Wednesday, 2 November 2016

ZAM TOLAK TUDUHAN ABDULLAH BADAWI


"Kuasa saya tak sehebat Khairy"


Adam Abu Bakar

| November 2, 2016

Zainuddin Maidin mendedahkan kuasa beliau terbatas kepada RTM, manakala semua media lain dikawal Geng Tingkat 4.
_________________________________________________________________

PETALING JAYA: Tan Sri Zainuddin Maidin menyangkal tuduhan yang mendakwa beliau punca Barisan Nasional tewas perang siber, sebaliknya menuding jari pada Khairy Jamaluddin.


Bekas wartawan itu akui memegang portfolio menteri penerangan dalam Jemaah Menteri tetapi pada hakikatnya beliau terbatas kerana media dikuasai “Geng Tingkat 4”.


“Pada 2008, saya sebenarnya tidak berkuasa apa-apa pun pada masa itu, sebab yang berkuasa atas kesemua media adalah Jabatan Perdana Menteri sendiri,” katanya kepada FMT.


“Kuasa saya terbatas kepada RTM sahaja. Walaupun saya cuba untuk menguasai lain-lain tempat, tetapi tidak dihormati sebab yang menguasai adalah Tingkat 4.”


Menurut Zainuddin, Geng Tingkat 4 diketuai Khairy Jamaluddin, menantu kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Beliau menjawab dakwaan buku biografi ‘Being Abdullah Ahmad Badawi, yang mendakwa tindakannya menolak penggunaan media sosial antara penyebab BN kehilangan 4 negeri dan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat, akhirnya membawa kepada kejatuhan Abdullah.


Penulis Datuk Wong Sulong mendakwa Zainuddin tergolong dalam kumpulan konservatif yang berpuas hati dengan kawalan ke atas media arus perdana.


Zainuddin menolak label yang dipakaikan padanya itu.


“Saya berusaha juga mengadakan interaksi dengan pihak media sosial. Kita anjurkan seminar di bawah usaha pengarah Jabatan Penerangan pada masa itu.”


Beliau akui hubunganya dengan media sosial tidak sentiasa mesra.


“Saya juga hentam media sosial sebabnya mereka tidak mengikut arahan, terlalu bebas.


“Itu memang saya kritik tetapi saya tidak mengawal mereka.”


Sebenarnya, dakwa Zainuddin, Khairy menggunakan kekuatan media yang ada pada Geng Tingkat 4 untuk menyerang lawan dan kawan, termasuk dirinya.


“Semua kawasan diserang dengan membongkar perkara-perkara yang tidak betul. Umpamanya kawasan saya sendiri (Parlimen Merbok) dinyatakan saya tidak bagi rumah kepada orang miskin, walhal sudah serah kunci.


“Tetapi TV3 pergi ambil orang PAS, dan mengatakan saya tidak membantu orang yang memberikan rumah kepada orang miskin, walhal sudah beri semua. Banyak kawasan yang terpaksa RTM sendiri pergi untuk perbaiki keadaan kawasan yang diserang TV3,” katanya.


Zainuddin berkata peranannya dalam pentadbiran Abdullah berbeza dengan ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Sebagai Timbalan Menteri Penerangan dan setiausaha Parlimen tetapi saya berkuasa. Sebelum PRU 2004, saya berkuasa penuh menjalankan media dan juga menjalankan RTM,” katanya- Petikan dari Free Malaysia today.





66 comments:

  1. pada era pak lah tidor .. memang geng Tingkat 4 berkuasa penoh .. satu soalan .. dimana Kalimullah orang harapan Khairy Jamaludin .. hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADA peringatan nak di buat 'Trump berjaya kalahkan geng soros Hillary Clinton ITU, walau hillary pun sokong 50 media icij antarabangsa

      Kami juga akan kalah geng soros tun mahathir Dan anwar di Malaysia walau geng soros ITU sokong tun m dengan 50 Media icij ITU

      Mari kita beramai henti kerja Soros menyusahkan di seluruh dunia ini

      Delete
    2. 18.28...podah.

