Sunday, 27 November 2016

Ucapan PERKASA

KELANGSUNGAN EKONOMI DAN KESELAMATAN NASIONAL

Ucapan Zainudin Maidin Merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan PERKASA kali ke-7- 20 November 2016

Kehadiran saya disini hari ini adalah untuk memberikan penghormatan kepada Datok Ibrahim Ali sebagai Presiden PERKASA kerana walaupun  dalam keadaan yang tidak mempunyai kedudukan berkuasa, telah dapat  mengumpul kekuatan beratus ribu orang dibelakangnya  malah walaupun sebagai NGO, Perkasa telah mencatit sejarah dalam memainkan peranan penting menggagalkan rancangan kerajaan mahu menghapuskan Akta Hasutan.

Bagaimanapun pengekalan akta ini tidak mencegah provokasi terhadap asas –asas perlembagaan sebaliknya  25 orang yang mendakwa  sebagai Prominent Malays dengan  didalangi oleh akhbar The Star atas  restu pihak atasan memperjuangkan liberalisme  yang tidak secucuk dengan syriah dan menimbulkan kemarahan di kalangan orang Melayu .
            
Beberapa orang Melayu  pula diupah untuk menghina orang Melayu  kerana tak boleh pegang anjing sedangkan ini telah diterima sebagai norma dalam masyarakat Malaysia  sekian lama .

Mungkin ini  hendak menggambarkan kebebasan dan demokrasi baru selepas ISA dihapuskan tetapi tidak lama kemudian ISA digantikan dengan Akta Majlis Keselamatan Negara. Dua puluh lima orang Prominent Malays  tidak prominent lagi, Majlis Perundingan Perpaduan Kebangsaan tidak lagi berfungsi kerana anggota yang dilantik tidak terkawal dan tidak menghayati dasar nasional dan Datuk Saifuddin Abdullah CEO Global Movement of Moderates sekarang berada dalam barisan pembangkang dan digantikan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasarddin Mat Isa.

Kita melihat  tindakan-tindakan ke depan ke belakang,  flip flop dan mockery  yang tersembunyi dan yang nyata.

Maka itu apakah salah jika saya berdiri disini hari ini dihadapan tuan- tuan  sebagai seorang rakyat  yang dalam keraguan , hilang keyakinan dan tidak pasti  terhadap masa depan seperti berjuta rakyat lainnya terutama orang Melayu.

Untuk memulihkan keyakinan diri marilah kita melihat kembali sejarah kegemilangan kita di masa lalu. Melihat kebelakang adalah penting seperti  kita  memandu kereta   dengan sesekali melihat  Side Miror   kerana bahaya  tidak hanya  datang dari hadapan tetapi juga dari belakang, kiri dan kanan  supaya kita selamat.

Saya tidak bertujuan untuk menyingkap semula permulaan sejarah perjuangan secara perlembagaan  sejak  Malayan Union yang sudah sering diperkatakan tetapi  mahu menunjukan   keupayaan, kebijaksanaan  dan keberanian kepimpinan Melayu khusus UMNO  melawan arus  sentiment  agama dan bangsanya,menentang obscurantism dan conservatism  yang menjadi penghalang kepada pemodenan dan kemajuan.

Kebijaksanaan mereka dapat melihat antara kehendak emosi dan sentiment dan  keperluan kepada nilai-nilai utama yang boleh memberikan asas kepada kekuatan masa depan bangsa telah menyelamatkan negara dari menjadi lebih buruk  dari zaman penjajahan.

Di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia yang pertama tekanan  yang datang dalam sifat nasionalism kiri , faham keugaman yang sempit dan ideology antarabangsa ditentang   dengan secara demokrasi, deplomasi dan juga tindakan keselamatan termasuk menggunakan ISA.

Kejayaan kita mencapai pembangunan yang pesat dan menjadi sebuah negara makmur dan moden adalah kerana kejayaan pemimpin-pemimpin negara melawan dan mematahkan  tekanan sentiment bangsa  dan agama dari masa ke semasa dalam bidang sosial,agama,ekonomi dan politik.

