Thursday, 8 December 2016

APA AKAN TERJADI JIKA TUN MAHATHIR HADIR DIUPACARA INI.

Tidak dapat hadir kerana tiada
kerusi untuknya
RAFIDAH TANYA KENAPA MAHATHIR DAN TIDAK YANG SCANDAL?

SIAPAKAH YANG AKAN KESIPUAN JIKA BEKAS PERDANA MENTERI TUN DR.MAHATHIR MENGHADIRI ISTIADAT MENANDATANGANI SUMPAH JAWATAN YANG DI-PERTUAN AGUNG DI ISTANA NEGARA PADA 13 DISEMBER DEPAN- DATUK SERI NAJIB ATAU MAHATHIR?
Kita dapat menjangkakan apa yang akan berlaku sekiranya Tun hadir di upacara itu iaitu pastinya tetamu kehormat yang berperadaban akan menumpu kepada Tun untuk berjabat tangan atau mencium tangannya sebelum atau selepas upacara.

Ini akan meletakkan pemimpin Barisan Nasional terutama Perdana Menteri dan Menteri-Menteri berada dalam keadaan serba salah atau kesipuan. 
Tentunya pihak keselamatan tidak dapat  melarang sesiapapun juga untuk menemui Tun Mahathir di majlis itu.
Mahathir menerima undangan untuk hadir diupacara itu  dari Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu  pada 10 November lalu dan maklumat  pembatalannya dari pihak yang sama pada 13 Disember.

Ini  mendedahkan kesilapan dilakukan oleh Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu kerana tidak memaklumkan lebih dahulu kepada Jabatan Perdana Menteri. 
Pembatalan itu dibuat setelah Mahathir menjawab akan hadir bukanlah bertujuan untuk memalukan Mahathir tetapi adalah untuk mengelakkan "Kesipuan" yang akan dihadapi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib jika berlaku pertembungan dengan Mahathir.
Dalam hal ini tidak ada kerugian kepada  Mahathir. Beliau tidak akan dipandang hina sekalipun tidak   ada sesiapapun datang menemuinya sebaliknya akan menimbulkan simpati yang lebih tinggi kepadanya kerana umum melihat penghinaan yang sudah keterlauan telah dilakukan terhadapnya.
Maka itu sebelum meletusnya suasana KESIPUAN di majlis yang paling berkemuliaan dan berkedaulatan itu, tindakan tegas mesti diambil oleh Jabatan Perdana Menteri walaupun  timbul anggapan buruk rakyat  bahawa "Istana Negara adalah milik Najib dan BN"

Tun  Dr Mahathir Mohamad mengesahkan menerima surat pembatalan undangan ke istiadat menandatangani sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 13 Disember depan.
Ia menjelaskan pembatalan itu bagi “mengelak kesipuan (embarrassment)” kerana tiada kerusi untuk Mahathir disediakan pada acara itu.
Menulis di blognya hari ini, Mahathir mendedahkan beliau menerima undangan untuk hadir pada 10 November lalu.
Mengulas reaksi terhadap pembatalan undangan itu , Mahathir berkata:“Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.”

"Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti BN,"katanya.

Sementara itu bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan rasa tidak percaya bahawa jemputan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghadiri majlis angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong yang baru, telah dibatalkan.
Rafidah bertanya sama ada kehadiran Dr Mahathir dianggap oleh pihak pihak tertentu akan mencemarkan majlis tersebut.
Menurutnya, sesiapa yang berpalit dengan skandal adalah yang sebenarnya membawa 'kesipuan', tetapi beliau tidak menamakan sesiapa.
"Walhal kehadiran sesiapa yang berpalit dan bersalut skandal, rasuah, salah urus tadbir, dsb adalah sebenarnya membawa "kesipuan" kepada apa jua majlis.
"Tidak begitu?" kata Rafidah dalam satu catatan di Facebook.


43 comments:

  1. Sayang Melayu buat istana, tapi kerusi tak cukup. Memang sah ruang otak pembesar2 melayu telah dipenuhi Taek Low akibat amalan pemakanan najis dan rasuah jijik.

    ReplyDelete
  2. Maaf Tan Sri.....saya tidak dapat menahan air mata saya jatuh nercucuran apabila membaca kesah sedih ini walau dari mana2 blog sekali pun,apatah lagi dari blog YAB Tun sendiri......bertapa begitu zalim dan hinanya perbuatan
    mereka semua terhadap YAB Tun.Saya amat berharap supaya pihak Istana khususnya dan Pejabat penyimpan Mohor Besar Raja2 Melayu dapat memberi jawapan dengan kadar segera untuk menghilangkan rada gusar rakyat terhadap institusi Raja2 .Melayu

    ReplyDelete
  3. Sokong 100 peratus anon 21.53.