      Delete
  2. Si bodowi pun mau tulis biografi tapi orang lain tukang tulis. Masa jadi PM banyak tidoq. Nak cari salah orang lain pulak
    Tak usah layan kaki tidoq.

    ReplyDelete
  3. Salah tingkat 4, atau salah Pak Lah atau salah Zam - itu cerita basi yang tidak membantu apa apapun.

    Lebih penting apa yang di depan mata (?)
    Jika menulis buku sekadar jadi sampah. Biarkanlah ia di tempatnya.

    ReplyDelete
  4. BN menang besar 2003 kerana rakyat bagi harapan (dan bebanan) besar pada dia. Kekalahan besar pada 2008 adalah manifesto kekecewaan rakyat terhadap kegagalan dia menunaikan harapan rakyat. Tiada kena mengena dengan soal media sosial, kerana jikalau BN menguasai media sosial pon, kandungannya pasti sama seperti media arus perdana, yang dikuasai umno. Apa gunanya menguasai segenap arus media, kalau orang tak baca, dan kalau baca pon orang tak percaya? Rakyat pandai menilai kandungan segala media, tak kira perdana atau alternatif. Kita faham apa perbezaan di antara berita , propaganda, dan temberang. Please lah...jangan ingat kitorang ni bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda lihat kandungan blog pembangkang 2x5 ulang cerita berulang kali, bn aku tengok bn 80% janji bn berjaya tunaikan
      Cuba anda baca menifosto pembangkang, di mana semua gagal tunaikan, hanya 20% janji pakatan berjaya tunaikan. Rakyat bukan bodoh.

      Delete
    2. 10.56....cemerlang, gemilang, terbilang....temberaaaang!!!! Tahniah aku ucapkan pada kau.. ni patut jadi ikon parti kau.

      Delete
  5. Saya pun hairan Pak Lah tulis buku, barangkali Khairi suruh.
    Sejarah tidak boleh menipu manusia walaupun secantik mana olahan cerita.
    Apa jasa Pak Lah pada Malaysia?
    Barang yang busuk tetap dapat dihidu walaupun disimpan rapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jasa pak lah menutup bpr yg penuh penipuan selama ini,sebab ITU puak pro-tun m meroyan

      Jasa pak lah menubuhkan sprm supaya tak kawal oleh jabatan pedana menteri, anda lupa badan pencegah rasuah 'bpr' boleh kawal oleh jabatan pedana menteri jika kes ITU nak tutup oleh PM sendiri,
      Selama ini bpr kawal oleh seorang bernama tun m ITU ADA faham tak

      Puak fantik tak akan percaya fakta ini

      Delete
    2. Memang sprm tak boleh dikawal dan bebas tp xboleh mendakwa. Yg boleh mendakwa hanya AG yg boleh dikawal PM jugak. Nmpk sj luaran cantik dan sempurna, tp dlmnya ada kurap dan xsempurna. Kalau betoi juara,bglah kuasa dakwa kes2 rasuah pd sprm.Rs2 org umno plg ramai msk jel..

      Delete
    3. Buku itu bukan tulisan Pak Lah, Yang tulis ialah Wong Sulong, bekas bos besar The Star. Cuma berdasarkan cerita dan interview lengkap dengan Pak Lah. Pak Lah ada ke masa tulis buku beratus ratus mukasurat macam Tun M dan Tun Musa ?

      Delete
    4. Ag ITU jasa tun m ,jangan lupa siapa bagi kuasa tertinggi pada ag kalau bukan tun m baca sejarah pelembagaan dan undang2 he.he.he. cakap biarlah berfakta ia

      Delete
    5. Kalau pun betul Tun M yang bagi kuasa tinggi kat AG,adakah menjadi salah kepada tun M jika ada AG yang dilantik yang menyalah guna kuasa tertinggi ITU?bila dah diberi kuasa,gunalah dengan bijak dan berwibawa untuk kepentingan rakyat dan negara bukannya bersengkokol dengan penjenayah ITU.berkenaan dengan BPR yang dikatakan boleh dikawal oleh JPM dan x bebas,itu jelas tidak berfakta sebab BPR ada ahli panel yang memantau tindak tanduk BPR.ahli panel ini terdiri daripada profesional, wakil2 dari parti kerajaan dan juga wakil2 dari parti pembangkang.ini masih diteruskan sampai sekarang dalam SPRM.ini juga fakta..jangan gelojoh sangat nak menghina Tun M ITU.Jasa Tun M kepada Malaysia sangat banyak.Pak Lah juga ada berjasa kepada kita tapi x la sebanyak Tun M..itu lah ia fakta..Faham TU?