Cabaran yang paling hebat yang pertama  ialah kepercayaan bahawa keselamatan bangsa Melayu  di Malaya dalam menghadapi ancaman orang Cina ialah  bersatu dengan Indonesia dalam gagasan Melayu Raya yang diperjuangkan oleh suara Melayu dan suara rakyat yang paling berpengaruh  iaitu akhbar Utusan Melayu.

Utusan Melayu ketika itu  dikuasai oleh nasionalis-nasionalis kiri,sosialis dan juga komunis sehingga selepas merdeka yang akhirnya memaksa Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman  mengambil tindakan drastik mengambil alih Utusan Melayu dalam tahun 1961 dengan memasukkan Datuk Ibrahim Fikri seorang kuat UMNO dari Terengganu yang kemudiannya menjadi Menteri Besar Terengganu.

Tindakan ini menghadapi tentangan yang hebat dari seluruh pekerja Utusan Melayu yang melancarkan mogok yang berlangsung selama tiga bulan dalam tahun 1961 tetapi akhirnya dapat dipecahkan dengan kerjasama beberapa orang pemimpin UMNO,  segelintir perkerja, seorang Kader PAP dalam Utusan Melayu, Othman Wok  yang ketika itu menjadi Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu  yang membawa perkerja-pekerja Utusan dari Singapura.

Ramai orang tidak tahu bahawa Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura adalah peguam Utusan yang pertama dan  Presiden Singapura yang pertama  Yusuf Ishak yang menjadi  gambar mata wang Singapura adalah salah seorang pengasas Utusan Melayu pada 1938 dan merupakan pengarah  dan Pengarang Utusan Melayu antara 1938 hingga 1959.

Untuk mengenang jasanya Kerajaan Singapura telah membina Masjid Yusuf Ishak di Woodland , mengadakan kursi- Kursi Profesor Yusuf Ishak  dalam Sains Social di Universiti Singapura dan Institut Pengajian Asia Tenggara  ISEAS  dinamakan semula sebagai The Yusuf Ishak Insititue  bagi mengingati generasi baru terhadap  nilai dan perjuangan tokoh ini. 

Yusuf  sendiri tidak dapat mengawal ansir-anasir Indonesia   dalam Utusan Melayu dan terpaksa berundur dan diambil oleh LKY untuk menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura dan seterusnya menjadikannya Yang di Pertuan Negara dan Presiden Singapura yang pertama selepas merdeka.
Matinya akhbar jawi  Utusan Melayu dan kepupusan tulisan jawi di negara ini adalah akibat   sentimen kepada  Indonesia yang mahu mewujudkan hanya satu tulisan sahaja bagi Bahasa Melayu iaitu tulisan rumi yang perjuangan dalam tahun 50an dijuarai oleh Angkatan Sasterwan  50 atau ASAS  50 dan disokong oleh beberapa persatuan guru Melayu.