    ReplyDelete
  4. Tan Sri....ada yang meminta Tun datang,tetapi bagi saya lebih baik Tun tak datang,kalau Tun datang hanya akan menjatuhkan martabat Tun sajad.Tetapi dengan ketidak datangan Tun akan menambah lagi simpati rakyat pada Tun.

    ReplyDelete
  5. Pembatalan jemputan kerana TIADA kerusi untuk Tun M.... bagi mengelak kesipuan.

    Confirm event yg penuh kontroversi ini akan mendapat liputan meluas. Dan wartawan asing pun mesti nangis tergelak mengulas kisah kesipuan.

    ReplyDelete
  6. Takpa, nanti PRU 14 jangan beri satu kerusipun kat UMNO/BN

    ReplyDelete
  7. "Tak ada kerusi janganlah semua masalah itu nak dihempap kepada saya"

    "Kalau benar tak ada kerusi tentulah isteri saya dah buat sesuatu"

    ReplyDelete
  8. Bagi saya ini adalah satu isyarat kepada kehadiran,atau kedatangan sebuah kebodohan paling 'Agung' dalam sejarah me-layu moden.Kebodohan itu yang akan ditabalkan sebenarnya.Jadi elok sangatlah jika majlis itu dipenuhi oleh pemakan-pemakan dedak dan watak-watak badut masakini sahaja.

    ReplyDelete
  9. Untuk memadam 22 tahun jasa Mahathir itu adalah sesuatu yang tidak mungkin.

    Apa pun yang hakikat tetap menjadi hakikat. Fakta tetap menjadi fakta.

    Inilah penanda aras kematanngan dan relevan sesuatu tindakan itu.

    Kami melihat bermacam senario yang berlaku sekarang ini. Dulu-dulu tak pernah terjadi tapi kini terjadi.

    Jangan lupa kami rakyat ada akal untuk berfikir walaupun mulut tidak bersuara.

    ReplyDelete
  10. Kesiannya Malaysia.
    Takda duit dah nak beli kerusi.
    Boleh minta orang sponsor kerusi.
    Kan....

    ReplyDelete
  11. Kira kita meluahkan rasa terharu/sedeh diatas perbuataan mereka terhadap TDM maka perkuatlah dan ajak seberepa ramai yang bolih kawanx bagi menentukan PRU14 kali ini adalah hadiah last call untuk TDM.Kita cuba main saham pak man telo,satu orang cari 10 kenalan lain bagitu seterusnya,insaallah akan berjaya.

    ReplyDelete
  12. Tun tak perlu bersedih. Walau pun tidak dijangka, ianya tidak mengejutkan. Tun tetap seorang negarawan. Rakyat boleh menilai semua ini. Sokong anon 00.20, jangan lupa rakyat ada akal.

    ReplyDelete
  13. Orang tak jemput ,kau kenapa nak datang ,apakah Tun muka tak tahu malu Dan muka tembok .
    Lagi satu lagi apakah Tun m masih memegang jawapan PM sila jawab.
    Kalau raja tak jemput Tun m dan najib pun tak jadi kudis bagi mereka ini majis

    kawan aku tak jemput aku pun Anak dia kahwin pun aku tak kesah, apa Tun m tak ada muka tahu malu
    Penting sangat ke benda ITU
    Tun m dah seperti anwar, raja tak jemput anwar minum tea pun Dari penjara bamboo river ITU pengikut anwar dah bising

    Korang perkara kecil pun nak politikkan aku Malaysia dah tahap teruk fanatik sangat dengan Tun m,anwar Dan najib,

    Aku apa najib tak betul aku basuh dia, tak macam kaorang semua fanatik sangat, aku masih ingat lagi bila najib leka dengan 1malaysia aku basuh dia sebab kita masih gagal mecapai 30% ekonomi bumiputera seperti era Tun m Dan pak lah masih gagal mencapai 30% ekonomi bumiputera sebab telalu leka dengan Islam hadari dan wawasan 20202 dia ,
    Tak salah ada slogan pentakbiran dia sendiri tapi kalau leka di buai mimpi baby kecil dibuaikan oleh IBU bapa seperti pengikut dia memuji dia melabung tinggi sehinggakan tertidur Sampai bila pun ia tak berjaya .