      Delete
  6. Abdullah Ahmad Badawi lah yang menanggalkan 'pintu' kesejahteraan dan kedaulatan negara melalui kepimpinannya yang sangat lemah.Geng Tingkat 4 adalah instrument kepada kejatuhan sebuah negara yang dibangunkan.Si Kitol hari ini adalah seorang menteri, yang mana kehilangan wang lebih RM100 juta di kementeriannya umpama celah gigi sahaja bagi dia.Berapa banyak yang dia sapu bersama geng Tingkat 4 dulu?Mereka masih lagi dalam kerajaan pimpinan Najib yang sedang menggadaikan negara sekarang ini.Kalau Pak Lah dengan menantunya,kini Najib pula dengan anak tirinya.Pak Lah menanggalkan pintu,Najib pula demi rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan telah buang dinding rumah dan bumbungnya sekali.Kemudian dia datang untuk hulurkan bantuan kepada rakyat.Berselindung disebalik jubah dan konsert malam cinta rasul.Agama dan nabi digunakan sepenuhnya untuk merompak.Inilah senjata paling berkesan untuk melakukan rompakan.Sememangnya Najib terlebih dahulu yang mencapai hasrat berpendapatan tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat & bernas sekali.
      Saya amat setuju dengan pendapat Anon 08:26.

      Delete
  7. Pak Lah ada buku atau tidak sudah tidak relevan.Diberi peluang mentadbir negara tidak mentadbir dengan baik diserah kepada budak budak tingkat 4.Sekarang di depan mata Najib sedang membuat kerosakan,buat apa?

    Sepatutnya dengan banyak kemudahan,infrastuktur ,asas ekonomi kukuh
    serta nama baik negara yang diserahkan secara baik oleh Yb Tun kepada beliau digunakan sebaik mungkin untuk teruskan kegemilangan,tetapi sebaliknya terjadi.Ingatkan Najib ganti,ok...rupanya makin parah.

    ReplyDelete
  8. Di mana Al-Ghazali
    Di mana Al-Shafie
    Ohhhhhh... aku tak jumpa

    Yang ku temui Al-Hadhari
    Dan Al-Khairy
    Ohhhh... Aku selalu mengantuk
    Aku mahu tidur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di mana monsoon cup
      Di mana piala batik
      Banyak cakap
      Tidur lagi baik

      Di mana cemerlang
      Di mana gemilang
      Di mana terbilang
      Adoi aku kena temberang

      Delete
    2. Sekarang Najib buang Wawasan 2020.Dia ada TN 2050=Temberang 2050.

      Delete
    3. Apa sudah jadi dgn Islam Hadhari?
      atau Islam Hadir Diri...atau Islam Had Hari.... atau Islam Ada Hari..
      mengelirukan serupa diri dia dgn menantu juga.

      Delete
  9. Dulu era pak lab jadi pm... cpt2 tukar channel klu dia berucap.... budget tenang sampai boleh tidoq org yg mdgrnya... zero impact... Lagi laaa era jibby....terlolong2 beretorik nk muntah hijau dgor... Skrg Xkuasa nak tengok bulletin utama tv3suku maupun rtm... TV ponnn Xbukak langsung sbb membodohkan kita spnjg masa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama.Aku sudah tidak menonton TV lagi.

      Delete
  10. Buku utk menegakkan benang yg basah

    ReplyDelete
  11. Ada katil super king kat ofis penasihat petronas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak ada dah Supreme leader korang banggakan ITU.
      Kalau ada Supreme leader korang banggakan ITU hanya berkerja untuk Anak dapat tendar

      Delete
  12. Tidak dinafikan...Pa Lah seorg PM Malaysia yg tidak menonjol.
    Dlm lain perkataan...Dia seorg PM yg GAGAL.