Tunku tidak melihat pergantungan pada Indonesia  sebagai penyelamat bangsa Melayu oleh kerana Indonesia yang miskin didukung oleh Komunis China yang mahu menegakkan ideology Komunis di Asia dengan bantuan Parti Komunis Indonesia(PKI).
Pandangan Tunku ternyata benar,sentimen sedarah sedaging hanya rhetoric. Acheh sendiri tidak mendapat layanan yang adil dari Jakarta maka apatah lagi jika Malaysia dengan sifat pribuminya  yang lembut sekiranya berada dibawah tangan Indoneisa.
            Apabila kita membuka pintu negara untuk berkongsi kemakmuran dengan mereka, maka kita semakin sedar kata-kata air dicincang takkkan putus hanyalah rhetoric semata.
 Orang China walaupun telah lama menjadi perompak di negara kita tetapi seperti ada etika yang tak tertulis, tidak memasuki rumah orang Melayu, tidak merompak orang Melayu tetapi orang yang datang dari tanah seberang ini disamping yang baik ,ramai juga yang datang merompak membunuh, merogol, melarikan perempuan tanpa mengira bangsa. Rumah ketua hakim negara,pegawai polis,rakyat biasa malah rumah saya pun dirompak.
Tunku juga tidak tunduk pada sentimen rakyat selepas merdeka  untuk membesarkan angkatan  tentera dan mempertingkat persenjataan  bagi mempertahankan  negara to the last man sebaliknya beliau percaya kepada perjanjian Pertahanan  Lima Negara Britain,New Zealand, Australia, Singapura dan Malaysia .Tunku cynical kepada kata-kata  fight to last man dengan bertanya after the last man who is going to fight.
Apabila Seokarno mengarahkan serangan ke atas Malaysia dalam masa konfrantasi,general-general Indonesia termasuk Soerharto menentang kerana mereka tahu dengan bantuan kuasa besar,Malaysia boleh meranapkan Idonesia dalam sekelip mata sahaja tepi Tunku yang cerdik  menolak cadangan British untuk mengebom Indonesia kerana kata Tunku kami hanya bermusuh dengan Soekarno dan bukan dengan rakyat Indonesia.
Dalam masa 13 Mei,kerajaan Perikatan sekali lagi menolak sentimen Melayu sekalipun  masa itu orang Melayu akan menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan untuk menyelamatkan bangsa dan negara.
Bukan sahaja pemimpin politik malah Pengliman Angkatan Tentera Malaysia General Ibrahim Ismail  sendiri menolak idea untuk mengishtiharkan Martial law atau pemerintahan tentera yang  tidak pernah terlintas difikirannya dan memberitahu suatu mesyurat Majlis Gerakan Negara “Once you do that I cannot provide any guarantee that I will be able to hold back the members of the armed forces  and officers who might take over the control of the government”(Lihat buku Reluctant Politician oleh Menteri  Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Tun Dr.Ismail  muka 191)
Dalam masa yang sama Tunku Abdul Rahman  juga  menolak  anjuran  seorang pemimpin Pas yang menemuinya yang mengesyorkan supaya  kerajaan merampas semua harta benda dan kedai –kedai  perniagaan  orang Cina dengan alasan  inilah masa yang sesuai  tetapi Tunku memberitahu saya dalam satu interviu dengannya “Ini adalah idea  gila, gilakah orang susah-susah  cari harta,kita nak pi rampas macam tu saja”.
Sebaliknya kerajaan pimpinan Tun Razak telah secara bijak menyerapkan  idea komunis  kedalam Dasar Ekonomi Baru  untuk membetulkan ketidakseimbangan  ekonomi antara kaum yang diwarisi dari penjajah .
Tidak ramai orang tahu bahawa DEB adalah dari  idea James Putucheary seorang komunis yang pernah di tahan oleh Lee Kuan Yew di Singapura.
Tun Ismail menegaskan bahawa sukar untuk dinafikan bahawa idea Putucheary mempengaruhi dengan kuatnya  penggubalan DEB yang mengesyorkan campurtangan kerajaan menerusi public corporation bagi membantu bumiputra  berasaskan kepada bukunya Ownership and control in The Malayan Economy yang menganalisis political economy  Malaya .Buku ini  dipandang tinggi oleh kalangan intelektual kiri( Tun Ismail muka 216)   .
Dalam masa   krisis 13 Mei ,kerajaan juga mengambil kesempatan untuk menyelamatkan MCA dan MIC dari serangan pembangkang kerana menyokong   dasar Bahasa Malayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga Hak Istimewa Orang Melayu dengan  menjadikannya  sebagai isu sensitif   dalam perlembagaan yang tidak boleh disentuh lagi.
Terdahulu dari itu dalam Pilihanraya 1959, demi untuk mempertahankan MCA dari golongan pelampau  yang keluar parti  kerana  mahukan Bahasa Cina turut  dijadikan Bahasa Rasmi negara. Tunku telah meletak  jawatan Perdana Menteri  demi untuk memenangkan golongan Tun Tan Siew Sin yang  tidak bersetuju dengan tuntutan ini yang melanggar sosial kontrak.
Bagaimanapun dalam pilihanraya nasional  berikutnya terutama dalam pilihanraya 2008, MCA  dan Gerakan bukannya mempertahankan social kontrak tetapi  sebalikya bersaing  dengan DAP untuk mengungkit pekara-pekara yang telah dipersetujui perlembagaan untuk  menjadi lebih popular dikalangan orang China tetapi orang China sedar bahawa mereka hanyalah pak turut dan menolak MCA dengan teruknya dalam  pilihanraya itu. Kita kehilangan majority dua pertiga.
Tun Ismail telah  pun berpesan  jika kita tidak dapat mengekalkan persefahaman dalam isu yang telah dimetrikan sebagai sensitif isu dalam perlembagaan maka   lebih baik  kita bercerai.
Katanya. “If we do not achieve such an understanding then we may as well dissolve the marriage rather than continue a relationship where we are all shy to live and afraid to die” (muka 236 Reluctant  Politician).
Sejarah menunjukan bahawa kepimpinan Melayu sanggup untuk menentang  dan mengkritik sentiment bangsanya sendiri sehingga Tunku sendiri menjadi korban tetapi  tidak   MCA dan MIC malah mereka  menjadi duri dalam daging. Mereka tidak ikhlas seperti Lee Kuan Yew dalam usaha membebaskan orang China Singapura  dari pemikiran chauvanisme Cina yang tersemai menerusi Bahasa China.