    Aku sendiri berani basuh Tun m sebab itu dia gagal 30% pemilikan ekuati bumiputera setelqh pentakbiran 22tahun .

    Tun m telalu leka dengan anak nak jadi pm 'nak berjaya seperti anak orang lain sehinggakan meninggalkan perinsip dia bina semasa dalam umno dulu, yg anak ITU usaha sendiri jangan nak menharapkan orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya Tun Mahadir tak hadaup sangat nak pergi.
      Bukan dia yang patot malu sebab dah jemput, tetiba
      ditarik balik jemputan tu.
      Majlis Raj-Rajalah yang patut malu.
      Miskin sangat sampai sebijik kerusi pun tak mampu beli!!!!
      Sah, Ekonomi Malaysia memang dah lumpuh.

      Delete
    2. dah makan ubat belum?

      Delete
    3. Baguslah kau suka basuh ITU...tolong basuhkan najis Najib dan Rosmah sbb satu dunia bau busuknya..kau kan rajin basuh ITU....ha..ha...pencacai... geli hati nenek...

      Delete
    4. Jangan lupa Tun dianugerah DK Kelantan (Darah Kerabat).

      Adakah kerajaan Najib mahu memalukan DYMM Agong yang baru?

      Delete
    5. Anon 10.36..awak ada tanya ITU amak sama bapak awak kalau ITU orang derma ada bagi balik, ADA? ITU orang malayu ADA jemput orang lapas ITU ada cakap jangan mari, ADA? Awaaa orang malayu atau bangla mari? Cakap malayu macam taraaa sekolaaa punya.

      Delete
    6. Jangan sabitkan Raja... Kalau Nak bodek pm pun

      Delete
  14. Pada hari Jumaat yang mulia ini dan juga pada bila bila masa saja sentiasa mendoakan Allah melindungi Tun sekeluarga.Aminn.Semoga Tuhan merahmati serta membalas segala jasa baik Tun kepada negara.

    Memang yakin ada pihak sedang kegelisahan yang amat sangat di sebalik tindakan ini.'Somebody is trying to hide from Tun 'sejak 'Nothing to hide'.





    ReplyDelete

  15. Saya khuatir lama kelamaan, rakyat akan hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap institusi ini.

    Institusi yang sepatutnya bersikap memayungi rakyat keseluruhannya, tanpa mengira pegangan agama, bangsa, kaum, kepercayaan dan ikutan politik.

    Sepatutnya institusi ini menyatupadukan rakyat, sambil prihatin terhadap kegusaran, rintihan dan masalah rakyat.

    Malang sekali institusi ini telah membisu seribu bahasa tentang masalah besar yang menimpa rakyat dan negara malah kelihatan seperti merestui dan bersekongkol dengan pihak yang bertindak zalim dan sombong terhadap rakyat.

    Jika pihak institusi payung ini memilih untuk berpihak kepada si penzalim, penyamun dan penipu, maka rosaklah institusi itu sendiri.

    The damage will be irreparable - kerosakan yang tidak dapat diperbaiki lagi.

    Maka tunggu sajalah keruntuhan dan kehancuran.

    Semoga negara ini dihindari dari segala bala bencana.


    ReplyDelete
  16. Tak perlu guna bahasa kiasan dengan orang umno ni. Cakap direct jerrr kat dia orang, tunjukkan perasaan marah anda. Guna bahasa seperti kau/aku/hang/lu/gua/woi dgn pakcik dan makcik umno tak salah, tak perlu segan silu. Kalau puteri yg datang, yg lawa saya mintak nombor telefon, yg size badak saya halau.

    ReplyDelete
  17. Tak perlu ambil kisah lah. Mungkin anggota kabinet tak senang duduk dalam majlis bersama tun, berpeluh nanti. Tun pun sedia maklum, mana mana dia pergi pun orang akan serbu cium tangan dia. 5 tahun lepas di the mines saya sempat salam tangan dia. Ada sorang bodyguard jerr. Ada family arab kat situ pun excited nak ambil gambar dengan dia. Bayangkan walau dah pencen, orang luar pun kenal. Baik tun jelajah satu negara jumpa rakyat biasa, seperti dulu dulu. You belong to the rakyat, go to them.

    ReplyDelete
  18. Dimana pengkomen waghih dari rombau.....tak mau komen kerrrrrrr??..?hahaha.....ini dah gilo......