    Dia biasa sahaja..'mediocre'...tidak tidak berwawasan....malah dia bukan langsung seorg Ketua yg hebat.

    Org putih kata ' so so leader'.
    Tiada ada apa2 keistemewaab jauh sekali seorg PM yg berwawasan.

    Kita tanyalah diri...apa kelainan yg telah atau kejayaan yg telah dia lakukan semasa memegang jawatan?

    Justeru itu...apa2 biography tentang diri....cuma 'syok sendiri' sahaja..
    sama sahaja dgn Musa Hitam.

    Kita cuma boleh baca....percaya tidaklah.

    Org Kedah kata..." depa sembang saja deraih....habok pun tak dak".

    PM jenis apa yg ikut cakap menantu.

    Serupa juga dgn waktu ini..PM yg meberi kuasa untuk bini campur tangan.

    Selalunya ketua2 begini tiada boleh berfikir sendiri...
    dan tidak layak sbg ketua.

    Tanyalah diri kita apa yg terjadi dgn Islam Hadhari....satu projek yg buang wang...masa dan mengelirukan.
    Itu pun sudah cukup menunjukan 'wisdom' dia.

    Kurang cerdik..sebenarnya.

    Sdra Zan tidak perlu 'defend' apa2 sebab Ketua2 yg tiada kualiti akan selalu nenyalahkan org lain dan akan menafikan apa2 kesilapan yg pernah dia lakukan.

    Nak selanat air muka 'safeface'...baca tulisan Musa dlm buku dia pun kita tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saudara Msh.

      Benar apa yang Saudara tulis.
      TS Zam tak perlu peduli apa yang di tulis oleh bekas PM yang langsung tidak berjaya kepada Agama, Bangsa & Negara.

      Sebenarnya Pak Lah lah yang memulakan tradisi 'menjahanamkan Negara' apabila memulakan tradisi melantik diri-sendiri sebagai Menteri KeWANGan.

      Membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok & pembinaan landasan keretapi berkembar (Padang Besar-JB) adalah satu kerugian paling besar kepada Negara dari segi ekonomi.

      Delete
  13. Pasai apa Najib lantik Bodowi sbg penasihat Petronas?
    Dia tu lembab orang tanya lain dia jawab lain. Najib sukalah orang cam tu. Kan? Kan?? kan ??

    ReplyDelete
  14. AsSalam TSZam.

    Apo yg TS khobaran iolah TS tak mampu menjalankan tanggung jawab sebagai Menteri Penerangan lah ...

    TS takdapek gunokan kuaso yg ado sebagai Menteri Penerangan ...

    Kelebihan sebagai Menteri Penerangan tak dapek nak influence oghang ghamai.

    TS ngaku oghang tak respek TS sebagai Menteri Penerangan ...

    Waduhhh ... kalu camtu ... bilo takdo kuaso ... camno oghang nak respek ...

    Sabonar ehhh TS sendiri tak respek diri sendiri ... tu sobab oghang tak respek TS .
    Bak kato omputih ... need to earn respect .

    Jangan salahkan oghang lain yo ...

    Waghih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Waghih harus beringat.

      Bila Pak Lah sebagai PM... pada masa yang sama Menteri KeWANGan dan seolah-olah memberi kuasa pentadbiran Negara kepada 'Tingkat 4" yang diterajui oleh menantu beliau, urusan Kerajaan akan jadi kucar-kacir. Maklum saja lah bila Tingkat 4 ada banyak WANG untuk 'mengerakkan' sesuatu muslihat politik.