Dalam buku Men in White mengenai Lee Kuan Yew (Muka 610)disebutkan bahawa selepas perpisahan dari Malaysia apabila  LKY mengetahui   hasrat Dewan perniagaan China mahu berjuang  mengekal status  Bahasa China dan budaya China di Singapura  beliau membunuh benihnya sebelum tumbuh .
Beliau memanggil pemimpin mereka dan meletakkan mereka  di bawah  sinaran lampu TV siaran  langsung   dan  memberitahu mereka  bahawa beliau   tidak akan membenarkan sesiapapun mengexsploitasi Bahasa China sebagai isu politik. “Mereka tidak boleh lagi berada dalam prsangka  bahawa saya tidak akan membiarkan sesiapa juga  mengexsploitasi Bahasa China sebagai isu politik China”. Beliau kemudian dengan tegas  menghapuskan sekolah China, Universiti  China  dan Institusi pengajian dan kebudayaan  China.
Lee Berkata “ Selepas 1965 kita terpaksa membuat keputusan mengenai Bahasa bersama. Sekiranya kita jadikan China sebagai Bahasa bersama maka kebudayaan China akan menjadi  dominan yang akan membawa kepada perpecahan  masyarakat ( muka 613)
Di Singapura perarakan mayat dan pembakaran geharu tidak dibenarkan kerana mengganggu ketenteraman dan jiran sebelah.
            Bahaya  Singapura kepada keselamatan Malaysia seperti bahayanya Yahudi kepada negara-negara Arab sering dibangkitkan  oleh pemimpin-pemimpin Melayu Malaysia  tapi mereka lupa membuat perhitungan  bahawa  Singapura  akan lebih mengancam Malaysia  sekiranya  menjadi pusat perkauman Cina  atau yang sebuah negara komunis.
Lee Kuan Yew telah mencegah hal ini dari berlaku sebaliknya  menjadikan Singapura    sebuah negara  liberal sosialis yang kaya dan makmur  yang telah melimpahkan kekayaan kepada Malaysia. Selain dari memberikan pekerjaan kepada rakyat Malaysia, juga mencurahkan wang  pelancongan rakyatnya.
Walaupun kita bercakap tentang kemungkinan peperangan antara Malaysia dan Singapura tetapi kedua negara ini akan terus menjadi strategik partner kepada Amerika Syarikat dan Kuasa Barat  bersama dengan India dan negara-negara Asean lainnya untuk menghadapi bahaya China kerana  di yakinkan oleh  indoctrinasi Kuasa Barat bahawa China telah mengancam keselamatan sedangkan merekalah sebenarnya yang telah menjadi penjajah baru dengan berselindung disebalik Globalisasi, menghancurkan perpaduan negara-negara Arab dan membunuh ribuan orang Islam setiap hari kepada China.
Sebaliknya Chinanisasi dimomokkan dan Amerikanisasi didemokrasikan. Apakah Datuk Seri Najib akan dapat menghapuskan fobia Chinanisasi dan menChinanisasikan Malaysia.
Meningkatkan keupayaan pertahanan negara bukanlah  jawapan kepada ancaman keselamatan  samaada real atau imiginasi dari  Singapura tetapi persaingan ekonomi yang sihat , peningkatan  taraf hidup rakyat, permodenan negara adalah  pertahanan yang paling kukuh.
Inilah yang disedari oleh  Tun Abdul Razak  dan Tun Mahathir.
Tun Razak telah menjadikan bekas- bekas anggota  PAP yang pro komunis yang juga bekas  tahanan politik di Singapura sebagai sahabat   bagi membantunya memahami pemikiran di belakang  dasar dasar  Singapura terutama di bidang ekonomi. Diantara nya ialah Woodhull dan Putucheary.
Malaysia  telah mendahului Singapura dalam membuka Casino di Genting Hinghland  dan melancarkan FI yang diikuti oleh Singapura beberapa tahun  kemudian . Lee Kuan Yew memberitahu Pengarang Mingguan Malaysia Zin Mahmud dalam satu interviu bahawa Singapura  terlepas F1 kepada Malaysia tetapi apa juga atas nama Mahathir sedang menghadapi ancaman sekarang dan khabarnya FI akan dihentikan.   
Mahathir mendirikan bangunan tertinggi di dunia  Menara Petronas bukanlah semata-mata untuk berbangga kepada dunia  tetapi kerana bangunan-bangunan tinggi dan modern di Orchard Road  Singapura  merendahkan perasaan  rakyat Malaysia yang  pergi mendongak kepala di Singapura tetapi sekarang orang Singapura datang ke Kuala Lumpur  mendongak kepala melihat bangunan tertinggi didunia.
