Thursday, 17 November 2016

KESELAMATAN NASIONAL DI BAWAH CHINANISASI ATAU AMERIKANISASI

Mahathir haramkan demo berbeza dengan NAJIB
Dia tak benarkan perhimpunan haram,kerana kalau yang berminat sangat nak buat masa tu pun adalah PAS.Lagi pun negara ditangani dengan baik ketika itu.Rata-rata rakyat merasai kemakmuran negara,kecuali orang PAS yang kuat membantah,walaupun mereka juga merasai hasilnya.
Tidak ada keperluan untuk rakyat bangun menjatuhkan kerajaan ketika itu.BERSIH yang ganas dulu pun sebab majoriti melayu yang sertai pada masa itu adalah PAS.Sekarang PAS menyokong Najib.Ironinya,PAS tetap melihat Mahathir sebagai zalim,dan Najib yang kuat merompak sebagai pemimpin warak yang kerap ulang alik ke Mekah.Kemuncak kewarakan Najib dan anggota kabinet kayunya ialah apabila mereka beramai-ramai berjubah dalam konsert Malam Cinta Rasul.
Bagi PAS,Najib dan kabinetnya sangat dekat dengan nabi.Oleh itu tidak apa sekiranya mereka merompak,dan hasilnya dikongsi juga dengan PAS.Orang memberi kita merasa.Bukti kesesatan PAS ialah sehati sejiwa dengan Najib.Politik PAS adalah politik kacau daun dan politik Pak Pandir.
PAS tidak pernah serius untuk menjadi pemerintah kerana dasarnya adalah 'pecah tapi tak perintah'.Hanya negeri serambi mekah yang menjadi kebanggaan dengan warganya yang lain dari yang lain.Apabila kerajaan adalah penyamun,maka dengan sendirinya rakyat akan bangkit,tidak kira samada perhimpunan itu diwartakan sebagai haram atau tidak.Kepada 14:15,...sindiran kau sangat berfaedah untuk golongan seperti kau,dan tepat sekali kerajaan Najib yang menyamun sudah tentu sebuah kerajaan yang tidak tegas.
KESELAMATAN NASIONAL....
Dari sejak merdeka, Malaya/Malaysia terikat dengan  Barat kerana memerlukan pasaran Barat dan perlindungan keselamatan dari ancaman Komunis China. Dasar ini hanya menampakkan sedikit kebebasan di era Tun Abdul Razak dan Tun Mahathir tetapi mereka juga bergerak dengan tangan terikat.

Indoktrinasi Barat atau Amerika Syarikat  terhadap bahaya Chinanisasi telah sedarah sedaging dengan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Islam sehingga mereka tidak sedar bahawa yang membunuh orang Islam setiap hari 
bukan China tetapi Amerika Syarikat.                                                                            
Yang membunuh Sadam Hussein, Gadafi  dan menghancurkan Iraq, Libya  dan  Syria dan juga di negara-negara Islam  lainnya  setiap hari adalah Amerika Syarikat tetapi kita lebih takut dengan  Chinanisasi. Adakah China telah menceroboh mana-mana negara dengan kuasa ketenteraan?

Bahawa Amerika Syarikat semakin bimbang dengan kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi  jelas bila presiden barunya  Donald Trump  walaupun belum mengangkat sumpah  telah menyatakan hasrat untuk membaharui semula hubungan yang telah terjalin dengan Russia sejak 200 tahun dahulu. Tentunya mereka  melihat China sebagai bahaya bersama selain dari Islam.

Langkah agresif PM Malaysia Najib membawa  kepentingan  besar ekonomi China ke  negara ini terutama menChinanisasikan kereta api laju  dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur tentulah akan menyerapkan juga kepentingan China di negara ini secara overt atau covert.

Tetapi apakah  ini akan membawa Malaysia  beralih dari Americanisasi kepada Chinanisasi atau kekal dalam mulut buaya sekalipun cerita naga lebih imaginasi akibat indoktrinasi dari realiti  atau ancaman sebenar?

Saya akan menyentuh pekara ini dalam ucapan saya merasmikan Persidangan Agong PERKASA pada hari Ahad ini di Stadium Titiwangsa Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur jam 8.30 pagi  di bawah tajuk Peribumi Pasca 2020: Kelangsungan Ekonomi & Keselamatan Nasional.  

No comments:

Post a Comment