      Saya harap Waghih tak lupa insiden di PWTC pada PAU 2009, dimana KJ di boo & diherdik... KJ Rasuah, KJ Rasuah, KJ Rasuah... oleh hampir keseluruhan Perwakilan UMNO selepas terpilih sebagai Ketua Pemuda. Yang pelik dia boleh menang lagi KP pada 2013 dan diberi kepercayaan oleh Najib sehingga dipilih sebagai Menteri Sukan.
      Oh ya... bagaimana dengan kes rasuah RM110 Juta di KBS? Selepas lebih 6 Bulan... senyap sunyi tanpa berita.
      Lepas tu kes rasuah di DBKL & Bank Rakyat... macam dah senyap juga.
      Tak sampai dua bulan... dah hampir senyap kes rampasan beratus juta di Sabah.

      Delete
    2. " .. yg pelik dia bolih menang lagi KP pada 2013 ..."

      That goes to show how smart waghih KJ ni ...
      Dio percayokan badan penguatkuaso untuk ambik tindakan yg sepatut nyo.

      Itu lah ciri2 pemimpin yg baik... mempercayai kedaulatan undang2 .

      Waghih.

      Delete
  15. Baca spore strait times atau berita harian.sg untuk laporan kes mahkamah berkaitan 1mdb yg sedang berlangsung sekarang. Kita terpaksa bergantung pada media luar untuk maklumat hal negara sendiri. Saya sejak zaman pak lah tak baca dan tak tengok local tv dan paper. The Star yg dulunya agak bebas pon tak baca dah, kecuali business section.

    ReplyDelete
  16. Di zaman pok lah, geng menantu berkuasa. Di zaman pok jib, geng beg tangan Birkin bermaharaja lela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Percaya atau tidak, turutan kuasa itu seperti ini

      1. FLOM
      2. Personal Assisstant of FLOM
      3. MO1

      Delete
  17. Dalam semua keadaan dan zaman, Mahathir tetap sentiasa tersilap memilih TPM.Tersilap pilih Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar, Pak Lah. Bahkan tersalah memilihkan Najib sebagai TPM kepada Pak Lah. Kini dan selamanya Mahathir akan terus tersilap memilih pengganti Najib iaitu Muhyiddin. Mungkin kesilapan Mahathir tersebut akan tamat selepas dia memilih Mukhriz sebagai PM. Kasihan, sedih dan simpati dengan Mahathir kerana sentiasa tersilap pilih. Selamanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. We do not know what to do with this information.

      Delete
  18. Guys , make sure your children learn mandarin. Thanks.

    ReplyDelete
  19. Zaman Dr mahathir dulu two m pakatan antara Dr mahathir Dan musa hitam sehinggakan apabila tun m suruh musa berhenti, dipaksa wartawan supaya jangan guna selogen two m'selepas tun musa berhenti

    Zaman tun mahathir lahir triple m mahyuddin,tun m Dan Mukhriz, racangan murid khairuddin untuk hentikan parkatan triple m berhasil atau tak hanya masa menuntukan 'ia dimusnahkan triple m atau tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi belajar bahasa melayu dulu

      Delete
    2. Musa Hitam bukan dipaksa suruh berhenti oleh Tun M... tapi beliau sdri yg rela utk meletak jawatan sbgmna surat peribadi beliau pd Tun M (boleh baca d blog Che Det kot) .... semata2 tidak bersetuju dgn perlantikan Ku Li sbg Menteri Luar & Industri pada masa tuuu...
      Tun M anak jantan yg tidak akan memecat sewenang2 musuh politik beliau malah tetap juga melantik pak lah yg bersekongkol dgn team B menentang beliau. Bgitu juga ttg pemecatan anwar Ibrahim... semuanya telah dibawa ke mesyuarat kabinet & setelah mndpt bukti yg benar2 sahih. Itulah ciri2 pemimpin hebat & berjiwa besar Tun M.

      Ttg silap memilih pengganti... siapalah Tun M utk meneropong ke masa depan krn beliau hanyalah manusia biasa bukan nujum pak belalang....takkan Tun M tiba2 nak lantik wak dol atau pak mat?Mcm pak lah sblom mnjadi pm terkenal dgn jolokan mr clean mnakala si jibby pulak seolah2 pijak semut pun Xmati punyalah cool 'play safe' konon2 Xnak lawan boss... haaa tengok apa yg telah dibuatnya skrg pd Malaysia... malapetaka yg terpaksa dipikul rakyat...