Bayangkanlah betapa perasaan rakyat  Malaysia pada setiap kali ke Singapura  jika Malaysia tidak mempunyai LRT dan monorail . Mungkin ada rakyat Malaysia yang pergi ke Singapura semata-mata untuk naik LRT dan kemudian merasakan kita ketinggalan.
Mahathir telah meningkatkan keupayaan pelabuhan Klang  dan membuka pelabuhan Tanjung Pelepas untuk menyaingi  Singapura.
Dari sejak awal kemerdekaan untuk melaksanakan projek-projek yang sensitif kepada orang Islam, pemimpin Melayu  terpaksa melawan fanatisme agama bangsanya dengan merationalisasikan pemikiran mereka.
Ini dapat dilihat dari kesanggupan Tunku untuk menanggung dosa kerana mahu mendirikan Masjid Negara dengan wang lottery Kebajikan Masyarakat ketika negara masih miskin sehingga kepada  pemberian  lesen  judi  ekor dan casino, meneruskan pertandingan membaca Al Quran walapun dianggap haram sehigga mengharumkan nama negara di kalangan negara-negara Islam, memastikan hari puasa dan aidilfitri dengan memakai rukyah dan hisab yang sebelumnya menjadi masalah tentang ketidakpastiannya kepada umat Islam sejak dari zaman penjajah.
Tindakan berani Mahathir menegur amalan agama yang bersifat taksub ,jumud dan conservatif seperti keengganan doktor  wanita  Melayu  menyentuh pesakit  lelaki kerana dianggap haram sebaliknya memeriksa  pesakit dengan pensil .
            Mahathir mengharamkan Al-Arqam yang memperalatkan kanak-kanak untuk mengutip  tabungnya,melarikan siswa-siswa wanita dan mengorbankan masa depan ramai pelajar, mengambil harta benda pengikutnya dan tidak menghormati undang-undang syariah di negara ini .
Semua ini nampak mudah setelah kita melaluinya dan kita tidak sedar kerana sikap persisten pemimpin-pemimpin UMNO dalam menentang koservatisme dan kejumudan agama yang dipelopori oleh Tunku Abdul Rahman telah akhirnya menjayakan evolusi social yang besar  di negara ini.
Orang Melayu sekarang berada pada kedudukan yang jauh lebih baik dari era selepas kemerdekaan. Tanpa asas yang kuat pun kita boleh sampai kepada peringkat ini maka apakah kita tidak boleh melonjak lebih tinggi dan lebih cepat kehadapan dengan  kita berada pada kedudukan yang lebih mantap sekarang .
Tun Razak memberitahu Parlimen selepas peristiwa  13 Mei , dalam ucapannya di Parlimen  pada 23 Febuari 1971 bahawa pada tahun 1970 bilangan siswazah Melayu dalam fakulti Sains di Universiti Malaya hanya 20 orang daripada 493 orang, seorang dari 71 orang dalam fakulti kejuruteraan, 15 orang daripada 40 orang dalam Fakuli Pertanian  dan hanya 4 orang daripada 60 orang dalam fakulti perubatan.
Sekarang kita mempunyai  doktor Melayu diseluruh negara disamping doctor-doktor  pakar  yang terkemuka,jurutera-jurutera Melayu , arkitek,accountant  dan sebagainya  yang tidak sahaja berkhidmat di dalam tetapi juga di luar negara.
Di negara-negara Arab professional Melayu dianggap sebagai yang kedua terbaik dari profesional Barat sedangkan rakyat dari negara Bangladesah, Pakistan, Philipina dan Indonesia adalah menjadi tenaga buruh .
Dalan masa yang singkat   pimpinan Melayu dan  Islam  telah  mencipta sejarah besar yang mengharumkan nama Malaysia  dan menggemparkan dunia.
Hanya dua bulan sahaja selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri, Malaysia telah berjaya membuat serangan waktu subuh di London Stock Exchange pda 7 September 1981 untuk mengambil balik harta kita  lebih 200,000 ekar tanah kelapa swait, getah dan koko dari British yang dimiliki oleh Guthrie.
Bukankah kita sebuah negara yang bijaksana dan  berperadaban tinggi  apabila dapat melakukan ini  menerusi commercial transaction dan bukan nationalisation  