    ReplyDelete
  19. Hanya pengikut fanatik tun m dan anwar ini sebab ITU siapa tak berfikir akan ikut mereka ITU,

    Aku tengoklah pengikut Tun m dah contoh pengikut anwar ITU, cuba korang berfikir
    Anwar tak dapat minum tea dengan agong dia meroyan
    Agong tak bagi Tun m hadir ke majis dia tun m Meroyan

    Nampaknya Tun m Cuba guna taktik simpati pada penyokong dia hanya orang bodoh je terkena taktik simpati itu,

    APA bodoh korang cepat sangat terkena taktik simpati Tun m itu,

    Zam ITU taktik Tun m gunakan minta simpati pada pengikut dia, kalau tengok taktik anwar Dan Tun m seakan2 sama je,

    Macam ini 'aku akan ajar korang macam mana sorang ahli politik minta simpati
    Taktik simpati pengikut Dan Rakyat pada pemimpin
    1)dia akan cari isu untuk meminta simpati terutama pengikut fanatik dia
    2)dia kan buat simpati pada rakyat konon dia teranyar seperti ini konon najib tak bagi hadir ke majis agong ITU, konon Tun m arahkan polis pukul anwar itu
    3)ada akan orang konon akan mendoakan Tun m selamat Dari kekejaman najib ITU 'Cara agama digunakan minta simpati.
    4)cara paling popular biasanya di perkaranan mahkamah dan pekaranan luar palimen untuk minta simpati
    5)media sosial untuk minta simpati walau pun cerita menipu minta simpati

    5Cara biasa digunakan untuk minta simpati oleh ahli politik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typical write-up from a macai.

      Merapu-merapu tak tentu hujung pangkal.

      Dia yang meroyan, dia yang merepek dia tak sedar.

      Delete
  20. pru 14 nanti umno akan menang bergaya. ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sah pembaca sejati Utusan n tv tigasuku

      Delete
    2. Boleh...tapi dlm mimpi jer la.

      Delete
  21. 12 Disember ini, kesipuan yang amat bakal menjelang. Bukan di Istana Negara, tetapi di AS tatkala mahkamah memulakan sidang pendengaran ke atas kes 1MDB. Barang sesiapa yang memakan cili, maka akan tersipu-sipulah dia kepedasan.
    http://www.reuters.com/article/us-malaysia-scandal-ruling-idUSKBN13X2O5?il=0

    ReplyDelete
  22. Lihatlah betapa besar pengorbanan yang Tun M lakukan demi menyelamatkan negara tercinta ini. Segala-galanya telah beliau dikorbankan. Keistimewaan ditarik, anak hilang jawatan MB, saban hari dihentam kiri-kanan oleh media kerajaan, anak-anak beliau yang lain hilang business opportunity, dan kini dimalukan apabila jemputan ditarik setelah persetujuan untuk hadir dinyatakan.
    Pada usia yang sebegitu, beliau sepatutnya menikmati hari tuanya dengan layanan-layanan VVIP diberikan bersesuaian dengan status beliau sebagai bekas perdana menteri tetapi beliau telah memilih jalan berliku. No more bed of roses. There is no turning back.
    Kalau dulu beliau dihormati, disanjungi dan dipuja sebagai negarawan, kemana beliau pergi beliau dimuliakan seolah-olah seperti raja, kini taraf beliau kini telah jatuh dengan begitu teruk. Itulah harga sebuah PERJUANGAN. Anwar Ibrahim selalu berkata masa dia muda-muda dahulu, 'kalau takut ambil risiko jangan bercakap soal perjuangan'.
    Beliau sanggup diperlakukan sedemikian rupa dan turut sama turun ke bawah bersama rakyat berjuang membetulkan keadaan.
    Tiada apa lagi yang tinggal. Kini statusnya bukan siapa-siapa. Nobody..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada Jalan sengkat untuk anak jadi pm, kita bukan seperti Singapore letak boneka chok tong tong sampai bila masa anak bersedia barulah keluarga Lee kuan yuew ambil balik jawatan pedana menteri itu, Tun m kena ingat umno bukan seperti keluarga Lee segala2 mereka berkuasa dalam Singapore itu malah syarikat kerajaan pun suruh keluarga Lee berkuasa taktik perurusan parti pap sama seperti dap keluarga berkuasa.
      Jasa memang kita kenang 'itu jasa Tun m 22tahun bina ITU ini, tapi telalu manjakan kroni menyebab tun m rosak tak kita nak biarkan je sila jawab,ia.
      Sepatutnya Tun m buat sesuat bermakna untuk Rakyat bukan tambah kerosakan dia buat dulu, ada sebab aku tak nak biarkan keluarga Tun m berkuasa dalam sebab umno bukan parti keluarga seperti keluarga Lee pap Singapore ITU, dahlah golongan fanatik berfikirlah tebuka.
      Kalau keluarga Tun m dah gagal tak akan kita bagi peluang Lagi pada Tun m ,nanti kroni Tun m buat masalah macam dulu korang jawab ke?.. Bila kerajaan ada masalah Minta tolong ,kroni itu semua larikan diri 'seperti Suharto kroni dia lari diri ke Singapore,Hong Kong dan taiwan apabila krisis ekonomi 1997-98 dulu, nasib baik umno dan bn bijak dulu,kalau tak kroni lari diri ke hongkong, Singapore dan Taiwan itu, macam yg lepas dah kenyan kroni itu lari akan diri ke hong kong