      Delete
    3. 22.40 tak nak tawar diri jadi mascot umno kerrr?

      Delete
    4. 22:40 adalah PATI jual kolegen.

      Delete
  20. Zaman pak lah dulu, pergi la celah mana pun ada je billboard muka dia.

    7 tahun beb hari-hari tengok muka dia. Sampai orang cakap, kalau paper keluar front page muka dia, gerenti paper tu sales mesti drop.

    Aku ingat lagi monsoon cup di saksikan oleh 200 juta viewer seluruh dunia. Padahal dekat RTM pun xde.

    Paling best ialah cadangan dia meluruskan sungai time Johor banjir dulu. Wah bukan calang calang engineer boleh pikir sampai tahap tu.

    ReplyDelete
  21. Bagus Pak Lah. dapat kita tgk TV AlHijrah hari2.

    ReplyDelete
  22. Adenan satem strikes again - STUPID of federal govt to close teachers training colleges (borneo post). Ini dah kali ke 3 dia panggil kabinet stupid. Macai umno tak nak komen ke?

    ReplyDelete
  23. Benarlah anwar cakap ,tak ADA kebebasan, bersuara pada macai pro-tun m masih tak sedar diri, jika cakap keburukan tun m pasti mereka akan bawa ke dalam sel kemunting .

    benar cakap orang 'tun m memerintah Cara supreme leader dia akan dengar cakap kroni Dan nepostim dia je,
    Orang akan mendewakan nya
    Dalam pemerintahan supreme leader pun ADA demokasi, nazi ITU satu Cara pemerintahan supreme leader
    Orang dia menghukum jika orang bercakap keburukan tun m ITU.
    ITU cara2 supreme leader dia tak akan mengakui dia diktator, dia akan mengakui supreme leader.

    Ramai Rakyat Malaysia mengakui tun m supreme leader dan tun m bukan diktator


    Jika kamu lihat siapa je boleh bersuara dalam Zaman najib, najib sendiri, anak Bini Dan Anak tiri boleh dihina bergitu teruk oleh rakyat , pada pada zaman tun m bersuara sikit akan di tangkap dimasuk kedalam sel kemunting, ITU Cara supreme leader memerintah

    ReplyDelete
  24. Tidak ada anak2 PM yang jadi kaya raya billionair semasa bapanya menjadi PM selain Mahathir. Lihat saja limpahan harta dan kekayaan Mokhzani, Mirzan dan Mukhriz. Antara orang terkaya di Malaysia. Susah akal nak terima bahawa mereka jadi kaya semata2 hanya pandai berniaga, bukan atas pertolongan ayahnya Mahathir. Dan banyak pula kedengaran cerita Mahathir ketika menjadi PM bail out syarikat anak2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib pun jadi billionaire juga walaupun bukan semasa tun razak jadi PM. Tapi dengan cara menyamun duit rakyat!!

      Delete
    2. Apa yang kau faham pasal bail out.Anak tiri Najib berniaga apa,...Najib 'bail out' dia dengan beli benda-benda mewah?Jho Low pun Najib bail out juga,...apa perniagaan dia.Najib banyak duit berbillion-billion kononnya tok arab bagi.Arab mana?Arab Saudi pun tengah susah sekarang.Tak kan lah tok arab punya baik bagi duit kat orang sampai dia sendiri sesak?Lepas tu Najib hantar balik sebahagian duit derma tu kepada tok arab.Tok arab mana???Tun jawab sendiri semua soalan dan tuduhan sejak dia jadi PM sehingga lah sekarang.Najib lari kerana benar,dan penakut kerana benar.Benar apa?Kerana dia benar-benar penyamun.Sudah berpuluh tahun Mahathir pelawa mereka yang menuduhnya supaya buktikan dan bawa dia ke mahkamah.Tunggu apa lagi 19:19?

      Delete
    3. Tudiaa.. pentaksub Madey dok meroyan dah.