Apakah kita suatu bangsa pengecut  apabila kita boleh  menggugat Britain dengan Buy British last kerana mahu mengexpolitasi  kita?.
Bukankah kita suatu  bangsa yang bermaruah apabila kita dapat mematahkan  serangan peyangak  mata wang Soros sedangkan negara-negar lain  termasuk Singapura mejadi mangsanya dan kita memalukan Singapura yang cuba mensabotajkan kita pada masa itu dengan  membeli sebanyaknya currency kita.
Adakah kita akan  mempunyai Putrajaya sebuah bandar bercirikan Islam dan modern di Malayisa sekiranya kita tidak mempunyai pemimpin yang mempunyai visi untuk menggunakan wang hasil minyak(PETRONAS) bagi pembangunan sebuah bandar terindah bercirikan Islam  yang boleh dimegahkan sebagai suatu warisan bangsa dan agama.
Apakah akan jadi wang itu sekiranya tidak digunakan pada projek  yang boleh merealisasikan impian suatu bangsa untuk menjadi bangsa yang bermaruah.
Adakah imej kebesaran dan kegemilangan bangsa ini boleh dihapuskan oleh Salleh Said Kruak dan Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Strategi Komunikasi BN atau  Penglima  Garang Datuk Jamal Temberang?
Apakah rakyat mempunyai keyakinan untuk meneriakkan Malaysia boleh!, Malaysia boleh!  kalau  mereka tidak melihat bukti-bukti dan tugu-tugu dan yang menunjukkan kita boleh.
            Kita telah  mencapai semua keagungan ini  kerana  kepimpinan Melayu yang terbuka, demokratik, cekap, bijak dan berani walaupun tiada kesetiaan dari rakan seperjuangan kita    MCA dan MIC.
Apakah kita harus memejamknan mata kepada  hakikat bahawa MCA dan MIC bukan lagi mewakili orang Cina dan India dan hanya menjadi parasit kepada UMNO  tetapi DAP telah mengambil alih tempat mereka mewakil  orang China dan bukan Melayu lainnya.
Apakah sesudah lebih 60 tahun merdeka ,kita boleh mengekalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan, Pengekalan kuasa Melayu dalam  tentera dan polis, kita  masih takut untuk melihat dari perspective yang betul untuk membina suatu corak  politik baru di luar sentimen Melayu.
Bagi pertama kalinya dalam sejarah negara ini ,rakyat dari semua kaum sekarang bersama dan bersatu dalam rasa kehilangan  kepimpinan yang berintegriti dan bemaruah yang mahu menolak  pimpinan yang rasuah dan menyalahgunakan wang negara. Adakah ini semua hanya boleh dicapai dengan perpaduan UMNO dan Pas, dengan hanya perpaduan Melayu dan bukan dengan perpaduan seluruh  tenaga yang dinamik,radikal ,progresif yang melampaui batas kaum dan agama.   
Dengan doa, semoga PERKASA terus maju dan berjaya. Saya rasmikan persidangan Agong PERKASA kali yang ke-7.

No comments:

Post a Comment