Wednesday, 23 November 2016

IBRAHIM ALI MALU MAHATHIR BERKAWAN SEMULA DENGAN ANWAR IBRAHIM.

KOMEN:
TAHNIAH PADA PM NAJIB:
Saya ucapkan tahniah yang ikhlas pada Datuk Seri Najib kerana berjaya merampas sokongan Datuk Ibrahim Ali Perkasa lebih dahulu dari Tun Mahathir.Politik Najib lebih cekap dari Mahathir.Benar perhetongan Najib Money is The King in Malaysian Politik.
Tapi Tun Mahathir ada kawan macam DAIM pun tak boleh tulong dalam ketika memerlukan pertulongan. Maka Najiblah yang dapat memperkudakan Ibrahim lebih dahulu dari Mahathir- Mohd Sidek Sigaraga 26-11-2016.

ZAMKATA:
Saya telah memberitahu Perhimpunan Agung Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali kelmarin bahawa DAP adalah parti  alternatif untuk kerjasama politik dengan Melayu  kerana MCA dan MIC telah pun mengkhianati UMNO  sehingga menyebabkan BN kehilangan dua pertiga majoriti dalam Parlimen.

Dari sejak awal kemerdekaan MCA telah menjadi duri dalam daging kepada UMNO walaupun UMNO membantunya sehingga meminda perlembagaan supaya tidak boleh diserang oleh pembangkang kerana menyokong Bahasa Melayu sebagai bahasa nasional dan juga kedudukan istemewa orang Melayu.

Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman letak jawatan pada pilihanraya 1959 untuk menyokong Tun Tan Siew  yang menentang pengkhianat  dalam MCA yang mahu bahasa China turut dijadikan bahasa rasmi negara dan pindaan perlembagan telah dilakukan untuk menjadikan  hak tiap kaum dalam Perlembagaan sebagai sensitif isu yang tidak boleh dibangkitkan.

Bagaimanapun MCA  lebih percaya untuk bersaing dengn DAP bagi mencari pengaruh di kalangan orang China dan tidak berani menentang sentimen bangsanya sendiri seperti  UMNO dan juga seperti  yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew di Singapura.

MCA adalah jenalu atau parasit kepada UMNO dan sewajarnya UMNO mengikut nasihat Timbalan Perdana Menteri Allah Yarham Tun Dr Ismail "sekiranya pemaufakatan ini tidak dapat dihormati adalah lebih baik bercerai."

MCA dan MIC sekarang tidak lagi mewakili orang bukan Melayu  tetapi DAP secara demokratik telah mengambil alih peranan mereka mewakili majoriti bukan Melayu.

Saya membertiahu bahawa bagi pertama kalinya dalam sejarah, sekarang rakyat Malaysia melampaui batas agama dan bangsa bersatu dalam satu perasaan dan cita-cita  untuk menolak sebuah kerajaan yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

Perkasa sewajarnya mengambil kesempatan emas ini untuk bangun bersama-sama golongan dinamik, progresif dan radikal bagi membangunkan suatu era politik baru di negara ini,

Secara peribadi Datuk Ibrahim Ali memberitahu saya bahawa  pokok utama beliau tidak dapat bersama dengan Dr  Mahathir dalam parti Bersatu bukan  kerana berkawan dengan DAP tetapi kerana Mahathir berkawan  semula dengan Anwar Ibrahim yang mahu menggulingkannya dahulu.

Datuk Ibrahim diketahui umum sebagai orang yang menyelamatkan Mahathir yang berada dalam keruncingan dan cabaran besar  dalam mesyuarat Majlis Kerja tertinggi UMNO yang diadakan untuk memecat  Anwar Ibrahim.

"Saya malu Zam,"kata Ibrahim.

Semalam Tun Dr.Mahathir memberitahu media, beliau malu menjadi kawan Ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang tidak mahu terlibat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia kerana berkerjasama dengan DAP.

Saya juga telah memberitahu Perhimpunan Agung Perkasa  dalam ucapan perasmian mesyuarat itu bahawa Ibrahim Ali tidak lagi sesuai di panggil katak kerana telah ramai pemimpin politik  yang menjadi katak tetapi  gelaran baru yang lebih tepat kepadanya ialah Belut Politik.


No comments:

Post a Comment