      Delete
    4. 11:44 setakat tu saja hujah kau?Apa yang kau cari dalam hidup,.....kebenaran atau kejahatan?

      Delete
    5. Tudiaaaa 11.44....gaya luluih takat pom 3....cari dedak kot.

      Delete
    6. Tudiaa.. pendedak Madey tegur sket teruih panaih. Kuat fanatik depa ni kat Madey.

      Delete
    7. Tak panaih ehhhh...skali skala layan orang cam hang lepaih tu gelak kuat kuat, ok apa.

      Delete
    8. Wahai 00:56 dan 11:44,....yang selalu panas,melenting,marah,dan lari daripada kenyataan adalah golongan yang tak suka belajar (kalau belajar pun dia tak faham),tapi suka mengajar dan tunjuk pandai,sombong,bongkak,dan anti kebijaksanaan.Berbangga menjadi orang yang tidak tahu,dan suka mengejek orang yang lebih berpengetahuan.Hujah terbaik yang mampu diberi adalah ejekan.Golongan ini lah yang menyokong kejatuhan negara.

      Delete
    9. 00.56 ni golongan yg tak boleh pi jauh. Nak mimpi dapat kerja2 tahap executive atau professional pon tak mampu...mimpi dapat BR1M lebih ok la. Ejek org ni perangai yg kita nampak kat bangku sekolah lagi. Ada juga kawan2 sekolah saya dulu perangai cam ni, belajar takat nak lulus, tahap ala kadar....la ni dah beranak pinak, taraf kehidupan pon ala kadar.

      Delete
  25. Tak ADA kebebas bersuara sini, kebebasan bersuara hanya untuk golongan fanatik pro-tun m je sama seperti blog che det

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukak blog sendiri laaa..ADA faham ITU?

      Delete
    2. Kau mabuk ke?Faham ke apa itu kebebasan bersuara?Kau sendiri yang pilih menjadi bodoh,....salahkan orang tak nak dengar suara kau pula.

      Delete
  26. Hasil kajian saya kemanangan Trump
    1)syarikat amerika dah tak berasa bangga beroparasi di amerika
    2)syarikat Apple nak berpindah operasi r&d di China
    3)Trump melatik orang2 anti lgbt
    4)amerika kuasai golongan elit yg tamak
    5)trump berpura2 sokong yahudi
    6)trump akan perketat undang2 inmegen
    7)Rakyat amerika perlukan perkerjaan
    8)zaman Obama tak ADA peruntukan untuk menbina fasiliti untuk rakyat
    9)penjanjian bebas menuntungkan Negara amerika latin menyesebab kilang amerika berpindah ke Mexico dan Brazil ..

    9 Perkara boleh buat tun m kalah, Semua ADA atas 'ITU contoh tun m menghina orang miskin konon mereka makan dedak najib, ini menunjuk tun m dari golongan elit Tak sedar diri, maksud dedak makan haiwan, tun m terang2 menuju kekalahan dari awal lagi dengan APA beri tun m ucapan konon najib bagi dedak pada orang miskin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau orang miskin ke kaya?Jadi kau setuju lah Najib kebas duit berbillion?

      Delete
    2. Patut la orang tak nak dengar suara kau 12.36...salah satu komponen kebebasan bersuara ialah mengabaikan pandangan suara2 sumbang bertahap MERAPU macam kau

      Delete
    3. 12.36 ni miskin kot, dapat BR1M setahun syukur se dekad

      Delete
  27. Perpecahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kepada dua kem iaitu kem Tun Dr Mahathir Mohamad (pengerusi) dan kem Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden) makin melebar, dakwa portal pro PAN, Malaysia Dateline.

    Kolumnis portal itu, Muammar Qadaffi merujuk kepada penangguhan PPBM atas permintaan Muhyiddin untuk menandatangani perjanjian persefahaman dengan Pakatan Harapan (PH) dalam konvensyen Pakatan Harapan hari ini, sedangkan sebelum ini PPBM telah bersetuju untuk menandatanganinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara mudah untuk menewaskan musuh ialah dengan membiarkan mereka menyangka kita sangat lemah dan berpecah.

      Delete