Sunday, 20 November 2016

ZAM CABAR KEPERCAYAAN PERKASA KEPADA HANYA PERPADUAN MELAYU

Analysis Joceline Tan: Veteran Journalist Tan Sri Zainuddin Maidin  was this year's "Bintang Perkasa" recepient,but his keynote address did not go down well with the Perkasa Crowd. The gist of Zainuddin's speech was that no political party can achieve power by harping on Malay right and unity because Malaysia is made up of diffrence races.- The Star 21 November2016

Tokoh Wartawan Negara, Zainuddin Maidin(ZAM) meninggalkan cabaran kepada PERKASA pimpinan Datuk Ibrahim Ali  untuk terus  dengan  kepercayaan perpaduan Melayu atau kerjasama  dengan parti bukan Melayu yang sah mewakili bukan Melayu untuk keselamatan nasional.

Katanya, MCA,MIC dan Gerakan terbukti hanya menjadi jenalu atau parasite dan duri dalam daging sehingga menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga kerana mereka tidak berani menentang sentimen bangsa mereka sendiri.

Sebaliknya UMNO terus berjaya mengekalkan kuasa Melayu dan  memajukan orang Melayu dengan menentang sentimen bangsanya sendiri dari sejak era Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Beliau membuat cabaran ini ketika berucap merasmikan Persidangan Agung Tahunan PERKASA di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur hari ini.PERKASA menganugerahkan kepadanya "Bintang Pribumi Perkasa Negara"

Zam  berpendapat orang Melayu tidak lagi harus berada dalam ketakutan untuk membuat keputusan  politik yang radikal dan berani kerana mereka berada pada kedudukan yang jauh lebih baik daripada awal kemerdekaan yang membolehkan mereka melompat lebih tinggi sekarang.

Katanya, dari lubuk  kemiksinan semasa mencapai kemerdekaan orang Melayu bangun  keperingkat pencapaian tinggi menjadi bangsa  maju , moden dan bermaruah    dalam  bidang pelajaran,ekonomi, sosial dan ugama  berbanding dengan ketika mencapai kemerdekaan.

Berbanding dengan tahun 1970 ketika itu hanya 6 orang Melayu di fakulti perubatan Universiti Malaya tetapi sekarang Melayu menguasai semua Universiti di negara ini dan doctor Melayu berada di seluruh negara,katanya


Mereka juga menjadi profesional  yang berkualiti  di luar negara dengan pendapatan yang tinggi dan tidak  hanya menjadi buruh  seperti  rakyat Indonesia,Filifina,Bangladesh dan  lain lain terutama di timur tengah.

Katanya lagi,kita juga dapat mengekalkan pemerentahan beraja,mengekalkan kuasa dalam polis dan tentera.
"Maka itu  kenaapa kita harus takut untuk berkawan dengan parti  bukan  Melayu yang secara sah telah menggantikan MCA,MIC dan GERAKAN yang ditolak oleh orang China dan bukan Melayu.

Katanya,parti komponen asal sejak merdeka dalam Perikatan dan BN hanya menjadi jenalu atau parasite dan telah menjadi duri dalam daging sehingga menyebabkan BN kehilangan dua pertiga majoriti dalam Parlimen.

Namun UMNO tetap berkuasa walaupun dikhianati oleh MCA MIC dan Gerakan yang tidak mengenang jasa dan tidak berani menentang sentimen bangaa mereka  sendiri seperti yabng dilakukan oleh Lee Kuan Yew di Singapura yang menutup  sekolah2 China dan Univesiti China kerana dianggapnya sebagai berpontensi untuk menjadkan i kebudayaan China dominant yang tidak baik bagi perpaduan bangsa Singapura.

Olehnya ditegaskan berkali-kali  bahawa kejayaan kepimpinan Melayu di Malaysia adalah oleh kerana mereka tidak ikut sentimen bangsa dan agama sebaliknya menentang arus ini untuk pemodenan dan kemajuan.

Zainuddin Maidin merupakan orang ketujuh yang menerima anugerah Bintang Pribumi Perkasa Negara" dari Perkasa.

Yang pertama ialah  Tun Dr.Mahathir yang diikuti oleh Tan Sri Rahim Noor, Tan Sri Arshad Ayub,Tan Sri Harussani Zakaria,Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Abdul Hamid Mohamad dan Tan Sri Sanusi Junid.

Ucapan Zam merasmikan Persidangan Agung Perkasa ini  akan disiarkan  di blog ini dari masa kemasa.

Lihat perbezaan penghraman demo Najib dengan Tun Dr.Mahathir di tajuk Keselamatan Nasional Di bawah Chinanisasi(posting sebelum ini)

No comments:

Post a Comment