      Delete
    2. 21.17...hidup kalau merapu merepek tak henti , lebih baik kau pi mampos. Maaf yerr bahasa aku kasar, aku sekadar ikut trend pemimpin2 kamu.

      Delete
  23. Saya meminta kerjasama media troopers Datuk Seri Najib atau UMNO supaya memileh orang yang dapat menggunakan bahasa yang sempurna dan tata bahasa yang baik untuk menulis komen di blog ini kerana bahasa adalah menggambarkan jalan pemikiran.
    Saya beri contoh bahasa yang buruk tanpa punctuation yang betul dengan menyiarkan tulisan pemakan dedak seperti diatas yang tentunya tidak meyakinkan pembaca malah menyebabkan orang memandang rendah pada penyokong Najib.
    Saya tidak hanya menyiarkan tulisan pro Mahathir tetapi juga yang anti Mahathir tetapi tulislah dengan sempurna jika tujuan untuk membuka fikiran ramai bagi membantu Najib.

    ReplyDelete
  24. Najib & kuncu2nya memang pengecut tak berani bersemuka dgn Tun Mahathir. Itulah sebab hakiki sebenarnya puak mereka menghasut supaya mereka dapat mengelak atau melarikan diri dari Tun Mahathir. Jelas sekali Najib dan puak2nya hanya berani cakap besar di belakang atau ketiadaan Tun Mahathir.

    Selain itu, Najib & puak2nya jealous & khuatir mereka tak dapat perhatian di majlis itu nanti kerana Dif2 Kehormat & Wartawan2 pasti lebih berminat & mengerumuni Tun Mahathir yang lebih menonjol & dihormati ketokohannya.

    ReplyDelete
  25. Istana negara tak cukup kerusi
    Kerana banyak kabinet kayu di parlimen

    ReplyDelete
  26. PAS ADALAH PEMBANGKANG YG BAIK SEHINGGA KIAMAT......PAS MESTI PASTIKAN DAP DAN PAN AKAN MENERIMA PADAH DGN PERTANDINGAN 3 PENJURU....UMNO AKAN TERUS MEMERINTAH....TQ PAS.....TQ ISMA...

    ReplyDelete
  27. Dendam kesumat pas pada Pan akan menyebabkan umno menang.....tahniah pas.....kekallah menjadi pembangkang yg baik.....umno bole buat apa saje sebab menang pru depan sudah menghampiri....tk pas....mari kita ajar pan....hahaha

    ReplyDelete
  28. Pimpinan pas sudah bersepakat utk mengajar pan serta dap.....tanpa pas pembangkang akan kalah.....umno akan kekal memerintah...biar pan serta dap tau tinggi atau rendahnya langit ini.....hahaha.....rasakan.......hidup najib...hidup kak rossy....hidup pas.....

    ReplyDelete
  29. Di malaysia parti pas adalah parti pembangkang terkuat.....parti pas adalah hebattttt.....parti pas boleh hidup gagah tanpa pan tanpa dap tanpa pkr apatah lagi parti bersatu....biar najib menang drp pan menang.....rasakan.....

    ReplyDelete
  30. Hj hadi dan pimpinan pas jugak tau jika lawan 3 penjuru maka najib akan menang dgn mudah...janji pan mesti diajar bersama dap....biar sama sama kekal sebagai pembangkang sampai kiamat.....KJ akan jd piem...

    ReplyDelete
  31. Pembangkang di malaysia tiada quality.....ego masing2 mesti dipertahankan......baik tak payah masuk pru terus jika masuk utk kalah....

    ReplyDelete