasti saya akan dapat masuk Utusan dan TV3 sbb saya tayang nama dan muka dlm tulisan / komen saya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PPBM yang baru bertapak beberapa bulan dalam arena politik negara itu hanya bergantung kepada kredibiliti yang terdapat pada Mahathir. (PPBM) ada sedikit kelemahan, dari segi kepimpinan dalam parti. Parti ini dilihat dipimpin oleh seorang pemimpin saja. Tidak nampak Tun Mahathir dibantu oleh pemimpin lain. Parti ini sebenarnya bergantung penuh pada aura Mahathir.

      Delete
  12. Soalan hypotheses: kalu Genting Highlands dan magnum 4d taja pi haji...ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1280 K Tmn Malik4 January 2017 at 20:00

      Boleh, tapi Haji Las Vegas ikut Abang Abdul Azlina Bin Othman Said. Tawaf jackpot dan blackjack table...

      Delete
  13. panglimo potaseh4 January 2017 at 13:05

    Itu lah tanggal 14/1/76 .. hari yg aku lihat pertama kali bapa ku nitis beberapa titik airmata. Hari pertama kali aku perasan, ayah aku beli buku .. buku perihal Razak karangan Subki Latif.

    Kalu Rahman dilihat berjaya menanggalkan saka yg boleh mendatang musibat masa akan datang.

    Maka Razak pula telah mengolah DEB,iaitu ramuan yg diambil drp Sosialis Komunis Russia .. sebagai penawar penyakit umat Melayu.

    Usaha Razak dgn DEB tampak lancar .. masa tu kerajaan beri rm55 sebulan utk aku ambil HSC .. rm55 tu nilai 40 tahun dulu .. roti canai masa tu 20 sen je, kasut Trovolta baru rm18, Jeans Levis ori. rm37.

    Bila aku masuk ITM, aku di bagi 3 kali mkn percuma, tmpt tinggal percuma, peralatan pon free .. daftar pulak setelah dirunding bayar rm10 je .. aku nasib baik kursus aku tiap sem ada kerja luar dpt lah aku rm800 satu sem .. aku ckp kat ayah aku tak yah hantar duit .. camne ayah aku tak nanggis bila Razak meninggal.

    Era Usin dia hanya nyambung apa yg Razak buat dia tak mahu memandai-mandai. Lagi pun dia sibuk nepis geletek drp Chedet.

    Era Chedet harga petrol sgt tinggi hasil drp Perang Irak .. Malaysia jadi kaya. DEB era Chedet tidak lagi seperti era Razak .. lebih lagi bila Chedet berpasangan dgn Sudara Nuar yg berbatik disiang hari, berjubah pada senja dan malam bersinglit.

    DEB dah jadi biznis anak-beranak, ipar-duai .. aku ingat sebaris kata hikmat Chedet masa tu "kalu tak bagi projek ini pada depa ini .. sapa lagi Melayu yg mampu buat"

    Era Dolah .. Dolah telah memilih cara Chedet utk kendali projek yang melibatkan anak-beranak dan ipar-duai.

    Ha sekarang Zaman Najib pula. Najib dah pun melebar layar tapi aku tak tahu apa yg dibuat dengan sauhnya. Tapi telingga aku sememangnya mendengar yang Najib pada masa sama melabuh sauhnye .. kalau camtu, macam mana kita nak belayar kedepan? Tenggelam mungkin.

    Lepas Najib siapa pula .. aku tak nampak yang layak, yang berohkan jiwa Razak.

    Samada kalangan mereka drp kerajaan atau pun pembangkang, mereka ada sejarah melanun .. kita perlu barisan baru yang bukan drp kalangan lanun. Yang ada roh Razak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 13.05 di kala ku faham kerisauan mu tentang siapa kelibatnya sang pengganti najib, ada sinar mendatang menjawab segala kerunsingan mu...ahmad maslan for PM...heep heep horay!

      Delete
  14. Tengah seronok menonton game show kendalian arwah Karim Mohd di Rtm.tiba tiba rancangan dihentikan..muncul Arwah Hussein Onn bercakap secara langsung dikaca tv berselang seli dgn tangisan mengumumkan pemergian TAR..aku baru darjah dua masa tu.betapa marahnya aku bila seronok melayan game show tiba tiba siaran dihentikan.esoknya sedang bersiap ke sekolah datang berita , sekolah cuti.jadi seronok pulak..sekadar menyingkap kisah silam.zaman kanak kanak.

    ReplyDelete